peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran dalam konteks pdp

Upload: muhd-hanif-mat-rusdi

Post on 24-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Peranan Dan Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Konteks Pdp

    1/2

    PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM KONTEKS PDP

    Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu

    difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa

    elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas

    malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu

    banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan

    merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

    Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang

    berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang

    diharapkan serta digemari oleh para pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan

    lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,

    sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran

    dengan lancar dan menarik serta tidak membair masa dan sistematik.

    Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu mampu

    membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta menggunakan

    media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan seperti bersesuaian

    dengan ciri!ciri pelajar, memenuhi objektif pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar

    penggunaannya nanti lebih mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada

    pelajar.

    "eka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan

    pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu!satu program atau kurikulum

    kursus. #ntara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut $

    Meningkatkan pencapaian pelajar.

    Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

    Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah

    tercapai.

    Membantu dalam memproses membuat keputusan.

  • 7/24/2019 Peranan Dan Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Konteks Pdp

    2/2

    Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi

    kumpulan yang pelbagai.

    Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang

    besar dan luas. %ontohnya, pendidikan jarak jauh.

    &ecara amnya peranan dan kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

    boleh dilihat dalam aspek!aspek berikut$

    Pembelajaran kendiri

    Penggunaan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan

    pembelajaran kendiri dikalangan pelajar!pelajar. 'uru hanya bertanggung jawab memilih media

    yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran dikalangan pelajar!pelajar.

    Meningkatkan Keberkeanan

    Pembelajaran Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam

    meninggkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruha. &ebagai

    contoh bahan!bahan (isual yang menarik dan konkrit bukan sahaja dapat meningkatkan

    kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk bahkan ianya mampu meningkalkan kesan yang

    mendalam dalam jiwa pelajar.

    Pel!ang Belajar Ke"ada Sem!a

    Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah mengubah sistem dan proses

    pembelajaran yang kon(ensional kepada sistem yang lebih terbuka dan bebas. Melalui

    teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat belajar secara jarak jauh. Dengan

    cara ini juga sistem pembelajaran dapat disesuaikan kepada ramai pelajar mengikut kesesuaian

    mereka dan ini akan akan dapat memberikan peluang kepada ramai pelajar khususnya kepada

    pelajar!pelajar dewasa untuk belajar secara separuh masa.

    &ecara kesimpulannya, tumpuan terhadap teknologi dalam pengajaran tidak tertumpukepada perkakasan semata!mata, sebaliknya lebih melaksanakan lebih menekankan cara

    pemikiran yang membolehkan pelajar mencapai matlamat pendidikan sesuai dengan

    persekitaran mereka. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan

    masyarakat yang berilmu dan berpendidikan apabila peluang belajar terbuka luas melalui

    penggunaan teknologi.