langkah penyediaan herbaium.docx

Upload: mohd-jefri-sharif

Post on 08-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pembelajaran sains sekolah rendah.Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering.Nama tumbuhan: Petai belalang.Nama binomial: Leucaena leucocephalaKeluarga:FabaceaeSubkeluarga:MimosoideaeTribus:MimoseaeGenus:LeucaenaSpesies:L. leucocephalaPetai belalang ialah sebuah pokok daripada keluarga kekacang. Ia adalah antara tumbuhan pemberi sumber protein terbaik untuk makanan lembu, dimakan segar, muda, matang, hijau ataupun kering. Nilai pemakanannya sama atau lebih elok jika dibandingkan dengan alfalfa. Pokok petai belalang semakin mendapat tempat dalam memulihkan tanah, mengawal hakisan, pemuliharaan air, penghutanan semula dan pengurusan tanah, dan baik sebagai tanaman penutup bumi dan tanaman baja hijau. Penggunaan daunnya sebagai sungkupan pada tanaman dikatakan berjaya meningkatkan hasil tanaman tersebut secara signifikan.Pokok petai belalang kini digunakan sebagai sumber biojisim bagi menjana tenaga untuk kilang-kilang di Kertih, Terengganu. Cip kayu petai belalang dan pokok akasia akan digunakan dalam menjana tenaga untuk Taman Bio Polimer Kertih kelak.Herbarium berasal daripada perkataan hortus dan botanicusyang bermaksud kebun botani yang dikeringkan.(Onrizal,2005)mendefinisikan herbarium sebagai satu koleksi spesimen yang telah dikeringkan dan disusun berdasarkan sistem klasifikasi.Secara ringkasnya herbarium merupakan spesimen dari tumbuhan yang telah dimatikan dan diawet dengan kaedah tertentu yang dilengkapi dengan maklumat lengkap tumbuhan tersebut.Herbarium dibuat dengan tujuan untuk pembelajaran dan kajian terhadap spesis tumbuhan(Steenis,2003)Kegunaan HerbariumHerbarium secara umum digunakan sebagai:1. Pusat rujukan:sumber utama bagi ahli taksonomi untuk mengenal pasti spesis tumbuhan,mengkaji dan mengkelaskan tumbuhan serta mengnalpasti spesis baru.2. Dokumentasi:herbarium merupakan koleksi yang mempunyai nilai sejarah,contoh tumbuhan baru dan mempunyai nilai ekonomi.3. Pusat penyimpanan data:ahli kimia memanfaatkan untuk mengkaji alkaloid manakala ahli farmasi menggunakan untuk mengkaji dan mencari bahan ramuan untuk merawat penyakit seperti kanser.

Kaedah: HerbariumPenyediaan herbarium melibatkan proses-proses berikut:

1.Pengumpulan Bagi mengumpul sesuatu jenis spesimen tumbuhan, kita terpaksa mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga bagi membantu kita semasa peringkat (e) dan seterusnya. Jika tumbuhan itu bersaiz kecil, adalah lebih jika bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu dimasukkan. Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat. Daun petai belalang atau Leucaena leucocephala2.PenekananSpesimen perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat. u

Daun yang telah disusun di atas kertas kemudiannya dilapisi dengan sehelai kertas lagi.

Kenakan tekanan ke atas lapisan kertas.

Tindih dengan sebarang objek berat dengan sekata.3.PengeringanBahagian-bahagian daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kita terpaksa mengeringkannya dalam alat tekanan. Jika ini tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari. Jika ini juga tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya dalam udara biasa tetapi kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu)

Nota: spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan. Bagi mengatasi masalah ini, kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Buangkan kertas yang sudah dilembapkan apabila penukaran berikutnya dilakukan.4.PemanjanganSpesimen yang kering disusun di atas kertas tebal dan terang (putih atau cerah) bersaiz 28cm X 43cm. Spesimen perlu dilekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya. Untuk mengelakka serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.

5.PengelasanUntuk mengenal pasti spesimen, pengumpul perlu membuat rujukan sama ada pada buku atau pakar dalam bidang pengelasan misalnya muzium, universiti atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

6.PelabelanNilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut: Nama saintifik/botani Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Pastikan anda menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan (khususnya apabila anda ingin menghantar spesimen untuk dikenal pasti oleh pihak yang tertentu.

7.PenyimpananUntuk memastikan herbarium tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.