teknik main peranan - pendidikan kesihatan (muka 7)

32
TEKNIK MAIN PERANAN

Upload: musica88aurora

Post on 18-Jun-2015

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

TEKNIK MAIN PERANAN

Page 2: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Pendahuluan

• Merupakan satu cara untuk mendapatkan

penglibatan aktif daripada pelajar dalam P&P

melalui aktiviti yang dimasukkan unsur main

peranan.

• Murid-murid yang mengambil bahagian

hendaklah membayangkan diri mereka berada

dalam situasi tertentu yang telah ditetapkan

untuk sesuatu aktiviti main peranan.

Page 3: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Beri peluang kepada murid untuk memainkan

peranan sebagai anggota masyarakat bagi

menguji tingkah laku atau belajar cara

berinteraksi dalam kumpulan.

• Dapat membantu murid menguasai kemahiran

berbahasa, mengalami sendiri sesuatu situasi

serta memahami situasi tersebut.

Page 4: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Pengenalan

• Satu aktiviti dalam pengajaran yang dapat beri

peluang kepada murid dalam membayangkan

dirinya sendiri atau orang lain untuk berada dalam

pelbagai situasi tertentu.

• Dalam satu-satu aktiviti main peranan, setiap

murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah

laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan.

Page 5: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan

pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu

perkara tentang watak atau situasi yang

dimainkan dengan lebih mendalam.

• Hal ini dapat membantu murid supaya lebih

memahami perasaan dan tingkah laku yang

terdapat pada diri sendiri atau orang lain.

Page 6: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Matlamat

• Memberi peluang kepada murid bagi melahirkan

pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi

watak yang dimainkan.

• Murid berasa prihatin dan memahami masalah

yang dihadapi oleh orang lain dalam sesuatu

situasi.

Page 7: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Murid berpeluang membincangkan dan

memikirkan masalah diri sendiri.

• Memberi latihan kepada murid bagi melakonkan

pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami

sendiri sesuatu situasi.

Page 8: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Membolehkan murid memperoleh kemahiran dan

mengalami pelbagai bentuk maslah sosial.

• Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa

Melayu atau mata pelajaran lain dapat

disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik

dan berkesan.

Page 9: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Membantu murid yang bersifat pendiam supaya

mengambil bahagian dalam aktiviti, di samping

membina keyakinan diri mereka berlakon dan

bercakap di hadapan kelas.

• Melatih murid supaya dapat mengawal perasaan

serta emosi mereka dalam pelbagai situasi yang

dihadapi mereka.

Page 10: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Menggalakkan murid supaya menggunakan laras

bahasa yang betul dan bernas.

• Membantu murid supaya berkomunikasi secara

berkesan sesuai dengan pelbagai watak yang

dimainkan mereka.

• Membina sikap yang positif dalam diri setiap

murid yang terlibat.

Page 11: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Jenis main peranan

Memperihal

• Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu

cara berkomunikasi untuk memperihal sesuatu

situasi, masalah atau proses.

• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah

lakonan seorang anak meminta kebenaran ibu

atau bapa untuk berkelah.

Page 12: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Pelaksanaan yang dapat dilakukan ialah guru

meminta beberapa murid memainkan peranan

anak, ibu atau bapa. Plot dan dialog disediakan

oleh guru sebelum bermulanya sesi lakonan.

• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah

tidak ada penglibatan emosi dalam kalangan

peserta main peranan serta murid dapat

memahami dengan baik sesuatu situasi yang

ingin diketengahkan oleh guru.

Page 13: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Demonstrasi

• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi

mendemonstrasikan sesuatu situasi atau

peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil

iktibar oleh murid (role model).

• Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi

bagaimana cara dan perlakuan seseorang budak

memberi salam kepada orang yang lebih tua.

Page 14: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi

dijalankan oleh guru, murid atau orang luar

mengenai sesuatu situasi.

• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah

penglibatan emosi dalam kalangan murid ialah

minimum serta tumpuan murid adalah kepada

teknik yang ditunjukkan.

Page 15: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Semasa tindakan susulan, guru perlulah

memastikan murid dapat mengesan tingkah laku

yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-

satu situasi.

Page 16: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Latihan

• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi melatih

murid tentang kemahiran-kemahiran tertentu.

• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah

lakonan latihan kemahiran berkomunikasi antara

murid dengan guru, jurujual dan guru besar.

Page 17: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Cara pelaksanaan main peranan ini ialah perlu dilakukan

persediaan awal terlebih dahulu untuk memulakan main

peranan jenis ini.

• Murid perlu memahami tentang perancangan yang telah

dibuat serta peranan yang akan dimainkan oleh mereka

nanti.

• Murid akan diberi panduan tentang perkara yang perlu

dan tidak perlu dilakukan oleh guru semasa aktiviti

memain peranan.

Page 18: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah

murid yang memain peranan mungkin

beremosional, oleh itu guru perlu segera

mengawal keadaan jika berlaku sesuatu yang

situasi terlampau.

• Selain itu, main peranan jenis ini mungkin

dijalankan berulang kali untuk membiasakan

murid dengan sesuatu situasi tersebut.

Page 19: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Semasa tindakan susulan, guru perlu melihat

sama ada murid telah memperoleh atau tidak

kemahiran-kemahiran yang dikehendaki.

• Sekiranya kemahiran tidak diperoleh, main

peranan ini diulangi beberapa kali sehingga

murid benar-benar memperoleh kemahiran-

kemahiran yang dikehendaki.

Page 20: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Cerminan

• Tujuan main peranan jenis ini ialah untuk

menunjukkan kepada murid bagaimana tingkah

laku mereka dilihat oleh orang lain disekeliling

mereka.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main

peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid

memujuk emaknya membuat sesuatu perkara yang

diminta untuknya.

Page 21: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Impikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid

dapat memahami tingkahlaku yang sesuai untuk satu-

satu situasi.

• Selain itu, murid akan diberitahu objektif main peranan

tersebut tetapi tidak diberi arahan bagaimana

mengatasi situasi. Oleh itu, murid akan belajar sendiri

bagaimana hendak menghadapi satu-satu situasi.

• Hasilnya ialah tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.

Page 22: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Kepekaan

• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi

menyedarkan murid tentang perasaan mereka

terhadap sesuatu situasi yang berlaku atau

rangsangan daripada orang lain.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan bagi main

peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid

dipanggil oleh guru besar kerana melakukan

kesalahan di sekolah.

Page 23: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Implikasi daripada aktiviti ini ialah murid dapat

memahami perasaan mereka apabila mereka berada

dalam sesuatu situasi yang baru bagi mereka serta

sedar tentang perasaan diri dan orang lain dalam

berbagai-bagai situasi.

• Semasa tindakan susulan, guru bolehlah mencungkil

reaksi dan perasan murid serta memberitahu murid

sama ada sesuatu perasaan itu wajar atau tidak bagi

situasi yang mereka hadapi.

Page 24: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Mencipta / menyata

• Tujuan main peranan jenis ini adalah untuk

menggalakkan murid supaya mengembangkan

pernyataan diri yang kreatif.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main

peranan jenis ini ialah lakonan berbagai-bagai

situasi dalam bentuk drama kreatif.

Page 25: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Implikasi daripada aktiviti main peranan jenis ini ialah

murid berpeluang meluahkan perasaan mereka

secara kreatif. Murid juga dapat menggunakan

imaginasi mereka dalam proses mencipta dan

menyatakan sesuatu.

• Semasa tindakan susulan, guru perlu membincangkan

tingkah laku yang tidak baik jika ada. Guru juga perlu

memberi pujian kepada daya kreatif yang ditunjukkan

oleh murid.

Page 26: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Perancangan aktiviti main peranan

• Guru perlu mengawasi keadaan bising dan kelam-kabut .

• Aktiviti main peranan secara berpasangan juga boleh

dijalankan.

• Laksanakan aktiviti-aktiviti yang pendek terlebih dahulu

sehingga murid dapat membiasakan diri dengan aktiviti

tersebut.

Page 27: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Rancangkan aktiviti yang tidak menghadkan

bilangan murid, kerana jika ada murid yang sakit

atau tidak hadir, perubahan boleh dilakukan.

• Pastikan murid memahami situasi, peranan dan apa

yang tertulis pada kad arahan (jika kad arahan

digunakan) sebelum memulakan aktiviti.

• Sebelum menjalankan aktiviti main peranan, murid

perlu diberi motivasi.

Page 28: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Jangan gunakan aktiviti yang terlalu sukar atau

terlalu beremosi.

• Guru perlu menekankan penggunaan laras bahasa

yang betul.

• Sediakan aktiviti susulan untuk murid yang lebih

awal menyelesaikan aktiviti daripada rakan-rakan

yang lain.

Page 29: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

• Hadkan penggunaan masa dan tegas serta

menepati dalam penggunaanya

Page 30: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Pengendalian P&P teknik main peranan

Sebelum

• Menentukan tajuk.

• Menyediakan kelas / kumpulan.

• Memilih peserta.

• Menyediakan pemerhati.

Page 31: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Semasa

• Perbincangan tentang lakonan.

• Lakon semula.

Page 32: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 7)

Selepas

• Rumusan dan perbincangan.

• Memberi taklimat semula.