peny ata rasmi parlimen

82
Jilid II Bil. 3 MALAYSIA Hari Rabu 30hb Mac, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEaATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI. PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 369] USUL: Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong-Y.B. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim [Ruangan454] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D., J.S.D., S.M.S., S.M.T., S.M.P., K.M.N., P.I.S .. KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Upload: others

Post on 26-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENY ATA RASMI PARLIMEN

Jilid II Bil. 3

MALAYSIA

Hari Rabu 30hb Mac, 1988

PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEaATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI. PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 369]

USUL: Ucapan Terima Kasih kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong-Y.B. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim [Ruangan454]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN, P.S.D., J.S.D., S.M.S., S.M.T., S.M.P., K.M.N., P.I.S ..

KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Page 2: PENY ATA RASMI PARLIMEN

MALAYSIA

PARLIMEN KEENAM-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

"

"

"

"

" " " "

"

"

" " "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJJ AHMAD URAI BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TuAN HAJJ HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.s; (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH (Johor).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJI ABu BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PuAN HAJJAH AziZAH BINTI HAJJ MoHo. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN AzuMU BIN TAK (Perak).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias YUSOF (Terengganu).

TUAN HAJJ HAMID ARABY BIN Mo. SALIH (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

Page 3: PENY ATA RASMI PARLIMEN

363 30 MAC 1988 364

Yang Berhormat TuAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

" "

" " "

"

" "

" " " " "

"

" " "

" " " "

" "

" " "

"

" "

TuAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

TuAN LAu KENG SIONG alias JosEPH LAu KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAw JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAzmAH HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TuAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH (Kelantan).

TuAN MOHD. NooR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

TuAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DATUK HAJJ NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

TuAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NuHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

OK NoRANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (Sabah).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TuAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PuAN RoKIAH alias MAIMuN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLEH (Dilantik),

PuAN HAJJAH SALBIAH BINTI MoHD. AKIM (Dilantik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJJ MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF (Dilantik).

Page 4: PENY ATA RASMI PARLIMEN

365 30 MAC 1988 366

Yang Berhormat TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

, DR TAN CHONG KENG (Dilantik) ..

" "

" " "

DAro TAN PENG KHooN, s.P.M.I., s.s.r.J., I.M.N. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEw KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TuAN WoNG KIE YIK (Dilantik).

DAro' HAir ZAKARIA BIN HAir YAHAYA, D.P.M.s., K.M.N., s.M.s., P.I.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: PENY ATA RASMI PARLIMEN

367 30 MAC 1988 368

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.s.o., s.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Rusin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

Page 6: PENY ATA RASMI PARLIMEN

369 30 MAC 1988

MALAYSIA

370

DEWAN NEGARA

Rabu, 30hb Mac, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/2.30 petang

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Paramjit Singh.

Tuan Haji Shaharom bin Haji M~om: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 1.

KESTABILAN POLITIK­LANGKAH DIAMBIL

l. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri me~yatakan a_pakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan kestabilan politik di dalam negara.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang mengambil berat tentang kestabilan politik negara ini supaya tidak timbul keadaan tegang dan curiga mencurigai di kalangan rakyat semna kaum. Kerajaan akan tetap mengambil langkah-langkah tegas dalam mewujudkan perpaduan rakyat. Kerajaan juga tidak teragak­agak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengambil tindakan

terhadap golongan yang cuba mengancam perpaduan rakyat dan ketenteraman awam serta menimbul­kan isu-isu perkauman yang boleh menjejaskan kestabilan politik negara.

Dato' Tan Peng Khoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sama ada Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri bersetuju iaitu untuk mendapatkan kestabilan politik dalam negara, kita terlebih dahulu mesti memperolehi perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya itulah salah satu daripada syarat perpaduan dalam negara ini bahawa persefahaman dan perpaduan sating kasih mengasihi di antara rakyat adalah merupakan satu usaha penting bagi perpaduan negara.

Tuan Haji Shaharom bin Baji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan yang tepat, adakah pada ·pendapat Yang-Berhormat Setiausaha Parlimen, politik di dalam negara kita hari ini stabil atau tidak?

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keadaan politik adalah stabil tetapi keadaan beberapa parti politik itu mungkin tidak stabil. ( Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Rokiah Zainuddin.

Page 7: PENY ATA RASMI PARLIMEN

371 30 MAC 1988 372

Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2, saya ingin membuat pembetulan sedikit kerana terdapat perkataan yang silap iaitu "JP J" ditulis sebagai "JPP".

MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAIJPJ

2. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa ramai orang awam yang ditangkap kerana menyamar sebagai pegawai JPJ atau LPPJ pada tahun­tahun kebelakangan sehingga sekarang dan nyatakan mengikut jantina.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti lsmaD): Tuan Yang di-Pertua, sejak beberapa tahun yang lepas sehingga sekarang, cuma seorang wanita sahaja yang telah ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki menyamar sebagai Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan. Selain daripada itu, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan tidak menerima apa-apa laporan atau aduan dari pihak orang awam terhadap perkara ini. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Jalan ingin menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan meminta pegawai­pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menunjukkan kad pengenalan mereka, dengan izin, identity card mereka, jika perlu, sungguhpun mereka beruniform.

KUMPULAN ANTI HADIS­PENCEGAHAN

3. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang amat berkesan yang akan dilaksanakan bagi mencegah kewujudan Kumpulan Anti Hadis yang telah mula bertapak di negara ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, di antara usaha-usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan ialah dengan menerbitkan bahan-bahan bacaan seperti buku­buku berhubung dengan Hadis untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam dalam bidang ilmu Hadis dan mencegah wujudnya Kumpulan Anti Hadis di negara ini.

Kajian juga sedang dijalankan berhubung dengan sejauh mana kefahaman masyarakat Islam di Malaysia dengan ilmu Hadis. Selain daripada itu, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan satu seminar yang dinamakan Seminar Pengkajian Hadis Dalam Kontek Kefahaman Ummah pada bulan Julai, 1988 ini, bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

Tiga Kertas Kerja akan dibentangkan di d!llam seminar ini. Hasil dari langkah-langkah yang diusahakan ini akan dikemukakan kepada pihak berkenaan sebagai bahan perbincangan bagi mewujudkan lagi usaha-usaha selanjutnya untuk mencegah kewujudan Kumpulan Anti Hadis yang telah mula bertapak di negara ini.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, yang pertamanya, di manakah Kumpulan Anti Hadis ini berada, di pusat-pusat pengajian tinggikah, di pondok­pondokkah a~aupun di kampung­kampung yang terpencil?

Yang keduanya, Kumpulan Anti Hadis ini adakah mereka ini anti kepada Hadis-hadis yang_ tertentu a tau keseluruhan Hadis Rasulullah s.a.w?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang pertama, saya tidak dapat untuk menetapkan tempat-tempat tertentu, tetapi saya

Page 8: PENY ATA RASMI PARLIMEN

373 30 MAC 1988 374

yakin memang terdapat di merata­merata tempat kumpulan-kumpulan kecil, orang-orang perseorangan yang anti Hadis.

Bagi soalan kedua, sebahagian kecil daripada mereka ini menolak terus seperti mana yang tercatit dalam sebuah buku yang menolak Hadis, kononnya ini cerita-cerita dongeng dan tidak mempercayai bahawa ini adalah salah satu daripada sumber perundangan di dalam Islam­menolak keseluruhannya. Tetapi ada juga orang-orang yang hanya menolak sebahagian, tetapi kjta tidak dapat membezakan mereka ini. Sebagaimana yang saya katakan bahawa ini tidaklah merupakan satu kumpulan yang besar tetapi ada orang-orang tertentu yang memainkan peranan ini.

Tuan Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tidakkah Majlis Agama di Negeri-negeri dapati ada golongan atau individu anti Hadis yang sudahpun dikenal pasti didakwa di Mahkamah Syariah dan dihukum.

Tuan Othman bin Abdul: Sehingga ini, Tuan Yang di-Pertua, belum lagi ada orang yang didakwa a tau dihukum di bawah perkara ini dan inilah saya katakan bahawa usaha-usaha Kerajaan untuk mengesan dan mengkaji sedalam-dalamnya setakat.mana ianya mempengaruhi dan akan mem­pengaruhi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Hadis Rusulullah s.a.w. ini.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat pandangan daripada pihak Kerajaan sama ada kumpulan anti Hadis ini dian~ap ataupun dijangka berbau subversif atau tidak yang boleh

mengancam kestabilan politik negara ataupun ianya sekadar kumpulan yang mempengaruhi ajaran-ajaran agama tertentu sahaja?

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Yang Berhormat, kumpulan ini sebenarnya ·tidak mahu mengglinakan Hadis sebagai sumber perundangan di dalam Islam. Mereka masih yakin dan berpegang kepada Al­Quran sebagai sumber di dalam Isfam. Itu sahaja perbezaannya. Mereka ini bukanlah menjadi satu kumpulan subversif yang boleh mengancam keselamatan negara tetapi memesong aqidah umat Islam. Itulah kesalahan yang besar kepada mereka.

DOKTOR DALAM JA WATAN­KUASA KA W ALAN DADAH

4. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawa memandang bilangan perwakilan doktor yang kurang dalam Jawatan­kuasa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan peranan penting yang -dimainkan oleh doktor dalam bidang perubatan, adakah pihak Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk menambahkan bilangan perwakilan doktor dalam Jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Cik Teng Gaik Kwan): Tuan Yang di-Pertua, bilangan perwakilan doktor dalam Pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah dianggap memadai.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah mempunyai 8 Ahli yang terdiri dari 3 orang Doktor, 3 ahli Farmasi dan 2 ahli .Farmakologi. Oleh yang demikian Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menambah bilangan perwakilan doktor dalam Pihak Berkuasa itu.

Page 9: PENY ATA RASMI PARLIMEN

375 30 MAC 1988 376

Dr Ng Khek Kiung: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak Kementerian menyedari bahawa langkah-langkah kawalan dadah yang diambil alih oleh J awatankuasa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah berkemungkinan mengakibatkan wujudnya monopoli setengah-setengah jenis ubat yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa, dan adakah pihak Kementerian bercadang mengadakan satu kawalan harga pada jenis-jenis ubat tersebut?

Cik Teng Gaik Kwan: Untuk makluman Yang Berhormat, perwakilan doktor dalam Pihak Berkuasa Kawalan Dadah selalu ada mengkaji apa-apa langkah yang diambil di masa akan datang.

MAJLIS PETROLEUM ASEAN-PERANAN

5. Puan Mazidah Haji Zakaria minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) peranan Majlis mengenai Petroleum ASEAN (ASEAN Council on Petroleum atau ASCOPE) untuk memper­tingkatkan kerjasama dalam perusahaan petroleum di antara negara-negara anggota ASEAN; dan

(b) apakah bidang-bidang kerja­sama yang telah dilaksanakan melalui ASCOPE ini ·dan apa­kah faedah-faedah yang diper­olehi oleh Malaysia secara khususnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, Majlis mengenai Petroleum ASEAN (ASEAN Council on Petroleum atau ASCOPE) merupakan sebuah pertubuhan syarikat-syarikat minyak Kerajaan di negara-negara anggota ASEAN termasuk Brunei.

Peranan ASCOPE .untuk mem­pertingkatkan kerjasama dalam per­usahaan petroleum di antara negara­negara ASEAN bolehlah dilihat dari segi objektif penubuhannya iaitu:

(i) untuk mengadakan kerjasama yang erat dalam pembangunan sumber petroleum di rantau ini melalui konsep sama rata dan perkongsian;

(ii) bekerjasama ke arah peng-gunaan bahan-bahan pet-roleum tanpa pembaziran;

(iii) untuk memberi pertolongan dalam bidang latihan pekerjaan dan memberi kerjasama dalam penggunaan kemudahan­kemudahan yang terdapat di negara-negara ahli; dan

(iv) untuk mengekalkan kerjasama yang erat dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau yang mempunyai tujuan dan objektif yang sama.

Bagi menjawab soalan (b), secara umumnya . ASCOPE telah melaksanakan kerjasama dalam berbagai bidang seperti di bidang teknikal, ekonomi, undang-undang dan latihan dan faedah yang diperolehi oleh'Malaysia secara khususnya adalah seperti berikut:

(i) di dal~m bidang teknikal misal­nya perbincangan teknikal dalam pengendalian loji pe­napisan telah diadakan. Per­bincangan ini memberi faedah dari segi pertambahan penge­tahuan bagi negara-negara ang­gota mengenai perkembangan teknologi industri penapisan minyak yang terbaru.

(ii) di dalam bidang ekonomi, ran­cangan keselamatan petroleum telah dilaksanakan di mana

Page 10: PENY ATA RASMI PARLIMEN

377 30 MAC 1988 378

ahli-ahli telah bekerjasama melalui bantuan bekalan minyak mentah dan bahan­bahan petroleum kepada ahli­ahli yang mengalami kekurang­an bahan-bahan tersebut. Rancangan keselamatan pet­roleum ini memberi faedah dari segi mempastikan bekalan minyak mentah dan bahan­bahan petroleum negara mencukupi di dalam keadaan negara menghadapi krisis;

(iii) di dalam bidang undang­undang, negara-negara anggota telah meneliti dan mengkaji beberapa peruntul<:an di dalam perjanjian perkongsian pengeluaran minyak masing­masing dengan tujuan untuk mengemaskinikan per-janjian-perjanjian tersebut. Dengan adanya kajian ini negara kita akan dapat menge­tahui sama ada perjanjian per­kongsian pengeluaran yang di­amalkan yang di negara kita ini terlalu ketat atau longgar dalam konteks suasana menggalakkan pelaburan asing; dan

(iv) dalam bidang latihan, pegawai­pegawai dari PETRONAS telah menyertai berbagai-bagai latihan yang telah dianjurkan oleh ASCOPE termasuk latihan sambil bekerja atau, dengan izin, "on-the-job traning" di syarikat-syarikat minyak negara-negara ASEAN. Seminar-seminar dan bengkel mengenai industri petroleum juga diadakan di samping latihan. Dengan adanya latihan-latihan, bengkel dan seminar seperti ini, penge­tahuan dan kemahiran pegawai­pegawai dapat dipertingkatkan dan ini dapat memberi manfaat kepada negara.

PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN

6. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jikalau boleh petgiatkan lagi usaha serius untuk mempercepatkan kelulusan per­mohonan-permohonan kewarga­negaraan oleh mereka yang lahir di tanahair supaya mengatasi kekecewaan mereka kerana terpaksa menunggu begitu lama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa berusaha untuk memproses secepat mungkin setiap permohonan kewarga­negaraan yang dikemukakan termasuk permohonan daripada mereka yang lahir di negara ini.

Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri terpaksa meneliti setiap maklumat yang dikemukakan untuk permohonan kewarganegaraan bagi mengesahkan kesahihan keterangan yang dikemukakan oleh pemohon ber­kenaan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah panduan atau kriteria yang mana Kementerian Dalam Negeri menge­luarkan sesuatu sijil kewarganegaraan kepada setengah-setengah pemohon yang telah duduk di negara kita lebih kurang 10 sampai 20 tahun dan juga telahpun lulus peperiksaan Iisan Bahasa Malaysia?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, lulusnya ujian lisan adalah salah satu daripada syarat tetapi syarat-syarat lain iaitu ke­terangan-keterangan yang benar, bukan keterangan palsu, begitu juga dari segi jenayah yang telah dilakukan dan kalau kesemuanya telah di­kemukakan kepada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri dan

Page 11: PENY ATA RASMI PARLIMEN

379 30 MAC 1988 380

Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri berpuas hati dengan segala-galanya maka mereka bolehlah diluluskan untuk menjadi warga­negara.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tabu daripada Yan_g Ber­hormat Timbalan Menteri semenjak Kerajaan kita mempopularkan lagu "Setia" adakah salah satu syarat bagi tiap-tiap yaQg memohon menjadi warganegara mesti lancar lagu "Setia"? (Ketawa)

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, buat sementara waktu kita belum lligi masukkan lagu "Setia" sebagai salah satu daripada syarat untuk memohon warganegara.

PERLEMBAGAAN NEGARA­CERAMAH

7. Tuan C. Krishnan minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada Jabatan Penerangan bercadang untuk menghidupkan semula ceramah mengenai Perlembagaan meman­dangkan generasi muda masih tidak begitu jelas mengenai isi kandungan Perlembagaan Malaysia.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan melalui Jabatan Penerangan sedia men~adakan berbagai-bagai kursus dan · aktiviti seperti Perhimpunan­perhi'llpunan Sivik untuk menerangkan kepada orang ramai termasuk generasi muda mengenai PerlembagaaQ Negara. Ceramah­ceramah mengenai Perlembagaan diberi oleh pegawai-pegawai yang diberi latihan pengkhususan mengenai Perlembagaan Negara.

Kegiatan face-to-face communi­cation, dengan izin, atau per­hubungan bersemuka Jabatan Penerangan ini telah disusun semula

bagi mencapai matlamat menerangkan dan mendidik rakyat tentang Perlembagaan Negara, dasar-dasar Kerajaan dan rancangan-rancangan Kerajaan serta isu-isu yang dihadapi oleh negara pada masa kini.

Jabatan Penerangan juga sedang mempertingkatkan lagi usaha-usaha seperti di atas supaya dapat meningkatkan lagi semangat membangun dan cintakan negara di setiap ·lapisan masyarakat.

PETRONAS-NILAI KONTRAK

8. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan berapakah nilai dan peratus kerja­kerja kontnik PETRONAS yang telah diberikan kepada kontraktor­kontraktor bumiputera pada tahun 1987. Adakah pihak Kerajaan berpuas hati dengan peratus penyertaan tersebut, jika tidak apakah langkah­langkah yang akan diambil bagi mengatasinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah $1,795 juta nilai kontrak yang telah ditawarkan oleh PETRONAS sepanjang tahun 1987, 74% daripada nilai tersebut atau $1,335 juta telah ditawarkan kepada kontraktor­kontraktor bumiputera. Dari segi bilangan kontrak pula kontraktor­kontraktor bumiputera telah berjaya memperolehi 589 atau 64% kontrak daripada jumlah 939 bilangan kontrak yang dikeluarkan dalam tahun berkenaan.

Berdasarkan kepada peratus bilangan kontrak dan nilai kontrak yang telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera, penglibatan mereka boleh dianggap memuaskan. Walau bagaimanapun, dari segi penglibatan sebenar syarikat­syarikat tersebut dalam menjayakan

Page 12: PENY ATA RASMI PARLIMEN

381 30 MAC 1988 382

kontrak-kontrak masih lagi belum memuaskan kerana kebanyakan daripada kontrak-kontrak yang telah ditawarkan telah dilaksanakan dan dikendalikan oleh rakan usahasama atau "principal" asing. S~hingga kini pemindahan teknologt kepada syarikat-syarikat bumiputera belum menggalakkan kerana . sebilan.gan besar daripada syankat-syankat bumiputera sangat bergantung kepada kepakaran rakan usahasama kerana masih lagi kekurangan kepakaran yang terdapat di negara kita ini.

Dengan kesedaran akan masalah ini Kerajaan sedang menggubal satu ra~gka pelan penyertaan bumiputer~ di dalam industri petroleum bagt merancangkan strategi-strategi yang lebih berkesan untuk menentukan penyertaan bumiputer~ di ~alam industri ini bukan sahaJa memngkat dari segi jumlah atau per~t~san kontrak yang ditawarkan tetapt JUga dari segi penglibatan sebenar dt dalam semua aspek pengurusan dan penyelenggaraan indiistri ini.

Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim: Terima kasih, Tuan Yang di-P~rtua. Saya dapat tabu EPMI memamkan peranan penting _ di dalam perkembangan PETRONAS ~e: mandangkan EPMI menJadt kontrak · utama kepada PETRONAS di dalam kerja-kerja exploration dan pembinaan. EPMI kemudiannya akan memberi kerja-kerja kepada kontraktor-kontraktor yang lain. Saya ingin tabu, adakah benar dakwaan yang menyatakan EPMI tidak mematuhi pemberian kerja kepada kontraktor-kontraktor tempatan khasnya bumiputera, malah di da!a~ seteng'ah-setengah hal boleh menJadt penghalang kepada kem~juan kontraktor-kontraktor tempatan?

Yang kedua, saya ingin tany~ Menteri di Jabatan Perdana Menten iaitu adakah PETRONAS

memerlukan · EPMI sebagai ejennya untuk mengendalikan kerja-kerja kontrak di dalam negara ini?

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan .Pert~ma jawapannya ialah dakwaan ttu ttdak betul. Apakah yang terjadi dalam satu-satu kontrak yang dipunyai oleh EPMI ialah semua kontrak-kontrak itu akan diselidiki oleh EPMI sendiri tetapi hak untuk memberi mutlak kontrak itu adalah terletak kepada PETRONAS. Semua kontrak yang melebihi daripada $50,000 adalah diberi dengan persetujuan PETRONAS, hanya kontrak-kontrak yang kurang da~ipada $?0,000 .akan diberi oleh syankat-syankat mmyak ataupun oleh kontraktor-kontraktor seperti EPMI dan Shell, kepada kontraktor-kontraktor pilihan mereka sendiri.

Yang keduanya, oleh kerana EPMI ini adalah merupakan syarikat yang telah melaburkan banyak wang untuk mencari minyak di tanahair kita, mereka adalah berhak untuk mengendalikan pengurusan kewangan mereka. Oleh hal yang d~mikian cara­cara untuk mengambil ataupun memberi rekomendasi bagi tiap-tiap kontraktor yang mereka ambil itu terpulanglah kepada EPMI. Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa semua kontraktor yang akan mengam?il bahagian dalam satu-satu kontrak ttu adalah dengan persetujuan terlebih dahulu oleh pihak PETRONAS. Mereka mestilah mendaftarkan dengan pihak PETRONAS ~an sesudah itu . sebelum pembenan kontrak ini EPMI ataupun Shell terpaksa juga mem~awa sem~a senarai yang telah drrekomen . ttu kepada pihak PETRONAS dan pihak PETRONAS akan menentukan sama ada ianya bersetuju dengan rekomendasi yang diberi oleh pihak EPMI ataupun Shell. Jadi, saranan yang telah diberi oleh Yang Berhormat itu adalah salah. Saya

Page 13: PENY ATA RASMI PARLIMEN

383 30 MAC 1988 384

berharap bahawa jawapan pada hari ini telah memperbetulkan keadaan yang sebenar.

Puan Mazidah Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya sedikit sahaja, iaitu apakah jenis-jenis kerja kontrak yang telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera ini?

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, banyak jenis yang telah kita berikan kepada kontraktor­kontraktor bumiputera. Kalau diberi senarainya memang panjang. Untuk memberi jawapan yang tepat dan terperinci, saya mohon kalau boleh diberi jawapan secara bertulis. Tetapi untuk pengetahuan, kontrak-kontrak yang kita beri kepada bumiputera ialah semua kontrak yang merupakan sampingan iaitu untuk dijalankan oleh kontraktor-kontraktor bumiputera dengan sepenuhnya dan kita telah juga membuat satu syarat iaitu kesemua syarikat yang kita anggap ataupun "classify" sebagai syarikat bumiputera adalah mereka yang mana mempunyai sekurang-kurangnya 51% daripada ekuitinya adalah dipunyai oleh bumiputera.

Puan Mazidah Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, ini tambahan kepada soalan tambahan saya tadi. Mungkin lebih khusus saya katakan jenis kerja­kerja kontrak yang diberikan ini adakah melebihi pada kerja-kerja huluan ataupun lebih pada kerja-kerja hiliran?

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, kebanyakannya hiliran -kerana huluan itu adalah memerlukan modal yang terlampau banyak dan memerlukan kemahiran yang begitu susah bagi orang-orang kita sendiri untuk mem-perbuatkannya. Tetapi kadang-kadang juga separuhnya daripada aktiviti-aktiviti · huluan ini kita telah berikan kepada bumiputera yang bekerjasama dengan kawan-kawan

mereka daripada syarikat asing iaitu kerjasama di antara konsortium bumiputera dan syarikat-syarikat asing. Kita telah pun membuat satu dasar supaya syarikat-syarikat asing ini akan mengambil kira "local content" iaitu participation daripada pengusaha-pengusaha bumiputera supaya orang-orang kita ini akan mengetahui dengan lebih teliti lagi mengenai industri petroleum di negara kita.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, di antara kontrak.-kontrak PETRONAS yang telah diberikan kepada kontraktor bumiputera, berapa peratuskah kalau ada di antara kontrak-kontrak itu tidak dapat dijalankan? Kalau ada, apakah sebab­sebabnya tidak dapat dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang asal diberikan kontrak itu?

Tuan Kasitah bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bandingkan angka iaitu dalam tahun 1980 dan 1987, kontrak yang telah diberikan kepada kontraktor bumiputera dalam tahun 1980 adalah bernilai febih kurang $402 juta, tetapi nilai yang telah diberikan pada tahun 1987 telah meningkat kepada $1,335.4 juta. Jadi, kalau kita lihat angka ini sudah nyata bahawa telah meningkat peratusan participation bumiputera dalam industri petroleum. Semua kerja-kerja yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor bumiputera ataupun kontraktor-kontraktor Malaysia akan diberikan kepada kontraktor-kontraktor tempatan, tetapi kerja-kerja yang tidak boleh dilakukan ataupun dijalankan oleh syarikat-syarikat bumiputera akan diberi kepada syarikat-syarikat asing. Semua kerja-kerja ini adalah merupakan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi, pelaburan yang tinggi dan juga teknoloji yang sukar didapati di Malaysia setakat ini.

Page 14: PENY ATA RASMI PARLIMEN

385 30 MAC 1988 386

Puan Ainon binti Ariffin: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apakah benar desas­desus yang menyatakan bahawa projek-projek huluan ini banyak benar berlaku cerita-cerita "huluran" at au "under the table".

Tuan Kasitab bin Gaddam: Tuan Yang di-Pertua, tidak benar setakat pengetahuan kita.

CUKAI KEUNTUNGAN BERLEBIHAN SY ARIKAT

9. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kewangan menamakan syarikat-syarika"t yang telah beruntung daripada penghapusan Cukai Untungan Berlebihan.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, . ingin saya memaklumkan bahawa Cukai Keuntungan Berlebihan Syarikat ataupun Excess Corporate Tax sebanyak 3% hanya dihapuskan mulai Tahun Taksiran 1988, iaitu bagi pendapatan yaJJ.g diperolehi oleh syarikat bagi tahun 1987. Borang taksiran cukai pendapatan syarikat bagi tahun taksiran 1988 masih lagi diterima oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri dan sedang di dalam proses untuk ditaksirkan. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk mengetahui syarikat-syarikat yang memperolehi faedah atau keuntungan dari penghapusan Cukai Keuntungan Berlebihan ini.

Puan Law Jack Y oon: Soalan tambahan. Mengenai penghapusan Cukai Keuntungan Berlebihan, berapa banyakkah Kerajaan telah rugi setakat ini?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada timbul kerugian dari segi hal ini, tetapi istilah yang kita gunakan, jika sekiranya dilaksanakan 100%

penghapusan keuntungan berlebihan ini anggaran kehilangan basil pada tahun 1988 dianggarkan lebih kurang $145 juta dan kita jangka dalam tahun 1989 $151 juta dan tahun 1990 $161 juta. ·

UDA DAN PKEN-TUGAS DAN PERANAN

10. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengenal pasti fungsi-fungsi agensi di bawah Kementerian bagi menyelenggarakan perbezaan fungsi seperti UDA dengan PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri) untuk meng~lakkan duplikasi tugas-tugas yang dilaksanakan.

Menteri Perusabaan Awam (Dato Napsiab binti Omar): Tuan Yang di­Pertua, tugas. dan peranan UDA dan PKEN-PKEN sebenarnya adalah berbez~, khususnya di dalam program penyediaan kemudahan ruang-ruang niaga walaupun pada pandangan umum ianya seolah·olah sama di antara satu sama lainnya. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pihak UDA adalah diper-tanggungjawabkan lebih kepada aktiviti-aktiviti untuk pembangunan semula bandar-bandar. Di bawah program ini kebanyakan daripa~a projek-projek UDA adalah leb1h tertumpu kepada kawasan-kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala di negeri-negeri lain projek-projeknya tidaklah sebanyak yang dibangunkan di Kuala Lumpur.

Sebaliknya pula PKEN-PKEN selaku agensi pembangunan · negeri­negeri sungguhpun terlibat di dalam program penyediaan kemudahan ruang-ruang niaga di dalam bandar, akan tetapi projek-projeknya adalah lebih mirip kepada projek-projek baru dan bukannya pembangunan semula

Page 15: PENY ATA RASMI PARLIMEN

387 30 MAC 1988 388

bandar. Di bawah program ini PKEN­PKEN tidak hanya menumpukan pembangunan kepada penyediaan ruang-ruang niaga di dalam bandar sahaja, akan tetapi ianya merangkumi kesemua kawasan di dalam sesuatu negeri berdasarkan kepada keperluan dan permintaan peniaga-peniaga bumiputera. Pembangunan projek­projek di dalam bandar hanyalah merupakan sebahagian sahaja daripada peranannya.

Sekiranya terdapat beberapa buah projek di bandar-bandar tertentu di mana didapati pihak UDA dan PKEN sama-sama membangunkan projek masing-masing, ianya sebenarnya telah dirancang sedemikian rupa dan sememangnya di dalam pengetahuan pihak Kementerian. Ini adalah kerana sebelum sesuatu · projek itu dilaksanakan, pihak Kementerian akan meneliti dan mengkaji secara mendalam objektif dan dayamajunya terlebih dahulu dan sekiranya pihak Kementerian berpuas hati dengannya barulah projek-projek berkenaan diperakukan kepada pihak Perbendaharaan untuk diberikan peruntukan. Oleh yang demikian, soal pertindihan tugas adalah tidak timbul memandangkan kedua-dua agensi berkenaan mempunyai tugas dan peranan yang berbeza walaupun objektif yang hendak dicapai adalah sama, iaitu memperbanyakkan kemudahan ruang niaga kepada peniaga-peniaga bumiputera di dalam bandar khususnya.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat soalan tambahan sedikit. Saya ingin tabu daripada Menteri yang berkenaan, saya difahamkan tiap-tiap negeri selain daripada Wilayah Persekutuan sudahpun ditubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Adakah Kementerian berkenaan bercadang untuk menubuhkan badan yang sama di dalam Wilayah Persekutuan?

Yang kedua soalan saya, oleh kerana Yang Berhormat Menteri sendiri menerangkan bahawa projek UDA banyak ditumpukan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan, saya ingin tabu adakah semua projek­projek di bawah · UDA di dalam kawasan Wilayah Persekutuan ini yang mana Yang Berhormat Menteri sendiri yang bertanggungjawab mengambil tabu secara langsung mahupun dari segi latarbelakang projek itu ataupun sebagainya kerana saya tidak mahu terdapat perselisihan faham antara pemimpin parti yang mendukung Kerajaan sekarang ini dengan Menteri yang berkenaan kalau sekiranya Menteri sendiri diberikan satu gambaran yang salah di atas projek itu kerana ini berlaku di kawasan saya sendiri.

Dato Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi soalan pertama, belum lagi dipertimbangkan dan mungkin tidak akan diwujudkan badan ini.

Yang keduanya, kalau sekiranya ada apa-apa perselisihan ataupun salah faham di antara Kementerian saya dengan Yang Berhormat, silalah datang untuk berjumpa dan be run ding.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah sedikit. Jadi, kalau sudah adapun perjanjian daripada Yang Berhormat Menteri sendiri, masa akan datang saya mintalah kalau ada masalah-masalah yang ditegur oleh pemimpin kawasan itu sendiri kepada Menteri-menteri yang berkenaan, sila panggil kami ke pejabat, jangan bantai balik dalam suratkhabar, ini menimbulkan suasana yang tak baik antara pemimpin dengan Menteri.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan.

Page 16: PENY ATA RASMI PARLIMEN

389 30 MAC 1988 390

Tuan Yang di-Pertua: Dia belum jawab, hendak buat pula soalan tambahan! (Ketawa)

Dato Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, mungkin tidak payah dijawab, kerana saya pun telah menyatakan tadi.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat Menteri sejak memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Awam puas hati dengan prestasi PKEN-PKEN keselu­ruhannya?

Dato Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat maklum, kita sentiasa perlu memperbaiki keadaan dan tidak sepatutnya kita sentiasa berpuashati. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki keadaan.

PEMANDU KERETA-TARAF KEMAHIRAN

11. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan taraf pemandu-pemandu kereta di negara kita, jika tidak, apakah usaha dan tindakan yang akan diambil bagi meningkatkan taraf pemandu di negara kita, sama ada Kementerian menggalakkan penubuhan tapak ujian yang lebih sofistikated.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan berpen­dapat bahawa kemahiran pemandu­pemandu di negara kita perlu ditingkatkan ke taraf yang lebih tinggi untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalanraya. Dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan tersebut dan memperbaiki sikap serta disiplin para

pemandu maka Kerajaan adalah mengambil Iangkah-langkah dan tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) Mengadakan kempen-kempen keselamatan jalanraya khususnya pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.

(ii) Mengambil tindakan penguat­kuasaan ke atas pengguna­pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan lalulintas;

(iii) Kerajaan telah pun memper­kenalkan sistem KEJARA yang bertujuan urituk meningkatkan kesedaran dan disiplin pemandu.

(iv) Memperkenalkan baru-baru ini Kurikulum Baru Sekolah Memandu yang menitik-beratkan kepada sistem pengajaran pemandu moden untuk mengeluarkan pemandu-pemandu yang terlatih dan mahir.

Mengenai penubuhan tapak ujian yang lebih sophisticated, dengan izin, beberapa tapak tanah telah diperolehi untuk membina pejabat-pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang baru, termasuk tapak-tapak ujian yang lebih sophisticated, dengan izin. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program pembinaannya akan dibuat peringkat demi peringkat mengikut peruntukan kewangan dan kemampuan pihak Kerajaan.

Tuan· Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah syarat-syarat untuk sesuatu pihak yang ingin mewujudkan tapak ujian yang lebih sophisticated? Adakah Kementerian membuka kepada semua pihak untuk memohon ataupun ia akan dimonopoli oleh setengah­setengah pihak, misalannya di negeri

Page 17: PENY ATA RASMI PARLIMEN

391 30 MAC 1988 392

Melaka, di mana ada pihak yang memaksa semua murid mesti pergi ke suatu tapak ujian yang sophisticated dengan pungutan bayaran paksaan $20.00 seorang murid.

Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, mengenai tapak ujian yang dikatakan sophisticated, dengan izin, itu tapak ujian adalah dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan tidak dikendalikan oleh individu atau mana­mana institut memandu. Mengenai kes negeri Melaka, oleh kerana tapak ujian yang dipunyai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka diambil balik oleh Kerajaan Negeri Melaka, maka terpaksalah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka ~enggu~akan . tapak yang ada, yang d1punya1 oleh mstitut dan oleh kerana itu sudah tentulah ada bayaran­bayaran yang dikenakan. Untuk ~embina tapak ini memang sudah d1adakan peruntukan membina bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan yang baru bagi negeri Melaka dan sehingga pembinaan ini siap, maka terpaksalah kita menggunakan tapak institut itu seolah-olah seperti kita menyewa tapak tersebut. Saya harap Yang Berhormat tidak salah sangka mengenai perkara ini.

Tuan Ng Peng.Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Ini adalah satu kenyataan yang tidak benar oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ~~rana sebenarnya Kerajaan Negeri tldak berhasrat _ men_gambil_ balik tempat ujian, tetapi ada pihak yang memaksa p~mandu-pemandu dan institut menggunakan tapak swasta itu untuk menjalankan ujian. Oleh itu saya suka meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyiasat dengan lebih terperinci sebelum membuat jawapan.

Dati!} Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah tuduhan yang amat berat yang

d!b.uat oleh Yang Berhormat terhadap dm saya dan juga Kementerian Pengangkutan. Apa makluman yang saya keluarkan adalah makluman rasmi yang saya dapat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama

. ada Kementeriannya bercadang untuk mengadakan, dengan izin, refresher course kepada pemandu-pemandu yang memegang lesen leb~hkurang 20 atau 30 tahun kerana dari masa ke semasa ada pindaan dan perubahan kepada undang-undang jalanraya dan orang-orang telah memegang lesen selama lebihkurang antara 20 hingga 30 tahun mungkin tidak memahami undang-undang baru itu.

Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Kementerian Pengangkutan belum bercadang untuk menganjurkan refresher course, dengan 1zm. Kementerian menganggap bahawa setiap orang yang telah mendapat lesen mestilah sepanjang masa apa­bila mereka hendak menggunakan lesen itu sebagai kebenaran untuk memandu, mestilah mengikuti segala pindaan, segala perubahan yang terdapat dalam Highway Code dan juga pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa dalam Akta Pengangkutan Jalan. Bagi mereka yang lesennya telah mati atau luput selepas daripada 3 tahun terpaksalah diuji semula kerana kalau sesiapa juga tidak memJ*lHYffi -lesen memandu yang sah dianggap bahawa ianya tidak memandu selama tidak mempunyai lesen itu. Oleh kerana itu mereka dikehendaki datang bagi ujian semula.

Tuan Yang di-Pertua: Satu lagi sahaja.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan tambahan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa langkah yang

Page 18: PENY ATA RASMI PARLIMEN

393 30 MAC 1988 394

telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan bagi menanam kesedaran mengutamakan, dengan izin, "Code of Ethics", bagi pemandu­pemandu? Sebab kebanyakan pemandu-pemandu sekarang adalah muda dan mereka memandu kenderaan sangat laju. Misalnya, walaupun hari ini saya memandu kereta saya 80 kilometer sejam di Lebuh Raya, seorang pemandu lelaki terlanggar kereta saya dari belakang. (Ketawa) Saya seorang wanita dan semua wanita juga ada merasai masalah ini. Apabila seorang pemandu lelaki nampak seorang pemandu wanita, dia akan memandu keretanya membelok k.e sini sana, ke kanan dan ke kiri. Adakah Kementerian menekankan kesedaran mengutamakan, dengari izin, Code of Ethics kepada pemandu-pemandu? ...

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja Code of ~thics, bahkan Akta, undang-undang, Peraturan dan kaedah-kaedah lalulintas jalanraya sudahpun disediakan, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiripun meluluskan semua peraturan, Akta dan sebagainya.

Begitu juga usaha-usaha tidak berhenti-henti dijalankan oleh pihak Kementerian dengan kempen oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri, selain daripada kempen­kempen mengadakan dialog dengan persatuan-persatuan, sekolah-sekolah memandu, pengajar-pengajar me­mandu kereta dan begitu juga sekolah-sekolah memandu ter-utamanya institut-institut ke-mahiran memandu ini mengadakan serninar-seminar dan kursus-kursus untuk murid-murid sekolah menengah, yang kita tabu ramai di antaranya membawa motor ke sekolah dan ada juga curi-curi bawa kenderaan bapanya dan sebagainya. Jadi Majlis Keselamatan Jalanraya juga telah pun menjalankan usaha-usaha

menggalakkan tiap-tiap sekolah menubuhkan kelab keselamatan jalanraya untuk melatih anak-anak kita ini dari umur sekecil-kecilnya di sekolah rendah supaya mereka ini akan menjadi pemandu-pemandu yang bertanggun~!;jawab yang berhemat di jalanraya, tidak hanya mementingkan diri sendiri dan tidaklah hentam kereta orang dari belakang, seperti kata Yang · Berhormat itu tadi.

DEWAN BANDARAY A KUALA LUMPUR-LEMBAGA

PENASIHAT

12. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Akta lbu Kota 1961 akan dipinda agar satu majlis/lembaga yang menyerupai fungsi Majlis Perbandaran dapat ditubuhkan di Kuala Lumpur demi meringankan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang sedia ada.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidaklah seperti Majlis­majlis Perbandaran yang lain di negara ini. Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya dan lbu Kota negara Malaysia di mana· berpusatnya segala kegiatan ekonomi, politik, kebudayaan dan pentadbiran negara. Oleh hal yang demikian, semenjak berkuatkuasanya Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, Lembaga Penasihat Kuala Lumpur yang terdiri daripada 12 orang telah ditubuhkan. Lembaga ini adalah bertanggungjawab untuk menasihati Data Bandar mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong dan juga mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Menteri yang bertanggungjawab. Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ini telah dapat melaksanakan

Page 19: PENY ATA RASMI PARLIMEN

395 30 MAC 1988 396

peranannya pentadbiran Lumpur.

dalam memban.tu Bandaraya Kuala

Dengan keputusan Kerajaan meletakkan pentadbiran Dewan Bandaraya di bawah Jabatan Perdana Menteri telah dapat meningkatkan pentadbiran Dewan Bandaraya dalam mentadbirkan Kuala Lumpur. Oleh itu

. Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta yang sedia ada sekarang ini.

Tuan Azman Atar bin Othman: Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat, walaupun Kerajaan tidak bercadang untuk hendak meminda Akta lbu· Kota tetapi oleh kerana keadaan suasana kami penduduk Wilayah ini merasai, terutamanya dari segi fungsi­fungsi Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya yang mana tidak pernah memuaskan hati kepada kami, jadi adakah Yang Berhormat boleh berusaha di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan satu perjumpaan kenai mesra antara pemimpin-pemimpin parti yang mendukung Kerajaan dengan Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya ini supaya kami boleb menasihati mereka supaya mereka betul-betul menjalankan tugas, sebagai penasihat kepada Dewan Bandaraya?

Tuan Othman bin Abdul: Insya Allah, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Ahli Yang Berhorm.at sendiri pun boleh melakukan ini dengan Datuk Bandar ataupun bolehlah saya ber­usaha untuk menemukan Ahli-ahli Jawatankuasa ini dengan Ahli Yang Berhormat berkenaan.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan saya ialah mengapa Majlis Bandaran ditupuhkan di Labuan?

Soalan tambahan kedua, bagaimana perlantikan Ahli-ahli Majlis Bandaran Labuan dibuat?

Soalan tambahan ketiga, sedarkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bahawa dengan adanya per-!<:hidmatan ahli-ahli Majlis Bandaran seperti Kuala Lumpur, Barisan Nasional akan mencapai kemenangan lebih besar atau akan menang semua kerusi dalam pilihanraya umum akan datang?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, dalam soal Labuan, Labuan adalah di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan, jadi suatu jawatankuasa terpaksa ditubuhkan bagi mengendalikan Majlis Bandaran Labuan itu sendiri.

Bagi soalan yang kedua, perlantikan ahli-ahli Majlis Bandaran adalah bergantung kepada pemilihan yang akan dibuat oleh Menteri berkenaan. Jadi soal ditolak atau tidak diterima itu adalah bergantung kepada Kerajaan- bagi menimbangkan perlantikan itu.

Soalan ketiga, bahawa Barisan Nasional akan menang semua kerusi di Wilayah Persekutuan kalau sekiranya dilantik suatu jawatankuasa, ini saya tidak yakin kerana di dalam keadaan lain, di tempat-tempat lain, bandar­bandar yang lain-bandar Seremban misalnya-ada Jawatankuasa Majlis Bandaran tetapi Barisan Nasional kalah juga. Jadi, tidak semestinya dan tidak boleh menjamin bahawa kita boleh menang kalau kita melantik jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu.

PEMBELIAN TIKET MAS Dl LAPANGANTERBANG ANTARA­

BANGSA SUBANG

13. Dr Nordin bin Selat minta Menteri Pengangkutan menerangkan kenapa seseorang itu terpaksa mengambil masa yang lama untuk membeli tiket kapalterbang di Lapanganterbang Antarabangsa Subang.

Page 20: PENY ATA RASMI PARLIMEN

397 30 MAC 1988 398

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, bagi pembelian tiket MAS di Lapanganterbang Antarabangsa Subang, Pihak MAS sememangnya memberi perhatian berat bahawa beberapa kaedah yang disediakan tidak menyusahkan orang ramai dan dengan ini mempastikan bahawa seseorang penumpang itu diberi layanan dengan segera. Mengikut amalan biasa, urusan pembelian tiket di kaunter-kaunter tiket MAS mengambil masa hanya 2-3 minit sahaja. Walau bagaimanapum, semasa waktu kesibukan adakalanya orang ramai terpaksa menunggu dalam barisan selama hingga 5 ataupun 10 minit sebelum dapat dilayani.

Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua 6 kaunter tiket MAS adalah dibuka semasa waktu kesibukan. Suka saya meyakinkan Yang Berhormat bahawa Kementerian Pengangkutan akan terus mengawasi perkara ini dan tindakan yang sewajarnya akan diambil jika perlu bagi tujuan memperbiki keadaan di waktu-waktu sibuk.

Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Timbalan Menteri, kenapakah pesara-pesara masih memerlukan masa yang lama untuk membeli tiket?

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pesara-pesara 1m diberi diskaun sehingga 50%, maka sudah tentulah keutamaan mesti diberikan kepada orang yang membayar penuh. Namun begitu, sekiranya tempahan dibuat seminggu sebelum, ianya dapat menentukan bahawa seseorang itu boleh mendapat tempat.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Saya ingin menyambung soalan Yang Berhormat itu tadi i~itu tidakkah boleh kita gunakan keistimewaan yang

diberi kepada pesara ini bila ada sesuatu kecemasan kerana bila ada kecemasan, peluang keistimewaan ini hendak digunakan oleh pesara, bolehkah atau tidak?.

Kedua, saya ingin tahu dapatkah isteri kepada pesara menggunakan keistimewaan ini?

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, setahu saya isteri kepada pesara tidak diberikan keistimewaan kecuali beliau juga adalah pesara atau lebih daripada umur 55 tahun.

Keistimewaan dari segi kecem<tsan ini bergantung kepada keadaan kecemasan terse but dan ianya mestilah disahkan dan boleh dipertimbangkan.

MALAYSIA DALAM MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA

BERSATU

14. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejauh manakah basil dari usaha beliau melobi negara-negara Anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai menyertai wakil Malaysia menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan untuk merebut jawatan Pengarah bagi Rantau Asia dan Pasifik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga untuk jawatan Setiausaha Agung Suruhanjaya ekonomi, Sains dan Kebudayaan bagi Ran tau Asia Pasifik (ESCAP).

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak Menteri Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sedang meningkatkan kegiatan melobi untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha Malaysia mendapatkan tempat di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (MKBB) bagi penggal 1988-1989. Pemilihan akan dibuat semasa

Page 21: PENY ATA RASMI PARLIMEN

399 30 MAC 1988 400

Persidangan Agung (General Assembly) yang ke-43 yang akan diadakan mulai bulan September yang akan datang ini. Usaha melobi akan berterusan sehingga peringkat pemilihan dalam bulan September kerana banyak negara-negara yang hanya membuat keputusan mereka pada saat-saat yang terakhir.

Harapan Malaysia menduduki kerusi di PBB adalah baik, berasaskan kepada sokongan-sokongan yang telah diterima dan ramalan sokongan yang dijangka akan diterima semasa pengundian kelak.

• Mengenai pencalonan Malaysia bagi

jawatan Pengarah Rantau Pasifik Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, usaha-usaha melobi negara-negara ahli WHO Rantau Pasifik Barat telah dipergiatkan. Kebanyakan negara-negara tersebut mengalu-alukan pencalonan kita tetapi memandangkan pengundian akan diadakan pada bulan September 1988 dan tarikh tersebut masih jauh lagi, maka dengan itu setengah negara­negara terse but bel urn lagi menyatakan sokongan mereka secara terbuka.

Untuk makluman Yang Berhormat, jawatan di mana Malaysia ingin mengambilalih di Suruhanjaya Ekonomi Sosial bagi Rantau Asia Pasifik (ESCAP) iala\1 jawatan Setiausaha Eksekutif dait bukannya Setiausaha Agung.

Malaysia masih lagi dalam proses melobi negara-negara ahli kerana Setiausaha Eksekutif ESCAP sekarang 1m akan mengosongkan jawatan tersebut hanya pada tanggal 31 Disember 1988 nanti. Buat masa ini kebanyakan daripada negara-negara ahli mengalu-alukan niat Malaysia. Pada peringkat ASEAN pula, Malaysia masih lagi melobi bagi mendapatkan sokongannya. Menteri Luar Negeri sendiri telah mengutus surat kepada Menteri Luar Thailand

selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap ASEAN, untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan sokongan tersebut.

INDUSTRI KECIL

15. Cik Norani binti Haji Beluah minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mendirikan lndustri Kecil secara berkumpulan di antara Rancangan­rancangan FELDA di negara ini; dan Industri yang akan didirikan itu hendaklah ada hubungan kaitnya dengan jenis pengeluaran hasil di setiap Rancangan FELDA yang menyertai rancangan tersebut.

Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah memang ada pada dasarnya mengadakan strategi bagi menggalakkan kesemua agensi-agensi Lembaga Kemajuan Wilayah yang terdapat dalam Kementerian supaya mewujudkan industri-industri kecil di kawasan di mana agensi-agensi tersebut bertugas. Ini termasuklah agensi seperti FELDA.

Sebagai contoh FELDA telah pun mengadakan industri-industri kecil yang merupakan industri kraftangan dan lain-lain. 3 buah pusat kraftangan ini telah pun diwujudkan iaitu:

(i) FELDA Trolak, Perak;

(ii) FELDA Jerangau, Tereng­ganu; dati

(iii) FELDA Adela, Johor.

Industri-industri kecil 1m adalah bertujuan untuk menampung ataupun menjadi pusat untuk mengeluarkan kraftangan yang dapat diusahakan oleh peneroka dan masyarakat rancangan dengan menggunakan bahan-bahan

Page 22: PENY ATA RASMI PARLIMEN

401 30 MAC 1988 402

tempatan seperti rotan, mengkuang dan jahitan. Hasil daripada perusahaan ini dipasarkan di peringkat rancangan sendiri ataupun disalurkan melalui agensi Kerajaan seperti Perbadanan Pemasaran Kraftangan, Karyaneka dan lain-lain agensi. Di samping itu FELDA juga merancangkan beberapa perusahaan lain yang menggunakan bahan-bahan tempatan dan juga menggunakan tenaga pekerja yang terdapat dari kalangan anak-anak peneroka sendiri. Kesemua perusahaan-perusahaan kecil mt memerlukan perancangan dengan teliti serta pemasaran yang perlu diuruskan dengan teratur dan baik. Oleh sebab itu, kajian-kajian perlu digunakan terlebih dahulu sebelum mana-mana perusahaan kecil dapat dilaksanakan.

Tujuan perusahaan-perusahaan kecil ini dijalankan adalah di antara lain memberi peluang pekerjaan kepada anak.anak dan generasi kedua peneroka yang ramai terdapat di rancangan. Di samping itu, memberi peluang kepada peneroka untuk menambahkan lagi pendapatan serta kedudukan ekonomi masyarakat itu sendiri.

PEMBAKARAN MERCUN

16. Puan Salbiah binti Md. Akim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Menteri dalam Negeri cuba mengatasi atau lebih mengetatkan kuatkuasa pembakaran MERCUN dalam masa sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan lain perayaan yang mana ada membakar mercun dan bunga api, kerana memandangkan banyak harta dan rumahtangga kebakaran dan ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang cedera, ada yang kudung tangan, jari dan mencederakan anggota dan ada yang buta mata dan lain-lain. Apa yang diketahui bahawa ada negara jiran tetangga sangat ketat undang-undangnya kerana menjaga keselamatan dan kebersihan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan kecederaan dan kemalangan yang berlaku ketika musim perayaan adalah berpunca daripada letupan meriam buluh atau meriam besi buatan sendiri, bukannya akibat pembakaran mercun. walau bagaimanapun, Kementerian ini dari masa ke semasa akan mengetatkan syarat-syarat pembakaran mercun sekiranya terdapat banyak berlaku kecederaan.

Tuan Azumu bin Tak: Tl m Yang di­Pertua, soalan tambahan, bagaimana pula tindakan terhadap orang-orang yang bermain meriam buluh ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, jikalau sekiranya laporan diterima oleh pihak Polis dania menjejaskan keselamatan awam, maka pihak Polis akan mengambil tindakan.

Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya tertarik hati dengan jawapan Yang Berhormat tadi, tetapi bukan kerana meriam buluh sahaja.

Di Pulau Pinang baru-baru ini telah berlaku kebakaran 6 buah gerai kerana pembakaran mercun dan seorang daripadanya buta mata, bukan budak­budak tetapi orang tua. Jadi inilah sebabnya saya membuat soalan kerana selain daripada kanak-kanak, orang­orang dewasa pun kena akibat daripada mercun.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, memang banyak cerita-cerita yang kita dengar, tetapi apabila kita siasat, kita dapati bahawa punca kemalangan itu bukan daripada memasang mercun, tetapi daripada menggunakan meriam buluh dan juga meriam besi. Masalahnya ialah memang banyak kejadian-kejadian berlaku, tetapi tidak ada siapa

Page 23: PENY ATA RASMI PARLIMEN

403 30 MAC 1988 404

yang ingin membuat laporan secara rasmi kepada pihak Polis sehingga saya minta perangkaan ini dari pihak Polis pagi tadi-tidak ada laporan mengenai pembakaran mercun yang telah dilaporkan oleh pemain-pemain mercun atau keluarga yang bermain mercun.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kurang meriah sesuatu perayaan itu tanpa pembakaran mercun?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, masalahnya kita kena tabu sedikit sejarah mengapakah mercun ini dibenarkan pada tahun lepas. Oleh kerana Kerajaan Sarawak telah memohon secara rasmi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya jangan dibatalkan permainan mercun di Sarawak, dan permohonan itu telah diterima. Jadi kalau sekiranya di Sarawak boleh bermain mercun, tiba-tiba di Sabah dan Semenanjung tidak boleh bermain mercun, kita t~dak mahu menunjukkan di mata dunia bahawa Sarawak dalam keadaan yang aman damai, tetapi Semen an jung dan Sa bah ketenteraman tidak terkawal. Dengan sebab itu kita dapati bahawa untuk menjaga imej dan sebagainya, kalau Sarawak boleh dibenarkan juga keadaan di Semenanjung dan Sabah kita lihat dalam keadaan aman dan damai, mengapa pula kita hendak haramkan permainan mercun waktu perayaan dan tidak menjejaskan ketenteraman awam di Semenanjung dan di Sabah.

Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia: Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan! Ya, satu sahaja sebab masa sudah cukup. Beri peluang orang Sabah, sila sambung.

Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia: Tuan Yang di-Pertua, pada Tahun Baru Cina yang lalu di Sabah duit atau ongkos untuk mercun dianggar lebih kurang $12 juta. Soalan saya ialah adakah Timbalan Menteri bersetuju dengan saya bahawa membakar mercun itu serupa juga dengan membakar duit?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita haramkan mercun, orang main juga, wang terbakar juga dan Kerajaan tidak dapat duit apa-apa. Bila kita halalkan orang membakar mercun dan setelah kita "check" semua import daripada orang yang membawa masuk mercun kita dapat cukai. Jadi bermakna dari mercun itu dapatlah kita cukai, Kerajaan dap,at wang daripada kemasukan mercun ini. Terima kasih. (Tepuk).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Pertanyaan­pertanyaan bagi J awab Mulut sudahpun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 17 hingga 66 adalah diberi di bawah ini).

PINJAMAN SKIM TABUNG PELABURAN BARU

17. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kecapaian menerusi kemdahan-kemudahan pinjaman melalui Skim Tabung Pelaburan Baru (TPB) yang dilancar oleh Kerajaan dalam tahun 1985 berjaya memberi sumbangan kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi dan galakan eksport negara.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Sebagaimana Ahli Yang Berhormat, sedia maklum Skim Tabung Pelaburan Baru (TPB) telah dilancarkan pada

Page 24: PENY ATA RASMI PARLIMEN

405 30 MAC 1988 406

17hb September 1985, iaitu semasa kemelesetan · ekonomi berada di peringkat yang paling teruk di mana semua sektor utama dalam ekonomi mengalami kadar pertumbuhan negatif dan tahap pelaburan swasta adalah tidak menggalakkan. TPB adalah merupakan langkah Kerajaan untuk memperbaiki keadaan terse but dengan objektif-objektif yang berikut:

(i) menggalakkan pelaburan-pelaburan bagi kapasiti pengeluaran yang baru di dalam sektor-sektor pembuatan, pertanian, pelancongan dan perlombongan; dan

(ii) membiayai pelaburan-pelaburan tersebut pada kos yang berpatutan.

Jumlah yang diluluskan di bawah TPB pada 31hb Disember 1987 adalah sebanyak $1,314 juta untuk 397 projek. Pinjaman-pinjaman ini dikeluarkan bagi membiayai projek-projek yang menelan belanja sebanyak $2,600 juta.

TPB telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk menambah pelaburan baru di masa kekurangan mudah tunai dan kadar faedah yang tinggi. Selepas dua tahun berturut­turut mengalami kemelesetan iaitu pada tahun 1985 dan 1986, pelaburan swasta telah pulih dengan pertumbuhan sebanyak 4.4% bagi tahun 1987. Manakala eksport meningkat sebanyak 25.9% bagi tahun yang sama.

KAD PENGENALAN-MENUKAR BENTUKBARU

18. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah masanya program untuk mengubah kad pengenalan yang ada sekarang ini supaya sesuai dengan kehendak zaman (berwarna serta tahan lasak).

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan memang bercadang untuk menukar kad pengenalan sekarang kepada bentuk baru yang lebih menarik dan bermutu tinggi. Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat persiapan untuk melaksanakan program tersebut. Walau bagai-manapun, tarikh sebenar pelaksanaannya belum dapat ditentukan kerana keputusan tender membeli komputer untuk program ini ditangguh.

ASKAR WATANIAH­PELEPASAN KAKITANGAN

19. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah tindakan yang dikenakan oleh Kerajaan kepada majikan atau jabatan yang menghalang kakitangan atau pekerja mereka dari menjalankan tugas sambilan atau sepenuh masa dalam pasukan simpanan tentera darat (PSTD); dan

(b) kenapakah tidak diserapkan sahaja tugas Pegawai dari Pelapis oleh Kementerian Pertahanan bagi membantu mengatasi masalah pengang­guran siswazah di negara ini.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha):

(a) Memang terdapat majikan yang berkeberatan untuk memberi pelepasan kepada kakitangan atau pekerja mereka yang menjadi anggota sukarela di dalam Rejimen Askar Wataniah Malaysia atau apa yang kini lebih dikena:li sebag~ Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) untuk mengikuti

Page 25: PENY ATA RASMI PARLIMEN

407 30 MAC 1988 408

latiban-latiban atau kursus­kursus kerjaya yang disediakan. Jabatan-jabatan Kerajaan pada amnya telab pun mematubi surat pekeliling yang telab dikeluarkan oleb Ketua Setiausaba Negara babawa kakitangan-kakitangan Ke-rajaan yang menyertai pasukan sukarela seperti Pasukan Simpanan Tentera Darat perlu diberi pelepasan untuk membolebkan mereka mengikuti latiban-latiban dan kursus-kursus yang telab diatur dan disediakan.

Bagaimana perkara ini banya ketara di kalangan majikan swasta. Pada masa ini tiada sebarang tindakan yang telab diambil terbadap mana-mana majikan yang tidak memberi pelepasan kepada kakitangan atau pekerja mereka untuk mengikuti latiban-latiban atau kursus-kursus yang disediakan itu. Ini adalab disebabkan pada masa ini tiada terdapat sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan majikan untuk memberi pelepasan yang dimaksudkan. Apa yang lebib penting adalab usaba-usaba perlu dijalankan untuk memberi kesedaran kepada rakyat terutamanya kepada majikan­majikan tentang pentingnya pertabanan negara dan peranan yang telab dimainkan oleb mereka: Majikan juga perlu disedarkan babawa kegiatan atau latiban-latiban yang dilaksanakan di dalam Rejimen Askar Wataniab boleb membantu mereka membina/ membaiki sifat positif dan berdisiplin di kalangan kakitangan atau pekerja-pekerja mereka. Usaba-usaba ke arab ini sedang dipergiatkan oleb Kementerian Pertabanan.

Dari segi keperluan kekeraban sepenub masa dewasa m1 kita tidak mengbadapi masalab mendapat tenaga manusia untuk dikerah menjalankan tugas-tugas yang telab diberikan kepada Askar Wataniab. Keraban sepenubnya masa yang dibuat masa kini adalab keraban individu bagi memenubi keperluan-keperluan keselamatan tertentu sabaja. Pad a ma'!la ini keutamaan adalab diberikan kepada mereka yang tidak bekerja untuk dikerab sepenub masa. Ini adalab bertujuan supaya mereka yang bekerja dapat meneruskan perkbidmatan mereka ke arab perkembangan ekonomi dan pembangunan di samping tidak menjejaskan kerjaya tetap mereka. Jika ada keperluan kelak, peruntukan undang­undang untuk memaksa majikan swasta melepaskan pekerja­pekerja mereka untuk tujuan ini boleblab diusabakan. Masa kini keperluan tersebut belum timbul. Bagaimanapun jika ada keperluan keraban umum, peruntukan mendapatkan tenaga untuk dikerab sepenubnya masa sudab pun ada melalui pengisytibaran oleb Duli Yang Maba Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

(b) Pada masa ini Angkatan Tentera Malaysia tidak mempunyai perjawatan yang kosong untuk menerima semua pegawai lepasan PELAPES yang sedang menganggur untuk berkbidmat sebagai pegawai tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pengambilan pegawai-pegawai dan Anggota ke dalam Angkatan Tentera Malaysia. adalab berasaskan kepada perjawatan dan juga kekosongan yang terdapat dari

Page 26: PENY ATA RASMI PARLIMEN

409 30 MAC 1988 410

perjawatan tersebut. Di · sampmg itu perlaksanaan pengambilan pegawai-pegawai dan anggota adalah berasaskan kepada satu program jangka panjang. Dalam konteks ini, Angkatan Tentera Malaysia juga mempunyai skim biasiswanya sendiri yang telah pun dimulakan sejak tahun 1980. Pemegang-pemegang biasiswa tersebut kini telah pun mula menamatkan pengajian mereka dan dengan itu keutamaan terpaksalah diberikan kepada mereka untuk mengisi sebarang kekosongan yang terdapat _ di dalam perjawatan yang wujud, Walau bagaimanapun setakat ini seramai 56 orang pegawai lepasan PELAPES telah pun diterima untuk berkhidmat sebagai kerahan penuh masa untuk mengisi berbagai perjawatan.

PENCEROBOHAN BOT PUKAT TUNDA

20. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Pertanian menyatakan mengenai Pencerobohan Kawasan Pantai oleh Bot-bot besar:

(i) Sejauhmana tindakan ke arab membasmi pencerobohan ini telah dijalankan di Pantai Barat.

(ii) Berapakah jumlah bot-bot yang telah diambil tindakan dan jumlah wang denda yang telah dipungut.

(iii) Dari jumlah bot yang ditangkap berapakah jumlah bot yang dirampas dan apa­kah tindakan Kerajaan se­lanjutnya terhadap bot-bot yang dirampas itu.

(iv) Sejauhmana tindakan-tindakan yang telah dija!ankan oleh Kerajaan itu telah berjaya mengurang dan menentukan supaya tidak Jagi . berlakunya pencerobohan kawasan pantai.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee):

(i) Tindakan membanteras pen­cerobohan bot-bot besar, khususnya bot pukat tunda ke dalam kawasan perairan pantai telah dibuat dengan cara bukan sahaja rondaan biasa tetapi juga operasi­operasi khas yang diadakan dengan pihak Polis. Rondaan­rondaan harian telah pun dipertingkatkan dan Operasi-operasi Bersama yang dijalankan termasuklah Operasi Naga dan Operasi Buru 4/88 dan 5/88.

(ii) Bilangan bot yang telah diambil tindakan dan jumlah kompaun yang dipungut adalah:

(a) 1987 = 295 kes; jumlah kompaun = $872,038

(b) 1988 = 258 kes; jumlah kompaun = $324,000 (hingga 17-3-88)

(iii) Bot-bot yang dirampas bagi tempoh 1987 sehingga 17hb Mac, 1988 berjumlah 50 buah dan kesemuanya ditengge­lamkan sebagai Tukun Timan.

(iv) Masalah pencerobohan bot­bot tunda ke dalam kawasan perairan pantai, yang mana juga merupakan zon-zon larangan telah dapat dibendong. Tetapi masalah ini sudah pasti tidak dapat dihapuskan 100% kerana terdapatnya segolongan

Page 27: PENY ATA RASMI PARLIMEN

411 30 MAC 1988 412

nelayan yang masih engkar mematuhi undang-undang dan mementingkan diri mereka sendiri tanpa menghormati juga undang-undang yang ada. Kerajaan tidak akan bertolak ansur di dalam perkara ini dan akan terus mengambil tindakan-tindakan positif di dalam mengatasi masalah ini.

KERJA KRAFTANGAN

21. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah ada sebarang cadangan oleh Kementerian yang berkenaan agar pelajar-pelajar sekolah vokasional di negara ini akan diajar/dilatih untuk mempelajari "KERJA-KERJA KRAFfANGAN", dari bahan-bahan kayu, rotan, buluh, pandan, mengkuang kerecut dan menerong. Sehingga pelajar-pelajaT tersebut akan mahir. Dan dapatlah mereka membuat kerja-kerja itu kelak secara KOMERSEL", apabila mereka tamat sekolah nanti. Atau mereka akan diberi peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut sama ada dalam atau luar negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendidikan pelajar­pelajar Sekolah Menengah Vokasional di negara ini kebanyakannya tertumpu kepada bidang-bidang Ketukangan Kejuruteraan dan bukan dalam kerja­kerja kraftangan. Walau bagai­manapun ciri-ciri kraftangan ada dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Senireka dan Kursus Membuat Perabot yang akan dilaksanakan pada tahun 1989 dan 1990 Insya Allah.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Vokasional pada amnya boleh menyambung pengajian di dalam dan luar negeri.

SUAMI ASING KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA

22. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa orang lelaki bukan warganegara Malaysia yang menjadi suami kepada warganegara wanita, tidak diberi status/taraf yang sama dengan wanita yang bukan warganegara lelaki dan mendapatkan visa setahun yang boleh dibaharui.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan tidak memberi kemudahan istimewa kepada suami asing · sepertimana yang diberikan kepada isteri asing warganegara Malaysia atas alasan isteri sepatutnya mengikut suami dan bukan sebaliknya. Oleh kerana wanita Malaysia bersuamikan lelaki asing adalah menjadi kewajipan si suami membawa pulang dan tinggal di negara asalnya.

PROTONSAGA-PENGELUARAN

23. Puan Ha.ijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak "HICOM" iaitu Perusahaan Otomobil Nasional bercadang mengeluarkan kereta­kereta PROTON SAGA di bawah 1300 kuasa kuda pada masa akan datang untuk pasaran tempatan, khususnya yang berpendapatan sederhana.

Tuan Kasitah bin Gaddam: Buat masa ini, Kerajaan berpuashati dengan pengeluaran kereta PROTON SAGA yang sedia ada, iaitu model di antara 1300 hingga 1500 c.c. Oleh itu pihak PROTON belum bercadang untuk mengeluarkan kereta di bawah 1300 c. c.

(Soalan No. 24. Sila lihat jawapan No. 3 pada 29-3-88).

Page 28: PENY ATA RASMI PARLIMEN

413 30 MAC 1988 414

IMPORT DAGING LEMBU DANKAMBING

25. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom· minta Menteri Pertanian menyatakan benarkah Malaysia masih kekurangan jumlah yang banyak daging lembu dan kambing:

(a) berapakah jumlah kos pembelian bahan tersebut;

(b) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengurangkan peng­importan bahan ini; dan

(c) benarkah sistem lembu pawah sekarang ini telah dibekukan. Jika benar apakah sebabnya. Adakah sistem ini gaga! atau ada penyelewengan.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Malaysia ketika ini masih mengimport kira-kira 50% daging lembu dan 80% daging kambing untuk memenuhi keperluan negara. Pada tahun 1986, import daging lembu dari beberapa negara berjumlah sebanyak 19,200 tan yang mana bernilai $60.4 juta. Import daging kambing pula berjumlah 6,471 tan dan bernilai $38.8 juta.

Kerajaan memang merancang _beberapa program penternakan lembu dan kambing, termasuk biri-biri supaya negara tidak terus bergantung kepada bekalan daging import. Penternak lembu pembiak secara pawah dan perladangan, program penggemukakan lembu secara fidlot dan penternak biri-biri secara integrasi dengan tanaman kelapa sawit dan getah adalah di antara program­program yang telah dan sedang dijalankan.

. Adalah tidak benar program penternak lembu secara pawah telah diber.hentikan. Sistem yang lama di mana 1-3 ekor lembu atau 3-5 ekor kambing dipawahkan kepada seorang penternak telah didapati kurang berkesan di dalam-menambah bilangan

ternakan tersebut. Oleh itu, sistem ini diubahsuai dengan memberi pawah bilangan yang lebih besar supaya penternak akan lebih bercorak komersial. Bilangan minimum bagi penternak yang layak dan berkebolehan ialah 10 ekor lembu a tau 50 ekor kambing biri-biri. Oleh yang demikian bilangan penternak yang akan diberi pawah berkurangan. Tidak ada kegagalan atau penyelewangan berlaku; sebaliknya, perkembangan industri penternakan di ilegara ini sedang terus berkembang dengan bermatlamatkan peratusan saradiri yang lebih tinggi dan juga untuk eksport.

Populasi Bebiri dan Lembu (Semenanjung Malaysia)

Tahun Bebiri Lembu

1980 59,283 383,197

1981 64,783 392,642

1982 61,380 410,174

1983 59,732 425,306

1984 68,371 453,848

1985 78,305 454,428

1986 90,359 461,121

Sumber: DVS

KWSP-CARUMAN BUMIPUTERA DALAMASN

26. Tuan Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan selanjutnya mengenai cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk wang caruman dilaburkan oleh pencarum Bumiputera ke Amanah Saham N asional ( ASN). Jika rancangan ini dilaksanakan tentu memberi banyak menafaat kepada pencarumnya.

Tuan Mohamed Farid bin Arimo: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pasukan Petugas Lembaga KSWP telah mengkaji beberapa skim pengeluaran baru, ini termasuklah

Page 29: PENY ATA RASMI PARLIMEN

415 30 MAC 1988 416

pengeluaran bagi membolehkan pencarum Bumiputera melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN). Walau bagaimanapun Pasukan Petugas tidak memperakui pelaksanaan skim pengeluaran ini, memandangkan bahawa segala skim pengeluaran yang dilaksanakan oleh KWSP hendaklah selaras dengan objektif utama penubuhan KSWP, iaitu menjamin bekalan kewangan di hari tua.

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

27. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kewangan menyatakan iaitu, walaupun Kerajaan sedang melaksanakan dasar penerapan nilai-nilai Islam dengan bersungguh­sungguh, malangnya serentak dengan program ini, kegiatan perjudian kian bertambah malah lebih berterang­terang. Mengapa hal ini berlaku. Tidakkah usaha mengurangkan aktiviti judi ini dijalankan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang sedang menjalankan dasar penerapan nilai­nilai Islam secara bersungguh­sungguh. Dalam pada itu, adalah diakui bahawa kegiatan perjudian masih berlaku. Ada yang beroperasi secara halal, melalui lesen-lesen yang diluluskan oleh Kerajaan dan ada juga yang bergiat secara haram. Oleh kerana kegiatan perjudian tidak boleh dihapuskan sama sekali, Kerajaan telah pun menetapkan tempat-tempat tertentu untuk orang-orang_ bukan Islam berjudi, tetapi selain dari tempat-tempat ini ada tempat-tempat lain di mana kegiatan judi terdapat. Pihak polis pernah membuat anggaran bahawa nilai wang yang dipertaruhkan di dalam perjudian haram ini ialah kira­kira 5 ribu juta setahun.

Oleh itu, untuk mengurangkan kegiatan judiharam ini, Kerajaan terus membenarkan beberapa pihak seperti

Genting dan Kelab Lumba Kuda untuk mengendalikan kegiatan perjudian. Walaupun tempat-tempat perjudian ini disediakan untuk orang-orang bukan Islam, Kerajaan mengakui bahawa ada orang Islam yang berjudi. Adalah mustahil bagi Kerajaan menghapuskan sama sakali kegiatan perjudian dan menguatkuasakan larangan ke atas orang Islam untuk berjudi. Di samping itu terdapat juga pegawai-pegawai penguatkuasa dari Unit Perjudian Perbendaharaan yang bertugas di Kasino, Genting Highlands yang bertugas memerhati dan mengawasi orang-orang Islam tempatan· supaya tidak berjudi di Kasino dan sekiranya mereka berbuat demikian mereka akan ditangkap. Walau bagaimanapun, pihak-pihak berkenaan, termasuk polis sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kegiatan judi haram.

PENY AKIT AIDS

28. Pulau Law Jack Yoon minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah perkembangan terbaru tentang penyakit AIDS · di negara kita;

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal penyakit yang merbahaya ini;

(c) adakah Kementerian bercadang mengadakan ujian AIDS terhadap setiap orang asing sebelum dibenarkan memasuki negara kita.

Cik Teng Gaik Kwan:

(a) Tidak ada perkembangan terbaru dalam penyakit AIDS di ~alaysia.

(b) Langkah-langkah untlik me­ngawal keadaan adalah seperti yang telah diumumkan dahulu.

(c) Pada masa ini Kementerian tidak bercadang mengadakan UJian AIDS terhadap setiap

Page 30: PENY ATA RASMI PARLIMEN

417 30 MAC 1988 418

orang asing sebelum di benarkan memasuki negara kita. Tindakan seperti ini telah pun dikaji di peringkat antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah menekankan bahawa cara yang paling efektif sekali untuk mencegah kemasukan dan merebaknya penyakit AIDS di satu-satu negara itu ialah melalui pelajaran kesihatan tentang cara-cara jangkitan penyakit AIDS, dan juga menentukan bahawa darah atau basil darah yang didapati di dalam negeri ataupun yang diimport daripada luar negeri untuk kegunaan pesakit-pesakit adalah bebas daripada kuman AIDS. Kedua­dua strategi yang disyorkan oleh WHO itu telah dan terus dilaksanakan oleh Kementerian.

HOSPITAL DAERAH KEKURANGAN DOKTOR/

DOKTOR PAKAR

29. Toan Lao Keng Siong minta Menteri Kesihatan menyatakan kebanyakan hospital di seluruh Malaysia, khasnya hospital Daerah, sentiasa kekurangan doktor-doktor dan doktor pakar. Doktor-doktor yang telah dalam perkhidmatan sentiasa diperlu bekerja lebih masa yang mana bekerja teruk seperti ini boleh mengganggu togas yang lebih utama dan berkesan. Apa langkah yang akan diperlukan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk -mengatasi masalah ini.

Cik Teng Gaik Kwan: Kementerian Kesihatan amat sedar tentang beban togas yang makin bertambah di kalangan Pegawai-pegawai Perubatan kita yang makin bertambah di kalangan Pegawai-pegawai Perubatan kita yang memerlukan mereka sentiasa bekerja lebih masa. Menyedari keadaan ini Kementerian telah pun mengkaji

semula norma-norma perkhidmatan Pegawai Perubatan yang ada di Hospital-hospital dan Pusat-pusat Kesihatan kita sekarang ini untuk disesuaikan dengan beban tugas, saiz hospital, bilangan katil dan pesakit yang ada pada setiap hari. Dalam pada itu, Kementerian juga terpaksa melihat secara realistik dari segi bilangan lulusan siswazah perubatan yang ada setiap tahun yang dapat dilantik berkhidmat dengan Kerajaan. Pada masa ini Kerajaan telah berjaya mendapatkan 450 calon-calon tempatan yang baru setiap tahun untuk dilantik berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan setiap tahun. Angka ini makin na:ik sedikit dalam masa yang akan datang.

Dengan perlantikan mereka ini ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan, Kementerian berharap dapat mewujudkan keadaan bekerja yang lebih selesa untuk doktor-doktor.

PELA WAT HOSPITAL

30. Poan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa lamakah ahli-ahli pelawat di Rumah-rumah Sak~t yang dilantik dari negeri, diluluskan.

Cik Teng Gaik Kwan: Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital dilantik bagi tempoh tiga tahun. Proses perlantikan melalui beberapa penapisan di peringkat negeri dan juga di peringkat Kementerian, sebelum ianya diwartakan di dalam Warta Kerajaan.

LORI HANTU DI MUSIM PADI

31. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pengangkutan mengambil tindakan terhadap "Lori Hantu" yang banyak terdapat di musim padi. Adakah

Page 31: PENY ATA RASMI PARLIMEN

419 30 MAC "1988 420

Kementerian yang berkenaan sedar akan perkara ini dan babaya-babaya akibat darinya.

Datin Paduka Ha.ijah Zaleha binti Ismail: Kementerian Pengangkutan sedar tentang kewujudan "Iori bantu" semasa musim padi terutama di kawasan-kawasan padi di Negeri Kedah, Perl is dan Selangor. Kemunculan "Iori-lori bantu" pada musim padi adalab disebabkan permintaan dari petani-petani bagi memunggabkan basil padi mereka ke Komplek-komplek Lembaga Padi dan Beras Negara. Pengusaba-pengusaba Iori berlesen tempatan tidak dapat memberi perkbidmatan sepenub kepada petani-petani disebabkan permintaan memuncak terutamanya semasa musim padi dituai.

Jabatan Pengangkutan Jalan, tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas "Iori-lori bantu" tersebut, tetapi sebarang tindakan yang diambil bendaklab dibuat dengan teliti agar padi-padi dapat dibawa ke Komplek-komplek Lembaga Padi dan Beras Negara dengan cepat bagi mengurangkan kerosakan kepada padi berkenaan dan petani-petani menanggung kerugian. Walaupun begitu saya merayu kepada petani-petani kbasnya pada musim padi agar menggunakan perkbidmatan Iori-lori yang berlesen sabaja untuk memunggab basil tanaman mereka bagi mengelakkan dari sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

MURID KBSR DAN KLSR­PENCAPAIAN AKADEMIK

32. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) taraf pencapaian.akademik oleh murid-murid yang lulus Darjab Enam Sekolah Rendah Kurikulum Baru · Sekolab Rendah (KBSR) berbanding

dengan mereka yang mengikuti kurikulum lama sekolah rendab; dan

(b) sejaub manakab guru-guru sekolah rendab diberi latiban dalam pengajaran KBSR.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Abli Yang Berbormat:

(a) Adalab sukar untuk membuat perbandingan taraf pencapaian akademik murid-murid KBSR dan KLSR. Ini disebabkan kedua-dua golongan murid tersebut tidak mengambil satu peperiksaan penilaian yang sama. Murid-murid KBSR mengambil Ujian Pencapaian Sekolab Rendab (UPSR) di Tabun 6, sementara murid­murid KLSR mengambil Peperiksaan Penilaian Darjab Lima (PPDL) di Tabun 5.

Walau bagaimanapun, dari­pada kajian yang telab dijalankan bagi murid-murid KBSR dan KLSR di Tabun 5 (1986), adalab didapati babawa pencapaian murid KBSR dalam kemabiran asas 3M, iaitu membaca. menulis dan mengira, adalab lebib tinggi daripa,da pencapaian murid KLSR.

(b) Mengenai latiban kepada guru­guru sekolab rendab dalam pengajaran KBSR, Kemen-terian Pendidikan telab memberikan latiban yang secukupnya kepada guru-guru yang sedang mengajar melalui kursus-kursus d<ilam perkbidmatan. Bagi guru-guru pelatib yang sedang mengikuti kursus perguruan di maktab, mereka telab diajar dengan terperinci mengenai kurikulum KBSR dalam mata pelajaran pendidikan.

Page 32: PENY ATA RASMI PARLIMEN

421 30 MAC 1988 422

CPF SINGAPURA­MEMINDAHKAN KE KWSP

33. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Kewangan Menyatakan:

(a) jumlah wang simpanan "Central Provident Fund" Singapura yang telah disambungkan oleh pekerja-pekerja warganegara Malaysia di Singapura sehingga 1987; dan

(b) apakah langkclh-langkah yang diambil oleh Kementerian kewangan untuk memindahkan wang simpanan "Central Provident Fund" Singapura ke akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia bagi pekerja-pekerja warganegara Malaysia yang balik dari Singapura dan tidak ingin di sana lagi pad a mas a hadapan.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Soalan Ahli Yang Berhormat· pada asasnya adalah dengan soalan yang di­bangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay pada 29hb Mac, 1988. Oleh kerana saya telah pun menjawab soalan-soalan tersebut, saya rasa tidaklah perlu untuk mengulangi sekali lagi.

DOKUMEN PERJALANAN KE SABAWSARA WAK

34. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan dokumen­dokumen yang diperlukan untuk seseorang warganegara Malaysia mem­buat perjalanan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur iaitu negeri-negeri Sarawak dan Sabah.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Warganegara Malaysia dari Semenan­jung Malaysia yang hendak pergi ke Sabah/Sarawak secara langsung dari Semenanjung Malaysia boleh meng­gunakan Pasport Malaysia, Dokumen Perjalanan Terhad ataupun Borang IM. 114 yang boleh didapati di Pintu

Keluar dengan syarat menunjukkan Kad Pengenalan Biru Malaysia terlebih dahulu.

LA WATAN PERDANA MENTERI KE THAILAND/BURMA

35. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah hasil lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan rombongannya ke negara Thailand dan Burma baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri (Dto' Abu Hassan bin Haji Omar): Soalan daripada Ahli Yang Berhormat itu telahpun dijawab ketika menjawab pertanyaan mulut yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya pada 28hb Mac, 1988. Saya tidak ada apa-apa tambahan terhadap jawapan yang telah diberi itu.

KA WASAN ORANG ASLI ALA SKIM FELDA

36. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan iaitu dalam Kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru tidakkah Kerajaan ada cadangan untuk mem­buat Skim FELDA atau FELCRA ran­cangan khas untuk Orang Asli selain yang sedia ada dibiayai khas oleh Kerajaan yang dipanggil Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Satu di Perak, Empat di Pahang dan Satu di Kelantan, memandangkan di­anggarkan ada 60 peratus penduduk Orang Asli dari jumlah 70,000 Orang Asli yang ada di Semenanjung ini masih belum ada sumber ekonomi yang menjamin mereka untuk masa depan terutama yang tinggal dipendalaman di antara kawasan banjaran Titiwangsa pertemuan tiga buah negeri, Perak, Pahang, dan Kelantan, walhal Dasar Ekonomi Baru akan berakhir pada tahun 1990 lebih kurang tiga tahun dari sekarang·.

Page 33: PENY ATA RASMI PARLIMEN

423 30 MAC 1988 424

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pacta masa ini projek pembangunan tanah di kawasan Orang Asli sedang di­usahakan oleh pihak FELCRA. Melalui program-program penanian yang lebih.teratur dan produktif adalah diharapkan akan dapat mewujudkan satu kumpulan masyarakat Orang Asli yang berpendapatan tetap dan berdikari.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sedang berusaha untuk membangun­kan kawasan Orang Asli ala Skim FELDA di mana dengan cara ini Orang-orang Asli dapat dimajukan dan dipertingkatkan lagi taraf sosio ekonomi setanding dengan masyarakat luar. Ini akan dapat dicapai melalui program-program perumahan yang lengkap kemudaan-kemudaan asas seperti api dan air disamping per­modenan teknik-teknik pertanian ter­utamanya tanaman getah dan kelapa sawit yang sedang diusahakan ketika mt. Dengan cara ini, semoga masyarakat Orang Asli akan dapat mengubah cara hidup mereka yang mengamalkan sistem pertanian pindah dan mempunyai pendapatan secukup hidup kepada sistem pertanian kekal.

INDUSTRI KECIL DANSEDERHANA

37. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan apakah langkah­langkah positif yang diambil oleh Kerajaan untuk memajukan dan mem­bantu industri-industri kecil dan sederhana dalam negeri kita.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba): Langkah-langkah positif yang diambil oleh Kerajaan untuk me­majukan dan membantu industri­industri kecil dan sederhana adalah seperti berikut:

1. Mengadakan syarat-syarat yang longgar bagi pinjaman dan pem­berian modal seperti pinjaman

faedah, pinjaman dengan faedah yaf1g rendah.

2. Menyediakan kilang-kilang dengan harga jualan atau sewa yang murah.

3. Mengadakan penyelidikan teknologi baru, memperkenal dan mempamirkan mesin-mesin dan penyediaan kemudahan mengguna mesin.

4. Menyediakan galakan-galakan cukai sebelum dan semasa ber­operasi.

5. Membantu mendapatkan pasaran bagi barang-barang keluaran industri kecil untuk kegunaan industri besar.

6. Memberi latihan bagi meningkat­kan kemahiran, pemasaran, pengurusan dan pengeluaran.

7. Menyediakan khidmat nasihat, perundingan dan bimbingan.

8. Mengenalpasti projek-projek dan menyediakan panduan projek.

KENDERAAN YANG DITAHAN DI BALAI POLIS

38. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyakkah dan berapakah nilai kenderaan yang di­tahan di balai-balai polis seluruh negara. Adakah kenderaan-kenderaan ini dijaga dengan baik.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Jumlah kenderaan yang ditahan di semua balai-balai polis di seluruh negara ialah 2,173 buah dan anggaran nilainya ialah $6,157,000.00.

Kenderaan-kenderaan tersebut dijaga dengan baik sama ada di dalam stor atau kawasan balai-balai ber­kenaan. Walau bagaimanapun ter­dapat juga kenderaan yang terpaksa terdedah hujan dan panas kerana ke­kurangan tempat-tempat terlindung.

Page 34: PENY ATA RASMI PARLIMEN

425 30 MAC 1988 426

PEMULIHAN EKONOMI MALAYSIA

39. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Kewangan menyatakan apa­kah jangkaan atas pemulihan ekonomi Malaysia pada masa-masa akan datang dan apakah rancangan-rancangan kontijensi _jika ekonomi Malaysia jatuh ke peringkat yang kurang lagi.

Tuan Mohamed Farid bin Aritlin: Seperti mana yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Baginda merasmikan Sidang Penggal Kedua Parlimen ini pada 7 Mac yang lalu, ekonomi Malaysia telah mula pulih pada tahun 1987 dan telah mencapai kadar pertumbuhan sebenar sebanyak 4. 7 peratus. Ini adalah merupakan satu perkembangan yang sangat menggalakkan berbanding dengan kadar pertumbuhan negatif 1 peratus pada tahun 1985 dan 1.2 peratus pada tahun 1986.

Pencapaian ini adalah kesan dari langkah-langkah serta dasar-dasar penyesuaian ekonomi yang telah di­laksanakan oleh Kerajaan bagi mem­perkukuhkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keyakinan. Dasar­dasar sedemikian akan terus dilaksana­kan dan dipertingkatkan. Selaras dengan itu, saya percaya bahawa ke­mungkinan besar kadar pertumbuhan sebenar dalam tahun 1988 juga melebihi ramalan yang dibuat dalam Belanjawan 1988. Bagi tempoh jangka panjang pula, ekonomi negara kita mempunyai potensi yang baik untuk terus berkembang. Untuk menentukan potensi ini diguna dengan sepenuhnya kita haruslah mengurungkan per­telingkahan politik supaya perhatian dan tenaga sepenuhnya dapat diarah terhadap usaha-usaha meningkatkan pemulihan ekonomi negara kita. Bagi mencapai tujuan ini kita perlu me­nunjukkan taat setia, terus bekerja keras dan berusaha bagi meningkatkan

·'

daya pengeluaran serta memperkukuh­kan tahap persaingan keluaran dan eksport negara.

Mengenai soalan tentang apakah rancangan-rancangan kontijensi jika ekonomi kita jatuh lagi, saya ingin menyatakan bahawa apa yang penting ialah kita mengambil langkah-langkah dari awal untuk memperkukuhkan ekonomi negara supaya ianya tidak terlalu terdedah kepada tekanan dari luar negeri ke atas barangan eksport­nya. Kerajaan telahpun mengambil langkah-langkah sedemikian untuk meningkatkan kegiatan dalam negeri khususnya dengan menggalakkan ke­giatan pelaburan tempatan dan asing terutamanya dalam sektor pembuatan, pelancongan dan pertanian. Saya yakin bahawa usaha yang dibuat sekarang untuk meningkatkan pelaburan adalah penting bagi menjamin kestabilan ekonomi kita dan akan mencapai objektifnya.

Pada masa sekarang negara kita berjaya menarik perhatian pelabur luar negeri untuk melabur di dalam bidang­bidang tertentu di negara ini. Walau bagaimanapun pelaburan dari pelabur­pelabur tempatan perlulah diper­tingkatkan lagi. Saya menyeru pelabur­pelabur asing mengambil kesempatan membuat pelaburan-pelaburan baru di dalam keadaan ekonomi negara yang sedang pulih ini. Dengan bertambah­nya pelaburan-pelaburan dalam negeri ia akan dapat memesatkan lagi perkembangan ekonomi negara kita.

LA WATAN PERDANA MENTERI KE THAILAND/BURMA

40. Tuan Bee Yang Sek minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

.. -~

(a) isu-isu penting yang telah di­bincangkan antara Malaysia dengan Negeri Thailand dan Burma tatkala melawat kedua­dua negara baru-baru ini; dan

Page 35: PENY ATA RASMI PARLIMEN

427 30 MAC 1988 428

(b) basil yang telah diperolehi oleh Malaysia dari segi mem­perhebatkan perdagangan dua hal a (bilateral trade).

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Soalan daripada Ahli Yang Berhormat itu telah pun dijawab ketika menjawab pertanyaan mulut yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya pada 28hb Mac, 1988. Saya tidak ada apa-apa tambahan terhadap jawapan yang telah diberi itu.

POLARISASI PERKAUMAN

41. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Perdana Menteri me­nyatakan program-program yang telah dibuat oleh Jabatan Perpaduan Negara bagi meningkatkan perpaduan dan menghapuskan polarisasi perkauman yang ada sekarang dan adakah kejayaan yang telah dicapai dari program-program tersebut.

Tuan Othman bin Abdul: Program­program Jabatan Perpaduan Negara dilaksanakan melalui dua strategi penggalakan dan strategi pencegahan.

Melalui strategi penggalakan Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan rakyat dari ber­bagai keturunan untuk bergaul dan berinteraksi dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Tiga daripada ke­giatan kemasyarakatan ·yang popular ialah sukan, sosial dan pendidikan.

Jabatan membantu dalam pem­bentukan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sejiran bagi menjalin dan memupuk semangat kejiranan dan ber­toleransi ke arab peningkatan ke­harmonian masyarakat melalui Skim Rukun Tetangga.

Di samping itu diadakan juga program sivik, termasuk aspek-aspek mengenai kewajipan rakyat sebagai

warganegara yang baik, semangat taat setia dan patriotisme serta hormat terhadap lambang-lambang kene­garaan.

Jabatan juga menganjurkan program pendidikan pra-sekolah dan pendidikan tidak formal, dengan menggunakan satu bahasa yang sama (Bahasa Malaysia) dan juga memberi penerangan mengenai adat resam antara kaum, nilai-nilai keagamaan serta pengetahuan asas akan dasar­dasar negara di samping menyedarkan rakyat akan keperluan identiti serta ke­budayaan nasional serta menggalakkan penyertaan mereka untuk membantu dalam proses pemupukan kebudayaan nasional.

Melalui strategi pencegahan pula langkah-langkah diambil adalah memerhati dan mengesan akan suasana perhubungan antara kaum dan agama serta menyelaras tindakan sewajarnya untuk mengelakkan mana­mana pihak melakukan perbuatan yang boleh 'menjejaskan ketenteraman masyarakat dan semangat muhibah antara kaum dan agama.

Setelah itu bertindak untuk mem­bantu menyelesaikan pertikaian atau perselisihan faham yang bercorak perkauman serta berusaha ke arab pemulihan kaedah melalui usaha libat pulih.

Kegiatan-kegiatan yang dijalankan melalui strategi-strategi di atas itu amat berkesan mengurangkan polarisasi kaum dan merapatkan jurang kefahaman budaya adat resam dan agama. Malah usaha-usaha di dalam bidang integrasi wilayah dan negeri­negeri, perasaan kedaerahan juga turut berkurangan.

BAHASA MALAYSIA DIMAHKAMAH

42. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Menteri Kehakiman menyatakan bilakah penggunaan

Page 36: PENY ATA RASMI PARLIMEN

429 30 MAC 1988 430

Bahasa Kebangsaan sepenuhnya menjadi bahasa perbicaraan di semua peringkat Mahkamah di negara ini dan asas perbicaraan dan pentadbiran ke­adilan tidak lagi terikat kepada Common Law yang berasal dari England. Jika tidak dapat apa sebabnya.

61. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Kehakiman menjelaskan sesudah (30) tahun negara kita Merdeka, kenapakah Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan se­penuhnya dalam persidangan atau per­bicaraan Mahkamah-mahkamah dalam negara kita; apakah faktor­faktor yang menyebabkan peng­halangan penggunaan bahasa itu dan jika ada apakah tindakan Kerajaan mengatasinya dan setakat mana usaha telah dijalankan.

4-4-88.

42. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Kehakiman me­nyatakan:

(a) setakat hari ini sudahkah setiap perbicaraan yang dijalankan oleh pihak Mahkamah di negara ini menggunakan Bahasa Kebangsaan; dan

(b) jika sekiranya masih belum di­gunakan-bilakah masanya penggunaan Bahasa Ke­bangsaan ini akan dilaksana­kan, sedangkan negara ini hampir 31 tahun merdeka dan Bahasa Kebangsaan adalah se­bagai Bahasa Rasmi Negara.

Timbalan Menteri di J~batan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Saya memohon izin untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ini bersama sama dengan soalan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Harun yang dijadualkan untuk dijawab di Dewan Yang Mulia ini pada hari ini dan juga soalan oleh Yang Berhormat

Puan Norani binti Haji Beluah @ Haji Hitam yang dijadualkan pada 4hb April 1988 kerana masalah yang ditimbulkan adalah masalah yang sa rna iaitu penggunaan Bahasa Malaysia di Mahkamah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perbicaraan dimahkamah­mahkamah pada masa sekarang belum lagi menggunakan Bahasa Malaysja se­penuhnya kerana Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 (Akta 32) memberi kelonggaran kepada mahkamah berhubung dengan peng­gunaan Bahasa Malaysia dan di samping itu banyak lagi Akta sahib kepada Akta-akta yang masih lagi dalam Bahasa lnggeris.

Walaupun terdapat kelonggaran, namun begitu Kerajaan telah, sedang dan akfin terus mengambil beberapa langkah positif untuk mempastikan Bahasa Malaysia digunakan di setiap peringkat mahkamah. Di antara langkah·langkah itu ialah:

(i) Ketua Hakim Negara telah mengeluarkan satu Pekeliling kepada semua Hakim-Hakim Mahkamah Agung, Mah­kamah Tinggi, Hatim Mahkamah Sesyen dan Majistret menyeru agar di mana yang boleh, me­reka menggunakan Bahasa Malaysia. Araban ini telah dikeluarkan pada 21hb September, 1981.

(ii) Kerajaan telah mewujud­kan satu Biro Terjemahan yang ditempatkan di bawah Jabatan Kehakiman mulai tahun 1984 di mana tugas­tugas Biro tersebut di antara lain adalah membuat ter-jemahan semua kes-kes Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi ke dalam Bahasa Malaysia. Setakat ini Biro tersebut telah menyiapkan satu naskah mengandungi senara1

Page 37: PENY ATA RASMI PARLIMEN

431 30 MAC 1988 432

perkataan-perkataan Bahasa Malaysia yang digunakan di mahkamah dan dalam per­undangan dan naskah tersebut telah diedarkan kepada semua Hakim dan Pegawai-pegawai Kehakiman.

(iii) Surat Pekeliling telah di­keluarkan kepada semua Mahkamah Rendah di negara ini supaya menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam kes-kes yang dibicarakan oleh mahkamah-:. mahkamah tersebut.

(iv) Di dalam pentadbiran harian J abatan Kehakiman semua surat menyurat dan pe­keliling-pekeliling adalah di dalam Bahasa Malaysia.

(v) Surat telah juga dikeluarkan kepada Majlis Peguam me­minta badan tersebut me­nasihatikan semua Peguam­peguam menulis surat di dalam Bahasa Malaysia kepada mah­kamah-mahkamah.

(vi) Semenjak bulan September 1967, semua undang-undang yang digubal adalah diter­bitkan dalam Bahasa Malaysia dan lnggeris di mana teks Bahasa Malaysia adalah teks yang sahib. Di samping itu Jabatan Peguam Negara sedang menterjemahkan semua undang-undang yang digubal sebelum September 1967 dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

(vii) Borang-borang yang hendak difailkan di Mahkamah Tinggi oleh seseorang Peguam untuk diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara perlu dibuat di dalam Bahasa Malaysia semenjak dua tahun yang lepas.

(viii) Sejak tahun 1984 seseorang Peguam yang belum diterima masuk sebagai Peguam disyaratkan mendapatkan ke­lulusan dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pe­lajaran Malaysia atau yang se­taraf dengannya dan jika tidak mereka dikehendaki meng­ambil peperiksaan lisan yang dikendalikan oleh satu Lembaga yang dipengerusikan oleh seorang Hakim Mah­kamah Tinggi.

Berhubung dengan Akta-akta sahib yang masih lagi dalam Bahasa Inggeris, usaha-usaha sedang dan terus diambil oleh pihak Peguam Negara untuk men­terjemahkan Akta-akta tersebut.

Di samping langkah-langkah yang positif yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan seperti yang di­sebutkan tadi, sukalah saya me­maklumkan bahawa pihak mahkamah sedang mengambil tindakan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Penggunaan Bahasa Malaysia di mahkamah. Jawatankuasa ini akan di­anggotai oleh pihak-pihak yang ada urusan dengan mahkamah dan juga pihak-pihak yang arif dalam bidang undang-undang dan bahasa.

DASAR PANDANG KE TIMUR

43. Tuan Syed Abdul Hamid bin SagatT minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pelajar Teknikal dan Akademik di bawah Dasar Pandang Ke Timur yang telah tamat pengajian dan peluang pekerjaan untuk mereka.

Tuan Othman bin Abdul: Bilangan pelajar Teknikal dan Akademik di bawah Program Pengajian Tinggi Dasar Pandang ke Timur yang telah tamat pengajian dan mendapat

Page 38: PENY ATA RASMI PARLIMEN

433 30 MAC 1988 434

pekerjaan ialah seramai 382 orang. Pecahan pengajian pelajar tersebut ialah seperti berikut:

(a)

(b)

Pengajian Teknikal

Yang tamat pengajian -91

Yang melanjut pelajaran -40

Yang mendapat pekerjaan- 39

Yang masih menganggur - 12

Pengajian Akademik

Yang tamat pengajian -50 Yang melanjut pelajaran - 1

Yang mendapat pekerjaan- 35

Yang masih menganggur - 14

Setakat ini, kebanyakan pelajar­pelajar yang tamat pengajian dari negara Jepun telah mendapat pekerjaan dengan syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia. Sementara itu peluang pekerjaan untuk pelajar-pelajar yang tamat penggajian dari negara Republik Korea lebih banyak bergantung kepada peluang-peluang pekerjaan tempatan kerana kekurangan syarikat­syarikat Korea yang beroperasi di Malaysia.

PENETAPAN GAJI MASUK DALAM PERKHIDMATAN

44. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Perdana Menteri menyatakan apakah basil penyemakan semula yang dilakukan oleh Kerajaan Ma1aysia mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1979 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuan Othman bin Abdul: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1979 telah pun selesai disemak. Hasil daripada semakan tersebut Kerajaan bercadang membuat beberapa pindaan. Salah satu daripada pindaan yang akfm dibuat ialah mengenai kaedah penetapan gaji masuk di mana tempoh perkhidmatan semasa di dalam

angkatan tentera atau pasukan polis akan diambil kira untuk penetapan gaji masuk. Walau bagaimanapun kaedah penetapan gaji masuk yang dicadangkan ini tidak terdapat di dalam peruntukan Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973. Oleh yang demikian pindaan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1979 hanya akan dikeluarkan setelah dibuat pindaan kepada Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973.

BEKAS TENTERA BRITISH­PENGIRAAN PENCEN

45. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab mengapa perkhidmatan bekas-bekas Tentera British yang terdiri daripada rakyat Malaysia tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi kaedah pengiraan pencen apabila mereka berkhidmat semula di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tuan Othman bin Abdul: Tempoh perkhidmatan Tentera British tidak boleh diambilkira untuk dicantumkan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perkhidmatan Awam berdasarkan Peraturan 7 (h) Peraturan-peraturan Pencen 1980 yang berbunyi:

"7. Bagi rnaksud-maksud per­aturan-peraturan ini, tempoh­tempoh perkhidrnatan yang berikut tidak layak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:

(h) apa-apa tempoh per-khidmatan dalam perkhid-matan awam atau suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan atau Angkatan Tentera atau mana-mana perkhidmatan lain yang telah dibayar faedah persaraan melainkan jika Ketua Pengarah menetapkan selainnya."

Page 39: PENY ATA RASMI PARLIMEN

435 30 MAC 1988 436

Adalah difahamkan bahawa pada masa penamatan perkhidmatan dengan Tentera British, mereka telah dibayar satu jenis faedah tamat perkhidmatan. Jika demikian maka mereka telah mendapat pampasan atau ganjaran bagi perkhidmatan mereka dan oleh sebab itu tidaklah wajar diberi ganjaran sekali lagi.

DADAH-PENYALAHGUNAAN OLEH PELAJAR-PELAJAR

46. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pendidikan menyatakan situasi sekarang berkenaan dengan penyalahgunaan dadah oleh pelajar­pelajar pusat pengajian tinggi di negara ini. Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan lagi penyalahgunaan dadah oleh pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi di negara ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan menganggap penyalahgunaan najis dadah adalah merupakan masalah negara, di mana semua pihak harus memainkan peranan untuk mencegahnya sebelum masalah tersebut merebak dengan lebih serius. Pelajar-pelajar adalah merupakan golongan yang menjadi sasaran kepada pengedar-pengedar, kerana penuntut-penuntut ini muda dan mudah dipengaruhi. Walau bagaimanapun bilangan yang terlibat adalah amat kecil dibandingkan dengan bilangan keseluruhan pelajar­pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Namun demikinn pihak Kementerian memandang berat masalah ini.

Beberapa langkah telah dan sedang diambil untuk mengesan dan mencegah penyalahgunaan najis dadah di kalangan pelajar. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(a) Menubuhkan Unit Pencegah Anti Dadah di semua institusi pengajian tinggi tempatan. Unit

ini mengadakan pemeriksaan mengejut di asrama-asrama dan di tern pat tinggal pelajar, sama ada di dalam atauplin di luar kampus.

(b) Mengenakan tindakan tata­tertib yang lebih keras kepada pelajar-pelajar sehingga di­buang dari universiti, jika didapati mereka terlibat dengan najis dadah. Ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang betapa seriusnya pihak Kementerian memandang masalah penyalahgunaan najis dadah ini.

(c) Bagi Institusi Teknologi MARA pula, penuntut-penuntut baru lelaki adalah disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan air kencing apabila mereka diterima masuk ke institut tersebut. Penuntut-penuntut yang didapati terlibat dengan najis dadah tidak akan diterima sebagai pelajar.

(d) Institusi pengajian tinggi juga sentiasa mengadakan ceramah­ceramah agama dan kaunseling kepada pelajar-pelajar, dengan tujuan untuk menyedarkan serta menjauhkan pelajar­pelajar dari kegiatan yang tidak diingini.

(e) Langkah-langkah Iainnya adalah seperti menggalakkan pelajar-pelajar bergiat di dalam kegiatan kokurikulum, aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan. Segala aktiviti ini adalah dianggap sebagai sebahagian dari proses pembentukan peribadi supaya pelajar ini apabila tamat pengajian nanti akan menjadi seorang insan yang bukan sahaja berilmu, bahkan mempunyai fikiran yang lebih matang dan berperibadi yang mulia.

Page 40: PENY ATA RASMI PARLIMEN

437 30 MAC 1988 438

BAHASA MALAYSIA BAKU

47. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) sama ada penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia oleh rakyat di negara ini, telah mencapai matlamat Kerajaan menyatupadukan rakyat di negara inio Jika ya/tidak, kenapa; dan

(ii) apakah tujuan dan konsep memperkenalkan "Bahasa Malaysia Baku" di kalangan rakyat baru-baru inio

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses untuk menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada sebilangan kaum adalah proses yang berterusan 0

Namun demikian memang tidak daP.at dinafikan bahawa Bahasa Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memupuk

0 perpaduan di kalangan rakyato Sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan­urusan rasmi, dalam sis tern pendidikan dan dalam pergaulan sosial. Melalui penggunaan satu bahasa yang sama untuk berkomunikasi antara satu dengan lain, rakyat daripada berbagai keturunan di negara ini lebih saling memahami adat resam, agama, kepercayaan serta cara hidup merekao Perpaduan juga terjalin dengan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kesenian dan kebudayaan, dalam sukan dan aktiviti-aktiviti sosial yang melibatkan rakyat daripada berbagai kaumo

Peranan berkesan yang dimainkan oleh Bahasa Malaysia dalam perkara ini jelas terlihat di kalangan generasi yang telah melalui sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utamao Generasi ini boleh

berkomunikasi antara satu dengan lain dengan senang melalui satu bahasa yang difahami bersamao

"Bahasa Baku" yang dimaksudkan Yang Berhormat itu ialah "sebutan baku" yang sedang diperkenalkan di sektor pendidikan sekarang Ifllo Tujuan Kerajaan memperkenalkan "bahasa baku" ini ialah untuk mewujudkan satu cara komunikasi yang formal berlandaskan satu cara sebutan yang seragam dan mantap yang diterima umum bagi­menggantikan pelbagai cara sebutan, termasuk loghat atau .. dialek yang masih digunakan hingga kinio

KERETAPI TANAH MELAYU­KERUGIAN

48. Puan Rokiah binti 0 Zainuddin minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada ia sedar penggunaan KTM sudah meningkat kerana ia selamat dan selesa, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu sama ada KTM masih mengalami kerugian seperti tahun­tahun kebelakangan atau sedang memungut keuntungan pada masa sekarango

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Adalah benar bahawa KTM masih mengalami kerugian seperti di tahun-tahun kebelakangano

LESEN TEKSIIBAS PERSIARAN

49. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan berapa banyak permit teksi dan bas persiaran yang telah dan akan diluluskan bagi kegunaan di Pulau Langkawi dan adakah Kementeriannya bercadang mencipta sebuah kenderaan yang seperti "Tut­Tut" atau "Bemo" yang diguna di negara jiran untuk digunakan khas di Pulau Mahsuri inio

Page 41: PENY ATA RASMI PARLIMEN

439 30 MAC 1988 440

Dato Napsiah binti Omar: J umlah lesen teksi yang telah diluluskan untuk kegunaan di Pulau Langkawi ialah 59 dan jumlah lesen bas persiaran ialah 5. Jumlah lesen Perkhidmatan Awam yang dicadangkan akan dikeluarkan lagi untuk kegunaan di Pulau Pinang ialah 20 lesen kereta sewa 12 pen urn pang.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya tidak bercadang untuk memperkenalkan kenderaan jenis "Tut-Tut" atau "Bemo" setakat 101. Sebaliknya, bagi menampung keperluan pengangkutan awam di Langkawi di musim percutian atau di waktu pelancong ramai datang. Kementerian saya sedang dalam proses mengkaji kemungkinan mengeluarkan lesen kereta sewa secara bermusim. Kaedah ini difikirkan sesuai untuk Pulau Langkawi kerana keperluan untuk kenderaan pengangkutan awam hanya mendesak di musim-musim tertentu sahaja. Di waktu lain, pemegang lesen boleh menggunakan kenderaanya bagi maksud persendirian.

MAJLIS TEMPATAN/DAERAH/ PERBANDARAN-GARIS

PANDUAN

50. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan ada atau tidak Kementerian berkenaan menyediakan satu Garis Panduan untuk dijadikan dasar oleh Majlis-majlis Tempatan, Maj!is-majlis Daerah dan Majlis-majlis Perbandaran bagi pembayaran:

(i) Lesen Perniagaan;

(ii) Lesen Peniaga Kecil; (iii) Cukai Pintu Bagi rumah; dan.

(iv) Cukai Pintu Lot-lot kosong.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Saya

berpendapat bahawa garis panduan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang adalah tidak perlu. lni adalah berdasarkan kepada seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) setiap penguasa tempatan boleh menggubal Undang-undang Kecil berhubung dengan perlesenan. Melalui undang-undang kecil 101

semua· perkara termasuk prosidur­prosidur yang perlu bolehlah dimasukkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun menggubal Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian untuk diterima pakai secara seragam oleh semua penguasa tempatan. Undang-undang Kecil ini telah diluluskan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan yang bersidang dalam bulan Oktober 1987.

Berhubung dengan penentuan kadar taksiran (cukai pintu) bagi rumah dan lot-lot kosong pula, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukkan satu Bahagian Khas berkaitan dengan Kadar dan Nilaian (Bahagian XV). Bahagian ini dengan jelas memberitahu prosidur-prosidur yang perlu dituruti dalam mengenakan kadar•kadar taksiran tersebut.

LEBUHRAYA EKSPRES PELABUHAN KLANG-LUMUT

51. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada pihak Kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk membina sebuah lebuhraya ekspres di antara Pelabuhan Klang dan Lumut untuk mengalakkan dan memajukan industri pelancongan tempatan di Pulau Pangkor dan kawasan Pelabuhan Klang.

Page 42: PENY ATA RASMI PARLIMEN

441 30 MAC 1988 442

Menteri Kerja Raya (Dato' S. Samy Vellu): Buat masa ini, Kerajaan tidak ada cadangan untuk membina lebuhraya ekspres dari Pelabuhan Klang ke Lumut. Kerajaan berpendapat bahawa jalan yang sedia ada masih boleh menampung jumlah lalulintas sekarang. Walau bagaimanapun, bagi menampung keperluan lalulintas yang dijangka bertambah di masa-masa akan datang, kerja-kerja membaiki jalan yang sedia ada sedang dan akan terus dilakukan. Kerja yang sedang dilaksanakan sekarang ialah membina jambatan menyeberangi Sungai Perak dengan kos sebanyak lebihkurang $30 juta. Manakala kerja-kerja menaikkan taraf beberapa bahagian jalan akan dilaksanakan, iaitu bahagian dari Sabak Bernam-Telok Intan, dari Kg. Kayan-Kg. Koh (dekat Lumut) dan dari jalan Klang-Kuala Selangor.

Saya berharap dengan siapnya kerja-kerja yang disebutkan itu, perhubungan antara Pelabuhan Klang dan Lumut akan dapat dipertingkatkan dan dengan ini dapat menambahkan pelancong-pelancong tempatan melawat Pulau Pangkor dan Pelabuhan Klang.

HOSPITAL ESTET­AMBILALIH

52. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah cadangan untuk Kementerian untuk mengambil alih semua hospital­ho'spital di dalam estet, sekiranya tidak, adakah cadangan untuk menubuhkan perbadanan mengawasi hospital-hospital ini yang kurang lengkap, bangunannya lama dan perkhidmatannya tidak memuaskan hati.

Cik Teng Gaik Kwan: Kementerian ini tidak bercadang untuk mengambil­alih hospital-hospital estet.

- '

Walau bagaimanapun, dari segi pengawasan hospital-hospital estet, persetujuan telah pun dicapai di antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan pihak Persatuan tuan punya ladang-ladang (U.P.A.M.) untuk mendaftarkan semua hospital estet di bawah Akta Hospital Persendirian 1971. Beberapa syarat baru akan dikenakan apabila mendaftar Hospital-hospital ini bagi menentukan yang keadaan di hospital­hospital tersebut akan dipertingkatkan dari segi; kemudahan fizikal, alat-alat kelengkapan serta taraf dan kemahiran kakitangan.. Dengan adanya peraturan-peraturan ini, adalah diharapkan pekerja-pekerja estet akan menerima Iayanan per­ubatan yang lebih baik.

PAJAK GADAI

53. Tuan C. Kirshnan minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian jika resit rasmi tidak dikeluarkan oleh setiap pemegang pajak gadai seperti yang diwajibkan oleh peruntukan 18 Akta Pajak Gadai 1972.

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Setiap transeksi pajak gadai yang di­Iakukan di antara pemajak gadai dan pemegang pajak gadai berlesen sudah disempurnakan dengan pengeluaran tiket pajak gadai menurut peraturan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pemegang Pajak Gadai 1972. Pada ketika ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan belum menerima sebarang aduan mengenai transeksi yang mana tiket pajak gadai tidak dikeluarkan kepada pemajak gadai.

Jika sekiranya ada berlaku kejadian pelanggaran terhadap peruntukan­peruntukan yang terdapat dalam Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 serta Peraturan-peraturan dalam Akta yang. sama, pihak Kementerian tidak

Page 43: PENY ATA RASMI PARLIMEN

443 30 MAC 1988 444

teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya ke atas mereka.

PEMBINAAN JANAKUASA

54. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapakah jumlah nilai projek bagi kesemua projek pembinaan janakuasa (pencawangan, ampangan dan mini-hidro) bagi tahun 1985 hingga 1988 dan dari jumlah nilai projek itu berapa peratuskah yang telah diagihkan kepada pemborong­pemborong Bumiputera.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Soalan Yang Berhormat sangat luas dan oleh itu adalah sukar untuk menjawabnya dengan tepat. Walau bagaimanapuri untuk pengetahuan Yang Berhormat kebanyakan projek pembinaan j anakuasa adalah melibatkan kontraktor-kontraktor dan kepakaran juru-perunding antarabangsa. Alat kelengkapan juga adalah berteknologi tinggi dan diimpo.:t daripada luar negeri. Sebagai contoh, beberapa projek janakuasa itu ialah janakuasa kitarpadu P AKA, Port Kelang Fasa II dan Empangan Kenyir.

Selaras dengan hasrat Kerajaan bagi mengelakkan penyertaan kontraktor­kontraktor Bumiputera, kebanyakan projek-projek yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor tempatan telah pun ditawarkan kepada kontraktor Bumiputera. Jenis­jenis kerja yang telah ditawarkan adalah kejuruteraan awam, perumahan kakitangan, pencawang­pencawang dan juga bekalan elektrik luar bandar. Di samping itu Unit Penyelarasan Penyertaan Bumiputera telah ditubuhkan di Lembaga Letrik Negara untuk membimbing dan menggalakkan penyertaan kontraktor­kontraktor Bumiputera. Kesim-

pulannya oleh sebab-sebab yang saya katakan tadi jumlah nilai projek yang ditawarkan kepada kontraktor­kontraktor Bumiputera adalah kecil berbanding dengan jumlah kos keseluruhan projek janakuasa.

PINJAMAN PERUMAHAN

55. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada tindakan-tindakan wajar akan diambil untuk mengurangkan penangguhan-penangguhan yang lama dalam:

(i) memproses permohonan pinjaman-pinjaman; dan

(ii) pembayaran pinjaman-pinjaman yang telah dilulus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Pada keseluruhannya tidak ada sebarang kelewatan dalam memproses permohonan pinjaman perumahan dan dalam membuat pembayaran bagi pinjaman-pinjaman yang telah diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia. Sesuatu permohonan pinjaman perumahan boleh diluluskan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu dari tarikh penerimaan laporan nilaian dan pembayaran dapat dibuat di dalam masa yang singkat sekiranya soal dokumentasi yang diperlukan adalah lengkap. Pada amnya segala urusan pinjaman perumahan boleh diselesaikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan dibuat, iaitu dalam tempoh yang terkandung di dalam perjanjian jual beli.

Walau bagaimanapun, ada beberapa permohonan yang mengambil masa yang lama sebelum kelulusan dapat diberikan. Kelewatan dalam memproses permohonan pinjaman perumahan disebabkan permohonan yang dikemukakan tidak lengkap dan sekiranya nilai harta yang

Page 44: PENY ATA RASMI PARLIMEN

445 30 MAC 1988 446

dilaporkan adalah lebih rendah daripada kelayakan seseorang pemohon. Dalam keadaan 1m, pemmJam akan dihubungi untuk mendapat maklumat yang diperlukan ataupun bagi mendapat persetujuan ke atas nilai pinjaman yang lebih rendah. Dari segi bayaran, ianya dibuat sebaik sahaja harta tersebut telah digadaikan kepada Kerajaan. Ini adalah bagi menentukan kepentingan Kerajaaan adalah terjamin.

GALAKAN PELABURAN

56. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sama ada langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menarik pelabur­pelabur tempatan dan luar negeri telah mencapai matlamat yang diingini. Sekiranya ya, sila nyatakan faktor­faktor dan angka untuk tahun:

(i) 1986;

(ii) 1987; dan

(iii) 1988 untuk sebarang tempoh masa di mana faktor dan angka telah ada.

Sekiranya tidak, adakah Kementeriannya mengetahui sebab­sebabnya.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Datin Paduka Ratidah Aziz): Secara umum boleh dikatakan langkah-langkah penggalakan pelaburan yang telah, dan sedang dijalankan oleh Kerajaan pada masa ini adalah berkesan dan telah mencapai matlamat yang diingini. Jumlah pelaburan dalam projek­projek yang telah diluluskan dari tahun 1986 hingga Februari 1988 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Modal Modal Asing $ juta $ juta

1986 5,163.2 524.5

1987 3,933.9 750.0

Feb 1988 274.8 127.8

Jumlah pelaburan pada tahun 1987 lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun 1986. Ini adalah disebabkan oleh masalah kelembapan ekonomi dunia di mana pelabur­pelabur tempatan mengambil sikap menunggu untuk membuat pelaburan baru.

Walau bagaimanapun jumlah modal asing harus weningkat dalam tahun 1987. Ini menunjukkan keyakinan pelabur-pelabur asing terhadap iklim pelaburan di Malaysia.

Jumlah pelaburan dalam tahun 1988 telah memberikan petunjuk yang menggalakkan. Sehingga bulan Februari 1988, 44 projek telah diberikan kelulusan dengan cadangan modal terkumpul sebanyak $274.8 juta berbanding dengan $191.5 juta dalam tempoh yang sa rna tahun 1987. J umlah modal tempatan telah meningkat dari $83.2 juta ke $147.0 juta dan modal asing dari $108.3 juta ke $127.8 juta.

UDA-AMBILALIH PEREMBA

57. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan berapakah jumlah hutang bertunggak Peremba semasa diambil oleh UDA dan apakah langkah yang diambil oleh UDA untuk menanggung be ban hutang terse but.

Dato Napsiah binti Omar: Semasa Peremba Bhd. diambilalih oleh UDA pada 1 J un 1987, jumlah hutangnya adalah berjumlah $172.73 juta iaitu terdiri daripada kemudahan overdraf ($51.50 juta) dan pinjaman-pinjaman berjangka ($121.23 juta).

Bagi mengatasi masalah bebanan hutang di atas, pihak UDA telah pun mengambil beberapa langkah yang perlu. Ini termasuklah:

2.1 Menyusun semula keanggotaan ahli-ahli Lembaga Pengarah Peremba Bhd.

Page 45: PENY ATA RASMI PARLIMEN

447 30 MAC 1988 448

2.2 Mengukuhkan kedudukan pengurusan Peremba Bhd dengan cara meminjamkan (secondment) beberapa orang pegawai kanan UDA.

2.3 Membantu dari segi kewangan.

2.4 Mengarahkan supaya peng­urusan Peremba Bhd men­jalankan kajian untuk me­mulihkan semula kedudukannya menerusi:

(i) Penyusunan semula struktur Kumpulan Peremba Bhd.

(ii) Penyusunan semula pinjaman-pinjamannya.

(iii) Penyelarasan ke atas pengawasan dan kawalan pengurusan.

(iv) Mengkaji semula aktiviti dan operasi Peremba Bhd supaya ianya dapat memberikan pulangan yang memuaskan.

(v) Kajian untuk mempel­bagaikan aktiviti Peremba Bhd sebagai satu usaha untuk menambah sumber-sumber pendapatannya.

(vi) Kajian untuk "divest" sebahagian daripada harta-hartanya bagi memperbaiki kedudukan aliran tunai Peremba Bhd.

PELA TIH PUS AT LA TIHAN KEMAHIRAN DAN PEMBANTU

RUMAH FILIPINA

58. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Buruh menyatakan sama ada:

(a) jumlah pelatih yang berkelulusan dalam pelbagai kursus anjuran Lembaga Latihan Perindustrian & Persijilan Ketukangan Kebangsaan; dan

(b) sama ada sebarang rundingan pernah dibuat dengan Kerajaan Filipina demi membolehkan pembantu rumah Filipina dibenarkan terus untuk berkhidmat semula di Malaysia.

Menteri Buruh (Tuan Lee Kim Sai): Lembaga Latihan Perindustrian & Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) tidak menjalankan latihan tetapi memainkan peranan penting untuk menentukan taraf kemahiran yang perlu dicapai melalui latihan dan melaksanakan program Persijilan Ketukangan Kebangsaan. LLPPKK menyediakan piawaian ketukangan (trade standards) dan sukatan latihan untuk digunakan oleh pusat-pusat latihan kemahiran bagi melatih belia­belia memperolehi kemahiran di dalam bidang ketukangan itu. Di akhir kursus peJatih-pelatih ini menduduki ujian ketukangan kebangsaan yang dikendalikan oleh LLPPKK.

Program ujian ketukangan kebangsaan telah diadakan sejak tahun 1973 dan dibuka, bukan sahaja kepada pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran sektor awam dan swasta, tetapi juga kepada pekerja-pekerja di industri yang mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 2 tahun di dalam bidang ketukangan yang berkaitan. LLPPKK telah menjalankan ujian dalam 32 bidang ketukangan dan hingga tahun 1987, seramai 53,956 caJon telah mendapat sijil LLPPKK. Dari jumlah ini bekas pelatih dari pusat-pusat latihan kemahiran.

Pertanyaan (b) langsung tiada kaitan, dengan pertanyaan yang pertama. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini tidak ada sebarang rundingan pernah dibuat dengan Kerajaan Filipina untuk membolehkan pembantu rumah Filipina dibenarkan terus untuk berkhidmat di Malaysia.

Page 46: PENY ATA RASMI PARLIMEN

449 30 MAC 1988 450

PENDATANG HARAM INDONESIA

59. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan pendatang haram Indonesia yang telah ditahan dan dihantar pulang ke negara asalnya oleh pihak berkuasa setakat kini. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk tindakan tersebut.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Perangkaan Pendatang Haram Indonesia dari tahun 1984--1987 yang ditahan dan dihantar balik ke negara mereka adalah seperti berikut:

Semenanjung

1984 ..

1985 ..

1986 ..

1987 ..

Jumlah

Sa bah

1984 ..

1985 ..

1986 ..

1987 ..

Jumlah

Sarawak

1984 ..

1985 ..

1986 ..

1987 ..

Jumlah

Ditahan

7331

14227

13332

13073

48013

901

1652

469

977

3999

542

573

481

762

2258

Dihantar batik Ke

negara asal

6647

12852

10938

12066

42503

708

1652

295

788

3443

518

473

358

225

2074

Untuk tujuan penghantaran balik pendatang haram ini Kerajaan telah membelanjakan sebanyak $67.391.00 bagi tab un 1987.

IK.RAR TAAT SETIA KEPADA KERAJAAN

60. Puan Ha.ijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang berkesan yang akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan Kerajaan yang menunjukkan sikap tidak taat setia kepada negara Malaysia. Sebagai contoh sesetengah pegawai dan kakitangan tersebut telah tidak hadir dengan sengaja dalam majlis membuat ikrar taat setia dan/atau tidak menghormati lagu Negara Ku.

Tuan Othman bin Abdul: Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang menunjukkan sikap tidak taat setia kepada Negara Malaysia adalah merupakan satu kesalahan yang serius. Pegawai dan kakitangan tersebut boleh dianggap telah melanggar tatakelakuan di bawah Perintah Am 4 (1), Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). (Bab "D") 1980 yang menyatakan:

"4 (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak berbelah bagi kepada Yang di Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan".

Pegawai dan kakitangan yang terbukti telah melanggar tatakelakuan di bawah Perintah Am 4 (1) Perintah­perintah Am yang sama boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dengan tujuan buang kerja oleh pihak berkuasa Tataterbit yang berkenaan.

IMPORT DAGING AY AM/ TELUR AYAM

62. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Pertanian menyatakan berapa banyak keperluan

Page 47: PENY ATA RASMI PARLIMEN

451 30 MAC 1988 452

daging ayam dan telur ayam untuk negara:

(a) adakah Malaysia masih mengimport bahan ini dari negara lain atau adakah Malaysia mengeksport bahan ini keluar;

(b) berapa jumlah kos mengimport jika Malaysia masih meng­import, dan apakah langkah­langkah kerjasama untuk mengurangkan import daging dan telur ayam; dan

(c) benarkah ada rancangan menjadikan Malaysia sebuah pembekal ayam dan telur untuk eksport secara besar-besaran, jika benar, siapakah yang memainkan peranan keadilan usaha ini.

Dato' Alexander Yu Lung Lee:

(a) Tidak! sebaliknya Malaysia adalah "net exporter" ayam dan telur. Pada tahun 1987 26,000 metric ton ayam dan 200 juta biji telur bernilai $120 juta telah dieksport.

(b)

(c) Benar, pelaburan dari syarikat besar sedang ditambah untuk meningkatkan pengeluaran serta mutu dan Jabatan pengeluaran serta mutu dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dipertanggungjawabkan untuk membantu perkembangan industri ini.

SHAMSIAH PAKEH

63. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan telah mengambil tindakan setakat ini mengenai dengan Shamsiah Fakeh dan keluarga untuk kembali ke Malaysia.

Dato' Megat\Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak akan mengambil apa-apa langkah untuk membawa balik Shamsiah Fakeh dan keluarganya ke Malaysia.

NELAYAN THAI YANG DITANGKAP

64. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) qerapa ramaikah nelayan Thai ditangkap kerana men­ceroboh menangkap ikan di perairan kita hingga masa ini;

(b) berapa ban yak pula bot yang ditahan dan jumlah yang telah dimusnahkan; dan

(c) tidakkah boleh bot-bot yang ditahan itu dijadikan hak Kerajaan dan diubahsuai bagi digunakan.

Dato' Alexander Yu Lung Lee:

(a) Bilangan nelayan Thai yang telah ditangkap kerana mencerobohi perairan perikanan Malaysia setakat bulan Februari 1988 berjumlah 1,868 orang.

(b) Bilangan bot Thai yang ditahan bagi tempoh 1986-Februari 1988 adalah seperti berikut:

1986 60 buah

1987

1988 (Februari) 95 buah

15 buah

Bilangan bot Thai yang telah dimusnahkan bagi tempoh 1986-1988 ialah seperti berikut:

1986 - Jumlah besar - 35 buah 15 (Tukun Tiruan); Musnah/Bakar (20)

1987 - Jumlah besar - 29 buah 29 (Tukun Tiruan);

1988- Tiada

Page 48: PENY ATA RASMI PARLIMEN

453 30 MAC 1988 454

(c) Pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk mengubahsuai bot-bot tersebut dan menjadikannya hak Kerajaan. Jika tni dijalankan maka akan timbul tuduhan yang pihak Kerajaan sengaja menangkap dan merampas bot-bot nelayan asing, semata-mata untuk menjadikannya hak milik Kerajaan. Yang sebenar, ini bukanlah hasrat Kerajaan dan bot-bot asing. akan terus ditangkap jika mereka mencerobohi perairan perikanan Malaysia.

KILANG AIR BATU CHENDERING

65. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan memandangkan kekurangan bekalan air batu untuk kegunaan para nelayan khasnya di Terengganu bilakah program pembinaan Tambahan Kilang Air Batu di Pelabuhan Chendering itu akan dilaksanakan bagi menampung kekurangan yang seririg berlaku:

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Pihak Kerajaan telah menawarkan kontrak untuk memperbesarkan kilang air batu Chendering dari pengeluaran air batu 100 tan sehari kepada 200 tan sehari unuk mengatasi kekurangan air batu tersebut.

JEMAAH HAJI OLEH SWASTA

66. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan diambil ke atas pihak-pihak swasta yang menguruskan pemergian jemaah haji ke Makkah dan telah gagal menunaikan tanggungjawab mereka yang mengakibatkan ramai jemaah haji terkandas dan kehilangan wang.

Tuan Othman bin Abdul: Saya suka menjelaskan bahawa tidak ada pihak swasta yang diluluskan pemergiannya ke Tanah Suci oleh Tabung Haji yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka dan mengakibatkan jemaah Haji terkandas dan kehilangan wang.

Sebenarnya pihak yang gagal menunaikan tanggungjawab membawa jemaah haji ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji ialah mereka yang cuba membawa jemaah haji tanpa kebenaran Tabung Haji.

Namun begitu, mereka ini gagal menunaikan tanggungjawab mereka itu di Malaysia Iagi iaitu pada peringkat jemaah haji berada di Malaysia sebelum bertolak ke Tanah Suci. Dengan hal yang demikian, Tabung Haji tidak dapat mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka itu. Kepada mereka yang menjadi mangsa, tindakan yang dapat mereka lakukan ialah melaporkan penyelewengan pihak penganjur swasta berkenaan kepada pihak polis untuk diambil tindakan undang­undang yang sewajarnya.

USUL

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA D.Y.M.M.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat di­bacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu Ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­ahli Dewan Negara Malaysia di

Page 49: PENY ATA RASMI PARLIMEN

455 30 MAC 1988 456

dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembah­kan suatu ,ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua Parlimen Yang Ketujuh." (29hb Mac, 1988).

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa hari ini ialah hari akhir bagi Ahli-ahli Yang Berhormat semua mengambil bahagian di dalam perbahasan atas Ucapan Terima Kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, kerana Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab mulai pada hari esok. Hari ini kita hanya, ada 170 minit lebih kurang sebelm:p ditangguhkan. Oleh sebab itu saya merayu kepada semua Ahli-ahli yang hendak mengambil bahagian supaya menyentuh terus dalam ucapannya iaitu tajuk-tajuk atau point-point yang berkaitan dengan ucapan Titah Di-Raja. Dan dengan demikian maka dapatlah kita menjimatkan masa untuk me­mendekkan ucapan masing-masing, harap mendapat kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Pada masa ditangguhkan semalam Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee sedang menyampaikan ucapannya dan sekarang saya jemput beliau terus menyambung.

3.39 ptg.

Tuan Lim Heng ~ee: Tuan Yang di-Pertua, mengenm pertumbuhan ekonomi, saya menyatakan semalam bahawa untuk mengelakkan penguasa­penguasa tempatan menyertai dalam kegiatan ekonomi kebangsaan dengan lebih aktif, Kerajaan harus memberikan galakan dan bantuan yang

sama kepada pelabur-pelabur tempatan seperti yang telah diberikan kepada pelaur-pelabur asing. Di samping itu dari aspek yang lain, Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri telah pun menyakinkan masyarakat perniagaan baru-baru ini bahawa dalam memberikan bantuan kepada masyarakat perniagaan, Kerajaan tidak akan perbezakan an tara saudagar bumiputera dan bukan bumiputera. Bantuan kewangan dalam bentuk satu. Tabung Pusingan akan disediakan untuk saudagar bumiputera dan bukan bumiputera. Ini adalah dasar yang betul dan tentu akan menggalakkan dan membantu masyarakat perniagaan serta ekonomi pada keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan telah menjadi satu sumber wang asing dan pertumbuhan ekonomi. Oleh kerana itu, segala usaha mesti diambil untuk mewujudkan serta meningkatkannya. setakat ini segala usaha Kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkenaan sangat dipuji. Apa yang harus ditekankan ialah bahawa aset yang paling mustahak kepada industri pelancongan kita ialah em-em berbilang kaum masyarakat kita. Pelancong itu datang ke Malaysia bukan kerana pantai dan gunung kita. Mereka itu datang kerana tarikan masyarakat ethnic yang berbeza dengan kebudayaan-kebudayaan dan cara kehidupan masing-masing. Malaysia adalah satu cosmopolitan orang dan kebudayaan. Oleh kerana itu, segala usaha mesti diambil untuk memelihara, memaju dan menggalakkan perkembangan semua kebudayaan, adat dan tradisi semua rakyat di negara ini supaya kebudayaan Malaysia itu boleh diperkayakan lagi dan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan akan ditingkatkan lagi.

Berkenaan dengan kebudayaan Malaysia, banyak masalah telah dibazirkan dalam perbincangan

Page 50: PENY ATA RASMI PARLIMEN

457 30 MAC 1988 458

dengan kesan-kesan buruk. Usaha­usaha untuk mendefinisikan kebudayaan Malaysia dengan memasukkan atau tidak memasukkan kebudayaan-kebudayaan tertentu, pada pendapat saya, bukan sahaja tidak menguntungkan sesiapa, tetapi sebaliknya telah membawa kesan­kesan buruk kepada perpaduan kebangsaan dan keharmonian, oleh kerana tindakan-tindakan sedemikian akan mewujudkan persaingan kaum dan iri hati. Kita telah menerima kenyataan bahawa Malaysia adalah sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Jadi, semua amalan kebudayaan, adat dan tradisi semua rakyat dalam negara ini akan secara lojiknya menjadi sebahagian daripada kebudayaan Malaysia. Jadi, kenapa mempertikaikan apa yang harus dimasuki dan apa yang tidak.

Sebagai contoh, Tuan Yang di­Pertua, ambillah Tarian Singa. Sarna ada ia berasal dari negara China, negara India atau negara Indonesia, ia sudah menjadi satu pertunjukan agama dan hiburan yang popular bagi rakyat keturunan Cina di Malaysia. Bagaimana kita boleh menyatakan dengan adilnya bahawa ini bukan sebahagian daripada kebudayaan Malaysia memandangkan ia telah menjadi akar yang begitu mendalam kehidupan 40% rakyat Malaysia. Badminton dan Bola Sepak juga tidak berasal dari Malaysia, tetapi oleh kerana telah dimainkan begitu luas oleh rakyat kita, maka tidak ada kemungkinan ia terkeluar dari permainan Malaysia.

Berkenaan dengan pelancongan, saya ingin menyentuh tentang beberapa peristiwa yang berlaku di negeri-negeri tertentu di mana telah dilaporkan bahawa pihak berkuasa negeri telah melarang kegunaan bahasa-bahasa lain selain daripada Bahasa Malaysia, dalam papan-papan tanda, gerai perniagaan dan makanan di pesta-pesta yang dianjurkan oleh

Kerajaan Negeri. Pesta-pesta m1 diadakan dengan tujuan menggalakkan pelancongan dalam negeri-negeri berkenaan. Ramai pelancong datang dari negara asing dan mereka tidak tabu, tidak memahami Bahasa Malaysia. Untuk mencapai tujuan kita dalam penarikan pelancong asing dan tempatan, kita seharusnya menggunakan papan-papan tanda yang mereka boleh memahami. Saya tidak boleh memahami kenapa selain daripada Bahasa Malaysia, bahasa­bahasa lain seperti Ingeris, Tamil, Tionghua dan juga Thai, tidak boleh digunakan dalam fungsi-fungsi seperti pesta-pesta dan sebagainya yang bukan rasmi.

Tuan Yang di-Pertua, pelancaran Tahun Membaca untuk 1988 adalah sangat bermakna. Kalau rakyat membaca lebih, maka akan mempunyai lebih pengetahuan dan pandangan mereka yang lebih luas. Mereka lebih boleh memikir untuk sendiri dan memutuskan untuk masa hadapan sendiri dengan lebih lojik dan rasional. Ini bererti demokrasi akan mempunyai makna yang lebih mustahak kepada rakyat kita. Ini adalah keadaan di dalam negara­negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat di mana setiap rakyat mendapat tabu banyak hal melalui pembacaan terus menerus.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat, Kerajaan telah membekalkan kemudahan-kemudahan asas seperti air paip, elektrik, jalan dan telefon khasnya di kawasan luar ban dar. Tidak lama dahulu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengemukakan bahawa dalam merancangkan projek-projek Pembangunan, Kerajaan tidak akan membezakan kampung-kampung tradisi, kampung-kampung baru dan estet-estet. Yang Amat Berhormat juga mengumumkan bahawa peruntukan kewangan akan dibuat

Page 51: PENY ATA RASMI PARLIMEN

459 30 MAC 1988 460

untuk memperluaskan serta meningkatkan lagi kampung-kampung baru yang sedia ada yang begitu lama tertinggal daripada arus pembangunan nasional. Dua tahun sudah berlaku dan kita tidak dengar lagi tentang perkara ini. Saya harap Kerajaan akan menyiasat hal ini.

Usaha Kerajaan untuk menanam nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam adalah bertujuan baik. Daripada maklum balas saya, penyebutan perkataan "Islam" telah menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam fikiran mereka yang bukan beragama Islam. Tidak dapat disoalkan bahawa nilai-nilai Islam ini boleh digunakan di seluruh dunia, tetapi nilai-nilai agama lain seperti Buddhist, Kristianiti, Hindu, Taoist dan sebagainya pun serupa kerana ianya semua mengajar tentang keamanan, perasaan mencinta, keadilan, kesaksamaan dan

· sebag~inya. Jadi, untuk mengelakkan daripada sebarang salahfaham, adalah lebih baik kalau nilai-nilai ini idinamakan nilai-nilai "moral" ataupun menggunakan nama yang lebih am.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat memuji Kerajaan di atas usaha mereka untuk menghapuskan ancaman dadah di dalam dan di luar negeri. Untuk mengatasi masalah ini dengan berkesannya, adalah perlu untuk Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penyeludup, trafiker dan kumpulan yang membiayai kegiatan­kegiatan dadah. Tindakan-tindakan tegas ini mesti termasuk merampas harta benda dan kekayaan mereka yang telah didapati daripada kegiatan dadah.

Di samping itu, kita juga mesti membersihkan masyarakat kita tentang penagih-penagih dadah yang menjadi pengaruh buruk kepada rakyat kita, khasnya belia-belia dalam masyarakat. Penagih-penagih ini juga mep.jadi penghubung kepada

perniagaan dadah. Saya bercadang bahawa semua · penagih ini ditempatkan di kawasan-kawasan terpencil dengan keselamatan yang ketat, seperti Pulau Jerjak dan pulau­pulau terpencil yang kini digunakan untuk menempatkan pendatang­pendatang haram. Dengan berbuat demikian, adalah susah untuk trafiker itu menjalankan perniagaan mereka kerana pelanggan-pelanggan ataupun "customers" dengan izin, mereka itu sudah diasingkan di tempat-tempat tertentu. Mereka yang telah dipulihkan itu haruslah dihantar ke satu pusat peralihan untuk satu jangka masa tertentu sebelum mereka dibenarkan balik mehyertai masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia telah menarik perhatian kita kepada masalah­masalah yang dihadapi oleh negara serta cara-cara mengatasinya. Kita sangat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia atas pimpinan Baginda dan oleh kerana itu saya ingin menyokong penuh usul untuk mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketujuh. Sekian, terima kasih.

Beberapa Orang Ahli: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Saya berasa susah sedikit di sini. Sekaliannya duduk. Saya boleh memberi peluang kepada semua sekali tetapi sekali lagi saya minta pendekkan ucapan. Ya, Yang Berhormat Puan Ainon.

3.51 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya juga dengan rasa bertanggungjawab dan ikhlas bangun untuk turut ingin merafakkan sembah dengan rasa syukur menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku kerana Titah

Page 52: PENY ATA RASMI PARLIMEN

461 30 MAC 1988 462

Ucapan Kebawah Duli semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh bertarikh 7-3-1988 yang lalu.

Sesungguhnya Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sangatlah menarik perhatian penuh dengan rasa tanggungjawab, positif dan dinamik serta merangkumi semua aspek yang diperlukan oleh rakyat dan nyatalah Titah Ucapan Di Raja kali ini amat mementingkan hak asasi rakyat dan kepentingan rakyat dan negara. Ianya merangkumi perpaduan, perekonomian, keselamatan, kesihatan, pendidikan, pembangunan dan termasuk juga masalah-masalah negara semasa terutama mengenai masalah najis dadah.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa terlalu singkat, pengakhiran kepada perbahasan Titah Ucapan Di Raja ini untuk kami, maka saya akan cuba meringkaskan ucapan dan sentuhan saya sedapat mungkin. Saya ingin menyentuh mengenai perpaduan. Sesungguhnya perkataan "perpaduan" ini telah mempunyai berbagai-bagai takrif di kalangan berbagai-bagai golongan dan juga di kalangan para pemimpin. Ada yang mentafsirkan perpaduan itu mesti mengutamakan apa yang dikehendaki oleh satu-satu golongan atau satu-satu kaum. Ada pula perpaduan itu ditakrifkan sebagai perpaduan juga walaupun mereka itu sebenarnya perosak perpaduan, umpamanya suara-suara yang disuarakan oleh parti-parti Pembangkang terutama DAP. Kemudian kita juga dengar suara-suara sumbang yang bertopen8kan perpaduan di mana mereka telah tidak mahu mengakui kenyataan bahawa Bahasa Malaysia Bahasa Kebangsaan, Agama Islam Agama Kebangsaan, majoriti dalam negara adalah orang­orang bumiputera dan lain-lain perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara, dipersetujui oleh tiga bangsa terbesar yang menjadi

warganegara Malaysia, negara yang unik dan majmuk tetapi masih dapat mempertahankan kedamaiannya kerana adanya persefahaman.

Umpamanya, ada suara yang menyatakan beberapa kebudayaan­kebudayaan perlu diterapkan. Mengapa mesti dipertikaikan teras kebudayaan itu kepada teras nasional atau teras kepada kebudayaan asal negara ini dari bumiputera. Saya berasa sangat hairan dan saya rasa kebingungan bagaimana kita ingin menyerukan perpaduan sedangkan asas-asas kepada perpaduan itu yang sudah pun dipersetujui, kita pertikaikan juga. Umpamanya, dalam bahasa sahaja, kita lihat negara kita masih gagal menyatupadukan rakyat melalui bahasa. Siapa yang menafikannya? Kita dapati hampir 40% warganegara Malaysia yang mengakui dirinya warganegara tidak boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia yang fasih.

Saya suka membawa satu gambaran, ada rombongan akrobatik dari negara China (RRC-Republic Rakyat China) berada di tanahair. Terlalu terperanjat saya tiga empat orang dalam kumpulan itu boleh berbahasa Malaysia dengan fasih, bercakap dalam Bahasa Malaysia Baku. Ertinya bahasa yang standard, tetapi ada di antara kita masih tergagap-gagap, masih tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa yang kita akui sebagai bahasa kita atau bahasa negara kita. Kemudian kita pula membawa balik cerita supaya kita dalam perpaduan, dalam mengembangkan pelancongan, dalam kita hendak memajukan negara, bahasa-bahasa lain perlu juga diberi penghormatan, perlu juga diadakan. Jadi ke arab mana kita ingin mewujudkan perpaduan? Adakah kita benar-benar mengerti perkataan "Perpaduan" yang dikehendaki oleh negara yang bernama Malaysia ini? Kita tidak sekali-kali mahu menjual maruah, konsep dan dasar kehidup~n negara kita demi hendak menank

Page 53: PENY ATA RASMI PARLIMEN

463 30 MAC 1988 464

pelancong-pelancong dengan me­longgarkan beberapa hak-hak penting yang kita perlu wujudkan demi hendak menubuhkan satu rupa bangsa dengan satu bahasa.

Saya menentang kalau ada ura-ura atau cadangan-cadangan supaya kalau kita ingin mencari kewangan untuk negara, lalu kita longgarkan konsep dan dasar tersendiri negara itu sendiri, kerana ini banyak merupakan rugi daripada untungnya.

Mengenai pelancongan, amat mudah sekali. Kita ada tourist guides, dengan izin, kita ada phamplets, ada risalah-risalah cukup lengkap segala­galanya disediakan untuk para pelancong walau daripada bangsa apa sekalipun. Mereka boleh faham, boleh tahu, boleh sayang. Yang penting dari segi pelancongan ialah memperhebat, mempergiat, memperbanyakkan usaha-usaha daya tarikan tanpa menjejaskan konsep dan juga hak asasi serta dasar yang ditentukan oleh negara untuk negara yang telah diperturunkan di dalam lagu "Setia" sebagaimana yang kita semua tahu dan mengerti dan sentiasa menyanyinya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelancongan, saya sentuh juga sedikit dalam bidang tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan juga agensi pelancongan kita-TDC. Saya rasa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini perlu diberikan lagi beberapa sokongan moral dan material bagi mereka untuk mengembangkan daya tarikan usaha­usaha perkembangan untuk mengiklankan negara kita ini terutama kepada negara-negara luar, kerana usaha sudah dibuat, Tahniah kepada Kementerian yang berkenaan, bersungguh-sungguh mereka melakukannya tetapi mereka masih kekurangan beberapa faktor penting dalam daya usaha perkembangan ini­kakitangan, kewangan, menubuhkan

ejen-ejen kita di luar negeri. Kemudian membuat beberapa usaha-usaha tarikan yang memerlukan kewangan termasuk untuk mengadakan seminar, pameran, perjumpaan, dialog, menyebarkan sebaran-sebaran am, video dan lain-lainnya di luar negeri. Baiklah Kerajaan memikirkan jua pertambahan nafas kepada Kementerian yang penting yang kita harap dapat memberikan pelaburan baik dan kepulangan hasil untuk negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai ekonomi, saya faham telah disentuh banyak oleh sahabat dan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini. Saya hanya ingin menyentuh satu faktor sahaja lagi iaitu mengenai rungutan daripada pedagang, pengusaha-pengusaha khususnya bumiputera dalam mendapatkan tender-tender dan projek-projek besar terutamanya yang joint venture, dengan izin, atau yang berbentuk usahasama.

Kita dengar tadi bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Menteri Perdagangan dan Perindustrian, telah menjawab satu soalan yang mengatakan benar bahawa pemindahan teknologi atau kepakaran dalam usaha-sama kepada projek­projek besar negara yang didapati oleh syarikat-syarikat luar negeri yang berjoint-venture, dengan izin, dengan rakyat Malaysia telah tidak begitu jujur melaksanakan tanggungjawab dan syarat-syarat yang dikenakan. Berilah perhatian yang berat kepada perkara berkenaan supaya kita akan dapat kesemua matlamat yang kita ingin iaitu pelaburan asing dan kebijaksanaan pemindahan kepakaran kepada pedagang-pedagang negara kita sendiri. Jangan nantinya kita hanya "untung sekarung, tetapi kita rugi seguni".

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu pernah juga kita bersuara mengenai pembahagian rezeki yang

Page 54: PENY ATA RASMI PARLIMEN

465 30 MAC 1988 466

adil dalarn tender-tender Kerajaan sendiri. Kita pernah rnencadangkan supaya tender-tender besar diberi kepada kontraktor-kontraktor atau syarikat-syarikat yang berkurnpul atau bersepadu supaya rnereka dapat sarna­sarna rnenjalankan usaha lebih-lebih lagi dalarn keadaan perdagangan, perekonornian negara dalarn usahawan atau dalarn hal-hal tender-tender yang agak rnurarn atau rnasih rnurarn lagi­ada dilakukan saya faharn, tetapi belurn rnenyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, saya rnenyeru eloklah perkara ini diberi perhatian berat dan diusahakan dan dipertingkatkan kepada pernberian yang adil ini secara bersatu-padu seperti yang dihajatkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang kita kasihi bahawa rakyat hendaklah diutarnakan dan diberikan kernudahan, keadilan yang saksarna.

Tuan Yang di-Pertua, dalarn rnasalah ekonomi, saya ingin rnenyentuh sedikit rnengenai rnasalah pengangguran. Kita tabu kita sarna­sama sedang rnencari ikhtiar dan jalan dan kerajaan sudah berusaha banyak untuk mengatasi 'rnasalah pengang­guran. Berbagai usaha sarnpingan, usaha-usaha yang agak konkrit, usaha­usaha yang begitu bersungguh-sungguh telah pun dijalankan.

Saya ingin rnernbawa satu cadangan yang pernah disuarakan oleh salah seorang pernirnpin negara iaitu mengapa tidak kita kaji sernula mengenai gaji-bagi kepada sernua kakitangan-kakitangan sarna ada pihak Kerajaan atau swasta iaitu peluang­peluang pekerjaan yang ada diagensi-agensi Kerajaan dan swasta dikurangkan gajinya supaya membolehkan diambillebih ramai lagi mereka-mereka berkhidmat. Saya berpendapat ada lagi baik kita beri sama rata daripada rnenimbulkan jurang ada dengan tiada. Jadi kalau

dikurangkan rnereka yang dahulunya gaji pokok katakanlah $1,000 diturunkari kepada $600; dan $400 itu untuk rnemberikan peluang kepada penganggur-penganggur lain rnen­dapatkan pekerjaap-pekerjaan yang sesuai, selain daripada usaha-usaha galak -galakan perdagangan, peniagaan, ternakan dan usahanya sendiri dan lain-lain dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, rnengenai keselarnatan, saya ingin rnen­cadangkan oleh kerana negara sekarang ini di dunia, kalau kita lihat "Dunia Jam 10", kita lihat betapa dunia sekarang sudah bergolak dengan peperangan, permusuhan, pertela­gahan, persengkitaan yang menggunakan kekerasan senjata dan lain-lainnya. Betapa sekarang ini di ~unia luar rnanusia sudah mula hilang perhitungan rnatangnya lalu rnenjadikan senjata ataupun kekerasan serta keganasan jalan keluar untuk mencapai sesuatu matlarnat. Tentunya negara kita juga akan pada suatu ketika kena irnbasan atau bahayanya. Baiklah kita rnernperbaiki dan mernper­kukuhkan serta rnernperkuatkan kekuatan atau keselarnatan kita. Maksud saya pertambahan di pasukan keselarnatan atau tentera yang rnenjaga keselamatan negara hendaklah dari sekarang diperkuatkan, dipertambahkan dan diperkukuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, rnenyentuh rnengenai kesihatan, saya rneng­ucapkan tahniah juga kepada Menteri Kesihatan yang begitu sabar dan banyak mernberikan penjelasan kepada soalan dan yang telah banyak dengan kerjasarna Kerajaan Malaysia membuat perubahan-perubahan dalam mernberikan kesihatan yang wajar kepada warganegara di Malaysia.

Say a ingin rnenyentuh mengenai satu lagi jenis penyakit yang saya rasa sudah dalam perhatian Kementerian Kesihatan iaitu mengenai penyakit

Page 55: PENY ATA RASMI PARLIMEN

467 30 MAC 1988 468

kenser atau barah. Barah ini punya berbagai-bagai jenis. Saya memang tabu ada Persatuan Barah Malaysia diwujudkan di negara kita dan ada juga beberapa pengawalan dan pengawasan dibuat oleh Kementerian Kesihatan mengenai penyakit ini. Tetapi saya baru-baru ini rasa sedikit terkejut apabila mendapati di Hospital Besar Kuala Lumpur tidak ada alat pengesan barah buah dada. Kit a terpaksa diarah untuk pergi ke sebuah klinik swasta untuk mengesan sama ada si-pesakit itu ada mempunyai kesan permulaan sakit barah buah dada.

Saya jua berfikir mengapa Kerajaan kita khasnya Kementerian berkenaan tidak mampukah membeli alat pengesan ini ataupun jentera pengesanan bagi penyakit yang didapati boleh dikatakan ada atau . banyak juga penularan di negara kita ini khasnya di kalangan wanita-wanita di negara kita. Setiap orang yang ingin mengesan penyakit demikian kalau pergi ke Hospital Besar maka diarah kepada sebuah hospital swasta untuk mengambil X-Raynya dengan bayaran yang agak tinggi. Saya menyeru eloklah pihak Kementerian Kesihatan selain daripada kita membeli alat pengesan penyakit buah pinggang, penyakit AIDS juga memasukkan alat untuk mengesan barah termasuk barah buah dada ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai usaha lain yang juga merupakan satu daripada sumber kewangan negara dalam bidang perekonomian ialah disebutkan juga di sini mengenai masalah perdagangan dalam dunia perfileman.

Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai FINAS di negara kita ini tetapi sedarkah kita semua dan Kerajaan bahawa FIN AS sedang nazak dengan beberapa kelemahan dan dengan kepincangan serta kekurangan sama ada dari segi peruntukan kewangan, sokongan moral dan juga

kemuriahan-kemudahan yang diper­lukan bagi mereka mengembangkan industri perfileman di negara kita ini. Saya memohon Tuan Yang di-Pertua, supaya Kerajaan memberi perhatian berat kepada Memorandum FINAS yang telah dikemukakan berkali-kali. Kalau negara kita dalam hal pelancongan ingin menempatkan satu daripada tarikan pelancongan itu ialah lokasi perfileman FINAS, pengeluar­pengeluar filem atau pengusaha­pengusaha filem di negara kita mestilah ditolong dengan seriusnya kerana ianya berhubung kait.

Mengenai TDC, saya rasa baiklah TDC ini diberi perhatian berat dan diletakkan mereka-mereka yang benar-benar pakar dalam bidang tugas untuk urusan TDC itu sendiri kerana terdapat beberapa kelemahan selama ini yang seharusnya kita perbaiki demi untuk kemajuan pelancong negara.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah dadah, ::esungguhnya negara kita adalah sebuah negara yang popular dalam perjuangannya menentang najis dadah. Kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang kita kasihi yang disebutkan dalam Titah Ucapan di-Raja di mana Duli Yang Maha Mulia sendiri mempunyai penuh keyakinan terhadap beliau sebagai pemimpin negara yang berdedikasi dan mementingkan rakyat dan negara dari dirinya iaitu telah dilantik Malaysia menjadi Pengerusi kepada J awatankuasa Anti-Dadah di peringkat antarabangsa.

Kemudian baru-baru 1m pula Menteri Luar Negeri kita mewakili negara telah menjadi pengerusi kepa­da Persidangan Anti Najis Dadah di kalangan negara-negara Islam (OIC) dan kita telah dijemput bersama di dalam satu persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh OIC tidak lama

Page 56: PENY ATA RASMI PARLIMEN

469 30 MAC 1988 470

lagi dalam bulan Oktober. Nyata dunia menghormati kita dalam per­juangan kita mengenai kempen anti dadah di negara kita ini. Setiap orang, saya menyeru setiap orang termasuk pemimpin yang ada di Dewan, Senator-senator saya harap memberikan perhatian berat kepada kempen-kempen yang sedang diusahakan ini.

Apa yang sekarang saya ingin sentuh ialah mengenai penagihan dadah di kalangan wanjta-wanita di Malaysia. Kerajaan telah pun menubuhkan sebuah pusat untuk wanita yang terlibat atau terjebak atau menjadi mangsa sang dadah ini. Wanita di Malaysia dikenalpasti seramai 1,272 orang telah terlibat, terjebak hebat dengan pengaruh dadah. Antaranya kalau mengikut kaum ialah, orang Melayu 505 orang, di kalangan orang Tionghua 561 orang dan di kalangan India 150 orang. Jumlahnya 1,272 orang. Baiklah pihak Kerajaan mengadakan sebuah pusat lagi khas untuk mereka kerana dalam rawatan pemulihan untuk wanita jauh bezanya dengan orang laki-laki. Saya dengan rasa penuh terharu mohon Kerajaan supaya memberikan perhatian serius kerana kalau wanita lebih ramai terlibat di dalam pena­gihan dadah, maka bahayanya atau­pun hasil daripada tindakan buruk ini lebih he bat, lebih dahsyat daripada orang laki-laki sendiri kerana wanita ada senjata sulit di dirinya yang akan menjadi bahan eksploitasi dari penagihan ini.

Kita dengar banyak wanita-wanita diperdagangkan menjadi pelacur­pelacur terhormat, perempuan­perempuan simpanan dengan dukacitanya dan dijadikan bahan perdagangan kerana mereka telah dipengaruhi atau telah dimangsakan melalui najis dadah.

Tuan Yang di-Pertua, terakhir sekali saya ingin menyentuh mengenai perihal Al-Arqam di negara kita telah

di satu ketika dan hingga ketika ini tela_h banyak kali isu-isu AI-Arqam ini menjadi satu isu yang controversial atau yang kontrovesi.

Tuan Yang di-Pertua, AI-Arqam yang di pimpin oleh seorang syeikh telah banyak membuat kegiatan­kegiatan yang berunsur dakwah, Sesungguhpya dalam usaha-usaha mereka untuk mendidik pengikut­pengikutnya supaya berdisiplin dan taat serta takwa tiadalah kita hendak menafikannya atau tidaklah kita hendak mensia-siakannya. Apa yang kita dukacita sekali, Tuan Yang di­Pertua, ialah penyelewengan yang telah berlaku atau sedang dilakukan oleh pemimpin AI-Arqam yang ada ini, yang kita telah derigar dan lihat berkali-kali dipertikaikan di suratkhabar dan juga di media-massa kita di negara kita ini dan juga oleh alim-ulama negara kita ini.

Kita pernah dahulu membawa di Dewan ini supaya meminta Kerajaan, J abatan Agama Islam meneliti mengenai buku Aurad Muhamadiah pegangan AI-Ar_qam, sebuah buku yang benar-benar tarigatnya menyeleweng daripada akidah Islam sendiri. Kita boleh lihat Utusan Melayu, saya ada fotostatnya di sini, diberikan oleh seorang kawan: bahawa Haji Ashaari bawa terbang ke alam fantasi penuh khayalan bukan ke arah mentakwakan diri kepada Tuhan. Haji Ashaari ini, Tuan Yang di­Pertua, telah mengakui bahawa ianya adalah seolah-olah telah mendapat ilham daripada Nabi Muhammad Rasulullah s.a. w. sendiri untuk mengembangkan satu tariqat yang telah disiasat dan dipastikan banyak penyelewengan dari Islam yang sebenar-benarnya.

Kita lihat di sini telah dipaparkan berbagai-bagai dan di dalam Al­Arqam sendiri telah timbul kesedaran lalu ada perpecahan di antara Haji Ashaari ini dengan seorang lain yang bernama Ustaz Mokhtar kerana

Page 57: PENY ATA RASMI PARLIMEN

471 30 MAC 1988 472

mereka sudah merasakan bahawa ketua mereka ini sudah terlalu menyeleweng dari akidah Islam. Kemudian timbullagi beberapa cerita­cerita lain. Di sini kita quote Mingguan Malaysia: "Pelajar Azhar tolak Al-Arqam". Mereka bukan sahaja telah mengembangkan pengaruh tariqatnya yang menyeleweng ini di Malaysia tetapi juga telah menyerap masuk di mana­mana Universiti Islam di negara­negara Timur Tengah.

Kemudian kita juga boleh Iihat bagaimana beberapa lagi pertikaian mengenai kisah AI-Ar9am yang dibawa, dipengerusi atau diketuai oleh Haji Ashaari ini. Setelah beberapa per­tikaian ini dipertikaikan maka dengan penuh ikhlas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor telah meminta iai~u, dengan izin, "Darul Arqam asked to register itself", dalam The New Straits Times 23-3-88. Malangnya, apakah yang dijawab oleh Pengerusi Al-Arqam berkenaan? Times National iaitu bertarikh 24hb Mac, dengan izin, "Darul Arqam­We don't have to register".

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kepada Akta Society di negara kita ini yang telah diluluskan oleh Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, kita lihat di sini "political society" inserted by act A.515, and deleted by A.557, mengistilahkan bahawa "registered society" itu adalah bermaksud, "means any society for the time being registered under Section 7. "Society" includes any club, company, partnership or association of seven or more persons", etc. Saya tak payah teruskan hujungnya.

Maka mereka ini, Tuan Yang di­Pertua, bukan 7 orang, sudah beratus­ratus orang. Kenapa kita membiarkan mereka berleluasa membuat kumpulan-kumpulan yang boleh memecahkan perpaduan ummah di negara kita ini, menyesatkan akidah toriqat Islam ini tanpa dikawal?

Saya menyeru supaya pihak Kerajaan kita segera mengambil tindakan. Sekiranya mereka tidak mahu meregister sebagai sebuah persatuan atau pertubuhan maka ambillah tindakan yang wajar kerana baiknya terlalu sedjkit tetapi buruknya terlalu banyak. AI-Arqam yang dipengerusikan oleh al-ustaz yang saya sebutkan tadi mengembangkan fahaman bahawa satu ketika Imam Mahadi akan muncul daripada satu keturunan yang dinamakan Syeikh As­Suhaimi. Tidakkah ini satu ajaran yang sesat bagi kita orang-orang !slain dan Agama Islam yang suci?

Maka, Tuan Yang di-Pertua, dengan beberapa hujah-hujah dan bukti-bukti yang saya bawa di Dewan ini, saya mengharapkan Kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada kumpulan ini atau menentukan supaya kumpulan ini berjalan selaras dengan kehendak undang-undang negara, selaras dengan kehendak dan syiar Islam itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu mereka ini berkembangan, mereka boleh mengedarkan · risalah, mengedarkan suratkhabar sendiri, kemudian beberapa kejadian kidnap secara sulit berlaku. Tahu-tahu anak hilang. Rupanya sudah ada dekat Sungai Pencala. lbu bapa menangis. Tujuh, Iapan gadis-gadis daripada institusi tinggi atau daripada sekolah­sekolah tinggi telah dikidnap secara halus dan diindoktrinasikan dengan fahaman dan akidah yang salah ini lalu mereka ini mengamalkan agama Islam dengan satu unsur yang salah dari segi Islam, pendewaan kepada guru. Kalau guru itu buat apa sekali pun waima beristeri sampai enam atau tujuh tidak jadi kesalahan, sanggup dan rela mengorbankan diri kerana memikirkan guru berkenaan bakal menjadi sahabat atau menjadi petunjuk kepada munculnya Imam Mahadi.

Page 58: PENY ATA RASMI PARLIMEN

473 30 MAC 1988 474

Tuan Yang di-Pertua, demi kesucian agama Islam di negara kita, saya sekali lagi menyeru supaya mereka ini diambil tindakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Nasir.

4.20 ptg.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri menjunjung sembah dan menyokong dengan sepenuhnya Usul Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan-Agong pada 7hb Mac yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita meneliti Titah Seri Paduka Baginda banyak aspek-aspek yang telah disentuh, di antaranya seperti perpaduan kaum, keselamatan negara, pembangunan ekonomi, program-program pendidikan dan sebagainya.

Dalam hal ini, saya suka menyentuh di dalam hal perpaduan. Kita harus sedar adakah pada masa-masa yang lalu tidak ada perpaduan, mengapa sekarang selalu ditimbulkan masalah­masalah perpaduan ini. Pada saya, perpaduan telah wujud pada masa­masa yang Ialu, tetapi pada hemah saya disebabkan setengah daripada pemimpin-pemimpin yang begitu angkuh, kononnya hendak menjadi jaguh kepada kaumnya sendiri maka banyak perkara-perkara yang dipersoalkannya. Kadang-kadang perkara-perkara yang tidak patut dipersoalkan, dipersoalkan atau mengungkit-ungkit perkara-perkara yang telah dipersetujui pada masa­masa yang lalu. Inilah pada hemah saya yang menjadikan perpaduan negara kita tergugat dari semasa ke semasa.

Dalam hal ini, saya merasakan perkara. yang utama sekali pemimpin­pemimpin yang ada di dalam negara

kita. i~i, sama ada pemimpin­pem~mp~n y~ng . besar ataupun pem1mpm-pem1mpm yang kecil, sama ada pemimpin-pemimpin pembang­kang. atau pemimpin-pemimpin parti KeraJaan. sendiri mesti berwaspada dan Janganlah kita selalu menimbulkan masalah-masalah secara terbuka. Dan selalu kadang-kadang keb~lak~ngan ini di antara pemimpin­pemimpm yang telah menimbulkan ~~ak perkara ~ecil pada hemah saya Iaitu perlantikan jawatan-jawatan yang tertentu, kononnya perlantikan­perlantikan itu tidak betul dan sebagainya. Apakah ini sengaja kita mahu menimbulkan masalah-masalah atau mahu menjadi jaguh kepada bangsa kita sendiri. Pada saya, kalau ada sebarang masalah yang timbul yang kita harus fikirkan bersama ~aka 7Iok kita berunding kepad~ p1hak-p1hak yang berkenaan dan kita selesaikan masalah-masalah itu.

Tuan Yan~ di-Pertua, di sini saya suka menank perhatian iaitu pada masa-masa yang lalu agak Pegawai­pegawai Pelajaran di sekolah-sekolah

· atau sekarang disebut Pegawai­pegawai Pendidikan di sekolah­sekolah kebangsaan agak terdiri daripada orang-orang Melayu yang tidak berkelulusan sekolah Melayu ataupun yang tidak berkelulusan sekolah kebangsaan, iaitu mereka ini sebaha~ian. besar daripadanya yang telah ddantik kepada pegawai-pegawai yang tertentu yang berkelulusan di sekolah Inggeris, tetapi ini diterima oleh masyarakat Melayu pada masa yang lalu. Tetapi mengapa pula sekarang apabila pihak Jabatan Pendidikan mengambil bangsa mereka sendiri menjadi pegawai-pegawai di sekolah-sekolah, misalannya di sekolah Cina ataupun di sekolah Tamil dipersoalkan. Ini saya rasa adalah satu perkara yang begitu anih kerana saya telah meneliti dalam masalah perlantikan ini dan telah pun disebut kadang-kadang ada setengah di antara

Page 59: PENY ATA RASMI PARLIMEN

475 30 MAC 1988 476

guru-guru yang tertentu mengajar di sekolah jenis kebangsaan yang didatangkan daripada sekolah-sekolah lain dan mengambil perhatian juga berapa lama yang mereka telah bekerja di Jabatan Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dalam masalah ini agak pemimpin­pemimpin yang begini dapat membawa kepada masyarakatnya yang kita berasa tidak senang hati sehingga membawa perkara ini kepada dalam satu perjumpaan terbuka, kadang-kadang kita boleh anggap di dalam perjumpaan yang kita boleh tafsirkan sebagai tunjuk-tunjuk perasaan yang telah diadakan pada masa yang lalu. Di sini harus kita tanya apakah pemimpin-pemimpin ini benar-benar hendak mengadakan perpaduan ataupun mereka sendiri berkata di mulut hendak mengadakan perpaduan tetapi mereka cuba hendak merobohkan perpaduan apa yang mereka kata.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini yang menjadikan agak apabila sesuatu perkara itu dipersoalkan, maka ini yang menimbulkan ada di antara masyarakat-masyarakat yang lain seolah-olah mereka telah digugat atau dipersoalkan. Dengan ini saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan yang telah dapat mengadakan satu undang-undang bagi membanteras tunjuk-tunjuk perasaan ataupun perhimpunan-perhimpunan secara terbuka dengan sewenang­wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya suka menyentuh berhubung dengan Taman Bimbingan Kanak-kanak. Dalam masalah Taman Bimbingan Kanak-kanak ini apa yang kita ketahui ialah dikelolakan oleh Jabatan KEMAS ataupun dikelolakan oleh syarikat-syarikat swasta ataupun oleh orag-orang persendirian atau sebagainya.

Apa yang saya ketahui segala pengurusan, pengambilan guru-guru, sukatan-sukatan pelajaran ataupun penggunaan alat-alat tulis dan sebagainya tidak dapat diselaraskan. Maka dengan ini agak dengan berapa kumpulan-kumpulan yang tidak sama ini, telah sampai masanya Kerajaan mengambil perhatian yang sewajarnya supaya pengurusan kelas-kelas T ABIKA ini dapat diambil perhatian dengan sesungguhnya. Saya tidak bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan mesti mengambil alih terus kelas TABIKA ini, cuma saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya mengambil kira seperti kelas ataupun pelajaran yang telah dikelolakan atas nama kelas T ASKA oleh Kementerian yang berkenaan cuma menentukan syarat-syarat pendaftaran guru-guru dan sebagai­nya. Dengan ini saya mencadang­kan supaya kelas-kelas T ABIKA yang ada di dalam negara kita ini patut diletakkan di bawah satu unit Jabatan Pendidikan Negeri ataupun Daerah. Apabila kita letakkan kelas T ABIKA ini di bawah Jabatan Pendidikan Negeri atau Daerah maka permohonan mereka untuk menubuhkan kelas-kelas TABIKA, pengambilan guru-guru, sukatan pelajaran dan masa, tempat belajar dapat disamakan di antara satu kelas dengan satu kelas yang lain yang agak diambil perhatian oleh Jabatan Pendidikan, dengan tidak secara langsung maka sekiranya kalau pihak Kementerian mengambil perhatian yang sungguh-sungguh kepada kelas TABIKA ini, maka kanak-kanak ini akan melanjutkan pelajarannya di sekolah rendah, agar dapat diselaraskan pelajaran yang telah diterima di dalam kelas T ABIKA.

Maka kalau kita mewujudkan ataupun mengambil kira meletakkan satu unit di bawah Jabatan Pendidikan, saya merasakan tidak manimbulkan masalah kewangan, cuma kita mengambil kira sahaja

Page 60: PENY ATA RASMI PARLIMEN

477 30 MAC 1988 478

penubuhan kelas, ramai murid dan sebagainya. Sarna juga seperti kita ketahui di pejabat-pejabat pos, misalannya, diberi satu tugas sampingan seperti mengambil bayaran telefon, mengambil bayaran bil elektrik dan sebagainya. Ini kalau dilaksanakan tidaklah menimbulkan beban yang berat kepada Jabatan Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ramai rakan-rakan yang hendak berucap, maka saya pendekkan ucapan saya ini, cuma satu sahaja lagi iaitu berhubung dengan pasukan RELA. Dalam masalah pasukan RELA ini. kita mengetahui mereka adalah satu-satunya daripada unit keselamatan negara yang telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Dalam hal ini apa yang saya ketahui, agak penubuhan ini elok dapat diperbaiki dari masa ke semasa, ataupun perlu mengkaji dan melicinkan organisasi ini dengan sebenarnya. Kita menekankan prinsip organisasi ini daripada bawahan kemudian peringkat daerah, selepas itu kepada peringkat negeri, negara dan apakah matlamat yang sebenarnya kita menubuhkan pasukan RELA ini. Saya mengetahui dengan secara tidak langsung, pasukan RELA ini adalah ditubuhkan sebagai mata atau telinga Kerajaan, tetapi hakikat ini perlu dapat kita menekankan, apakah matlamat-matlamat yang kita tambah dari semasa ke semasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah menubuhkan RELA ini agak dapat kita melaksanakan dengan sewajarnya. Misalannya, kita menubuhkan dalam satu unit ataupun satu kumpulan kecil daripada sesebuah kampung, misalannya, 10 orang. Lepas itu kita besarkan kepada kawasan, lepas itu kepada mukim, daerah dan negeri. Apa yang saya ketahui ahli-ahli RELA ini agak

mereka terdiri daripada orang-orang dewasa dan anak-anak muda kita yang setengah-tengahnya diberikan latihan tentera. Oleh sebab terdapat pasukan RELA ini terdiri daripada belia-belia kita ataupun beliawanis, maka ini kita juga perlu memberikan perhatian ke hadapan oleh belia-belia ataupun beliawanis-beliawanis ini daripada mereka menceburkan diri di dalam pasukan RELA ini agak mereka nampak ke hadapan apakah mereka ini di satu masa akan datang diterima untuk memegang jawatan-jawatan yang tertentu. Dengan ini saya mencadangkan ahli-ahli RELA yang terdiri daripada belia-belia dan beliawanis-beliawanis ini . diberikan latihan yang tertentu yang bermatlamat supaya kita dapat serapkan mereka ini kepada tentera ataupun kepada Polis. Dengan cara yang demikian, satu di antaranya, apabila mereka diserapkan di dalam tentera ataupun diserapkan di dalam Polis, maka kesenangan bagi pihak tentera dan polis untuk melatih mereka tidak menimbulkan masalah, juga akan menggalakkan kepada belia-belia ini menceburkan dirinya di dalam pasukan RELA dan matlamatnya agak menjadi seorang tentera, polis dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang saya jelaskan tadi, setakat inilah yang dapat saya ucapkan di Dewan yang mulia ini dan dengan sepenuhnya saya menyokong usul Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7hb Mac yang lalu Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita beri peluang kepada Ahli baru Yang Berhormat Dr Ng Khek Kiung.

4.28 ptg.

Dr Ng Kbek Kiung: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk menyo­kong usul mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan menjunjung kasih

Page 61: PENY ATA RASMI PARLIMEN

479 30 MAC 1988 480

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana Titah Ucapan Kebawah Duli semasa membuka Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh pada 7hb Mac, 1988 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu ringkas, tetapi ia adalah padat, dinamik dan merangkumi segala aspek dalam hidup masyarakat dan negara kita. Kita sekali lagi dipertingkatkan dan dititikberatkan atas tanggungjawab kita untuk berusaha dengan lebih tekun ke arab memelihara, membina dan menegakkan sebuah masyarakat dan negara yang berharmoni, stabil, maju dan prograssif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan saya ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai perkembangan di negara kita ini. Dalam beberapa dekad yang kebelakangan ini negara kita banyak mengalami peristiwa-peristiwa, ada yang gembira, ada yang pahit, ada yang menderitakan dan ada yang membanggakan. Semua ini merupakan satu hakikat yang perlu dihadapi untuk mewujudkan sebuah negara yang maju dan progresif. Biarlah kita membandingkan perkembangan 1m dengan proses perkembangan seorang budak yang meningkat remaja. Proses-proses yang perlu dilaluinya adalah dari segi psikologi, fisiologi, penyesuaian sosiologi, perubahan tingkahlaku dan lain-lain. Ini membolehkan seseorang budak itu membesar menjadi seorang dewasa dan matang dalam pemikirannya. Perkembangan sebuah negara adalah lebih kurang seumpamanya dengan proses-proses perkembangan seorang budak.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini seperti kemerosotan

ekonomi, masalah perkauman, perubahan dalam masyarakat, ketidakpastian yang dirasai, semua ini adalah merupakan proses-proses semula jadi yang perlu dialami untuk membentuk dan mewujudkan sebuah negara yang lebih maju dari segi ekonomi, sains dan teknologi, matang dari segi politik, maju dalam bidang sukan; kaya dari segi kebudayaan dan lain-lain.

Sejarah telah membuktikan bahawa negara-negara yang pernah mengalami kesengsaraan, peperangan, keme­rosotan ekonomi yang teruk, pemberontakan dan lain-lain telah membangun semula seperti negara­negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain. Pencapaian tersebut adalah disebabkan terdapatnya kepimpinan yang sesuai dan dinamik. Jenis kepimpinan ini juga terdapat dalam Barisan Nasional kita. Kita yakin bahawa dengan adanya kepimpinan yang berkaliber dan matang ini, negara kita boleh mengatasi masalah-masalah kini dan mencapai kestabilan dan kemakmuran yang diingini. Kita juga yakin bahawa rakyat jelata akan berusaha sama untuk menuju ke arab pencapaian terse but.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini bahawa ahli-ahli politik dan rakyat khasnya bersaing di antara satu sama lain atau tentukan siapa memperolehi apa atau who gets what, dengan izin, Adalah disebabkan oleh masalah tersebut, banyak usaha yang telah dibazirkan. Masalah ini telah mengakibatkan satu syndrome phobia dan perasaan kecemburuan di antara kaum yang mungkin mengakibatkan salah faham di antara kaum. Kadangkala masalah ini telah menjadi terlampau sehingga setiap langkah yang diambil itu diterjemahkan sebaliknya.

Pemikiran jenis ini mesti diubah demi kebaikan negara kita. Tambahan pula usahasama rakyat mesti diadakan

Page 62: PENY ATA RASMI PARLIMEN

481 30 MAC 1988 482

untuk bersaing dengan nergara lain dari segi ekonomi dan pembangunan dan bukan di antara satu sama lain di negara ini. Saya barap pibak Kerajaan

·akan melaksanakan dasar-dasar yang sesuai ke arab mencapai objektif tersebut. Ini termasuklab Dasar Pelajaran Kebangsaan kita. Pelajar­pelajar perlu dididik dari mula-mula lagi supaya mereka mempunyai satu sikap yang innovative dan enterprising, dengan IZm, untuk menampung keperluan negara dalam usaba pembangunan perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, saya barap pibak Pembangkang seperti DAP dan PAS akan memberi saranan dan cadangan yang positif untuk mencapai objektif tersebut dan bukan asyik mengkritik sabaja. Sebenarnya dalam Dewan Rakyat pibak Pembangkang banya berlakun sabaja dan menganggapkan Dewan Rakyat yang mulia itu sebagai satu pentas drama sabaja. Saya juga barap abli-abli akademik, abli-abli profesional, wakil daripada persatuan-persatuan dan lain-lain boleb membantu dengan memberi saranan dan cadangan yang konstruktif dan inovatif untuk mencapai objektif ini.

Akbir kata, selepas tabun 1990 Dasar Ekonomi Baru yang akan di­lancarkan baruslab menuju ke arab pembangunan perindustrian negara kita dan mewujudkan satu era perindustrian baru di negara ini dan bukan semata-mata menitikberatkan ke atas isu-isu perkauman sabaja.

Sekali lagi . saya ingin menyokong usul untuk merakamkan Ucapan Menjunjung Kasib Kebawab Duli Yang Maba Mulia Tuanku. Sekian, terima kasib.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berbormat Tuan Hassan Harun dipersilakan.

5.46 ptg.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, terlebib dabulu izinkan saya mengucapkan terima kasib kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai Abli-abli Yang Berbormat lain menyampaikan ucapan Men­junjung Kasib kepada Duli Yang Maba Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titab Ucapan Baginda pada 7bb Mac baru­baru ini.

Sebelum saya teruskan ucapan saya yang sulung di dalam Dewan yang mulia ini, izinkan juga saya merakamkan ucapan terima kasib saya yang tidak terbingga kepada Yang Amat Berbormat Datuk Menteri Besar Kelantan dan Kerajaan Kelantan kerana melantik saya untuk mewakili negeri itu di dalam Dewan yang mulia ini. Di atas perlantikan itu saya berikrar akan berusaba memainkan peranan saya di dalam Dewan ini sedaya upaya yang saya mampu.

Sesudab saya membaca dengan teliti ucapan Titab Duli Yang Maba Mulia Seri Paduka Baginda yang pendek tetapi padat itu, saya dapati ianya penub dengan pesanan dan nasibat yang mendalam serta berpandangan jaub. Titab Ucapan yang ikblas itu bendaklab diambil berat oleb semua pibak, kbususnya rakyat yang cintakan keamanan dan kemajuan. Adalab amat menarik dan significant, dengan izin, pada pengbujung Titab Tuanku itu Baginda telab menyeru rakyat jelata supaya memberi sokongan yang tidak berbelab-babagi kepada pucuk pimpinan negara ini, Yang Am at Berbormat Dato' Seri Dr Mabatbir Mobamad. Memandangkan ·per-kembangan politik tanabair kebelakangan ini, keyakinan Duli Yang Maba Mulia kepada pimpinan Yang Amat Berbormat Dato' Seri Dr Mabatbir Mobamad mempunyai penub erti dan implikasi positif kepada suasana politik tanabair pada masa ini.

Page 63: PENY ATA RASMI PARLIMEN

483 30 MAC 1988 484

Dalam masa serba mencabar ini, terutamanya dalam suasana politik, ekonomi dan keselamatan negara kita sedang beransur pulih dan stabil, adalab menjadi kewajipan kita semua, sama ada dalam Dewan ini a tau di luar, untuk menyumbangkan apa sabaja yang terdaya untuk mempercepatkan proses mewujudkan keadaan normal dan dinamik dalam negara kita supaya tenaga kita dapat ditumpukan penub kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Apabila dikaji pimpinan Yang Amat Berbormat Dato' Seri Dr Mabatbir, kita akan sedar babawa beliau telab dan sedang membawa perubahan yang pesat kepada negara kita, sama ada dalam bidang politik ataupun ekonomi. Beliau sedang membawa kita ke arab satu "vision", satu masa depan yang cemerlang. Beliau mengajak kita menjadikan Malaysia sebuab negara perindustrian yang benar-benar bebas dan merdeka serta dibormati dan disegani oleb semua dalam masyarakat dunia. Beliau sedang membawa kita untuk bersedia bagi memasuki Abad ke 21. Ke arab itu banyak mesti dan perlu diubab dan disesuaikan terutamanya masalab menjamin persambungan pimpinan negara. Dalam keadaan sekarang ini masalab persambungan pimpinan negara sangatlab penting. Pemimpin-pemimpin pelapis bendak­lab didedab kepada pentadbiran negara dengan lebib teliti.

Kita libat apa yang sedang berlaku di negara jiran kita dalam masalab persambungan pimpinan negara itu. Malaysia dalam menyediakan diri untuk memasuki Abad ke 21, bendaklab menyediakan pemimpin­pemimpinnya dengan cukup ilmu dan pendedaban bagi mengbadapi zaman yang mencabar itu.

Berbubung dengan ini, masalab negara dan pimpinan adalab satu masalab yang saling berkait dengan

rapat sekali. Masalab negara kita pada masa ini adalab masalab pengurusan. Kalaulab kita andaikan negara ini sebuab syarikat yang besar sudah tentu masalab pengurusannya amatlah penting kepada kejayaan masa depannya.

Kejayaan negara-negara yang sedang membangun lain terutama sekali Negara-negara Perindustrian Baru (N.I.C.) seperti Korea, Taiwan, Hongkong dan Singapura, oleb kerana pengurusan yang cekap dan mantap. Negara-negara ini dapat menikmati kejayaan yang begitu bebat dan pertumbuban ekonomi yang begitu pesat menyebabkan negara-negara Barat menganggapkan negara-negara di pinggir Lautan Pasifik ini sebagai negara-negara yang mesti menjadi tumpuan pada Kurun ke 21. Malaysia tidak boleb ketinggalan dalam perkembangan ini. Malaysia bendaklab bersama-sama negara ini.

Dalam ucapan Yang Amat Berbormat Dato' Seri Dr Mabatbir Mobamad baru-baru ini di Kuala Lumpur, beliau telab mencermin dan membayangkan betapa perlunya Malaysia menyertai negara-negara ini dalam segala aspek pengbidupan supaya Malaysia akan tidak ketinggalan. Dalam persoalan ini, ekonomi kita pada tabun sudab sepertimana dalam Titab Ucapan Tuanku telab menyatakan babawasanya pertumbuban telab bampir pulib balik. Sekurang­kurangnya pad a tahun 1987, pertumbuban ekonomi kita ialah 4.7% dan pada hari ini kita dapat membaca dalam akhbar-akbbar yang me­ramalkan bahawasanya per­tumbuhan ekonomi negara kita akan meningkat sekurang-kurangnya kepada 5%. Syukur Alhamdulillah, kita berharap pertumbuhan ini akan terus dapat dikekal dah dipertingkatkan, tetapi usaha untuk mempertingkatkan ekonomi ini perlulah dirancang betul-betul

Page 64: PENY ATA RASMI PARLIMEN

485 30 MAC 1988 486

terutamanya dari segi pengurusan yang saya sebutkan tadi. Dalam Titah Ucapan Tuanku ada menyebut masalah-masalah berkaitan dengan akhlak dan ethics.

Akhir-akhir ini kita dapati banyak masalah negara yang kita alami berpunca daripada ketidakjujuran, masalah amanah, masalah penyalahgunaan km~sa dan pada umumnya masalah-masalah akhlak yang menyebabkan pengurusan negara kita di dalam boleh dikatakan hampir semua bidang menjadi tandatanya. Dalam persoalan ini saya ingirt menyarankan bahawa kita perlu mengambil berat dalam melatih pemimpin-pemimpin negara dalam semua bidang, sama ada dalam bidang politik ataupun bidang ekonomi.

Dalam bidang ekonomi misalnya terutama sekali berhubung dengan penyertaan bumiputera. Kita dapati dalam keadaan ekonomi meleset sekarang 101 banyak firma-firma bumiputera tidak mampu dan tidak boleh berdiri teguh menghadapi cabaran keadaan ekonomi yang meleset. Apakah sebab-sebab mereka tidak dapat menghadapi masalah­masalah berkaitan dengan kemelesetan ekonomi ini. Sudah tentu ada sesuatu di antaranya ialah kerana kepincangan dalam masalah pengurusan. Dalam persoalan ini apakah kita harus teruskan mendedahkan kaum bumiputera dalam dunia perniagaan secara "trial and error", dengan izin ataupun kita melatihkan mereka dengan cara lebih terperinci dan tersusun lagi. Siapakah sebenarnya bertanggungjawab untuk melatih mereka ini dengan tersusun dan rapi di negara ini?

Kita dapati berbagai badan yang melatih bumiputera untuk menyertai dalam bidang-bidang perniagaan. Institusi-institusi Pengajian Tinggi telah melatih tetapi latihan yang diberi ini tidaklah sebegitu menyebabkan

· mereka yang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tidak dapat menghasilkan cita-cita bangsa itu. Dalam persoalan ini, di peringkat pengurusan tinggi, misalnya Institusi­in;titusi Pengajian Tinggi kita seperti univ~rsiti-universiti tempatan tidak mengadakan Kursus-kursus Peng­urusan untuk mereka yang sedang bekerja dengan secara meluas kecuali beberapa institusi-institusi swasta yang mengadakan peluang­peluang ini. Yang ada di universiti­universiti kita sekarang adalah latihan dan pendedahan yang boleh dikatakan tidak mencukupi bagi menghadapi perkembangan ekonomi kita yang pesat ini. Masalah ini menjadi lebih sulit apabila akhir-akhir ini bidang perniagaan ini disertai pula oleh anak­anak bangsa kita yang mendapat didikan semata-mata dalam Bahasa Malaysia. Mereka ini tidak dapat menyambung ilmu mereka dalam bidang perniagaan khususnya dalam Bahasa Malaysia dengan secara meluas sebab di peringkat tinggi tidak cukup peluang-peluang seperti itu. Bukan sahaja tidak cukup peluang­peluangnya, bahkan tidak ada langsung, misalnya mengenai pengurusan berkaitan dengan masalah-masalah perniagaan yang lebih sophisticated. Oleh itu saya menyeru kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya mengkaji keperluan negara dari segi pengurusan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, dengan keadaan ekonomi meleset kini, kita juga dapati masalah-masalah yang dialami oleh negeri-negeri yang kurang maju. Pada hari semalam, kita telah mendengar rayuan W akil dari Sa bah mengharapkan Kerajaan Persekutuan merancangkan perkembangan ekonomi sedemikian rupa supaya Sabah dan Sarawak mendapat peluang bersama-sama di dalam mainstream ekonomi negara. Di Semenanjung pun masalah yang sama masih timbul. Negeri Kelantan yang merupakan

Page 65: PENY ATA RASMI PARLIMEN

487 30 MAC 1988 488

sebuah negeri yang termiskin di Semenanjung Malaysia ini, masih jauh kebelakang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kelantap, walaupun dalam Malaysia sejak 31hb Ogos, 1957, tetapi sebenarnya N~geri Kelantan mendapat kemerdekaan hanya pada tahun 1978. Sebelum daripada itu kita dijajah oleh sebuah parti politik Pembangkang yang tidak berusaha · langsung untuk membangunkan negeri itu. Dan 18 tahun kebelakangan itu merupakan tahun-tahun yang amat gelap bagi Negeri Kelantan menyebabkan Kelantan jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Oleh kerana itu, tumpuan hendaklah diberi kepada Negeri Kelantan. Dalam perancangan Kerajaan, dalam pelan induk perindustrian Malaysia, negeri Pantai Timur tidak dimasukkan di dalam mainstream perindustrian, di­masukkan dalam apa yang dikatakan "mini-corridor" di mana hanya aktiviti-aktiviti ekonomi pinggiran sahaja yang akan dapat dinikmati. J adi, memandangkan tumpuan yang tidak sebegitu kepada negeri-negeri ini, khususnya negeri Kelantan, saya berharap pihak Kerajaan Persekutuan akan sekali lagi mengkaji strategi pembangunan negara supaya negeri yang tertinggal ini akan dapat diletak atas landasan sama dengan negeri­negeri lain.

Negeri Kelantan mempunyai rakyat seramai 1,050,000 pada hari ini. Sembilan puluh tiga peratus daripadanya ialah bumiputera. Dan dalam keadaan kemelesetan ekonomi kini walaupun seluruh negara mengalami pemulihan ekonomi tetapi pemulihan itu adalah pemulihan berkelompok sahaja, tertumpu kepada wilayah-wilayah tertentu sahaja, terutamanya di sebelah Selatan Negeri Johor, di tengah Lembah Kelang dan disebelah Utara di Pulau Pinang. Pertumbuhan yang kita alami masa ini adalah

pertumbuhan yang tidak sama rata. Jadi, dalam keadaan ekonomi kini, kalaulah kita ke Kelantan, kita akan dapati Bandar Kota Bharu, kalau pada dahulunya rumah kedai penuh disewa, sekarang tingkat bawah, ground floor, dengan izin, pun tidak dapat disewakan, menunjukkan betapa lembabnya ekonomi negeri itu. Dan kalaulah kadar pengangguran di seluruh Semenanjung dalam lingkungan 9%, saya rasa Negeri Kelantan mengalami lebih tinggi lagi peratus penganggurannya. Sebab itulah pada hari ini, saya menyeru kepada pemimpin negara mengambil perhatian kepada Negeri Kelantan yang selama ini ketinggalan.

Sebagai mengakhiri ucapan yang pertama ini, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya · sekali lagi menyatakan bahawa negara kita masa kini sedang mengalami berbagai cabaran. Seruan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hend.aklah diambil berat. Janganlah sekali-kalinya di antara kita memikirkan masalah ini maGalah enteng, sebab masalah ini menentukan masa depan bangsa. Generasi masa depan bergantung kepada apa yang kita lakukan pada masa ini.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dalam Dewan yang mulia ini menyokong Usul Ucapan Menjunjung Kasih pada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Ucapan Titah Baginda pada 7hb Mac, baru-baru ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim.

5.05 ptg.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih

Page 66: PENY ATA RASMI PARLIMEN

489 30 MAC 1988 490

kerana mengizinkan saya mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul untuk mengucapkan berbanyak­banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh pada 7hb Mac, 1988 lalu.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam perbahasan yang telah bermula pada hari Isnin yang lalu, kita telah dapat mendengar berbagai isu dan masalah yang bercorak politik, ekonomi, perundangan, pendidikan, kese­lamatan, perpaduan negara dan sebagainya. Pada hari yang berbahagia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh hanya satu perkara di bawah tajuk Kebajikan Masyarakat untuk renungan kita bersama. Saya tidak akan menyentuh perkara ini secara menyeluruh, bahkan saya akan menghadkan kepada satu golongan kecil masyarakat yang hampir dilupai oleh negara kita. Mereka ini adalah terdiri daripada satu golongan kecil yang telah mengorbankan diri, demi mempertahankan dan memelihara keamanan negara. Golongan yang saya maksudkan ini adalah terdiri daripada bekas-bekas perajurit tanahair.

Tuan Yang di-Pertua, jalan yang ditempuhi oleh bekas perajurit sebaik sahaja mereka menanggalkan pakaian seragam dan merijalani hidup sebagai orang awam adalah ibarat sungai menuju ke kuala, penuh liku dan lumpur. Masalah demi masalah datang menimpa. Nasib mereka tidak sebaik orang lain yang berkecimpungan dalam profession berlainan. Kepulangan mereka ke dunia orang awam tidak pernah dihiraukan, ibarat melukut di tepi gantang-ada tidak menambah, tiada pun tidak mengurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, bukanlah menjadi keinginan seorang perajurit supaya kepulangannya disambut secara besar-besaran, sekali-kali tidak.

Apa yang menyinggung perasaan kecil mereka ialah seorang bekas perajurit tidak langsung mendapat tempat di tengah masyarakat. Ini berbanding dengan lain profession yang sentiasa di beri keutamaan. Seorang guru misalnya, walaupun telah bersara, hormat masyarakat padanya masih ada dan pendapatnya diutamakan. Tetapi seorang perajurit dianggap sebagai titisan embun yang akan kering apabila matahari muncul, sedangkan pengorbanannya yang telah dibuat dan diberikan kepada masyarakat tidak bernilai harganya serta tiada bandingannya.

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh bekas-bekas perajurit bukanlah masalah baru. Masalah ini telah diwarisi sejak bertahun-tahun. Walaupun bekas perajurit ini mempunyai persatuan sendiri untuk membela nasib mereka, sejauh manakah yang dapat dilakukan oleh persatuan memandangkan bidang­kuasa_ persatuan yang terbatas dan kecil. Masalah-masalah ini masih dipandang sepi walaupun telah berulang kali disuarakan. Contohnya, masalah kenaikan pencen bekas Tentera British. Masalah yang dihadapi oleh pesara-pesara Tentera British ini telah wujud semenjak merdeka dahulu, tetapi ianya masih tidak dapat diatasi. Oleh sebab ianya tidak dapat diatasi maka bekas-bekas perajurit ini telah merayu kepada Kerajaan untuk campur tangan. Permintaan ini adalah pemintaan munasabah. Ini adalah disebabkan bahawa pada tahun 1957, satu persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan di mana di dalam persetujuan ten.ebut Kerajaan Persekutuan telah memberi kebenaran kepada Kerajaan United Kingdom untlik mengambil rakyat Malaysia berkhidmat di dalam Tentera British tertakluk kepada beberapa syarat­syarat yang ditetapkan. Salah satu

Page 67: PENY ATA RASMI PARLIMEN

491 30 MAC 1988 492

daripada syarat-syaratnya ialah soal pencen dan di sini izinkan saya baca petikan yang berbunyi:

"In particular, the United Kingdom Government accepts in principle that injury and retirement pensions payable to such Federation subjects shall be in accordance with the scales obtaining for the Federation Armed Forces".

Ini bermakna bahawa sebarang kemudahan yang dinikmati oleh Angkatan Tentera Malaysia akan juga dinikmati oleh anak-anak watan yang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera British. Bagaimanapun, bagi pesara-pesara Angkatan Tentera Malaysia yang menamatkan perkhidmatan pada atau sebelum lhb Januari, 1976, telah menikmati kenaikan pencen mereka mengikut keputusan Laporan Jawatankuasa Kabinet. Perkara ini berkuatkuasa mulai 1hb Julai, 1980. Sungguhpun begitu, pesara-pesara dari Tentera British hanya mendapat kenaikan sebanyak 16% sahaja yang diluluskan oleh Kerajaan British pada tahun 1983.

Ingin saya menerangkan bahawa pada masa ini pencen bekas-bekas perajurit yang berkenaan adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan pencen yang diberi kepada bekas-bekas perajurit Angkatan Tentera Malaysia. Maka itulah sebabnya mereka itu merayu kepada Kerajaan untuk berunding dengan Kerajaan British.

Di smt ingin saya mengambi! perhatian Dewan mengenat pertanyaan saya mengenai perkara ini pada 28hb Mac yang lalu. Soalan saya kepada Jabatan Perdana Menteri berbunyi demikian:

"Nyatakan sama ada· Kerajaan Malaysia bercadang untuk berunding dengan Kerajaan British mengenai kenaikan pencen pesara­pesara Tentera British yang terdiri

daripada rakyat Malaysia yang menerima pencen yang lebih rendah daripada pencen yang diterima oleh pesara Angkatan Tentera Malaysia".

Jawapan yang diberi, seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, ialah seperti berikut:

"Kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk berunding dengan Kerajaan British mengenai kenaikan pencen bagi pesara-pesara Tentera British yang terdiri daripada rakyat Malaysia kerana sebab-sebab berikut:

(i) pesara-pesara tersebut dilin­dungi oleh undang-undang dan peraturan-peraturan pencen Kerajaan British dan oleh yang demikian, tidaklah wajar untuk Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ini ...... "

Jawapan yang diberi oleh pihak berkenaan adalah menghampakan. Pada pendapat saya soal undang­undang dan peraturan-peraturan pencen Kerajaan British tidak timbul. Apa yang nyata ialah bahawa Kerajaan British telah gagal mematuhi persetujuan yang telah dibuat pada tahun 1957 itu. Oleh yang demikian, maka adalah menjadi kewajipan Kerajaan Malaysia untuk membela nasib rakyat Malaysia yang malang itu.

Tuan Yang di-Pertua, bekas-bekas anggota Tentera British ini bukan sahaja menghadapi masalah pencen yang lebih rendah tetapi mereka juga menghadapi masalah pengiktirafan bagi perkhidmatan yang mereka berikan dalam tentera dahulu. Pada masa ini terdapat ramai bekas-bekas anggota Tentera British yang telah diserapkan semula, bertugas dengan berbagai-bagai jabatan perkhidmatan awam serta agensi-agensinya. Walau bagaimanapun, jumlah perkhidmatan anak-anak watan ini di dalam Tentera British telah tidak diiktiraf oleh jabatan berkenaan sebagai

Page 68: PENY ATA RASMI PARLIMEN

493 30 MAC 1988 494

jumlah perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi tujuan dan maksud pengiraan pencen apabila mereka menamatkan perkhidmatan dengan JP A. lni bermakna seorang bekas anggota Tentera British terpaksa berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 10 tahun dan telah disahkan dalam jawatan, barulah ia dimasukkan dalam pengiraan pencen. Alangkah ruginya mereka 101

seandainya sebelum ini mereka telah pun berkhidmat lebih daripada 21 tahun dalam perkhidmatan Tentera British. Di dalam hati timbul pertanyaan, di manakah silapnya sehingga perkhidmatan mereka tidak diiktiraf sedangkan latihan dan perkhidmatan dari segi ketenteraan yang telah mereka jalani adalah sama.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun mereka dikenali sebagai Tentera British, mereka bukanlah berkhidmat dan berjuang untuk United Kingdom. Sebaliknya mereka ditempatkan di merata tempat di Malaysia. Mereka juga turut sama mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mengapakah sikap menganaktirikan iili masih wujud sedangkan mereka juga warganegara Malaysia dan mempertahankan negara sendiri?

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah bukan hanya bekas anggota Tentera British sahaja menga:lami masalah pengiktirafan ini. Bekas anggota Tentera Malaysia juga mengalami masalah yang sama. Contoh yang paling baik ialah masalah pengiktirafan ketukangan yang dimiliki oleh perajurit-perajurit. Kemahiran perajurit-perajurit di dalam satu bidang memanglah tidak sukar untuk diragui kerana mereka telah dilatih oleh pakar-pakar serta diberikan latihan secukupnya. Malangnya kemahiran 1m masih diragui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, malah pihak JPA enggan langsung mengiktiraf kemahiran

mereka. Ini menyebabkan bekas­bekas perajurit tersebut tidak dapat menggunakan kepakaran mereka dan berlaku pembaziran. Mengapakah JP A masih meragui kepakaran ketukangan bekas-bekas perajurit? Adakah selama ini tentera-tentera dianggap hanya pandai memegang senapang dan memburu musuh sahaja? Begitu rendahkah pandangan masyarakat terhadap kebolehan seseorang perajurit?

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengembang dan memajukan Malaysia dalam berbagai bidang, Kerajaan telah mengadakan berbagai bantuan dan membantu pihak-pihak tertentu di dalam beberapa kegiatan. Misalnya, Kerajaan telah mengadakan peruntukan yang tertentu kepada berbagai-bagai pertubuhan seperti Persatuan Nelayan, Pertubuhan Belia dan sebagainya untuk membantu ahli­ahli di dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut berkecimpung di dalam bidang-bidang perniagaan.

Tetapi dukacita kerana bekas-bekas perajurit diabaikan terus dalam hal ini. Tiada bantuan, tiada galakan. Agaknya jika belas-bekas perajurit yang terdahulunya tidak mengambil inisiatif untuk menubuhkan Persatuan Bekas Perajurit tiada siapa yang akan mengambil tabu nasib bekas-bekas perajurit. Mereka akan dibiarkan seperti daun kering di tepi jalan, tiada siapa yang ambil peduli.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan juga memberikan berbagai anugerah, beberapa pingat dan wang sagu hati kepada ahli-ahli sukan yang telah berjaya mengharumkan nama negara di dalam bidang masing-masing. Mereka ini digelar sebagai pahlCl,wan negara yang telah berbakti kepada bangsa dan negara. Bagaimana pula dengan perajurit-perajurit yang tidak kurang besar jasanya.

Page 69: PENY ATA RASMI PARLIMEN

495 30 MAC 1988 496

Mernang benar, ada di antara mereka ini telah pun dikurniakan bintang-bintang seperti Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Tetapi alangkah lebih baik jika penerirna pingat-pingat ini dikurniakan irnbuhan yang rnelibatkan wang tunai setirnpal dengan pengorbanan rnereka terhadap negara ini ataupun sekeping tanah. Bukankah ini lebih berrnakna dan berguna bagi jangka rnasa panjang. Lagi pun kebanyakan daripada penerirna pingat-pingat ini telah mengalarni kecacatan. Sebab itu, jika irnbuhan yang disebutkan tadi diberi tentu ia akan rnendatangkan faedah yang lebih besar.

Tuan Yang di-Pertua, rnungkin ada di antara pihak-pihak berkenaan yang mernikirkan bahawa bekas-bekas perajurit hanya tahu rnerninta dan tidak tahu berdikari serta tidak mernaharni rnasalah yang dihadapi oleh Kerajaan disebabkan oleh kernelesetan ekonorni. Bekas perajurit bukannya tidak faharn · akan rnasalah ini, rnalah telah terlalu arif. Sebab itu rarnai di antara rnereka cuba untuk berdikari sarna ada secara besar­besaran ataupun kecil-kecilan. Ada yang rnenceburkan diri di bidang pertanian, pertukangan, perniagaan dan ada pula terlibat di dalarn bidang pernbinaan. Sernua ini dilakukan adalah untuk rneringankan beban Kerajaan di sarnping rnernbantu rnernulihkan ekonorni negara dengan seberapa segera.

Sayang seribu kali sayang usaha rnurni rnereka ini kurang rnendapat sarnbutan dan galakan sarna ada daripada pihak swasta rnahupun daripada Kerajaan sendiri. Kernenterian Pertahanan sendiri rnisalnya tidak pernah rnernberi keutarnaan untuk kerja-kerja ~ontrak, pernbekalan dan perkhidrnatan di kern-kern angkatan tentera kepada syarikat-syarikat yang dirniliki oleh bekas-bekas perajurit ataupun kepada

syarikat-syarikat yang dirniliki oleh Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Bagairnanakah orang lain dapat rnernpercayai kebolehan bekas-bekas perajurit seandainya Kernenterian Pertahanan sendiri tidak begitu yakin. Apakah Kernenterian Pertahanan rnerasakan bahawa sebaik sahaja seseorang bekas perajurit itu rnelepaskan jawatannya Kernenterian sudah tidak bertanggungjawab langsung terhadap apa yang terjadi terhadap perajurit yang berkenaan.

Alangkah sedih dan rnalangnya nasib bekas perajurit jika bekas rnajikannya bersikap dernikian. Sepatutnya Kernenterian Pertahanan rnernberikan keutarnaan kepada syarikat-syarikat bekas perajurit supaya ianya dapat rnenirnbulkan keyakinan di hati pihak lain tentang kebolehan bekas-bekas perp.jurit. Sikap yang ditunjukkan oleh Kernenterian Pertahanan ini boleh diibaratkan sebagai "kacang lupakan kulit."

Tuan Yang di-Pertua, bekas peraJunt rnerasa arnat berkecil hati dan bertanya-tanya rnengapakah setelah rneninggalkan bidang ketenteraan rnereka tidak dibenarkan rnenggunakan kernudahan yang pernah rnereka nikrnati sernasa berkhidrnat, rnisalnya rnernbeli-belah di kedai-kedai PERNAMA ataupun NAAFI pada rnasa dahulu. Mengapakah keistirnewaan di tarik dengan serta-rnerta sebaik sahaja rnereka bersara? Apakah pihak pengurusan PERNAMA lupa bahawa bekas-bekas perajurit juga rnerupakan orang-orang yang telah rnenolong rnenaikkan dan rnernajukan PERNAMA.? Saya percaya tanpa sokongan bekas-bekas perajurit semasa rnereka masih lagi berkhidmat dahulu mungkin kedai PERNAMA sudah tidak wujud lagi. Lagi pun tidak pernah terfikirkah pihak pengurusan bahawa PERNAMA akan mendapat

Page 70: PENY ATA RASMI PARLIMEN

497 30 MAC 1988 498

lebih keuntungan seandainya dibenarkan bekas-bekas peraJunt menggunakan kemudahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, masalah terus datang menimpa. Belum selesai masalah lama timbul pula masalah baru. Bekas perajurit merasa amat besar hati dan berbangga apabila Kementerian Pertahanan me­nubuhkan satu unit dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Bekas Perajurit di dalam tahun 1972. Hasrat murni Kementerian untuk membantu bekas perajurit sangat dihargai dan diterima dengan tangan terbuka. Sayangnya, Bahagian Hal-Ehwal Bekas Perajurit sendiri menimbulkan masalah kepada bekas-bekas perajurit. Ini adalah kerana hampir keseluruhan kakitangan yang mentadbirkan bahagian ini adalah orang-orang awam yang tidak mempunyai pengalaman ketenteraan. Bukanlah lebih baik dan berkesan sekiranya bekas-bekas perajunt sendiri yang mentadbirkan bahagian tersebut? Ini adalah kerana mereka lebih arif tentang masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan seper­juangannya.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa ketika ini Kerajaan Persekutuan tidak memberi apa-apa bantuan kewangan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Walhal persatuan tersebut membelanjakan sebanyak $1 juta pada tiap-tiap tahun untuk kebajikan bekas­bekas perajurit serta tanggungan mereka.

Berhubung dengan perkara ini ingin saya bawa perhatian Dewan bahawa pada 28hb Mac yang lalu saya juga telah bertanya kepada Kerajaan sama ada Kerajaan Malaysia bercadang untuk memberi sumbangan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia bagi membantu persatuan di dalam kegiatan-kegiatan sepertimana yang

telah dikurniakan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia baru-baru ini. Jawapan yang saya terima berbunyi:

"Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk memberi sumbangan kewangan kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia bagi membantu persatuan di dalam kegiatan-kegiatannya."

Sekali lagi jawapan yang diberi sangatlah menghampakan. Tidaklah saya ingin hendak mengulaskannya, saya serahkan perkara ini kepada Dewan untuk direnungkan.

Sekian sahaja, Tuan Yang di­Pertua, sebagai penutup saya menyokong penuh Usul Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh pada 7hb Mac yang lalu.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan R. M. Jasni.

5.30 ptg.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, sebagai kewajipan saya ingin turut bersama membahaskan Usul Menjunjung ke atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7hb Mac yang lalu pada pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Ketu j uh ini.

Gambaran yang jelas dari Titah Ucapan Baginda adalah ditekankan kepada pentingnya asas-asas perpaduan yang didasarkan kepada sikap toleransi dan hormat­menghormati satu sama lain yang telah dibina selama ini. Sikap inilah yang mengekalkan kita hidup aman dan sejahtera antara semua kaum di negara 1m. Dari Titah Ucapan Baginda itu kita telah mengenal senjata kita untuk menghadapi percubaan menggugat kestabilan negara ini.

Page 71: PENY ATA RASMI PARLIMEN

499 30 MAC 1988 500

Tuan Yang di-Pertua, dari Kertas Putih Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara kita diajak mengenal musuh-musuh kita, musuh negara ini. Ia digariskan sebagai ancaman keselamatan, ancaman perkauman dan ancaman berunsur keagamaan. Sebagai sifatnya sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama dan kebudayaan masyarakat Malaysia ini, masyarakat majmuk ini mudah dan cepat bergolak. Apa tah lagi apabila perasaan kaum dan beragama itu sengaja diapi-apikan oleh tukang-tukang kipas.

Keruhnya suasana di negara m1 dalam keadaan-keadaan tertentu pada saya bukan dicetuskan oleh rakyat banyak tetapi sengaja diapi-apikan oleh beberapa pemimpin yang mencari pengaruh atau cuba mempertahankan pengaruhnya di dalam kumpulannya atau di dalam kaumnya untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan politiknya.

Tuan Yang di-Pertua, ancaman keselamatan dapat dihadapi oleh kekuatan Pasukan Bersenjata kita dengan sokongan padu dari rakyat jelata tetapi perpaduan itu akan hancur jika tukang-tukang kipas dibiar terus mengapi-apikan perasaan perkauman dan agama disalahgunakan untuk kepentingan politik. Sikap toleransi dan rasa hormat-menghormati yang menjadi kekuatan kita selama ini akan musnah. Ketika itu keselamatan kita tidak akan terjamin lagi.

Pada saya tukang-tukang kipas ini adalah musuh utama negara. Ia amat berbahaya dalam masyarakat majmuk kerana ia orang bijak dan pintar yang memperalatkan demokrasi untuk membawa bencana yang mengakibatkan kehancuran kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, dari Titah Ucapan Baginda itu kita mengenal senjata kita dan juga mengenal musuh kita. Mungkin senjata kita tidak cukup

berbanding dengan ancaman yang kita hadapi. Bagaimanapun, saya yakin pemimpin-pemimpin kita akan terus berusaha memeras otak, menggandakan tenaga untuk mencari jalan apakah senjata-senjata lain yang lebih sesuai untuk memelihara perpaduan masyarakat majmuk ini supaya tetap utuh dan padu.

Pemimpin-pemimpin kita sentiasa berseru tentang pentingnya perpaduan kaum. Perpaduan kaum ini hendaklah jangan disalahtafsirkan kerana perpaduan di dalam kaum dalam masyarakat majmuk adalah berbahaya. Apa yang kita inginkan ialah perpaduan di antara kaum.

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan di antara kaum ini teorinya memang banyak tetapi saya tidaklah sampai ke sana, sekadar menyebut asas-asasnya bagi menguatkan asas-asas perpaduan sebagai yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Ucapan Baginda yang dibahaskan ini.

Sebagai yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan, penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum perlu dilaksanakan menurut semangat dasar itu digubal. lnstitusi-institusi ekonomi yang mempunyai potensi hendaklah diwujudkan untuk disertai oleh tenaga penduduk berbagai kaum.

Misalnya, suatu syarikat kerjasama yang besar yang bukan bersifat perkauman hendaklah diwujudkan. Penekanan terhadap nilai-nilai bersama di dalam kehidupan kebudayaan bangsa perlulah dikaji. Sebenarnya, masyarakat majmuk Malaysia ini tidak menyedari bahawa kita mempunyai banyak persamaan iaitu mewarisi tradisi-tradisi agung seperti menghormati ibu-bapa, menghargai keluarga dan orang bijak pandai. Secara tidak disedari makanan dan pakaian masyarakat Malaysia ini semacam telah diasimilisasi. Apabila

Page 72: PENY ATA RASMI PARLIMEN

501 30 MAC 1988 502

kita berjalan-jalan di Jalan Chow Kit, masakan Cina men jadi masakan Melayu dan sebaliknya. Pakaian batik sudah tidak menjadi masalah. Semua orang sudah tidak merasa janggal memakainya. Cuma bila pakai uniform dan pakai songkok ada orang rasa janggal, songkok dipegang dan hanya diletakkan di kepala apabila terpaksa. Soal songkok ini saya rasa lama-lama akan jadi seperti baju batik juga kerana ia adalah pakaian budaya sejarah rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, penyerapan kebudayaan yang berjalan dengan cara-cara yang halus dan senyap adalah lebih berkesan dan biarlah ia berjalan mengerjakan kerjanya dengan sendiri. Jikalau persamaan ini boleh menyerap dengan sendirinya tanpa araban rasmi, tidak ada sebab lain persamaan kita tidak boleh diwujudkan dalam usaha kita membina satu bangsa Malaysia yang padu, satu bangsa Malaysia yang bersatu.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perlu disentuh di sini bahawa sikap liberal yang diamalkan selama ini merupakan satu ujian kepada rakyat negara ini. Sejauh mana sikap liberal Kerajaan itu dihargai dan dihormati oleh tukang-tukang kipas. Saya ucapkan tahniah atas kebijaksanaan Perdana Menteri kita bahawa secara tidak disengaja sikap liberal yang diamalkan oleh Kerajaan selama ini memberi tuah. Kerajaan dapat mengenalpasti orang-orang yang menjadi tukang kipas. Tindakan kepada orang-orang tukang kipas ini adalah wajar. Kebijaksanaan bertindak sebelum terlambat adalah dipuji. Semasa saya bersekolah dahulu, saya diajar pepatah Melayu seperti kera diberi bunga. Setelah saya dewasa fahamlah saya bahawa susah mencari seorang guru untuk mengajar kera menghargai bunga. Tetapi ada orang kata kera boleh diajar dengan

diberi orkid bunga hitam. Entahlah! Tindakan Kerajaan menahan tukang­tukang kipas ini daripada menimbulkan ketegangan kaum adalah salah satu daripada jawapan kepada punca masalah. Mengelakkan pertumpahan darah adalah lebih baik daripada meredakannya setelah terlambat.

Tuan Yang di-Pertua, soal pembangunan ekonomi yang disentuh di dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang beransur pulihnya ekonomi negara adalah sangat mengembirakan kepada rakyat. Ini bererti kadar kemiskinan yang tinggi di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar dapat diberi perhatian. Dasar pembasmian kemiskinan melalui pembangunan pertanian di luar bandar yang disalurkan menerusi program-program pertanian bersepadu, pembangunan tanah, subsidi baja padi dan khidmat sokongan adalah bertujuan mencapai matlamat tersebut. Apakah program­program pembangunan luar bandar ini disalurkan kepada projek-projek yang mempunyai kesan langsung kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang termiskin atau ia memakan kos yang tinggi tetapi faedahnya hanya dinikmati oleh sebilangan kecil petani atau apakah perbelanjaan yang tinggi ini disalurkan kepada usaha meningkatkan produktiviti pen-dapatan, gunatenaga atau lebih berkesan daripada pembangunan yang menelan kos yang tinggi tetapi nikmatnya kepada kelompok termiskin masih disangsikan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada Bangunan Parlimen ini, bahawa saya ingin mencadangkan apabila keadaan ekonomi negara pulih, bahagian dalam Bangunan Parlimen hendaklah dihiasi semula dengan dekorasi yang berprestasi, sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah Bangunan Parlimen pembuat

Page 73: PENY ATA RASMI PARLIMEN

503 30 MAC 1988 504

dasar ~egara. Lambang demokrasi yang kita banggakan. Bangunan ini haru_s . mendapat penghormatan d~m1k1an kerana semenjak ia d1bangunkan, ia berjasa besar kepada negara, ma~a. sesuailah jika bahagian dalamnya d1h1as dengan ukiran-ukiran yang bermutu yang melambangkan porl~-porla kehidupan rakyat berbiiang kaum negara ini, kebudayaan, kesenian dan sejarahnya.

Tua~ Yang di-Pertua, sukacita saya menank perhatian Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos bahawa kebanyakan tiang-tiang elektrik di beberapa bahagian di Sabah nampak condong ke kiri, condong ke kanan dan ada di antaranya semacam hendak tumbang. Adakah ia sengaja didirikan begitu menurut kehendak keperluan teknik atau kontraktor-kontraktor yang membinanya tidak mengikut peraturan binaan, iaitu sebelum simen-simen pangkal tiang cukup keras, kawat-kawat sudah direntangkan atau adakah kerana kon~r~kt~rnya sengaja tidak mengikut spesifikasi kerana hendak cepat siap, murah o~gkos dan untung besar. ~lang~ah mdahnya negara kita jikalau hang-hang elektrik di negara kita ini tegak-tegak belaka.

Tuan Yang di-Pertua, saya terbaca di suratkhabar-suratkhabar bahawa kisah Barlow dan Chambers yang dihukum gantung kerana kesalahan dadah di negara ini akan difilemkan oleh . perusahaan filem luar negeri. KeraJaan hendaklah berhati-hati kemungkinan perolehan cerita yang sengaja mencemarkan imej negara ini. Kemudian sebi.Iah rencana mengenai "Bahayanya Makanan Segera" di Berita Harian menarik perhatian saya. Adakah Kementerian . Perdagangan dan Perindustrian memberi perhatian ke atas perkara ini? Dinyatakan bahawa sebahagian dari makanan segera itu tidak berkhasiat. Adakah Kerajaan telah membuat penelitian dan jika benar, tidakkah Kementerian

yang bersangkutan membuat peraturan-peraturan lebih ketat atau menutup sahaja perusahaan yang memperdayakan orang ramai, terutan:anya anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang menanam semangat cintakan Bahasa Malaysia di kalangan rakyat supaya matlamat perpaduan nasional tercapai kita hendaklah menyedarkan rakyat tentang hasil-hasil dari usaha­usaha menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa , pengantar utama dalam sistem pelajaran kita. Misalnya generasi muda kita telah dapat berkomunikasi dengan mudah dan pelajar-pelajar bukan dari keturunan Melayu dapat berbahasa Malaysia dengan begitu baik. Proses komunikasi ini akan mewujudkan nilai-nilai kebudayaan yang sama, walaup~n tidak tercapai hari ini, mungkm dalam jangka panjang ia akan tercapai sekiranya faktor-faktor yang menghalang tercapainya cita-cita itu dapat diatasi. Salah satu faktor yang selalu kita dengar dari mulut orang ramai bahawa Bahasa Malaysia belum dapat mengatasi masalah istilah dan terjemahan buku-buku ilmu ke dalam Bahasa Malaysia. Pada hemat saya kita tidaklah harus menumpukan pe~hatian kita khusus kepada soal-soal Istiiah dan terjemahaan hingga me~yebabkan kita hilang rasa kecmtaan terhadap Bahasa Malaysia. Masalah itu lambat-laun akan dapat diselesaikan sekiranya Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa sosial, bahasa pergaulan dan pertuturan di semua peringkat. Kita hendaklah menyoal kepada diri kita b~hawa adakah Bahasa Malaysia telah d1gl!nakan . dengan meluasnya di p~rmgkat eht, termasuk di kalangan eht Melayu sendiri. Kegagalan elit dalam menggunakan Bahasa Malaysia dalam pergaulan itu membawa kesan negatif kepada masyarakat bawahan.

Dewasa ini kita menggalakl.:an pelajar-pelajar kita belajar bahasa Inggeris dengan tujuan supaya kita

Page 74: PENY ATA RASMI PARLIMEN

505 30 MAC 1988 506

dapat bertutur dalam bahasa itu. Pada fahaman saya apa yang diperlukan bukan komunikasi dalam bahasa Inggeris kerana pertuturan rakyat Malaysia pada masa hadapan sudah pasti dalam Bahasa Kebangsaan dengan adanya sistem yang ada sekarang. Tujuan kita mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar adalah untuk mendapatkan "comprehension English". dengan izin, supaya membolehkan pelajar­pelajar memahami teks yang tinggi mutu bahasa Inggerisnya. Kita jangan keliru dengan mempelajari bahasa Inggeris bukan kerana Bahasa Malaysia kita tidak bernilai dan tidak meyakinkan, tetapi "comprehension English" itu lebih bermanfaat daripada komunikasi Inggeris.

Berhubung dengan ini kita amat gembira apabila Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr Mahathir dalam lawatan rasminya di Burma baru-baru ini telah menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Malaysia boleh menggunakan dalam hubungan antarabangsa. Nilai Bahasa Malaysia kita semakin meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju bahawa Bahasa Malaysia tidak dapat digunakan dengan luasnya di dalam sistem perundangan kita. Sistem perundangan kita didasarkan kepada English Common Law. Di pertengahan abad ke 19, ketika Jepun memulakan modenisasinya telah juga meminjam sistem-sistem perundangan Eropah, tetapi menggunakan bahasa Jepun. Di Indonesia misalnya, sejarah kolonial Belanda tidak menghalang bahasa Indonesia digunakan di mahkamah-mahkamahnya. Negara­negara Asia Barat dipengaruhi oleh sistem perundangan Peranchis, tetapi negara-negara itu dapat menggunakan bahasa Arab di dalam sistem perundangan mereka. Soalnya sekarang kalau kita hendak seribu daya, tak perlu seribu dalih.

Tuan Yang di-Pertua, sekian dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho.

5.47 ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bangun berucap di Dewan ini. Mula-mula saya ingin menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah titah yang penuh dengan kebijaksanaan dan keadilan. Dalam titah ini Seri Paduka Baginda bukan sahaja telah menyentuh tentang berbagai masalah yang dihadapi oleh negara kita sekarang, tetapi juga telah memberi teguran-teguran dan nasihat-nasihat yang amat kena pada tempatnya dan tepat pada masanya, terutama sekali nasihat-nasihat Baginda mengenai perpaduan negara haruslah diambil berat oleh setiap rakyat Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, memang betul Titah Ucapan Baginda bahawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara kita adalah bergantung kepada perpaduan rakyat. Perpaduan merupakan asas bagi kekuatan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Jika perpaduan negara terjejas, segala usaha yang kita curahkan ke dalam pembangunan berbagai bidang akan menjadi sia-sia sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana diketahui umum Kerajaan kita telah memberi perhatian berat kepada masalah perpaduan sejak dari kemerdekaan lagi.

Page 75: PENY ATA RASMI PARLIMEN

507 30 MAC 1988 508

Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk membina sebuah negara yang bersatu-padu, bahkan Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan sejak permulaan tahun 1970an juga bertujuan untuk mencapai matlamat perpaduan negara.

. Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha Kerajaan ke arab mewujudkan perpaduan negara telah meninggalkan kesan-kesan yang tertentu, tetapi ternyata sekali usaha-usaha selama ini masih belum mencukupi. Amat dikesalkan bahawa dengan segala usaha-usaha selama ini masih belum mencukupi. Amat dikesalkan bahawa dengan segala usaha Kerajaan ini masih terdapat gejala-gejala polarisasi kaum di kalangan rakyat, terutamanya di kalangan generasi muda. Mengapakah hal ini biasa terjadi? Apakah. ianya berpunca dari kekurangan dan kelemahan sistem pendidikan kita ataupun dipengaruhi oleh nilai-nilai yang bersifat negatif. Bagaimanakah gejala ini iaitu gejala polarisasi kaum dapat dikaitkan dengan dasar-dasar Kerajaan, misalnya dasar ekonomi?

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa inilah persoalan yang harus kita kaji betul-betul jika kita ingin mencegah masalah polarisasi dari merebak dan meruncing. Saya bersetuju benar dengan Titah Ucapan Baginda bahawa kita hendaklah berwaspada terhadap perkembangan di persekitaran kita dan mengambil langkah penyesuaian yang sesuai untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita hidup di dalam sebuah dunia yang mengalami perubahan pesat dalam berbagai bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Dua, tiga dekad yang lalu kita biasa mempunyai gambaran tentang sebuah dunia yang terbahagi kepada dua bloc yang besar iaitu Bloc Barat (Demokratik) dan

Bloc Timur (Komunis). Tetapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini banyak perubahan telah berlaku di bidang politik atau ekonomi antarabangsa sehingga dunia "bi-polar" kini telah diganti~an oleh dunia "multi-polar", dengan izin. Oleh sebab yang demikian, gambaran atau pandangan "dikotomi" iaitu pandangan bahagi dua ini tidak laku lagi sekarang . Politik dan ekonomi antarabangsa sekarang adalah jauh lebih complex dan sophisticated daripada 20, 30 tahun yang lalu. Jadi, sekiranya kita masih berpegang kepada gambaran atau pandangan lama yang bersifat "dikotomi", kita akan ketinggalan zaman dan tidak mungkin mengubahkan dasar-dasar atau polisi­polisi yang bersesuaian dengan persekitaran antarabangsa yang baru.

Dalam bidang ekonomi dan perhubungan luar, misalnya, saya mendapati negara-hegara jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Thailand adalah melaksanakan dasar­dasar yang lebih flexible daripada negara kita. Dengan lain perkataan, mereka adalah lebih cepat bertindak mengambil langkah yang bersesuaian untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya menyeru Kerajaan supaya lebih peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekitar kita dan mengambil langkah­langkah yang bersesuaian dengan secepat mungkin untuk mempastikan kita tidak ketinggalan zaman semata­mata kerana kita berpegang teguh kepada satu gambaran dunia yang sudah usang.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan iklim pelaburan, saya rasa kita memerlukan sesuatu yang jauh lebih mustahak daripada insentif yang sedia ada sekarang, iaitu kestabilan politik.

Page 76: PENY ATA RASMI PARLIMEN

509 30 MAC 1988 510

Jika negara kita terus dihantui oleh pertikaian politik yang hebat, mustahillah pelabur-pelabur asing akan tertarik kepada segala insentif yang kita beri itu. Oleh kerana begitu erat perkaitan di antara kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi, rrtaka saya berharap Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berkesan untuk mengelakkan sebarang pertikaian politik hebat dari berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, sebenamya selama ini segala dasar Kerajaan yang dilaksanakan adalah untuk kepentingan rakyat, akan tetapi apa yang dikesalkan ialah terdapat penyelewengan berlaku dalam proses pelaksanaannya. Ini juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum tertentu. Oleh itu tindakan keras harus diambil terhadap segelintir pegawai yang menyeleweng. Ini akan dapat mempastikan segala dasar Kerajaan akan dapat dilaksanakan seperti yang di­rancangkan pada masa akan datang.

Dari segi pelajaran, saya menyeru supaya lebih ramai lagi pelatih dilatih demi untuk mengatasi masalah kekurangan guru pada masa akan datang. Ini akan dapat menjamin kejayaan pelaksanaan sistem KBSR. Saya juga menyeru kepada rakyat jelata supaya memberi sambutan hangat terhadap gerakan "Cintailah Bahasa Kita".

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pelancongan, memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan memang merupakan daya penarik terhadap pelancong asing. Oleh itu kepelbagaian corak kebudayaan dan agama ini harus dipertunjukkan. Kalau tidak salah saya, Tarian Singa telah dibentangkan sebagai salah satu aturcara dalam majlis pelancongan. Ini jelas menunjukkan sikap liberal Kerajaan

terhadap amalan kebudayaan lain-lain kaum. Tidak syak lagi kemajuan sektor pelancongan bukan sahaja menambah pendapatan negara bahkan juga mengurangkan masalah pengangguran negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, kita sokong seruan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyeru rakyat jelata memberi sokongan sepenuhnya terhadap pimpinan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Data' Seri Dr Mahathir Mohamad demi untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi oleh negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dengan sedikit pandangan dan cadangan ini, maka saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap Usul yang dikemukakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid.

6.03 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bersama-sama dengan rakan­rakan lain untuk menyokong Usul merakamkan sembah Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada masa membuka Penggal Kedua, Parlimen Ketujuh pada 7hb Mac yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Titah Ucapan Baginda itu tepat dan padat, kena pada masa dan ketikanya. Dalam Titah Baginda untuk menyeru semua rakyat negara ini menumpukan taat setia kepada negara, mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat seharusnya menjadi renungan kita bersama, khususnya · kita Ahli Dewan yang mulia ini untuk mempraktikkan amanat di dalam Titah Kebawah Duli itu.

Page 77: PENY ATA RASMI PARLIMEN

511 30 MAC 1988 512

Tuan Yang di-Pertua, taat setia adalah merupakan satu perkara yang sangat penting kepada rakyat di sesebuah negara. Kalau kita bercakap atau berucap berkenaan dengan taat setia tetapi pelaksanaannya tidak serupa dengan yang kita katakan, saya rasa itu adalah satu gejala yang amat mendukacitakan. Kesetiaan ini seharusnya bermula daripada anak­anak sekolah. Saya ingin menyarankan kepada Kementerian Pendidikan khususnya, setelah Kerajaan melalui Kementerian Penerangan menjalankan Kempen Setia dengan menyanyikan lagu "Setia", saya berharap kepada sekolah-sekolah akan mengadakan kegiatan mingguannya menyanyikan lagu "Setia" ini, lagu "Negaraku" dan juga Lagu Kebangsaan negeri masing­masing. Dengan ini, saya rasa akan dapat kita menanamkan bibit-bibit kesetiaan itu lebih mendalam kerana pada pendapat saya, kita melentur buluh daripada rebung. Kalau sudah menjadi aur, tidak ada gunanya lagi.

Kita telah merdeka lebih 30 tahun tetapi kita masih bercakap lagi soal perpaduan, kesetiaan yang sepatutnya sudah tidak boleh dipersoalkan lagi. Hari ini kedapatan segelintir rakyat kalau lagu "Negaraku", lagu Kebangsaan negara kita dinyanyikan, masih ada yang tidak menghormatinya lagi. Kalau ada yang berdiri pun masih tergaru-garu, pandang kiri-kanan seolah-olah meragukan penghormatan mereka kepada lagu Kebangsaan kita itu. Jadi saya rasa penekanan ini seharusnya kepada anak-anak sekolah, murid-murid sekolah ini dipergiatkan lagi, tidak kira apa juga bentuk kaum rakyat di negara ini.

Saya katakan demikian kerana bagi generasi muda ini pada 10 atau 15 tahun akan datang kita akan dapat lihat kesannya kerana segelintir rakyat yang saya katakan tadi, masih tidak menghormati lagu Kebangsaan kita, saya anggap mereka ini sebagai ubi

yang telah ganyut, kalau kita rebus 24 jam pun ia tidak akan empuk lagi. (Ketawa). Inilah yang saya harapkan Dalam industri pelancongan ini, saya datang akan dapat menghayati taat­setia mereka kepada negara ini dan berterusan pada masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Titah Baginda sepertimana yang tercatat, industri pelancongan yang berkembang semenjak beberapa tahun ini telah menjadi sumber pendapatan tukaran wang asing yang penting dan punca pertumbuhan ekonomi juga mewujudkan peluang­peluang perkerjaan bagi rakyat. Dalam industri pelancungan ini, saya sukalah menarik perhatian iaitu di Johor ada sebuah pusat pelancongan yang agak terkenal iaitu Desaru. Pusat pelancongan ini telah banyak memberikan pekerjaan dan menarik ramai pelancong dan meningkatkan ekonomi negeri ataupun negara khususnya.

Yang menjadi masalahnya ialah terdapat satu perkampungan nelayan yang tidak tersusun di Tanjung Balau berhampiran Desaru dan ini telah menjelikkan pandangan para pelancong dan pihak KEJORA telah pun mengarahkan supaya pondok-pondok 1m diroboh dan disediakan satu rumah tersusun bagi nelayan-nelayan ini. Saya difahamkan 80% daripada projek ini telah pun diselenggarakan yang sepatutnya pada akhir tahun lalu telah pun ditempatkan kepada nelayan. Tetapi malangnya projek ini masih terkandas dan diharapkan kepada Kementerian yang berkenaan agar dapat mengambil perhatian supaya tidaklah sampai ketika masanya nelayan-nelayan ini akan mendirikan semula pondok­pondok yang tidak teratur dan menjejaskan pandangan para pelancong.

Page 78: PENY ATA RASMI PARLIMEN

513 30 MAC 1988 514

Yang kedua, Tanjong Belungkor. Ia merupakan satu projek pelancongan lagi yang menghubungkan satu pengkalan feri di antara Tanjong Belungkor dan Changi, Singapura.

Saya ingin memberi perhatian kepada Kementerian yang berkenaan, penduduk tempatan hendaklah diutamakan dalam apa jua bentuk pekerjaan dan usaha-usaha dalam industri pelancongan ini. Kita tidak hendak apabila projek ini berjalan penduduk-penduduk setempat hanya sebagai penonton sahaja. Ini telah nampak bunga-bunga ataupun permulaannya berlaku di mana anak­anak tempatan sekitaran tidak diberi peluang untuk sama-sama menikmati arus pembangunan ini.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya Titah Duli Yang Maha Mulia ialah:

"Ke arah mempertingkatkan taraf hidup rakyat, Kerajaan mestilah terus memberi tumpuan kepada usaha-usaha menambah kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip, elektrik, jalan raya serta telefon."

Saya ingin menyarankan dalam meningkatkan. lagi usaha pem­bangunan mi, saya inginlah menyatakan di sini, sama ada kepada Kementerian Kerjaraya, mahupun Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, iaitu sebuah jalan dalam perkampungan FELDA Pasir Raja yang telah diduduki oleh peneroka di situ lebih 20 tahun, tetapi kawasannya agak mendukacitakan, kalaulah dibandingkan dengan rancangan-rancangan sekitaran di mana mereka telah diberi jalan tar yang lebih sempurna, kalaupun tidak taraf yang lebih baik, tetapi pada taraf yang agak sesuai deng~n keadaan setempat yang ada di sekitaran Gugusan FELDA Taib Andak. Ini telah menjadi masalah, selalu dibangkitkan dan soal ini telah

menjadi lumrah kepada Kementerian -kementerian yang berkenaan. JKR kata tanggungjawab Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah melalui FELDA, tetapi hila FELDA pula dihubungi, mengatakan ini bukan tanggungjawab mereka, ini tanggungjawab Kementerian yang lain. Jadi soal tolak-menolak inilah saya rasa yang menjadi mangsanya ialah rakyat setempat.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin juga menyentuh di bidang kesihatan, sepertimana juga Titah Baginda:

"Di bidang kesihatan, Kerajaan hendaklah terus melaksanakan ·program-program untuk mening­katkan lagi taraf kesihatan rakyat melalui aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengawalan yang lebih berkesan."

Saya suka merujukkan kepada Dewan yang mulia ini, sebuah Pusat Kesihatan Kecil di Gugusan FELDA Taib Andak, dibangunkan di FELDA Bukit Besar diawal tahun 1970an, semasa itu Menteri Kesihatan ialah Allahyarham Tun Sardon Jubir merasmikan Pusat Kesihatan tersebut, tetapi hingga hari ini Pusat Kesihatan itu terus tinggal dengan nama­nya Pusat Kesihatan kecil, tidak dinaikkan taraf ke Pusat Kecil, tidak dinaikkan taraf ke pusat Kesihatan Besar yang penduduknya lebih daripada 10,000 orang. Kalau kita dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan semalam, nisbah yang paling baik pada sebuah negara ialah 2,800 ataupun 2,500 kepada seorang doktor, tetapi ini lebih daripada 10,000 nampaknya niasih tidak ada apa-apa tindakan dibuat walaupun rayuan permohonan telah dimajukan beberapa kali.

Tuan Yang di-Pertua, di bidang pendidikan kita berterima kasih kepada Kerajaan kerana mewujudkan

Page 79: PENY ATA RASMI PARLIMEN

515 30 MAC 1988 516

satu Kurikulum Baru Sekolah-sekolah Rendah yang saya kira lebih maju daripada kurikulum yang lama. Anak­anak kita lebih cepat membaca dan mengira berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tetapi baru-baru ini pihak Kementerian telah mengarahkan pula supaya diadakan ujian pada kurikulum ini untuk melihat sejauh mana pencapaian. Kalaulah pada mulanya kurikulum ini diwujudkan adalah semata-mata untuk mewujudkan 3M, kalau tidak silap saya iaitu: "Membaca, Menulis dan Mengira". Dan guru-guru terpaksa pula menentukan bahawa semua murid­murid akan dapat pelajaran yang sama dengan membuat kumpulan­kumpulan kepada yang tidak begitu baik sehingga menjadi baik, tetapi kalau ada Ujian Penilaian dibuat, maka sudah barang tentu keadaan murid yang lembab akan terus lembab, yang maju akan terus meningkat dan tidak dapat diseimbangkan pada segi me-nyampaikan pendidikan kepada anak-anak yang berkenaan itu. Jadi saya menyampaikan ini ialah atas pandangan dan penerangan beberapa orang Guru Besar yang saya temui di atas kedudukan yang mereka sedang alami sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Baginda juga bertitah:

"Kerajaan dan rakyat sekalian adalah bertanggungjawab memupuk unsur-unsur akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Penyelewengan, pecah amanah dan rasuah semasa menjalankan tugas, sama ada di kalangan Koperasi, Syarikat-syarikat dan kaki­tangan Kerajaan hendaklah dihapuskan sama sekali."

Dalam hal ini saya inginlah menyentuh dalam jenayah perdagangan, sebelum kita dengar Koperasi-koperasi Pengambil Deposit ini heboh di

suratkhabar-suratkhabar dengan cara dan keadaannya, kita telah dengar kumpulan "Ganda Wang Anda", yang menjadi mangsa ditipu oleh kumpulan ini ialah terdiri daripada orang kampung, petani-petani dan juga para peneroka. Dan sehingga ini kita tidak dengar apakah tindakan Kerajaan kepada syarikat-syarikat ini yang telah banyak menjalankan aktiviti yang melibatkan setengah petani terpaksa menjual kebun 10 ekar untuk membeli saham "Ganda Wang Anda" ini, kerana kononnya dalam masa seminggu kalau kita masuk $1,000 kita akan dapat $500. Apakah tindakan di buat oleh Kerajaan kepada penjenayah-penjenayah dagangan ini dalam bentuk "Ganda Wang Anda"? Kalau ini terus berlaku saya merasa amat dukacita kerana di Gugusan Taib Andak sendiri yang saya tahu di FELDA banyak mangsa-mangsa ini yang masih tidak tahu di mana mereka hendak mendapat balik wang yang telah dilaburkan begitu banyak.

Dalam membasmi dadah, saya tidak Iupa mengucapkan setinggi terima kasih kepada Kerajaan kerana telah menggubal undang-undang untuk merampas harta-harta pengedar dadah ini, dan saya rasa masalah dadah sudah tidak asing Iagi bagi kita dan diharap dengan adanya undang­undang ini akan dapat menghapuskan kerja-kerja pengedaran dadah.

Akhirnya saya inginlah membawa sedikit rayuan dcliripada sekumpulan pekerja atau petugas Kerajaan sesuai dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:

"Suka kita mengingatkan rakyat sekalian supaya terus mempertingkatkan prestasi dan produktiviti dalam menjalankan tugas masing-masing semoga negara bertambah maju dan makmur."

Page 80: PENY ATA RASMI PARLIMEN

517 30 MAC 1988 518

Soal yang saya hendak kemukakan ialah masalah tanggagaji O.W.G. (Operator Wayang Gambat), Jabatan Penerangan.

Saya telah banyak ditemui oleh rakan-rakan saya ini yang dahulu setugas dengan saya di Jabatan Penerangan yang mengatakan hanya diberi gaji dalam Kumpulan "D", kalau boleh mereka merayu dinaikka:n kepada "C11" kerana tugas dan tanggungjawab mereka ini amat berat, selain daripada menjaga mesin operator wayang gam bar, mereka juga kena memandu kenderaan, menjaga keselamatan kenderaan, memasang alat pembesar suara dan menjaga harta yang bernilai tidak kurang daripada $70,000. Jadi saya berharap juga Kerajaan timbangkanlah rayuan mereka di atas tanggungjawab dan usaha yang diberikan oleh mereka kerana tugasnya ialah sebagai kakitangan Kerajaan yang terlibat langsung dengan Jabatan Penerangan, Jabatan yang paling penting saya rasa di negara kita dalam menyampaikan semua maklumat kepada rakyat dan menerima balik maklumat rakyat untuk dibawa kepada Kerajaan bagi kestabilan negara kita seterusnya.

Akhirnya, Tuan yang di-Pertua, saya sekali lagi menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Di­Raja pada 7hb Mac, 1988.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom.

6.20 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian bersama-sama di dalam menyokong Usul Menjunjung Kasih atas titah Ucapan Di-Raja yang telah dibentangkan pada 7hb Mac, 1988 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Ucapan Di-Raja yang mengandungi sebanyak 1,434

perkataan sebagaimana yang telah sama-sama dibincang dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin menyentuh beberapa perkara.

Yang pertama, oleh kerana Titah Ucapan Di-Raja menyebut demokrasi dan pengorbanan serta toleransi pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah dapat membela Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai, makmur dan harmoni, maka sekarang ini takdir Allah tidak dapat dielak, hukum alam telah berlaku. Setiap yang baru akan binasa, Allah jua yang akan kekal. Legakan peristiwa 14hb Februari, 1988 di mana Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu didapati sebagai satu pertubuhan yang tidak sah di sisi undang-undang, dapat apalah kiranya difahami oleh seluruh rakyat di dalam negara kita ini yang mengaku daripada berbilang kaum, kebudayaan, agama dan sebagainya supaya peristiwa ini tidak ada seorang pun manusia yang akan cuba menanggukdi air keruh. Tidak akan cuba lagi mengkeruh di dalam perpaduan orang-orang Melayu dan 1.4 juta ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Allahyarham P. Ramlee di dalam mewasiat nyanyiannya menyebutkan "Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi"-buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi kita. Di dalam Dewan m1 kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyebutkan masalah perpaduan, polarisasi kaum, kepentingan kelompok-kelompok kecil, tetapi kalau kita tidak mengenepikan yang keruh dan kita sentiasa menimbulkan yang keruh, maka kejernihan tidak akan terbayang di depan kita.

Sebagai pemimpin, sebagai orang politik, sebagai ahli f?ew.a~ yang tertinggi dalam negara k1ta 1m, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu

Page 81: PENY ATA RASMI PARLIMEN

519 30 MAC 1988 520

memikirkan bahawa setiap perkataan yang kita lafazkan di dalam Dewan ini tercatat, setiap perkataan yang kita keluarkan akan menjadi sejarah kepada generasi yang akan datang. Kalau kita menyebutkan sesuatu yang berlawanan dengan jiwa dan nurani kita, maka kita disebut sebagai manusia munafik atau hipokrit. Jadi, di mana kita mahu menimbulkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara kita ini yang telah merdeka 31 tahun. Kalau kita tidak dapat menyemaikan satu fahaman dan perasaan di kalangan kita sendiri sebagai pemimpin, sebagai tokoh, sebagai pembentuk masyarakat, sebagai pelulus undang-undang, sebagai pembahas tertinggi dalam negara ini, kita tidak meyakini apa yang kita buat selama ini, kita rugi. Kita mesti meyakinkan kepada diri kita, meyakinkan kepada bangsa kita Malaysia-saya tidak menyebut bangsa Melayu-kita mesti meyakinkan kepada bangsa Malaysia, rakyat Malaysia yang dari apa keturunan sekalipun bahawa inilah tempat kita akan mati dan inilah tempat anak cucu cicit kita akan menerus menyambungkan nyawanya sehingga zaman berzaman.

Di dalam Ucapan Takziah kepada Mendiang Tun Tan Siew Sin, masing­masing di antara kita menyebutkan bagaimana ketinggian budi, keluhuran, pandangan jauhnya, tekad Mendiang Tun Tan Siew Sin sebagai negarawan Malaysia yang payah ditanding, maka itu sebagai bukti, ayuh kita contohi dia, kita ikut jejak dia, kita mengambil daripada peribadinya itu sebagai warisan, kalau kita meyakini dan kita nampak bahawa dari mendiang Tun Tan Siew Sin itu ada bibit-bibit dan contoh murni, luhur untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak payah disoal-soallagi kesetiaannya, perpaduannya, itu ininya dan sebagainya.

Titah Di-Raja menyebutkan di dalam para yang ketiga mengenai perpaduan, peranan pemtmpin­pemimpin politik, peranan parti-parti di dalam negara kita. Sesuatu trajedi tidak akan berlaku-asap sahaja tidak akan timbul kalau tidak ada api-api itu panas kecil kawan, besar menjadi lawan, semua orang menerima hakikat ini. Tetapi kalau tidak kerana adanya pemimpin-pemimpin parti politik sama ada kawan kita atau lawan kita yang cuba meniup api yang kecil itu menjadi besar dan marak, Iangsung dikipas, kipas lagi, maka datang taufan, badai, ribut, petir, halalintar sabung-menyabung, maka peristiwa Oktober 1987, tangkapan ISA berlaku. Kecekapan ini kita sanjung tinggi, kecekapan Pasukan Keselamatan Polis kita di dalam menyenaraikan gerak geri-gerak geri mereka, kita sanjung tinggi. Tetapi apakah, Tuan Yang di-Pertua, telah menyemak mukasurat 19 Lampiran A, Kertas Putih. Saya dukacita mengapa peristiwa 1hb Ogos, 1945 ditulis. Saya dukacita mengapa peristiwa 21hb Ogos, 1945 Kiyai Salleh di Batu Pahat ditulis. Mengapa peristiwa Mei­Ogos, 1945, pergaduhan di Air Hitam ditulis? Ini di kampung saya berlaku di Parit Besar Bagan. Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon sebagai orang tua di kawasan itu memahami keadaan ini. Mengapa ini masih ditulis dan ditonjolkan? Seolah-olah kita sendiri mengajukan kepada masyarakat bahawa pergaduhan kaum, pertelingkahan kaum berlaku lebih lama.

Kalau hendak tulis, tulis Iagi Iebih lama bahawa ada orang kita sendiri yang memanggil Portugis menyerang Melaka sehingga Sultan, Kerajaan Melayu Melaka hancur, punah-ranah, itu mahu ditulis sekali. Ini sejarah, tidak boleh dinafikan. Raja Melaka hanyut selama 400 tahun, kita merdeka kita daulatkan Raja-raja semua.

Page 82: PENY ATA RASMI PARLIMEN

\

521 30 MAC 1988 522

Tuan Yang di-Pertua, tetapi tentulah Kertas Putih tidak dapat hendak menulis sejarah Tanahair yang begitu panjang. Jadi, kalau kita tulis sejarah yang begitu panjang, maka tidak akan bangkit peristiwa Bukit Cina dan sebagainya. Kalau api yang telah mulai mahu padam, kita tiup balik, dia akan terus marak. Maka sebab itu Titah Di-Raja menyebutkan di dalam para 3 ini supaya para pemimpin politik dan parti politik dapat memainkan satu peranan untuk menjaga negara, menjaga pengikutnya supaya peristiwa-peristiwa yang telah lalu menjadi pengajaran kepada kita. Titah Di-Raja sepatutnya kita renungkan bersama-sama.

Dalam pada itu, kita terdengar bahawa Ketua Polis Negara ada menyebutkan pengganas komunis ada

L-A00682.

di Serendah, pengganas komunis ada di Taman Templer, pengganas komunis ada di Ulu Langat, bukan Ulu Langat Batu 18, di Bukit Belacan, di belakang Kampung Pandan .....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh menyambung ucapan pada hari esok. Masa sudah cukup.

Tuan Haji Shaharom bin llaji Maasom: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguh­kan sehingga pukul 2.30 petang esok, Khamis 31hb Mac, 1988.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.