program kaw angkat

22
PENGHARGAAN Sekalung penghargaan diberikan kepada Encik Sharifuddin Bin Abd Aziz selaku pensyarah kami yang telah memberikan tunjuk ajar, sokongan untuk kami menyiapkan kerja kursus Bina Insan Guru ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Rahimah Banun Bt Mohd Saaid selaku guru besar, barisan pentadbir dan semua rakan-rakan guru di Sekolah Kebangsaan Lumut, yang telah memberikan sokongan dan pertolongan selama ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh keluarga tercinta yang telah menyokong dan memahami keadaan kami dan sokongan yang mereka telah berikan selama ini. Ini memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan untuk memenuhi cita-cita untuk mendapat segulung ijazah. 1

Upload: azzira-shamira

Post on 18-Nov-2015

265 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BIG kawasan angkat

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan diberikan kepada Encik Sharifuddin Bin Abd Aziz selaku pensyarah kami yang telah memberikan tunjuk ajar, sokongan untuk kami menyiapkan kerja kursus Bina Insan Guru ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Rahimah Banun Bt Mohd Saaid selaku guru besar, barisan pentadbir dan semua rakan-rakan guru di Sekolah Kebangsaan Lumut, yang telah memberikan sokongan dan pertolongan selama ini.Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh keluarga tercinta yang telah menyokong dan memahami keadaan kami dan sokongan yang mereka telah berikan selama ini. Ini memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan untuk memenuhi cita-cita untuk mendapat segulung ijazah.

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

iPenghargaan 1

iiIsi Kandungan2

1.0Pendahuluan3

2.0Khidmat Masyarakat Dalam Kegiatan kokurikulum

2.1 Matlamat Khidmat Masyarakat

2.2 Tumpuan Projek Khidmat Masyarakat

3

4

4

3.0Kertas Kerja5

4.0Laporan Program10

5.0Refleksi15

6.0Penutup17

7.0Rujukan18

Lampiran

1.0 Pendahuluan

Sebagai pelengkap Program Pensiswazahan Guru (PPG), semua guru diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru (BIG). Program ini telah dirangka untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan jilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program ini, Bahagian pendidikan Guru (BPG) berhasrat dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek sesuai dengan cabaran profesion perguruan masa kini.

BIG merupakan suatu program pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar IPG. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar.

2.0 Khidmat Masyarakat Dalam Kegiatan kokurikulum

Khidmat masyarakat ialah kerj-kerja kemasyarakatan yang dijalankan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan jika dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan atau output yang berguna. bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk semangat muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja malahan, dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna, sama ada di dalam atau di luar sekolah akan dapat memberikan memberikan impak kepada guru itu sendiri.

2.1 Matlamat Khidmat Masyarakat

Matlamat khidmat masyarakat adalah seperti berikut :i. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu, terhadap komuniti yang ada di persekitaran.ii. Memupuk serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amaln nilai sivik dalam diri setiap individu.iii. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara.iv. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong di antara satu sama lain.v. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.vi. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.vii. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

2.2 Tumpuan Projek Khidmat Masyarakat

Berikut adalah antara beberapa tumpuan khidmat masyarakat :i. Projek membersihkan kawasan sekolahii. Projek mengindahkan kawasan sekolahiii. Projek membersihkan kawasan rekreasiiv. Projek membersihkan tanah perkuburanv. Projek membersihkan balai raya kampungvi. Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatimvii. Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tuaviii. Pelbagai lagi projek khidmat masyarakat sama ada di peringkat sekolah, kampung, bandar dan nasional.3.0 KERTAS KERJA PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUMUT, PERAK.

1.0 PENDAHULUANProgram Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini adalah salah satu aktiviti wajib di semua Institut Perguruan di dalam negara dan ia dinamakan program Bina Insan Guru.Malahan di peringkat sekolah juga terdapat program kawasan angkat, setiap panitia matapelajaran akan diberikan satu kawasan angkat untuk dijaga dan dibuat keceriaan. Pelaksanaan program ini disertai oleh murid-muridbersama dengan guru-guru.Saya telah memilih makmal di Sekolah Kebangsaan Lumutsebagai kawasan angkat bagi memenuhi aktiviti BIG Fasa 3 untuk Semester 4. Saya telah memilih dua tarikh untuk menyiapkan program ini iaitu pada 5 April 2014 dan 19 April 2014. Program dijangka bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Program saya ini akan melibatkan 10 orang murid dan 2 orang guru .

2.0MATLAMATProgram ini bermatlamat melahirkan guru dan murid-murid yang memahami realiti persekitaran tempat mereka berada. Kawasan angkat ini juga membantu Program Sekolah Penyayang yang menjadi konsep penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia menerapkan dalam diri murid dan guru supaya menyayangi kawasan sekolah. Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

3.0OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kemasyarakatan.3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari, mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi dan mampu menyelesaikan masalah timbul.3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.3.4 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebihkondusif semasa mereka berada di sekolah.3.5 Memupuk semangat bekerjasama di dalam kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN4.1 Tarikh yang dicadangkan ialah pada 5 April 2014 dan 19 April 2014. 4.2 Dilaksanakan selama lebih kurang 10 jam.4.3 Masa pelaksanaan hanya melibatkan waktu siang sahaja.4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0SASARAN5.1 Seramai 2 orang guru bersama 10 orang murid daripada kelas tahun 5 yang hadir untuk menjayakan program Sayangi Kawasan Sekolah Anda..6.0PROGRAM/ AKTIVITI6.1 Murid berkumpul6.2 Taklimat aktiviti yang akan dijalankan.6.3 Agihan kumpulan dan tugas6.4 Aktiviti membersihkan dan menyusun atur serta mencantikkan kawasan makmal komputer.6.5 Makan tengahari dan bersurai.

7.0 JAWATANKUASA KERJA INDUK PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

Penaung : Unit Bina Insan Guru (BIG) , IPG Kampus IpohPenasihat: Encik Hamzah B Samsudin(Penyelia BIG)Penganjur: PPG MT 01 dan PPG MT03 Ambilan Jun 2011Pengerusi: Pn. Rahimah Banun Bt Mohd Saaid ( Guru Besar )N. Pengerusi: Pn Harlina bt HarisSetiausaha: Pn. Norhayati bt Md Zain @ AliBendahari: Pn. Noor Azzira bt Desa

Pendaftaran Pn. Hasnida bt Abd Hamid

DokumentasiPn. Norhayati bt Md Zain @ AliPeralatan Pn,Anizah bt Yusof

Ahli Jawatankuasa

Pn Nuha bt Abd RahmanPn Rozilawati bt ManPn Hashimah bt Abd HamidPn Siti suroha bt Abd HanidPn Siti Rohanizan bt MD ZamPn Inayati bt HassanPn, Nurhamlida bt jamaluddinPn Maizurawati bt Soud

8.0ANGGARAN PERBELANJAAN8.1 Sumber i. Sumbangan Guru PPG : RM 120.00 ii. PIBG : RM 250.00JUMLAH : RM 370.00 8.2 Perbelanjaani. makanan murid 10 x RM 8.00 = RM 80.00ii. peralatan = RM 240.00iii lain-lain = RM 50.00 JUMLAH= RM 370.00

9.0PENUTUPProgram ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Semoga aktiviti kemasyarakatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:..(NORHAYATI BT MDZAIN @ALI)SetiausahaProgram Khidmat Masyarakat SK Lumut

4.0 LAPORAN PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

PENDAHULUANProgram Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini adalah salah satu aktiviti wajib di semua Institut Perguruan di dalam negara dan ia dinamakan program Bina Insan Guru. Malahan di peringkat sekolah juga terdapat program kawasan angkat, Setiap panitia mata pelajaran akan diberikan satu kawasan angkat untuk dijaga dan dibuat keceriaan. Pelaksanaan program ini disertai oleh murid-murid bersama dengan guru-guru. Saya telah menjadikan Makmal komputer di Sekolah Kebangsaan Lumut sebagai kawasan angkat bagi memenuhi aktiviti BIG Fasa 3 untuk Semester 4. Saya telah memilih dua tarikh untuk menyiapkan program ini iaitu pada 5 April 2014 dan 19 April 2014. Program dijangka bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Program saya ini akan melibatkan 10 orang murid dan 2 orang guru PPG dari IPG kampus Ipoh.

Sabtu ( 5 April 2014 )7.30 pagi. Guru-guru dan murid-murid yang terlibat telah berkumpul. Setiausaha program telah memberikan taklimat pelaksanaan program pada hari ini. Guru dan murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid bersama 1 orang guru.

8.00 pagi. Guru dan murid mula bergerak ke Makmal komputer. Kumpulan pertama dikehendaki membersih dan menyusun atur meja komputer dengan kemas serta menyapu dan mengemop lantai makmal komputer. Manakala kumpulan kedua pula dirugaskan untuk mengemaskan peralatan komputer yang akan dilupuskan serta menghimpunkannya di satu tempat dengan kemas dan tersusun.10.00 pagi. Murid-murid dan guru berhenti rehat selama 30 minit untuk minum pagi sambil menghilangkan penat.10.30 pagi.Guru dan murid-murid menyambung semula membersihkan makmal komputer mengikut tugasan masing-masing sehingga selesai.12.00 tengahariSelepas selesai membersihkan makmal komputer murid-murid dan guru-guru menikmati makan tengahari. Sebelum mereka bersurai, setiausaha program mengimgatkan bahawa Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda akan disambung pada 19 April 2014. Fokus program pada hari itu ialah mengemas dan menceriakan makmal komputer agar menjadi tempat yang lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan guru dan murid-murid SK Lumut.

19 April 20147.30 pagi. Semua guru dan murid yang terlibat telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat.. Setiausaha program telah memberikan taklimat pelaksanaan program pada hari itu. Guru dan murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang murid bersama 1 orang guru.

8.00 pagi. Guru dan murid mula bergerak ke Makmal komputer. Setiap kumpulan memulakan tugas masing-masing. Kumpulan pertama membantu Cikgu Noor Azzira menceriakan makmal dengan menampal kata-kata perangsang, menampal info menarik berkenaan makmal komputer, menghias papan kenyataan makmal dan sebagainya. Kumpulan kedua pula bersama Cikgu Norhayati ditugaskan untuk mengemaskan makmal dan memastikan segala susunan barang dan fail-fail yang berkaitan diletakkan dan disusun dengan kemas. 10.00 pagi. Murid-murid dan guru berhenti rehat selama 30 minit untuk minum pagi sambil menghilangkan penat.10.30 pagi.Guru dan murid-murid menyambung semula membersihkan dan menceriakan makmal komputer sehingga selesai.12.00 tengahariSelepas selesai membersihkan makmal komputer murid-murid dan guru-guru menikmati makan tengahari. Guru-guru mengucapkan terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam menjayakan program Sayangi Kawasan Sekolah Anda.

Selepas Program Sayangi Kawasan Sekolah Andadijalankan.Makmal komputer menjadi tempat perbincangan guru-guru Tahun 6 dan tempat sessi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selain menjadi tempat mendapatkan rujukan kepada semua guru SK Lumut.

GAMBAR

5.0 REFLEKSIAlhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) fasa ke3. BIG fasa 3 ini memerlukan kami untuk melakukan aktiviti serta mengadakan ceramah atau bengkel yang sesuai dengan guru-guru, murid-murid serta ibu bapa. Oleh itu, kami telah memilih untuk melaksanakannya di sekolah sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Lumut. Rasionalnya kami memilih sekolah sendiri ialah kerana pada pandangan kami, sebelum kami membuat khidmat kemasyrakatan di tempat orang, kami sepatutnya memberikan sumbangan di tempat kami bekerja untuk keselesaan bersama. BIG yang dilaksanakan selama 10 jam ini telah memberi banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.Selama mengikuti BIG ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman baru serta menempuh banyak cabaran dalam usaha menyempurnakan semua tugasan yang perlu dilaksanakan.Tanpa saya sedar, semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai makna tersirat yang perlu saya fahami. Terdapat banyak kelebihan yang dapat dikesan melalui aktiviti-aktiviti serta cara perlaksanaan BIG pada kali ini. Namun begitu, beberapa kelemahan juga jelas kelihatan sepanjang program dijalankan. Setiap peluang dan halangan yang terdapat dalam aktiviti-aktiviti sewaktu BIG juga dilalui oleh semua peserta.Program Bina Insan Guru pada kali ini telah mengajar saya banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu. Sebelum melaksanakan aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini, kami telah membuat satu organisasi untuk melancarkan pengurusan kerja. Secara tidak langsung, pelaksanaan ini telah mengajar saya cara mengendalikan sesuatu program dengan lebih berkesan. Di samping itu, pengendalian aktiviti Bina Insan Guru pada kali ini telah memberikan saya peluang untuk sama-sama merancang aktiviti yang sesuai untuk murid serta guru-guru. Antara aktiviti yang telah kami rancang ialah gotong royong membersihkan makmal komputer sekolah. Setelah dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang ini, saya mula menyedari bahawa bukan mudah untuk menyediakan aktiviti yang sesuai buat murid-murid. Banyak aspek yang perlu difikirkan termasuk kemampuan mereka, keselamatan, tujuan dan kesan pelaksanaan aktivti tersebut terhadap mereka. Jika dikaitkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, seseorang guru perlu meneliti aktiviti yang ingin dijalankan agar objektif pembelajaran dapat dicapai dan pelajar pula mendapat keseronokan daripada aktiviti pembelajaran tersebut. Semua pengetahuan dan kemahiran yang baru saya perolehi ini akan mejadi sesuatu yang sangat berguna untuk masa depan saya. Sebagai seorang guru yang banyak pengalaman, saya perlu bekerja keras memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran sebegini agar urusan pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar dan lebih efisien.Program BIG ini juga telah berupaya menjadi medium untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan guru. Sepanjang persediaan sebelum melaksanakan program gotong royong ini para guru bekerjasama dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diamanahkan..Selain itu, budaya saling menasihati juga sangat penting kerana kita tidak akan dapat mengenal pasti kelemahan kita melainkan ada pihak yang menyedarkan kita dengan memberi nasihat. Jika tiada budaya ini, kelemahan yang terdapat dalam diri setiap individu tidak akan dapat diatasi malah terus berlaku sehingga menyakiti banyak pihak. Justeru, bagi mengelakkan perpecahan berlaku, setiap inidividu perlulah sentiasa menasihati rakan yang salah di samping turut membuka minda untuk menerima teguran.

6.0 PenutupKokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi, dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semulajadi, kewarganegaraan dan kesetian kepada bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya (Ramlan Abd. Wahab , 2002).Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti bekerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri melalui aktiviti khidmat masyarakat agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan boleh hidup berdikari pada masa hadapan. Program khidmat masyarakat yang melibatkan murid-murid tahun 5 ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kerjasama dan tolong-menolong serta membina semangat kemasyarakatan dan jati diri di samping menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar.Semoga ilmu khidmat masyarakat yang telah dipelajari dan pengalaman dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian mereka.

7.0 RujukanBuku panduan pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah menegah dan rendah (1996) Sumber Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan MalaysiaRamlan abd. wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002, Karangkraft PublicationSdn. Bhd, m.s. 44

2