peny ata rasmi parlimen · kwsp menyiasat. mungkin ada kaitan dengan satu-satu yang di luar...

74
Jilid II Bil. 26 MALAYSIA HariRabu 14hb Disember, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JA WAPAN·JA WAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANY AAN [Ruanpn 4283) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) [Ruangan 4353) Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 4413) Rang Und.ang-undang Pertubuhan Peladang (Pindaan) [Ruangan 4417) DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR OHAZALl BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T., PEMANOKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEOARA, MALAYSIA 1990

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid II Bil. 26

MALAYSIA

HariRabu 14hb Disember, 1988

PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JA WAPAN·JA WAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANY AAN [Ruanpn 4283)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) [Ruangan 4353)

Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) [Ruangan 4413)

Rang Und.ang-undang Pertubuhan Peladang (Pindaan) [Ruangan 4417)

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR OHAZALl BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

PEMANOKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEOARA, MALAYSIA 1990

4275 14 DISEMBER 1988

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

4276

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJJ MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S.,A.M.N., A.B.s. (Sarawak).

"

"

"

.. " "

.. "

" .. " .. "

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJJ HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

TUAN ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

DATO HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH, P.I.S., P.P.M. (Johor).

TUAN HAJJ ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N, P.J.K. (Kedah).

DATUK HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan) .

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

TUAN AzuMu BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah) .

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (Perlis) .

TUAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TuAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur) .

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias YUSOF, P.J.K. (Terengganu).

TuAN HAJJ HAMID ARABY BIN Mo. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K. (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

42'17 14 DISEMBER 1988 4278

Yang Berhormat TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (DiJantik) .

., TUAN HAJJ IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik); · ·

"

"

"

" " " "

"

"

"

"

"

"

"

" "

" "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN HAJJ IBRAHIM BIN HAJJ UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJJ JAAFAR BIN HARON (DiJantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TuAN KoH IM PIN, o.s.N., P.M.C., P.J.K. (Negeri Sembilan).

· TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak).

TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PuAN LAw JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, o.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJJ ZAKARIA (Dilantik).

TuAN HAJJ Mono. NooR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHO. W AJDI BIN DATO' HAJJ ISHAK, J.P. (Dilantik).

TuAN MusTAFA BIN AwANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

DATUK HAJJ NASIR BIN HAJJ MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NAWAWI BIN MAT AWIN (Dilantik).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJJ BELUAH alias HAJJ HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJJ MULJA (Sabah).

TuAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PuAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH RosNAH BINTI HAJJ Mono. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

4279 14 DISEMBER 1988 4280

Yang BerhormatPOAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHO. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

"

"

" " " "

" " " " " "

TUAN V. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HAJJ SHAHAROM BIN HAJJ MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJJ SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

TUAN SIVALINGAM AiL ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Oilantik).

TUAN HAJJ SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M~N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PuAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN WoNG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAJJ YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ebsan).

4281 14 DISEMBER 1988 4282

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha De~~-1,1 Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.s.o., s.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab. \

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting_: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad. :·'

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

· · · R.;~ira 't:i~fi Abdhi'saina'J':""··rr:

BENTARA MESYUARAT

..J /j

Mijaf (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

4283 14 DISEMBER 1988

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

4284

Rabu, 1~b Dlsember, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

WANG KWSP UNTUK PELAJARAN LANJUTAN

1. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Kewangan menyatakan sama . ad~ pinjaman wang 100% dapat dtben kepada pekerja-pekerja estet untuk memiliki rumah menurut institusi kewangan. Sarna ada caruman wang KWSP dapat digunakan untuk tujuan pendidikan memandangkan bahawa perbelanjaan untuk pendi~ikan semakin meningkat khususnya dt luar negeri. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap orang perseorangan yang mengeluarkan caruman wang KWSP secara tidak sah khususnya di kalangan peguam.

Thnbalan Menterl KewiUipn (Tuan Mohanled Farld bin Arillln): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan pada masa ini tidak ada rancangan untuk memberi pinjaman wang 100% kepada pekerja-pekerja estet untuk memiliki rumah menerusi institusi­institusi kewangan.

Kerajaan telah pun mengkaji dengan. teliti cadangan untuk mengadakan skim pengeluaran caruman KWSP bagi tujuan

menampung pelajaran lanjutan. Keputusan telah pun ~ibuat baha~a skim tersebut t1dak WaJar dilaksanakan kalau setelah mengambil kira perkara-perkara berikut:

(i) implikasi ·yang negatif · terhadap aliran wang tunai dan kedudukan kewangan KWSP dalam jangka masa yang panjang; dan

(ii) skim pengeluaran seperti yang dicadangkan itu tidak akan memberi , manfaat kepada segolongan besar pencarum­pencarum KWSP kerana 82% daripada mereka mempunyai jumlah caruman yang kurang daripada $10,000.

Berhubung dengan itu · isu penipuan juga dalam pengeluaran wang simpanan KWSP dan kes-kes yang berkenaan yang merupakan kes jenayah (criminal) telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan yang sewajarnya. Oleh kerana itulah maka pihak Kerajaan telah memutuskan supaya tidak men­jalankan ataupun meimplimen­tasikan program berkenaan dengan pengeluaran wang KWSP untuk lanjutan pelajaran.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin tabu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa ada pihak yang mengeluarkan 100% simpanan KWSP mereka dengan tujuan membeli rumah kos rendah akan tetapi di masa yang sama juga memohon 100% pinjaman dari Kerajaan. Jika sedar, bagaimanakah perkara ini boleh

4285 14 DISEMBER 1988 4286

berlaku dan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan perkara ini berlaku?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pertama adalah menjadi dasar . KWSP bahawa pengeluaran untuk membeli rumah hanya dibenarkan mengikut garispanduan-garispanduan yang telah ada. Setakat ini mengikut dasar KWSP tidak ada peraturan yang membenarkan ia mengeluarkan 100% wangnya untuk membeli rumah.

Mengikut maklumat yang kami ada, seorang hanya boleh mengeluarkan lebih kurang 40% daripada wang KWSP ataupun 10% daripada harga rumah yang mana yang lebih tinggi dengan maksimum sebanyak $20,000. Jika sekiranya terdapat kes-kes di mana orang telah mengeluarkan wang 100% daripada KWSP ini adalah di luar daripada garispanduan yang telah ditetapkan. Jika sekiranya ada kes-kes ini yang mungkin dalam pengetahuan Ahli Yang Berhormat yang berkenaan maka saya menyarankan supaya Yang Berhormat memberi butir-butir terperinci untuk Kementerian atau KWSP menyiasat. Mungkin ada kaitan dengan satu-satu yang di luar daripada cara biasa.

Yang kedua, untuk membeli rumah kos rendah, beberapa bank telah pun membenarkan supaya sebahagian besar daripada harga wang rumah itu dibiayai oleh pinjaman bank, tetapi ini terpulanglah kepada dasar bank masing-masing. Jika sekiranya Ahli Yang Berhormat memerhatikan akhir­akhir ini beberapa bank telah pun mengumumkan beberapa program tertentu. Sebuah bank telah mengumumkan satu program yang dinamakan "Five Star Programme" dan sebelum itu sebuah bank telah pun mengumumkan penurunan . kadar faedah untuk membeli rumall-rumah kos rendah. Persaingan terdapat dalam industri bank dan ini adalah satu perkara yang mungkin membawa

kepada, dengan izin, a lower cost of funds untuk seseorang itu meminjam untuk membeli rumah. Apatah lagi kepada pembeli-pembeli yang ingin membeli rumah yang di bawah daripada $25,000 iaitu rumah kos rendah.

Walau bagaimanapun, saya ingin sekali lagi menyarankan ataupun meminta Ahli Yang Berhormat supaya memberi butir-butir terperinci jika ada kes seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat yang ada kaitan dengan KWSP dan saya dengan rela hati di sini niemberi jaminan bahawa jika sekiranya terdapat kes seperti itu, kita akan menyiasat sedalam­dalamnya.

SUKARELA WAN DI KALANGAN MASYARAKAT

2. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan sejauh manakah usaha telah dibuat oleh pihak Kementerian bagi menentukan dan memberi galakan kepada kegiatan sukarelawan di kalangan masyarakat kita supaya membantu mereka yang tidak bernasib baik. Sebutkan badan-badan sukarela yang telah bekerjasama dengan pihak Kementerian bagi tujuan-tujuan ini jika ada.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kebajikan Masyarakat telah menjalankan berbagai usaha untuk menggalakkan kegiatan sukarelawan di kalangan masyarakat kita agar dapat menyumbang khidmat bakti untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Selain dari perkhidmatan perundingan, nasihat dan bimbingan kepada orang perseorangan atau kelompok masyarakat yang ingin

4287 14 DISEMBER 1988 4288

melibatkan diri dalam khidmat kebajikan sukarela, Kementerian juga telah mengadakan kempen pendaftaran pekerja sukarela yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan penyertaan dan penglibatan orang ramai dalam perkhidmatan kebajikan sukarela. Kempen ini telah diadakan pada tahun 1985 semasa Minggu Kebajikan Negara di mana seramai 434 orang telah didaftarkan dan pada tahun ini sempena Bulan Kebajikan Negara yang beroleh 246 orang sukarelawan didaftarkan.

Dalam usaha ini, semua pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang di bawah pengawasan Kementerian ini telah bekerjasama untuk menjayakan usaha-usaha ke arab peningkatan bidang sukarelawan di kalangan masyarakat. Pertubuhan­pertubuhan kebajikan sukarela yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Peringkat Kebangsaan ada seramai 11 pertubuhan dan di dalam peringkat Negeri ada seramai 63 pertubuhan-pertubuhan suka­relawan.

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jikalau saya baca nama-nama ini sangat panjang, kalau dapat jawapan ini akan diberi kepada Yang Berhormat berkenaan.

INSURANS KESIHAT AN

3. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kewangan menyatakan baru-baru ini Perdana Menteri kita telah pun merayu syarikat-syarikat insuran mengadakan satu Insurans Kesihatan. Setakat ini adakah sebarang sambutan dari syarikat-syarikat insurans di negara kita.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Insurans Kesihatan di negara

kita sebenarnya · telah pun dilaksanakan oleh beberapa syarikat insurans sejak beberapa lama .dahulu. Mungkin Ahli Yang Berhormat tidak begitu mengikutinya, maka oleh kerana itulah Yang Berhormat menimbulkan soalan tersebut. Ini merupakan salah satu daripada skim­skim insurans yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans. Bagai­manapun, pelaksanaan pada masa ini tidaklah begitu meluas dan ia pada amnya diminati oleh mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat swasta dan individu-individu yang berminat dengan perkhidmatan berkenaan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan beritahu Dewan ini Insurans Kesihatan diwajibkan seperti di negara Amerika di mana semua warganegara mesti terlibat di dalam Insurans Kesihatan. Apabila mereka pergi ke klinik-klinik dan hospital, mereka perlu adakan Insurans Kesihatan. Itulah maksud saya di dalam negara kita adakan rancangan untuk wajibkan Insurans Kesihatan?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali soalan itu berbunyi seperti yang telah diterangkan tidak terdapat perkataan "wajib" di situ. Oleh kerana itu maka kita menjawab mengikut soalan yang ditanya. Walau bagaimanapun, jika sekiranya pandangan Yang Berhormat itu untuk mencadangkan ataupun meminta Kerajaan menimbang adakah patut atau tidak diadakan satu "compulsory National Health Insurance", itu berlainan daripada soalan pokok. Walau bagaimanapun, jika sekiranya Ahli Yang Berhormat melihat dan membandingkan keadaan negara-negara yang ada sistem sedemikian dengan negara kita, kita dapati bahawa di negara-negara yang mempunyai National Health Insurance itu seperti England tidak

4289 14 DISEMBER 1988 4290

terdapat satu program di mana kadar pembayaran untuk seseorang itu mendapat · rawatan adalah rendah. Macam di Malaysia, jika seseorang itu sakit dan dia tidak tergolong dalam kumpulan yang senang ataupun dia tergolong dalam kumpulan orang yang susah ataupun miskin, maka ia tidak perlu membayar rawatan tersebut dan jika sekiranya ia disifatkan boleh atau mampu sedikit, dia hanya membayar 50 sen ataupun jika sekiranya ia lebih mampu sedikit, maka dikenakan kadar biasa. Tetapi di negara-negara seperti contoh yang disebut oleh Yang Berhormat tadi yang saya anggap itulah menyebabkan Yang Berhormat tanya, iaitu seperti Great Britain ataupun England, dengan izin, the fees ataupun the cost of perubatan di tempat-tempat itu adalah tinggi, maka Kerajaan negara-negara tersebut mengadakan sistem National Health Insurance yang mewajibkan tiap-tiap pekerja mencarum ke dalam sistem terse but.

Jika sekiranya Kerajaan mendapati bahawa ini adalah satu perkara yang baik, mungkin boleh kita pertimbangkan tetapi sebelum sesuatu skim yang sedemikian dijalankan secara besar-besaran di negara ini, satu kajian yang menyeluruh dan meneliti perlu diadakan. Tetapi memadailah pada masa ini bahawa syarikat-syarikat insurans ini diberi peluang untuk menawarkan skim yang tersebut kepada orangramai dan saya difahamkan bahawa premium untuk mendapatkan Insurans Kesihatan ini tidaklah begitu tinggi, terutama dalam keadaan masa sekarang di mana syarikat-syarikat insurans cuba berlumba-lumba untuk menentukan bahawa premium sesuatu syarikat insurans itu tidaklah membebankan ~a~yat. , , ,. . ,,

ARQAM-MENGHARAMKAN

4. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan

adakah Kerajaan bercadang mengharamkan pertubuhan dakwah Arqam memandangkan beberapa kejadian yang boleh mengelirukan dan menyelewengkan akidah penganut­penganut agama Islam di negara ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi soalan yang seperti ini telah pun saya jelaskan di dalam Dewan yang mulia ini semasa menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah pada 9-12-1988 yang lalu dan soalan-soalan tambahan yang berkaitan dengannya.

Saya tidak ada perkara-perkara baru yang hendak ditambah dalam perkara berkenaan.

KOPERASI NESA DAN MAJUJAYA

5. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Kewangan menyatakan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan dua buah koperasi iaitu Koperasi Nesa dan Majujaya yang mengalami beberapa masalah.

Tuan Mohamed Farid bin Arimo: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia masih lagi dalam peringkat penyiasatan ke atas masalah-masalah yang dihadapi oleh Koperasi Nesa dan Majujaya dan saya difahamkan bahawa kedua-dua koperasi ini adalah tajaan MIC. Pengumuman mengenai apa yang akan dibuat pada satu masa akan datang akan dibuat oleh Kerajaan apabila tiba masanya yang sesuai.

CUKAI PENDAPATAN

6. Dr Nordin Selat minta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha­usaha yang dijalankan supaya semua

4291 14 DISEMBER 1988 4292

yang terlibat membayar cukai pendapatan masing-masing dengan betul tanpa penipuan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan bahawa menurut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967, tiap-tiap orang perseorangan termasuk syarikat ataupun kumpulan orang sama ada pemastautin ataupun tidak pemastautin di Malaysia yang menerima pendapatan di Malaysia yang boleh dikenakan cukai wajib mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Saya kata wajib mengisytiharkan, tidak bermakna seseorang yang telah pun diwajibkan untuk meng-isytiharkan pendapatan mereka itu akan dikenakan cukai. Tetapi jika sekiranya mereka tidak mengisytiharkan pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan maka mereka boleh dikenakan denda. Oleh kerana itu adalah dinasihatkan supaya orang-orang yang wajib mengisytiharkan pendapatan mereka, apabila mereka menerima borang­borang yang berkenaan menghantar borang-borang mereka dengan mengisytiharkan pendapatan mereka supaya mereka tidak terkena denda.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebagai contoh, di Kelantan, seumpamanya, daripada beberapa borang yang kita keluarkan hanya 30% daripada orang yang mengisytiharkan pendapatan mereka itu dikenakan cukai, 70% yang lain tidak dikenakan cukai oleh kerana mereka · tidak tergolong dalam kumpulan yang kena cukai. Ini adalah satu perkara yang disalah fahamkan oleh rakyat, jika mereka menerima sebarang borang daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri, mereka menjangka bahawa mereka terpaksa membayar cukai. Ini menerangkan di sini dengan jelas bahawa pengisian dan kewajipan mengisytiharkan pendapatan tidak semestinya

seseorang itu akan dikenakan cukai, jika sekiranya ia tidak tergolong di dalam kumpulan yang akan dikenakan cukai.

Bagi mereka yang telah mempunyai fail cukai pendapatan dan gagal mengembalikan Borang Penyata taksiran anggaran bersama dengan denda akan dikeluarkan dan mereka diminta mengembalikan borang pe­nyata. Inilah yang selalu menim­bulkan masalah, apabila mereka tidak menghantar balik peng-isytiharan mereka dan apabila orang itu menerima anggaran ataupun assessment dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, maka timbullah masalah kerana selalunya assessment itu dimasukkan sekali dengan denda terus. Jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil.

Saya menasihatkan kepada orang­orang yang berkenaan supaya mengambil tindakan sebelum tindakan mahkamah diambil dan jika sekiranya mereka menghadapi masalah mem­bayar cukai mereka bolehlah merayu kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk mendapat pertimbangan membayarnya secara ansuran. Banyak kes-kes telah pun diberi perhatian dan telah pun membayar cukai mereka secata ansuran. Saya ingin me­nyatakan di sini sekali lagi bahawa Kerajaan dalam membuat demikian tidak mahu menimbulkan keadaan salah faham dan keadaan, dengan izin, a situation of fear, tetapi kita hendak menimbulkarl satu keadaan ataupun, dengan izin, a situation of responsibility.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah menubuhkan satu unit khas baru-baru ini, yang diberi nama Unit Bergerak dan ul1tuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Negara ini, inilah kali pertama saya membuat pengumuman berkenaan dengan anggota unit bergerak ini, yang antara lain telah

4293 14 DISEMBER 1988 4294

pun dilatih dari segi self-defence, takut-takut kalau sekiranya mereka itu masuk ataupun pergi ke tempat­tempat, akan diserang. Maka oleh kerana itu, dengan izin, it is only just for the sake of self-defence not for the sake of other purpose. Jadi, unit bergerak ini akan dan telah pun dicadangkan untuk ditubuhkan di tiap­tiap cawangan pada awal tahun ini untuk melawat orang perseorangan, peniaga atau syarikat untuk memastikan sama ada fail cukai pendapatan untuk mereka itu telah didaftarkan. Fail baru akan didaftarkan apabila didapati mereka yang berkenaan terkena dalam kumpulan orang yang membayar cukai dan belum lagi didaftarkan. Tujuan utama unit tersebut ditubuhkan atau diperkenalkan ialah untuk mem­perluaskan lagi asas cukai ini supaya lebih ramai orang yang boleh dikenakan cukai pendapatan membayar cukai mereka.

Seperti saya umumkan kelmarin daripada 17 juta rakyat Malaysia, hanya 5.2% sahaja- yang membayar cukai dan daripada beratus-ratus ribu syarikat yang terdaftar hanya 13% sahaja yang membayar cukai. .• Ini adalah satu angka yang amat rerldah jika dibandingkan dengan negara­negara barat seperti United Kingdom yang Iebih daripada 50% daripada rakyat mereka membayar cukai.

Jadi, oleh kerana itu maka Kerajaan telah pun terpaksa mengambil tindakan-tindakan dan langkah­langkah tersebut untuk meluaskan lagi asas cukai supaya lebih ramai orang yang boleh dikenakan cukai pendapatan membayar cukai mereka. Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, pembayar cukai yang sudah mem­punyai fail dinasihatkan men­yimpan rekod mereka dengan cara yang betul dengan mendapatkan perkhidmatan akauntan ataupun agen cukai yang bertauliah. Selalunya kita mendapat komplen mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai

pendapatan yang sekian-sekian, tetapi apabila dikenakan cukai baharulah kes ini timbul, maka disemak semula, sebenarnya mereka tidak mempunyai satu sistem untuk menyimpan akaun ataupun rekod mereka. Oleh kerana itulah maka timbul masalah mereka untuk membuktikan apakah yang dikatakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri itu betul ataupun apa yang dikatakan oleh mereka itu boleh diterima atau tidak.

Pasukan audit luar (field audit) juga akan melawat pembayar cukai dan memeriksa sama ada rekod disimpan dengan betul dan mereka ini dikehendaki melaporkan pendapatan mengikut akaun yang telah pun diaudit itu. Pembayar cukai yang disyaki melaporkan pendapatan yang tidak benar akan disiasat oleh Pusat Penyiasatan dan jika telah terbukti bahawa pengelakan cukai berlaku, pembayar cukai boleh didakwa di mahkamah atau dikehendaki membayar cukai yang kurang ditaksirkan bersama dengan denda sekali ganda. Jika mereka didakwa dan disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi $5,000 akan dikenakan oleh mahkamah dan di samping itu mereka juga dikehendaki membayar satu denda khas sebanyak dua kali ganda jumlah cukai yang kurang ditaksirkan itu. Di mana seseorang itu dengan sengaja atau dengan tujuan untuk melarikan cukai atau membantu orang lain melarikan cukai, ini masuk dalam istilah syubahat, jika beliau disabitkan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi $10,000 atau dipenjarakan bagi tempoh yang tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Selain daripada itu, cukai yang kurang ditaksir' beserta satu denda sebanyak tiga kali ganda cukai tersebut akan dikenakan bayaran.

Ada kes-kes di mana kita telah pun meminta supaya pembayar-pembayar cukai itu ataupun orang-orang yang telah pun bertujuan untuk lari daripada membayar cukai untuk

4295 14 DISEMBER 1988 4296

declare, dengan tzm, pendapatan mereka sebanyak 12 tahun kebelakangan, kerana itu, Tuan Yang di-Pertua, maka saya ingin mengambil kesempatan ini menasihatkan orang ramai dan melalui Dewan Negara ini menasihatkan orang di kawasan masing-masing untuk mengikuti ataupun comply, dengan izin, kepada Undang-undang Cukai Pendapatan supaya tidak menimbulkan masalah.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa tujuan Kerajaan ialah bukan untuk membebankan rakyat, tetapi hanyalah menjalankan tugas dan Kementerian Kewangan mengharap ini akan menjadi satu perkara biasa pada 2, 3 tahun akan datang dan tidak mungkin menimbulkan satu krisis ataupun satu keadaan yang boleh mencemaskan rakyat. Saya dengan ini sekali lagi menegaskan bahawa unit bergerak yang telah di ditubuhkan bukan bertujuan untuk memasuki sesuatu kawasan ataupun menyelidik seseorang untuk tujuan lain daripada mencari hal atau butir-butir yang patut untuk melaksanakan undang-undang yang terdapat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Tentang jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan unit bergerak dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa unit bergerak ini sedang menyiasat penjaja-penjaja, dan apa yang saya dapat maklum balas daripada penjaja-penjaja ialah mereka berasa Kerajaan tidak bersimpati dengan mereka. Kebanyakan mereka ini adalah sebilangan besar golongan yang berpendapatan rendah dan kebanyakan mereka adalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidakkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mencadangkan kepada Jabatan Hasil

Dalam Negeri mengadakan cara lain untuk mengutip cukai pendapatan mereka, kerana setakat ini unit bergerak tm apabila menyiasat seseorang penjaja itu, ada setengah­setengah pegawai ini kelakuan mereka kurang bersopan-santun dan sehingga mengakibatkan penjaja-penjaja kita berasa takut kerana mereka tidak pernah menyimpan segala rekod­rekod perniagaan mereka.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya telah pun saya anggap begitu menyeluruh dan oleh kerana itulah maka saya ingin menyatakan sekali lagi di sini bahawa pegawai-pegawai dalam Jabatan Hasil Dalam Negeri sebenarnya menjalankan kerja mereka mengikut undang-undang yang telah pun ditetapkan dan mereka telah pun dinasihatkan supaya tidak bersifat kurang sopan apabila menjalankan tugas mereka. Akhir­akhir ini jarang-jarang kita mendengar komplen daripada orangramai berkenaan dengan perangai ataupun pendekatan (approach) pegawai­pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya kurang setuju sedikit mengatakan bahawa ramai penjaja­penjaja "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Untuk makluman Yang Berhormat, kita mempunyai rekod menunjukkan bahawa ada penjaja-penjaja yang mempunyai pendapatan yang lebih daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Sebagai contoh, saya katakan seorang yang menjual nasi lemak ataupun penjaja kecil­dikatakan "penjaja kecil", mempunyai pendapatan mungkin Yang Berhormat terkejut iaitu $100,000 setahun, we have the record, dengan tzm, dan pada hitung panjangnya seorang penjaja boleh mendapat keuntungan $50.00 sehari.

4297 14 DISEMBER 1988 4298

Jadi, oleh kerana itu kita minta penjaja-penjaja itu bersimpati dengan diri mereka supaya bekerjasama dengan Kerajaan, menghantar borang-borang itu dengan sukarela. Apabila mereka tidak menghantar borang-borang ini dengan sukarela, maka di bawah undang-undang, pegawai-pegawai Kerajaan ini akan pergi menyiasat dan saya memberi jaminan (guarantee) bahawa mereka ini hanya pergi menyiasat dengan syarat tidak ada, maksud saya "provocation" daripada pihak-pihak yang disiasat. Kes-kes yang telah sudah apabila seseorang itu telah pun dilanggari dari segi privacynya, kita selalu "react" ataupun bertindak-balas dengan "provoke".

Dalam keadaan sedemikian maka timbul satu salah faham dan oleh kerana itulah maka dalam keadaan-keadaan ini apabila kita interview pegawai-pegawai ini mereka katakan mereka kadang­kadang tidak ada sesuatu untuk melindungi keselamatan mereka. Kalau sekiranya mereka pergi ke satu tempat yang mempunyai penjaja­penjaja yang ramai, mungkin mereka akan diserang. · Oleh kerana itu maka kita melatih mereka, hanya untuk "self­defence", yang dinamakan "Pancang 12", kalau saya tidak salah, tetapi ini saya sendiri pun perlu belajar juga. (Ketawa)

Tetapi untuk makluman Yang Berhormat, saya berkali-kali telah membuat kenyataan mengatakan bahawa kita tidak sekali-kali bertujuan untuk mencari lebih daripada yang kita patut cari, tetapi saya ingin meminta kerjasama daripada penjaja-penjaja supaya mengisi borang itu dengan sukarela dan menggunakan services agen-agen cukai ini jika timbul masalah. Tetapi jika sekiranya mereka tidak membuat demikian, maka kita terpaksa membuat penyiasatan dan kita menganggap melalui exercise yang kita buat ini, maka penjaja-penjaja

juga akan menyimpan· rekod masing­masing dan mengetahui untung--rugi perniagaan mereka. Oleh kerana itulah maka kita tidak perlu menimbulkan keadaan takut dan jika sekiranya Ahli Yang Berhormat ada kes-kes tertentu, beri laporan terus kepada saya ataupun kepada Menteri Kewangan untuk kita mengambil tindakan sewajarnya.

Tetapi saya ingin menyarankan jika sekiranya masih terdapat salah faham di antara rakyat dengan tujuan Kerajaan ini, kita boleh menghantar pegawai-pegawai kita untuk menerangkan keadaan sebenarnya dan supaya mereka ini faham sebenar­benarnya. Tetapi kita faham hakikat manusia sebenarnya bahawa tidak seorang pun dalam dunia ini yang mahu membayar cukai. (Ketawa) That is a fact. Oleh kerana itulah pada Belanjawan tahun m1 yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita telah pun membuat pendekatan baru untuk restructure the tax system, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, supaya kita bergerak daripada "direct tax" kepada "indirect tax". Berkemungkinan bes~r kita akan memperkenalkan what we call the VAT system, berkemungkinan bahawa kuranglah masalah yang mungkin timbul daripada pengutipan cukai secara direct. Oleh kerana itulah maka kita sedang mengkaji sistem percukaian sekarang dan kita namakannya sebagai reformasi tax system yang sudah pun diperkenalkan atau dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Berkenaan dengan soalan yang kedua iaitu kurang sopan, saya telah pun jawab. Yang menimbulkan isu sebenarnya ialah apa yang berlaku di satu tempat dahulu tetapi selepas itu pada pendapat saya masih tidak lagi terdapat masalah-masalah di mana pegawai-pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri bersifat kurang so pan. Kit a telah memanggil dan melatih mereka sekali

4299 14 DISEMBER 1988 4300

lagi dan kita adakan "in-service courses" untuk menentukan bahawa mereka menghadapi pembayar­pembayar cukai ini dengan sopan­santun tetapi apabila mereka diprovoke, seperti manusia biasa juga mereka react. Oleh kerana itulah maka saya ingin menerangkan sekali lagi kita tidak sekali-sekali mahu menimbulkan "a situation of fear but a situation of responsibility". Terima kasih.

Beberapa Ahli: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah pun menjawab begitu panjang Iebar dan cukup padat, jadi kita pindahkan kepada soalan yang lain.

ELEKTRIK DAN TELEFON­KADAR BAYARAN

7. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah rancangan hendak menilai semula tentang kadar bayaran elektrik dan telefon di seluruh negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mewakili Menteri menjawab soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa ~m~ripcrh~~ke~~k~u~~ elektrik di negara ini dan sebagimana termaklum, industri-industri tempatan telah pun diberi diskaun ke atas bil elektrik mereka. Sekarang Lembaga Letrik Negara sedang mengkaji kadar elektrik bagi kediaman dan basil kajian itu akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk pertimbangan.

Lembaga Letrik Sabah telah juga menurunkan kadar elektriknya baru­baru ini dan buat masa sekarang badan berkenaan tidak bercadang menurunkan lagi kadar elektrik kerana kos penjanaan di negeri itu adalah tinggi. Kadar elektrik di Sarawak adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Syarikat Telekom Malaysia sekarang sedang menjalankan kajian ke atas kadar bayaran perkbidmatan telefon dan basil kajian itu akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk pertim­bangan.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin tabu daripada Yang Berbormat Setiausaba Parlimen adakab Kerajaan bercadang untuk memasang meter bagi talian telefon setiap rumah untuk mengira kos memandangkan terdapat beberapa komplen atas pengiraan meter telefon?

Yang kedua, saya juga ingin bertanya sama ada Kerajaan akan mengkaji untuk memusatkan agensi pengiraan bil supaya seorang pembaca meter dapat membaca meter air, elektr\k dan telefon sekali gus setiap lawatan untuk mengurangkan tenaga pekerja dan jimatkan masa?

Tuan Peter Chin .Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan soalan nombor satu ialab memasang meter di setiap rumah, walaupun saya tidak diberi araban tentang ini, tetapi saya rasa tidak praktikal dari segi praktiknya kita hendak memasang meter untuk telefon di setiap rumah supaya kita dapat mencatat berapa panggilan yang digunakan.

Untuk menjawab soalan yang kedua, saya rasa cadangan ini bagus, saya akan menyerabkan cadangan Yang Berbormat itu kepada Kementerian berkenaan.

4301 14 DISEMBER 1988 4302

Tuan Lao Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya suka bertanya Yang Berhormat berkenaan dengan telefon, nampaknya selepas diswastakan keadaannya bertambah buruk bukan bertambah baik. Oleh sebab hari-hari berlaku di tiap-tiap daerah ada orang yang sudah bayar bil-bil telefon selepas satu dua tahun, jadi pihak berkenaan menghantar surat mengatakan si pengguna tidak bayar sekian-sekian tahun, sekian­sekian bulan. Apabila resit diproduce, dengan izin, barulah sedar mereka sudah bayar, tetapi kemudian lat dua minggu hantar satu bil lagi menyatakan bulan Julai sudah bayar, September belum bayar. Jadi apabila tidak dibayar dalam masa satu minggu telefon itu telah di potong, selepas itu dipanggil ke pejabat, bila sampai ke pejabat mereka menunjukkan bilangan, awak berhutang sebulan sahaja $45, apabila $45 sudah dibayar telefon itupun dipasang semula. Kalau perkara ini berlaku hari-hari, saya fikir orang ramai terutama sekali rakyat jelata yang miskin yang tidak tabu hendak jumpa siapa memang menjadi satu masalah yang besar. J adi bila perkara ini tidak boleh diatasi, saya minta pihak Yang Berhormat menjelaskan perkara ini, sepatutnya perkara ini dapat diatasi, selepas diswastakan sepatutnya makin lama makin baik, bukan makin bertambah buruk. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Apa soalan­nya Yang Berhormat? (Ketawa) Apa soalan tambahan yang bersabit dengan itu? Tidak ada?

Tuan Lao Keng Siong: Tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah dijawab.

LESEN MEMANDU PALSU

8. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan kegiatan

sindiket pemalsuan lesen memandu dikesan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan, apakah kegiatan ini juga berlaku di negeri lain, jika ada:

(a) di negeri mana; (b) jumlah orang y,ang terlibat.

Timbalan Menteri-Pengangkutan (Datin Paduka Ha.ljah Zaleha binti Haji Ismail): Tuan Yang di-Pertua, kegiatan sindiket pemalsuan lesen memandu yang dikesan sebenarnya melibatkan pemalsuan dokumen­dokumen untuk memproses dan mendapatkan lesen memandu kepada orang-orang yang tidak pernah menjalani atau lulus ujian memandu, dan bukannya pemalsuan ke atas lesen memandu berlapis yang sukar dilakukan kerana ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan mutu yang tinggi. Dokumen-dokumen palsu yang dimaksudkan adalah sijil lulus ujian memandu (DL 18) di mana sijil dan tandatangan pegawai dipalsukan serta pemalsuan resit bayaran. Mengikut siasatan yang masih dijalankan, kegiatan pemalsuan dokumen ini juga melibatkan Negeri-negeri Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Memandangkan siasatan Polis masih dijalankan, jumlah orang yang terlihat masih belum dapat disahkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho.

Tuan P. Balaram: Tuan Yang di­Pertua, dengan izin, soalan yang ke-9.

PEJ.ABUHAN LABUAN­MEMAJUKAN

9. Tuan P. Balaram (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan pembangunan baik jangka pendek mahupun jangka panjang telah dirangka untuk memajukan Pelaburan Labuan.

4303 14 DISEMBER 1988 4304

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah mengenalpasti beberapa program tertentu yang boleh memajukan Pelabuhan Labuan setaraf dan setanding dengan lain-lain pelabuhan di Malaysia.

Dari segi jangka pendek, Kerajaan bercadang melaksana dan memper­tingkatkan kemudahan fizikal dan pengurusan pelabuhan yang sedia ada dan untuk menarik perdagang tukar barang dari Filipina. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan kebenaran kepada semua kapal tukar barang berlabuh di jeti pelabuhan dan juga pemeriksaan senjatapi dipindahkan dari pusat pemeriksaan Kerakit di Pulau Banggi ke Pulau Labuan.

Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan berjumlah $4 juta, untuk memperbaiki dan membina s~buah jeti penumpang yang baru bagi ~ua bot-bot penumpang dari kawasan sekitarnya dan yang datang ke Labuan. Bangunan Kojasa akan dijadikan terminal bot bagi penumpang yang tiba dan berlepas dari Labuan.

Dari segi jangka panjang pula, Kerajaan akan mepertingkatkan taraf pelabuhan Labuan menjadi pelabuhan "entreport" untuk menggalakkan perkembangan · · perdagangan dan perindustrian. Pelabuhan yang sedia ada yang terletak di pusat bandar tidak lagi sesuai untuk perkembangan di masa hadapan, dan Kerajaan telah mengarahkan pihak berkuasa di Labuan untuk menumpukan pembangunan pelabuhan di kawasan Ranca-ranca bagi memenuhi keperluan perkembangan perin­dustrian di masa. hadapan. Walau bagaimanapun, pelabuhan yang sedia ada dikekalkan untuk pengangkutan penumpang. Di samping itu ianya juga

akan mengurangkan bilangan kenderaan berat yang akan memasuki pusat bandar.

Untuk mempastikan penggunaan sepenuhnya kemudahan "entreport" bagi menggalakkan pertumbuhan perdagangan di Labuan, Kerajaan telah bersetuju untuk mengkaji semula struktur cukai barangan yang diimport dan dieksport melalui Labuan untuk membolehkan barangan ditawarkan dengan harga yang lebih murah dan mampu bersaing di pasaran luar.

Dalam bidang perindustrian pula, Kerajaan telah pun melaksanakan beberapa program untuk mempasti­kan bekalan air dan elektrik yang secukupnya. Di samping itu Kerajaan juga sedang mengkaji tarif bayaran elektrik dan air serta kos tanah untuk membolehkannya setanding dengan tempat-tempat lain yang menjadi daya tarikan kepa:da pelabur-pelabur dalam dan luar negeri.

GETAH- PASARAN DI LUAR NEGERI

18. Cik Norani binti Hl\ii Beluah minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan sama ada dalam perancangan pihak Kementerian untuk memproses sendiri getah di negara ini bagi menghasilkan barangan yang bermutu untuk pasaran di luar negeri.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Arimo): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Perusahaan Utama.

Kementerian Perusahaan Utama sentiasa menumpukan usahanya ke arab meningkatkan aktiviti pemprosesan getah selaras dengan hasrat Kerajaan supaya negara kita bukan sahaja menjadi pengeluar

4305 14 DISEMBER 1988 4306

barangan utama dalam .bentuk bahan mentah tetapi juga dalam bentuk yang diproseskan. Selain dari SMR (Standard Malaysian Rubber), dengan izin yang digunakan secara meluas, Kerajaan melalui badan-badan penyelidikannya telah mewujudkan getah-getah jenis baru seperti expoxidised natural rubber (ENR), themlastic natural rubber (TPNR), dan .. deprontenised natural rubber (DPNR) yang me~punyai ciri-ciri getah tiruan yang digunak&n dalam berbagai kegunaan.

Kesungguhan Kerajaan untuk memajukan pemprosesan hiliran (down stream r •• processes) a tau pengeluaran barang-barang ber-asaskan getah adalah terbukti dalam Pelan lnduk Perindustrian yang membentangkan strategi-strategi untuk meningkatkan lagi basil keluaran sektor ini serta menetapkan matlamat penggunaan getah asli tempatan ke paras 300,000 tan metrik menjelang tahun 1995. Untuk meningkatkan aktiviti pengilangan barangan getah, Kerajaan telah pun menyediakan berbagai-bagai jenis kemudahan dan insentif kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing yang berminat menceburkan diri dalam aktiviti hilif,a,o.

Kemudahan-kemudahan sokongan teknikal kepada industri-industri berasaskan getah disediakan melalui Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan badan-badan seperti Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuu Penyelidikan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MR.PRA). MRRDB juga menyediakan maklumat-maklumat mengenai pesaran dan jenis barangan yang rriempunyai potensi di pasaran. Manakala Pusat Teknologi di RRIM yang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan teknikal bagi membantu industri berasaskan getah memberi nasihat teknikal kepada

pekilang-pekilang.:. tempatan serta menjalankan penyelidikan dengan tujuan mempelbagaikan panggunaan getah asli. ,, '

Di samping menyediakan sokongan teknikal, Kerajaan juga telah mengadakan skim-skim intensif yang lebih menarik bagi menggalakkan pelabur-pelabur untuk melabur dalam aktiviti hiliran. · · Selain daripada galakan-galakan yang diberi kepada sektor perkilangan, pengusaha­pengusaha boleh juga menjimatkan kos dalam mendapatkan bahan-bahan getah dalam negeri.

Hasil daripada pemberian galakan, sektor pengilangan barangan iaitu sektor pengilangan barangan getah telah mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan pemprosesan bahan getah ataupun bahan mentah ini untuk mengeluarkan barangan getah dapat dilihat daripada penggunaan tempatan getah yang kian meningkat. Jumlah penggunaan tempatan getah telah meningkat daripada 68,357 tan metrik pada tahun 1981 kepada 87,619 tan metrik pada tahun 1987. Bagi tahun 1988 sektor pengilangan barangan getah dijangka terus meningkat melebihi 100,000 tan metrik pada tahun ini. Ini menunjukkan kemajuan menarik yang telah pun dicapai dalam pemprosesan hiliran barang-barang berasaskan getah yang bermutu dan tinggi nilai trunbahnya (value-added) yang kebanyakannya untuk pasaran eksport.

RANCANGAN TELETHON ANJURAN RTM

11. Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyata~an bayaran 'perlu dibayar kepada 'Syarikat Telekom Malaysia atas panggilan-panggilan telefon dibuat semasa RTM melancarkan Telethon pada 11-9-88. Adakah nama, nombor kad

4307 14 DISEMBER 1988 4308

pengenalan dan ' alamat penderma­penderma yang membuat panggilan telefon itu dicataikan, jika ada, mengapa tidak bekerjasama dengan RTM untuk memberi peringatan kepada mereka yang berjanji untuk menderma, supaya menunai janji.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat (Tuan Peter Chin Fah Kui): T\}an Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi Menteri yang berk.enaan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STM) tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada panggilan-panggilan yang dibuat semasa Rancangan Telethon anjuran Radio Televisyen Malaysia mulai pukul 7.00 pagi llhb September sehingga 7.00 pagi 12hb September, 1988. RTM juga menyediakan 300 talian telefon di Pusat Dagangan Dunia Putra dan Angkasapuri secara percuma dan menanggung kos pemancaran dan penerimaan rancangan khas melalui setelit. Adalah dianggarkan bahawa kos yang terlibat bagi menyediakan kesemua kemudahan-kemudahan ini berjumlah $100,000.

Berhubung deng~p soalan tentang catatan nama, , nombor kad pengenalan dan seoagainya, saya tidak dapat memberikan penjelasan, kerana tugas itu tertakluk di bawah "Urusetia Telethon 88" yang·ditubuhkan oleh Kementerian Penerangan.

Tuan A. K. Sivalingam: Tuan Yang di-Pertua, soalan tafubahan. Apabila telefon pelanggan (,iipotong perkhid­matan kerana tidak bayar, perlukah pihak Telekom mt!ttiberitahu bahawa perkhidmatan ber,~enti sementara apabila seseorang 'telefon pelanggan itu?

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa itu soalan lain Yang Berhormat.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan saya tadi, saya ingin tabu daripada Yang Berhormat berapakah kutipan .derma Sports Aid yang sudah · diterima daripada mereka yang sudahpun buat janji akhir-akhir ini, maksud saya kata tadi ini, seolah-olah macam tidak ada koordinasi antara dua jabatan yang berkenaan. lnilah sebabnya mereka yang telah pun berjanji menderma tidak menghulurkan derma, mereka kata mungkin nama mereka tidak ada tersiar dalam TV maka mereka tidak bayar. Jadi, ini yang saya hendak tabu sama ada juga Kementerian ini memberi peringatan kepada mereka yang sudah berjanji untuk menderma.

Tuan Peter Chin .. fah Kui: Minta maaflah, saya tidak dapat menjawab soalan itu sebab semua bantuan yang diberikan melalui Telethon ini adalah di bawah Kementerian Penerangan. Saya rasa eloklah soalan ini ditujukan kepada yang berkenaan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen setuju bahawa Telethon yang telah dianjurkan baru-baru ini telah menjadi satu ajaran yang baik kepada kita. Ia telah menjadikan malu kepada masyarakat kita kerana kebanyakan penderma-penderma yang panggil melalui telefon kalau menurut laporan-laporan akhbar mereka menggunakan nama-nama yang palsu dan adakah Kerajaan bercadang pada masa akan datang supaya ini tidak akan berlaku lagi yang akan menjejaskan maruah dan memalu­kan masyarakat kita semua?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini juga berkait dengan Kementerian Penerangan

4309 14 DISEMBER 1988 4310

sebagai Kementerian yang menubuh­kan Telethon ini dan dari pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos mereka cuba menolong menjalankan tugas itu sahaja.

METER ELEKTRIK D1 RUMAH KEDIAMAN-KEKURANGAN

12. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) mengapakah didapati satu kekurangan alat meter elektrik untuk bekalan elektrik kepada rumah-rumah kediaman atau rumah kedai;

(b) memandangkan Lembaga Letrik Negara melaporkan keuntungan:

(i) adakah Lembaga ini sudi membuat rancangan supaya menurunkan kadar bayaran bekalan elekt'fik ke rumah-rumah kediaman; dan

(ii) jug~ l memberikan per­khidmatan bekalan elektrik dengan voltan yang mencukupi ke kawasan-kawasan kam­pung.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, izinkan juga saya menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan adalah seperti berikut:

(a) Lembaga Letrik Negara telah dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan meter di daerah-daerah. Sebanyak 40,000 meter telah dipesan daripada pembekal seberang taut dan di samping itu dua kilang tempatan dapat membekal keperluan bulanan dengan sepenuhnya. Dengan

tindakan-tindakan ini, Lembaga Letrik Negara menjangka masalah kekurangan meter dapat diatasi sebelum akhir Disember tahun ini.

(b) (i) Kerajaan sentiasa memberi perhatian ke atas kadar tarif elektrik di negara ini dan Lembaga Letrik Negara kini sedang menjalankan kajian ke atas kadar-kadar elektrik kediaman. Hasil kajian itu akan dikemukakan kepada Kerajaan untuk per­timbangan sewajamya.

(ii) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ke­menterian ini sedar bahaw.a ada kawasan­kawasan kampung yang mengalami masalah elek­trik voltan rendah. Ini timbul kerana ada kawasan-kawasan yang terletak jauh daripada stesen pencawang utama atau talian penghantar ke kawasan berkenaan merupakan talian yang kecil. Adalah menjadi objektif Lembaga Letrik Negara untuk membekal­kan elektrik dengan voltan yang mencukupi kepada semua pengguna. Namun demikian, perlak­sanaan objektif ini melibatkan peruntukan kewangan yang besar dan Lembaga Letrik Neglira hanya dapat melaksanakan rancangan ini mengikut keutamaan Lembaga Letrik Negara.

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, soalan ta~bahan. Saya ingin tabu sama ada lftmar atau tidak ada sesuatu syarikat yang membekalkan alat meter elektrik kepada pihak Lembaga Letrik Negara yang

4311 14 DISEMBER 1988 4312

sudabpun membekalkan alat buatan alat meter elektrik . import daripada seberang lau_t tetapi sebenarnya sudabpun membekftlkan alat buatan tempatan sebagai gantian dan kes ini sudab didakwa di mabkamab. Saya ingin tabu apakab' perkembangan kes itu. Terima kasib.

Tuan Peter Chin Fab Kui: Tuan Yang di-Pertua,hlllinta maaf Yang Berbormat, saya tidak ada apa-apa maklumat tambahan tentang ini. Oleb sebab itu saya akan serabkan pertanyaan Yang Berbormat kepada Kementerian berkenaan.

ROMBONGAN GALAKAN PELABUR~PiRBELANJAAN

13. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Perdagangan dan Perin­dustrian menyatakan seperti berikut:

(a) jumlah peruntukan yang telab dibelanjakan oleb Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Lembaga Kemajuan Perin­dustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan-perbadanan Ke­majuan Ekonomi Negeri, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah bagi mengadakan rombongan dagangan ke luar negeri di ant.ara tahun 1985 bingga Oktober 1988; dan

(b) jumlab pelaburan sebenar yang masuk dari luar negeri ke negara ini basil dari rombongan tersebut di .atas serta bilangan pekerjaan yang telab dapat diwujudkan .. . untuk rakyat tempatan.

Setiausaba Parlimen Kernenterian Perdapnpn dan _,l»eridustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Jumlah Peruntukan yang telab dibelanjakan oleb Ke­menterian Perdagangan dan Perindustrian, Lembaga Ke­majuan Perindustrian Malay­sia (MIDA), Perbadanan­perbadanan Kemajuan Negeri bagi mengadakan rombongan galakan pelaburan ke luar negeri di antara tabun 1985 bingga Oktober 1988 adalab seperti berikut:

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

Lembaga Kern~~~ Perindustrian Malaysia (MIDA)

Perbadanan-Per­badanan Kema· juan Ekonomi Negeri

$1,657,227.90

$ 797,016.65

$1,917,815.00

(b) Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleb MIDA untuk menentukan kemajuan pering­kat pelaksana~~ projek-projek perkilangan yang telah diluluskan, jumlah pelaburan asing dan pe~uang pekerjaan yang wujud · untuk rakyat tempatan bagi projek-projek yang telab dilaksanakan seperti berikut:

Tahun Pelaburan Peluang (jUJa) Pekerjaan

(orang) 1985 $ 578.9 42,025

1986 $~ •. 500.5 34,485

1987 $2,007.1 57,351

Kajian ini tidak meliputi projek­projek yang dil-uluskan bagi tempob buhtn · Januari 'bingga Oktober 1988. Projek·projek ini banya akan dikaji dalam penyiasatan yang akan dijalankan pada akbir tabun 1988.

4313 14 DISEMBER 1988 4314

MERINYU KESIHATAN­TAMBAHAN

14. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada jumlah Merinyu Kesihatan akan ditambah di Kementerian tersebut supaya dapat memeriksa tempat­tempat menyediakan makanan dengan lebih kerap lagi. Jika akan ditambah, beberapa ramai dan bilakah rekrutmen akan mula dibuat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dr T,i.ng Chew Peh): Tuan Yang di-Pertua, nama jawatan Merinyu Ke&ibatan 1elah pun ditukarkan kepada nama lnspektor Kesihatan. Kementerian Kesihatan memang ada perancangan untuk menambah bilangan Inspektor Kesihatan setiap tahun untuk mengisi kekosongan. Pengambilan pelatih baru yang akan dibuat pada bulan Julai 1989 nanti ialah seramai 24 orang. Di samping itu, seramai 37 orang te.lah tamat dan dilantik sebagai Inspek'tor Kesihatan pada bulan September, 1988. Sementara itu, 47 orang Inspek~or Kesihatan Pelatih akan tamat latihan dalam tahun 1989 dan seramai · 29 orang dalam tahun 1990.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 15.

LESEN PENGANGKUTAN

15. Puan Habidah binti Jusoh (di '·bttK!dlt··S:-Q:'ZJ '(2W 'mittta::Me'n~ri

Perusahaan Awam menyatakan: (a) berapa banyakkah lesen

pengangkutan/lesen pembawa kelas A yang telah dikeluarkan sehingga Jun, 1988;

(b) berapa banyakkah yang berjaya, yang gagal dan yang ditarik balik; dan

·:t· j(' (c) apakah punca-punca yang men-

yebabkan mereka gagal dalam perusabaan berkenaan.

n •i

Timbalan Menteri Perusahaan .Awam (Tuan HajfDaud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Jun 1988, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan di bawah Kementerian Perusahaan Awam telah mengeluarkan sejumlah 23,467 lesen pembawa A. Saya tidak dapat memberi gambaran yang tepat mengenai kejayaan atau kegagalan pemegang-pemegang .lesen pembawa A yang telah diluluskan. Ini adalah kerana kesukaran dalam membuat pengukuran atau piawaian yang dapat menentukan sama ada seseorang pengusaha itu berjaya atau tidak. Walau bagaimanapun, sekiranya dilihat dari jumlah kenderaan yang dilesenkan serta jumlah yang sedang beroperasi, adalah dianggarkan kira­kini 80% pemegang-pemegang lesen telah mengusahakan perniagaan mereka dengan jayanya.

Bagi makluman Ahli . Yang Berhormat, jumlah lesep. pembawa A yang telah ditarik batik oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan sehingga Jun, 1988 adalah 294 lesen. Lesen-lesen yang telah ditarik balik oleh Lembag'a adalah kerana pemegang-pem~gang lesen telah melakukan · kesalahan-kesalahan tertc;rntu seper:ti melanggar syarat­syarat lesen.

I,

· Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perusahaan pengangkutan -~~perti .,juga.., . .J~·;l,ain p~:wiagaan adalah tertakhik kepada berbagai risiko yang mungkin menjejaskan sesuatu perniagaan itu. Dari maklumat-malclumat yang diperolehi daripada pemegang-pemegang lesen yang telah dibatalkan, sebab-sebab

4315 14 DISEMBER 1988 4316

utama kegagalan adalah kerana masalah pengurusan perniagaan, masalah modal dan masalah mendapatkan pelanggan-pelanggan. Di dalam beberapa tahun kebelakangan ini semua negara mengalami kemelesetan ekonomi, LPKP mendapati banyak pengusaha­pengusaha pengangkutan mengalami kesukaran kerana · kekurangan permintaan perk~idmatan pengang­kutan daripada sektor-sektor utama ekonomi negara .. ,

Puan Alnon blnti Arimo: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya satu soalan kepada Timbalan Menteri berkenaan iaitu sebanyak 294 lesen yang telah ditarik balik ini, apakah dibuat dengan lesen itu? Adakah mereka yang telah dibatalkan lesennya oleh kerana masalah-masalah yang patut . dipertimbangkan boleh mendapat balik lesen mereka? Yang kedua, apabila telah ditarik balik, apakah boleh ditimbangkan untuk permohonan-permohonan kepada yang baru?

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Tuan Yang di-Pertua, mereka memang berhak merayu. Mereka yang telah ditarik balik lesen boleh merayu dan sekiranya mereka boleh memberi bukti-bukti dan penjelasan-penjelasan yang terbaik, maka kemungkinan lesen itu boleh dikembalikan semula kepada mereka.. Kepada lesen-lesen yang telah tetap <Ji.tarik balik, lesen­lesen baru sentiasa diberikan kepada permohonan-permohonan baru selagi lesen-lesen ataupun kelas lesen-lesen itu belum dibekukan.

Tuan Y8111 di·Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi· Jawab Mulut'sudah cukup. · ·

(Masa untuk Pertanyaan bagi'Jawab Mulut telah cukup, .dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 16 hingga 43 adalah diberi di bawah ini).

(Soalan No. 16. Sila /ihat jawapan No. 4 pada 6-12-88).

PERUMAHAN TAMAN SHARIFAH, MUAR

17. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · menjelaskan mengenai Taman Sharifah di Jalan Bakri, Muar, Johor yang telah ditinggalkan selama lebih daripada 5 tahun, dan pembeli­pembeli rumah di projek tersebut telah berulang kali mengadu 'kepada pihak berkuasa yang berkenaan, apakah langkah-llngkah pemulihan untuk mengatasi masalah ini. ·

Menterl Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Ng Cheng Klat): Projek perumahan Taman Sharifah, Muar pada mulanya telah dimajukan oleh Syarikat Perumahan Taman Beserah Sdn Bhd. Projek ·· ini mengandungi 134 unit rumah dan dimulakan dalam tahuit 1981; akan tetapi telah terbengkalai dalarn tahun 1983. )'•'

Kegagalan untuk menyiapkan projek ini adalah di antara lain disebabkan oleh . faktor-faktor yang berikut:

1.1. Pemaju menghadapi m~salah aliran tunai.

1.2. Pengurusan Syarikat yang tidak cekap.

1.3. Masalah beberapa lot tanah yang terlibat dengan rizab Jabatan Parit dan Tali Air, Daerah Muar.

Bagi mengatasi masalah ini, satu Jawatankuasa Bertindak Pembeli­pembeli . telah ditubuhkan dalam pert~JlgflJw,~ tah'iq \983. Y~atm~~~a telah d1buat di antara Jawat~nkuasa Bertindak Pembeli-pembeli dan tuan tanah untuk menyiapkan projek, tetapi usaha-usaha tersebut tidak mencapai sebarang kejayaan. Justeru itu, pihak Kementerian ini telah

4317 14 DISEMBER 1988 4318

mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Bertindak yang baru pada akhir tahun 1986. Jawatankuasa Bertindak yang baru ini telah mendapat Surat Kuasa ("Power of Attorney") daripada tuan tanah bagi menyiapkan projek tersebut.

Dalam perkembangan terakhir, Jawatankuasa Bertindak ini dengan persetujuan Bank Bumiputra telah pun melantik sebuah Syarikat Pengurusan Profesional Coopers & Lybrand untuk membuat kajian mengenai dayamaju dengan izin, "feasibility" projek tersebut. Laporan ini dijangka akan dapat disiapkan tidak berapa lama lagi dan keputusan untuk meneruskan projek berkenaan akan dibuat selepas itu.

LABEL NAMA UBAT KEPADA PESAKIT

18. Puan Law 0

Jack Y oon minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kementerian berkenaan bercadang mewajibkan semua doktor­doktor swasta melabelkan nama ubat yang diberi dan menulis tarikh luput ubat itu seperti yang dilakukan oleh semua hospital Kerajaan. Jika tidak, apakah sebab·sebabnya.

Dr Ting Chew Peh: Setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak bercadang mewajibkan semua doktor­doktor swasta melabelkan nama ubat yang diberi kepada pesakit-pesakit kerana perkara ini dianggap sebagai salah satu tanggungjawab-tanggung­jawab profesional dan etika seseorang doktor untuk memberi maklumat­maklumat penting kepada pesakit­pesakitnya. Doktor-doktor swasta adalah dijangka memenuhi tanggung­jawab ini mengikut contoh yang telah diamalkan oleh Kementerian Kesihatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan tidak melabel tarikh luput ubat diberi. Penglabelan ini tidak penting

memandangkan kuantiti ubat dilebalkan biasanya tidak melebihi kegunaan dua minggu. Lagipun, pesakit-pesakit biasanya dinasihatkan supaya menghabiskan ubat-ubat yang diberi dan tidak menyimpan untuk kegunaan masa hadapan atau untuk kegunaan orang lain.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA-PEMBINAAN

19. Tuan Haji Shaharom bin Haji Massom minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan berapa jumlah MRSM yang akan dibina diseluruh negara di masa akan datang dan di mana-mana daerah dan tempatnya.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba): Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima, Kerajaan telah meluluskan pembinaan 4 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara. MRSM-MRSM tersebut adalah terletak di:

(i) Bukit Changgang, Banting, Selangor;

(ii) Paroi, Seremban, Negeri Sembilan;

(iii) Petra Jaya, Kuching, Sarawak; dan

(iv) Keningau, Sabah.

ELAUN KENANGAN KEPADA PENERIMA PINGAT

20. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan me­nyatakan perkembangan mengenai cadangan Kerajaan untuk memberi elaun kewangan kepada pemegang­pemegang pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithau«J4~n Al-haj): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sukacita saya nyatakan di sini iaitu

4319 14 DISEMBER 1988 4320

kajian mengenai pemberian elaun kenangan kepada penerima-penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) hampir siap dan satu keputusan mengenai perkara ini akan dibuat sedikit masa lagi. Manakala cadangan pemberian elaun kepada penerima Pingat Gagah Berani (PBG) pula, perkara ini sedang dikaji secara berasingan.

PROJEK KERAJAAN DISWASTAKAN

21. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah projek Kerajaan dan kosnya yang diswastakan sehingga ini;

(b) jumlah wang Kerajaan yang telah dapat dijimatkan melalui penswastaan tersebut; dan

(c) basil dan kesan daripada penswastaan tersebut dalam usaha membendung pem­besaran sektor awam.

Tuan Othman bin Abdul: Sehingga sekarang, sebanyak 19 projek Kerajaan telah diswastakan. Nilai keseluruhan projek tersebut ialah kira-kira $9;654 juta. Kerajaan telah berjaya menjimatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak kira-kira $5,007 juta. Di samping itu, Kerajaan juga berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus bagi agensi­agensi Kerajaan yang telah diswasta­kan. Kerajaan telah memperolehi hasil sebanyak $704 juta hasil dari perjualan aset Kerajaan melalui dasar penswastaan.

Dasar penswastaan telah berjaya membendung pembesaran sektor awam. Ini disebabkan dasar pen­swastaan bukan sahaja melibatkan projek-projek yang sedia ada tetapi juga projek-projek baru yang secara tradisi dilaksanakan oleh Kerajaan. Sehingga kini, Kerajaan telah dapat mengurangkan kakitangannya seramai

kira-kira 30,896 orang. Di samping itu, Kerajaan tidak lagi perlu melantik pekerja-pekerja baru bagi projek­projek yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan kerana telah di­swastakan.

INDUSTRIPELANCONGAN­GALAKAN

22. Dato' K. S. Nijhar minta Men­teri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ada pihak beliau akan mempertimbangkan untuk mengendalikan satu tunjauan seluruh negara yang merangkumi seribu agen­agen pelancongan utama dan menghasilkan satu kajian mendalam mengenai pandangan dan sikap-sikap pelancongAn terhadap Malaysia, dan bandingkannya dengan negara-negara lain di ASEAN, supaya kita di Malaysia ada maklumat yang nyata terhadap kelebihan dan kelemahan industri pelancongan demi kepen­tingan negara.

Menteri Kebudayaan dan Pelan­congan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat bahawa maklumat nyata terhadap kelebihan dan kelemahan industri pelancongan kita berbanding dengan negara-negara lain adalah sangat penting di dalam merangka strategi menggalakkan pelancongan. Untuk makluman Ahli Yang Berhorrnat, Kementerian telah pun memperolehi banyak maklumat dan data jenis ini melalui:

(i) Kajian-kajian mengenai sikap pelancongan terhadap Malaysia yang telah dijalankan di pasaran-pasaran utama seperti Australia, Hong Kong, Japan, ASEAN, India, Taiwan, !tali, France, German Barat dan Amerika Syarikat.

(ii) Kajian secara berterusan melalui tinjauan dan soal selidik yang dijalankan di

4321 14 DISEMBER 1988 4322

pintu-pintu ~asuk uta~a seperti Lapangan Terbang Subang, Ta~bak Johor dan sebagainya.

(iii) Dialog-dialog yang sering diadakan antara PKPM dengan persatuan dan agen-agen pelancongan serta; dan

(iv) Maklu~ balas yang sentiasa diteri~a dari agen-agen pelancongan Malaysia dan luar negeri.

Oleh itu Ke~enterian tidak bercadang buat ~asa ini untuk ~engendalikan tinjauan seluruh negara seperti yang dicadangkan terse but.

LORI SIAM KE MALAYSIA

23. Tuan Dahlan bin Haji Embun ~iota Menteri Pengangkutan ~enyatakan adakah benar bahawa Iori yang ~e~bawa barang-barang Sia~ ke negara ini dibenar ~asuk terus tanpa ~enukar kepada Iori dari Malaysia. Sekiranya ini benar bukanlah ini ~enjejaskan kedudukan Iori Rakyat orang Malaysia.

Datin Paduka Ha.ijah Zaleha binti Ismail: Untuk ~aklu~an Yang Berhormat, Iori-lori Siam tidak dibenarkan ~e~bawa ~asuk barang­barang Sia~ ataupun masuk beroperasi ke data~ Negara Malaysia. Amalan sekarang ialah Iori-lori tersebut dibenarkan ~asuk sehingga ke kawasan pemunggahan, yakni di Ko~pleks MAJUIKAN di Bukit Kayu Hita~ dan di se~padan Malaysia-Thai di Padang Besar. Barang-barang dari Iori-lori Siam akan dipindahkan ~asuk ke dala~ Iori-lori Malaysia di . kawasan-kawasan tersebut. Untuk ~akluman Yang Berhor~at juga, Le~baga Pele­senan Kenderaan Perdagangan Se~enanjung Malaysia ada meluluskan seju~lah 35 buah Iori "Refrigerated Truck" kepada

Kerajaan Negara Sia~ ~elalui suatu "Me~orandu~ of Understanding" di antara kedua kerajaan yang di~eterikan pada 24hb Nove~ber 1979. Lori-lori tersebut diluluskan untuk ~e~bawa barang-barang ~udah rosak "perishable goods" ~erintasi Se~enanjung Malaysia terus ke Singapura. Selain daripada jumlah di atas, Le~baga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Se~e-nanjung Malaysia tidak pernah ~eluluskan lesen kepada ~ana-mana Iori Sia~ untuk me~asuki Malaysia.

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA/CHINA

24. Tuan Hassan bin Harun ~iota Menteri · Perdagangan dan Per­industrian menyatakan:

(i) kedudukan dagangan dua hala di antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

(ii) sebanyak manakah dagangan di antara Malaysia dengan Republik Rakyat China dijalankan ~elalui negara ketiga seperti Hong Kong dan Singapur; dan

(iii) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk ~engurangkan peranan negara ketiga ini supaya Malaysia dapat memaxi~akan faedah perdagangan dua hala dengan negara tersebut.

Tuan M.G. Pandithan:

(i) Perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Republik Rakyat China terus berkembang dengan pesat. Dalat'n tahun 1987, jumlah perdagangan dua hala telah meningkatkan kepada $1,645.9 juta atau 2.1% lebih dari jumlah $1,149.8 juta yang dicatatkan dalam tahun

- ------- ------ --

4323 14 DISEMBER 1988 4324

1986. Manakala dalam 9 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala telah mencatatkan sebanyak $M1,664.95 juta atau 3% lebih dari jumlah dengan $M1 ,091.33 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama dalam tahun 1987.

(ii) Adalah sukar bagi Ke-menterian Perdagangan dan Perindustrian untuk me­mastikan banyak manakah perdagangan di antara Malaysia dengan Republik Rakyat China dijalankan melalui negara ketiga. Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi bebas, perdagangan melalui negara ketiga tidak dapat dielakkan. Justeru itu, kecuali perdagangan dengan negara Afrika Selatan dan Israel yang diharamkan oleh Kerajaan, perdagangan dengan lain-lain negara seperti RRC secara terus atau melalui negara ketiga tidak terletak di bawah pengawasan Kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, Perdagangan me­lalui · negara ketiga tidak boleh disekat oleh Kerajaan kerana ianya dibenarkan oleh "General Agreement of Tariff & Trade" (GATT) yang mana Malaysia menganggotainya. Walau bagaimanapun, me­mandangkan peningkatan perdagangan dua hala di antara Malaysia dan Republik Rakyat China di tahun-tahun terakhir ini telah berkembang dengan menggalakkan dan langkah­langkah positif yang berterusan

, _ .. y.ang telall. __diamt>il oleh kedua buah· Kerajaan ke arab tujuan ini, Kerajaan Malaysia percaya perdagangan Malaysia/RRC melalui negara ketiga akan dapat dikurangkan di masa hadapan.

(iii) Berbagai usaha telah dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan per-anan negara ketiga dalam hubungan dagangan Malaysia- Republik Rakyat China. Di antara usaha-usaha tersebut ialah-

(a) melonggarkan peraturan yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang ingin melawat Republik Rakyat China dengan tujuan perniagaan dan perdagangan. Kelong­garan yang sama juga telah diberikan ke atas rakyat China untuk me­lawat Malaysia atas tujuan yang sama;

(b) menggalakkan persa-tuan/pertubuhan-pertu buhan perdagangan dan swasta tempatan mem-buat lawatan yang sama di peringkat mereka;

(c) Kerajaan akan terus menganjurkan lawatan ke pameran-pameran perdagangan di China dengan tujuan meng­galakkan pengimport­pengimport Malaysia mengimport terus dari China;

(d) menubuhkan Pejabat Perdagangan Malaysia di Beijing yang telah diberi tugas meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara tersebut khususnya perdagangan secara langsung;

(e) menggalakkan pihak swasta menubuhkan konsortitrm 1 di 'k:alarigan mereka bagi meningkat­kan dan memudah­kan lagi usaha-usaha mengadakan hubungan secara langsung dengan

4325 14 DISEMBER 1988 4326

China. Dalam hal ini sebuah konsortium yang dikenali sebagai "Sino Malay Consortium" telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Kon­sortium ini diang­gotai oleh Dewan Per­niagaan Melayu dan Dewan Perniagaan China Malaysia;

(f) Kerajaan telah pun · menandatangani Per-

janjian Perdagangan dengan RRC. Disamping itu Perjanjian-perjanjian "Double Taxation", Perkapalan dan Pelaburan juga telah ditandatangani dengan negara tersebut; dan

(g) Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatan­kuasa Bersama Eko­nomi dan Perdagangan dengan Republik Rakyat China.

KOPERASI BELlA NASIONAL-KEMAJUAN

25. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah kemajuan yang telah dicapai oleh koperasi Kobena sejak ianya ditubuhkan. Adakah benar koperasi Kobena mengalami kerugian jika benar:

(a) berapa jumlah kerugian tiap­tiap tahun semenjak ianya ditubuhkan hingga 31-12-1987;

(b) adakah kerugian terse but kerana penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai koperasi atau Lembaga Pengarahnya. Jika ia apakah tindakan kerajaan kepada mereka yang bertanggungjawab itu;

(c) apakah sebab lain yang menyebabkan koperasi tersebut

mengalami kerugian dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasinya dan jika tidak benar apakah kemajuan yang telah tercapai semenjak ianya ditubuhkan;

Menteri Delia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak):

(a) Adalah tidak benar Koperasi Belia Nasional (KOBENA) mengalami kerugian pada tiap­tiap tahun semenjak ianya ditubuhkan hingga 31-12-1987. Berikut adalah kedudukan angka-angka yang telah diaudit dan telah mendapat kelulusan Jabatan Pemoangunan Koperasi Malaysia:

Tahun Untung/ Jumlah Rugi Untungl

Rugi

1980 Untung $924,000.00 1981 Untung S 1.3 juta 1982 Rugi S 5.6 juta 1983 Untung $ 1.7 juta 1984 Untung S 1.6 juta 1985 Untung S L1 juta 1986 Rugi S 3.4 juta 1987 Rugi $36.5 juta

(b) Sayugia dijelaskan kerugian yang berlaku pada tahun-tahun berkenaan bukanlah disebab­kan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai Koperasi atau Lembaga Pengarahnya tetapi adalah disebabkan fakta-fakta berikut:

(1) Perancangan aktiviti yang kurang teliti, contohnya pembangunan peruma­han di beberapa tern­pat tidak diselaras­kan dengan permintaan pasaran;

(2) Kelemahan ini disusuli dengan kelembapan eko­nomi negara di mana banyak pelaburan pada

4327 14 DISEMBER 1988 4328

masa itu dari sumber­sumber perumahan terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan mengikut jadual. Oleh itu beberapa pelaburan yang telah dilaburkan tidak mendapat pulangan batik.

Mengenai jumlah kerugian yang dicatatkan pada 1987 sebanyak $36.5 juta adalah kerana pihak KOBENA telah mem­peruntukkan kos rosot nilai (depreciation) ke atas semua pelaburan yang telah dibuat oleh KOBENA. Justeru itu jumlah kerugian yang dicatat adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebel_um­nya.

(c) Langkah-langkah segera yang telah diambil oleh pihak Kerajaan khususnya Kemen­terian Belia dan Sukan bagi mengatasi kelemahan­kelemahan tersebut adalah seperti berikut:

(1) Telah menyusun semula Pengurusan KOBENA di semua peringkat ter­masuk memberhentikan pegawai-pegawai yang kurang cekap dan tidak berkesan.

(2) Menutup rangkaian perniagaan yang tidak menguntungkan.

(3) Telah mengadakan per­bincangan dengan pihak bank yang memberi pin­jaman kepada KOBENA untuk menyusun semua program KOBENA.

(d) Menyentuh mengenai kema­juan yang telah · dicapai oleh KOBENA semenjak ianya di­tubuhkan antaranya adalah seperti berikut:

(1) Penubuhan Kern Latihan Kemahiran Skudai, Johor

yang telah dapat mem­beri latihan kemahiran kepada lebih 3,400 orang belia bagi membolehkan mereka diserap sebagai pekerja projek Universiti Teknologi Malaysia dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan dengan pihak swasta yang lain.

(2) KOBENA dan Sambu Construction Korea telah berjaya menyiapkan Fasa I Pembinaan Kampus Universiti Teknologi Malaysia dan Fasa II dijangka siap pada pertengahan tahun 1989.

(3) Pihak KOBENA juga telah dapat mengeluar­kan dividen kepada ahli­ahlinya seperti berikut:

Tahun 1981 20% Tahun 1983 10% Tahun 1984 10% Tahun 1985 10%

KESATUAN SEKERJA­MENGHARAMKAN MOGOK

26. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Buruh menyatakan kenapakah Kerajaan tidak mewujudkan Undang-Undang yang mengharamkan mogok kepada mana­mana Kesatuan Sekerja dalam menuntut kenaikan gaji bagi. kakitangan Kerajaan. Adakah Kerajaan menyediakan garis panduan dalam mewujudkan perubahan tanggagaji umpamanya (5) tahun sekali atau (10) tahun sekali dan sebagainya. ·

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad): Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan undang-undang mengharamkan mogok oleh mana­mana Kesatuan Sekerja dalam menuntut kenaikan gaji mereka

4329 14 DISEMBER 1988 4330

kerana langkah seumpama itu adalah bertentangan dengan falsafah trade unionisma. Kerajaan percaya bahawa kebebasan berkesatuan mengikut undang-undang yang ada sekarang adalah perlu bagi sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia. Di samping itu undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah mencukupi untuk mengawal tindakan mogok oleh pekerja-pekerja.

Kerajaan tidak ada dasar yang menetapkan supaya pelarasan gaji diberi kepada kakitangan Kerajaan dalam tempoh yang tertentu. Walau bagaimanapun di masa yang lepas Kerajaan membuat kajian pelarasan gaji kakitangan Kerajaan 5 tahun sekali. Sarna ada Kerajaan memberi pelarasaan gaji atau tidak kepada kakitangan Kerajaan bergantung kepada kemampuan Kerajaan pada masa kajian itu dibuat.

Di mana melibatkan pekerja­pekerja swasta yang berkesatuan syarat-syarat mengenai gaji serta lain­lain syarat pekerjaan adalah seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama di a.ntara pekerja dan majikan masing-masing yang mana pada kebiasaannya mempunyai tempoh atau jangkamasa tidak kurang dari 3 tahun.

PULAU LANGKA WI-INSENTIF KEPADA PELAJAR

27. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Perdana Menteri menyatakan sama ada insentif kepada pelabur-pelabur di Pulau Langkawi boleh diperbaiki lagi untuk mempercepatkan kadar pempangunan Pulau Langkawi.

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, segala sistem insentif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi seluruh negara, kini juga adalah dinikmati oleh pelabur-pelabur di

Pulau Langkawi. Sebagaimana Ahli­ahli Yang Berhormat sedia maklum, bersabit dengan insentif, Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 yang telah diperkenalkan itu memberi beberapa insentif yang istimewa seperti potongan ke atas pendapatan yang dilaraskan sebanyak 5% bagi kawasan Kilin di Pulau Langkawi. Di samping itu Belanjawan 1989 yang diumumkan telah juga mengurangkan cukai pendapatan korporat daripada 40% kepada 35%. Pulau Langkawi juga boleh mendapat keistimewaan yang lebih dengan "taraf pelabuhan bebas" yang telah pun dilaksanakan. Atas dasar ini semua barang-barang dibebaskan dari cukai melainkan petroleum dan keluaran petroleum, simen, marble, ikan bilis dan getah. Ini adalah untuk menarik pelancong dan menggalak pembangunim Pulau Langkawi secara keseluruhan.

PAMPASAN KEPADA MANGSA JETI RUNTUH

28. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah pampasan yang telah dibayar kepada mangsa-mangsa tragedi jeti runtuh di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru 101. Apakah langkah­langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengelakkan berulangnya per­istiwa tersebut.

Datin Paduka Ha.ijah Zaleha binti Ismail: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang iaitu pihak berkuasa ke atas jeti tersebut, telah pun menyumbang sebanyak $2,000 kepada tiap-tiap keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dan juga telah memberi bantuan khas sebanyak $500.00 seorang kepada ahli-ahli keluarga dua orang kakitangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang yang turut terkorban dalam tragedi tersebut.

Perlu saya tegaskan di stm bahawa pemberian-pemberian yang disebutkan tadi adalah sumbangan­sumbangan ataupun derma pihak

4331 14 DISEMBER 1988 4332

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk membantu keluarga mangsa­mangsa yang terkorban dalam perbelanjaan pengkebumian dan sebagainya. Ianya bukan merupakan bayaran pampasan.

Berikutan dengan tragedi pada 31 Julai tahun ini, satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 4 Ogos 1988 untuk:

(i) menyiasat sebab-sebab ke­runtuhan terminal tersebut dengan tujuan menentukan sama ada ianya disebabkan oleh kecuaian ataupun kekurangan dari segi pembinaan, penye­lenggaraan ataupun kawalan ke atas penggunaan terminal berkenaan; dan

(ii) membuat syor-syor kepada Kerajaan mengenai tindakan­tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan kejadian yang serupa di masa-masa hadapan.

Berdasarkan kepada tugas-tugas dan terma rujukan yang disebutkan tadi maka perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Y.B. iaitu tindakan yang diambil untuk mempastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku pada masa akan datang akan diliputi oleh laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kelak. Adalah menjadi "sub-judice" sekiranya saya menyentuh perkara-perkara tersebut sekarang. Saya berharap Yang Berhormat sabar menunggu laporan Suruhanjaya Siasatan berkenaan.

PELARIAN VIETNAM DI MALAYSIA

29. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah basil yang dicapai mengenai lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Hanoi selama empat hari terutama mengenai masalah pelarian

orang Vietnam ke negara kita ini dan juga kepentingan bersama dua hala.

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin Haji Omar): Soalan Ahli Yang Berhormat ini telah pun dijawab ketika menjawab pertanyaan oleh Yang Berhormat Tuan Foo Boon Liang pada 28hb November 1988.

Saya tidak ada apa-apa tambahan terhadap jawapan yang telah diberi.

TERNAKAN BABI SECARA HARAM

30. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pertanian menyatakan:

(i) Iangkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mencegah ternakan babi secara haram, yang kini berleluasa di negara ini sekarang;

(ii) sama ada Kerajaan bercadang untuk memperbaiki sistem pengangkutan babi ke pusat­pusat rumah sembelih me­mandangkan sistem pengang­kutan babi ke rumah sem­belih tidak begitu memuas­kan;dan

(iii) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya memastikan daging ternakan setelah disembelih tidak diangkut dalam kenderaan yang sama. Memandangkan pengangkutan daging ternakan begini akan menjejaskan kebersihan daging.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed):

(i) Peraturan undangan negeri telah diadakan bagi kawalan penternakan babi di negeri Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Tindakan pe­nguatkuasa termasuk tin-dakan mahkamah sedang dijalankan oleh Kerajaan

4333 14 DISEMBER 1988 4334

Negeri Selangor dan Negeri Sembilan bertujuan menem­patkan semula sebahagian ladang-ladang babi di ka­wasan yang sesuai.

(ii) Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menasihatkan pihak­pihak berkenaan untuk memperbaiki sistem pengang­kutan babi ke rumah sembelih mengikut panduan dari Jabatan Pengangkutan Jalan supaya tidak mencemarkan jalan raya semasa pengang­kutan babi.

(iii) Semua pengendali-pengendali telah diarah oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan supaya Iori-lori yang mengangkut daging dari rumah-rumah sembelih mempunyai zink atau plastik dalam lori-lorinya yang boleh dibersihkan atau di­tukarkan setiap kali me­ngangkut daging untuk men­jamin daging tidak di­cemarkan oleh kotoran dalam lori.

KAMPUCHEA-PENYELESAIAN

31. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah perkembangan yang positif basil dari peranan negara-negara ASEAN bagi penyelesaian Kampuchea setakat ini.

15-12-88

20. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah­langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menyelesaikan masalah Kampuchea di forum-forum antarabangsa seperti ASEAN, CHOGM, Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain lagi. Apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan pendirian Malaysia dalam perkembangan terbaru di Kampuchea di mana puak-puak Demokratik Kampuchea bersetuju menerima

formula penyelesaian masalah Kampuchea tanpa puak Pol Pot Khmer Rouge yang dibenarkan menyertai sebarang Kerajaan Campuran di Negeri itu.

16-12-88

33. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Luar Negeri menyatakan setakat manakah basil yang dicapai dan rundingan damai menyelesaikan masalah Kampuchea di Bogor Julai 1988 yang lalu:

(i) apakah sebab dan bagai­manakah pergolakan politik yang sedang berlaku sekarang di negara itu dan sudah berapa lama;

(ii) apakah perkara-perkara yang menjadi halangan sidang damai itu yang belum dapat diatasi; dan

(iii) bagaimanakah pula peranan Malaysia membantu dalam sidang damai itu.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan dari Y.B. Tuan Rajoo untuk Mesyuarat Dewan Negara bertarikh 15hb Disember dan soalan Y.B. Tuan Haji Jaafar Harun untuk Mesyuarat pada 16hb Disember, 1988.

Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia berserta negara-negara ASEAN yang lain, berusaha mencari penyelesaian politik yang komprehensif mengenai masalah Kampuchea sejak bermulanya pencerobohan Vietnam terhadap Kampuchea pada bulan Disember 1978. Soal pokok di dalam masalah ini ialah pengunduran tentera Vietnam dari Kampuchea. Perkara ini dititik beratkan oleh ASEAN dan masyarakat antarabangsa iaitu dengan mendesak Vietnam mengundur tenteranya keluar dari Kampuchea di bawah pengawasan antarabangsa. Usaha penyelesaian politik ini

4335 14 DISEMBER 1988 4336

merangkumi beberapa prinsip ter­masuk tsu "National :recon­ciliation" agar semua pihak-pihak Khmer yang berbalah dapat bersetuju dan bekerjasama di bawah pimpinan Putera Sihanouk demi menegakkan satu kerajaan negara Kampuchea yang didokong oleh rakyat Kampuchea melalui pilihan raya yang dikelolai bersama oleh masyarakat antarabangsa. Isu pengawasan antarabangsa untuk mengelakkan tercetusnya kembc.li dasar "genocide" juga dititik-beratkan. Isu "International Guarantee" untuk menjamin kemerdekaan, kedaulatan dan kedudukan Kampuchea sebagaj negara berkecuali adalah juga penting. Perkara ini melibati perlunya diadakan persidangan antarabangsa mengenai Kampuchea yang juga akan meneliti soal-soal berkaitan seperti soal bantuan antarabangsa mengenai pembangunan Kampuchea dan Vietnam pada keseluruhannya.

Penyelesaian soal Kampuchea secara komprehensif ini akan mewujudkan keamanan dan kesta­bilan bukan sahaja di Kampuchea bahkan di rantau Asia Tenggara sejajar dengan usaha Malaysia dan negara-negara ASEAN menuju ke matlamat menegakkan rantau ini sebagai rantau aman, bebas dan berkecuali.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa usaha kita dan negara ASEAN yang lain dengan sokongan masyarakat antarabangsa adalah berlandaskan pada pe­nyelesaian secara politik. Dalam konteks ini, saya ingin memaklumkan bahawa proses perundingan di antara pihak-pihak yang berkenaan telah pun dimulakan melalui mesyuarat tidak rasmi di Bog or, (JIM), Indonesia pada 25-28 Julai yang lalu di mana soal-soal berkaitan dengan keseluruhan masalah tersebut dititik-beratkan. Malaysia menyokong sepenuhnya proses JIM ini dan akan berusaha

dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk memperluaskan persefahaman di kalangan pihak-pihak berkenaan yang terlibat. Usaha-usaha melalui proses JIM ini telah mendapat sokongan bukan sahaja dari pihak berkenaan yang terlibat bahkan juga dari kuasa-kuasa luar yang mempunyai peranan tertentu untuk mempengaruhiagar penyelesaian yang muktamad diperolehi. Masyarakat antarabangsa pada keseluruhannya juga memberi sokongan yang kuat agar usaha yang dipelopori oleh negara-negara ASEAN diberi galakan dan sokongan-sokongan yang tertentu. Ini terbukti semasa perbahasan soal Kampuchea mt berlangsung di Persidangan Umum Bangsa-Bangsa Bersatu sessi ke 43 UNGA pada awal bulan November yang lalu, di mana pendirian negara­negara ASEAN telah mendapat sokongan yang terbanyak sejak perkara ini dibincangkan di PBB pada tahun 1979.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selanjutnya, usaha negara­negara ASEAN ke arab mencari penyelesaian tersebut akan diteruskan dan pihak-pihak berkenaan telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat kedua peringkat Menteri Luar (JIM 2) pada pertengahan bulan Februari nanti. Perkembangan­perkembangan terbaru khususnya perbincangan di antara kuasa-kuasa besar mengenai soal Kampuchea dipercayai mempunyai pengaruh positif di dalam usaha rundingan melalui JIM proses. Semua pihak yang terlibat telah menyatakan hasrat untuk menjayakan mesyuarat kedua JIM terse but.

ANGKATAN TENTERA­PENGIKTIRAFAN KETUKANGAN

32. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Pertahanan supaya kemahiran

4337 14 DISEMBER 1988 4338

ketukangan anggota-anggota Ang­katan Tentera Malaysia dapat diiktirafkan oleh pihak-pihak berkenaan dan nyatakan sebab­sebabnya perkara ini tidak dapat diselesaikan semenjak 30 tahun yang lalu.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj: Sebuah Jawatankuasa untuk · mengkaji pengiktirafan semua jenis­jenis ketukangan angkatan tentera oleh pihak berkuasa awam telah ditubuhkan di Kementerian Pertahanan. Jawatankuasa ini akan mengkaji dan menyelaras usaha-usaha bagi mendapat pengiktirafan ketukangan tentera oleh badan-badan pengiktirafan berkenaan supaya mereka yang mempunyai kemahiran dan sijil-sijil kemahiran berkenaan terus diterima oleh sektor awam dan swasta bagi mendapatkan pekerjaan­pekerjaan yang setaraf dengannya. Setakat ini sebanyak 9 jenis ketukangan dalam Angkatan Tentera telah dikenalpasti terutama dalam bidang Mekanik Motor. Kemahiran­kemahiran yang lain sedang dalam proses.

Sebab-sebab perkara ini telah tidak diselesaikan semenjak dahulu adalah kerana masalah-masalah kesesuaian kemahiran ketukangan hanya timbul dikebelakangan ini, terutamanya dalam tempoh kemerosotan ekonomi di mana berlakunya pengangguran yang besar kepada kalangan yang mempunyai kelayakan akedemik yang lebih tinggi seperti pengangguran lepasan-lepasan universiti.

CERAMAH TOKOH AGAMA ISLAM LUAR NEGERI

33. Tuan Haji Hamid Araby .bin Md. Salih minta Perdana Menteri menyatakan sama ada penelitian dibuat terhadap Jatar belakang tokoh­tokoh agama antarabangsa yang diundang di majlis~majlis Ijtimak, untuk berceramah atau berbincang. Benarkah Ijtimak di Masjid Rusila

pada bulan September 1988 itu, telah memberi kesan buruk dan negatif yang merosakkan perp,aduan ummah.

Tuan Othman bin Abdul: Tokoh­tokoh agama Islam luar negeri yang diundang oleh Kerajaan untuk berceramah di majlis-majlis tertentu atau untuk berdakwah adalah dipilih dengan teliti dalam semua aspek. Orang-orang yang datang ke negara ini bukan atas undangan Kerajaan iaitu sama ada 4\tas undangan pihak yang menganjurkan sesuatu majlis atau seminar atau datang sendiri mereka tidaklah tertakluk kepada apa­apa tapisan atau kajian tentang Jatar belakang mereka. Mereka adalah

· tertakluk kepada undang-undang imigresen negara ini sama seperti pelawat-pelawat dan pelancong luar negeri yang lain.~. Demikian jugalah halnya dengan penceramah­penceramah yang ,telah diundang oleh PAS memberi ceramah dalam Ijtimak di Masjid Rusila pada bulan September yang lalu itu. Penceramah­penceramah itu yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kumpulan gerakan Islam di negara mereka masing-masing adalah tidak mengetahui langsung tentang keadaan sebenar politik, kebudayaan dan ekonomi dan pemerintahan di negara ini. lsi ceramah mereka sama dengan apa yang didiayahkan oleh PAS selama ini. Oleh itu ceramah-ceramah itu membawa kesan negatif terhadap perpaduan ummah di negara ini sama seperti kesan yang ditinggalkan oleh diayah pemimpin-pemimpin PAS.

RUMAH PEKERJA LADANG

34. Tuan C. Krishnan minta Menteri Buruh menyatakan memandangkan kepada sambutan dingin daripada majikan ladang untuk mengamalkan skim pekerja ladang, adakah cadangan untuk menjual rumah-rumah yang sedang diduduki oleh pekerja sekarang.

4339 14 DISEMBER 1988 4340

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat iala& mengenai Skim Memiliki Ruman ~ekerja di ladang­ladang. Skim ini merupakan satu rancangan sukarela yang digalakkan oleh Kerajaan · untuk mendapat penyertaan majj~~~tn ladang supaya pekerja-pekerja , mereka dapat memiliki rumah .~¢diaman sendiri.

Setakat ini sebanyak 8 buah ladang telah menyiapkan skim mereka dengan membina"~jumlah 1,080 unit rumah untuk diNal kepada pekerja­pekerjanya. Dud 'buah ladang lagi sedang dalam -proses membina sejumlah 749 unit rumah untuk dijual kepada para pekerja. Selain daripada itu sebanyak 13 · · buah ladang telah menunjukkan minat untuk menyertai skim ini di mana sejumlah 7,204 unit rumah telah · dic:adangkan untuk dibina. Ini menunjukkan bahawa sambutan majikatr ladang kepada skim ini bukanlah dingin seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. W alaupun penyertaan skim suka­rela ini adalah menggalakkan, Kementerian Buruh akan terus mempertingkatkan usaha supaya lebih ramai majikan ladang menyertai skim ini. Pegawai-pegaWai Buruh semasa melawat ke ladang-ladang sentiasa menggesa para majikan supaya menyertai skim ini di samping memberi nasihat serta panduan mengenai tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan Skim Memiliki Rumah Pekerja.

PELABURAN TAIWAN

35. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(i) memandangkan bertambahnya , , pelaburan daripada Taiwan ke

negara kita, kcmapa negara kita tidak mempunyai perhubungan diplomatik dengan Taiwan; dan

(ii) bilakah pertrubungan diplomatik tersebut disambung semula.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Persoalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Taiwan tidak timbul. Malaysia mengiktiraf Taiwan sebagai wilayah bahagian Republik Rakyat China. Ini telah dipersetujui semasa Malaysia menubuhkan hubu­ngan diplomatik dengan pemerintah Republik Rakyat China pada 31hb .Mei, 1974.

Namun demikian persefahaman di antara Malaysia dan Republik Rakyat China tidak menghalang kita menjalin hubungan perdagangan dan ekonomi dengan Taiwan.

SISWAZAH TANI

36. Dato' Haji Zakaria bin Haji Y ahaya minta Menteri Pertanian menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai dalam program mengujudkan petani­petani berijazah. Apakah bentuk insentif yang diberikan kepada mereka itu.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Semenjak program ini dilancarkan pada bulan September, 1986, seramai 187 orang siswazah yang melibatkan 83 projek telah menceburi bidang pertanian, iaitu seperti berikut:

Peringkat Bit. Bit. .,,..., Siswazah Projek

Perancangan .. 43 14 Perlaksanaan .. 144 69

187 83

Di bawah Program ini, Kementerian Pertanian ada menyediakan beberapa insentif, iaitu seperti berikut:

(i) Mengadakan•ttemudahan kredit di bawah Bank Pertanian Malaysia, bagi projek-projek tanaman jangka pendek dan jangka pertengahan, ternakan ikan dan binatang serta projek­projek atau industri yang berkaitan dengan pertanian.

4341 14 DISEMBER 1988 4342

Pemohon-pemohon yang layak bagi skim pinjaman ini adalah-

(a) Siswazah lepasan uni­versiti atau institut yang masih menganggur;

(b) Siswll2lah yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian;

(c) Pemohon-pemohon mesti­lah menjadi Ahli Per­tubuhan Peladang Kawa­san atau Persatuan Nelayan.

Syarat-syarat pinjaman yang dikenakan ialah-

(a) Jumlah Pinjaman-Pinjaman boleh diper­

timbangkan sehingga 100% daripada jumlah kos projek; Jumlah pinjaman hendaklah tidak melebihi $30,000/individu.

(b) Kadar Faedah~ 4% setahun dikira atas

baki bulanan.

(c) Tempoh Pinjaman­Tidak melebihi 5 tahun.

(d) Cagaran/Jaminan-Semua pmJaman

mestilah dijamin dengan cagaran yang cukup yang boleh diterima oleh Bank. Kelonggaran diberikan dengan 2 orang penjamin bagi setiap individu yang berpendapatan bulanan $500 ke atas atau 2 orang penjamin secara bersilang bagi permohonan yang dibuat secara ber­kelompok.

(ii) Selain dari itu Kementerian Pertanian ada menyediakan kemudahan bagi mendapatkan maklumat mengenai tanah.

(iii) memberi latihan/kursus bagi projek-projek yang ingin diceburi.

(iv) memberi khidmat nasihat teknikal oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian.

PUSA T' SERENTI

37. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa jumlah Pusat Serenti yang didirikan di seluruh negara hingga Mei 1988. Dan berapa jumlah syarikat-syarikat atau Sektor Perladangan yang telah membantu pelatih-pelatih bagi mendapatkan latihan dan pekerjaan.

Perdana Menterl dan Menteri Dalam Negerl (Dato' Seri Dr Mahatbir bin Mohamad): Jumlah Pusat Serenti yang didirikan di seluruh negara sehingga Mei 198& ialah 3 buah iaitu Pusat. Serenti Perlop, Pusat Serenti Tampin dan Pusat Serenti Sg. Petani.

Di samping Pusat Serenti terdapat juga 3 Pusat Insafdiri dan 1 Pusat Pemulihan Dadah (Pasukan Kerja) Sg. Merchong.

Selain daripada Pusat-pusat tersebut terdapat sebanyak 10 buah Pusat Pemulihan Dadah yang sedang dalam pembinaan iaitu-

(1) Pusat Pemulihan Dadah Sg. Bakau, Rawang, Selangor.

(2) Pusat Pemulihan Dadah Muar, Johor.

(3) Pusat Pemulihan Dadah Karangan, Kulim, Kedah.

(4) Pusat Pemulihan Dadah Raub, Pahang.

(5) Pusat Pemulihan Dadah Jeli, Kelantan.

(6) Pusat Pemulihan Dadah Jerantut, Pahang.

(7) Pusat Pemulihan Dadah (Wanita) Kemumin, Kelantan.

(8) Pusat Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan.

(9) Pusat F6111ulihan Dadah Dengkil, Selangor.

4343 14 DISEMBER 1988 4344

(10) Pusat Pemulihan Dadah Pengerang, Johor.

Walaupun Pusat-pusat tersebut masih dalam pembinaan, tetapi ianya telah menempatkan sekurang­kurangnya antara 50-100 orang pelatih bagi setiap Pusat. Mereka ditempatkan di sana untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan Pusat-pusat tersebut.

Syarikat-syarikat,. a tau sektor perladangan yang·· telah membantu pelatih-pelatih untuk mendapatkan latihan dan pekerjaan ialah sebagaimana berikutan:

(1) Malik Lip & Associates-Melatih dan memberi peluang

pekerjaan kepada pelatih dalam bidang landscape dan semaian bunga.

(2) Syarikat Kim Guan Sdn Bhd-Melatih dan memberi peluang

pekerjaan kepada pelatih­pelatih di bidang percetakan sampul surat.

(3) Kentucky Fried Chicken-Memberi latihan dan

memasarkan ternakan ayam secara kontrak.

(4) Perbadanan •· Kemajuan Kraftangan Malaysia-

Melatih membuat bakul daripada buluh dan juga rotan serta memasarkan basil kerjatangan tersebut.

Syarikat dan agensi lain yang memberi peluang-peluang pekerjaan di luar kepada pelatih-pelatih dan bekas-bekas pelatih ialah: ·

(1) Syarikat Stain Glass Sdn Bhd. (2) Perbadanan Ladang-Ladang

Tabung-Tabung Haji Sdn Bhd Ladang Sg. Merchong. ·

(3) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. ,,

(4) Majlis Perbandaran dan Majlis daerah.

MINYAK KELAPA SA WIT­PENYELIDIKAN

38. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Ment~ri Perusahaan Utama menyatakan sama ada benar basil penyelidikan perubatan negara Amerika Syarikat menunjukkan bahawa minyak kelapa sawit adalah baik untuk kesihatan tetapi mengapakah eksport minyak sawit ke Amerika Syarikat turun sebanyak 30 peratus baru-baru ini.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr Lim Keng Yaik): Memang benar bahawa penyelidikan yang telah dibuat di Amerika Syarikat. mengenai aspek pemakanan dan kesihatan minyak kelapa sawit telah menunjukkan minyak kelapa sawit adalah berfaedah kepada kesihatan. Umpamanya, satu kajian yang dijalankan oleh Bonanome dan Grundy di Amerika Syarikat telah menunjukkan minyak kelapa sawit boleh merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Satu lagi kajian yang menggunakan tikus sebagai model menunjukkan bahawa asid palmitis dalam minyak kelapa sawit membantu mengurangkan pertumbuhan setengah jenis tumor. Suka juga saya memaklumkan bahawa selain daripada kajian-kajian dijalankan di Amerika Syarikat, terdapat juga kajian-kajian yang telah dijalankan di negara-negara lain· seperti Negara Belanda dan Jepun yang menunjukkan bahawa minyak kelapa sawit boleh mengurangkan pembekuan darah (anti-thrombotic) dan mengurangkan penebalan saluran darah (anti-atherosclerotic).

Mengenai prestasi eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke Amerika Syarikat, jika dibandingkan eksport pad~ tahun.1987 dengan tahun 1986, angkanya telah jatuh sebanyak kira­kira 40%, iaitu dari 304,833 tan metrik dalam tahun 1986 kepada 181,933 tan metrik dalam tahun 1987. Akan tetapi, perbandingan di antara angka untuk

4345 14 DISEMBER 1988 4346

1986 dengan tahun 1987 tidak memberi satu gambaran yang tepat mengenai prestasi eksport minyak kelapa sawit ke Amerika Syarikat dalam konteks jangka panjang kerana tahun 1986 merupakan satu tahun yang luar biasa bilamana harga minyak kelapasawit telah jatuh keparas yang terlalu rendah dengan harga purata tahunan sebanyak $578.50 setan metrik sahaja. Sekiranya di­bandingkan pula paras eksport tahun 1987 dengan purata bagi tahun 1981-1985, dapat diperhatikan bahawa eksport ke Amerika Syarikat pada tahun 1987 itu, iaitu sebanyak 181,933 tan metrik, adalah tinggi dari purata bagi tahun 1981-1985 iaitu 121,212 tan metrik sahaja. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa Kerajaan tidak mengambil berat terhadap kempen anti minyak kelapa sawit itu. Kerajaan akan terus berusaha menentang kempen tersebut di samping menjalankan usaha-usaha lain untuk menggalakkan pasaran bagi minyak kelapa sawit negara di seluruh dunia.

PERDAGANGAN BARTER DILABUAN

39. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menjelaskan sama ada beliau sedar atau tidak akan kemerosotan perdagangan "barter" di Pelabuhan Labuan. Apakah langkah telah diambil unttJk mengelakkan kemerosotan tersebut.

Tuan M. G. Pandithan: Setahu saya perdagangan "barter" di Pelabuhan Labuan tidak merosot sepertimana yang didakwa oleh Yang Berhormat, malah perdagangan "barter" telah menghasilkan peluang yang baik kep.ada · Labuan d~~ :$egi, pertukaran wang asing. Mengikut anggaran perangkaan Jabatan Kastam Labuan, eksport Labuan di bawah perdagangan "barter" ke Filipina telah meningkat dari $52 juta pada tahun 1986 kepada

$81 juta dalam tahun 1987. Manakala, barang-barang yang dibeli oleh pedagang-pedagan~ Labuan melalui perdagangan "barter" daripada pedagang-pedagang Filipina dalam tempoh yang sama adalah kurang dan merosot.

Memandangkan · perdagangan "barter" merupakan aktiviti yang penting di Labuan, Kerajaan telah mengambil bebenipa langkah untuk memesatkan lagi perdagangan "barter" di Lat;Uan seperti mem-perbaiki infrastruktur, menam-bahkan kemudahan-kemudahan pelabuhan, mengkaji kelonggaran peraturan-peraturan imigeresen dan pentadbiran untuk menarik lebih minat pedagang~pedagang "barter" Filipina datang berdagang di Labuan.

PETANI SAYUR DAN BUAH· BUAHAN_:!.ifANTUAN

40. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) apakah bantuan yang diberikan kepada petani-petani sayur dan pokok buah-buahan oleh agensi FAMA; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya supaya racun serangga tidak digunakan sehingga melebihi had yang ditetapkan.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:

(a) Bantuan yang diberikan kepada petani-petani sayur dan Pokok buah-buahan adalah seperti berikut-

(i) menyediakan tempat ber­niaga di pasar tani di seluruh negara, bagi

"' u t·· LP;twi:mboleru:.petani mem­perolehi harga yang lebih tinggi di samping petani­petani sendiri dapat memahami kehendak pasaran.

4347 14 DISEMBER 1988 4348

Dalam masa yang sama pengguna-pengguna juga dijamin bekalan yang bermutu dan segar pada kadar ,, harga yang berpatutan.

(ii) menjalankan kempen galakan penggunaan sayur-sayuran dan buah­buahan, supaya per­mintaan ke atas komoditi ini bertambah dan seterusnya niembantu menyelesaikan masalah pemasaran komoditi ini.

(iii) menjalankan kursus pen­didikan pasaran dengan menunjuk ajar kepada petani-petani mengenai kaedah penjagaan dan pengendalian di peringkat ladang, serta pem­bungkusan supaya mutu basil pertanian di pertingkatkan untuk lebih diterima oleh pasaran.

FAMA juga meng­adakan Pusat Pengum­pulan Ladang di kawasan pengeluaran sayur ber­kelompok untuk mem­berikan kemudahan pengendalian lepas tuai, pusat pemasaran per­tanian dan pusat penyebaran maklumat pasaran.

(iv) maklumat-maklumat pe­ngesanan bekalan dan permintaan serta harga-harga di berbagai peringkat pasaran di dalam dan luar negeri dalam bentuk laporan, majalah pemasaran,

· · ·'" ... siaran. media · massa dan sebagainya untuk ke­gunaan petani-petani bagi .tujuan perancangan pengeluaran basil-basil pertaniaii mereka.

(v) bagi melindungi dan menggalakkan penge­luaran sayur-sayuran oleh petani-petani tempatan, FAMA mengadakan skim kawalan import melalui kuota kubis yang berkuatkuasa pada tahun 1986.

(vi) bagi menambahkan sa­luran pasaran, FAMA juga menjalankan per­khidmatan urusniaga sayur-sayuran dan buah­buahan bila diperlukan untuk mewujudkan luang pasaran tambahan supaya penentuan harga tidak ditetapkan secara sewenang-wenangnya di samping menjalankan aktiviti-aktiviti peng­aturan pasaran.

(b) Langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan racun perosak, termasuk racun serangga tidak digunakan sehingga melebihi had yang ditetapkan termasuk yang berikut:

(i) menjalankan perkhid-matan pengembangan mengenai amalan-amalan pertanian yang baik (good agricultural practice) kepada petani­petani iaitu menggunakan racun perosak apabila perlu sahaja.

(ii) menasihatkan petani-petani khususnya dalam cara-cara mengguna racun , , . perosak serta menekankan kepada

,., ,.,,,JI: "l ntereka.,,~ ;:~. kepentiagan; mengikut tempoh se­belum mengutip basil selepas semburan terakhir (preharvest interval) supaya paras sisabaki

4349 14 DISEMBER 1988 4350

racun perosak dalam basil mereka tidak tinggi.

(iii) memasukkan maklumat mengenai tempoh pe­nyembur sebelum me­ngutip basil tanaman (Pre-harvest interval) pada label bagi tiap-tiap racun perosak yang di­gunakan ke at as tan am an. Ini bagi' mengelakkan masalah sisabaki racun perosak.

(iv) mengadakan petak-petak kajian kemujarapan bagi racun perosak supaya hanya racun yang berkesan didaftar, serta kajian degradasi untuk menentukan tempoh sebelum mengutip basil.

(v) menjalankan pengawasan contoh-contoh sayur­sayuran untuk menentu­kan paras sisabaki racun perosak di dalamnya.

(vi) memberi bantuan kepada Kementerian Kesihatan dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983.

(vii) mengadakan ceramah dan sesi dialog dengan petani­petani, serta mengedar­kan bingkisan dan risalah makluman kepada mereka.

(viii) mengadakan sistem penandaan (tagging) bagi bakul-bakul sayur dari Cameron Highland yang dieksport ke Singapura. Melalui kerjasama antara Kerajaan Singapura dan Kementerian Pertanian, pengeksport yang meng­eksport sayur-sayuran yang mempunyai paras sisabaki racun perosak

yang tinggi dapat dikenalpasti dan diambil tindakan.

KURIKULUM BARU SEKOLAH MENENGAH-PELAKSANAAN

41. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan falsafah yang tersebut dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang akan dilaksanakan tahun depan serta berikan pendapat ikhlas beliau sama ada buku-buku berkaitan telah sedia ada.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis telah diterima oleh Kabinet pada tahun 1987. Falsafah Pendidikan ini dijadikan sebaga:i tujuhala bagi pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Bagi pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan bahawa buku-buku teks dan buku-buku lain yang berkaitan dengan KBSM dapat mencerminkan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Berkenaan dengan penyediaan buku-buku teks untuk program KBSM pada tahun 1989, Kementerian Pendidikan sudah mengurus untuk menerbit dan mengedarkan buku­buku tersebut ke sekolah-sekolah.

SISWAZAH MENGANGGUR

42. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Pertanian menyatakan sambutan siswazah-siswazah yang menganggur terhadap Skim Siswazah Tani yang diperkenalkan. Daripada jumlah pelajar yang berdaftar tersebut berapakah yang telah diberikan projek dan bidang pertanian apakah yang telah diberikan kepada mereka.

4351 14 DISEMBER 1988 4352

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Program Petani Siswaza.h telah dilancarkan pada 23hb September, 1986 oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri. Semenjak pelancaran tersebut adalah didapati bahawa sambutan siswazah-siswazah yang menganggur terhadap program ini adalah menggalakkan, di mana jumlah siswazah yang mendaftar untuk mengikuti Program ini bagi bulan Januari-November, 1988 adalah seramai 650 orang.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Program ini, Kementerian Pertanian tidak memberikan sesuatu projek khas untuk diusahakan oleh siswazah, tetapi sebaliknya siswazah­siswazah sendiri yang mengenalpasti dan menentukan jenis-jenis bidang usaha yang akan dijalankan. Ini adalah kerana dalam usaha merancang sesuatu projek untuk dijalankan, beberapa faktor penting perlu diambil kira, iaitu, seperti faktor pemasaran, pengetahuan teknikal, modal, kesesuaian tapak projek dan sebagainya. Faktor-faktor ini adalah penting untuk mempastikan kejayaan sesuatu projek.

Daripada jumlah siswazah yang telah mendaftar dengan Kementerian Pertanian, seramai 187 orang siswazah telah melibatkan diri dalam 83 buah projek, iaitu seperti berikut:

Peringkat Bit. Bit. Projek siswazah

Perancangan 43 14 Pelaksanaan 144 69

187 83

Di antara projek-projek yang dijalankan ialah seperti projek tanaman sayuran, jagung, buah betik pisang, tapak semaian bunga-bungaan dan buah-buahan, ternakan lembu pedaging, lembu tenusu, kambing serta ternakan ikan air tawar.

KOREA HERALD--RENCANA YANG MENGELIRUKAN

43. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberikan penjelasan mengenai sebuah rencana yang dikeluarkan melalui akhbar "The Korea Herald" yang dikatakan telah tersilap dari fakta sejarah di mana ianya berpunca dari petikan daripada majalah "To Know Malaysia is To Love Malaysia" terbitan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC). Sejauhmanakah perkara ini betul dan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil bagi membetulkan fakta sejarah ini.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Mengikut apa yang dilaporkan, "Korea Herald" dalam satu rencananya yang dikeluarkan tidak berapa lama dahulu telah menyebut bahawa orang-orang Melayu di Malaysia ialah merupakan satu bangsa pendatang (immigrants). Sumber rujukan rencana tersebut ialah dari buku "To Know Malaysia is To Love Malaysia" yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia dalam tahun 1985.

Sebenarnya apa yang dinyatakan dalam buku "To Know Malaysia is To Love Malaysia" ialah "The Malays according to some, are believed to have originated from Indonesia, their descendents having travelled throughout the then Malay archipelago all the way to the South Seas".

Sebagai yang dimaklumkan istilah "Indonesia" ialah merupakan satu istilah geo-politik moden yang wujud selepas Indonesia mencapai ke­merdekaan daripada Belanda. Dari segi sosio-anthropologi dan juga sejarah apa yang dikenali sebagai Indonesia adalah sebahagian daripada Gugusan Pulau-pulau Melayu pada satu masa dahulu, sebagaimana juga hakikat bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah merupakan sebahagian

4353 1'4-.DISEMBER 1988 4354

gugusan itu. Dipandang dari sudut ini, apa yang dijelaskan dalam buku yang berkenaan tidaklah salah sebab ianya tidak menganggap orang-orang Melayu sebagai "immigrant" di negeri ini. Cuma apa yang tidak dibuat oleh buku tersebut ialah tidak memberi penjelasan yang lanjut mengenai nama "Indonesia" itu. lni ialah disebabkan oleh ruang yang terhad.

Walau bagaimanapun untuk mengelakkan timbulnya salah faham yang berterusan Kementerian Ke­budayaan dan Pelancongan telah menerima balik pengedaran buku "To know Malaysia is To Love Malaysia".

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG KESATUAN SEKERJA

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat di­bacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (13hb Disember, 1988).

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat Senator C. Krishnan untuk menyambung ucapan beliau semalam. Dipersilakan Yang Berhormat.

3.36 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, Undang-undang Buruh tidak boleh tetap. lni memerlukan perubahan selaras dengan keadaan sosio-ekonomi. Oleh sebab itu Kerajaan telah membawa pemindaan ini supaya beberapa aspek . dapat dibetulkan rttengikut kehi:mdak­kehendak pada masa ini.

Saya sedia maklum bahawa untuk kita menggalakkan pelaburan dari luar negeri undang-undang baru ini

sangatlah penting kerana sekiranya undang-undang ini tidak diterima oleh pelabur-pelabur asing kita akan menghadapi masalah atas pelaburan­pelaburan. Keduanya, Undang-undang Buruh hendaklah me-nyumbang kepada paras kos pengeluaran yang munasabah memandangkan bahawa jika kos terlalu tinggi, barangan keluaran negara akan kehilangan keupayaan untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Pada keseluruhannya, untuk memudahkan pelaksanaan, Undang-undang Buruh mesti ada unsur flexibility. Oleh sebab itu saya menyokong penuh atas pindaan ini dan amat tertarik hati kerana sebelum pindaan ini dibentangkan di dalam Parlimen, beberapa mesyuarat telah pun diadakan dengan pemimpin­pemimpin kesatuan sejak dari tahun 1985.

Pada 1988 satu Jawatankuasa pada peringkat Menteri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun diadakan beberapa mesyuarat untuk mengkaji dan membuat perakuan-perakuan tertentu mengenai dengan pindaan­pindaan yang perlu dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan ini adalah perlu bagi tujuan­tujuan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan oleh Kerajaan. Ketika membentangkan pindaan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Buruh dengan jelasnya telah memberitahu Dewan ini bahawa tujuannya ialah bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos buruh. Dan juga apabila kita dengan telitinya mengkaji pindaan-pindaan ini, kita akan dapati bahawa pindaan-pindaan ini tujuan­nya , cuma ·,untuk. menghapuskan kesamaran dan menjelaskan maksud­maksud peruntukan-peruntukan ter­tentu dan melonggarkan peruntukan­peruntukan yang bercorak ketat, ataupun dengan izin, rigid.

4355 14 DISEMBER 1988 4356

Pindaan-pindaan yang bertujuan untuk memperbaiki pentadbiran dan penguatkuasaan U ndang-undang Buruh telah dengan telitinya kita nampak di dalam beberapa aspek di mana untuk kenaikan yuran ahli pada masa dahulu ada beberapa masalah. Dari pindaan undang-undang sekarang ini, pihak kesatuan tidak akan menghadapi beberapa masalah yang mereka menghadapinya pada masa-masa dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan di dalam Dewan ini pada hari semalam, saya sungguh-sungguh berharap pihak kesatuan dan majikan mestilah ada perhubungan baik demi meningkatkan pengeluaran, pro­duktiviti, demi persefahaman dan demi kebaikan negara. Sekiranya tidak ada satu persefahaman di antara majikan dan kesatuan sekerja, ini tentulah akan menjejaskan produktiviti dan juga nama baik negara di luar negeri. Oleh sebab itu, mengikut kehendak masa ini Kerajaan telah pun membentangkan satu pindaan.

Saya dengan sukacitanya menerima pindaan-pindaan ini. Dengan kata­kata ini, saya .menyokong penuh suatu Akta bagi meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby.

3.42 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk meriyokong Rang Undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Saya sebagai salah seorang bekas pemimpins.;.;:kesatuan :Sekerja yang pernah berkecimpung di dalam bidang kesatuan sekerja selama 20 tahun iaitu dari tahun 1960 sehingga tahun 1980, berasa kagum dan hairan sungguh kerana Kerajaan di bawah pimpinan

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir .bin Mohamad telah memberikan kebenaran kepada Kementerian Buruh untuk mengemaskinikan dan meminda 12 Fasal dalam Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja, semata-mata untuk memberikan keselesaan, kemudahan dan kesenangan serta kelonggaran beberapa syarat yang membolehkan perjalanan kesatuan sekerja lebih licin lagi teratur.

Fasal 2 dan Fasal 3, gelaran bagi Pengarah-pengarah Perhubungan Perindustrian dan Kesatuan Sekerja ditukar kepada Ketua Pengarah bagi Perhubungan Perindustrian dan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan gelaran bagi pegawai-pegawai yang lain di bawahnya juga ditukar dan ditinggikan martabatnya. Ini juga patut dialu-alukan dan penghargaan diberikan kepada mereka. Tetapi Kementerian Buruh patut juga mengubahsuaikan serta mengemas­kinikan pejabat-pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja yang sudah usang dan lapuk yang kurang menyenangkan pekerja-pekerja serta pelawat-pelawat yang datang ke pejabat tersebut untuk urusan kesatuan sekerja.

Contohnya, di Pulau Pinang, pejabatnya terletak di tingkat atas sebuah bangunan lama di Jalan Sultan Ahmad Shah dan di tingkat bawah pula terletak Pejabat Pendaftaran Kad Pengenalan. Kerusi-meja dan kipas anginnya perlulah ditukar dan berilah satu nafas baru yang boleh dikatakan menambahkan sedikit keselesaan supaya kita dapat menambahkan semangat baru kepada pekerja­pekerja di situ. Saya amat sedih apabila saya pergi melawat dan berjumpa pegawai-pegawai di situ tetapi tidak pernah pula pegawai­pegawai itu bersungut. Saya tak tahulah sama ada keadaan , suasana seperti itu juga ada berlaku di tempat­tempat atau di negeri-negeri lain.

4357 14 DISEMBER 1988 4358

Saya terpaksa sebutkan perkara itu di sini kerana lazimnya adat bani Adam, yakni insan, kalau ada kekurangan, ini juga akan memberikan suatu kesan atau tidak membawa galakan yang tidak memberikan satu semangat untuk bersungguh-sungguh bekerja sekiranya keadaan sekeliling, environment ataupun atmosphere, dengan izin, tidak begitu sihat. Dari air muka mereka kita dapat lihat muram selalu dan dari segi psikologi pula sudah tentu akan timbul perasaan marah dan frustasi. Patut dan haruslah kita berterima kasih kepada Pegawai­pegawai Pendaftar Kesatuan Sekerja yang selalu memberikan nasihat serta memujuk pegawai-pegawai kesatuan sekerja yang lain, yang selalu membawa masalah kepada mereka. Biasanya masalah itu banyak yang tidak puas hati daripada yang puas hati. Pernah juga mereka datang berjumpa Pegawai Pendaftar Kesatuan, bertanya apakah caranya "kami hendak mogok" dan sebagainya. Jadi pegawai-pegawai itu memainkan peranan penting. Mereka menasihatkan pegawai-pegawai kesatuan sekerja yang datang itu supaya tidak bertindak secara kasar atau melulu dan kerapkali nasihatnya itu diterima. Mereka juga sering dinasihatkan supaya menjadi rakyat yang berguna dan berterima kasih kepada nikmat yang diterima di bawah pemerintahan yang ada sekarang dan tidak harus menerima hasutan musuh­musuh Kerajaan. Inilah kerap kali nasihat-nasihat yang diberikan.

Menyentuh Fasal 4, saya ingin tahu sama ada dua kesatuan sekerja yang sedang mewakili pekerja-pekerja dalam satu jabatan boleh disatukan supaya tidak timbul masalah yang bukab-bukan, yang menyusahkan majikan dan mewujudkan permusuhan di antara pekerja­pekerja. Perkara ini saya tujukan kepada Kementerian Buruh.

Contohnya ada, Tuan Yang di­Pertua, di Jabatan Pengangkutan Majlis Perbandaran Pulau Pinang di mana pekerjanya adalah lebih kurang 400 orang sudah ada dua kesatuan sekerja. Pertama, Kesatuan Sekerja Pengangkutan Majlis Perbandaran (City Council Transport Workers' Union) dan satu lagi Kesatuan Perkhidmatan Perbandaran Pulau Pinang atau Penang Municipal Services Union (PMSU).

Jabatan Pengangkutan ini rugi tiap­tiap tahun di antara $2 juta ke $3 juta mahupun laluan adalah di jalan-jalan yang baik, bas-basnya itu boleh mengangkut penumpang yang banyak yang boleh memberi basil yang lumayan. Kesatuan-kesatuan ini bersaing di antara satu sama lain, pegawai-pegawainya cuba menjadi hero dan memohon kemudahan­kemudahan yang bukan-bukan untuk ahli-ahlinya, ini satu contoh. Di mana dalam satu jabatan ada dua kesatuan sekerja, Pengurus itu selalu pening kepala tidak ada satu iaitu dari segi pertolongan yang diberinya malahan syarikat-syarikat swasta mengaut keuntungan yang besar. Tetapi jabatan ini sentiasa rugi.

Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 26 (lA) itu sepatutnya pindaan dibuat awal 1980an sepertimana kita juga lihat banyak kegiatan kesatuan sekerja itu terlalu kasar terhadap Kerajaan. Mahupun begitu pindaan dibuat sekarang ini adalah baiknya juga. Tetapi yang saya harap-harapkan di sini adaiah Tuan Yang di-Pertua, apakala pindaan ini diluluskan dan digazetkan, Pendaftar-poodaftar Kesatuan Sekerja hendaklah beri notis dengan segera kepada pegawai­pegawai" kesatuan yang tidak bekerja sebagai seorang pekerja yang menerima gaji dalam satu-satu kilang atau industri dan sebagainya supaya melepaskan jawatannya. Kerana kita dapati ramai yang tidak ada kaitan

4359 14 DISEMBER 1988 4360

langsung dan tidak begitu tabu menahu hal-hal kerja di satu-satu badan itu memegang jawatan yang penting dalam kesatuan sekerja. Ada pula tokoh-tokoh kesatuan sekerja pada ketika ini ambil kesempatan hendak menjadi seorang pemimpin rakyat konon dan kesatuan inilah digunakan sebagai batu loncatan. Sudah tentu jenis pemimpin ini kita sudah kenai. Siapa dia kita kenai. Kerana dia tidak puas hati dengan Kerajaan, dia menyebelahi pihak lawan Kerajaan, parti yang menentang Kerajaan maka dia menggunakan seberapa banyak dakyah-dakyah palsu dan mempengaruhi pula pekerja­pekerja di mana ia mewakili mereka.

Seharusnya kita juga perlu ingat pada suatu ketika dahulu, pegawai­pegawai, Pendaftar-pendaftar Ke-satuan Sekerja atau pegawai-pegawai ataupun Pendaftar Pertubuhan menasihatkan mereka yang giat dalam politik agar lepaskan jawatannya dalam kesatuan sekerja. Tetapi entahlah, akhir-akhir ini kita nampak seolah-olah undang-undang itu dikendurkan seolah-olah direstui supaya mereka juga boleh ambil bahagian cergas dalam politik dan juga dalam kesatuan sekerja. Ini haruslah diberi perhatian yang serius. Janganlah membenarkan seseorang itu memain peranan di kedua-dua bidang ini.

Fasal 10 yang menyentuh tentang Bahasa Kebangsaan. Saya fikir ini patut sungguhlah pindaan dibuat, mahupun terlewat sedikit tetapi tekanan perlu diberi kepada semua pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja. Kerana saya pernah hadir beberapa kesatuan sekerja apakala saya hadir untuk merasmikan mesyuarat agung mereka itu, ada juga penyata-penyata, laporan mereka itu ditulis di dalam beberapa bahasa. Selain daripada itu ada juga undang­undangnya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Tetapi ini tidaklah menjadi satu keberatan kepada saya

kerana saya dapati mungkin pekerja­pekerja itu tidak begitu mahir, tidak tabu membaca Bahasa Malaysia tetapi ini sepatutnya tindakan berlaku selepas 30 tahun merdeka mereka tidak mahu lagi bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan. Jadi ada juga dalam bahasa-bahasa lain, tetapi apakala berbahas membincang dirujuknya di dalam buku undang­undang yang diterjemahkan itu maka berucaplah hamba Allah ini dengan menggunakan hujahnya seperti mana terkandung dalam bahasa yang diterjemahkan. Ini juga harus diberhentikan. Sebab bila hal ini berlaku saya dapati ketua-ketua kesatuan sekerja itu tidak mahu menghormati Bahasa Kebangsaannya malahan Pengerusi Majlis itu membiarkan begitu sahaja. Ada kalanya pegawai daripada Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja juga hadir tetapi duduknya senyum. Senyum kambing tidak menghiraukan. Dia pun tidak faham bahasa itu adakalanya pada hujahnya dia memaki balik jabatan itu bermacam­macam, tetapi dia senyum. Ini saya dapati harus dihentikan. Biarlah bahasa yang dicakapkan dalam Bahasa Kebangsaan agar semua boleh faham hatta dalam bahasa pasar sekalipun tidak menjadi masalah kalau sekiranya dia tidak mahir dalam bahasa tetapi tidak mahu berusaha, ini sepatutnya haruslah ditekankan.

Fasal10 ini saya juga ingin tekankan agar masa lanjutan yang diberikan itu janganlah dilanjutkan lagi. Kami dulu dalam kesatuan sekerja menghadapi banyak masalah kerana tegas sungguh pegawai-pegawai di Pejabat-pejabat Kesatuan Sekerja kerana dalam masa tertentu itu kami kemukakan iaitu Penyata Kira-kira, Laporan dan sebagainya dan kami beri masa supaya apa yang kami kemukakan itu diterima, sebelum kami adakan mesyuarat agung kami minta nasihatnya dan sebagainya. Sekarang tempoh lanjutan diberi tiga bulan

4361 14 DISEMBER 1988 4362

untuk kesatuan sekerja ini membuat persediaan. Janganlah pula lepas diberi tempoh lanjutan dilanjutkan lagi. Saya takut bila terlalu banyak masa lanjutan diberikan kerjanya tidak jadi dan mereka menganggap perkara ini tidak begitu serius.

Tuan Yang di-Pertua, satu berita baik yang disiarkan dalam suratkhabar pada hari ini menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk menimbangkan pelaksanaart pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam Kumpulan A, B, dan C sekurang­kurangnya bermula pada lhb Julai, 1988 dan bukan bermula pada lhb Januari 1989. Di sini saya menyeru agar CUEP ACS dan MTUC memberi keyakinan kepada Kerajaan. Haruslah mereka bekerja kuat dalam hal memberi kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya dan beri tahulah kepada pekerja-pekerjanya bahawa Kerajaan adalah adil dan mempunyai timbangrasa terhadap pekerja-pekerja dan ingin meninggikan taraf hidup mereka.

Apa yang ditekankan di sini adalah peningkatan daya pengeluaran dan mempertingkatkan hubungan baik majikan dengan pekerja agar tujuan asal dan matlamat kesatuan sekerja dicapai. Peranan kesatuan sekerja yang besar seperti CUEP ACS dan MTUC ini adalah penting untuk membangunkan negara. Janganlah menjadi penghalang kepada kemajuan negara ini kerana Malaysia hari ini masih belum lagi menjadi satu negara perindustrian seperti Singapura. Sebabnya pekerja-pekerja ini tidak boleh memberi sokongan kuat terhadap matlamat itu. Apa yang kita harapkan ialah sokongan itu diberi agar mereka juga mempunyai sifat milik sendiri supaya bersungguh­sungguh menaruh kecintaannya terhadap negara. Kalau tidak, selagi itulah kita akan mundur dan tidak dapat memajukan negara ini.

Memadailah setakat ini, kerana banyak Fasal-fasal telah disentuh oleh rakan-rakan saya tadi, maka saya mohon menyokong Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan V. K. Sellappan.

4.04 ptg.

Tuan V. K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyokong dan membahaskan secara ringkas Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 1988.

Rang Undang-undang Sekerja yang disyorkan ini tidak akan membebankan sesiapa pun malahan ia memberi faedah kepada masyarakat. Akta Kesatuan Sekerja yang telah diamalkan sekarang ini tidak lagi sesuai buat tnasa kini di samping menghalang pelabur-pelabur asing daripada melabur di negara ini. Keadaan ini hanya merugikan kita kerana seperti yang kita sedia maklum pelaburan asing yang banyak bermakna peluang pekerjaan yang banyak juga. Maka sebab itulah Akta ini perlu diubahsuai agar semua aspek­aspek di atas dapat diambil kira. Matlamat asal sepenuh pengu­bahsuaian Akta ini adalah:

(i) meningkatkan produktiviti; dan

(ii) menyelaraskan pendapatan pekerja-pekerja di negara ini dengan pekerja-pekerja di negara jiran.

Pindaan-pindaan yang disyorkan ini telah dikaji dengan teliti dan terperinci oleh semua pihak. Hasil daripada pindaan Akta ini adalah untuk meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Akta yang dipinda ini menunjukkan kepada pelabur asing bahawa di negara ini

4363 14 DISEMBER 1988 4364

terdapat a wide force of labour, dengan izin. Oleh kerana terdapat banyak kebaikan basil daripada pindaan Akta Kesatuan Sekerja, maka semua rakyat yang inginkan kebaikan dan kemajuan hendaklah menyokong pindaan Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Encik Charles Gray, Pengar-ah Eksekutif Kesatuan Sekerja Bebas Asia/Amerika mengatakan bahawa pekerja-pekerja elektronik di Malaysia sama ada mempunyai taraf pelajaran yang rendah ataupun buta huruf. Oleh sebab itu pekerja-pekerja tidak mahu rnenubuhkan "in-house union", dengan izin, kerana pelajar-pelajar tidak boleh berkomunikasi dengan majikan. Jadi mereka lebih suka menjadi ahli kesatuan sekerja kebangsaan. Komen Encik Charles Gray menunjukkan bahawa pengetahuan beliau tentang negara Malaysia dan pekerja-pekerja di Malaysia khususnya pekerja-pekerja elektronik adalah cetek.

Keadaan sebenarnya adalah majikan kilang-kilang kepunyaan Amerika tidak menghalalkan penubuhan kesatuan sekerja walaupun Kerajaan kita telah membenarkan pekerja-pekerja menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja. Encik Charles Gray telah memberi komen membuta tuli tanpa mengkaji dengan lebih teliti tentang taraf pendidikan dan keadaan sosial pekerja-pekerja di negara kita. Ini telah menimbulkan rasa marah di kalangan pekerja-pekerja dan Kerajaan di samping menyakiti hati mereka.

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja luar negeri dan dunia akan faham keadaan ya!lg sebenarnya jika mereka melawat negara kita. Sebenarnya Encik Charles Gray tidak menyedari bahawa untuk bekerja dalam kilang-kilang elektronik pekerja telah mempunyai taraf pendidikan yang mencukupi. Di

rantau Asia, pekerja-pekerja elektronik Malaysia telah menghasilkan produktiviti yang tinggi dan ini adalah kerana taraf pendidikan mereka. Berdasarkan ini saya membantah dengan sesungguhnya sikap Encik Charles Gray yang suka mengutuk dan tanpa menjalankan kajian yang terperinci serta mempastikan bahawa fakta-fakta yang diperolehi olehnya betul atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua, pekerja­pekerja ladang merupakan tulang belakang ekonomi negara. Pekerja ladang sebanyak 50% terdiri daripada kaum India, 38% kaum Melayu dan 12% kaum Cina. Pekerja-pekerja ladang merupakan nadi tunggal kepada kemajuan sesuatu ladang. Jadi Kerajaan harus melibatkan diri secara terus lltuk meningkatkan taraf hidup pekerja ladang serta untuk menjaga kesejahteraan pekerja-pekerja. Kebanyakan rancangan-rancangan kemajuan yang dijalankan oleh Kerajaan tidak membawa apa-apa perubahan dalam kehidupan masyarakat pekerja ladang. Ini merupakan satu kekurangan yang amat dirasai.

Negara kita telah mencapai kemerdekaan setelah menjalankan banyak projek-projek untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Namun begitu kesemua faedah basil dari rancangan-rancangan kemajuan ini dinikmati oleh penduduk­penduduk bandar dan luar bandar sedangkan pekerja-pekerja ladang tidak dapat menikmati dengan sepenuhnya kesemua faedah basil dari rancangan-rancangan kemajuan ini.

Kesemua faedah yang dinikmati oleh penduduk-penduduk luar bandar patut juga diberi kepada pekerja­pekerja ladang dan Kerajaan tidak harus lagi memberi alasan tidak boleh kerana ladang-ladang itu adalah kepunyaan swasta. Umpamanya sekolah-sekolah bantuan modal haruslah dijadikan sekolah bantuan

4365 14 DISEMBER 1988 4366

penub dan juga menyediakan kemudaban-kemudaban pos, telefon serta air kepada pekerja-pekerja ladang. Kerajaan juga barus memastikan babawa skim perumaban pekerja ladang dilaksanakan. Kerajaan juga barus menyediakan kemudaban-kemudaban perubatan dan juga lain-lain kemudaban untuk membolebkan agar rancangan­rancangan kemajuan dijalankan di ladang-ladang. Kerajaan barus mengambil langkab-langkab yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, basil kajian yang dijalankan didapati lebib 50,000 pendatang tanpa izin Indonesia diambil bekerja di ladang-ladang di selurub negara setakat ini atas alasan mengatasi kekurangan tenaga burub. Para majikan menggunakan alasan itu untuk mengupab pendatang tanpa izin dan mengeksploitasi tenaga mereka dengan bayaran yang jaub lebib rendab dari kadar yang disetujui oleb kesatuan. Para pemilik juga meyakinkan Kerajaan supaya mengesabkan pekerja berkenaan agar dapat terus bekerja di ladang dan dengan demikian menyumbangkan tenaga burub yang murab. Persetujuan Kerajaan dalam soal ini sudab tentu membawa kesan besar terbadap perjanjian bersama antara pibak pekerja dengan majikan mereka pada masa depan. Ini sudab tentu tidak dapat mempastikan lagi upab berpatutan kepada tenaga burub tempatan kerana terdapat saingan dari orang-orang asing yang memotong jalan dan sanggup bekerja rapat dengan kadar upab yang rendab.

Saya tidak menolak masalab kekurangan burub yang berlaku di ladang-ladang, bagaimanapun ini kesalaban majikan kerana kurang memberi perbatian terbadap kebajikan pekerja serta keengganan majikan membayar gaji bulan. Kekurangan tenaga burub boleb diatasi tanpa perlu mengambil pendatang asing sekiranya pibak

majikan sanggup melaksanakan skim jaminan pendapatan berasaskan gaji bulan. Gaji bulan adalab salab satu cara dalam mempastikan kaum pekerja ladang diberi ganjaran adil bagi basil titikpelub mereka.

Saya yakin siswazab menganggur juga sanggup bekerja di ladang-ladang kerana melalui skim gaji bulan mereka boleb mendapat bayaran gaji paling minima. Saya kesal kerana walaupun ladang-ladang kini dimiliki oleb rakyat Malaysia sendiri, tetapi mereka menafikan bak-bak kaum pekerja. Para majikan ladang tidak sebarusnya lagi bersikap kolonial dengan mengutamakan tenaga burub pendatang tanpa izin yang lebib murab dan mengenepikan pembabagian bak yang adil kepada kalangan pekerja tempatan. Kementerian berkenaan barus mengambil langkab-langkab yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong sepenubnya Akta Kesatuan Sekerja (Pindaan) 1988 ini diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berbormat Tuan Hassan Nam.

4.14 ptg.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasib kerana diberi peluang kepada saya untuk turut bersama mengambil babagian bagi membabaskan berbubung dengan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1988, iaitu satu Akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja yang mana telab pun dibentangkan oleb Yang Berbormat Timbalan Menteri Burub di Dewan yang tnulia ini pada 13-12-88 iaitu kelmarin.

Saya mengucapkan tabniab dan syabas di atas usaba yang dijalankan oleb pibak Kementerian dan Kerajaan di negara ini yang telab pun bersama untuk menjaga kepentingan pekerja, kepentingan majikan dan juga untuk

4367 14 DISEMBER 1988 4368

kepentingan negara bagi mening­katkan ne~ara Malaysia ini. Dengan keadaan im saya rasa pekerja dan juga majikan sepatutnya berterima kasih kepada Kerajaan yang begitu mengambil berat di atas usaha bagi meninggikan taraf ke tahap yang lebih baik pekerja-pekerja di negara kita ini. Oleh hal yang demikian, kita mengharapkan supaya tidak ada suara­suara sumbang yang menyatakan tidak puas hati terhaclap Kerajaan atau pemimpin Kerajaan yang ada pada hari ini yang mengatakan pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab, tidak berperikemanusiaan dan berbagai­bagai lagi dilemparkan oleh golongan­golongan yang tertentu bagi kepentingan diri mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, huraian ini terutamanya Fasal 3 Akta supaya gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja ditukarkan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. lni rasa saya memanglah sesuai dengan adanya pindaan-pindaan ini. Sepatutnya pindaan-pindaan yang seumpama ini dapat disesuaikan Akta ini dari satu masa ke satu masa.

Fasal 4 iaitu seksyen 12 (2) ialah berkenaan kuasa Ketua Pengarah menolak pendaftaran sesebuah kesatuan yang lain dan saya menyokong penuh pindaan ini. Kita tidak mahu di dalam satu-satu syarikat swasta atau di satu-satu perindustrian dan sebagainya 2, 3 kesatuan sekerja diwujudkan kerana dengan keadaan ini akan bercanggah dan satu kesatuan sekerja yang lain menuntut. Sepatutnya dalam sesuatu perindustrian jika ada keadaan seperti ini, saya rasa pihak Kerajaan telah pun meneliti akan keadaan ini dan mengelakkan supaya perkara-perkara yang seumpama ini tidak berlaku. Ini ada berlaku di masa yang telah lalu dalam satu-satu syarikat ataupun satu­satu perusahaan itu banyak sangat kesatuan-kesatuan yang mendesak itu dan ini hinggakan pihak Kerajaan

tidak dapat tabu mana yang benar dan mana yang tidak.

Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 15 (2) untuk menentukan supaya pihak Ketua Pengarah menyisih daripada daftar keanggotaan pekerja dalam mana perdagangan atau pekerjaan di industri yang dinyatakan di sini. Keadaan ini juga berlaku di masa-masa yang lalu dan dengan pindaan ini tidak akan berlaku lagi.

Seksyen 26 (lA), saya bersetuju dengan pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat Ahli Yang Berhormat yang berucap sebelum daripada saya supaya tiap-tiap kesatuan sekerja ini tidak mengambil orang luar daripada kesatuan itu sendiri untuk menjadi sama ada Presiden, Setiausaha dan pegawai yang lain. lni bagi mengelakkan perkara-perkara yang telah berlaku pada tahun-tahun yang lalu dalam negara kita ini yang mana setii,ip kali ada persidangan-persidangan kesatuan sekerja ini di Juar negeri setiap tahunlah kita dengar pihak-pihak yang berkenaan memburuk-burukkan keadaan yang ada di dalam negara kita ini. Oleh hal yang demikian, pihak Kerajaan tidak ada tindakan yang diambil hanya kalau suratkhabar­suratkhabar mendesak itu dan ini, tetapi dengan adanya seksyen ataupun pindaan ini, kita harap pihak Kerajaan jikalau sekiranya di masa yang akan datang kesatuan-kesatuan sekerja ini ataupun sesiapa yang dibenarkan untuk ke luar negeri menghadiri persidangan-persidangan supaya diperketatkan sedikit kepada mereka apabila membuat ucapan mestilah terlebih dahulu mereka ini sebelum ke luar negeri supaya mereka tm membuat deraf ucapan itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk disemak kerana kita tidak mahu apa yang dikatakan di sini. di luar negeri Jain.

Saya mencadangkan juga kalau sekiranya perkara ini berlaku Jagi, kita

4369 14 DISEMBER 1988 4370

mengharapkan, iaitu sebelum ini kita telah pun meluluskan (Pindaan) Akta Imigeresen, jika sekiranya perkara ini berlaku juga kita mengharapkan pihak berkenaan, apabila balik sahaja mereka dari luar negeri daripada menghadiri persidangan, patut pihak Imigeresen menahan mereka ini di lapanganterbang, disoal siasat terlebih dahulu. Jikalau benar-benar perkara ini berlaku, · bolehlah pihak Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dan di samping itu juga di negara-negara luar kita ada kedutaan · di sana. Pegawai kita telah ditugaskan di sana ~upaya mereka ini mengawasi siapa sahaja yang memberi pandangan yang tidak betul terhadap negara Malaysia ini supaya dihantar dengan seberapa segera teleks ke negara ini dan tindakan yang saya sebutkan tadi dapat diambil. Kerana kita tidak mahu dalam negeri kita ini ada manusia-manusia untuk mendapatkan kepentingan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan keselamatan di dalam negara Malaysia ini.

Seksyen 28 mengurangkan daripada 3 tahun ke setahun. Ini saya rasa juga amat dialu-alukan kerana dengan keadaan ini kita dapat membanyakkan lagi kesatuan sekerja dan akan menonjolkan orang-orang ataupun pegawai-pegawai yang boleh membawakan masalah-masalah bukan untuk masalah diri mereka sendiri tetapi masalah di dalam kesatuan merekaitu.

Seksyen 38 (3), saya rasa semua mengakui dan menyetujui tentang peraturan baru ini iaitu peraturan kesatuan sekerja mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan. Dalam keadaan ini saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan juga dapat menterjemahkan Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini iaitu naskah yang sahib bahasa Inggeris, supaya dapat diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam keadaan ini, tidak

akan bercanggab dengan Fasal 10, seksyen 38 (3), iaitu dengan undang­undang dan juga peraturan kesatuan sekerja yang kita akan pinda ini.

Mengenai kenaikan yuran, saya tidaklab begitu setuju dengan cadangan ini kerana kemungkinan dengan menaikkan yuran, bak untuk mengundi ini akan disalabgunakan oleb kesatuan-kesatuan nanti kerana kita tabu, banyak kesatuan-kesatuan ini apabila wang yang banyak, penyelewengan kemungkinan akan berlaku. Dengan keadaan ini apabila kesatuan-kesatuan itu nanti kekurangan wang dia akan menaikkan yuran dan selepas itu dengan wang­wang ini, kita takut akan disalabgunakan. Dalam keadaan ini sepatutnya pibak Kementerian dapat mengkaji di dalam kenaikan yuran itu, yang di katakan di dalam kurungan (c) ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita barap juga supaya pibak kesatuan sekerja bendaknya janganlab sewenang­wenangnya, maka dengan adanya Kerajaan telab pun bersama-iama dengan kesatuan sekerja, supaya kesatuan sekerja juga mengambil kira di atas kepentingan orang ramai dan negara kita. Kita tidak mabu iaitu apabila kesatuan-kesatuan tidak berpuas bati dengan majikan dan seterusnya diadakan mogok dengan diberikan notis yang begitu singkat, dan keadaan ini selalu berlaku, umpamanya kepada syarikat-syarikat bas yang tiba-tiba pibak pekerjanya mengadakan mogok dan sebagainya. Kita pun tidak tabu, suratkbabar pun tidak tabu, orang ramai pun tidak tabu tarikb pemogokan itu akan bermula sebingga banyak penumpang­penumpang tidak tabu kesatuan bas itu menjalankan mogok, maka tergendala begitu ramai orang-orang yang tidak dapat naik bas dan sebagainya. Dengan keadaan ini kita mengbarapkan juga apabila kesatuan

4371 14 DISEMBER 1988 4372

berkehendakkan membuat sesuatu mogok haruslah memberi tahu kepada Ketua Pengarah terlebih awal dan Ketua Pengarah atau pihak Kerajaan memberitahu kepada umum, kerana dengan keadaan ini saya rasa pihak­pihak yang lain tidak akan dapat menanggok di air keroh yang selalunya akan menyalahkan kepada satu-satu pihak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini juga kita mengharapkan majikan supaya bekerjasama dengan pihak kesatuan sekerja kerana, kata pepatah Melayu, majikan dan pekerja itu adalah sebagai "aur dengan tebing" iaitu tolong menolong antara satu dengail lain. Dengan tidak adanya majikan, tidak adanya pekerja, dengan tidak adanya pekerja, tidak adanya majikan. Dengan itu dalam keadaan ini mestilah kedua-duanya bekerjasama di antara satu sama lain di samping panduan yang diberi oleh pihak Kerajaan. Dengan keadaan ini dalam negara ini, lebih-lebih lagi negara kita ini sedang membangun, yang memerlukan ramai pekerja­pekerja dan memerlukan keperluan pengeluaran yang lebih banyak, di samping itu juga kita memerlukan pelabur-pelabur asing supaya mereka ini tidak keluar daripada negara ini untuk melabur ke negara-negara lain disebabkan keadaan kesatuan sekerja yang tidak betul, majikan yang tidak betul dan pihak-pihak itu yang tidak betul. Dengan ini kemungkinan pihak­pihak pelabur tidak datang ke negara kita ini dan dengan keadaan ini sekali lagi saya menyarankan kepada pihak­pihak yang berkenaan supaya perkara yang telah sudah, sudahlah, yang akan datang ini supaya berhati-hati. Hendaknya janganlah berbuat sesuka hati dan dengan sengajanya demi kepentingan diri sendiri memburuk­burukkan negara kita sendiri.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong sepenuhnya Akta ini supaya dapat diluluskan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan P. Balaram.

4.27 ptg.

Tuan P. Balaram: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang kepada saya untuk turut membahas dalam satu Rang Undang­undang yang mana saya sifatkan sangat penting kerana Rang Undang­undang ini adalah mempunyai kaitan yang rapat dan penting dengan produktiviti dalam negara kita dan seterusnya ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pem-bentangan Rang Undang-undang ini adalah sangat sesuai dan kena pada masanya kerana negara kita setelah mengalami kemerosotan ekonomi beberapa tahun ini barulah sedang pulih dan ekonomi kita sedang bertambah baik. Akibatnya kita dapati pelabur-pelabur asing menumpukan perhatian mereka dan menunjukkan minat mereka terhadap negara kita. Oleh yang demikian, saya ucapkan tahniah dan ingin memuji Menteri Buruh kerana dapat mengadakan satu pindaan yang baik yang mana akan menolong mewujudkan iklim pelaburan yang baik di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa Kerajaan terpaksa berjaga­jaga untuk membawa pindaan ini kerana jika Kerajaan "over protect", dengan izin, pekerja-pekerja maka usaha-usaha Kerajaan kita untuk menarik pelabur-pelabur luar akan gagal, begitu juga kalau terlalu banyak kemudahan-kemudahan diberi kepada pelabur-pelabur pula, maka pekerja­pekerja akan mengalami kesusahan. Oleh yang demikian, Kerajaan terpaksa strike a balance, dengan izin, di antara pekerja-pekerja dan majikan-,majikan supaya kedua-dua pihak ini berpuas hati dengan apa jua pindaan yang Kerajaan buat kepada undang-undang yang bersangkut-paut dengan pekerja-pekerja. Saya berasa gembira kerana Yang Berhormat

4373 14 DISEMBER 1988 4374

Menteri Buruh berjaya dalam usahanya untuk memuaskan semua pihak yang terlibat iaitu pekerja­pekerja, majikan-majikan dan juga kesatuan-kesatuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat tabu Yang Berbormat Menteri telab pun mengadakan beberapa perjumpaan dan rundingan dengan pibak pekerja dan juga majikan sebelum dapat beliau mengemukakan pindaan-pindaan ini ke Dewan yang mulia ini. Dalam perjumpaan­perjumpaan dan perbincangan itu, saya fabam semua pibak yang terlibat dapat membincangkan segala aspek yang penting dengan secara detail sebingga tiap-tiap pibak itu menyatakan kepuasbatian mereka. Ini adalab satu usaba yang baik dan konkrit ke arab mencapai persetujuan dan perpaduan di antara pibak-pihak terlibat. Pihak-pihak yang terlibat itu berasa bangga kerana mereka ini dihormati dan diberi peluang berunding sebelum pindaan-pindaan yang berhubung dengan bidang­bidang kerja mereka itu diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila pindaan-pindaan dibuat kepada undang-undang yang sedia ada, maka Kerajaan tidak boleh memuaskan semua pihak yang terlibat 100%, mungkin ada pihak-pihak yang kurang puas. Saya merayu pihak-pihak yang kurang puas itu supaya terimalah pindaan-pindaan ini dengan ikhlas hati kerana pindaan-pindaan ini dibuat dengan tujuan yang ikhlas untuk membawa keharmonian perusahaan yang mana merupakan unsur yang penting untuk menarik pelabur­pelabur ke negara kita.

Pekerja-pekerja di negara kita tidak boleh dan saya rasa tidak patut mengikut cara-cara dan tektik-tektik yang diikuti oleh pekerja-pekerja di negara-negara Barat untuk membaiki keadaan pekerjaan mereka dan meninggikan lagi pendapatan mereka. Kita telah melihat beberapa

permogokan di negara-negara Barat· yang dilancarkan oleh pekerja-pekerja di negara-negara itu. Permogokan­permogokan itu telah melumpubkan ekonomi negara-negara itu serta juga menyebabkan beberapa kesulitan dan kerumitan kepada orang ramai. Adakah tindakan-tindakan begitu perlu di negara kita?

Saya berasa bangga kerana pekerja­pekerja kita di negara kita serta pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja negara kita adalah orang-orang yang sangat bertanggungjawab dan tidak mengikut jejak langkah pekerja­pekerja dan pemimpin-pemimpin di negara-negara Barat. Mereka turut berganding bahu dengan Kerajaan kita untuk meningkatkan produktiviti negara kita serta membangunkan ekonomi negara kita. Sikap bekerjasama dan memberi sokongan kepada Kerajaan oleh pekerja-pekerja serta kesatuan-kesatuan mereka adalah sangat penting kepada negara kita, lebih-lebih lagi negara kita kini dalam proses menjadi Newly Industrialised Country (NIC), dengan izin, dan tidak lama lagi negara kita akan ditempatkan dalam senarai NIC di rantau ini bersama-sama dengan negara-negara seperti Singapura, Jepun, Korea dan Taiwan. Sikap pekerja-pekerja dan kesatuan­kesatuan ini adalah satu perkara yang akan disanjung tinggi oleh masyarakat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Buruh kita mengumumkan bahawa pemogokan­pemogokan telah pun bertambah kurang di negara kita. Pencapaian ini dengan jelas menunjukkan bahawa pekerja-pekerja dan kesatuan-kesatuan mereka telah pun memainkan peranan yang constructive dan matang dalam pembangunan negara. Saya yakin majikan-majikan di negara kita akan sedar bahawa perubahan sikap pekerja-pekerja dan kesatuan-kesatuan ini akan meng­akibatkan pertambahan penge-

----- ---

4375 14 DISEMBER 1988 4376

luaran dan keuntungan yang lebih tinggi bagi perusahaan-perusahaan mereka. Akan tetapi dalam apa jua organisasi kita, kita terdapat segelintir orang yang sengaja menimbulkan kekacauan dan mengkritik Kerajaan. Saya cadangkan kepada Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap orang-orang yang kurang bertanggungjawab itu.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, adalah diingatkan kepada semua pihak yang terlibat bahawa pindaan kepada undang-undang sahaja tidak mencukupi dan tidak akan menjaminkan ketenteraman dalam sesuatu perusahaan dan meningkatkan produktiviti. Malah, apa yang perlu di dalam sesuatu perusahaan itu ialah sating hormat-menghormati dan persefahaman di kalangan pekerja­pekerja dan majikan-majikan. Tidak harus sesuatu pihak itu menggunakan pindaan-pindaan itu untuk menimbulkan masalah-masalah dan kerumitan-kerumitan di antara mereka. Kerajaan cuma boleh meminda undang-undang sesuai dengan edaran zaman untuk memberi perlindungan kepada pihak pekerja dan juga majikan. Adalah diharapkan bahawa pihak-pihak terlibat menguatkuasakan pindaan-pindaan itu dengan penuh tanggungjawab sepertimana dikehendaki oleh Kerajaan.

Dengan kata-kata itu, maka saya menyokong penuh Rang Undang­undang Kesatuan Sekerja 1988 ini. Sekian.

4.35 ptg.

Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia: Tuan Yang di-Pertua, dalam turut bersama membahaskan Rang Undang-undang pindaan kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959 ini, izinkan saya memulakan perbahasan dengan memperdengarkan kepada Tuan Yang

di-Pertua dan Dewan yang mulia ini tiga kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh tiga individu-individu yang berwajib mengenai dengan soal-soal perundangan buruh, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun ini sewaktu menjawab soalan­soalan daripada pemberita-pemberita, Yang Berhormat Menteri Buruh berkata, dengan izin:

"Labour is dynamic. The laws governing labour had to be reviewed from time to time to keep up with

· the tempo of development and to meet the challenges the future has installed for the nation."

Kenyataan yang kedua dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sewaktu membentangkan Belanjawan untuk tahun 1989 di mukasurat 31 dalam teks ucapan beliau yang diagih­agihkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kenyataan itu berbunyi seperti berikut, dengan izin, saya baca:

"Kerajaan akan mengkaji semula Undang-undang Buruh untuk mengurangkan kos pengeluaran. Selepas berunding dengan pihak majikan dan pekerja-pekerja, Kerajaan telah membentangkan pindaan-pindaan kepada Undang­undang Buruh di sessi Parlimen ini. Saya yakin bahawa pindaan-pindaan ini akan dapat membantu mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan persaingan dalam ekonomi, dan pada masa yang sama menjaga kepentingan buruh. Saya ingin menasihatkan semua pihak supaya mengawal kenaikan kos buruh. Sekiranya kos buruh ~eningkat tidak selaras dengan daya pengeluaran, daya persaingan akan terjejas dan pelabur-pelabur tidak akan berminat melabur di negara kita. Jika ini berlaku, sukarlah untuk mengurangkan kadar pengangguran."

4317 14 DISEMBER 1988 4378

Dan kenyataan yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, dibuat oleh presiden salah sebuah kesatuan sekerja yang terdapat di negara ini setelah beliau ditanya mengenai dengan pen­dapatnya. Apakah pendapatnya mengenai pindaan-pindaan kepada Undang-undang Buruh pada tahun ini. Beliau menjawab:

"The Government tends to think only of the interest of the employers and foreign investors and not enough for the workers .......... "

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan yang saya dapat daripada kenyataan­kenyataan ini adalah dua. Pertama, orang-orang yang berwajib yang mewakili Kerajaan dalam soal mengatasi masalah majikan-buruh mempunyai pandangan yang luas di mana dalam menggubal sesuatu dasar ataupun meminda sesuatu akta, bukan sahaja Kerajaan mementingkan hak buruh dalam hal ini, tetapi yang terutama dipentingkan ialah kepentingan negara, kepentingan negara itu adalah lebih penting daripada kepentingan sesiapa.

Kesimpulan yang kedua ialah dalam soal masalah majikan-buruh ini pemimpin-pemimpin Kesatuan Se­kerja, dalam soal mengatasi masalah, memandangnya daripada sudut pandangan yang sempit, di mana mereka· ini semata-mata mementingkan kepentingan segelintir masyarakat, yang juga boleh dipersoalkan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita menilai cara mengatasi masalah majikan buruh ini, tentu sekali rakyat yang faham, individu-individu yang berfikiran waras akan setuju bahawa cara Kerajaan itu adalah sebaik­baiknya cara untuk mengatasi segala permasalahan. Dan sebagai bukti yang telah kita dengar mulai daripada kelmarin, tidak ada yang saya dengar pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut membalas Akta ini, yang

menyatakan bahawa pindaan kepada Fasal-fasal yang terdapat di Akta ibu, yang tidak baik, semua mengatakan bahawa pindaan-pindaan itu baik-baik belaka untuk kepentingan Kesatuan­kesatuan Sekerja.

Sebentar tadi saya mendengar hujah daripada Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby, beliau sendiri pernah menjadi pemimpin Kesatuan Sekerja. Kalaulah sikap setiap pemimpin Kesatuan Sekerja dalam negara ini seperti sikap Yang Berhormat, saya rasa Kerajaan tidak perlu bertungkus­lumus untuk memindakan Akta dari satu masa ke satu masa, kerana kita tidak mempunyai masalah ini. Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak perlu untuk saya tnenyentuh dari Fasal ke satu Fasal mengenai dengan kebaikan pindaan ini, oleh kerana ianya telahpun disentuh oleh Yang Berhormat

·Senator Puan Ainon, Yang Berhormat Tuan G. Rajoo dan Yang Berhormat Tuan C Krishnan dan yang lain•lain.

Tuan Yang di-Pertua, pokoknya walau apapun tindakan Kerajaan, walau apapun tindakan Kerajaan dalam menggubal dasar-dasar undang­undang buruh atau meminda Akta­akta yang sedia ada, sudah mesti dan sememangnya ada sahaja pihak-pihak yang tertentu yang tidak berpuas hati. Bukan ahli-ahli Kesatuan Sekerja itu yang tidak bersetuju, ada pihak-pihak yang tertentu yang tidak bersetuju dan pihak-pihak ini Kerajaan sudah maklum, pihak-pihak ini rakyat sudah maklum dan mereka ini adalah orang­orang yang terdiri daripada golongan yang:

(i) mementingkan diri; (ii) golongan egoistik;

(iii) golongan opportunist; dan (iv) golongan idealist.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa saya berani katakan begitu? Saya berani katakan begitu oleh kerana kita tabu, kita terbaca di akhbar-akhbar, kita

4379 14 DISEMBER 1988 4380

den~r di televisyen, banyak pemtmpin-pemimpm Kesatuan Sekerja yang mementingkan diri. Dalam soal ini kalau sekiranya mereka mewakili kesatuan-kesatuan mereka ke forum-forum antarabangsa misal kata, mereka sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengutuk kepada negaranya sendiri, sanggup mencadangkan perkara-perkara negatif yang memudaratkan ekonomi negara Malaysia. Bukankah ini sikap mernentingkan diri? Jelas ..

Kedua, golongan yang bersifat egoistik, golongan ini mahu ikut kernahuan sendiri, oleh kerana dia itu Presiden sesebuah Kesatuan Sekerja, dia tidak kira dengan ekonomi negara, dia tidak kira dengan kemahuan­kernahuan ahli-ahli Kesatuan Sekerjanya, dia cuma ikut kemahuan kehendak dan pemikirannya sendiri, walaupun pemikiran itu salah, dan setiap apa sahaja tindakan Kerajaan untuk kebaikan juga dipandang sepi ataupun dipandang serong. Inilah sikap orang-orang egoistik.

orang-orang opp?rtunist pula bersikap extrerntst. Dalam memperjuangkan ahl,i-ahli mereka, mereka seringkali bersikap extremist, keterlaluan membuat perrnintaan yang mereka sendiri tabu bahawa itu tidak mungkin akan diberi oleh Kerajaan oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Walau bagaimanapun, mereka juga meneruskan permintaan yang bukan-bukan. Mereka ialah opportunists oleh kerana dengan berbuat demikian, mereka akan dianggap "heroes" oleh ahli-ahli kesatuan Sekerja yang tidak faham dengan kedudukan yang sebenarnya, dan dengan itu dalam setiap pemilihan dalam Kesatuan sekerja itu individu­individu ini sudah tentu akan menang.

Golongan keempat ialah golongan idealist.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tabu apa perkataan "idealist" itu. Golongan ini setiap hari bermimpi dengan perkara-perkara yang bukan­bukan, tidak apa kalau .impian itu tidak mendiitangkan kemudaratan kepada ekonomi negara, t~tapi· .kalau impian itu .. mendatangkan kemudaratan kepada eko1,1omi negara, saya rasa pihak Kerajaan terutama sekali, saya mencadangkan kepada Kementerian Buruh supaya tidak memperdulikan kepada mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat­sangat kesal setelah membaca satu buku terbitan lnsan yang berjodol "Kesatuan Sekerja untuk Pekerja­pekerja Malaysia". Kalau kita baca buku ini dan secara yang sebenar, sudah tentu kita akan terpengaruh oleh buku ini. Buku ini isinya menggambarkan bahawa dalam segala tindak-timduk untuk memper­tingkatkan kebaikan dalam soal permasalahan majikan dan buruh dianggap semuanya itu tidak ada; dan yang menonjol sekali tuduhan itu ialah, dengan izin, ada empat:

Pertama, bahawa .. kongo-konon pekerja-pekerja di .. Malaysia .. di.upah rendah. Dia membuat, kenyatailn di sini, bahawa upah yang diterima oleh pekerja Malaysia puratCJ. rendah. Mengikut Bank Duqia . untuk memenuhi keperluan asas minima dan untuk hidup di atas garis kemiskinan, pendapatan bulanan sebanyak $33 seorang perlu pada tahun 1970 dan pada tahun 1980an, kira-kira $400 mencukupi untuk seisi rumah yang mungkin mempunyai sais purata 5.4 orang. Dan juga ditekankan di sini bahawa setakat ini masih belum terdapat dasar upah mmtma di Malaysia dan berjuta-juta pekerja masih menerima · upah kurang daripada $400 sebulan. Ini mencerminkan bahawa berjuta-juta orang dalam Malaysia ini yang masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan.

4381 14 DISEMBER 1988 4382

Adakah kenyataan ini betul atau tidak. Searif-arifnya saya mengenai perkara ini, saya rasa lebih lagi arif Menteri yang berkenaan. Tetapi apa yang saya dengar sewaktu menggulung perbahasan, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam menyatakan bahawa dalam tahun 1970 kadar kemiskinan dalam bandar Semenanjung Malaysia 21%. Tetapi dalam tahun 1987 1\adar kemiskinan sudah menurun kepada 8%. Siapa yang benar? Kalau kadar kemiskinan menurun kepada 8% dalam bandar dan kita juga tabu bahawa kebanyakan pekerja-pekerja itu tinggal dalam bandar ini bermakna membuktikan cuma 8% orang-orang sahaja tinggal di bawah paras kemiskinan. Maka dalam pendapat saya, daripada fakta-fakta yang saya dengar, tuduhan ini adalah tidak betul. Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik ke situ, minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang kedua, keadaan kerja teruk. Dia kata di sini pekerja adalah kos pengeluaran utama yang banyak mempengaruhi kadar keuntungan. Oleh itu perbelanjaan untuk pekerja-pekerja harus dijimatkan sebanyak mungkin oleh kerana kapitalis-ia gunakan perkataan kapitalis untuk mene­kankan bahawa perkara ini adalah serius-oleh kerana kapitalis ingin menjimatkan perbelanjaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja jarang ~ipatuhi sepenuhnya.

Tuduhan yang ketiga, tiada jaminan kerja. Ditekankan di sini bahawa hak pekerja tidak terjamin untuk para pekerja dan di bawah Undang-undang Buruh yang ada pekerja mudah diberhentikan ataupun dibuang kerja. Bila harga tinggi pengeluaran meningkat dan lebih ramai pekerja diperlukan tetapi bila harga jatuh pengeluaran dikurangkan dan ramai akan kehilangan pekerjaan.

Tuduhan yang keempat yang menonjol ialah undang-undang adalah

anti pekerja. Undang-undang jarang digubal dan dikuatkuasakan demi kebajikan dan perlindungan rakyat jelata tetapi biasanya hanya sesuai dengan kepentingan pihak berkuasa serta pelabur tempatan dan asing.

Banyak lagi tuduhan-tuduhan. Ini adalah tuduhan yang menonjol yang saya rasa harus dijawab.

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi sesiapa individu yang tidak faham dengan kedudukan yang sebenar dan terbaca buku ini, sudah tentu mempunyai kesan yang negatif. Untuk Kerajaan, untuk kita yang faham, untuk Kementerian Buruh, kesannya tidak ada apa-apa tetapi kesannya untuk rakyat biasa yang saya rasa amat buruk sekali.

Maka dalam soal ini Kerajaan harus mengambil perhatian serius dengan perkara-perkara yang tercatat dalam buku ini, Kerajaan, terutama sekali dengan Kementerian Buruh harus buat penjelasan kepada rakyat. Kalau kita tengok daripada segi undang­undang memang tuduhan-tuduhan yaog kita dapati dalam buku ini adalah cuma tinggal tuduhan sahaja kerana tuduhan itu adalah satu soal dan membuktikannya adalah soal lain. Tuan Yang di-Pertua, tetapi dalam permainan politik, dengan izin, saya gunakan bahasa lnggeris, dalam permainan politik, "politics works on rumours," bermakna politik itu berki~ar kepada berita-berita angin, politik itu bergolak dengan cerita-cerita yang kita dengar di kedai kopi.

Maka saya rasa tujuan kita membahaskan Rang Undang-undang ini bukan semata-mata tujuan untuk legal aspectnya, tujuan kita yang utama ialah political aspectnya. Kalau itu tanggapan yang benar maka saya cadangkan kepada Menteri Buruh supaya mengatasi masalah-masalah dan tuduhan-tuduhan ini dan cadangan saya untuk mengatasi masalah-masalah ini kalau sekiranya

4383 14 DISEMBER 1988 4384

belum dilakukan oleh Kementerian ialah melalui risalah. Kalau Insan misalnya boleh membuat satu buku berbentuk begini, menyebarkan tuduhan-tuduhan yang boleh memesongkan pemikiran rakyat, tidak ada sebab kenapa Kementerian Buruh tidak boleh buat risalah-risalah seperti ini untuk memberi penerangan kepada rakyat. Maka buatlah "counter propaganda" melalui risalah-risalah dan risalah-risalah ini kita akan beri secara percuma. Tempatkan risalah ini di tempat-tempat di mana banyak ahli­ahli kesatuan sekerja supaya mereka faham kedudukan yang sebenar, supaya mereka faham kehendak dan matlamat negara dalam menggubal sesuatu dasar.

Kedua, kalau juga belum dibuat, buatlah propaganda-propaganda melalui seminar di mana penganjur seminar ini ialah Kementerian Buruh, mungkin peserta-peserta seminar ialah ahli-ahli kesatuan sekerja dan majikan-majikan yang terkemuka.

ketiga, melalui drama-drama dalam televisyen dan radio. Seringkali kita nampak setiap minggu ada Drama Minggu Ini. Apa salahnya kalau misal kata Drama Minggu Ini kita selitkan juga dengan perkara-perkara polisi Kerajaan seperti apa yang kita dapati di Indonesia di mana untuk menerangkan matlamat Kerajaan dalam dasar pertanian ada drama­drama yang bercorak ini. Kenapa dalam Malaysia kita tidak boleh buat?

Keempat, melalui media massa. Penerangan juga perlu saya rasa, terutama sekali di surat-suratkhabar yang mempunyai seksyen atau bahagian Business, matlamat Kerajaan yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab kepada tuduhan-tuduhan yang terkandung dalam buku ini, saya mengambil kesimpulan bahawa semua yang tertulis di sini adalah tidak benar belaka, oleh kerana dalam tuduhan

misal kata bahawa upah buruh terlalu murah dan berjuta-juta rakyat kita masih hidup di bawah paras kemiskinan. Sememangnya keadaan ini Kerajaan sudah sedar; kalau sekiranya Kerajaan tidak sedar dengan perkara ini takkan Dasar Ekonomi Baru itu digubal.

Dasar Ekonomi Baru telahpun berjalan selama 3 dekad. Dan sebentar tadi saya sudah sebut bahawa menurut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kadar kemiskinan di bandar sekarang sudah menurun daripada 21%, kalau tidak silap saya dalam tahun 70an dan dalam 1987 sudah 8%. Dan baru-baru ini· untuk mengatasi soal kemiskinan ini yang disebut oleh buku ini, Kerajaan juga telah menggubal satu dasar lagi, dasar yang diberi nama (PIP) ataupun Pelan Induk Perindustrian. Apa tujuan Kerajaan menggubal dasar Pelan Induk Perindustrian? Dengan izin, saya ingin membaca satu buku yang diberi nama "Malaysia Isu-isu Pembangunan". Menurutnya di sini, Kerajaan telah menetapkan beberapa objektif pembangunan sektor perindustrian negara dalam tempoh 1986 hingga 1995. Tujuannya ialah di antara lain:

(i) untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan sektor per­industrian bagi menentukan pengembangan ekonomi yang pesat, berterusan serta menyediakan asas bagi memenuhi objektif-objektif sosial yang selaras dengan Dasar Ekonomi Baru;

(ii) untuk mengembangkan peluang penggunaan maksima dan cekap kekayaan somber­somber alam semula jadi negara;

(iii) membina asas bagi melancar­kan negara ke arab sebuah negara perindustrian yang maju dengan meningkatkan kepakaran teknologi dan daya

4385 14 DISEMBER 1988 4386

pertandingan tempatan dan penekanan utama strategi­strategi tersebut ialah ke atas pendekatan perindustrian ber­orientasikan eksport.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan menggubal dasar ini semua adalah kepentingan, untuk rakyat yang miskin. Kerajaan menggubal PIP dalam 1985 dengan tujuan supaya apa yang dituju oleh buku ini akan boleh diatasi. Dalam buku Asas Pembangunan Ekonomi Negara, hasil karya Dr Azhari digariskan 4 sebab kenapa sesebuah Kerajaan yang baru itu mahu menjadi negara yang maju,

· negara perindustrian. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Dia kata di sini mempunyai 4 sebab:

(i) negara mahu self-sufficient, dengan izin, berdikari dalam soal ekonomi;

(ii) wang berjuta-juta untuk membeli barangan luar negeri yang kita tidak mampu untuk keluarkan pada masa ini akan terselamat;

(iii) sumber pekerjaan, peluang­peluang pekerjaan yang banyak akan boleh dinikmati oleh pekerja-pekerja buruh. Ini membasmi pengangguran;

(iv) bahan-bahan hasil bumi seperti pertanian dan sebagainya boleh diproses secara hiliran dan ini akan menambahkan lagi harga komodi~i-komoditi yang kita keluarkan.

Dan untuk menjadi sebuah negara yang maju banyak syarat-syarat yang harus ditempuhi oleh Kerajaan. Syarat utama ialah Kerajaan terpaksa membina infrastruk­tur yang hebat, jalan raya­jalan raya yang cantik, sistem telekomunikasi yang tidak ada kecacatan. Ini menelan belanja yang beratus-ratus

juta. Bukankah ini me­nandakan bahawa Kera­jaan kita sekarang 1m mementingkan soal orang­orang miskin?

Tuan Yang di-Pertua, kalau matlamat PIP ataupun Pelan Induk Perindustrian ini tercapai apa kebaikannya, mungkin kita bertanya apa kebaikannya? Kerana ini bermakna kalau sudah kita mencapai taraf negara industri baru seperti Singapura, Hongkong, Korea dan sebagainya, bermakna pendapatan perkapita mencapai US$1,100 dan sumbangan sektor pembuatan pula perlu melebihi 20% KDNK negara ini. Maknanya kalau misal kata cita-cita dan hasrat Kerajaan untuk menggubal dasar PIP ini tercapai, maka tidak adalah orang-orang kita terutama sekali buruh yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya membaca kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Ucapan Belanjawannya mengenai dengan soal permasalahan buruh dan ma.iikan. Iaitu menurut beliau, kalau kos buruh turun, kita boleh bersaing dalam ekonomi, pelabur asing tertarik. Tetapi saranan seperti ini tidak diterima oleh golongan-golongan yang saya sebut tadi itu kerana mereka mahu juga gaji ataupun upah pekerja­pekerja kilang dan tempat-tempat lain yang seumpama itu harus diper­tingkatkan melebihi $400.00 tiap-tiap sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau pendapat pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja, kita turuti bermakna kita bersetuju dengan cadangan ini, saya rasa kita akan bercanggah dengan satu falsafah yang saya fikir, Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini tahu, falsafah yang berbunyi "biar kita kalah dalam satu pertempuran kecil, asalkan kita menang dalam peperangan yang besar". Maksudnya, kalaulah sekiranya kita tidak turut kehendak

4387 14 DISEMBER 1988 4388

sebilangan pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja mungkin kita akan mendapat kritikan seperti apa yang kita dapati sekarang melalui buku ini dan kalau misal kata Menteri berkenaan tidak dapat mengulas tuduhan-tuduhan di sini mungkin mempunyai akibat politik negatif terhadap Kerajaan dan itu mungkin kita kalah dalam satu soal pertempuran yang kecil oleh kerana kita tidak dapat meninggikan gaji pekerja-pekerja buruh. Tetapi insya Allah, saya rasa kalau kita tidak turuti kehendak mereka ini walaupun kita kalah dalam soal pertempuran kecil ini, kita akan menang dalam peperangan besar dan dalam konteks ini peperangan besar untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi negara iaitu matlamat Dasar Ekonomi Baru dan Pelan Induk Perindustrian akan tercapai. Kerana kalau tercapainya itu, bermakna kita akan menang dalam peperangan yang besar dan insya Allah ini akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, dalam buku ini telah juga dinyatakan bahawa dalam menggubal sesuatu dasar mengenai dengan permasalahan majikan-buruh, Kerajaan tidak menyebelahi kepada pekerja, walaupun majikan itu menindas pekerja-pekerja, Kerajaan membuta tuli tidak mahu dengar dan saya rasa tuduhan ini adalah tidak benar, tidak benar sebab saya ada terbaca satu buku Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia yang menyentuh tentang soal penindasan. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, menurut buku ini, soal penindasan yang dikatakan majikan menindas kaum pekerja, Kerajaan telah membuat sesuatu iaitu di bawah Seksyen 5 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dan di sini disenaraikan bahawa majikan tidak boleh melakukan mana-mana daripada yang berikut, dan mana­mana yang berikut itu bermakna soal penindasan iaitu:

(i) majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat dalam kontrak perkhidmatan yang menyekat hak seseorang untuk memasuki kesatuan sekerja atau untuk terus menjadi anggotanya; (Sudah ada peruntukan).

(ii) enggan untuk mengambil kerja mana-mana orang atas alasan dia adalah anggota atau dia bukan anggota atau seorang pegawai kesatuan sekerja;

(iii) membeza-bezakan mana-mana orang berkaitan dengan pekerjaan, kenaikan pangkat, apa-apa syarat pekerjaan atau keadaan kerja atas alasan­alasan yang sama seperti yang dinyatakan dalam perenggan (b).

Disenaraikan di sm1 tindakan­tindakan yang boleh dikira menindas Kerajaan telah mempersetujui semua itu. Dan sekiranya soal penindasan itu dibawa ke mahkamah, mahkamah bersikap simpati dengan pekerja kerana dalam satu kes Wong Hun Iwn. Kesatuan Kebangsaan pekerja­pekerja Lombong Malaysia. Tribunal Timbangtara Perusahaan yang mendengar kes itu berpendapat demikian, dengan izin, saya bacakan:

"Telah diterima dalam bidang Undang-undang Perushaan bahawa kegiatan kesatuan dan rundingan bersama adalah hak pekerja­pekerja perusahaan dan sesuatu perintah pemecatan yang berdasarkan kepada kebencian majikan terhadap segala aktiviti tersebut adalah salah di sisi undang­undang dan mesti dimansuhkan kerana ia adalah perbuatan penindasan."

Penindasan dalam satu aspek, tetapi dari itu timbul satu persoalan lagi, Tuan Yang di-Pertua. Dalam membawa kes penindasan itu ke mahkamah, orang-orang yang

4389 14 DISEMBER 1988 4390

menuduh bahawa dia itu kena tindas, kena bagi bukti-bukti yang jelas. Misal kata bila si "A" mengadu nasibnya di mahkamah bahawa dia kena tindas oleh majikannya si "B". Si "A" tadi terpaksa mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan ini adalah diakui bahawa bukti-bukti yang jelas sukar untuk didapati tetapi dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, mahkamah .iuga bersikap simpati dengan peketja kerana dalam satu kes yang diberi nama kes Kesatuan Pekerja Kenderaan Persekutuan Tanah Melayu Iwn. Syarikat Kenderaan Sri Jaya Sdn Bhd, mahkamah berpendapat seperti begini, dengan izin:

"Mahkamah sememangnya tidak boleh menerima tuduhan penindasan tanpa bukti-bukti yang jelas, tetapi sebagai mahkamah keadilan sosial, mahkamah adalah terikat untuk membuat pertimbangan yang sepatutnya kepada kemungkinan berlakunya penindasan."

"Kepada perkara berlakunya penindasan"-ini bermakna si pekerja tadi tidak perlu untuk mengutarakan bukti-bukti yang jelas. Kalau hakim mahkamah itu berpendapat bahawa ada kemungkinan bahawa pekerja ditindas, maka si majikan dipersalahkan.

Tuan Yang di-Pertua, dari semua apa yang saya bentangkan sebentar tadi, saya rasa pendapat-pendapat pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, saya tekankan pemimpin­pemimpin kesatuan sekerja, bukan ahli-ahlinya, adalah tidak benar dan kalau Kerajaan terutama sekali Kementerian Buruh berdiam diri mengenai dengan perkara 1m, mungkin ianya dianggap benar kerana ada ungkapan orang putih yang mengatakan bahawa "silence means consent", berdiam diri itu mungkin ditafsirkan kita bersetuju dengan itu.

Dan kesimpulan yang kita dapat daripada apa yang saya bentangkan

sebentar tadi, Kerajaan sama sekali tidak menyebelahi kepada sesiapa dalam soal permasalahan majikan­buruh kerana Kerajaan berpendapat bahawa majikan dan buruh itu adalah bahan utama untuk membuat kuih besar negara, dalam konteks ini ekonomi yang akan diagih-agihkan kepada rakyat. Dengan adanya Undang-undang Buruh yang begitu banyak dan dengan adanya pindaan­pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan _ini sentiasa peka dan sensitif terhadap permintaan-permintaan kaum buruh, sesuai dengan keadaan semasa dan saya fikir mungkin ada perkat:a­perkara yang tidak dapat diawasi oleh Kerajaan. Tetapi, Tuan Yang di­Pertua, saya rasa itu tidak harus dibuat sebagai isu yang besar kerana kita semua tabu bahawa bumi mana yang tidak timpa hujan, laut mana yang tidak bergelora, manusia mana yang tidak ada salah dan Kerajaan mana yang boleh mengawasi segala-gala?

Saya berpendapat bahawa setakat ini Kerajaan dengan sedaya upaya telah mencuba untuk mengatasi segala permasalahan yang ada di antara majikan dan buruh. Dan dalam soal ini, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di samping kesatuan sekerja itu harus mempunyai tanggungjawab kepada Kerajaan, dalam konteks ini ekonomi negara, saya rasa majikan juga harus bertanggungj awab kerana dalam tuduhan-tuduhan yang saya sebutkan tadi yang kita dapat dalam buku ini yang dituduh ialah Kerajaan dan majikan, seolah-olah Kerajaan dan majikan-kapitalist itu bersyubahat. Kita tidak mahu ini. Kita mahu majikan-majikan juga harus membuat perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dalam soal permasalahan buruh dan majikan ini.

Kalau kita tengok di negara Jepun umpamanya, ekonominya kukuh. Soal-soal seperti yang kita bincimgkan dalam Dewan yang mulai ini mengenai

4391 14 DISEMBER 1988 4392

dengan soal-soal permasalahan majikan-buruh tidak timbul. Kalau pun timbul ianya tidak ketara. Dan saya di sini bukanlah berhasrat untuk mengajar majikan-majikan, tidak; kerana takkan saya boleh mengajar itek berenang. Tetapi kadangkala, Tuan Yang di-Pertua, itek itu kalau terlampau kenyang dia lupa di mana air.

Dalam buku "Bukan Kerana Periuk Nasi Sahaja" basil karya Konosuki Matsushita, Presiden Firma-firma Perkakas Elektrik yang paling disegani di dunia, dia mempunyai pendapat; dan yang cuma saya boleh petik di sini adalah tiga. Menurut beliau untuk mengatasi soal-soal permasalahan di antara majikan dan buruh, ada tiga yang harus di buat, menurut pengalamanya. Pertama, percaya kepada kakitangan. Dan kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin perdengarkan kepada Tuan Yang di­Pertua dan Dewan ini; menurut beliau, jenis saya ialah mereka yang berunding dengan kakitangan dan meminta kebijaksanaan mereka. Saya telah mendapati bahawa pada amnya orang lebih sedia bekerja sama jika anda memperolehi nasihat mereka dibanding dengan kalau anda cuba menyuruh mereka bagaimana membuat segalanya.

Suatu perhatian yang telah saya buat sepanjang masa ini ialah bahawa syarikat di mana pengurusan mempercayai dan memuji pekerjanya lazimnya adalah berjaya. Sebaliknya, bila Presidennya adalah jenis yang selalu bersungut tentang ketidakceka­pan kakitangan, syarikat itu sendiri biasanya adalah dalam kesusahan. Sikap "saya lebih pintar dari awak", yang ada pada diri orang atas, (maksudnya pengurusan) · boleh mengakibatkan kerugian segala perniagaan. Sebaliknya, suatu perasaan rendah diri yang benar akan memberinya peluang yang besar sama ada nyata atau tidak nyata. ltu percaya kep~da kakitangan.

Kedua, ada matlamat jelas selain daripada mendapat keuntungan. Maksudnya di sini majikan-majikan disamping mahu mengaut keuntungan mesti mempunyai matlamat ini harus diterangkan kepada pekerja­pekerjanya. Tiap-tiap syarikat tidak kira berapa kecil pun patut mempunyai matlamat yang jelas selain daripada matlamat mendapat keuntungan. laitu tujuan yang memberi makna kepada peng­wujudannya di antara kita. Bagi saya matlamat seperti itu merupakan satu pemesongan; suatu matlamat sekular kepada dunia. Jika Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai matlamat ini, dia boleh memberitahu kakitangannya apa syarikat itu hendak capai dan menerangkan tujuan dan ideanya. Dan jika kakitangan faham bahawa mereka bekerja bukan untuk periuk nasi sahaja maka mereka akan digerak untuk bekerja bersama-sama dengan lebih kuat lagi ke arab pencapaian matlamat yang sama. Dalam proses ini mereka akan belajar lebih banyak lagi daripada apa yang boleh dicapai jika objektif mereka hanya dihadkai:J. kepada tanggagaji.

Dan ketiga yang dicadangkan di sini mesti ada perhubungan terbuka. Saya rasa sudahpun diperjelaskan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Perhubungan terbuka di antara pekerja dan pengurusan. Begini pendapat Konosuki Matsushita: "saya fikir harmoni penting dalam usaha niaga. Tanpa hubungan berharmoni di antara kakitangan dan di antara buruh dan pengurusan adalah mustahil untuk membina satu tab:ung kebajikan bersama dan menggunakannya dengan berkesan." "Satu tabung kebajikan bersama", dia bukan maksudkan duit. Dia maksudkan kepentingan kepada negara. "Satu cara sesuatu syarikat boleh mencapai harmoni ialah memastikan pengaliran perijubungan yang tidak putus dari atas ke bawah . dan sebaliknya. Jika pemikiran Presiden tidak disampaikan kepada

4393 14 DISEMBER 1988 4394

kakitangannya, syarikatnya tidak akan berjalan dengan licin atau dengan efisyen. Dan jika aspirasi dan idea kakitangan tidak disampaikan kepada pengurusan asas, syarikat itu mengalami lebih banyak lagi kerumitan."

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah pendapat seorang Presiden syarikat yang disegani dalam dunia. Dan kalau kita bandingkan ekonomi negara Jepun itu dengan mana-mana sahaja negara yang membangun dalam dunia ini, kita terpaksa membuat satu kesimpulan bahawa benar, memang benar industri Jepun itu adalah satu daripada industri yang paling kukuh. Dia kukuh bukan kerana dia mempunyai undang-undang seperti undang-undang yang kita ada, tidak. Dan saya bersetuju dengan pendapat seorang pemimpin kesatuan sekerja juga, dengan izin, dia kata "legislation per se does not lead to better employer-employee relations. Laws can provide guidelines but to promote industrial harmony employers must consider workers as partners". Ini apa yang dijelaskan dalam buku ini. Dan kalau ini sudah keluar daripada mulut pemimpin kesatuan sekerja, cuma ini sahaja permintaan mereka; dan kalau ini dapat ditunaikan Kerajaan tidak perlu dipertanggungjawabkan dengan soal remeh-temeh misal kata mengubah segala perkataan yang sudahpun difahami kepada perkataan yang lebih lagi difahami.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata­kata yang sedemikian, saya mohon menyokong usul ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Jika tidak ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berbahas, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

5.28 ptg.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed):

Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu ingin merakamkan di sini penghargaan dan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Senator­senator yang telah membahaskan Akta ini iaitu Akta Kesatuan Sekerja yang dibentangkan oleh saya beberapa hari yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan pindaan Akta ini ialah Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin, Yang Berhormat Senator G. Rajoo, Yang Berhormat Senator C. Krishnan, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih, Yang Berhormat Senator V. K. Sellapan, Yang Berhormat Senator Hassan bin Nam, Yang Berhormat Senator P. Balaram dan yang terakhir sebentar tadi Yang Berhormat Tuan Pendikar Amin bin Haji Mulia. Dalam perbahasan ini tiga perkara yang saya perhatikan untuk makluman Dewan ini; yang pertama ialah semua Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyentuh kebanyakan fasal-fasal yang penting di dalam pindaan Akta ini. Jadi oleh itu setengah bahagian daripada fasal-fasal ini telah disentuh oleh beberapa orang Yang Berhormat. Oleh itu untuk tujuan penjelasan saya hanya akan jelaskan tentang fasal itu yang juga merangkumi penjelasan kepada beberapa Yang Berhormat yang telah membangkitkan soal yang sama.

Yang keduanya, semua Yang Berhormat Senators yang telah berucap menyokong penuh pindaan Akta ini dan saya mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Buruh kerana memang pindaan yang telah kita bentang dan kita bawa ke dalam Dewan yang mulia ini adalah merupakan pindaan-pindaan yang perlu dan penting untuk menyesuaikan dengan keadaan masa demi kepentingan pekerja, majikan dan negara.

Ketiganya, saya perhatikan juga perkara-perkara yang dibawa oleh

4395 14 DISEMBER 1988 4396

Ahli-ahli Yang Berhormat tidak terhad kepada Akta Kesatuan Sekerja yang saya bentangkan ini tetapi telah juga membawa perkara-perkara lain ataupun perkara-perkara umum yang menyentuh Jabatan-jabatan lain dan bukan Jabatan Pendaftar Kesatuan Sekerja. Misalnya, perkara-perkara yang telah dibawa menyentuh secara umum bidang-bidang Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Buruh, Jabatan Kilang dan Jentera dan lain-lain jabatan di bawah Kementerian Buruh ini.

Sukacita saya memberi makluman kepada Dewan ini Kementerian Buruh ada membawa dua lagi pindaan Akta yang berkaitan iaitu pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kerja yang mana sebahagian daripada ucapan yang telah dibuat oleh Ahli­ahli Yang Berhormat menyentuh Akta-akta yang berkaitan. Walau bagaimanapun, bahan-bahan perbincangan ataupun saranan-saranan daripada Ahli-ahli yang Berhormat itu saya telah mengambil catatan dan ingatan. Perkara-perkara yang boleh kita atasi kita akan mengatasinya dengan seberapa segera yang mungkin dan cadangan-cadangan yang baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan mengambil perhatian yang serius dan dari masa ke semasa pada masa yang akan datang kita akan mengadakan penyesuaian kepada Akta-akta ini bagi mencapai cita-cita yang baik itu.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya seperti yang saya sebutkan tadi tidak mengulas kesemuanya kerana sebahagian besar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah bercakap atas Fasal yang sama. Oleh sebab itu saya akan menyentuh mengikut Fasal dan seberapa yang boleh saya akan menyebutkan nama Yang Berhormat yang telah berucap pada Fasal itu. Kalau saya tidak sebut nama Yang Berhormat yang berkenaan, janganlah berasa hati kerana maksudnya serupa iaitu Fasal

yang sama dibincangkan, mungkin saya tercatat di sini seorang atau berdua sahaja Ahli Yang Berhormat yang menyentuh.

Fasal 2 telah disentuh oleh Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin dan juga Yang Berhormat Senator Haji Hamid Araby dengan panjang Iebar. Fasal 2 ini adalah bertujuan mengubahsuaikan takrif "Trade Union" untuk menjelaskan bahawa Kesatuan-kesatuan Sekerja di antara lain perlu juga menekankan soal peningkatan produktiviti dan taraf ekonomi dan sosial pekerja dalam menjalinkan hubungan perusahaan di antara pekerja dan majikan.

Disini saya ingin menjelaskan bahawa soal peningkatan produktiviti ini adalah perkara yang penting yang biasanya dilupakan oleh kebanyakan Kesatuan Sekerja. Peningkatan produktiviti ataupun daya keluaran akan mengurangkan kos pengeluaran. Pengurangan kos pengeluaran ini akan menambahkan keuntungan syarikat atau perniagaan dan keuntungan syarikat ini akan mengembangkan syarikat itu dan seterusnya membolehkan syarikat ini mem­beri gaji ataupun kemudahan perkhidmatan yang lebih baik kepada pekerja-pekerjanya. Apa yang dinampak oleh kebanyakan Kesatuan Sekerja yang saya perhatikan hanya dengan meminta kenaikan gaji ataupun mengadakan tekanan­tekanan tertentu supaya majikan memberi faedah yang lebih baik. Perkara bagi meningkatkan produk­tiviti ini tidak berapa ditekankan.

Jadi sebab itulah dalam Akta ini kita telah menjelaskan lagi bahawa peranan Kesatuan Sekerja itu di antara lain hendaklah ditekankan kepada peningkatan produktiviti kerana ini penting. Maknanya, peningkatan produktiviti ini adalah satu cara yang sangat baik untuk memperjuangkan hak pekerja-pekerja mendapatkan gaji yang lebih, kerana ianya secara otomatik. Seperti saya

4397 14 DISEMBER 1988 4398

sebutkan tadi berlakunya peningkatan produktiviti oleh pekerja-pekerja akan mengurangkan kos pengeluaran dan akan menyebabkan syarikat mendapat keuntungan dan pembasmian syarikat. Itu sebab kalau kita lihat syarikat-syarikat yang maju dan besar dalam negeri kita atau di mana sahaja di dunia ini, mereka boleh memberikan tawaran gaji dan faedah perkhidmatan yang lebih baik kepada pekerja-pekerja mereka berbanding dengan syarikat-syarikat yang tidak maju. Ini buktinya.

Itulah Fasal 2 ini, yang telah disokong oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan yang telah kita memperjelaskan lagi dalam pindaan ini, sebenarnya adalah sangat baik tujuannya dan kita menyeru kepada semua Kesatuan-kesatuan Sekerja supaya mengambil ini sebagai satu ingatan yang baik kepada mereka.

Selain daripada itu, Fasal 2 iaitu berkenaan dengan objektif Kesatuan, Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin menyentuh tentang ter­dapatnya Kesatuan-kesatuan Seker­ja yang ditubuhkan bukan sahaja untuk kepentingan pekerja tetapi juga tujuannya ialah untuk dijadikan satu batu loncatan ataupun satu medan untuk berjuang di bidang yang lain, misalnya di dalam bidang politik dan sebagainya.

Dalam perkara m1 suka saya menjelaskan bukan sahaja kepada Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin tetapi juga kepada Yang Berhormat Senator-Senator yang lain juga yang telah membangkitkan kebimbangan dalam soal ini. Akta ini pada masa 1m adalah memadai peruntukannya yang melarang pemegang-pemegang jawatan utama dalam parti-parti politik memegang jawatan dalam Kesatuan Sekerja dan juga Akta ini tidak membenarkan Kesatuan-kesatuan Sekerja m1 digunakan sebagai badan-badan politik. Ini adalah kerana asas kebenaran kita bagi mereka

menubuhkan Kesatuan Sekerja adalah untuk membela nasib pekerja dengan harapan perhubungan perusahaan yang harmoni di antara majikan dan pekerja terjalin dan jika mereka menggunakan Kesatuan ini untuk tujuan yang selain daripada itu, maka Kementerian ataupun Pendaftar akan mengambil tindakan yang bersesuaian.

Selain daripada itu, Senator Ainon Ariffin ada menyentuh tentang Fasai 3 dan 4. Berkenaan dengan Fasal 3 iaitu gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja, perkara ini juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Senator Hassan Nam, Yang Berhormat Senator Haji Hamid Arby dan juga Senator Rajoo.

Sukalah saya menjelaskan bahawa gelaran Pendaftaran Kesatuan Sekerja yang ada sekarang memberi gambaran bahawa fungsi dan tanggungjawab Pendaftar ialah mendaftar Kesatuan Sekerja sahaja. Yang sebenarnya pendaftaran Kesatuan Sekerja hanya merupakan sebahagian kecil daripada fungsi dan tanggungjawab Pendaftar Kesatuan Sekerja. Beliau ditugaskan untuk mengawal, mengarah dan menyelia segala aktiviti atau perkara berkaitan dengan Kesatuan Sekerja di seluruh Malaysia. Oleh itu pertukaran gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada gelaran Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja ialah bermaksud untuk mencerminkan dengan tepat fungsi dan tanggungjawab yang tersebut. Ini sebagai penjelasan mengenai Fasal 3 ini.

Fasai 4 pula seperti yang saya telah jelaskan semasa membentangkan Rang Undang-undang ini. Tujuan pindaan di bawah Fasal 4 ialah untuk mengelakkan keadaan di mana ada dua buah kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja yang sama, keadaan seumpama ini akan menimbulkan masalah persaingan di antara kesatuan sekerja dan persaingan antara kesatuan sekerja ini adalah tidak sihat merriandangkan

4399 14 DISEMBER 1988 4400

tujuan penubuhan kesatuan sekerja itu adalah untuk mewujudkan perhubungan perusahaan yang baik di antara majikan dan juga pekerja. ltu penjelasannya berkenaan dengan Fasal 4 ini.

Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin juga ada menyentuh dan membuat saranan mengenai memerangi najis dadah. Saya ingin menyatakan bahawa sesebuah kesatuan sekerja seperti institusi sosial yang lain memang patut mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk membasmi najis dadah ini adalah merupakan satu penyakit yang besar bagi negara ini dan membawa kesan yang buruk. Walau bagaimanapun, objektif ini iaitu pembasmian najis dadah ini boleh dicapai tanpa kita membuat apa-apa pindaan kepada undang-undang. Cuma yang kita perlu tekankan di sini ialah usaha-usaha bersama di antara kesatuan, majikan dan orang ramai perlu diadakan dengan lebih luas lagi untuk memerangi penyalahgunaan dadah ini.

Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin juga telah membangkitkan masalah-masalah pengaduan tentang penindasan kepada pekerja-pekerja oleh majikan, kata Yang Berhormat tersebut terutamanya wanita dengan cara halus. Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya ingin mohon mendapat daripada Yang Berhormat satu pengaduan yang khusus berkenaan dengan perkara ini kerana ia menyentuh 5, 6 perkara seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat itu dan Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Buruh akan mengambil tindakan yang sesuai dengan Akta dan apa-apa juga bantuan yang kita boleh beri kita · akan berikan demi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Senator Ariffin ini.

Lain-lain perkara yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Senator terse but, seperti yang saya sebut, telah

saya catat dan kita akan mengambil tindakan yang bersesuaian.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator G. Rajoo mengesyorkan supaya wang kesatuan digunakan untuk membayar denda yang dikenakan ke atas Setiausaha Kesatuan kerana lambat mengemukakan penyata tahunan kesatuan. Yang Berhormat Senator Rajoo membangkitkan adalah tidak adil Setiausaha yang bekerja dengan kesatuan itu terpaksa membayar denda ini melalui wang poketnya sendiri. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 51 Akta Kesatuan Sekerja tidak membenarkan tabung wang kesatuan sekerja digunakan untuk menjelaskan denda yang dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah ke atas seseorang. Jadi seksyen ini adalah jelas melarang menggunakan kewangan kesatuan.

Perlu ditegaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Dewan ini, bahawa penyata tahunan kesatuan yang termasuk penyata kira­kira tahunan kesatuan yang diaudit oleh seorang akauntan bertauliah merupakan satu dokumen yang penting untuk mengawal wang-wang kesatuan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau disalahgunakan. Jadi ianya menjadi tanggungjawab Setiausaha Kesatuan untuk menentukan bahawa penyata tahunan ini dikemukakan dalam masa yang ditetapkan. Jadi oleh sebab itu jika sekiranya Setiausaha lambat mengemukakan pada tempoh yang telah ditetapkan, tindakan yang keras akan diambil. Walau bagaimanapun, sebelum Setiausaha-setiausaha ini yang telah melakukan kesalahan ini diambil tindakan, mereka biasanya kita beri nasihat dahulu dan kita memberi teguran dan peluang yang secukupnya telah kita beri kepada mereka dan kalau selepas itu masih lagi perkara ini berlanjutan, maka kita terpaksalah menggunakan peruntukan undang-undang ini.

4401 14 DISEMBER 1988 4402

Seseorang yang menerima satu tanggungjawab itu mestilah menunaikannya dengan sempurna. Kegagalan untuk berbuat demikian memang mengakibatkan denda dan adalah tidak adil, kita membicarakan perkataan "tidak adil", adalah tidak adil kepada ahli-ahli kesatuan jika wang mereka digunakan bagi membayar denda basil dari kesalahan seseorang Setiausaha yang mana Setiausaha sepatutnya mengetahui bidang dan tanggungjawabnya. Dan perkara peruntukan ini adalah untuk mengawal supaya wang-wang kesatuan, yuran-yuran ahli ini tidak disalahgunakan oleh pemimpin­pemimpinnya, seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan kesatuan itu. Jadi jika melambatkan menghantar penyata-penyata ini kita tidak akan mengetahui masalah itu dengan segera seperti yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, ini juga saya ingin menolak dakwaan daripada Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin yang mengatakan Kementerian ini sentiasa teragak-agak untuk mengambil tindakan. Sebenarnya Kementerian Buruh melalui Jabatan­jabatannya kita menguatkuasakan Akta-akta kita. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan-peraturan Akta ini kita akan mengambil tindakan. Jadi kalau sekiranya apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin tentang mungkin Setiausaha Agung MTUC kita tidak mengambil tindakan oleh kerana perbuatannya tidak melanggar Akta: ini pada masa itu. Sebenarnya kalau dia melanggar apa-apa Akta di Kementerian ini kita akan mengambil tindakan yang keras juga mengikut yang sepatutnya. Sebagai bukti apa yang saya sebut, umpamanya tentang Setiausaha-setiausalia y'ang telah kita ambil tindakan. Ada Setiausaha Kesatuan yang telah didenda $10,000 kerana kesalahan ini setelah kita memberi amaran, setelah kita memberi peluang, nasihat dan

teguran. ltulah ketegasan Kemen­terian ini dan oleh itu ketegasan kita ini adalah untuk menjaga kepentingan pekerja dan majikan dan kepentingan negara secara khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator C. Krishnan telah bercakap panjang Iebar berkenaan dengan pindaan Akta ini dan beliau mengingatkan kepada saya, saya pernah bertugas sebagai ADO di Sepang tetapi pada masa itu Yang Berhormat C. Krishnan belum menjadi Senator lagi, dia masih salah seorang Jawatankuasa MIC. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Senator C. Krishnan sekarang ini telah menjadi Senator dan telah membawa perkara-perkara kebajikan orang ramai, termasuk pekerja-pekerja ke dalam Dewan ini untuk diambilkan perhatian dan tindakan oleh Kerajaan. Saya, mengucapkan syabas kepada beliau.

Yang Berhormat Senator C. Krishnan ini membangkitkan tentang masalah sesebuah kesatuan sekerja harus dipimpin oleh pekerja-pekerja sendiri dan bukan oleh orang-orang luar. Tuan Yang di-Pertua, pada amnya peruntukan-peruntukan yang ada sekarang menentukan bahawa hanya ahli-ahli kesatuan sekerja dibenarkan dipilih untuk menjadi pegawai-pegawai kesatuan, tetapi bagi kesatuan sekerja yang mempunyai ramai ahli adalah perlu dan mustahak bagi ia menggaji peg'awai-pegawai sepenuh masa untuk menjaga kepentingan ahli-ahli kesatuan. Oleh yang demikian, undang-undang membenarkan seseorang yang dipilih oleh ahli-ahli kesatuan dan digaji untuk bekerja sepenuh masa sebagai Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari atau Penolong Bendahari Kesatuan. Pegawai-pegawai tersebut biasanya telah lama menjadi ahli kesatuan berkenaan dan mempunyai pengalaman yang cukup mengenai industri yang kesatuannya ada

4403 14 DISEMBER 1988 4404

berkaitan. Selain daripada itu, seseorang luar yang bukan ahli kesatuan hanya dibenarkan digaji sebagai Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari atau Penolong Bendahari Kesatuan jika ia telah digaji sedemikian sejak 9hb Oktober 1969 kerana sebelum tarikh itu undang-undang tidak melarang penggajian orang-orang yang demikian.

Jadi, pokoknya dalam soal ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Memang Akta ini tidak membenarkan orang­orang lain daripada ahli-ahli kesatuan itu memimpin kesatuan. Mungkin pada mata kasar kita nampak ada pemimpin kesatuan sekerja itu tidak bekerja di dalam trade atau pekerjaan atau industri, itu pada pandangan kita. Tetapi sebenarnya mereka itu bekerja dalam salah satu daripada tempat yang saya sebutkan tadi, tetapi bila mereka telah menjadi pemimpin kesatuan sekerja kita tidaklah nampak seperti yang kedudukannya itu bekerja di dalam industri yang berkenaan seperti Yang Berhormat Senator C. Krishnan sebutkan. Kalau NUPW untuk kesatuan kebangsaan pekerja-pekerja ladang seharusnya dipimpin oleh penoreh getah, mungkin dulunya dia penoreh getah, bila telah menjadi setiausaha agung dia telah berhenti jadi penoreh getah dan menjadi setiausaha agung sepenuh masa dan yang baiknya dia tidak pernah kalah dalam pemilihan semenjak 20 tahun dahulu sehingga hari ini. ltu nasib beliaulah dan terpulang kepada ahli­ahli menentukan. Tetapi kalau ahli­ahli ingin menentukan yang itu sahaja menang, kita tidak boleh membuat apa-apa kerana tindakan tidak boleh diambil kerana mereka mengikut peraturan yang ada.

I{•·; i' !. '(I '

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, Yang Berhormat Senator C. Krishnan, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby, Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin, Yang

Berhormat Senator Hassan Nam, Yang Berhormat Senator G. Rajoo dan juga Yang Berhormat Senator P. Balaram menyentuh tentang tingkah laku ataupun ucapan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di luar negeri semasa mereka menghadiri persidangan atau forum dan sebagainya, yang mana kadang­kadang ucapan ini menjatuhkan imej negara. Saya ingin menjelaskan bahawa Kerajaan menghormati hak pekerja dan oleh yang demikian kesatuan-kesatuan adalah dibenarkan bergabung dengan badan-badan antarabangsa yang ada kaitannya dengan perburuhan. Kerajaan sedar bahawa ada sebilangan kecil pemimpin-pemimpin ini yang membuat tuduhan palsu atau tidak benar terhadap Kerajaan semasa mereka menghadiri mesy11arat dan persidangan itu. Kerajaan sentiasa berusaha dengan menggunakan sistem yang ada untuk memberi gambaran yang sebenarnya terhadap tuduhan­tuduhan tersebut. Langkah-langkah yang sewajarnya juga akan diambil jika keadaan yang memerlukan untuk menjaga kepentingan negara. Bagi Kementerian Buruh, khususnya, selagi mereka tidak melanggar apa­apa peruntukan dalam Akta ini, tindakan mengikut Akta ini tidak dapat diambil, tetapi nasihat boleh kita beri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby · membangkitkan masalah pejabat-pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja yang perlu dibaiki dan dikemaskinikan. Adalah dimak­lumkan kepada Dewan 101 dan khususnya kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Hamid Araby, pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja di Pulau Pinang sebelum ini menduduki bangunan lama, pada. mas;1, ;\Qi. telah pun dipindahkan ke bangunan Tuanku Syed Putra baru dua bulan lepas. Pejabat ini dilengkapkan dengan peralatan pejabat yang baru untuk mewujudkan suasana kerja yang

4405 14 DISEMBER 1988 4406

selesa. Jadi, masalah yang dibawa oleh Yang Berhormat sebentar tadi telah saya jelaskan dengan sendirinya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir sekali berucap tadi, iaitu Senator Pandikar Amin Haji Mulia telah memberikan satu ucapan yang baik dan kita akan mengambil pandangan-pandangan yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi, terutamanya tentang risalah INSAN yang baru disebutkan tadi yang mengandungi berbagai-bagai per­tuduhan yang tidak betul kepada negara kita. Jadi, kita akan mengkaji kandungan risalah ini dan di mana yang perlu kita jawab kita akan jawab.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini, sebenarnya bukan sahaja aspek perburuhan ini yang menjadi kritikan ataupun tuduhan ataupun tohmahan palsu daripada kalangan­kalangan yang tidak bertanggung­jawab, tetapi semua aspek negara ini, semua aspek kehidupan kita, sistem politik, perkauman, perburuhan, hak asasi manusia dan sebagainya, sentiasa sahaja ada golongan-golongan yang memburuk-burukkan kita. . Tetapi sesebuah negara itu bergerak kerana cita-citanya melalui matlamat yang ditetapkan ataupun, dengan izin, melalui goals, yang telah kita tetapkan. Kita mempunyai matlamat (goals) kita, sama ada jangka pendek ataupun jangka panjang dan negara menuju kepada goals ini, dengan izin, melalui strategi perancangan dan cara­cara yang kita atur untuk kita berjaya. Apa-apa yang membawa kepada penyimpangan ataupun mengge­lincirkan kita daripada tujuan kita untuk mencapai matlamat ini tidak akan diberikan perhatian yang sepenuhnya berbanding dengan perhatian harus diberi kepada strategi untuk mencapai matlamat kita. Jadi, oleh sebab itu sana, sini ada sahaja orang-orang yang tidak puas hati melemparkan tuduhan jahat kepada Kerajaan mengenai berbagai-bagai perkara yang kita boleh baca.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, negara kita sangat liberal. Surat khabar boleh membicarakan apa sahaja yang mereka mahu, surat khabar-surat khabar begitu banyak sekali dalam negara kita ini, semenjak akhir-akhir ini semasa Dato' Seri Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Surat khabar kecil ada, surat khabar besar pun ada, tidak cukup surat khabar ini, risalah-risalah lagi, seperti Yang Berhormat baru bangkitkan mengenai INSAN ini. Terima kasih saya ucapkan. Jadi, pendek kata, sama ada surat khabar itu resmi, maksudnya ada kelulusan, ataupun tidak rasmi, buku-buku, percetakan, berleluasa dalam negara kita ini mengkritik Kerajaan. Yang baik itu baguslah, tetapi yang melemparkan tuduhan yang tidak betul terlalu banyak. Itu yang saya hairan mengapa ada orang mengatakan Perdana Menteri kita ini adalah seorang diktator, sedangkan semua orang bebas bersuara. Ceramah boleh diadakan di mana-mana, kita lihat tiap-tiap malam ada ceramah, tidak ada pilihanraya pun ada ceramah, tidak ada pilihanraya pun boleh buat upacara-upacara kempen, tetapi Kerajaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. Mana ada negara yang seperti ini kebebasannya. Jadi, benda ini dipandang dari sudut negatif.

Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan tohmahan ini, kita boleh melihat satu-satu perkara itu sama ada dari sudut positif ataupun negatif, tetapi kalau untuk faedah yang baik kita seharusnya melihat daripada pandangan yang positif. Dalam negara kita ini, walaupun tidak semuanya golongan-golongan yang sentiasa membuat tohmahan yang tidak baik hanya pandai mencari kesalahan orang lain tetapi tidak melihat kesalahan diri sendiri. Kita tidak akan maju kalau hanya mencarikan kesalahan orang lain. Seorang yang maju itu ialah yang mencari kesalahan dirinya ataupun

4407 14 DISEMBER 1988 4408

dalam bahasa Arab, dengan izin, muhasabah, iaitu kita melihat dalam diri kita, apakah kekurangan kita dan seterusnya kita baiki dan kita boleh maju.

Jadi, negara ini kalau kita mahu maju semua pihak haruslah mencari kesalahan diri sendiri dan membaikinya. Berhenti mencari kesalahan orang lain oleh kerana mencari kesalahan orang lain ini tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Kita juga harus mencari kesalahan diri kita sendiri dan membaikinya. Itulah yang dapat saya beri pandangan tentang apa· yang disentuh oleh Yang Berhormat Pandikar Amin Haji Mulia berkenaan dengan tohmahan-tohmahan daripada pihak tertentu. Kadang-kadang, Tuan Yang di-Pertua, yang kita tidak jawab itu bukan semestinya kita setuju tetapi kita sudah tidak kuasa untuk melayan mereka ini.

Sebagai satu contoh, saya boleh beri di dalam Dewan ini, Setiausaha Agung MTUC yang juga ahli politik, dia telah ditahan di bawah ISA, bukan atas kesalahan berkaitan dengan kesatuan sekerja, tetapi di atas kesalahannya dari segi mengancam keselamatan negara. Jadi, tidak ada langsung kait­mengait dengan kegiatan kesatuan sekerja tetapi di luar negeri dia sudab membuat tuduban babawa Kerajaan Malaysia ini menaban beliau di bawah ISA adalah kerana kegiatannya di dalam kesatuan sekerja. Tetapi umum di Malaysia mengetahui apakah yang telah dibuat oleh Yang Berhormat yang berkenaan itu yang menyebabkan beliau ditahan, tidak ada perkara yang dibuat di dalam ini. Mungkin ahli-ahli kesatuan sekerja mengetabui ada orang lain lagi yang lantang dalam MTUC tetapi tidak ditahan, kerana itu memang haknya dan memang bidang tugas tanggungjawabnya membangkitkan perkara-perkara demi untuk kepentingan pekerja.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, begitulah, kalau kita menulis artikel, sebagai contoh, kerana kepentingan kita, dia tidak adil kepada orang lain, kerana tulisan itu mengikut pemikiran kita yang kita belum tabu pemikirkan kita ini sesuai dengan kebendak orang lain ataupun kepentingan orang lain. Kalau saya menulis untuk saya, tentu saya akan menjaga kepentingan saya, tidak kepentingan orang lain. Orang yang seperti ini adalab mementingkan diri, dia tidak melihat negara kita ini sebagai satu sistem yang mana kalau berlaku satu-satu perkara yang buruk, dalam satu segi, kita juga akan terlibat. Kalau negara kita maju dengan perindustrian, pertanian dan semua sekali aktiviti ekonomi, apakab kesannya? Pembangunan negara ini akan menyebabkan peluang-peluang pekerjaan bertambab dan anak cucu kita terjamin, ada pekerjaan dalam negara kita. Kalau kita mewujudkan buru-hara, perbalaban kaum, negara kita tidak akan maju, negara yang tidak aman ini tidak akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar dan juga dari dalam negeri seperti yang terjadi dengan jiran-jiran kita yang berperang, kita pergi saksikanlah, tidak ada pekerjaan, tidak ada makanan, tidak ada tempat tinggal.

Jadi, oleh yang demikian, Tuan . Yang di-Pertua, saya ringkaskan cerita saya ini, Kerajaan kbususnya Kementerian, kadang-kadang kita ada perkara yang lebib penting untuk kepentingan pekerja dan majikan dan negara untuk diselesaikan. Ada masanya kita tidak sempat bendak jawab risalah-risalah, ini kerana ia tumbuh macam cendawan. Hari ini dinamakan IN SAN, besok tidak tabu apa lagi yang akan dinamakan. Hari ini dalam surat khabar yang ada pendaftaran rasminya, besok keluar dalam surat khabar yang tidak ada permit ataupun kelulusan KDN. Hari ini dia keluar dalam surat kbabar, besok keluar dalam buku pula. Jadi kita tidak dapat bendak sangka bila

4409 14 DISEMBER 1988 4410

dia akan keluar dan bagaimana · dia akan keluar.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, saya menyeru dan meminta jasa baik semua Ahli-.ahli Yang Berhormat, sama-samalah kita memberikan penjelasan. Bahan-bahan penjelasan ini kita ada, rekod kita ada, statistik kita ada untuk membuktikan kebenaran . kita dan juga kepalsuan tuduhan-tuduhan ini dan kita boleh buktikan kepada orang ramai.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh ucapan Yang Berhormat Senator V. K. Sellappan iaitu berkaitan dengan pekerja­pekerja ladang. Yang Berhormat V. K. Sellappan telah menyatakan tentang kemudahan-kemudahan asas di ladang adalah berkurangan. Saya telah menjawab di dalam Dewan Negara ini beberapa kali tentang kemudahan asas di ladang dan sebagainya dan jawapan saya itu telah terperinci. Walau bagaimanapun, sukalah saya menyatakan bahawa soal kemudahan asas di ladang ini, Kementerian mengambil perhatian. Kita ada akta-akta yang berkenaan yang menentukan dan yang menghendaki, misalannya bila ada perumahan mesti mengikut standard ataupun piawaian yang ditetapkan, bekalan air yang bersih dan sebagainya. Tetapi Yang Berhormat ada menyentuh dalam aspek yang lain iaitu pembangunan Kerajaan ini tidak dapat kepada pekerja-pekerja ladang. Maka dengan sebab itu, mengikut fahaman saya, Yang Berhormat meminta Kerajaan mengatasi masalah-masalah perumahan, jalan, air, Pejabat Pos dan sekolah-sekolah di ladang-ladang.

Seperti yang saya dapat perhatikan, ladang-ladang yang besar banyak memberikan. ·kemudahan tetap~ 'kalau sekiranya jalan-jalan itu adalah bidang tanggungjawab ladang itu, , kita tidak boleh mengambilalihnya kerana tanah mereka dan sebagainya. Tetapi mengatakan bahawa projek Kerajaan

ini tidak sampai kepada ladang adalah tidak adil, Tuan Yang di~Pertua, kerana misalannya, projek pem­bangunan bandar juga men­datangkan faedah secara tidak langsung kepada pekerja estet. Takkanlah pekerja estet ini duduk dalam estet sepanjang masa, tentu mereka keluar ke bandar, beli barang, pergi ke supermarket dan sebagainya. Jadi, mereka juga menikmati jalan raya yang sempurna di bandar-bandar dan dari estet ke bandar, mereka juga menikmati kemudahan hospital di bandar-bandar, mereka juga boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah di bandar-bandar walaupun sekolah di ladang-ladang itu mendapat bantuan modal tetapi bila telah tamat Darjah Enam, masuk ke sekolah menengah sepenuhnya, itu adalah sekolah Kerajaan. Kalau cerdik lagi boleh sampai ke universiti, cerdik lagi boleh pergi ke luar negeri. Pendek kata, ada kemudahan itu sampai tetapi ladang itu kepunyaan persendirian, tidak bolehlah kita hendak masuk dalam ladang itu membuat segala-galanya atas kita. Kalau segala-galanya Kerajaan buat, ladang itu menjadi ladang Kerajaan pula, bukan ladang swasta lagi. Ini yang kita hendak bezakan, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkara ini.

Yang kedua dan terakhir ialah masalah pendatang tanpa izin di ladang-ladang. Ini saya hendak jelaskan kepada Dewan yang mulia ini, kerana ia penting, Tuan Yang di­Pertua. Ini yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, persetujuan Kerajaan memberikan permit kerja kepada buruh-buruh asing untuk bekerja di dalam ladang-ladang ini sebenarnya adalah sangat terhad. Ianya terhad kepada keadaan yang . sangat-sangat memerlukan. Umpamanya, ladang-ladang yang terpencil, yang jauh di hulu-hulu, tidak ada buruh bekerja. Bila permohonan diterima, ia akan disiasat dan ditimbang dengan telitinya. Bila

4411 14 DISEMBER 1988 4412

didapati bukti yang nyata memang tidak ada burub tempatan yang mabu bekerja di situ, baru dikeluarkan permit ini. Sekarang ini tidak banyak permit itu dikeluarkan walaupun permintaan ataupun basrat ladang­ladang ini adalab sangat tinggi untuk mendapatkan pekerja-pekerja ini.

Soal kekurangan buruh di sektor ladang ini, Tuan Yang di-Pertua, adalab satu perkara yang benar berlaku, bukanlab kerana seperti Yang Berbormat sebut kerana masalab gaji sabaja dan sebagainya. Sebenarnya dengan peningkatan pelajaran rakyat kita, ia dengan sendirinya tidak mabu lagi menjadi penoreb getab. Ini juga barus kita beritabu kepada Dewan. Contobnya, takkan dia rasakan dia lulus STPM selepas Tingkatan VI, dia bendak balik menoreb getab. Sekarang sudab ramai yang lulus SRP, SPM, itu sudab biasa, Tuan Yang di-Pertua. Di dalam estet itu pun satu fenomena baru, rakan-rakan kita yang dabulunya duduk dalam estet, sekarang sudab tidak mabu duduk dalam estet ini, dia bendak keluar, cari kerja di kilang, di sektor bandar yang ada banyak kemudaban, ada biburan, ada kedai besar, ada jalan baik dan sebagainya, sudab keluar d_aripada ladang. Jadi, ini sebenarnya masalab yang nyata.

Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa walaupun Kerajaan membenarkan-belum lagi, akan datang-kalau membenarkan, ianya setelab ditimbang dengan seteliti­telitinya babawa untuk menjaga kepentingan negara iaitu pengeluaran ladang-ladang ini adalab pengeluaran basil negara yang penting. Kalau tidak boleh keluar basil negara, kerana tidak' cukup· buruh, maka Keraj~an akan mengambil pekerja-pekerja asing. Ini juga sebarusnya menjadikan cabaran kepada rakyat tempatan supaya kita bekerja di ladang-ladang. Pengangguran banyak, peluang

pekerjaan juga banyak tetapi yang menganggur ini tidak mabu terima kerja yang kosong ini. ltu masalabnya. Jadi Jabatan Tenaga Rakyat ataupun Kementerian Burub kita mengbadapi masalab yang besar, kerana dalam senarai kita penganggur ramai, tetapi kerja-kerja yang kosong ini tidak ada orang bendak. Saya ingat kalau tidak silap saya banya tidak sampai 5% daripada yang berdaftar dengan Kementerian ini minta berkerja di sektor ladang, yang berdaftar dengan kita hendak bekerja di kilang, di pejabat dan sebagainya. Oleb itu, Tuan Yang di-Pertua, jumlab angka yang disebutkan oleb Yang Berbormat Senator V. K. Sellappan ten tang burub-buruh tanpa izin berpulub ribu kerja di ladang, itu adalab angka yang tidak sab, kerana Kementerian sendiri pun tidak tabu, kerana mereka masuk tanpa izin, maka tidak ada pendaftaran, kita tidak tabu berapa.

Kementerian Burub melalui Jabatan Buruh sentiasa mengadakan serbuan­serbuan dan pemeriksaan ke ladang­ladang ini bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri, untuk mengambil tindakan kepada burub­buruh pendatang tanpa izin ini dan majikan-majikan juga telab didenda kerana menggaji burub tanpa izin, dan dari masa ke semasa kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi beberapa perkara-perkara yang telab dibangkitkan oleb Abli-ahli Yang Berbormat yang saya tidak sempat bendak jawab. Walau bagaimanapun perkara-perkara yang dibangkitkan oleb Yang Berbormat itu telab saya catatkan di sini, mana yang patut ataupun yang sesuai kita akan mengambil tindakan, mana-mana cadangan· yang' baik . itu' · kita 'akan terima dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan Kementerian ini, kita akan memberikan perbatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasib.

4413 14 DISEMBER 1988 4414

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan J awatankuasa)

Fasa/1 hingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SY ARIKAT (PINDAAN)

Bacaan Kall Yang Kedua dan Ketiga

6.16 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat 1965 dibaca bagi kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang (Pindaan) ini ialah untuk meminda Akta Syarikat 1965 bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Syarikat tersebut. Selain dari itu Rang Undang-undang (Pindaan) ini juga telah mengambilkira beberapa pindaan berbangkit berikutan dari pindaan-pindaan yang telah dibuat di masa lalu.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Syarikat 1965 adalah suatu Akta yang membolehkan pengusaha-pengusaha menubuhkan berbagai jenis organisasi koprat untuk menjalankan perniagaan mereka. Ia juga menetapkan, antara lain, acara tertentu bersabit dengan penubuhan syarikat, perlembagaan­nya, hubungannya dengan anggota­anggota dan para pemiutangnya, pengurusan dan pembubarannya. Sejak penguatkuasaan Akta ini dalam tahun 1965, beberapa pindaan telah dibuat sejajar dengan pengedaran masa dan perkembangan yang pesat di dalam sektor koprat. Kali ini pindaan­pindaan yang dicadangkan tidak melibatkan implikasi secara langsung ke atas sektor koprat pada keseluruhannya. Rang Undang­undang (Pindaan) ini dibentangkan mencadangkan hanya 5 pindaan kepada Akta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang pertama ialah pindaan kepada seksyen 7. Pindaan ini adalah dibuat bagi membolehkan pembayaran yuran­yuran yang perlu dibayar kepada Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dibuat dengan cara selain daripada tunai. Dengan pindaan ini, kuasa akan diberi kepada Menteri untuk menetapkan berbagai cara untuk memungut bayaran yuran umpamanya melalui penggunaan stem ataupun melalui sistem akaun GIRO sebuah bank, misalnya Bank Simpanan Nasional. Kemungkinan juga di masa hadapan, apabila wujudnya suatu sistem yang sewajar, syarikat-syarikat akan boleh menfail dokumen-dokumen dengan cara elektronik di samping membuat bayaran yuran dengan cara elektronik juga.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 7A yang baru adalah dimasukkan berikutan dari beberapa permohonan yang diterima daripada badan-badan berkanun dan agensi-agensi Kerajaan supaya diberi pengecualian dari membuat bayaran kepada Pendaftar

J .

4415 14 DISEMBER 1988 4416

Syarikat apabila mereka membuat urusan dengan pejabat itu.

Pada masa ini, Pendaftar Syarikat tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Syarikat 1965 untuk memberi pengecualian kepada mana-mana pihak dari membuat bayaran apabila mereka membuat permohonan mendapat maklumat-maklumat syarikat. Sungguhpun demikian, secara amalan, Pendaftar Syarikat telah memberi pengecualian kepada permohonan-permohonan yang diterima daripada Kementerian­kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, tetapi bukan kepada badan­badan berkanun dan agensi-agensi Kerajaan seperti Bank Negara Malaysia dan Kumpulanwang Simpanan Pekerja. Beberapa buah badan-badan berkanun dan agensi­agensi Kerajaan tersebut telah membuat permohonan supaya dikecualikan juga dari kehendak membuat bayaran yuran atas alasan bahawa maklumat-maklumat syarikat yang diminta adalah bagi maksud menjalankan tugas-tugasnya di bawah undang-undang yang ditadbir olehnya.

Dengan kemasukan seksyen 7 A yang baru Menteri akan mempunyai kuasa untuk menimbangkan permohonan­permohonan yang tersebut dan memberi pengecualian dari kehendak membuat bayaran yuran kepada mana-mana badan-badan berkanun atas agensi Kerajaan yang difikirkan wajar.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi pindaan ketara yang telah dicadangkan adalah pindaan kepada seksyen 113 yang bertujuan membuat penyerahsimpanan memorandum P€?lepasan gadaian mandatori. Pada masa ini tidak semua syarikat-syarikat yang telah mewujudkan gadaian terhadap harta-hartanya bagi kepentingan memberi pinjaman menyerahsimpan simpanan memo­randa pelepasan gadaian ke pejabat Pendaftar Syarikat apabila sesuatu pinjaman telah dijelaskan

ataupun sesuatu harta telah dilepaskan dari gadaian. Pihak syarikat hanya menyerahsimpan dokumen yang berkenaan mengikut sesuka hatinya ataupun mengikut pertimbangan sendiri, oleh kerana peruntukan seksyen 113 yang ada sekarang tidak mewajibkannya berbuat demikian. Oleh kerana itu fail sebuah syarikat yang disimpan di pejabat Pendaftar Syarikat tidak akan memberi gambaran yang kemaskini mengenai kedudukan pinjaman-pinjaman yang diperolehi oleh syarikat itu serta gadaian-gadaian yang masih wujud.

Tuan Yang di-Pertua, dengan membuat penyerahsimpanan me­morandum pelepasan gadaian mandatori seperti yang dicadangkan maka penyimpanan rekod berhubung dengan perwujudan dan pelepasan gadaian oleh Pejabat Pendaftar Syarikat akan menjadi lebih kemaskini dan lebih berfaedah kepada orang awam yang memeriksa fail-fail syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan yang lain adalah pindaan yang kecil yang perlu dibuat berikutan dari pindaan-pindaan yang telah dibuat melalui Akta Syarikat (Pindaan) terdahulu dan tidak mempunyai kesan besar.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya nyatakan tadi, pindaan­pindaan ini adalah dicadangkan bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Syarikat 1965 dan tidak mempunyai implikasi secara langsung ke atas sektor korporat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi meminda

4417 14 DISEMBER 1988 4418

Akta Syarikat 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN PELADANG

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.27 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan Peladang 1973 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya, tujuan pindaan Akta ini ialah untuk membolehkan Pertubuhan Peladang menceburi secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi di samping memperkemaskan Akta tersebut sejajar dengan perubahan yang berlaku sejak Pertubuhan Peladang mula ditubuhkan pada tahun 1973.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi penjelasan tentang bahagian­bahagian yang dipinda dalam Rang Undang-undang Pertubuhan Peladang (Pindaan) 1988 yang antara lain ialah seperti berikut:

(a) Membolehkan Pertubuhan Pe­ladang melaksanakan aktiviti­aktiviti mereka tanpa penyertaan secara langsung oleh ahli-ahlinya. Peruntukan yang sedia ada tidak membolehkan aktiviti-aktiviti dijalankan sekiranya tidak ada penyertaan secara langsung ahli-ahli. Sekatan ini boleh menjejaskan perkembangan Pertubuhan Peladang.

(b) Mewujudkan peruntukan supaya Pendaftar boleh mem­benar Pertubuhan Peladang menubuh syarikat atau menyertai ekuiti dalam usaha­usaha perdagangan dan perniagaan.

Pindaan ini dapat meluaskan lagi aktiviti perniagaan Pertubuhan Peladang. Di samping itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan ataupun NAF AS dan Pertubuhan Peladang Negeri diberi kuasa:

(i) untuk mengenalpasti potensi sesebuah projek dan meng­asingkan projek yang berisiko tinggi dengan menubuhkan anak syarikat;

(ii) berkongsi atau menubuhkan syarikat usahasama dengan agensi-agensi lain bagi menjalankan projek yang berdaya maju;

(iii) menjemput penyertaan ekuiti daripada pihak kreditor bagi kes-kes di mana Pertubuhan Peladang mengalami masalah bayaran hutang.

Ini tidak bererti . Pertubuhan Peladang dapat meny~rtai ekuiti dan menubuh syarikat dengan bebas.

' ,

4419 14 DISEMBER 1988 4420

Pendaftar 1a1tu Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang akan mengkaji dan mengenakan syarat-syarat sebelum penubuhan sebuah syarikat atau penyertaan ekuiti diluluskan.

Di samping itu, Kententerian Pertanian akan menyediakan garispanduan mengenai syarat-syarat seperti menetapkan jumlah modal berbayar kepada sesebuah Pertubuhan Peladang yang ingin menubuh sebuah syarikat atau menyertai ekuiti. Dengan adanya garispanduan dan syarat-syarat, segala aktiviti Pertubuhan Peladang dapat dikawal dan Pertubuhan Peladang akan lebih

L-A03918.

berhati-hati apabila menubuhkan syarikat atau memiliki ekuiti.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya fikir masa sudah cukup, boleh sambung pada hari esok.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga hari esok, jam 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.