penulisan sinopsis

3
MOHD LUQMAN BIN MAT RANITUGASAN 1 SINOPSIS Isu berkaitan tekanan emosi yang dipilih ialah berkaitan dengan gangguan seksual dalam kalangan guru wanita. Isu ini amat hangat diperkatakan dan banyak diterbitkan dalam media sosial hari ini. Terdapat banyak faktor penyebab berlakunya isu ini yang menjadi tekanan dari segi emosi guru itu sendiri. Selain itu juga, dalam penulisan ini juga diselitkan implikasi ke atas guru itu sendiri serta cadangan pihak sekolah dalam membantu guru mengatasi tekanan emosi yang dialami. Antara faktor yang yang menyebabkan berlakunya isu ini termasuklah pengaruh media massa seperti rancangan-rancangan televisyen yang melampau, pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama dan sebagainya. Hari ini dapat dilihat rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya boleh disiarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada tapisan yang sewajarnya. Hal ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Oleh itu, pengaruh media massa amat memainkan peranan yang tinggi dalam menyebabkan isu ini berlaku ke atas guru sehingga menyebabkannya stress. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor penyebab yang mana ramai dalam kalangan rakan-rakan yang terpengaruh dengan rakan yang lain menyebabkan berlakunya isu ini. Umumnya mengetahui, pengaruh rakan sebaya dapat mengubah seseorang yang jika tidak kuat pegangan dirinya akan hanyut dibawa arus kemodenan. Seterusnya, didikan agama yang diberikan tidak mencukupi menjadikan seseorang itu tidak mempedulikan sama ada perkara yang dilakukan baik mahupun tidak. Hal ini adalah kerana latar

Upload: fazlin-zulkipli

Post on 16-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penulisan sinopsis

TRANSCRIPT

MOHD LUQMAN BIN MAT RANITUGASAN 1 SINOPSISIsu berkaitan tekanan emosi yang dipilih ialah berkaitan dengan gangguan seksual dalam kalangan guru wanita. Isu ini amat hangat diperkatakan dan banyak diterbitkan dalam media sosial hari ini. Terdapat banyak faktor penyebab berlakunya isu ini yang menjadi tekanan dari segi emosi guru itu sendiri. Selain itu juga, dalam penulisan ini juga diselitkan implikasi ke atas guru itu sendiri serta cadangan pihak sekolah dalam membantu guru mengatasi tekanan emosi yang dialami.Antara faktor yang yang menyebabkan berlakunya isu ini termasuklah pengaruh media massa seperti rancangan-rancangan televisyen yang melampau, pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama dan sebagainya. Hari ini dapat dilihat rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya boleh disiarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa ada tapisan yang sewajarnya. Hal ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Oleh itu, pengaruh media massa amat memainkan peranan yang tinggi dalam menyebabkan isu ini berlaku ke atas guru sehingga menyebabkannya stress. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor penyebab yang mana ramai dalam kalangan rakan-rakan yang terpengaruh dengan rakan yang lain menyebabkan berlakunya isu ini. Umumnya mengetahui, pengaruh rakan sebaya dapat mengubah seseorang yang jika tidak kuat pegangan dirinya akan hanyut dibawa arus kemodenan. Seterusnya, didikan agama yang diberikan tidak mencukupi menjadikan seseorang itu tidak mempedulikan sama ada perkara yang dilakukan baik mahupun tidak. Hal ini adalah kerana latar belakang seseorang yang kurang diberi didikan agama semasa kecil menyebabkan di usia dewasa mereka tidak boleh menjadi manusia yang berpegang kuat kepada akidah muslim. Implikasi yang dapat dilihat ialah kewibawaan seorang guru akan terjejas. Hal ini adalah kerana stres akan memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan seorang guru. Kewibawaan bidang pendidikan banyak bergantung kepada produktiviti guru itu sendiri. Guru-guru sukar memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sekiranya mereka menghadapi tekanan di tempat kerja yang melampau. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya dapat merasakan isu ini amat memberikan implikasi yang mendalam kepada saya kerana saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik sekiranya isu ini berlaku ke atas diri saya sendiri.Seterusnya, implikasi isu ini ialah saya akan memandang serong terhadap semua orang yang memegang title penjawat awam yang mana sepatutnya mereka haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada masyarakat sekeliling. Hal ini adalah kerana seseorang penjawat awam terikat dengan kod etika penjawat awam yang digubal supaya menjadi garis panduan kepada semua penjawat awam. Oleh itu, sekiranya tidak dipatuhi dengan baik, pandangan masyarakat sekeliling kepada penjawat awam khususnya guru amatlah tidak baik. Peranan pihak sekolah adalah untuk membantu guru dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Kemudian, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan.Pihak sekolah juga berperanan dalam mengatur tugas bagi setiap guru yang ada. Hal ini dapat dilihat dari segi keadilan pihak pentadbir sekolah yang hanya memberikan kerja dan tugas kepada guru yang senang untuk dibuat perbincangan tanpa mengira tugas beliau yang banyak menyebabkan mereka stres. Hal ini adalah tidak sepatutnya pihak pentadbir harus pandai berlaku adil kepada semua guru yang berada di bawahnya. Hal ini akan dapat mengurangkan beban setiap guru sekaligus mengurangkan stres.Kesimpulannya, isu tekanan emosi dalam kalangan guru seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Terdapat banyak implikasi kepada guru itu sendiri sekiranya berlaku stres ketika melaksanakan tugas sebagai guru. Justeru, guru haruslah pandai mengawal stres yang ada supaya dapat ditangani dengan cara yang baik.