penilaian kursus krm 3023

Upload: mohd-zaini-mat-salleh

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    1/8

    PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)KRM 3023

    ASAS UKURAN

    Sem 2

    2012/13

    DR MAZLINI ADNAN

    (PENYELARAS KURSUS)

    FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK

    Jabatan Matematik

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    2/8

    1

    1.0 PENGENALAN

    Kursus KRM 3023 membincangkan tentang konten matematik dalam bidang ukuran

    yang merangkumi topik-topik masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan danisipadu cecair Pelajar akan memperkukuhkan pengetahuan mereka dengan penekanan

    kepada konsep-konsep dalam bidang ini melebihi daripada penekanan terhadap

    nombor-nombor dan pengiraan. Pelajar juga akan mengkaji bagaimana kanak-kanak

    berfikir dan belajar tentang topik-topik tersebut. Pembinaan pengetahuan pedagogi isi

    kandungan bagi setiap topik akan dibincangkan secara mendalam. Bahan konkrit,

    media dan teknologi yang sesuai bagi memperkenal dan memperkembangkan konsep

    dan kemahiran bagi topik-topik tertentu akan juga dibincangkan.

    2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    1. Menganalisis konsep bidang ukuran dan perkembangannya. (C4)2. Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar

    dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang ukuran. (C3, CS4)

    3. Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuktertentu bagi bidang ukuran. (C5, P3,TS 3)

    4. Membina PCK bagi tajuk-tajuk dalam bidang ukuran. (C6,A2)5. Membuat penilaian dan keputusan secara effektif. (A4, LL3)

    3.0 PENILAIAN KURSUS

    3.1. PemberatanKategori Pemberatan

    Kerja kursus 60%Peperiksaan Akhir 40%

    JUMLAH 100%

    3.2. Agihan Pemberatan Kerja KursusBentuk Kerja

    Kursus

    Jenis

    Tugasan

    Jumlah (%)

    Individu

    Tugasan 1 dan

    Tugasan 2

    40%

    E-Forum 20%

    JUMLAH 60%

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    3/8

    2

    4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU

    i. Kursus KRM 3023 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum.ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.

    iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar

    kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam

    myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.

    iv. Sila baca SEMUAperkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini

    supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak

    menyelesaikan kerja kursus anda.

    Tugasan Arahan Tarikh

    Akhir

    %

    Tugasan 1 Lukiskan peta konsep bagi setiap yang berikut:

    i. Masa dan Waktu

    ii. Panjang

    iii. Timbangan Berat

    iv. Isipadu Cecair

    7 April

    2013

    10

    Tugasan 2 a. Bagi SETIAP tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti

    pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada

    bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi.

    Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap

    dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan

    bahan bantu mengajar yang digunakan dalamaktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D,

    hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja

    yang bersesuaian.

    Di samping itu, kenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi

    yang biasa dihadapi dan bincangkan cara untuk

    mengatasinya.

    Tajuk-tajuknya ialah:

    i. Menukar unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan,

    tahun dan dekad.ii. Menganggar jarak dalam unit kilometer.

    iii. Mencari perkaitan antara berat, saiz dan bentuk.

    iv. Mengira isi padu cecair dari situasi yang dinyatakan

    dalam pecahan.

    b. Pilih salah satu daripada tajuk di atas (a) dan buat satu

    rakaman video mengenai pengajaran dan pembelajaran

    yang telah dirancang. Sila layari pautan di bawah

    sebagai contoh.

    www.khanacademy.org/math/statistics

    5 Mei

    2013

    20

    10

    http://www.khanacademy.org/math/statisticshttp://www.khanacademy.org/math/statistics
  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    4/8

    3

    E-Forum 1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan

    memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan

    bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing

    di dalam portal MyGuru 3.

    2. Setiap pelajarMESTI menjawab setiap soalan tersebut

    dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150

    patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah

    dalam bentuk hujah yang ilmiah.

    3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga

    perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya

    tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan

    sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang

    dikemukakan.

    4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar

    mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan

    markah kerja kursus yang disediakan.

    5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:

    a) Bincangkan kegunaan dalam kehidupan sehariankonsep-konsep ukuran berikut:

    i. Masa dan Waktuii. Panjang

    iii. Timbangan Berativ. Isipadu Cecair

    b) Bincangkan aktiviti-aktiviti bersesuaian yang bolehdigunakan dalam menerangkan konsep tahun

    lompat.

    c) Terangkan mengapa unit piawai ukurandiperlukan?

    d) Terangkan dengan menggunakan contoh yangsesuai fenomena berat sesuatu objek tidak

    bergantung kepada saiz dan bentuknya.

    Minggu 3

    (4 -17

    Mac)

    Minggu 5

    (18-31

    Mac)

    Minggu 7

    (1 -14

    April)

    Minggu

    8(15-28

    April)

    5

    5

    5

    5

    JUMLAH 60

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    5/8

    4

    5.0 FORMAT PENULISAN TUGASAN

    Tugasan 1 : Tiada format yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap pelajar.

    Tugasan 2a : Tiada bilangan mukasurat yang ditetapkan. Ia mengikut pensyarah e-learning

    anda masing-masing. (TUGASAN 2a BUKAN MEMBUAT RPH cuma

    melibatkan bahagian konten sahaja).

    Format tugasan 2a:

    a) Muka depanb) Isi kandunganc) Pengenaland) Isi(aktiviti)

    i. Menukar unit masa yang melibatkan jam, hari, bulan, tahun dandekad.

    ii. Menganggar jarak dalam unit kilometer.

    iii. Mencari perkaitan antara berat, saiz dan bentuk.

    iv. Mengira isi padu cecair dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan.

    (setiap lembaran kerjabuat sebagai LAMPIRAN)

    e) Miskonsepsi dan cara mengatasinyaf) Penutupg) Rujukan

    Tugasan 2b: Sila lihat contoh video yang telah diberikan (hanya melibatkan tangan dan suara

    sahaja). Masa penayangan untuk video yang dibina adalah antara 10-15 minit.

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    6/8

    5

    6.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

    TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) E-Forum (20%)

    A Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi

    diolah dan dikembangkan dengan baik, adacontoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang

    bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan

    kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan

    bahasa.

    Tahap perbahasan secara ilmiah

    yang cemerlang, penyampaianyang cemerlang dan kemas,

    menarik dan kreatif, idea yang

    bernas, ada elemen interaksi yang

    baik.

    A- Menepati format, isi mencukupi, isi

    dikembangkan dengan baik, ada contoh yang

    konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun

    dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada

    kesalahan format penulisan dan bahasa.

    Tahap perbahasan secara ilmiah

    yang baik, penyampaian yang

    baik, menarik dan kreatif, idea

    yang bernas, ada elemen interaksi

    yang baik.

    B+ Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan

    dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada

    kesalahan format dan bahasa.

    Tahap perbahasan ilmiah yang

    sederhana, penyampaian yang

    baik, menarik dan kreatif, idea

    yang bernas, ada elemen interaksi.

    B Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan

    dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.

    Kesalahan format dan bahasa pada tahap minima

    (tidak lebih dari 3 kesalahan).

    Tahap perbahasan sederhana,

    penyampaian yang baik, menarik

    dan idea yang bernas.

    B- Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang

    baik, menarik dan idea yang bernas.

    Ada perbahasan secara ilmiah,

    penyampaian yang baik dan

    menarik dan ada idea yang kemas.

    C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada

    contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.

    Kesalahan format minima (tidak melebihi 3

    perkara) dan kesalahan bahasa minima (tidak

    lebih dari 5 perkataan).

    Ada penjelasan, penyampaianyang sederhana, Ada idea sendiri

    yang baik.

    C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi

    mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada

    Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan

    format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

    Tahap perbincangan yang rendah,

    penyampaian sederhana dan

    sekadar ada, ada idea tetapi kurang

    kemas.

    D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak

    mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh.Ada Idea yang diambil dari sumber lain.

    Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara.

    Tidak ada penjelasan,

    penyampaian yang tidak berkesan,idea yang tidak jelas.

    E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak

    lengkap.

    Gagal melengkapkan tugasan pada

    masa yang ditetapkan dan tidak

    menjawab soalan.

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    7/8

    6

    7.0 PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!!

    Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut

    arahan Pensyarah E-Learning anda.

    Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.

    Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

    Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

    Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan

    penghantaran tugasan secara on-line.

    Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.

    Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.

    Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah

    tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda.

    Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning

    bagi kumpulan masing-masing.

  • 7/29/2019 PENILAIAN KURSUS KRM 3023

    8/8

    7

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

    KRM 3023 ASAS UKURAN

    TUGASAN 1 / 2

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    KUMPULAN : __________________________________________________

    PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________

    TARIKH SERAH : __________________________________________________

    PEMARKAHAN

    LAMPIRAN 1