peranan dan kepentingan model reka bentuk addie & assure

3
Peranan & Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran & Pembelajaran 1. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Pengubal kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah bangunan sudah siap. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi pengajaran. TP dianggap sebagai sama pentingnya dengan kurikulum. 2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu: a) Hubungan antara guru dengan pelajar Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat. b) Guru dengan bahan pandang dengar Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. c) Guru dengan sistem pengajaran dan media Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media

Upload: leong-chunhung

Post on 09-Feb-2016

746 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Dan Kepentingan Model Reka Bentuk ADDIE & ASSURE

Peranan & Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran & Pembelajaran

1. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan

Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum

dirancang. Pengubal kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak

hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa

perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat

sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah bangunan sudah siap.

Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan

pereka pengajaran berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran

dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum

mengambil kira kepentingan teknologi pengajaran. TP dianggap sebagai sama

pentingnya dengan kurikulum.

2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:

a) Hubungan antara guru dengan pelajar

Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal

sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal

maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur.

Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran

kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran

dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama

seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat.

b) Guru dengan bahan pandang dengar

Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama

sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan

sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan

mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik di

dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional.

c) Guru dengan sistem pengajaran dan media

Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan

menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media

Page 2: Peranan Dan Kepentingan Model Reka Bentuk ADDIE & ASSURE

diintegrasikan dalam kurikulum dan proses pengajaran. Penggunaan media

dirancang secara sistematik. Model ASSURE adalah contoh perancangan

sistematik penggunaan media dalam bilik darjah.

d) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru

Media pengajaran mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan

guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran. Dia hanya

menjadi pemudah, pengurus atau penasihat kepada proses pengajaran. Pola ini

mirip dengan pengajaran yang disampaikan secara jarak jauh secara seperti

program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United

Kingdom atau Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan

Pembina kursus yang terdiri daripada pakar pengeluaran. Media boleh

digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.

3. TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.

TP boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan

pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka),

menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas

telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan

pengajaran pribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri

dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti WWW,

LAN dan CWN.

Page 3: Peranan Dan Kepentingan Model Reka Bentuk ADDIE & ASSURE

Peranan Dan Kepentingan Model Pengajaran (Model ADDIE Dan Model ASSURE)

1. PERANAN

Meningkatkan profesion perguruan

Kefahaman keperluan

Penyelesai masalah

Fokus pengajaran

2. KEPENTINGAN

Reka bentuk dapat membantu proses pembelajaran secara individu, kumpulan

kecil dan kumpulan besar. Dalam perancangan pertimbangan terhadap teori

pembelajaran dan pengajaran diberi penekanan. Keadaan pembelajaran

diambilkira untuk mendapatkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran.

Keadaan pembelajaran baik secara individu atau berkumpulan dapat membantu

seorang guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan yang rapi oleh guru sebelum proses pengajaran dan

pembelajaranakan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Reka

bentuk ini bantu guru membuat persediaan tentang topic, kaedah, aktiviti, bahan

dan keperluan murid.

Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan

latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik

darjah yang harmonis dan terkawal dapat dapat diwujudkan oleh guru. Guru

dapat membantu dalam penyediaan disiplin yang positif dalam kalangan murid.

Pembelajaran murid akan lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia dapat

memberikan panduan kepada guru untuk membuat persediaan rapi dalam

proses P&P.