penilaian kendiri program anak angkat

5
Penilaian Kendiri – Program Perkhemahan Anak Angkat Setelah saya melaksanakan program perkhemahan anak angkat yang diwajibkan dalam kursus Bina Insan Guru Fasa 4 dengan rakan-rakan saya, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang berharga. Program ini telah menyediakan satu peluang yang berharga kepada saya untuk menikmati kehidupan kampung dan juga melakukan kerja amal yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertelingkahan dan persengketan dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Saya berasa gembira kerana mempunyai rakan kumpulan khemah yang prihatin. Kami bersama-sama mendirikan khemah dengan berjaya dan kukuh sampai hari perkhemahan yang terakhir. Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini, kami saling mengambil berat seperti mengingatkan masa berkumpul, mandi bersama-sama dan berkongsi pengalaman bersama keluarga angkat. Semasa mengemas khemah, keempat- empat daripada kami bekerjasama tanpa mementingkan diri sendiri.

Upload: lihui-goh

Post on 08-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Kendiri program anak angkat

Penilaian Kendiri – Program Perkhemahan Anak Angkat

Setelah saya melaksanakan program perkhemahan anak angkat yang

diwajibkan dalam kursus Bina Insan Guru Fasa 4 dengan rakan-rakan saya,

saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang berharga.

Program ini telah menyediakan satu peluang yang berharga kepada saya

untuk menikmati kehidupan kampung dan juga melakukan kerja amal yang

dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong

antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada

masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi

sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran

dan suasana yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan

sebarang pertelingkahan dan persengketan dapat dielakkan bagi melahirkan

alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Saya berasa gembira kerana

mempunyai rakan kumpulan khemah yang prihatin. Kami bersama-sama

mendirikan khemah dengan berjaya dan kukuh sampai hari perkhemahan

yang terakhir. Sepanjang 3 hari 2 malam perkhemahan ini, kami saling

mengambil berat seperti mengingatkan masa berkumpul, mandi bersama-

sama dan berkongsi pengalaman bersama keluarga angkat. Semasa

mengemas khemah, keempat-empat daripada kami bekerjasama tanpa

mementingkan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat

membantu kami mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan

bangsa yang lain. Hal ini demikian kerana kami menjalankan program

khidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan yang lain. Saya sedar

dan mengaku bahawa biasanya kumpulan kami yang terdiri daripada semua

guru pelatih berbangsa Cina kurang bergaul dengan kumpulan-kumpulan lain,

lebih-lebih lagi guru-guru pelatih yang berbangsa lain disebabkan oleh kursus

pengajian dan masa kuliah yang tidak sama. Namun, dalam program khidmat

masyarakat ini, kami berasa bertuah kerana berpeluang bergaul dan

berkongsi pendapat dengan mereka. Daripada pergaulan dengan guru-guru

pelatih yang berasal dari kumpulan lain sepanjang aktiviti program ini,

Page 2: Penilaian Kendiri program anak angkat

terutamanya aktiviti khidmat masyarakat, kami berpeluang untuk memahami

dengan lebih mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya

dan tradisi mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan

sebagainya. Walaupun masa pergaulan kami dengan kumpulan-kumpulan

lain hanyalah tiga hari sahaja, namun kami berharap agar kami dapat

bersama dengan kumpulan mereka lagi dalam program lain yang akan

diadakan pada masa yang akan datang.

Sempena interaksi bersama dengan keluarga angkat, saya amat

bersyukur kerana mendapat pengalaman yang amat berbeza dengan

kehidupan bandar. Oleh sebab rumah ayah angkat saya, Pak Cik Othman

merupakan rumah lama kampung Melayu, malah tiada internet, tiada

penyaman udara, kipas siling, pancuran mandian mahupun tandas. Menerusi

pengalaman ini, saya dapat memahami kehidupan kampung dan dapat

dimanfaatkan semasa mengajar nanti untuk mengkaji latar belakang setiap

murid yang berbeza. Seterusnya, saya turut menambah ilmu pengetahuan

mengenai pelbagai jenis pokok buah –buahan yang terdapat di sekeliling

kawasan kampung. Pengalaman ini amat berharga kerana saya mendapat

pengalaman untuk berkomunikasi dengan penghuni-penghui kampung Tapah

dan murid-murid SK Siputih. Pengalaman ini memberi persediaan kepada

saya untuk menghadapi semua situasi yang akan berlaku sekiranya saya

ditugaskan untuk mengajar di dalam kawasan kampung pada masa depan.

Menerusi program teknik menjawab soalan Matematik UPRS yang dijalankan,

saya turut sedar bahawa pemahaman tentang pengetahuan sedia ada dan

tahap murid adalah penting sebelum merancang suatu aktiviti pembelajaran.

Terdapat kekurangan pada aktiviti ini iaitu tahap kesukaran soalan yang

disediakan kebanyakan terlalu sukar bagi murid SK Siputih. Oleh yang

demikian, matlamat program ini tidak dapat dicapai mengikut harapan kami.

Memandangkan kami ditugaskan untuk melakukan juga aktiviti

khidmat masyarakat, maka kami telah membahagikan kami kepada beberapa

kumpulan kecil untuk menjalankan tugas kami. Kumpulan saya ditugaskan

untuk melukis mural dalam kawasan tabika. Ini merupakan pengalaman

pertama saya dalam melukis mural. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari

bahawa pengurusan masa dan pembahagian tenaga kerja adalah amat

Page 3: Penilaian Kendiri program anak angkat

penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan

pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Kami

juga tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai posisi pembahagian

tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan apa-apa sahaja

dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Saya bersyukur kerana

dapat memberi sumbangan kepada kanak-kanak tabika kampung Tapah

tersebut.

Sempena program ini dijalankan, selain pengalaman yang

membolehkan saya menjadi seorang yang lebih baik, saya juga mendapat

kesedaran tentang kepentingan kami sebagai sebahagian masyarakat untuk

memberi sumbangan tanpa mengira tenaga atau wang. Hal ini disebabkan

kami perlu sentiasa memikul tanggungjawab sebagai seorang guru dan

menunjukkan teladan yang baik kepada semua masyarakat. Aktiviti ini juga

dapat melatih sikap bertimbang rasa, prihatin, sabar dan kasih sayang

seseorang guru. Unsur-unsur ini merupakan sikap asas yang perlu dimiliki

oleh seorang guru .

Sebagai cadangan penambahbaikan, saya berasa bahawa sekiranya

terdapat aktiviti atau program yang melibatkan murid-murid sekolah, malah

kandungan program perlu disesuaikan dengan tahap murid. Hal ini bertujuan

memastikan semua murid yang terlibat mendapat info atau pengetahuan yang

maksimum. Bagi mencapai matlamat ini, ahli jawatankuasa yang bertugas

dalam merancang aktiviti perlu mendapat maklumat daripada guru atau pihak

sekolah agar jelas dengan tahap murid. Selain itu, saya turut mencadangkan

masa interaksi bersama keluarga angkat dapat dipanjangkan. Dengan itu,

banyak aktiviti boleh dilakukan seperti belajar memasak makanan Melayu,

mencantikkan kawasan rumah, dan lain-lain.

Tuntasnya, program perkhemahan anak angkat ini memang memberi

manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap peserta yang mengambil

bahagian. Saya berharap pada masa yang akan datang, saya berpeluang

untuk menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang

baharu. Saya yakin semua pengalaman dan ilmu yang ditimba ini dapat

membantu saya untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti.