penulisan reflektif

5
PENULISAN REFLEKTIF Saya Latha Raj Rajandren berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus WAJ 3131 Kokurikulum-Persatuan telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pada umumnya, kerja kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen yang utama iaitu pengurusan persatuan , pengelolaan projek, serta penulisan reflektif berkaitan dengan tugasan yang dijalankan. Saya sangat gembira kerana saya telahpun menjejak kaki dalam komponen terakhir kerja kursus iaitu menulis refleksi. Pada pendapat saya, penulisan refleksi ini telah memberi peluang dan bertindak sebagai satu medium bagi saya untuk merenung, menganalisis dan membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri sebelum, semasa dan selepas mengendalikan kerja kursus saya. Berdasarkan kehendak kursus WAJ 3131, kami perlu merancang dan membina satu persatuan. Oleh itu, kami telahpun membina satu Persatuan Sains kerana Sains adalah matapelajaran major kami. Agenda persatuan diteruskan dengan pelantikan ahli jawatankuasa. Bagi mencipta logo persatuan kami telah mengadakan satu pertandingan kecil dalam kelas dan di bawah satu persefahaman kami memilih logo yang sesuai dan bermakna. Kami juga mengadakan satu sesi perbincangan untuk menentukan aktiviti-aktiviti persatuan. Hasil perbincangan menyimpulkan bahawa persatuan kami akan mengadakan dua projek mini dalam kawasan kampus dan satu projek major di luar kawasan kampus. Kami mengutarakan idea dan isi perancangan kepada pensyarah kami dan beliau bersetuju untuk meneruskan cadangan projek ini. Dua kumpulan yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakan projek minor telah memenuhi matlamat mereka dengan jayanya. Pertamanya, kumpulan yang diketuai oleh Kohila a/p Krishnasamy telah

Upload: latha

Post on 13-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

qaj

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN REFLEKTIF

PENULISAN REFLEKTIF

Saya Latha Raj Rajandren berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus WAJ

3131 Kokurikulum-Persatuan telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pada

umumnya, kerja kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen yang utama iaitu pengurusan

persatuan , pengelolaan projek, serta penulisan reflektif berkaitan dengan tugasan yang

dijalankan. Saya sangat gembira kerana saya telahpun menjejak kaki dalam komponen

terakhir kerja kursus iaitu menulis refleksi. Pada pendapat saya, penulisan refleksi ini telah

memberi peluang dan bertindak sebagai satu medium bagi saya untuk merenung,

menganalisis dan membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri sebelum,

semasa dan selepas mengendalikan kerja kursus saya.

Berdasarkan kehendak kursus WAJ 3131, kami perlu merancang dan membina satu

persatuan. Oleh itu, kami telahpun membina satu Persatuan Sains kerana Sains adalah

matapelajaran major kami. Agenda persatuan diteruskan dengan pelantikan ahli

jawatankuasa. Bagi mencipta logo persatuan kami telah mengadakan satu pertandingan

kecil dalam kelas dan di bawah satu persefahaman kami memilih logo yang sesuai dan

bermakna. Kami juga mengadakan satu sesi perbincangan untuk menentukan aktiviti-aktiviti

persatuan. Hasil perbincangan menyimpulkan bahawa persatuan kami akan mengadakan

dua projek mini dalam kawasan kampus dan satu projek major di luar kawasan kampus.

Kami mengutarakan idea dan isi perancangan kepada pensyarah kami dan beliau bersetuju

untuk meneruskan cadangan projek ini.

Dua kumpulan yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakan projek minor telah

memenuhi matlamat mereka dengan jayanya. Pertamanya, kumpulan yang diketuai oleh

Kohila a/p Krishnasamy telah membuat aktiviti mencipta objek daripada dengan bahan-

bahan kitar semula. Kami diminta untuk mengumpulkan bahan-bahan kitar semula seperti

kertas, bahan plastik, dan tin. Walaupun mereka hanya mengendalikan aktiviti ini di dalam

kelas namun mereka juga mengambil inisiatif untuk mengedarkan ‘flyers’ tentang kelebihkan

dan kebaikan jika kita mengamalkan nilai kitar semula kepada rakan-rakan kelas lain.

Hasilnya, pelajar guru daripada kumpulan lain juga mendapat gambaran tentang projek-

projek yang kami buat. Setelah mencipta bahan-bahan dari bahan kitar semula kami

mempersembahkan hasil kami di hadapan kelas. Aktiviti ini dapat merangsangkan minda

kemahiran berfikir pelajar guru sains dan membantu mereka menghasilkan objek baharu

yang kreatif. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk mendapat idea-idea

berguna yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran nanti. Aktiviti mencipta bahan

daripada bahan kitar semula menyedarkan diri saya betapa pentingnya memelihara dan

Page 2: PENULISAN REFLEKTIF

memulihara alam sekitar yang semakin tercemar. Dengan ini, selesainya projek minor

pertama.

Seterusnya kumpulan kedua yang diketuai oleh Nivetha a/p Kannapan telah

mengendalikan suatu permainan bertemakan ‘running man’ di kawasan kampus.

Keseluruhan aktiviti projek mereka yang menarik dan seronok menyebabkan kami

menunjukkan penglibatan yang optimum. Dalam aktiviti tersebut kami perlu mencari benda-

benda yang tersembunyi dengan bantuan nota-nota ringkas yang mereka bekalkan.

Kumpulan saya telah memenangi permainan ini. Kumpulan saya telah mencari segala

benda dan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, kumpulan saya memenangi

tempat johan dengan mendapat markah bonus. Melalui permainan ini, semangat

berpasukan dapat disemaikan dalam setiap individu.

Seterusnya, tibanya masa untuk merancang dan melaksanakan projek major.

Kumpulan saya telah merancang satu permainan yang bertemakan ‘Explore Race’. Taman

Belia, Pulau Pinang menjadi tapak pemilihan kami untuk melaksanakan projek ini. Pengajur

projek ini terdiri daripada tujuh orang. Kami bertujuh membahagikan segala kerja untuk

merancang dan mengelolahkan aktiviti ini.

Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada sokongan moral yang ditunjukkan oleh

setiap ahlinya. Begitu jugalah dengan pihak penganjur bersama saya dalam pelaksanaan

projek ini telah berganding bahu dan bertungkus lumus untuk merealisasikan hasrat dan

mencapai matlamat yang diingini. Sumbangan setiap individu dalam usaha untuk

menjayakan projek ini adalah amat dihargai dan mereka dapat menunjukkan komitmen yang

sangat tinggi secara keseluruhannya. Dalam pelaksaan projek major ini saya berpeluang

untuk menjawat jawatan sebagai setiausaha. Pelantikan saya sebagai setiausaha projek

bertindak sebagai satu medium yang membantu saya untuk memberikan sumbangan

kepada kejayaan projek. Dalam hal ini saya melaksanakan tanggungjawab saya untuk

memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat, mencatat dan menyediakan minit

mesyuarat bagi tujuan pendokumentasian, mewujudkan semangat kekitaan dan kerja

berkelompok dalam kalangan AJK dan menyediakan kerta kerja yang diperlukan untuk

program. Penyediaan kertas kerja merupakan tugas utama saya selepas perancangan

projek kerana kertas kerja merupakan satu bentuk komunikasi bertulis yang mengandungi

idea untuk dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu secara rasmi. Dalam hal ini, saya

dapat memberi sumbangan saya dari segi penyediaan kertas kerja yang lengkap. Saya

menyedari bahawa ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dan penyediaan kertas

kerja telah menyenangkan urusan-urusan yang hendak dilaksanakan kemudian.

Page 3: PENULISAN REFLEKTIF

Saya juga menyumbangkan idea semasa perancangan aktiviti projek kerana projek

kami lebih terjurus kepada aktiviti berstesen. Oleh itu, kami dikehendaki merancang dan

menyediakan permainan stesen yang bervariasi dan mampu menjadi sesuatu yang

mencabar serta menarik minat peserta. Sumbangan dari segi tenaga dan masa juga saya

berikan demi kejayaan projek kami di mana saya mengurus masa dengan sewajarnya

kerana kami dikehendaki membuat perbincangan dan perancangan dalam kumpulan

penganjur. Selain daripada itu, saya menyumbangkan tenaga dengan sedaya upaya

sebelum, semasa dan selepas projek dilaksanakan. Saya pasti bahawa komitmen yang

saya telah tunjukkan dan sumbangan yang dihulurkan dalam bentuk idea, masa dan tenaga

bersama-sama dengan kumpulan penganjur saya dapat membawa projek ini ke arah

kejayaan.

Pengurusan dan pengolelaan satu persatuan merupakan satu pengalaman

pemmbelajaran yang yang baharu untuk saya. Melalui pelaksanaan projek ini saya

mendapat dimensi baharu dalam minda mengenai prosedur-prosedur rasmi yang perlu

dilakukan semasa merancangkan sesuatu projek seperti penyediaan kertas kerja dan

kelulusan kertas kerja. Perancangan yang rapi dan juga teratur dari segi kewangan, alatan

dan teknikal, atur cara, makanan dan minuman, kebersihan dan keceriaan, keselamatan,

pengangkutan, fotografi, dan hadiah merupakan kefahaman yang saya dapati melalui

pelaksanaan projek ini. Bagi memastikan tugasan dalam setiap bidang di atas berjalan

dengan lancar kami telah menubuhkan kumpulan AJK kecil bagi setiap bidang bagi

melicinkan lagi urusan. Sebagai seorang ketua stesen saya menyedari kepentingan

memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dan peserta dalam

melaksanakan tugas dan aktiviti.

Pengaplikasian nilai dalam kehidupan kita merupakan sesuatu yang amat penting.

Saya dapat menyedari beberapa nilai penting telah saya peroleh dengan penglibatan saya

dalam projek ini. Pertamanya ialah nilai kepimpinan di mana sebagai seorang setiausaha,

saya telah memimpin segala mesyuarat dan ini membantu saya untuk menguasai sifat-sifat

kepimpinan seperti keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri agar saya dapat

memberi penglibatan yang maksimum untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Selain

daripada itu, semangat bekerjasama dalam kumpulan juga antara nilai penting yang dapat

saya semai dalam diri saya sepanjang pelaksanaan projek. Nilai menghormati pandangan

dan sedia menerima pandangan rakan sejagat menjadi antara nilai yang saya praktikkan

untuk memastikan tidak berlakunya perselisihan faham dan diskriminasi dalam kalangan

pihak penganjur.

Page 4: PENULISAN REFLEKTIF

Sebagai kesimpulannya, saya ingin memberikan pandangan saya bahawa tugasan

projek WAJ 3131 ini menjadi kayu ukur yang mengukur sejauhmana aktiviti yang dirancang

dan dijalankan dapat membantu merealisasikan hasrat FPK untuk menghasilkan pelajar

guru yang seimbang dari segi di samping mengutamakan penerapan nilai dan etika dalam

diri kami. Saya pasti akan menjadikan segala input ini sebagai pembelajaran bermakna dan

akan aplikasikan pada masa akan datang.