peranan dasar pendidikan kebangsaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di malaysia

3
NURDALILAH BINTI DAHLAN D20121058438 ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (AT19) Terangkan TIGA (3) peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. (10 markah) Antara peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia adalah dasar ini menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program yang akan dirancang dan dilaksanakan. Dalam erti kata lain, dasar ini menjadi garis panduan kepada mana- mana pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program dengan merujuk kepada strategi pelaksanaan yang telah digariskan di dalam dasar ini. Dasar ini memudahkan badan pelaksana tahu tentang arah tuju program atau rancangan yang mereka ingin lakukan agar program-program tersebut berkesan dan bertepatan dengan matlamat pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, dasar aktiviti kokurikulum di mana badan pelaksananya terdiri guru-guru, pihak sekolah, pihak kementerian dan pihak-pihak swasta. Antara strategi pelaksanaan yang digariskan bagi aktiviti kokurikulum ini adalah memperluas penyertaan murid dan memperbanyak pengelolaan aktiviti kokurikulum di semua peringkat. Strategi ini menjelaskan bahawa badan-badan pelaksana harus memastikan mana-mana aktiviti kokurikulum yang dianjurkan boleh disertai oleh bilangan murid yang ramai atau bilangan yang bersesuaian dengan jumlah fasiliti atau kemudahan yang digunakan (memaksimakan penggunaan fasiliti). Selain itu, strategi ini juga mencadangkan agar badan-badan pelaksana memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua peringkat seperti aktiviti perkhemahan yang boleh dilakukan sama ada di peringkat sekolah, daerah serta peringkat kebangsaan. Ativiti ini bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang berjati diri dan aktif, malah aktiviti seperti ini secara tidak langsung akan membudayakan aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid serta seterusnya menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai satu bidang pendidikan di Malaysia yang bermutu. Pelaksanaan kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan ini (DPK) ini sendiri mampu meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana dasar ini merupakan satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan. Seperti yang kita tahu, antara intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan insan yang

Upload: nurdalilah-dahlan

Post on 18-Nov-2015

370 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

-peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia

TRANSCRIPT

  • NURDALILAH BINTI DAHLAN

    D20121058438

    ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (AT19)

    Terangkan TIGA (3) peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam meningkatkan mutu

    pendidikan di Malaysia.

    (10 markah)

    Antara peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di

    Malaysia adalah dasar ini menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program yang akan

    dirancang dan dilaksanakan. Dalam erti kata lain, dasar ini menjadi garis panduan kepada mana-

    mana pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program dengan merujuk

    kepada strategi pelaksanaan yang telah digariskan di dalam dasar ini. Dasar ini memudahkan

    badan pelaksana tahu tentang arah tuju program atau rancangan yang mereka ingin lakukan agar

    program-program tersebut berkesan dan bertepatan dengan matlamat pendidikan di Malaysia.

    Sebagai contoh, dasar aktiviti kokurikulum di mana badan pelaksananya terdiri guru-guru, pihak

    sekolah, pihak kementerian dan pihak-pihak swasta. Antara strategi pelaksanaan yang

    digariskan bagi aktiviti kokurikulum ini adalah memperluas penyertaan murid dan

    memperbanyak pengelolaan aktiviti kokurikulum di semua peringkat. Strategi ini menjelaskan

    bahawa badan-badan pelaksana harus memastikan mana-mana aktiviti kokurikulum yang

    dianjurkan boleh disertai oleh bilangan murid yang ramai atau bilangan yang bersesuaian dengan

    jumlah fasiliti atau kemudahan yang digunakan (memaksimakan penggunaan fasiliti). Selain itu,

    strategi ini juga mencadangkan agar badan-badan pelaksana memperbanyakkan aktiviti yang

    melibatkan semua peringkat seperti aktiviti perkhemahan yang boleh dilakukan sama ada di

    peringkat sekolah, daerah serta peringkat kebangsaan. Ativiti ini bukan sahaja mampu

    melahirkan pelajar yang berjati diri dan aktif, malah aktiviti seperti ini secara tidak langsung

    akan membudayakan aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid serta seterusnya menjadikan

    aktiviti kokurikulum sebagai satu bidang pendidikan di Malaysia yang bermutu.

    Pelaksanaan kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan ini (DPK) ini sendiri mampu

    meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana dasar ini merupakan satu dokumen

    yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan. Seperti yang

    kita tahu, antara intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan insan yang

  • seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani dan kita boleh lihat hasrat ini

    direalisasikan melalui kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, kita ada dasar

    kokurikulum, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris, dasar

    Kurikulum Kebangsaan dan sebagainya yang dilaksanakan di seluruh sekolah di seluruh negara.

    Pelaksanaan dasar-dasar ini semuanya membantu dalam memastikan setiap murid dan pelajar

    berkembang secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, antara

    matlamat pendidikan di Malaysia adalah memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua

    warganegara Malaysia dan kita boleh lihat matlamat ini direalisasikan dengan adanya dasar

    seperti Program Pendidikan untuk Banduan Muda dan Juvana, dasar Pendidikan untuk Murid

    Orang Asli dan Penan, dasar Pendidikan Khas dan sebagainya. Dasar-dasar ini jelas

    menunjukkan bahawa semua pelajar warganegara Malaysia berhak untuk mendapatkan

    pendidikan dan berjaya dalam pendidikan, tanpa ada unsur diskriminasi dan sekatan. Sebagai

    contoh, bagi murid-murid OKU, terdapat dasar pendidikan khusus untuk mereka iaitu

    Pendidikan Khas. Di samping itu, pihak swasta juga dibenarkan menubuhkan institusi

    pendidikan mereka masing-masing bagi mengisi permintaan terhadap pendidikan latihan yang

    berbagai-bagai.

    Seterusnya, peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam meningkatkan mutu

    pendidikan di Malaysia ialah pelaksanaannya menjadi rujukan kepada penambahbaikan dan

    penggubalan dasar pendidikan di Malaysia pada masa yang akan datang. Hal ini kerana, sistem

    pendidikan kita mengalami perubahan daripada satu generasi kepada satu generasi,

    menyebabkan ada di antara dasar yang tidak lagi relevan dan perlu digubal dari semasa ke

    semasa. Secara ringkasnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan ini bagaikan satu medium percubaan

    atau eksperimen dalam usaha untuk mencari sistem pendidikan yang benar-benar sesuai dan

    berkembang mengikut arus perubahan. Sebagai contoh, kita lihat kepada dasar Kurikulum

    Kebangsaan bagi sekolah rendah di mana Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang

    dahulunya digunapakai kini digantikan dengan kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah (KSSR) yang lebih sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi serta

    sesuai dengan perubahan-perubahan sistem pendidikan di Malaysia. Keberkesanan sesuatu dasar

    yang dilaksanakan pastinya dilihat dan dinilai berdasarkan pencapaian murid, pandangan

    daripada masyarakat dan sebagainya. Sekiranya, sesuatu dasar itu dilihat tidak sesuai dengan

    murid, maka, penambahbaikan secara berperingkat akan dilakukan. Sebagai contoh, pada tahun

  • 2016, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum sekolah rendah yang baru iaitu

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah- Semakan semula (KSSR) di mana pelaksanaan kurikulum

    baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan,

    gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu

    fasa pentaksiran. Maka jelaslah bahawa pelaksanaan kandungan Dasar Pendidikan Kebangsaan

    berperanan dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.