per ay a an

13
8/9/2019 Per Ay a An http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 1/13 Perayaan - Perayaan Di Malaysia SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA 1. VAISAKHI 2. KRISMAS 3. DEEPAVALI 4. CHAP GOH MEI 5. HARI RAYA AIDILFITRI 6. HARI RAYA AIDILADHA 7. PERAYAAN HANTU LAPAR  8. PERAYAAN KAUL MELANAU 9. MAAL HIJRAH 10. PERAYAAN DEWA MONYET 11. TAHUN BARU CINA 12. PERAYAAN BOT NAGA 13. HARI GAWAI DAYAK 14. PESTA KAAMATAN 15. PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG 16. PONGAL 17. REGATTA LEPA SEMPORNA  Vaisakhi  Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.Pada 1699, Guru Gobind Singh mengumpul ribuan penganut Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan undang-undang Khalsa. Beliau mengorbankan lima orang pemuda yang berani dalam upacara ini. Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi undang –undang Khalsa

Upload: salmiahothman

Post on 30-May-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 1/13

Perayaan - Perayaan Di Malaysia

SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA

1. VAISAKHI 2. KRISMAS

3. DEEPAVALI 

4. CHAP GOH MEI 

5. HARI RAYA AIDILFITRI 

6. HARI RAYA AIDILADHA 

7. PERAYAAN HANTU LAPAR  8. PERAYAAN KAUL MELANAU 

9. MAAL HIJRAH 

10. PERAYAAN DEWA MONYET 

11. TAHUN BARU CINA 

12. PERAYAAN BOT NAGA 

13. HARI GAWAI DAYAK 

14. PESTA KAAMATAN 

15. PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG 

16. PONGAL 

17. REGATTA LEPA SEMPORNA

 

Vaisakhi 

Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari

istimewa di mana semua penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.Pada 1699, Guru

Gobind Singh mengumpul ribuan penganut Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan undang-undang Khalsa. Beliau

mengorbankan lima orang pemuda yang berani dalam upacara ini.

Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi undang –undang Khalsa

Page 2: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 2/13

masyarakat Sikh.Pada hari ini, Masyarakat Sikh melawat Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan yang meriah

diadakan. Ramai juga yang memilih untuk menjadi sami dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suc‘Nishan Sahib’ di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.

Krismas ( Hari Natal)

Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah

masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut Kristian.

Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan

dengan meriah setiap tahun. Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular berbanding makna

keaagamaan. Satu imej penting dalam perayaan Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan

berambut putih, yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah. Khabarnya Santa Claus berasal dari watak

St. Nicholas, yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.

Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan ‘advent’ iaitu selang masa emp

minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud

‘datang’ yang membawa maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.

Di Gereja Katolik, terdapat upacara membakar lima batang lilin, yang mewakili lima minggu sebelum Krismas. Seti

lilin berwarna berlainan, dan membawa maksud-maksud tertentu. Lilin pertama bernama lilin ‘Hope’, kedua ‘Peace’

ketiga ‘Joy’ dan keempat ‘Love’.

Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dalagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.

Adalah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja malah ada juga yang

berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim, orang tua dan hospital bagi meraikan mereka yang

kurang bernasib baik.

Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul, masa untuk doa dan kesyukuran

telah sampai. Biasanya ‘Nativity play’ atau pertandingan ratu cantik perayaan akan juga diadakan.

Di malam Krismas juga akan terdapat kumpulan ‘carol’ yang menyayi lagu-lagu keagamaan dan semangat dari pintu

ke pintu. Apabila tiba tengah malam keluarga akan makan ‘supper’ sebagai upacara menghormati JesusChrist.Dimasa ini jugalah mereka bertukar hadiah dan membuka hadiah masing-masing.

Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke rumah dan menunggu

kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang, perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan

kaum lain. Antara juadah yang biasa dihidangkan ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda

Page 3: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 3/13

bakar,termasuk juga rendang dan kari.

Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya berlangsung hingga ke tahbaru.

Deepavali

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan

kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti

umum.

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Ole

kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini

adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dew

Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain

yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yangdimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan

lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga

bertambah seri dengan lampu-lampu moden.

Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah

pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.

Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makasayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat

penghargaan.

Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian

diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung k

rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan

dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.

Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya

perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-

besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar d

tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan

mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau

ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar

Page 4: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 4/13

mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi

menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang benderabesar "Chingay".

Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari

larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, da

melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak

berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, sepertsolat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan

perbuatan mungkar seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.

Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang

dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan

memperbanyakkan ibadah di malam itu.

Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga ruk

Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan

rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamny

matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.

Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan

kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘balik kampung’ ini menyebabkan kota-kobesar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa d

keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.

Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan da

malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum

keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk

menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang

paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.

Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan

meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan memintmaaf dari datuk dan nenek. Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-

mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti da

kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara ata

rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah

Page 5: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 5/13

seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih

dihidangkan, mengikut tempat.

Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak membuat rumah terbu

sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya danwarga emas juga tidak dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri

memberi sinar kepada mereka.

 

Hari Raya Aidiladha

Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia

disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau

hari raya Korban.

Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa bulan Zulkaedah dan

Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban pu

diambil dari peristiwa ibadah kurban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun baginda

berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim tetap melaksanakan ibadah korban demi taatnya

baginda kepada Allah Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.

Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat sunat pada pagi hari.Dengan

berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga dan menjamah juadah.Hidangan pada Aidilad

tiada jauh bezanya dengan Adilfitri, ketupat, lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.

Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk melaksanakan ibadah korban. Disini, lemb

kambing, biri-biri dan kerbau disembelih. Bahkan stail terbaru sekarang terdapat juga unta disembelih di Malays

Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap

Allah Taala.

Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan

punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia

mengeratkan silaturrahim dan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.

Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Aidiladha juga adalah lamba

keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan sebahagian

harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Perayaan Hantu Lapar

Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah

berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun dahulu.Pada masa dahulu, ada seorang pemuda

Page 6: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 6/13

bernama Mu Lian, yang hidup dengan ibunya yang sangat kedekut. Ibunya selalu menghina pengemis dan menghala

mereka kalau mereka datang meminta makanan.

Mu Lian pula adalah seorang yang baik dan pemurah.Apabila Mu Lian berniat menjadi sami, ibunya sanga

marah kerana anaknya tidak lagi bekerjauntuk menambah kesenangannya.Ibunya mengambil keputusan untukmemberi sami makan makanan yang berdaging, supaya sami ini berdosa. Tetapi ibu ini telah mendapat balasan yan

setimpal, dimana dia telah dihantar ke neraka. Mu Lian sebagai anak yang baik sentiasa berdoa siang dan malamuntuk ibunya. Akhirnya doanya didengari Buddha, maka Buddha memberi keizinan supaya setahun sekali pintu

neraka dibuka roh-roh boleh kembali ke bumi dan diberi makanan.Mulai saat itu, pada setiap hari ketujuh dalambulan ketujuh kelendar Cina adalah hari memperingati hantu-hantu lapar.

Di hari ini, makan dan minuman yang biasanya menjadi kegemaran ahli keluarga yang telah mati diletakkandi luar rumah.Mereka menganggap ahli keluarga yang telah mati akan datang melawat rumah pada hari ini.

Tujuannya adalah supaya dalam rumah tidak diganggu roh jahat.' Paper Money' atau duit palsu juga dibakar sebag

persembahan kepada roh, supaya ia boleh digunakan dalam alam mereka. Untuk memastikan yang roh-roh ini tidakmendatangkan mudarat, persembahan

Pesta Kaul Melanau

Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di

Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun

mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik padaberkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.

Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou,

iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang

panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain

gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.

Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot

berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan

ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri.

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari

buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas i

terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan

makan.

Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak

Page 7: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 7/13

saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adala

sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenalsebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.

Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanaumerayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.

Maal Hijrah

Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat Islam.Ia adalah hari pertamadalam bulan pertama umat Islam.

Maal Hijrah bermaksud perpindahan.Pada hari ini berlaku penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dariMakkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 622 masehi.Makna lain

bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia bolehmenjadi permulaan kepada penilaian terhadap pencapaian diri sendiri.

. Tidak ada ibadah khusus untuk hari ini. Tetapi masyarakat Islam seluruh negara menyambutnyadengan mengadakan tadarus al Quran, berzanji, ceramah dan perarakan. Ter dapat juga anugerah Tokoh

Maal Hijrah diperingkat negeri dan kebangsaan. Ini adalah pengiktirafan terhadap sumbangan orangperseorangan Islam yang cemerlang dari segi sahsiah, kerjaya, dan menyumbang pada masyarakat.

10 Muharam pula dikenali sebagai hari as Syura. Ia adalah hari dimana banyak peristiwa besar

Page 8: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 8/13

berlaku dalam Islam.Masjid-masjid seluruh negara biasanya membuat bubur as Syura, dan disedekahkan

kepada jemaah, sebagai tanda muafakat.10 Muharram bukanlah cuti umum kepada rakyat, tetapi negeriseperti Johor, Kelantan dan Terengganu mengisyhtiharkan Awal Muharram sebagai cuti umum.

Perayaan Dewa Monyet

Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh penganut Buddha seluruh dunia.

Selain Malaysia, ia juga disambut di China, Hong Kong, dan Singapura.Ia perayan meriah yang disambut pada

hari ke-16 pada bulan kelapan dalam kelenndar Cina.Ia diriwayatkan bermula beribu-ribu tahun dahulu,

dimana Raja Monyet yang dibuang dari syurga Toisme memohon taubat dari Buddha dan memohon keabadian

dengan menemani Tang Xuan Zhang berhijrah ke barat dan menyebarkan ajaran Buddha.

Pada masa dahulu, terdapat penganut yang merayakan hari ini dengan memijak bara api dan

menggigit pisau tanpa rasa sakit dan cedera, kerana dikatakan telah diresapi semangat Dewa Monyet.Tetapitidak dimasa sekarang dimana penganut Buddha hanya membakar duit palsu dan kertas doa, lebih- lebih lagi

bila perayaan ini disambut di kuil Dewa Monyet yang terletak di Kowloon, Hong Kong.

Di Malaysia, walaupun tidak semeriah di Hong Kong, tetapi sambutan perayaan ini tetap dibuat.

Penganut Buddha yang ingin menjalani upacara ditabalkan menjadi 'Raja Monyet' akan bersembahyang dan

memanggil rohnya supaya meresap dalm diri mereka.Kemudian akan diadakan persembahan opera Cina

berlatar belakangkan cerita Dewa Monyet.Persembahan ini dikatakan untuk Dewa-Dewa, dan juga ditonton

oleh orang ramai.

Selain itu, tarian singa dan tarian naga juga dipersembahkan. Penutup untuk persembahan ini ialah bilaroh Dewa Monyet hilang dari atas pentas.

 

Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama

‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan

kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan

makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang

dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat

Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol

tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan

kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi

Page 9: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 9/13

simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah

menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagaipenghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi

masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam,kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan

mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti

umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalahhari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutamabaju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin.Menjelang

semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi

Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapauntuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat

harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang,khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaaiakan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan

bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengahmalam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkansuasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘

semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yangbermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang

belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya

Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari

sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidakdibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa

 juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat

Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadisimbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan

bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan

Page 10: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 10/13

mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.

 

Perayaan Bulan Kelima atau Bot Naga

Pada musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan menyambut

perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina. Ia disambut juga di Malaysia, khasnya di Pulau Pinang.

Nama lain bagi perayaan ini ialah 'Perayaan Penyair Patriotik', mengambil sempena bangsawan Cina di

masa dahulu Qu Yuan yang hidup di tahun 278 sebelum masihi. Beliau sanggup mengorbankan dirinya sebagai

protes terhadap amalan rasuah dalam kerajaan di masa itu.sebelum beliau terjun ke laut unutk membunuh

diri, beliau telah menulis dua buah puisi mengkritik kerajaan.Para nelayan cuba menyelamatkannya, tetapi

gagal.Kemudian, puisi itu menjadi sumber semangat bagi rakyat menentang kerajaan yang jahat.

Upacara dilakukan oleh masyarakat Cina setiap hari kelima dalam bulan kelima sebagai memperingati

Qu Yuan. Nelayan-nelayan akan meletakkan nasi pada bekas buluh supaya naga laut akan menjaga

keselamatan 'penyair patriotik' ini dan keselamatan mereka.Terdapat juga sesetengah tempat yang membuat

pertandingan bot naga, khusus menghormati semangat laut ini.

 

Pesta Gawai Dayak

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim

menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut padaakhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di

bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. PestaGawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi danKekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum

merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darahayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruhmasyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di

serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.

Page 11: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 11/13

Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tapai.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkankekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang

diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban

 juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa.Pesta Gawai dianggapberakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang

baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya

disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal bulan. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu

cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh."

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Manakala ‘Megavau’ pula adalah

upacara kesyukuran yang penting, dijalankan oleh bobohizan. Megavau dijalankan di sawah padi pada malam

bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan

pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat.Makanan terbaik seperti tapai dan

nasi akan disajikan sebagai jamuan terhadap roh.

Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk

halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda

hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan

Rogon semangat jahat.

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga

dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan

dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka

berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari.

Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan

menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud ‘Selamat Hari

Menuai’.

 

Page 12: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 12/13

 

Pesta Kuih Bulan Dan Tanglung

Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia menandakan berakhirnya

musim menuai pada zaman dahulu kala.Kadangkala ia dikenali juga sebagai Pesta Tanglung.Di Malaysia,

masyarakat Cina menyambutnya dengan mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuihbulan dan menggantung tanglung. Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara, bagi mereka

adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang hormat.

Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih bulan, ayam panggang, babi panggang, ubi,dan teh Cina dipersembahkan di tokong. Tanglung- tanglung pelbagai jenis juga digantung di rumah. Bacaan

mentera yang disertai dengan pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam ini.Selepas

itu, kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi rumah dengan gembira.

Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan ini.Kuih Bulan yang dibuat bagi hari iniadalah melambangkan kesepakatan, kerana bentuknya yang bulat.Biasanya ia diisi dengan inti kacang merah,

kacang hitam atau kacang soya.Manakala tanglung bagi memeriahkan perayaan ini terdapat dalam pelbaibentuk, seperti naga, rama-rama, arnab, ketam dan sebagainya.Bentuk -bentuk ini bagi masyarakat Cina akan

memberi tuah kepada mereka. Di Malaysia, kemeriahan ini dapat dirasai jika kita berkunjung ke PetalingStreet pada malam itu.

 

Pesta Pongal Masyarakat Hindu

Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal'

adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di

masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan

'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di

depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran

membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu bolehmembuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.

Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis

ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi

dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepadaDewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi

Page 13: Per Ay a An

8/9/2019 Per Ay a An

http://slidepdf.com/reader/full/per-ay-a-an 13/13

masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan.

Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dankeledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.Pada hari pertama, ia

dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akanmengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.

Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukanpada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari

ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percayabahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.

Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia

membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah

diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Regatta Lepa Semporna

Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa

Bajau ialah sampan atau bot.Ia biasanya diperbuat dari kayu seraya, dan menjadi simbol kaum Bajau sejak

lama dahulu.Lepa ini banyak terdapat di masyarakat nelayan yang tinggal di Pulau Bum.

Di masa sambutan Regatta ini, Semporna menjadi meriah kerana perahu dan bot yang berwarna warni akan

bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Lepa tercantik.Lepa tercantik ini dihakimi

berdasarkan dari corak, tarian yang dipersembahkan di atasnya,’ sambulayang ‘( layar) dan tapis-tapis

( bendera ).

Tarikan lain di Pesta Regatta ini ialah seperti acara sukan air seperti pertandingan mendayung, berlayar, dan

‘keleh-keleh’ iaitu bot mini.bagi yang tidak berkemahiran menyertai sukan air boleh bermain perang-perang,

lumba berenang, atau pertandingan menangkap itik.Persembahan kesenian pada malamnya adalah penutup

kepada Regatta Lepa Semporna ini.