penulisan esei hubungan etnik

9
Penulisan Esei Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan Malaysia yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada, politik Negara dan juga ekonomi Negara. Pada zaman sekarang negara maju adalah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan. Pendidikan menjana insan berkualiti bermaksud melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pemimpin yang berpengetahuan daripada pelbagai aspek iaitu dari segi akhlak, perilaku dan pemikirannya. Insan yang berkualiti merupakan insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, gigih berusaha, mempunyai keyakinan diri yang kental, tidak pernah mengalah dan berani menghadapi cabaran. Falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

Upload: cynthiatingxingrou

Post on 27-Sep-2015

299 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Penulisan EseiMalaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan Malaysia yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada, politik Negara dan juga ekonomi Negara.Pada zaman sekarang negara maju adalah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan. Pendidikan menjana insan berkualiti bermaksud melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang mampu menjadi pemimpin yang berpengetahuan daripada pelbagai aspek iaitu dari segi akhlak, perilaku dan pemikirannya. Insan yang berkualiti merupakan insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, gigih berusaha, mempunyai keyakinan diri yang kental, tidak pernah mengalah dan berani menghadapi cabaran.Falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara juga jelas menunjukkan peranan dan kepentingan pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih terperinci. Maka, dengan adanya pendidikan, ia mampu mengubah nasib diri seseorang bergantung dengan tahap pendidikan yang diterimanya. Ilmu yang diperolehi dengan secara langsung ataupun tidak mampu memberikan satu perubahan dalam kehidupan seseorang sekaligus membawa diri jauh daripada kelompok kemiskinan dan hidup tanpa arah tujuan.Selain itu, pendidikan juga membantu menyatu-padukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Oleh itu, dengan adanya pendidikan, rakyat sedar akan pentingnya harga diri sebagai satu bangsa yang sama-sama merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju dari pelbagai aspek.Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.Kesimpulannya, pendidikan yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan juga banyak membantu meningkatkan taraf hidup ekonomi rakyat Malaysia.Kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.Dasar ekonomi merupakan satu dasar yang dirangka secara teratur dan tersusun oleh kerajaan dalam memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan tanpa mengira kaum atau agama. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.Rancangan-rancangan telah menghasilkan keseimbangan ekonomi dan meletakkan negara di atas platform yang betul dalam memacu pembangunan negara.Antara dasar ekonomi yg dibentuk oleh kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN), Dasar Penswastaan Negara, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pertanian Negara, Dasar Industri Berat.Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru adalah bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dasar Ekonomi Baru mencakupi empat Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia ke-2 hingga ke-5.Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru disusun menerusi strategiserampang dua mata iaitu dapat mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Terdapat beberapa strategi untuk mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru seperti dapat meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melalui pendekatan yang lebih progresif, memperkasakan proses pemilikan modal rakyat tempatan dalam syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Matlamat yang seterusnya ialah membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat mencapai matlamat pemilikan 30 peratus ekonomi dalam tahun 1990, mewujudkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Perbandanan Nasional Berhad (PNB) dan memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Bukan itu sahaja, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi negara adalah dalam sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini, seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak langsung.Selain itu dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus dapat menjana ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai contohnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.Perpaduan antara kaum dapat memajukan negara yang sedang membangun seperti negara kita. Suasana Negara yang harmoni dapat mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang asing. Ekonomi negara semakin meningkat, kadar hidup rakyat juga akan semakin meningkat. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa bertolak ansur dan melakukan sesuatu yang membawa manfaat dan sumbangan kepada negara kita.Tambahan pula, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kumpulan etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan suasana politik yang stabil bagi menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat di segenap lapisan masyarakat. Menerusi kaedah persetujuan, perpaduan politik Negara dapat diwujudkan. Ini bermakna rakyat boleh menentukan kerajaan yang memerintah melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Pemimpin-pemimpin politik yang dipilih ini perlu mengamalkan semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik untuk memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara. Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan komponen perikatan UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti yang asalnya adalah parti pembangkang telah diperluaskan. Semua komponen parti dalam Barisan Nasional telah membuat persetujuan politik untuk menghadapi segala masalah dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan melalui perbincangan dan mencari penyelesaian bersama di meja rundingan. Kerjasama, persefahaman dan persetujuan di kalangan semua parti politik secara tidak langsung membawa kepada kestabilan dan perpaduan politik. Penghayatan dan pemahaman menerusi perpaduan politik dapat mengatasi sebarang pertelingkahan. Maka, wujudlah negara Malaysia yang aman dan makmur Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melaui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Konklusinya, kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan. Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar.