131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

47
UNIT 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH Sinopsis Unit ini dibina supaya pelatih dapat mempelajari peranan guru Pendidikan Moral secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat : 1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa 2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasi hasrat dan aspirasi Negara 3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh mencadangkan penyelesaian alternatif. 4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan 5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah 6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan Moral di luar bilik darjah 7. merancang untuk mengajar kelas bercantum 8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran 9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral 10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan

Upload: aznida-ninie

Post on 07-Jun-2015

2.186 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

UNIT 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Sinopsis

Unit ini dibina supaya pelatih dapat mempelajari peranan guru Pendidikan Moral

secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan

tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di

sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di

sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat

dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang

berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara

berkesan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa

2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasi hasrat dan aspirasi Negara

3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh mencadangkan penyelesaian alternatif.

4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan

5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah

6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan Moral di luar bilik darjah

7. merancang untuk mengajar kelas bercantum

8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran

9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral

10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan

Page 2: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

TAJUK 1 CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL

1.0 Pengenalan

Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu

menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada

pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada

murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’

yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai

pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah

mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini

bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral

yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi

pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber

pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu

ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara

tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang

belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih

beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan

sekolah yang sebaliknya.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam

dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral

dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru

dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing

mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di

sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke

arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

2

Page 3: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-

objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak

didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan

sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran

yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal

berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi

individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai

Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang

menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui

mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata

pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah

rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-

• Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di

bawah rancangan KBSR,

• Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

• Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-

prinsip moral;

• Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral

semasa membuat sesuatu keputusan; dan

• Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita

adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh

dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan

kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab

dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

Berikut ialah Bidang Pembelajaran untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusun

bagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahami

dan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalam

setiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi

setiap topik yang berkaitan.

3

Page 4: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

BIDANG 1 NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN

DIRI1.1 KEPERCAYAA

N KEPADA

TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan

mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan

agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun

Negara1.2 KEBERSIHAN

FIZIKAL DAN

MENTAL

Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang

sihat dan positif dalam setiap perlakuan

1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia

dan menjaga maruah diri dalam kehidupan1.4 KERAJINAN Usaha yang berterusan penuh dengan semangat

ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan

berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara1.5 HEMAH TINGGI Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam

pergaulan seharian1.6 KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.7 KESEDERHANAAN

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat

pertimbangan dan tindakan sama ada dalam

pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.1.8 KEJUJURAN Kewajipan bercakap benar,bersikap amanah dan ikhlas

dalam setiap perlakuan1.9 BAIK HATI Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri

dan orang lain dengan memberi bantuan dan

sokongan moral secara tulus ikhlas1.10 BERTERIMA KASIH Perasaan atau perlakuan untuk menunjukkan

pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,

sumbangan atau pemberian

BIDANG 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

KASIH SAYANG

TERHADAP KELUARGA

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan

berkekalan terhadap keluarga2.1 HORMAT DAN TAAT

KEPADA ANGGOTA

KELUARGA

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan

berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan

untuk mewujudkan keluarga yang harmonis

4

Page 5: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

2.2 TANGGUNG JAWAB

TERHADAP

KELUARGA

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap

individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga

bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah

keluarga

BIDANG 3 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN

MASYARAKATTANGGUNG JAWAB

TERHADAP

MASYARAKAT

Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan

kewajipan dengan sempurna sebagai anggota

masyarakat

3.1 TOLERANSI

DALAM

MASYARAKAT

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri

bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan

perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

3.2 SEMANGAT

BERMASYARAKAT

Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat

kekitaan untuk kepentingan bersama demi

keharmonian hidup bermasyarakat 3.3 PEKA TERHADAP

ISU SOSIAL

Bertanggung jawab dan prihatin terhadap isu semasa

yang berlaku dalam masyarakat dan usaha

menyelesaikannya

BIDANG 4 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM

SEKITARKEBERSIHAN DAN

KEINDAHAN

PERSEKITARAN

Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar

sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup

4.1 MENYAYANGI ALAM

SEKITAR

Sayang dan menghargai alam sekitar demi

mengekalkan kesejahteraannya4.2 PEKA TERHADAP ISU

ALAM SEKITAR

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan

alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya

BIDANG 5 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

5.1 HORMAT DAN SETIA

KEPADA PEMIMPIN,

RAJA DAN NEGARA

Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada

pemimpin dan raja serta setia kepada negara

5.2 PATUH KEPADA

PERATURAN DAN

UNDANG-UNDANG

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-

undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup

5.3 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta

5

Page 6: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan

diri5.4 KEAMANAN DAN

KEHARMONIAN

Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan

berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta

masyarakat global

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan

Moral perlu ‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan

pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang

berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan

membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman

tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai

kemanusiaan.

Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan

menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek

kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan

penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan

sebagai rebung yang masih boleh dilentur.

Pernahkah anda membuat muhasabah diri?

Berikut ialah contoh senarai semak muhasabah diri guru. Semoga senarai semak ini

dapat membantu anda dalam mengenali siapa anda sebagai seorang guru.

Senarai Semak Muhasabah Diri Guru

Insan Moral

Personaliti Guru

• Murah hati• Bertimbang rasa • Sedia memaafkan• Faham memahami • Prihatin keperluan orang lain• Bertanggung jawab

• Maruah diri• Air muka yang mesra• Bersimpati• Sering bertanya pendapat murid• Boleh dipercayai• Cakap beralas

Rujuk individu tertentu yang pakar atau mahir.

6

Page 7: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Bekerjasama• Berterima kasih• Menunaikan kewajipan• Menghormati ibu bapa/hak orang lain • Menepati masa• Menguruskan masa dengan bijak • Adil dan saksama• Komunikasi berkesan • Berbudi bahasa• Ramah mesra • Sayang kepada nyawa dan diri• Kebersihan dari segi fizikal dan

mental • Jujur/ berterus terang• Baik hati • Simpati/belas kasihan• Kemahiran bersosialisasi • Kesedaran kendiri• Kebolehpercayaan • Ketekunan• Bijak menguruskan konflik • Membina perhubungan• Menghormati adat resam • Celik akal• Rasional • Universal• Preskriptif • Optimis

• Elakkan pertengkaran• Jangan menyusahkan• Kemahiran berkomunikasi lisan dan

bukan lisan• Kreatif• Melihat kebaikan• Memberi penghargaan• Mengakui kesilapan• Menghormati murid, rakan dan

pentadbir• Menunjukkan besar hati• Panggil nama murid• Selesa didampingi• Pendengar yang baik• Senyum selalu• Tajuk perbualan sesuai• Menepati janji• Unsur kecindan• Luwes• Tegas/ berdisiplin• Berdedikasi• Berwibawa• Berkarisma/ Bestari• Boleh menerima kritikan• Inovatif• Aktif/produktif• Kebolehan mengawal emosi• Penyayang• Tinggi budi bahasa

1.2 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara

Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan

tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika

perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu

ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di

sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang

positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya

insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa

7

Page 8: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan

rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid

untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu

pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu

bertanya soalan serius, “Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan

murid?”

A. Kod Etika Perguruan

Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan

perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk

profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan

yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras

dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika

Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah

dengan Selamat) muka surat 245.

2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam

mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling

KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.

6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau

seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan

berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara

8

Page 9: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

institusi pendidikan dengan rumahtangga.

2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung

dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit

dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan

bijaksana.

4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan

sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu

yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga

mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan

Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,

keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,

kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan seharian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu

9

Page 10: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan

bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas

dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru

dalam profesion perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

B. Rukun Negara

Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia.

Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum

disamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal,

progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan

10

Page 11: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang

berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap

prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru

Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan

yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin

tercapai.

C. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988.

Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi

warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai

citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan

penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.

D. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,

11

Page 12: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah

berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat

mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan

pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada

FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak

aspirasi negara.

E. Wawasan 2020

Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana

Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan

visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang

maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskan

untuk negara kita menghala ke arah wawasan ini dan dapat mencapai hasrat

tersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di

peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.

b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju

dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan

dengan apa yang dicapai.

c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang

mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.

e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat

Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan

kepercayaan agama tetapi setia peda negara.

f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan.

g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial

yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.

h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang

12

Page 13: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.

i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,

giat dan kental.

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira

cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab

harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita

tersebut.

Aktiviti 1

Senaraikan lima tanggung jawab guru Pendidikan Moral.

Aktiviti 2

Apakah perkaitan antara guru berpegang teguh kepada Kod Etika Perguruan dengan

pelajar yang menghadapi isu semasa / moral seperti ponteng sekolah, merokok, bergaul

bebas dan sebagainya ? Bincangkan.

Aktiviti 3

a. Berikan tiga contoh perlakuan guru di sekolah anda yang terpuji dan patut

diteladani oleh guru-guru lain.

b. Berikan dua contoh perlakuan guru yang tidak menurut kod etika perguruan dan

cadangkan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi maslah tersebut?

Aktiviti 4

Apakah hubungan nilai-nilai moral dengan Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan

2020? Berikan jawapan anda dalam jadual berikut :

Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan

1 Rukunegara 1

Latihan 5.1Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

13

Page 14: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan

2

3

2 FPK 1 (contoh) Usaha yang berterusan

Bersikap rajin, berwawasan demi kebaaikan masa depan

2

3

3 FPG 1 Menyanjung warisan kebudayaan Negara

Mengamalkan nilai-nilai murni, mempromosikan budaya Negara

2

3

4

5

4 Wawasan 2020 1

2

14

Page 15: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan

3

4

5

Rumusan

1. Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika Perguruan Malaysia

2. Rukunegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan kepada guru Pendidikan Moral yang profesional.

3. Guru Pendidikan Moral harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara menurut Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020 demi kebaikan Negara dan warganegara Malaysia

4. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan masyarakat.

5. Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut.

Bacaan Asas

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

15

Page 16: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAJUK 2ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL

DI SEKOLAH

2.0 Pengenalan

Pendidikan Moral merupakan sebahagian daripada pendidikan. Mengikut sukatan

pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral bertujuan untuk murid-

murid mengenal pasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan

agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan

semula sukatan pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran,

adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat

global. Betapa murninya hasrat Pendidikan moral yang telah dibentuk dengan teliti;

namun dari segi pelaksanaannya masih disekat oleh beberapa isu dan masalah.

16

Page 17: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

2.1 Bahan Rujukan

Bahan sumber utama untuk pengajaran Pendidikan Moral adalah buku teks yang

disediakan untuk semua peringkat mengikut sukatan pelajaran . Laporan Kabinet 1979

para 392 menyebut bahawa buku teks merupakan bahan-bahan pembelajaran yang

penting untuk murid-murid dan sumber rujukan penting bagi membantu guru dalam

proses pengajaran. Di samping itu juga guru Pendidikan Moral dibekalkan dengan buku

panduan guru dan huraian sukatan pelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan. Dalam

pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah guru-guru menghadapi

dilema mencari bahan rujukan yang sesuai kerana kemoralan merupakan satu konsep

yang abstrak dan sering dilanda kontroversi dalam definisinya. Tidak boleh dipertikaikan

bahawa apa yang guru tahu tentang Pendidikan Moral akan mempengaruhi apa yang

pelajar kita pelajari. Oleh itu pemahaman yang betul tentang konsep utama pendidikan

moral penting kerana tanpa pemahaman ini guru tidak bersedia mengajar mata

pelajaran ini. Guru perlu tahu bidang-bidang yang menjadi asas mata pelajarannya

termasuk juga kemahiran pedagogi dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan.

Tanpa pemahaman ini, guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini kepada pelajar

seperti yang tersurat dalam pantun ini:

Bas biru bas kuning

Guru keliru murid pening

Secara ringkasnya beberapa isu berkaitan bahan rujukan ialah:

• tidak ada bahan yang sesuai dengan konsep kemoralan

• bahan rujukan terhad dan tidak banyak di pasaran

• buku teks yang ada tidak dapat membantu guru dalam melaksanakan

pendekatan dan strategi pengajaran.

2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam

bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan

domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka

penilaian terhadapnya menghadapi masalah.

2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif

17

Page 18: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif

serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks

program tersebut.

2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian

aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan

kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,

skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian

kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif

pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspek-

aspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah atau

penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu.

2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat

akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal

menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat

keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang

digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai

atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui.

2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang

amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini

tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.

2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan

Wujudnya ‘mindset’ di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga

mewujudkan keadaaan “teach to pass exams rather than teach to understand” .

Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran

sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan

18

Page 19: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam

Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya.

2.3 Pengurusan sekolah

Program Pendidikan Moral di sekolah menitikberatkan persekitaran sekolah,

kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah perlu

memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam pelaksanaan

Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah;

2.2.1 Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai.

Kalau sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar

bersikap autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat

keputusan secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap

dominant.

2.2.2 Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin tetapi budaya

sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral

berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu

objektif Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak

difahami guru. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral

dan ketaatan membabi buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung

sekolah. Situasi ini dapat dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak

membuang sampah di dalam kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti

bunga yang memutih kelihatan di kawasan luar sekolah terutama pada waktu

murid-murid pulang. Plastik bungkusan makanan ringan, tin minuman dan lain-

lain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral dari segi kebersihan yang ada

kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan.

2.2.3 Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan. Perhubungan yang

sepatutnya seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi

keperluan pelajar dari segi perkembangan emosi moral mereka.

2.2.4 Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan Moral;

maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan

perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalam

menerapkan nilai melalui mata pelajaran mereka.

19

Page 20: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

2.2.5 Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan

memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar

dengan nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati

dan sebagainya.

Renungkanlah!!!!

Sejauh mana sekolah anda membudayakan nilai-nilai murni dan adakah anda berpuashati dengan cara ia dilaksanakan.

2.3 Tenaga Pengajar

Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara

formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah ;

2.3.1 Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru

dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan

moral. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam

melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya,

ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.

2.3.2 Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan

Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut

Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh

mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak

dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman guru

penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman pada

orang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah

menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru

yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu:

• Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge)

20

Page 21: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content)

• Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan

mata pelajaran (pedagogical Content Knowledge)

2.3.3 Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana

tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang

aspek tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep

kemoralan.

2.3.4 Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi

apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan

dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku

kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral.

2.3.5 Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh itu,

mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran

Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan.

2.3.6 Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang

kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun

nilai-nilai teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar

belakang guru juga memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana

perspektif mereka terhadap nilai-nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka

bercakap kasar, berjudi, mata keranjang dan menghadapi pelbagai masalah

peribadi, akan menjadi guru moral yang berwibawa dan disegani oleh murid-

murid dan rakan sejawat.

Aktiviti 1

Berikan cadangan bagi mengatasi masalah penilaian dalam Pendidikan Moral di

sekolah.

Aktiviti 2

Menggunakan alat Kajian Masa Depan, bagaimana anda melihat permasalahan yang

Latihan 5.2Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

21

Page 22: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

terdapat dalam pelaksanaan pendidikan Moral berkenaan dengan budaya dan

persekitaran sekolah.

Rumusan

Permasalahan penilaian dari segi amalan menyebabkan fokus Pendidikan Moral hanya

kepada aspek kognitif atau domain penaakulan. Objektif-objektif Pendidikan Moral perlu

dijelaskan dengan lebih teliti dalam sukatan. Berkaitan dengan pemahaman konsep

asas moral, guru-guru perlu diberi latihan dengan memberi keutamaan kepada guru

mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran

untuk mengajar. Sekolah perlu menjadi institusi perkembangan moral yang berkesan

bukan sahaja dalam pendidikan formal dan bukan formal malah budaya positif dan

program-program yang sesuai perlu selaras dengan tujuan dan matlamat program

Pendidikan Moral.

Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti

________________ (1999), Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

________________ (2002) Modul Pendidikan Moral EDU 2003, Serdang: Percetakan

Universiti Putra Malaysia.

Ee, A.M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson

Education Malaysia.

Koo, K.P & Tang, C.T.,(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Nur Surayyah Madhubala Abdullah (2002). Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6), Fakulti

Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia :Serdang Selangor

Sidang Pengarang (2004). Rujukan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Untuk Guru-guru Lepasan Diploma dan ijazah DGA 29, DGA 32 da DG 42,

Bahagian II, Kompetensi Khusus (Tinggi). Femina, Petaling Jaya.

Bacaan Asas

22

Page 23: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

TAJUK 3PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PELBAGAI SITUASI DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH

3.0 Pengenalan

Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa

bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar

supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos

keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai

aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan

pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan

penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau

kelas bercantum.

3.1 Pengajaran Secara Kelas

Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh

kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama

serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam

23

Page 24: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

kelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas

murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki,

mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam

buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara

kelas adalah seperti berikut:

• Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar

• Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan

• Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan

• Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada

beberapa orang murid sahaja

• Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa

mengajar

• Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti

pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh

kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan

setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran

secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang

mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama

3.2 Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah

yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan

Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:

• Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu

kelas biasa

• Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap

kelas secara berasingan

• Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata

24

Page 25: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

pelajaran Pendidikan Islam.

3.2.1 Kaedah Pengajaran–pembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum

Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran

yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara

berikut perlu dipertimbangkan:

1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan

2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan

3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu

4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas

5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi

6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat

7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza

8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan

sudut-sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid

diminta membuat kerja sendiri.

9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang

teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya

bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat

dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta

keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.

Soalan 1

Senaraikan kebaikan dan keburukan kelas bercantum.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Latihan 5.3Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

25

Page 26: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Soalan 2

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Guru Pendidikan Moral

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral bagi kelas bercantum di atas

bagi tempoh 30 minit. Perkara-perkara berikut perlu dinyatakan:

• Mata pelajaran

• Kelas Bercantum

• Bilangan murid

• Masa

• Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut

• Bidang Pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

• Kandungan Akademik

• Sub Nilai

• Nilai Sampingan

• Teknik

• Pendekatan

• Bahan Bantuan Mengajar

• Pengetahuan sedia ada

• Kemahiran Berfikir

• Hasil Pembelajaran

3.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Moral dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Antara teknik yang boleh digunakan adalah:

26

Page 27: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

3.3.1 Ceramah

Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput

untuk menyampaikan ceramah kepada anggota-anggota kumpulan atau institusi yang

tertentu, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Kegiatan berceramah ini

boleh berlaku di peringkat yang paling asas seperti menjemput konstabel polis,

pemandu kereta ambulans atau anggota bomba ke sekolah untuk bercerita kepada

para pelajar tentang pengalaman kerja mereka atau secara lebih formal seperti

berceramah dalam seminar-seminar kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu

kajian yang dibuatnya ataupun ceramah moral atau kesihatan. Dengan itu, kemahiran

berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan

secara cekap dan berkesan dengan anggota-anggota masyarakat atau pelanggannya.

Dalam profesion perguruan, aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan

guru. Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput untuk

menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum,

program kemajuan staf, dan kaedah dan teknik pengajaran, malahan teknik-teknik

menjawab soalan-soalan peperiksaan awam di kalangan pelajar. Justeru itu, setiap

guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berceramah.

Pengertian Ceramah

Ceramah merupakan ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang

dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam majlis yang formal dan tidak formal.

Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan

pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu. Bahagian akhir ceramah

pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk mengemukakan soalan-

soalan.

Dengan itu, berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi

dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien

dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri

terhadap sesuatu perkara atau tajuk.

Persediaan Ceramah

27

Page 28: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang

berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa

perkara penting seperti yang berikut:

a) Siapakah audiennya?

b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?

c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?

d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?

Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh

merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah

perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut :

a) Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti

b) Membuat persediaan yang rapi

c) Menyemak setiap ilustrasi

d) Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh)

e) Menyemak setiap peralatan

f) Memakai pakaian yang sesuai

Kemahiran Melahirkan Pendapat

Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada

melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan

yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk

melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut:

a) Cara melahirkan pendapat

b) Cara mempengaruhi audien

c) Nada dan intonasi

(a) Cara Melahirkan Pendapat

Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang

berikut:

• Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak

menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah

• Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja

28

Page 29: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan

a) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh

supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan

b) Menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap kemusykilan penonton

c) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien

d) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami

e) Menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, tepat dan tidak meleret-leret.

f) Menyelitkan unsur kecindan dalam penyampaian ceramah

g) Mewujudkan kontek mata yang sesuai dengan penonton, iaiatu melihat mereka

– ‘dari mata turun ke hati’

h) Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta

(b) Cara Mempengaruhi Audien

Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran

mempengaruhi audien seperti yang berikut:

• Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina

dan profesion audien

• Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik

• Menyelitkan unsur kecindan

• Memastikan suara anda didengari oleh semua audien

• Menjangka had/batasan tumpuan audien

Nada adalah keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu

perkataan atau suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi

yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan.

Ciri-ciri nada dan intonasi yang baik adalah seperti berikut:

a) Meninggikan nada suara apabila hendak menarik minat dan perhatian

b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu

c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau perlahan.

d) Pause - Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan

semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan

memahami hujah anda

29

Page 30: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

e) Menggunakan sebutan baku

f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

g) Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan

suasana yang hambar

Kemahiran Menutup Ceramah

a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau

pandangan.

b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan

c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih

kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat

d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan

boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat

e) Memohon maaf daripada para penonton sekiranya terdapat sebarang

kesilapan semasa menyampaikan ceramah

(Dipetik daripada Abdul Rahman Abdul Rashid, 2001)

3.3.2 Filem

Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka

cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke

atasnya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem itu kepada cahaya.

Kepekaan Filem

Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya:

a) Filem LAMBAT – kurang peka kepada cahaya, serta memerlukan kadar cahaya

yang banyak untuk pendedahan yang baik;

b) Filem SEDERHANA – Lebih peka kepada cahaya; sesuai untuk keadaan cahaya

biasa pada waktu siang hari; sesuai untuk kebanyakan subjek biasa;

c) Filem CEPAT – sangat peka kepada cahaya; perlu sedikit sahaja cahaya untuk

mendapatkan foto yang baik; sesuai untuk gambar foto sukan dengan

pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbasa.

30

Page 31: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Jenis-jenis Filem

a) Filem hitam putih – bagi mendapatkan negatif hitam putih untuk membuat

gambar foto hitam putih

b) Filem berwarna – bagi mendapatkan negatif warna-warni untuk membuat

gambar foto berwarna-warni dan hitam putih

c) Filem slaid – Filem positif atau universal untuk mendapatkan slaid warna

yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambarfoto berwarna dan hitam

putih.

3.3.3 Drama

Merupakan aktiviti lakonan yang menarik menggunakan skrip supaya murid dapat

membuat persediaan. Tujuan-tujuan teknik drama:

• Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu-satu perbuatan itu dianggap

salah

• Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap satu situasi tertentu

• Memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan

• Memberikan peluang kepada pelajar melakonkan pelbagai watak dan

memperluaskan pengalaman hidup

• Membantu murid berkomunkasi secara berkesan

• Membolehkan murid yang pendiam mengambil bahagian serta meningkatkan

harga diri

• Membantu murid membina sikap dan nilai positif

Teknik drama pula berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

• Situasi yang diwujudkan perlu selaras dengan pengalaman murid

• Pelakon mesti fasih serta lantang percakapannya

• Murid mestilah memahami peranannya

• Masa perlu diberi supaya murid-murid boleh membuat persediaan

• Tarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-aspek yang perlu diberi perhatian

31

Page 32: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Keadaan emosi drama dapat dikawal

• Perbincangan pada akhir drama perlu ada sebagai rumusan

3.3.4 Lawatan

Projek lawatan merupakan suatu jenis sokongan yang membolehkan murid

memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar.

Lawatan ialah satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen

pembelajaran. Di sana, murid-murid dapat memerhatikan bahan-bahan pengajaran

serta mengkaji bagaimana bahan itu berfungs. Dalam Pendidikan Moral, lawatan

biasanya diadakan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim,

muzium, perpustakaan atau tempat rekreasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.

(Rujuk Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah pada Hari

Persekolahan)

Kejayaan sesuatu lawatan ini bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan

aktiviti susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada

pelajar. Selain itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek

penting tempat lawatan boleh diberikan kepada pelajar-pelajar ditumpukan kepada

pelajar-pelajar. Dengan cara ini, perhatian para pelajar ditumpukan kepada bahagian-

bahagian penting semasa membuat lawatan ini.

Tujuan Lawatan

• Memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk memperolehi pengalaman

secara langsung serta menarik

• Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang

dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar

• Memperkukuh ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari

• Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah

• Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat

Prinsip dan Langkah Pelaksanan Lawatan adalah seperti berikut:

Sebelum Lawatan:

32

Page 33: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari

• Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis

serta ibu bapa murid

• Menguruskan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan

• Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku

semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan

• Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan

Semasa Lawatan

• Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik

kajian masing-masing

• Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian

• Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati

• Memberikan penerangan apabila murid-murid menunjukkan keraguan

Selepas Lawatan

• Adakan satu sesi perbincangan / sesi refleksi berhubung dengan perkara-

perkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan

• Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau

mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan.

Aktiviti 1

Selain drama dan lawatan, filem, ceramah, kaedah lain seperti pameran kadang kala

boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terutamanya

untuk kelas yang perlu dicantum. Pelbagai kaedah ini akan dapat menambah minat

murid dalam mata pelajaran ini.

Sediakan satu rancangan untuk mengurus dan melaksanakan satu sesi menonton filem

/ pameran untuk murid anda yang mengandungi butiran-butiran berikut:

• Tajuk / tema dan objektif

Latihan 5.4Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

33

Page 34: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Masa / tempat / tarikh

• Bilangan perserta dan ahli lain yang terlibat

• Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil (jika berkaitan)

• Senarai Semak Kerja / surat menyurat

• Anggaran perbelanjaan (jika berkenaan )

• Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesi filem / pameran / ceramah diadakan

• Borang soal selidik (jika berkenaan)

• Dan lain-lain

Aktiviti 2

Pernahkah anda menghadiri ceramah berkaitan dengan pendidikan ? Tuliskan satu

refleksi tentang sesi ceramah itu dari segi urusan, pengendalian dan sebagainya.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Aktiviti 3

Sediakan satu kertas kerja yang lengkap tentang suatu lawatan ke sebuah Rumah

Kebajikan atau Rumah Orang Tua.

34

Page 35: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Bacaan Asas

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

35

Page 36: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

TAJUK 4JENIS-JENIS SUMBER DAN PEMBINAAN SUMBER PENDIDIKAN MORAL

4.0 Pengenalan

Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan

pembelajaran. Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu

sumber bahan atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan

terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan

elektronik terdiri daripada semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen,

filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh

dikatakan Komputer dapat mengambil peranan yang dimainkan oleh sumber-

sumber elektronik lain.

Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambar-

gambar buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya.

Buku-buku skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh

dan bahan sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh

dijadikan sumber pembelajaran.

Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga

dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid sendiri

merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral.

Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru

Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan

sumber melalui Panitia Pendidikan Moral.

36

Page 37: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

4.1 Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh

disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan

Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran

secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber

melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata

pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran

pembelajaran mereka.

Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan

pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan

sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut

mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala

bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun

guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan

supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti

dipulangkan selepas menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang

dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat

tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan

bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang

dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu

mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya

pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik

sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat

elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah

keselamatan juga perlu diambil.

Ciri-ciri Bahan Sumber

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang diajar.

• Bentuk, warna dan saiznya sesuai.

• Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.

• Membantu menambah keberkesanan pengajaran.

37

Page 38: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

• Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.

• Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.

• Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

4.2 Jenis-jenis Sumber

Seperti mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih

berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh

guru. Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh

digunakan adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi,

skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.

2. Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan

seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.

3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.

4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.

5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya.

6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan

sebagainya.

Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral

mengikut kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah

disimpan di tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi

oleh guru dan murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan

menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral

adalah penting kerana:

1. Menjadi daya penarik kepada pelajar

2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dan menimbulkan suasana pembelajaran yang

kondusif dan berkesan

3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada

38

Page 39: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.

4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif

5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran

6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan

teori-teori dalam Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebih

terperinci dan berkesan

Aktiviti 1

1. Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut

Nilai berkaitan diri dan keluarga

Contoh:

• Tajuk : Keluarga saya Bahan : Buku skrap

• Tajuk____________________________Bahan _______________________

• Tajuk____________________________Bahan ________________________

Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar

• Tajuk____________________________Bahan _______________________

• Tajuk____________________________Bahan _______________________

• Tajuk____________________________Bahan _______________________

1. Senaraikan ciri bahan sumber yang baik.

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya kecil dan warnanya malap. Beri komen anda.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Latihan 5.5Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

39

Page 40: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Aktiviti 3

Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Moral.

Aktiviti 4

Berpandukan jadual di bawah:

Teknik Bahan yang boleh

digunakan

Kelebihan menggunakan

bahan ini1.Kuiz pendidikan

moral

Papan kuiz yang kreatif/ papan

skor

Guru dapat menyoal dalam

masa yang dirancang.

Wujudkan persaingan sihat

2.

3.

4.

5.

1. Senaraikan teknik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral.

2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh

gunakan.

3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

tersebut berbanding bahan-bahan lain.

40

Page 41: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Rumusan

1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran sama ada ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik.

2. Bahan-bahan sumber boleh diperoleh dengan pelbagai cara, sama ada dibuat atau dibeli.

3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang pada suatu masa dulu amat berguna, boleh digantikan dengan penggunaan komputer dan ICT.

4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah.

5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber sama ada bahan cetak atau bahan elektronik.

6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik.

41

Page 42: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Bacaan Asas

Ee, A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

______. ( 2003). Ilmu Pendidikan pengetahuan dan Keterampilan iktisas (semester 1). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee, Judy Ellis et. al. (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

42

Page 43: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

SOALAN TUTORIAL

Ciri-ciri dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral

1. Anda dapati ada sekumpulan pelajar di sekolah anda menghadapi pelbagai cabaran

dan tekanan. Sebagai guru Pendidikan Moral, huraikan peranan yang anda boleh

lakukan untuk membantu pelajar tersebut. (1 jam)

Isu-Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah

1. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Moral di sekolah anda ? Bagaimana anda akan mengatasi masalah-

masalah tersebut. (2 jam)

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai Situasi Di Dalam

dan Di Luar Bilik Darjah

1. Sediakan satu kertas kerja tentang ceramah moral yang anda akan lakukan. Bentuk

AJK dan rancang bersama untuk melaksanakan ceramah tersebut. Kendalikan

ceramah tersebut. Selepas ceramah habis, edarkan borang selidik. Buat laporan

tentang ceramah tersebut. (4 jam)

Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral

1. Sediakan 1 jenis sumber untuk pengajaran Pendidikan Moral Tahap 1 ( gambar

rajah, gambar, kad-kad, transparensi, rakaman audio, rakaman video, VCD).

Sumber tersebut mestilah relevant kepada nilai dan tahun yang berkaitan. (3 jam)

43

Page 44: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Rujukan

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001). Bahasa Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.

Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon.

Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company.

Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.

PANEL PENULIS MODUL

BIL NAMA KELAYAKAN

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

44

Page 45: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

1

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

BA (Hons) Sejarah. UMM. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UMPh. D (Pendidikan). Universiti Queensland.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun

2

PengerusiCik J Krishna Kumary a/p JuvalMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor.

B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USMDiploma Pendidikan, USMM.Sc. Pendidikan Moral, UPM.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun

3

Pn. Ng Choo TangInstitut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UMM.Ed Teknologi Pendidikan, UMPengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,Maktab Perguruan Raja Melewar,Beg Berkunci 43, 70990,Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKMSPI, Pendidikan Islam, UKMPengalaman Mengajar: Pendidikan Moral9 tahun

5

Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak98009 Miri Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)Sarjana Pengurusan (UUM)Pengalaman mengajar Moral : 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

6

Pn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor

B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun

7

Pn. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)Diploma Pendidikan: Siviks (UM)Pengalaman MengajarPendidikan Moral: 16 Tahun

8

Pn. Koh Geok WahMaktab Perguruan Sarawak,98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM)Diploma Pendidikan (UM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

Bil. Nama Kelayakan

45

Page 46: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

1.

PENYELARASDr. Maznah Binti Abd. SamadUnit KurikulumBahagian Pendidikan Guru

B.A. (Hons) SejarahM. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)PhD (Pendidikan)Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahunPendidikan Moral 1 tahun

2. PENGERUSIPn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah80350 Larkin, Johor

Sarjana Muda Sastera (Kepujian)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

3. Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak,Jalan Bakam,98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)M.Ed. Pengurusan (UM)Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)Diploma Pendidikan: Siviks (USM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

5. Pn. Asiah binti SaadInstitut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia TenggaraM. Sc. PsikologiPengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6. Cik Krishna Kumary JuvalMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah80530 LarkinJohor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)Diploma Pendidikan (USM)M SC. Pendidikan Moral (UPM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7. Ustaz Ahmad Zaki bin HashimInstitut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian IslamM Ed (Pendidikan Islam)Pengalaman mengajarPendidikan Moral : 2 tahun

46

Page 47: 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

47