penyediaan proposal pbe

8
. PENYEDIAAN PROPOSAL PBE ( PRODUCT BASED EDUCATION ) TAJUK : LITAR BEKALAN KUASA 1 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK 1. TAJUK PROJEK 2. LATARBELAKANG 3. PERNYATAAN MASALAH 4. OBJEKTIF 5. KEPENTINGAN PROJEK 6. ANGGARAN KOS 7. PERANCANGAN PROJEK 8. KESIMPULAN/RUMUSAN 9. CARTA GANTT NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PN JAMALIAH BINTI JAMALUDIN NAMA AHLI : 1. MIRZA AFWAN BIN AHMAD 970310-06- 5895

Upload: noor-mala

Post on 10-Feb-2016

62 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PBE

TRANSCRIPT

Page 1: Penyediaan Proposal Pbe

.

PENYEDIAAN PROPOSAL PBE ( PRODUCT BASED EDUCATION )TAJUK : LITAR BEKALAN KUASA

1 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

1. TAJUK PROJEK

2. LATARBELAKANG

3. PERNYATAAN MASALAH

4. OBJEKTIF

5. KEPENTINGAN PROJEK

6. ANGGARAN KOS

7. PERANCANGAN PROJEK

8. KESIMPULAN/RUMUSAN

9. CARTA GANTT

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: PN JAMALIAH BINTI JAMALUDIN

NAMA AHLI :

1. MIRZA AFWAN BIN AHMAD 970310-06-5895

2. MOHAMAD IKHMAL BIN SANI 970815-05-5107

3. MUHAMMAD AIMAN HAQQIM BIN SAPARUDDIN 970307-06-5579

Page 2: Penyediaan Proposal Pbe

TAJUK PROJEK : LITAR BEKALAN KUASA

1.0 LATARBELAKANG

Kajian ini dijalankan sebagai satu usaha bagi membantu pelajar dalam

matapelajaran elektronik bagi mengatasi masalah mengenal komponen asas litar

bekalan kuasa, memahami kendalian litar bekalan kuasa dan memahami pertukaran

bentuk gelombang dari gelombang arus ulangalik kepada gelombang arus terus.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap respons pelajar,

ujian-ujian bulanan dan peperiksaan penggal. Hasilnya didapati kebanyakan pelajar

tidak boleh melakar bentuk gelombang pada setiap peringkat litar bekalan kuasa

serta tidak dapat menerangkan kendalian litar bekalan kuasa dengan baik. Ujian Pra

juga telah menunjukkan pelajar memperolehi markah yang sangat rendah di dalam

ujian litar bekalan kuasa. Kaedah yang dibangunkan adalah pembinaan model litar

bekalan kuasa daripada komponen pegun sebagai bahan pengajaran digabungkan

dengan pembinaan litar “running light” yang akan mengeluarkan bentuk gelombang

dan memaparkan aliran arus. Gabungan ini mampu meningkatkan pencapaian

pelajar dan memudahkan guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih berkesan. Ujian Pasca juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak

39% berbanding Ujian Pra setelah model bekalan kuasa diperkenalkan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan peperiksaan yang lalu, ramai pelajar elektronik gagal dalam menjawab

soalan tentang litar bekalan kuasa walaupun telah diberikan penerangan teori dan

latihan amali secara intensif. Kebiasaannya, kaedah yang digunakan oleh guru

adalah kaedah kuliah dan latihan amali yang berterusan. Sepanjang kaedah

pengajaran ini digunakan, pelajar masih belum dapat menjawab soalan-soalan yang

berbentuk aplikasi walaupun pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab

Page 3: Penyediaan Proposal Pbe

soalan berbentuk demikian. Disamping itu juga, proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas juga amat mengelirukan dan membosankan pelajar.

Latihan yang berterusan dan soalan-soalan SPM yang lepas telah diberikan

kepada pelajar juga menunjukkan mereka tidak menjawab apa yang disoal. Perkara ini

telah berlarutan dari bulan ke bulan. Guru merasakan perlu kepada mempelbagaikan

kaedah pengajaran guru agar dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan

penguasaan mereka di dalam tajuk litar bekalan kuasa. Guru telah menggunakan 2

kaedah untuk meningkatkan kefahaman tentang sistem ini kepada pelajar. Dua kaedah

tersebut adalah penerangan guru bersumberkan buku teks MPAV (Matapelajaran Aliran

Vokasional) dan penggunaan e-pembelajaran (internet). Namun begitu, kaedah yang

digunakan tetap tidak memberi keberkesanan kepada pelajar. Ini kerana kedua-dua

kaedah di atas adalah begitu kompleks dan pelajar tidak dapat berimiginasi kefungsian

sistem tersebut. Kesukaran untuk mengingat bentuk gelombang yang keluar dari satu

peringkat ke satu peringkat bekalan kuasa dan memahami konsep kendalian litar

menyebabkan pelajar kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran Litar bekalan

kuasa.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektifnya adalah:-

1- Pemudah cara kepada guru dalam menyampaikan P&P tentang Litar Bekalan

Kuasa.

2- Membantu pelajar mengenal dan melabel komponen dengan tepat.

3- Membantu pelajar melakar litar asas bekalan kuasa

4- Sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) – demostrasi amali

Page 4: Penyediaan Proposal Pbe

4.0 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan projek ini adalah untuk kefahaman pelajar supaya pelajar lebih

memahami cara kerja atau kendalian bekalan kuasa

5.0 ANGGARAN KOS

BIL KOMPONEN HARGA/UNIT

1 TRANSROMER 1 UNIT = RM 20.00

2 KAPASITOR 1 UNIT = RM 2.00

3 PERINTANG 1 UNIT = RM 0.20

4 LED 1 UNIT = RM 1.00

5 DIOD 1 UNIT = RM 1.20

6 I/C RUNNING LIGHT 1 UNIT = RM 4.00

JUMLAH RM 28.40

Page 5: Penyediaan Proposal Pbe

6.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

TARIKH PELAKSANAAN

18.05.2015Perbincangan bersama rakan kumpulan berkaitan projek

yang akan dilaksanakan

19.05.2015Taklimat bersama penyelaras dan penyelia projek

Menyediakan proposal

20.05.2015Perbincangan bersama penyelia projek

Menghantar dan semakan proposal projek

21.05.2015Perbincangan bersama penyelia projek

Melaksanakan projek

22.05.2015Perbincangan bersama penyelia projek

Melaksanakan projek

25.05.2015Perbincangan bersama penyelia projek

Melaksanakan projek

26.05.2015Menghantar laporan projek kepada penyelia

Perbincangan bersama penyelia – semakan laporan

27.05.2015 Perbincangan dan laporan langkap

28.05.2015Penyelia menghantar laporan projek kepada penyelaras

PBE

Page 6: Penyediaan Proposal Pbe

7.0 KESIMPULAN

Cabaran terbesar bagi seorang guru adalah untuk merealisasikan hasrat

“Membina Negara Bangsa”. Justeru itu, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar P&P

yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan memerlukan guru yang

berkebolehan untuk mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik

pengajaran dengan berkesan kepada pelajar.

Pembinaan Model LITAR BEKALAN KUASA merupakan inovasi di dalam

pendidikan khususnya dalam bidang elektronik. Pembinaan model ini mampu

menggilap tahap penguasaan ilmu dan tahap kebolehan pemahaman pelajar dengan

baik.

8.0 CARTA GANTT

CARTA GANTT PELAKSANAAN PBE ( LITAR BEKALAN KUASA )

MEI 2015

TARIKH

PERKARA18 19 20 21 22 25 26 27 28

PERBINCANGAN PROPOSALPERSEDIAAN PROPOSALPEMBENTANGAN PROPOSALMEMBANGUNKAN PROJEKPEMBENTANGAN PROJEKLAPORAN PROJEK

Page 7: Penyediaan Proposal Pbe