per tuna ngan

17
Kajian Kes : Mungkir Pertunangan Kajian Kes : Mungkir pertunangan Aisyah telah dipinang oleh keluarga Johan. Semasa upacara peminangan, kedua-dua belah pihak telah menetapkan mahar RM800 berserta persalinan serba dua kerana melangkah bendul. Mereka juga telah bertukar-tukar hantaran dimana pihak Johan telah memberikan sebentuk cincin emas berlian berharga RM13,000 dan wang hantaran sebanyak RM20,000 dan pihak perempuan telah memberi cincin perak bertatah berlian berharga RM10,000. Dalam tempoh pertunangan, pihak perempuan telah membuat persiapan perkahwinan dengan membeli peralatan bilik pengantin, mengecat dan mengubahsuai rumah dan membeli pakaian pengantin sebanyak 5 pasang. Kesemua persiapan tersebut berjumlah RM200,000. Seminggu sebelum tarikh perkahwinan, Aisyah mendapat sms daripada Johan bahawa beliau ingin memutuskan pertunangan kerana beliau terkena ‘santau’ dan Johan baru mendapat tahu bahawa Aisyah masih tunangan Kasim. Sedangkan Aisyah telah menyiapkan segala persiapan perkahwinan dan kad-kad jemputan telah diedarkan. Pada hari perkahwinan, Aisyah telah ditemuramah oleh wartawan dan disiarkan dimuka hadapan surat khabar utama dengan tuduhan ‘Johan lelaki dayus’. Aisyah juga menyatakan bahawa beliau tidak memberi jawapan kepada pinangan oleh Kasim. Nasihatkan Aisyah dan Johan. 3 isu yang perlu diteliti dan dirungkaikan : 1. Adakah sah ikatan pertunangan? 2. Siapakah yang memungkiri? Adakah alasan yang diberikan boleh diterima oleh syarak? 3. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak? Isu 1 : Adakah sah ikatan pertunangan? a. Ulama telah mengharuskan pertunangan sebagai langkah awal kepada ikatan perkahwinan. Al-Baqarah : 235 `Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara kiasan) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah)’ Jabir bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda : `Jika seseorang kamu mahu meminang seorang perempuan kalau boleh lihat lebih dahulu apa yang menjadi daya tarikan untuk mengahwininya, maka hendaklah dilakukannya’ b. Syarat-syarat perempuan yang dipinang i. perempuan yang boleh diakadnikahkan ii. bukan perempuan yang telah dipinang iii. tidak dalam iddah

Upload: fadzli-ismail

Post on 24-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hmmm

TRANSCRIPT

Page 1: Per Tuna Ngan

Kajian Kes : Mungkir Pertunangan

Kajian Kes : Mungkir pertunangan Aisyah telah dipinang oleh keluarga Johan. Semasa upacara peminangan, kedua-dua belah pihak telah menetapkan mahar RM800 berserta persalinan serba dua kerana melangkah bendul. Mereka juga telah bertukar-tukar hantaran dimana pihak Johan telah memberikan sebentuk cincin emas berlian berharga RM13,000 dan wang hantaran sebanyak RM20,000 dan pihak perempuan telah memberi cincin perak bertatah berlian berharga RM10,000. Dalam tempoh pertunangan, pihak perempuan telah membuat persiapan perkahwinan dengan membeli peralatan bilik pengantin, mengecat dan mengubahsuai rumah dan membeli pakaian pengantin sebanyak 5 pasang. Kesemua persiapan tersebut berjumlah RM200,000. Seminggu sebelum tarikh perkahwinan, Aisyah mendapat sms daripada Johan bahawa beliau ingin memutuskan pertunangan kerana beliau terkena ‘santau’ dan Johan baru mendapat tahu bahawa Aisyah masih tunangan Kasim. Sedangkan Aisyah telah menyiapkan segala persiapan perkahwinan dan kad-kad jemputan telah diedarkan. Pada hari perkahwinan, Aisyah telah ditemuramah oleh wartawan dan disiarkan dimuka hadapan surat khabar utama dengan tuduhan ‘Johan lelaki dayus’. Aisyah juga menyatakan bahawa beliau tidak memberi jawapan kepada pinangan oleh Kasim. Nasihatkan Aisyah dan Johan. 3 isu yang perlu diteliti dan dirungkaikan : 1. Adakah sah ikatan pertunangan? 2. Siapakah yang memungkiri? Adakah alasan yang diberikan boleh diterima oleh syarak? 3. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak? Isu 1 : Adakah sah ikatan pertunangan? a. Ulama telah mengharuskan pertunangan sebagai langkah awal kepada ikatan perkahwinan. Al-Baqarah : 235 `Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara kiasan) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah)’ Jabir bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda : `Jika seseorang kamu mahu meminang seorang perempuan kalau boleh lihat lebih dahulu apa yang menjadi daya tarikan untuk mengahwininya, maka hendaklah dilakukannya’ b. Syarat-syarat perempuan yang dipinang i. perempuan yang boleh diakadnikahkan ii. bukan perempuan yang telah dipinang iii. tidak dalam iddah

Page 2: Per Tuna Ngan

iv. bukan perempuan yang diharamkan berkahwin c. Dalam kes ini, isu yang ditimbulkan oleh Johan bahawa Aisyah adalah tunangan Kasim. Persoalannya, adakah pinangan Kasim diterima? Aisyah mengakui bahawa Kasim ada meminang tetapi beliau masih belum memberikan sebarang jawapan sehinggalah beliau menerima pinangan Johan. Hadis : `Janganlah seorang lelaki meminang selepas pinangan saudaranya kecuali setelah peminang yang pertama itu meninggalkannya (memutuskannya) atau memberi kebenaran kepada peminang selepasnya’ Terdapat 3 keadaan : i. pinangan pertama telah diterima - fuqaha’ sepakat : HARAM bagi peminang baru datang meminangnya kerana dia menceroboh hak peminang yang pertama dan boleh menimbulkan perkelahian. - Mazhab Malik : HARAM meminang perempuan yang menaruh minat kepada seseorang lelaki yang tidak fasik. ii. pinangan pertama ditolak - ulama’ sepakat : HARUS bagi lelaki lain meminangnya kerana hak lelaki pertama tidak sabit. iii. pinangan yang belum ditolak dan belum diterima - ½ fuqaha’ : TIDAK BOLEH orang baru meminangnya, kerana ada unsur mencabar orang yang pertama yang berkemungkinan pinangan akan diterima, tetapi dengan kedatangan pinangan yang baru bererti peminang kedua memotong peluang orang yang pertama. - ½ fuqaha’ : HARUS bagi orang yang baru meminangnya, kerana pinangan masih belum diberi keputusan itu belum lagi sempurna dan belum sabit hak peminangnya. - Hadis Mutttafaq alaih : Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah saw menceritakan bahawa Muawiyah dan Abu Jahm telah meminangnya. Rasulullah bersabda – Muawiyah seorang yang miskin tidak ada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa meletakkan tongkat di atas tengkuknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid. Dalam kes ini, Johan telah meminang Aisyah dalam keadaan beliau tidak tahu bahawa Kasim ada masuk meminang Aisyah terlebih dahulu. Seterusnya, Johan dan Aisyah boleh berpegang kepada pendapat (iii) iaitu HARUS bagi Johan meminang Aisyah selagimana Aisyah belum menerima pinangan orang lain dan berpegang kepada dalil hadis Fatimah binti Qais di atas. Ikatan pertunangan antara Johan dan Aisyah adalah SAH dari segi hukum syarak. Isu 2 : Siapakah yang memungkiri? Adakah alasan yang diberikan boleh diterima oleh syarak? a. Johan yang memungkiri dan ingin memutuskan ikatan pertunangan atas 2 alasan : i. baru mendapat tahu bahawa Aisyah adalah tunangan Kasim ii. terkena `santau’ Isra’ : 34 `Dan sempurnakan perjanjian’ Hadis : `Tunaikan janji bila kamu berjanji’

Page 3: Per Tuna Ngan

b. Adakah alasan ini boleh diterima oleh undang-undang dan hukum syarak? Seksyen 15 AUKI 1984 : `tanpa apa-apa sebab yang sah’ Alasan pertama : Jika benar Aisyah adalah tunangan Kasim, maka Johan mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang sah untuk membatalkan pertunangan kerana jika Johan meneruskan pernikahannya dengan Aisyah maka terdapat 3 pendapat fuqaha’ :

i. Jumhur fuqaha’ : nikah SAH tetapi perbuatan meminang tunang orang lain itu BERDOSA

ii. Daud al-Zahiri : nikah TIDAK SAH dan terFASAKH, kerana hakikat larangan meminang bererti larangan bernikah itu sendiri

iii. Imam Malik : 3 pendapat : o Nikah SAH o Nikah TIDAK SAH o Jika isteri sudah disetubuhi tidak boleh difasakhkan kerana akad telah terjadi Jika isteri belum disetubuhi hendaklah difasakhkan nikahnya

Jika sekiranya, Aisyah belum menerima pinangan Kasim dan daripada sesiapa sahaja, maka alasan tersebut bukanlah sebab yang sah untuk membatalkan pertunangan ini. Alasan kedua : Johan menyatakan bahawa beliau terkena `santau’. Adakah ini alasan yang sah mengikut undang-undang dan hukum syarak? Isu 3 : Apakah remedi yang boleh dituntut oleh kedua-dua belah pihak? a. Dibawah isu ini terdapat 2 persoalan yang perlu diketahui terlebih dahulu iaitu : 1. Apakah persetujuan yang telah dicapai dan hadiah yang telah diberi antara kedua-dua belah pihak? a. Persetujuan yang dicapai : i. mahar sebanyak RM800 ii. persalinan serba dua b. Barang-barang hantaran pihak-pihak : i. daripada Johan : sebentuk cincin emas berlian berharga RM13,000 dan wang hantaran RM20,000 ii. daripada Aisyah : sebentuk cincin perak bertatah berlian berharga RM10,000

Page 4: Per Tuna Ngan

2. Apakah perbelanjaan yang telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak? a. perbelanjaan Johan : b. perbelanjaan Aisyah : peralatan bilik pengantin, mengecat dan mengubahsuai rumah dan membeli pakaian pengantin sebanyak 5 pasang. Kesemua persiapan tersebut berjumlah RM200,000. b. Remedi yang disediakan menurut Undang-Undang dan Hukum Syarak : i. Hukum Syarak 3 pendapat ulama’ : HANAFI : jika hadiah-hadiah masih sempurna dan belum menukar keadaannya atau dimakan atau dimusnahkan, pemberi boleh meminta balik hadiah tersebut, jika kemungkiran janji oleh pihak yang lain. (tidak kisah sama ada pihak lelaki atau pihak perempuan yang putuskan, maka pihak yang dimungkiri janjinya boleh meminta balik hadiah tersebut) MALIKI : Jika kemungkiran dari pihak lelaki, dia tidak berhak meminta balik hadiah tersebut. Jika kemungkiran dari pihak perempuan, lelaki boleh meminta balik hadiah yang diberi olehnya, sama ada hadiah itu masih ada atau tidak. Jika hadiah itu telah dimusnahkan, harganya harus dibayar. (perempuan mungkir, lelaki boleh minta hadiah) SHAFIE : Hadiah-hadiah hendaklah dikembalikan sama ada masih wujud atau tidak. Jika hadiah itu masih ada, hendaklah dikembalikan.Jika telah dimakan atau digunakan atau hilang, harganya hendaklah dikembalikan. (kena kembalikan hadiah) ii. Seksyen 15 AUKI 1984 : `tanpa apa-apa sebab yang sah’, `pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan pemberian-pemberian pertunangan jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa yang telah dibelanjakan dengan suci hati untuk persediaan perkahwinan’ `boleh dituntut melalui tindakan Mahkamah’ iii. Kes-kes : 1. Aishah lwn Jamaludin 2. Hussin lwn Moh 3. Abdul Latiff 4. Norlida lwn Hasmawi iv. Dalam kes ini, Johan mungkir pertunangan atas alasan santau. Jika sekiranya, beliau berjaya membuktikannya di Mahkamah kelak, maka beliau boleh memohon agar diketepikan pemberian dan perbelanjaan yang perlu dibayar kepada Aisyah. Jika beliau gagal, maka Johan hendaklah memulangkan kesemua pemberian yang telah diberikan oleh Aisyah, dan jika

Page 5: Per Tuna Ngan

sekiranya pemberian itu tidak ada, hendaklah dibayar harganya. Jika mengikut pendapat Syafie, maka Johan juga boleh memohon agar pemberiannya kepada Aisyah dikembalikan semula. Persoalannya, sama ada Johan perlu membayar sejumlah RM200,000 persiapan perkahwinan yang telah dibelanjakan oleh Aisyah? (dah bayar hantaran RM20,000 + pendapatan Johan + g/rugi aib) Persoalan seterusnya, bolehkah Johan menuntut semula wang mahar sebanyak RM800 serta gantirugi kerana aib dan malu apabila disiarkan berita `Johan lelaki dayus’ dimuka hadapan akhbar utama?

Page 6: Per Tuna Ngan

Pasangan `kahwin lari' mesti daftar semula

Berita Harian - Bicara kalbu: Pasangan 'kahwin lari' mesti daftar semula

SAYA sudah beristeri, namun jatuh cinta buat kali kedua. Keinginan untuk 'kahwin lari' semakin kuat kerana tidak mendapat restu isteri pertama. Apakah pandangan puan mengenai isu kahwin lari? Bagaimana pula hak isteri dan anak daripada pernikahan ini?

Suami Teringin, Johor.

Jawapan :

Secara umumnya kahwin sorok-sorok atau lari tidak boleh dilihat secara terpisah daripada isu lain. Ia hanyalah sebahagian daripada gejala penyakit sosial yang membarah dalam masyarakat pada hari ini.

Menurut Islam, institusi keluarga mesti dibina atas tapak akidah kukuh, disusun mengikut acuan syariah yang lengkap dan dihias akhlak Islam yang unggul dan murni.

Oleh itu, dari sudut moral dan tanggapan masyarakat kahwin sorok-sorok dan kahwin lari menjatuhkan maruah diri dan keluarga. Ia akan menjadi sejarah hitam, merosakkan nama, reputasi dan menjadi sebutan hingga ke anak cucu. Sebaiknya, elakkan daripada melakukannya. Apabila terjadi perkahwinan yang sah, sama ada secara sembunyi atau terang-terang, hak dan tanggungjawab tidak boleh dielakkan. Jika ditakdirkan mendapat anak, maka haknya sama dengan anak isteri pertama dalam serba serbinya.

Bagi pernikahan sorok-sorok, mesti disabitkan sah oleh Mahkamah Syariah (didaftarkan semula menurut proses biasa dengan membayar denda).

Isteri bagi pasangan yang berkahwin lari atau sembunyi mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Ada lapan hak isteri mesti ditunaikan dalam tempoh perkahwinan iaitu: l) Mahar.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah an-Nisa', ayat 4)

Ketika Khalifah Umar menganjurkan adanya had mas kahwin, ada seorang wanita tua yang menyanggah. Dan Umar bersetuju dengan pendapat wanita itu, dengan berkata: "Wanita itulah yang benar, Umar yang salah."

Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya

Page 7: Per Tuna Ngan

kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

Seksyen 57 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Tiada apa juga yang terkandung dalam akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah hukum syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

2) Nafkah.

Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah mengikut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit)rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya.

Allah tidak memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran." (Surah at-Talak, ayat 7)

Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: (1) Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya

(2) Tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya; meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

3) Perhubungan suami isteri.

Firman Allah yang bermaksud: "Isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal yang baik untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya pada hari akhirat kelak. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Page 8: Per Tuna Ngan

4) Perlindungan daripada gangguan/penderaan.

Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan berikut, bahawa suami menganiayainya, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya, berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak atau cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

Seksyen 107 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Mahkamah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya dari mengganggu atau menceroboh dengan apa carapun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

5) Keadilan.

Seksyen 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan: Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

6) Membubarkan perkahwinan. Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu perceraian dengan talak atau dengan perintah, khuluk atau tebus talak, taklik atau janji, fasakh dan lian.

7) Memiliki harta.

8) Layanan baik dan bimbingan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berpesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Page 9: Per Tuna Ngan

Hak-Hak Wanita Semasa Dalam Tempoh Perkahwinan

1. Mahar ‘Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya’. (An-Nisa’ : 4) Ketika Khalifah Umar r.a. menganjurkan adanya pembatasan mas kahwin, ada seorang wanita tua yang menyanggahnya. Dan Umar r.a. bersetuju dengan pendapat wanita itu, dengan berkata: ‘Wanita itulah yang benar, Umar yang salah’ Seksyen 21 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain Seksyen 57 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan. 2. Nafkah ‘Hendaklah orang-orang yang mampu memberikan nafkah mengikut kemampuannya. Barangsiapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran’ (At-Talak: 7) ‘Perempuan-perempuan itu hendaklah kamu tempatkan dalam kediaman yang sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak menimpakan kesempitan kepada mereka’ (At-Talak : 6) Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Page 10: Per Tuna Ngan

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya , iaitu, antara lain – 1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; 2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; 3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. 3. Perhubungan Suami Isteri ‘Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal-amal yang baik untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya pada hari akhirat kelak. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman’ (Al-Baqarah : 223) Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu – (d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun; (e) bahawa telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk; (f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit; (i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya. 4. Perlindungan dari Gangguan/Penderaan Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)’ (An-Nisa : 19) Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Page 11: Per Tuna Ngan

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu – (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain – (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya; atau (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau Seksyen 107 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Mahkamah adalah berkuasa dalam masa perbicaraan hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya darimengganggui atau menceroboh; dengan apa-apa carapun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya 5. Keadilan `dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum menghalang kamu dari berlaku adil, maka berlaku adillah kerana ia lebih dekat dengan taqwa’ (Al-Maidah : 16) Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu – (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain – (vi) jika ia mempunyai isteri lebih dari seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak Seksyen 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. 6. Membubarkan perkahwinan Seseorang wanita berhak memohon perceraian dalam beberapa keadaan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan diperuntukkan oleh Undang-Undang Keluarga Islam iaitu :

Page 12: Per Tuna Ngan

1. Seksyen 47 : Perceraian dengan talak atau dengan perintah 2. Seksyen 49 : Perceraian khuluk atau tebus talak 3. Seksyen 50 : Perceraian secara taklik atau janji 4. Seksyen 52 : Perceraian secara fasakh 7. Memiliki Harta Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : (1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk mendapat suatu perintah membubarkan perkahwinan atas satu atau lebih alasan-alasan yang berikut, iaitu – (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain – (iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu 8. Layanan Baik Dan Bimbingan Sabda Rasulullah saw : `Pesan memesanlah kamu terhadap berbuat baik kepada perempuan, kerana sesungguhnya perempuan ini dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sekiranya engkau cuba membetulkannya, ia akan patah, sekiranya engkau membiarkannya, dia akan terus bengkok’ (Riwayat Bukhari dan Muslim) 9. Memberi Pandangan Dalam Poligami Seksyen 23(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Apabila suami membuat permohonan berpoligami, maka isteri-isteri sedia ada hendaklah dipanggil oleh Mahkamah supaya hadir apabila permohonan tersebut didengar p/s : Pagi tadi suria menghadiri satu kes poligami. Suami hadir berpakaian kemas dan segak sekali sambil membawa 2 orang isterinya yang masih muda. Turut hadir bakal madu, iaitu bakal isteri no. 3. Ketiga-tiga wanita tersebut duduk bersama-sama dan berbual mesra sambil menunggu nama di panggil untuk masuk ke dalam kamar hakim. Begitulah... nampak seolah-olah mustahil seorang suami untuk membawa isteri-isteri sedia ada ke mahkamah untuk mahkamah untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum membenarkan permohonan poligami tetapi `nothing is impossible'. Yang penting, suami berkemampuan, adil dan bertanggungjawab, berani berhadapan dengan isteri-isteri menceritakan hasrat yang bersarang di dalam hati dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Page 13: Per Tuna Ngan

Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian 1. Nafkah Eddah

‘Dan jika mereka (isteri yang telah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin kemudian jika mereka menyusukan anak-anakmu maka berikanlah mereka upahnya’ (At-Talak : 6)

Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya , iaitu, antara lain –

1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;

3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak

(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz

Seksyen 65(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah suatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh edah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz

2. Hutang Mas Kahwin

Seksyen 57 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan

3. Tempat Tinggal

Page 14: Per Tuna Ngan

‘Tempatkanlah para isteri kamu di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka’ (At-Talak : 6) Seksyen 71 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal akan terhenti –

(a) jika tempoh eddah telah tamat ; atau

(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat ; atau

(c) jika perempuan itu telah berkahwin semula ; atau

(d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah), dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya

4. Mut’ah

‘dan hendaklah kamu berikan satu mut’ah (saguhati) kepada mereka. Orang yang mampu memberikan mut’ah itu menurut kemampuannya orang yang miskin pula menurut kemampuannya juga’ (Baqarah : 236)

Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Mut’ah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, mut’ah bererti `nama bagi harta yang diberikan oleh suami kepada isteri kerana suami menceraikannya’.

Di dalam kitab `Iaanatut Talibin ada menyebut : `suami wajib memberi mut’ah kepada isterinya yang telah disetubuhi walaupun isterinya itu seorang hamba, oleh kerana berlakunya perceraian yang bukannya berpunca daripada isteri dan bukan juga disebabkan mati salah seorang suami isteri itu.

Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan : Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada

Page 15: Per Tuna Ngan

Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak

5. Harta Sepencarian

`Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan’ (An-Nisa : 32)

Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Harta Sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak

Seksyen 58 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak.

6. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

‘Dari Abdullah bin Amar, bahawa seseorang perempuan bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya bagi anak lelakiku ini perutkulah yang mengandungnya, pangkuan aku menjadi perlindungannya dan susukulah yangmenyusuinya, tiba-tiba sekarang ayahnya mahu mencabutnya dari aku’. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Engkaulah lebih berhak terhadapnya selama engkau tidak berkahwin lain’

‘Seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW katanya, ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya suamiku mahu membawa anakku pergi padahal dialah yang mengambil air untukku dari sumur Abu Unbah dan dia pun berguna sekali bagiku’. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Ini ayahmu dan ini ibumu. Pilihlah mana yang engkau sukai’. Lalu anak tersebut memilih ibunya. Lalu ibunya pergi membawa anaknya’

Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Page 16: Per Tuna Ngan

Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan

6. Nafkah Anak

`Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah mereka’ (At-Talak: 6)

`Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dari seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajipan demikian’ (Al-Baqarah : 233)

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

Hindun pernah bertanya, `Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan (suami hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya’. Kemudian Rasulullah saw menjawab, `Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang makruf’

Seksyen 72 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya Seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya –

(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;

(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu dalam jagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain

Page 17: Per Tuna Ngan