angkat martabat rakyat

24
Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 14 - 21 Oktober 2016, 13 - 20 Muharam 1438 BERITA PENUH MUKA � KHAS pra belanjawan "Fokus kali ini tentu sekali untuk mengangkat martabat kumpulan B�� juga golongan berpendapatan rendah dan sederhana ekoran pelaksanaan GST yang menguncupkan pendapatan isi rumah” Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar ANGKAT MARTABAT RAKYAT Jambatan �� tahun diganti konkrit 6 14 & 15 DYTM Raja Muda Selangor angkat sumpah 5

Upload: doandien

Post on 28-Dec-2016

276 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 14 - 21 Oktober 2016, 13 - 20 Muharam 1438

BERITA PENUH MUKA �

KHAS pra belanjawan"Fokus kali ini tentu sekali

untuk mengangkat martabat kumpulan B�� juga golongan berpendapatan rendah dan

sederhana ekoran pelaksanaan GST yang menguncupkan

pendapatan isi rumah”

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

ANGKATMARTABAT

RAKYAT

Jambatan �� tahundiganti konkrit

6

14&15

DYTM Raja MudaSelangor angkat sumpah 5

Page 2: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Utama2 SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Tun M: Contohi SelangorOLEH NAZLI IBRAHIM

MUAR - Kerajaan Selangor adalah model terbaik untuk di-contohi sekiranya pembang-kang berjaya membentuk kerajaan baharu di peringkat Persekutuan selepas pilihan raya umum nanti.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Selangor berjaya mem-buktikan kemampuan mentad-bir kerajaan dengan urus tadbir baik dan memberi pelbagai fae-dah kepada rakyat.

“Dulu, saya ingat parti lawan ini apa yang dia tahu pasal pen-tadbiran? Dia habiskan duit rak-yat tetapi sekarang sebaliknya.

“Mereka lakukan benda baik terutama kepada orang miskin,” kata Dr Mahathir yang juga Pe-nasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada program

�,��� ahli AMK sertai BERSIH �PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjang-kakan kira-kira 5,000 ahlinya akan menyertai perhimpunan aman BERSIH 5, pada 19 Novem-ber ini.

Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata, pihaknya akan menggerakkan anggota AMK se-luruh negara bagi menghadiri-nya dan menyatakan pendirian secara jelas menolak kepimpi-nan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“AMK menyatakan sokongan dan dukungan penuh kepada penganjuran demonstrasi aman BERSIH 5.

“Dijangkakan lebih kurang

5,000 anggota AMK seluruh negara bakal menyertai perhim-punan kali ini,” katanya dalam si-dang media, di sini, pada 6 Ok-tober lalu.

Beliau berkata, AMK juga bersedia menawarkan skuad petugas bagi tujuan menjaga keselamatan bagi memastikan perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

“AMK akan terus menyokong dan menggerakkan ahlinya bagi membantu BERSIH 5 juga melakukan siri jelajah konvoi juga penerangan di kawasan masing-masing bagi mengajak rakyat bersama dengan perhim-punan BERSIH 5,” katanya.

JAS Persekutuan tiada komitmen fokus isu airGOMBAK - Agensi Kerajaan Persekutuan, Jabatan Alam Seki-tar (JAS) didakwa gagal memberi komitmen sepenuhnya untuk menyelesaikan isu pencemaran air di Sungai Semenyih.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, agensi terbabit lewat mengambil tindakan segera walaupun lapo-ran awal berkenaannya sudah dikeluarkan.

“Alasan yang diberikan pengu-rusan JAS sama sekali tidak boleh diterima kerana ia boleh menje-jaskan keselamatan pengguna air di Selangor.

“Tindakan lewat hanya selepas 10 jam insiden, kemungkinan in-tegriti dan kredibiliti bahan buk-ti sudah lemah, sekali gus me-lemahkan pendakwaan dalam mahkamah,” katanya, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Beliau diminta mengulas mak-lum balas Kerajaan Negeri berke-naan pendakwaan lanjutan yang akan diambil terhadap pihak ti-dak bertanggungjawab dalam insiden itu.

Sebelum ini, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup susu-lan pencemaran air Sungai Seme-nyih yang didakwa berpunca da- ripada operasi haram kilang tan-

Pastikan satu lawan satuMUAR - Pembahagian kerusi di antara parti pembangkang dapat diselesaikan bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden Parti Ke-adilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu berikutan wujudnya ke-sepakatan di antara parti pem-bangkang untuk bersama me-numbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

“Saya bertekad dengan pasu-kan yang ada iaitu PAS, KEADIL-AN, DAP, Parti Amanah Negara

(Amanah) dan Parti Pribumi Ber-satu Malaysia (Bersatu) bahawa di Selangor kita kerja sebagai satu pasukan untuk terus maju ke hadapan.

“Kita dalam proses pengagih-an kerusi di seluruh negara. De-ngan kesepakatan ini, saya per-caya kita berjaya selesaikan,” kata Dato’ Menteri Besar Selangor itu pada program ceramah Bicara Rakyat Bersatu di Sungai Terap, Pagoh di sini, pada 8 Oktober lalu.

Ucapan beliau itu turut diso-kong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut ter-

libat dalam rundingan pembaha-gian kerusi yang dipertan-ding-kan pada PRU-14.

Ketika mengulas kehadiran-nya di program itu, Mohamed Azmin dengan nada berseloroh berkata, beliau tidak percaya di-beri peluang berucap di hada-pan penduduk Pagoh kerana ka-wasan berkenaan salah satu kubu kuat Umno di era Tan Sri Muhyid-din Yassin ketika masih menjawat jawatan Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, katanya, per- kara itu berubah sekelip mata apabila Muhyiddin menyertai pakatan pembangkang.

pa lesen di sana.Lembaga Urus Air Selangor

(Luas) dan Air Selangor adalah antara agensi pentadbiran nege-ri terawal mengenalpasti punca permasalahan itu.

Bagaimanapun, permasala-han itu dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 48 jam selepas Loji Rawatan Air Semenyih dibu-ka semula, sejak 6 Oktober lalu.

Pada masa sama, operasi kilang berkenaan dihentikan ser-ta-merta dan sitaan barang turut dijalankan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Alasan yang diberikan pengurusan JAS sama sekali tidak boleh diterima kerana ia boleh menjejaskan keselamatan pengguna air di Selangor

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Bukti kemampuan tadbir urus

ceramah Bicara Rakyat Bersatu di Sungai Terap, Pagoh, di sini, pada 8 Oktober lalu.

Katanya, keadaan itu sekali gus menidakkan dakwaan kononnya hanya Umno yang mampu me-

ngurus sesebuah kerajaan.Katanya, antara program bo-

leh dipertimbangkan sekiranya Pakatan berjaya merampas Put-rajaya adalah pemberian air per-cuma, hadiah perkahwinan dan tabung kelahiran baharu seperti Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) yang dilaksanakan Ke-rajaan Selangor.

“Tentukan kita dapat kera-jaan baharu di peringkat Perse-kutuan supaya boleh buat se- perti Kerajaan Selangor. Saya tak mahu janji tapi kita timbangkan bagi air percuma dan sedikit duit kalau kahwin tapi yang pertama sahajalah,” katanya.

Ceramah umum itu turut me-nampilkan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dulu, saya ingat parti lawan ini apa yang dia tahu pasal pentadbiran? Dia habiskan duit rakyat tetapi sekarang sebaliknya. Mereka lakukan benda baik terutama kepada orang miskin

TUN MAHATHIRMantan Perdana Menteri

Page 3: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Utama3SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Belanjawan 2017 fokus isu kebajikan

Martabat ekonomi rakyatOLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK - Pembentangan Be-lanjawan 2017 pada penghujung Oktober ini bakal memberi fokus kepada isu kebajikan juga mar-tabat ruang ekonomi rakyat ber-pendapatan rendah dan seder-hana.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu ekoran golongan terbabit di-bebani pelaksanaan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST) yang terus menghimpit ekonomi rakyat.

“Fokus belanjawan kali ini ten-tu sekali untuk mengangkat mar-tabat kumpulan B40 juga golo-ngan berpendapatan rendah dan sederhana ekoran pelaksanaan GST menguncupkan pendapatan isi rumah.

“Kerajaan Negeri sedang men-genalpasti sebarang usaha dan

inisiatif tertentu yang akan diu-mumkan nanti,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gom-bak, selepas menunaikan solat Jumaat, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Hadir sama, Exco Pembangu-nan Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Yang Dipertua Majlis Perbanda-ran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga akan terus memberi tum-puan terhadap pembangunan kesihatan dan pendidikan.

Dalam pembentangan Belan-jawan 2016 lalu, Kerajaan Negeri giat melaksanakan dasar pem-bangunan Smart Selangor ke arah merealisasikan Selangor se-bagai ‘smart state’.

Selangor lebih maju tanpa UmnoMUAR - Keputusan pengundi di Selangor memilih Pakatan mene-rajui Kerajaan Negeri termaju itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 adalah keputusan te-pat ekoran kemampuan mengu-ruskan lebih baik berbanding ke-tika era Umno.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keadaan itu membukti-kan propaganda kononnya rak-yat khususnya nasib orang Mela-yu tidak terbela sekiranya Umno tidak lagi berkuasa meleset.

“Kita membuktikan dan Datuk Seri Mukhriz tadi juga sebut. Ka-lau kita dengar skrip sebelum ini, kononnya tidak ada Umno habis-lah Melayu tetapi ada Umno yang habis Melayu khususnya macam Najib, Rosmah dan kuncunya.

"Di Selangor tiada Umno, hidup juga kita,” katanya pada program ceramah Bicara Rakyat

Bersatu di Sungai Terap, Pagoh di sini, pada 7 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, wa-laupun Kerajaan Selangor mem-belanjakan peruntukan tinggi bagi membiayai pelbagai pro-gram bermanfaat untuk rakyat-nya, namun rizab negeri terus meningkat sehingga mencecah lebih RM4 bilion iaitu rekod ter-tinggi pernah dicatatkan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga membuktikan keupayaan mengurus ekonomi dengan ce-merlang sehingga menarik per-hatian pelabur asing, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

Katanya, peningkatan pe-nyertaan pelabur asing di Se-langor berlaku apabila wujud-nya keyakinan tinggi terhadap kredibiliti Kerajaan Negeri, ke- stabilan politik dan suasana ekonomi yang ditawarkan.

“Mengapa Toyota pilih Bukit Raja untuk melabur RM2 bilion dengan kapasiti pengeluaran kereta 50,000 unit setahun teta-pi tidak memilih Pekan, Pahang.

“Begitu juga dengan Rolls Royce melabur di Selangor dan kita dapat lihat enjin kapal ter-bang akan tertulis ‘Made in Se-langor’ bukan ‘Made in Pekan,” katanya.

Kenyataan Mohamed Azmin itu turut diakui mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moha-mad yang juga Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ber-satu.

Dr Mahathir dalam program sama berkata, kesungguhan Kerajaan Negeri membela na-sib rakyat melalui pelbagai program perlu dicontohi seki-ranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya selepas pi-lihan raya umum.

MB terima kunjungan hormat Walikota BandungSHAH ALAM - Walaupun mempu-nyai jadual yang padat, Walikota Bandung, Mochammad Ridwan Kamil mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormatnya terhadap Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, kun-jungan ke pejabat beliau di Bangu-nan Setiausaha Kerajaan Negeri itu dibuat ketika Mochammad Ridwan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari di Petaling Jaya.

“Walaupun jadual beliau begitu padat diaturkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun tetap mengambil sedikit masa untuk bertemu saya bagi pihak Kerajaan Negeri.

“Ini kali kedua lawatan beliau ke Selangor, cuma kali ini jadualnya selama tiga hari agak padat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mendengar pandangan beliau se-

cara khusus berkenaan 'smart city' yang berjaya di Bandung kerana kebetulan Selangor juga meletak-kan gagasan ‘smart state’ sejak 2015,” katanya selepas pertemuan kira-kira 45 minit itu.

Katanya, walaupun Mocham-mad Ridwan merupakan seorang pemimpin muda berusia 45 tahun, namun kejayaannya mengubah Kota Bandung sebagai bandar pin-tar menarik perhatian rantau Asia dan dunia.

“Walaupun diberikan hanya tiga tahun menjadi wali kota tetapi be-liau berjaya transformasikan Ban-dung sebagai ‘smart city’. Sekarang Bandung adalah bandar ketiga ter-besar di Indonesia,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Mo-chammad Ridwan berjaya meng-gunakan kaedah aplikasi ‘internet of things’ dalam membangunkan 'smart city' di Bandung sama se-perti gagasan Smart Selangor.

Tinjau pelaksanaan bandar pintar BandungSHAH ALAM - Wali Kota Ban-dung, Mochammad Ridwan Ka-mil mengundang Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali ke bandar raya berkenaan bagi melihat sendiri perkemba-ngan pelaksanaan bandar pintar di bandar ketiga terbesar di Indo-nesia itu.

Mohamed Azmin berkata, la-watannya itu juga nanti bakal mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Selangor dan Bandung.

“Saya mendapatkan beberapa maklum balas daripada Ridwan

bagaimana beliau mengguna-kan penyelesaian pintar memba-ngunkan Bandung.

“Melalui aplikasi ini, beliau juga berjaya membangunkan budaya yang cukup demokratik dalam komuniti di Bandung apa-bila rakyatnya boleh berkomuni-kasi dengan beliau. Beliau juga menggunakan aplikasi penyele-saian pintar untuk belanjawan yang melibatkan keperluan rak-yat di Bandung,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, be-liau menjangkakan lawatan ke Bandung akan dibuat tahun ini

sebagai menyusul lawatan kerja Mochammad Ridwan Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ).

Mohamed Azmin turut per-caya kejayaan menjadikan Ban-dung sebagai bandar pintar adalah luar biasa yang boleh di-pelajari Kerajaan Selangor dalam lawatan itu nanti.

Ketika mengulas kerjasama antara Bandung dan Selangor, Mohamed Azmin berkata, Kera-jaan Negeri sebelum ini sudah menjalinkan kerjasama dengan bandar raya itu melalui MBPJ dan pihak berkuasa di Bandung.

Page 4: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Utama4 SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Sebanyak 414 pusat pemin-dahan banjir seluruh negeri dibuka 24 jam bagi menempatkan mangsa fenomena air pasang besar di kawasan terlibat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, semua aset dan kelengkapan penyelamat juga di-persiapkan sebagai langkah awal.

“Pusat pemindahan mula dibuka sejak September lalu dan mula beroperasi sea-wal jam 2 petang diketuai pegawai daerah di kawasan terlibat.

“Pelbagai usaha dilaksanakan bagi me-ngenal pasti pusat pemindahan sesuai dan lokasi selamat untuk diletakkan aset men-cari serta menyelamat mangsa,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Sehubungan itu, katanya, anggaran mangsa yang bakal dipindahkan susulan fenomena kedua berkenaan dijangka lebih

besar berdasarkan faktor peningkatan pa-ras laut yang mencecah 5.7 meter.

“Fenomena air pasang besar pada prasa 5.6 meter pada September lalu menyaksi-kan hampir 20 keluarga dengan jumlah le-bih 200 mangsa dipindahkan.

“Namun untuk fenomena kali kedua ini, kebarangkalian jumlah mangsa yang akan dipindahkan lebih ramai. Kita dalam usaha membanci kawasan terjejas dan memerlu-kan pemindahan,” katanya.

Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Kera-jaan Negeri Selangor dalam kenyataan-nya mengesahkan fenomena air pasang besar kali kedua bakal berlaku di daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Sela-ngor dan Sabak Bernam, pada 16 hingga 21 Oktober ini.

Kenyataan itu juga menasihatkan pen-duduk di kawasan berisiko tinggi dapat mematuhi arahan pihak berkuasa kesela-matan dan mengambil langkah persedi-aan dengan mendaftar serta berpindah ke pusat pemindahan.

Langkah awal hadapi air pasang besar

��� pusat pemindahan �� jam

KLANG - Penduduk yang tinggal berdeka-tan persisiran pantai diarahkan berpindah awal demi keselamatan masing-masing, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

“Kita maklumkan kepada penduduk supaya berpindah awal. Unit bencana diarahkan untuk buka pusat perpin-dahan sebelum berlakunya banjir atau limpahan.

“Kita juga bersedia dengan perun-tukan jika berlaku kerosakan teruk ke-pada rumah terlibat melalui unit ben-cana,” katanya kepada SelangorKini, di

sini, pada 8 Oktober lalu.Zaidy berkata, Kerajaan Negeri

juga bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar de-ngan memperuntukkan RM4.3 juta untuk memperbaiki benteng atau ban pecah.

“Saya semak dengan pengarah Ja-batan Pengairan dan Saliran dan perka-ra itu sudah selesai. Kita bersedia meng-hadapi air pasang besar itu nanti.

“Ban dalam keadaan yang baik dan akan berlaku air pasang besar sehingga 5.7 meter iaitu mengikut jadual, pada pertengahan Oktober ini,” katanya.

Pesisir pantai pindah awal

KLANG - Kerajaan Negeri memperuntuk-kan RM12 juta bagi menaik taraf saliran di Pekan Meru yang sering dilanda banjir jika berlaku hujan lebat.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Indus-tri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, permasalahan utama dikenal pasti di DUN Meru adalah banjir yang sudah ber-laku di pekan terbabit, sebelum 2008.

“Kita bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turun padang untuk melihat sendiri keadaan dan saliran yang perlu di-naik taraf.

“Kajian reka bentuk selesai dilak-sanakan di peringkat perunding dengan melihat apa punca permasalahan dan projek fetigasi yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada SelangorKini selepas perasmian Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru, pada 8 Oktober lalu.

Hadir sama ADN Meru, Dr Abdul Rani

Osman yang turut mengakui sistem sali-ran bermasalah antara faktor menyebab-kan berlakunya banjir di kawasan itu dan kerja naik taraf dijangka dilaksanakan, bermula Februari 2017.

Dalam perkembangan lain, Karnival Jelajah Infratani 2016 DUN Meru adalah jelajah terakhir untuk tahun ini selepas melalui beberapa daerah dan DUN.

Zaidy berkata, DUN Meru adalah peng-hujung acara sebelum meneruskan ke program kemuncak iaitu Selangor Agro-fest 2016 yang bakal berlangsung di Pan-tai Morib, pada 20 hingga 23 Oktober ini.

“Objektif utama program infratani adalah untuk pimpinan bersama exco dan agensi kerajaan turun padang me-lihat perkara yang perlu penambahbai-kan dalam infrastruktur juga pertanian. Dalam bidang pertanian juga kita turut turun ke ladang memberi khidmat nasi-hat dan menyalurkan bantuan diperlu-kan,” katanya.

RM�� juta elak banjir di Meru

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mempe-runtukkan RM4.3 juta sebagai inisiatif per-siapan awal menghadapi fenomena air pasang besar, pada 15 Oktober ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Ahmad Afandi Moham-mad berkata, peruntukan itu merangkumi kerja penambahan benteng di persisiran pantai negeri.

“Ban (benteng) yang pecah ketika fenomena air pasang besar berlaku Sep-tember lalu sudah diperbaiki menerusi peruntukan dikeluarkan Kerajaan Negeri. Namun, kita tidak boleh mengambil risiko mudah atas faktor ketinggian air pasang yang mencecah sehingga 5.7 meter.

“Bagaimanapun, kami bersiap sedia menghadapi sebarang kebarangkalian berlakunya fenomena itu nanti,” katanya

di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Hadir sama, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ahmad Fairuz Mohd Yu-sof dan Pegawai Jabatan Ketenteraman Awam IPK Selangor, ASP Roslee Daie.

Pada masa sama, Afandi berkata, semua agensi penguatkuasaan dan keselamatan negeri juga bersiap sedia menunggu ara-han selanjutnya untuk sebarang tindakan dan penduduk berisiko juga dinasihatkan bersedia berpindah di pusat perpindahan seluruh daerah.

“Melalui pejabat daerah, kita nasihat-kan masyarakat yang duduk berdekatan kawasan persisiran pantai berpindah le-bih awal kerana dijangka air pasang besar akan berlaku seawal jam 6 pagi,” katanya.

RM�.� juta tambah baik ban

Page 5: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

lSeramai 891,685 murid Ta-hun Satu dan

Tingka-tan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di

Pemasyhuran gelaran DYTM Raja Muda Selangor dilihat melakar sejarah baru dalam kedaulatan kesultanan negeri.

TINJAUANORANG RAMAI

ZAHIR RASA SYUKUR

Sembah tahniah atas pemasyhuran gelaran DYTM Raja Muda Selangor. Baginda dilihat aktif dengan pelbagai aktiviti dan tentunya rakyat Selangor sangat berbahagia selain generasi muda akan lebih teruja dengan pengli-batan aktif baginda yang mesra selain prihatin terhadap rakyat.

Nurfadhilah Jalaludin, Pegawai Tadbir

Rakyat Selangor boleh rasa berbesar hati kerana tuanku mudah mendekati terutama

anak muda. Saya berharap permasy-huran gelaran ini akan menyemarakkan lagi semangat tuanku untuk meli-batkan diri dengan program dan aktiviti bersama rakyat selain merapatkan lagi

ikatan rakyat dengan istana.

Mohd Syazwan Rahimy, Pegawai Exco Kerajaan Negeri

Utama5SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

KLANG - Sejarah baru di-catat buat rakyat Selangor de- ngan pemasyhuran Tengku Amir Shah sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda pada istiadat mengangkat sumpah yang ber-langsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, pada 8 Okto-ber lalu.

Tengku Amir Shah yang dipu-terakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat adalah hasil perkahwinan antara DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah, warganegara negara itu.

Tengku Amir Shah adalah anakanda bongsu daripada tiga beradik dan baginda mendapat pendidikan awal di sekolah ren-dah dan menengah Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Wel-lington College, United Kingdom (UK) dari 2004 hingga peringkat A-Level, pada 2009.

Baginda kemudiannya melan-jutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds Uni-versity, UK, pada 2014.

Dari 23 September sehingga 5 Disember 2014, Tengku Amir Shah menjalani kursus persedi-aan ketenteraan yang rapi di Aka-demi Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selepas itu, baginda menerus-

Lakar sejarah baru

Raja Muda Selangor dimasyhur

KLANG - DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah, di sini, pada 8 Okto-ber lalu.

Istiadat serta angkat sumpah dan menjunjung duli itu ber-langsung sempurna dari awal dengan Tengku Amir Shah mela-fazkan angkat sumpah seterus-nya menandatangani lafaz akuan sumpah berkenaan.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyem-purnakan istiadat dengan me-ngurniakan keris kebesaran Raja Muda Selangor kepada Tengku Amir Shah.

Baginda disertai DYMM Teng-

ku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman.

Tengku Amir Shah, 26, dipu-terakan di San Francisco, Ameri-ka Syarikat pada 12 Disember 1990, adalah anak ketiga dari-pada tiga beradik, hasil perkah-winan Sultan Selangor dan bon-danya, Puan Nurlisa Idris, seorang warganegara Amerika Syarikat.

Turut hadir, Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan isteri; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan isteri; barisan Exco Kerajaan Ne- geri dan Ahli Dewan Negeri (ADN) serta kenamaan lain.

Tengku Amir Shah angkat sumpah

kan latihan ketenteraan Com-missioning Course Intake 152 sebelum mendaf-tar diri di Akademi Ketenteraan Di-raja Sandhurst, UK dari 3 Mei 2015 hingga 15 April lalu.

R e n t e t a n daripada ke-jayaan terse-but, baginda d i t a u l i a h k a n sebagai pegawai tentera berpang-kat Leftenan Muda di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Kem Te-rendak, Melaka, pada 19 Julai lalu.

Tengku Amir Shah juga memi-nati pelbagai jenis sukan seperti golf serta bola sepak dan aktiviti lasak seperti meredah jeram de-ngan bot, menunggang kende-raan pelbagai bentuk muka bumi (ATV), berbasikal serta 'paintball'.

Baginda sering menyertai per-tandingan golf antaranya Jempu-tan Raja Muda Selangor yang di-anjurkan di kelab golf terkemuka di negeri itu.

Sebagai putera raja yang berji-wa rakyat, Tengku Amir Shah tidak melupakan kewajipan memberi khidmat bakti kepada masyarakat.

Baginda merupakan Penaung DiRaja bagi beberapa pertubu-

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANGhan bukan kerajaan yang mem-punyai objektif membantu rakyat bagi meningkatkan taraf kehidu-pan antara Yayasan Raja Muda Selangor, Pertubuhan Kebajikan Selangor Cheshire Home, Make a Wish Malaysia dan Selangor Youth Community (SAY).

Baginda turut sama turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin dan menyertai program kesedar-an kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta wabak denggi.

Tengku Amir juga menghadiri majlis keagamaan yang dianjur-kan Jabatan Agama Islam Sela-ngor seperti majlis berbuka pua-sa dan perasmian masjid.

Page 6: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Utama6 SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG - Jambatan berusia lebih 50 tahun di Sungai Satu, Pulau Ke-tam, di sini, bakal dibina semula dengan anggaran kos RM500,000, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Hian Wah berkata, pelan awal cadangan berkenaan sudah disiapkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan struktur asal jambatan kayu itu akan digan-tikan dengan jambatan konkrit sepanjang 40 meter dengan kelebaran tiga meter.

“Jumlah ini adalah anggaran

awal, sementara jumlah tepat akan ditentukan selepas penilaian dan kajian MPK.

“Projek dijangka mula dilak-sana dan disiapkan, pada awal 2017,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Pulau Ke-tam, pada 7 Oktober lalu.

Turut serta, Pengarah Keju-ruteraan MPK, Zamri Othman dan Penolong Pengarah Seksyen Pi-hak Berkuasa Tempatan Unit Per-ancang Ekonomi Negeri (UPEN), Ahmad Nazmi Razali.

Awal tahun ini, sejumlah RM190,000 diperuntukkan bagi membina laluan pejalan kaki atas air sepanjang 109 meter di pulau itu.

RM500,000 ganti kayu dengan konkrit

Jambatan �� tahun dibaiki

KLANG - Kerosakan dan kemus-nahan infrastruktur asas Bagan Sungai Lima ketika bencana air pasang besar akan diberi per-hatian, kata Exco Kerajaan Tem-patan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Ha-ram, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata, ia termasuk kerja pembaikan sebuah laluan pejalan kaki atas air yang rosak teruk akibat bencana sebelum ini.

“Kejadian air pasang be-sar lalu disertai ribut besar di-katakan terburuk dalam tempoh 100 tahun hingga banyak kero-sakan berlaku, namun kita mem-beri keutamaan kepada kerja pembaikan infrastruktur asas.

“Kita akan minta agensi berkaitan melihat keadaan di sini sebelum peruntukan diberi-kan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Pulau Ke-tam, di sini, pada 7 Oktober lalu.

Pada masa sama, beliau turut meminta penduduk di kawasan pantai berjaga-jaga menghadapi

Infrastruktur asas Bagan Sungai Lima dibaiki

SUBANG JAYA - Orang ramai di-nasihatkan tidak mengguna lalu-an trek kawasan larangan di Hu-tan Simpan Ayer Hitam (HSAH), di sini, ekoran ia bukan hutan rekreasi biasa.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kin-rara, Ng Sze Han berkata, kawasan itu adalah hutan simpan yang dipajak kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 999 tahun untuk membuat penyelidikan.

“Saya nasihatkan orang awam supaya ikut peraturan ketika be-rada dalam HSAH atau dikenali sebagai Bukit Wawasan ini, ja-ngan ceroboh kawasan larangan.

“Jika mahu melakukan aktiviti pendakian, orang ramai dibenar-kan melalui laluan trek sepanjang 2.8 kilometer sahaja,” katanya.

Seramai 86 pendaki dicekup ketika operasi bersepadu dilak-sanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di hutan itu, pada 3 Oktober lalu.

Katanya, mereka didapati menceroboh masuk ke kawasan larangan dalam hutan berkenaan termasuk di lokasi air terjun dan ia bukan kali pertama pengun-jung dicekup melakukan kesala-

Jangan ceroboh kawasan larangan HSAH

han itu, malahan tiga bulan lalu sekumpulan pendaki turut dice- kup kerana menceroboh ka-wasan larangan.

“Ramai pendaki tersesat apa-bila terkeluar daripada laluan trek sedia ada, manakala empat lagi dilaporkan sesat dalam hu-tan berkenaan.

“Setiap bulan pasti ada dua

atau tiga kes pendaki sesat dalam hutan berkenaan. Pesanan saya, jangan keluar dari laluan trek dan tidak boleh bermalam kalau tak dapat permit daripada agensi berkenaan.

“Saya kesal apabila diberitahu, lebih 200 pendaki masuk ke ka-wasan larangan pada cuti hujung minggu,” katanya.

fenomena terbabit yang dijang- ka berulang, pada pertengahan Oktober ini.

“Saya minta supaya pen-duduk di kawasan pantai terma-suk Bagan Sungai Lima menjaga keselamatan dan membuat per-siapan secukupnya bagi meng-hadapi fenomena berkenaan,” katanya.

Kejadian air pasang besar lalu disertai ribut besar dikatakan terburuk dalam tempoh 100 tahun hingga banyak kerosakan berlaku, namun kita memberi keutamaan kepada kerja pembaikan infrastruktur asas

EAN YONG HIAN WAHExco Kerajaan Tempatan

SHAH ALAM - RM5 juta dijangka akan disalurkan kepada kam-pung baru, kampung bagan dan kampung tersusun dalam pem-bentangan Belanjawan Negeri 2017, pada akhir Oktober ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, ia bagi menaik taraf dan membangun-kan infrastruktur di kawasan terbabit.

Katanya, penumpuan itu me-liputi kemudahan asas seperti jalan dan longkang.

“Penumpuan Belanjawan Negeri 2017 kali ini adalah ke-pada infrastruktur.

“Sebanyak RM5 juta dijangka akan disalurkan bagi membaik pulih juga menaik taraf bebera-pa kemudahan asas,” katanya ke-pada SelangorKini.

Beliau turut berharap pe-runtukan itu dapat membantu

penduduk menikmati hasil ne- geri dalam menjalani kehidupan lebih baik.

Belanjawan Negeri 2017 akan dibentangkan Dato Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada 31 Oktober ini.

Dalam pembentangan Be-lanjawan 2016 lalu, Kerajaan Negeri giat melaksanakan dasar pembangunan Smart Selangor ke arah merealisasikan ‘Smart State’.

RM� juta bangun kampung baru

Page 7: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Utama7SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

KAPAR - Syor cadangan kajian persempadanan semula di DUN N43 Sementa menyaksikan sera-mai 22,369 pengundi dikeluar-kan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Se-menta, Dr Daroyah Alwi berkata, jumlah pengundi dikeluarkan itu dimasukkan ke DUN N42 (Meru), N45 Selat Klang dan N44 Sungai Pinang (kini DUN Bandar Baru Klang) dengan tujuh daripada lapan kawasan turut dikeluarkan daripada DUN Sementa.

Beliau berkata, ia membabit-kan Pekan Kapar, Batu 9 Kapar, Taman Klang Utama 1, Taman Kapar Indah, Batu 10 Kapar, Su-ngai Kapar Indah dan Taman Klang Utama 2.

“Kawasan ini merupakan dae-rah mengundi yang majoriti KE-ADILAN menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13. Ia juga kawasan majoriti kaum Cina dan India.

“Manakala, daerah mengundi

dikekalkan adalah kawasan yang mengalami kalah atau menang tipis iaitu kawasan majoriti Me-layu,” katanya dalam sidang me-dia di pejabatnya, di sini, pada 6 Oktober lalu.

Syor kajian itu turut menyak-sikan daerah mengundi di DUN N42 Meru yang kalah ke Semen-ta membabitkan 7,489 pengun-di iaitu Bukit Kapar Utara, Bukit Kapar Selatan dan Kapar.

Manakala, seramai 10,632 pe-ngundi daripada Kampung Su-ngai Pinang, Rantau Panjang, Kam-pung Batu Tiga dan Teluk Kapas yang majoritinya kaum Melayu di-masukkan ke DUN Sementa.

Dr Daroyah berkata, syor itu akan mengalahkan KEADILAN dan memenangkan Barisan Na-sional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kami membantah kerana perkara ini tidak adil dan amat dikesali. Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya bersikap berkecuali dan berlaku adil kepada semua calon pilihan raya.

“Selepas syor ini, kita meli-hat Sementa tidak mempunyai pekan iaitu tempat aktiviti pen-duduk setempat seperti aktiviti ekonomi, pendidikan, klinik ke-sihatan, pasar dan rumah ibadat,” katanya.

Beliau berkata, komposisi kaum Melayu meningkat 75 peratus, manakala kaum Cina menurun sebanyak 13 peratus dan kaum India menurun 16 pe-ratus selepas syor cadangan itu.

“Ini memperlihatkan sema-ngat keharmonian berbilang kaum diketepikan SPR.

“Perpecahan kaum akan lebih ketara sekiranya syor cadangan ini pihak SPR diluluskan,” kata-nya.

Katanya, cadangan tersebut tidak teratur dan bercanggah dengan prinsip ditetapkan.

“Ia lebih memihak kepada BN pada PRU akan datang dan bercanggah dengan prinsip di bawah Seksyen 2 Bahagian II, Jadual Ketiga Belas Perlem-bagaan Persekutuan,” katanya.

Persempadanan semula

��,��� pengundi dikeluarkan

KLANG - Sebanyak RM23 juta di-peruntukkan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) untuk 60 lori sampah baru bagi kawasan se-liaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menguruskan ku-tipan sisa pepejal dengan lebih sistematik.

Pengurus Besar KDEB, Ramli Mohd Tahir berkata, penyerahan lori diberikan secara berperingkat kepada 60 subkontraktor dilantik.

“Kita menyerahkan lapan lori terlebih dahulu supaya kerja me-nguruskan pungutan sisa pepejal dalam dijalankan dengan lebih cepat. Selebihnya, kita serahkan secara berperingkat dalam masa seminggu, sebelum 15 Oktober ini.

"Manakala, pada 13 Oktober ini berlangsung majlis serahan secara rasmi yang bakal dihadiri Yang Dipertua MPK, Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli majlis,” ka-tanya kepada SelangorKini, di sini, pada 8 Oktober lalu.

Lapan subkontraktor sam-pah menerima lapan lori anta-ranya syarikat Kempas Jaya, Jai-co, Keramat Permai, Merah Saga, Aiman Platinum, STK Elektrical, Hasrat Wajar dan Yaacob Saleh yang disampaikan Pengarah Ja-batan Perkhidmatan Persekitaran, Dawari Daud di depoh MPK.

Ramli berkata, tujuan utama pembelian lori baru untuk memu-dahkan pengurusan kutipan sam-pah dilengkapi sistem ‘GPS track-er’ selari dengan hasrat Kerajaan

�� lori urus sampah lebih sistematik

Negeri ke arah Smart Selangor.“Selepas KDEB ambil alih pe-

ngurusan sampah domestik dise-liaan MPK, kita janji melabur pada pembelian lori baru sebanyak 60 biji kerana lori sampah lama yang terdapat di Klang menghadapi pelbagai masalah seperti kero-sakan enjin dan kapasiti yang ti-dak berapa bagus.

“Dengan adanya lori baru ini, kos penyelenggaraan dapat di-kurangkan dan jangka masa penggunaannya lebih panjang. Selain itu, lori ini juga dinaik taraf dengan kamera undur dan sistem ‘tracker’ supaya mudah KDEB pan-tau pergerakan lori tersebut,” ka-tanya.

KDEB juga mengarahkan 25 anggotanya membuat pantauan di kawasan Klang bagi memasti-kan subkontraktor dilantik men-jalankan tugas mengikut jadual bagi mengelak dan mengenal pasti sebarang aduan dibuat rak-yat adalah benar atau palsu.

Dengan adanya lori baru ini, kos penyelenggaraan dapat dikurangkan dan jangka masa penggunaannya lebih panjang

RAMLI MOHD TAHIRPengurus Besar KDEB

SHAH ALAM - Timbalan Pe- ngurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan Per-badanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof (gambar), 58, mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama me-megang tampuk utama per-badanan terbabit.

Pelantikan sebagai Pe-

ngurus Besar itu berkuatkua-sa pada 7 Oktober lalu.

Dalam kenyataan dikeluar-kan PKNS, pelantikan Noraida adalah bagi menggantikan Azlan Md Alifiah yang tamat perkhidmatan secara pinja-man sebagai Pengurus Besar PKNS, pada 31 Julai lalu.

Noraida yang sudah ber-khidmat di PKNS hampir 32

tahun berpengalaman luas di dalam bidang pentadbiran dan pembangunan, penguru-san hartanah dan sumber ma-nusia.

Beliau memiliki Ijazah Sar-jana Muda Kepujian Ekonomi dari Universiti Malaya pada 1982.

Pada 2012, Noraida mem-peroleh Sarjana Eksekutif

Antarabangsa Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Paris Graduate School of Management.

Selain itu, beliau juga pe-megang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (Pe- ngurusan Hartanah) dari Eure-gio Management School of Stitching Euregio University College, Belgium pada 2014.

Wanita pertama dilantik Pengurus Besar PKNS

Page 8: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Nasional8 SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Tak susah jika wakil rakyat tinggalkan BN

�� kerusi bentuk kerajaan baharu JohorOLEH NAZLI IBRAHIM

MUAR - Kerajaan Johor diterajui Umno-Barisan Nasional (BN) boleh ditumbangkan sekiranya 10 wakil rakyat mereka di Dewan Negeri Johor turut mengambil keputusan meninggalkan parti masing-masing bagi membolehkan pembangkang memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan baharu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddn Yassin berkata, bagi mendapatkan 10 kerusi lagi pada masa ini bukan suatu perkara yang sukar.

“Untuk membentuk kerajaan baharu di Johor tak susah sangat. Kita perlukan tam-bahan 10 kerusi sahaja lagi. Cuba kita kira satu persatu termasuk Maharani atau ka-wasan lain, cukup tak?

“Tak susah nak cari 10, malahan boleh jadi dapat 12 atau 15. Bukan mustahil, mi- salnya kalau kerajaan di Johor yang di-pimpin Umno-BN jatuh dan kerajaan kita naik, nasib orang Melayu macam mana, ti-dak terbelakah nanti?,” katanya pada cera-mah Bicara Rakyat Bersatu di Sungai Terap,

Pagoh, di sini, pada 7 Oktober lalu.Katanya, sebelum ini BN Johor mempu-

nyai 38 kerusi dan pembangkang pula 18 kerusi daripada 56 kerusi secara keseluru-hannya.

Bagaimanapun, kerusi BN berkurangan kepada 37 dan pembangkang meningkat kepada 19 kerusi selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh me-ninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu.

Katanya, tindakan Shahruddin itu menye-babkan kawasan Dewan Negeri baru tidak boleh diwujudkan Kerajaan Johor tanpa so-kongan pembangkang.

“Di Johor hari ini dengan sebab kita lan-tik Setiausaha Agung baru (Shahruddin), satu kerusi (BN) sudah kurang. Maka, Kera-jaan Johor di bawah BN sudah tidak ada dua pertiga dalam dewan negeri. Kalau sebelum ini mereka bercita-cita nak mewujudkan ka-wasan Dewan Negeri baru, kena fikir 10 kali sebab tiada dua pertiga.

“Kalau tidak dapat sokongan daripada parti lain, tak boleh pinda. Kekal jumlah 56 kerusi di peringkat Dewan Undangan Ne-geri,” katanya.

SEPANG - Ahli misi Women’s Boat To Gaza (WBG), Dr Fauziah Mohd Hassan bertekad meneruskan misi kemanusiaan yang dibawanya.

Dr Fauziah yang juga bekas bendahari dan sukarelawan Mercy berkata, walau-pun gagal tiba ke Gaza tetapi misi me-reka berjaya.

“Saya rasa, misi ini membuka mata ra-mai manusia di seluruh dunia untuk me-mastikan isu kepungan yang dikenakan terhadap Gaza dihebahkan seluasnya,” katanya.

Katanya, pengalaman ditahan ten-tera Israel bersama 12 lagi sukarelawan dalam kapal Zaytona-Oliva hampir 22 jam ketika dalam perjalanan menghan-tar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, pada 5 Oktober lalu tidak mema-tahkan semangatnya.

Beliau berkata, mereka tidak gentar kerana sebelum ini sudah diberi taklimat dan latihan apa yang perlu dilakukan jika berdepan keadaan ditahan tentera Israel.

“Kita menjangkakan ia berlaku. Jadi apabila berlaku, kita tidak panik, semua orang tenang, bernafas dengan baik dan

bersedia dengan sebarang kemungki-nan,” katanya kepada pemberita di Ba-lai Ketibaan Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 7 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tentera Israel menahan kapal berke-naan bersama tiga kru dan 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah.

Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza untuk menghantar ban-tuan kemanusiaan dikepung sebelum ditahan dan ditunda ke Pelabuhan Ash-dod.

Selain Dr Fauziah, sukarelawan wani-ta lain di atas kapal itu ialah Madelaine Anne Habib dari Australia, Synne So-fie Reksten (Norway), Emma Charlo-ta Ringqvist (Sweden) dan Laureate Mairead MacGuire (Ireland).

Turut sama Marama Davidson (New Zealand), Jeannette Escanilla (Sweden), Mary Ann Wright (USA), Samira Douaifia (Algeria), Leign Ann Naidoo (Afrika Se-latan), Sandra Barrilaro (Sepanyol), Mina Harballou (England) dan Hoda Rakhme (Rusia).

Misi 'Women’s Boat To Gaza' berjaya

SHAH ALAM - Program Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Da-tin Seri Rosmah Mansor tidak sepatut-nya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Uta-ma, Yeo Bee Yin, turut ti-dak berpuas hati dengan penjelasan mengenai au-dit perbelanjaan penuh Permata iaitu program pendidikan awal yang di-ilham Rosmah itu.

“Kami akan menulis su-rat meminta laporan au-dit (Permata) dan pihak Permata bersetuju untuk memberinya,” katanya selepas lawatan ke pusat Permata di Kerinchi, pada 6 Oktober lalu.

Bee Yin yang ditemani Speaker Se-langor, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan Pengerusi Kelab Generasi Ilmu 1Ma-laysia, Syahrin Md Jamaluddin disam-

Permata tak patut bawah JPMbut pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Kehadirannya dipersetujui dengan syarat Bee Yin juga akan memberi penjelasan serta bukti yang menun-

jukkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP juga telus dalam projek terowong dasar laut.

Beliau berharap lapo-ran audit itu akan diter-bitkan di laman rasmi Permata untuk rujukan orang ramai.

Katanya, Permata sepatutnya diletakkan di bawah seliaan kemente-rian berkait bagi memas-tikan penyelarasan pen-

didikan lebih baik.“Memang kita ada pendirian lain

daripada segi prinsip tetapi mahu kebaikan semua kanak-kanak tan-pa mengira warna kulit. Kita bukan datang nak buat kacau tetapi mahu pentadbiran dan ketelusan Permata,” katanya.

Yeo Bee Yin

Page 9: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

9SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

YAYASANRAJA MUDASELANGOR

RAJA MUDA OF SELANGOR FOUNDATION

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

Page 10: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

10Ekonomi

SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Tingkat peluang pelaburan rentas sempadan

Pacu ekonomi mampanOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Peluang pela-buran rentas negara antara Selangor dan pihak luar giat dilaksanakan bagi memacu per-tumbuhan ekonomi mampan serta berdaya saing.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, tumpuannya ter-arah kepada gerak kerja organisasi dari dalam dan luar negara.

“Kita tertumpu kepada gerak kerja rentas sempadan terma-suk menjalankan kerjasama se-rantau bersama syarikat atas talian dan e-dagang yang akan membantu usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing di pe-ringkat global.

“Seperti tahun lalu, kerjasa-ma berhasil memberikan pula-ngan positif dan untuk tahun ini penglibatan syarikat e-dagang utama dari Asia Tenggara yang diyakini keberkesanannya,” ka-tanya pada sidang media ber-sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Hassan Azhari di Selangor Digital Crea-tive Centre, I-City, di sini, pada 6 Oktober lalu..

Ekspo Antarabangsa Selangor tumpu keusahawanan rentas negaraSHAH ALAM - Lebih 500 pengusaha tem-patan dan luar negara bakal mengam-bil bahagian dalam Ekspo Antarabangsa Selangor di The Mines, Seri Kembangan, pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, inisiatif terba-bit dilaksanakan Kerajaan Selangor ke arah mempromosikan pelaburan negeri.

Katanya, ekspo itu juga dijadikan lan-dasan untuk memperkenalkan Selangor sebagai hab pelaburan serantau terke-muka.

“Penganjuran kali kedua ekspo terbe-sar ini turut memberi peluang kepada pelabur dari luar melihat perkembangan positif prospek pelaburan negeri sebagai hab pelaburan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Hassan Azhari yang turut dihadiri Pengarah Esekutif Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC), Yong Kai Ping, di Selangor Digital Creative Centre, I-City, di sini, pada 6 Oktober lalu.

Tahun lalu, ekspo sama dianjurkan dengan memberi tumpuan kepada pros-pek makanan halal dan sains kehidupan, sementara fokus kali ini tertumpu kepada kerjasama keusahawanan rentas negara antara pengusaha tempatan dan luar.

Pada masa sama, Chang Khim berkata, penganjuran kali ini turut memberi pelu-ang kepada 100 peniaga dan usahawan e-dagang bagi mempromosi produk me-reka.

Menariknya, maklumat membabitkan peluang perniagaan atas talian daripada panel jemputan turut disampaikan ke-pada umum sepanjang karnival berlang-sung.

Antara panelis terlibat adalah wakil Za-lora, Giulio Xiloyannis; wakil Ebay, Mei Inn; wakil Lazada, Hans Peter dan wakil MOL Pay, Eng Sheng Guan.

“Komitmen ini dibuat atas dasar mem-bantu usahawan tempatan melihat sen-diri peluang memasarkan perniagaan di peringkat global,” kata Chang Khim.

Hadir sama, Pengarah Ekse-kutif Selangor Information Tech-nology & E-Commerce Council (SITEC), Yong Kai Ping.

Chang Khim berkata, jalin-an kerjasama itu diperkukuh menerusi penganjuran Ekspo

Antarabangsa Selangor di The Mines Seri Kembangan, pada 22 Oktober ini.

Dalam penganjuran itu, sera-mai 500 usahawan dan peniaga atas talian dari dalam dan luar negara bakal terlibat secara

langsung untuk mempromosi-kan produk masing-masing.

Dijangka, pengusaha dan penggiat industri dari China, Indonesia, Taiwan juga nega-ra serantau lain turut terlibat dalam penganjuran karnival

terbesar itu.“Sekali gus, ia membuka pe-

luang kepada Selangor mem-perkenalkan produk tempatan misalnya ‘Durian King’ yang menjadi daya penarik pelabur dari luar,” katanya.

Penganjuran kali kedua ekspo terbesar ini turut memberi peluang kepada pelabur dari luar melihat perkembangan positif prospek pelaburan negeri sebagai hab pelaburan serantau

TENG CHANG KHIMExco Pelaburan

Page 11: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

11SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Page 12: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

WASTE MANAGEMENT

KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD | KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

Page 13: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim DaripadaPengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh kakitangan

Page 14: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

TINJAUANORANG RAMAI

TERIMA SAMBUTAN

MENGGALAKKAN

Tingkat ekonomi dan ilmu

Wanita Selangor terus majuOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Program perlaksanaan Ke-rajaan Negeri melalui Pusat Wanita Ber-daya (PWB) dilihat membuktikan wanita kini mampu berkembang sejajar dengan perkembangan keupayaan golongan itu daripada segi pendidikan dan ekonomi.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangu-nan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelbagai program diwujudkan Ke-rajaan Negeri bagi meningkatkan pendapa-tan keluarga terutama melihat ekonomi negara yang penuh cabaran.

"Melalui PWB, kita utamakan dua teras iaitu program kemahiran seperti program masakan, jahitan dan kraf tangan untuk di-manfaatkan dalam kehidupan seharian. Kita dapat lihat semakin ramai wanita meng- ambil peluang ini dengan inisiatif masing-masing mengeluarkan produk sendiri un-tuk dijadikan sebagai sumber ekonomi.

"Teras yang kedua adalah berlandas-kan ilmu pengetahuan. Terdapat 10 modul yang didedahkan kepada peserta PWB.

"Tahun lepas kita telah laksanakan em-pat modul, manakala tahun ini juga sudah selesai empat lagi modul di 56 DUN meli-batkan hak wanita dan undang-undang, keselamatan anak-anak, ekonomi wanita serta kesihatan juga pemakanan sihat," ka-tanya kepada SelangorKini.

Dalam perkembangan lain, katanya, Kerajaan Negeri percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara, bahkan ramai golongan itu yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

"Antara kempen di bawah Skim Ke-sihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selan-gor Sihat’ dengan menyediakan Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selan-

Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus mendapat respon daripada kaum wanita seluruh Selangor apabila berjaya melaksanakan pelbagai program yang menarik dan berilmu.

Ada masanya kita menerima penyertaan hampir 100 peserta dalam satu-satu program, menun-jukkan PWB menerima sambutan. Saya yakin pendedahan berterusan perlu dilaksanakan untuk memantapkan lagi jenama PWB di Selangor

A Vijayaramy, Penyelia PWB DUN Sg Pelek

Saya telah sertai program di bawah Kerajaan Negeri seperti PWB ini hampir lima tahun dan lihat banyak aktiviti pembangunan ekonomi wanita yang dijalan-kan.Dulu tidak ada aktiviti sebegini tapi sekarang kita dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan

Salmah Shahid, Peserta PWB

Semua program yang dilaksanakan adalah sesuatu yang dimanfaatkan kaum wanita seperti program kraftangan dan masakan, selain menjadi pendapatan sampingan khusus untuk suri rumah seperti saya

Norsalwa Abdullah, Suri rumah

gor (MammoSel) bagi wanita Selangor ber-umur 35 tahun ke atas.

"Walaupun sebelum ini program Mam-moSel agak perlahan tetapi melalui ban-tuan PWB, kini ia semakin rancak apabila semua peserta mula mendapatkan peme-riksaan di beberapa hospital," katanya

Maklum balas positif

Tambahnya, maklum balas daripada peserta wanita yang menyertai program di bawah portfolio beliau juga semakin mem-berangsangkan apabila ahli semakin ber-tambah dan masing-masing sentiasa peka dengan aktiviti baru dianjurkan PWB.

Katanya, penyelia di setiap DUN diminta melaksanakan program bersesuaian de-ngan kawasan masing-masing mengikut

kehendak dan keperluan wanita di sana.Melalui portfolio wanita juga, telah

dilaksanakan Kempen #HeForShe iaitu solidariti ke arah kesaksamaan gender dengan penglibatan kaum lelaki sebagai 'stakeholders' dan langkah advokasi bagi menyuarakan dan bertindak untuk men-capai kesaksamaan gender.

"Ia merupakan isu hak asasi manu-sia yang memberi kesan kepada semua sama ada wanita dan remaja perempuan, lelaki juga remaja lelaki," katanya.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri tu-rut melaksanakan bantuan dana khidmat

'crisis intervention' kepada badan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat itu serta program kesedaran awam untuk melindungi wanita serta kanak-kanak.

"Bajet belanjawan tahun ini diper-untukkan RM50,000 untuk kami lak-sanakan. Manakala, RM30,000 telah dis-alurkan ke Womens’ Aid Organization (WAO)," katanya.

Beliau berharap, semua wanita tidak kira di bandar atau luar bandar mendapat manfaat daripada setiap program yang dianjurkan demi pembangunan diri, ke-luarga dan negeri.

Melalui PWB, kita utamakan dua teras iaitu program kemahiran seperti program masakan, jahitan dan kraf tangan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian

DR DAROYAH ALWIExco pembangunan Wanita

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ������

Page 15: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Berjaya tarik lebih ramai pelabur asing

Agenda Smart Selangor tingkat industri negeriOLEH HAFIZAN TAIB

PERKEMBANGAN dan ke-majuan pesat bidang in-dustri serta teknologi di Selangor berjaya menarik

minat pelabur dalam juga luar negara bagi menanam modal di negeri termaju itu.

Laporan Lembaga Pembangu-nan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan Selangor mencatat jumlah pelaburan RM3.06 bilion dalam tempoh enam bulan per-tama tahun ini iai-tu kedua terting-gi selepas Johor (RM5.403 bilion).

Walaupun eko-nomi global mengalami pertum-buhan tidak menentu, namun ia tidak mengurangkan tum-puan pelabur terhadap Selangor dengan catatan tertinggi bagi pelaburan tempatan sebanyak RM1.778 bilion.

Pelaburan dari luar (RM1.258 bil-ion) diraih Selangor diperoleh dari-pada beberapa negara antaranya Singapura, Thailand, Jepun, Emirate Arab Bersatu (UAE) dan Jerman.

Ke arah Smart Selangor

Dengan agenda #SmartSela-ngor digaris Kerajaan Negeri, pel-bagai program dirancang dan di-laksanakan bagi merancak serta memajukan bidang industri di Selangor.

Exco Pelaburan, Perindustri-an (IKS) & Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato' Teng Chang Kim berkata, Kerajaan Negeri me-nubuhkan Majlis Teknologi Mak-lumat dan E-Dagang Selangor

(SITEC) serta pembinaan Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) ke arah menjadikan Selangor se- bagai hab perdagangan e-da-gang antarabangsa.

"SITEC berdiri sebagai satu landasan dengan semua pihak berkepentingan dalam ekonomi digital Selangor dapat dikum-pulkan memberi panduan untuk model e-dagang di negeri ini.

"Ia berfungsi menggalak-kan usahawan industri kecil dan

sederhana (IKS) serta syarikat per-intis meneroka e-dagang sebagai satu cara untuk memperluaskan pasaran merentasi

sempadan," katanya.Sejak ditubuhkan, SITEC me-

nganjurkan lebih 30 program an-taranya Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik (Tol E-Commerce Merchant Award), Kelas Pendidi-kan E-Dagang (regular E-Com-merce Education Classes) serta StartupQuest Selangor.

Tarik pelabur asing

Selangor turut menarik minat syarikat pengeluar kereta terke-muka dunia dari Jepun, Toyota bagi penubuhan kilang pengelua-ran kedua untuk kereta penum-pang di Malaysia di mana kilang dibina bernilai kira-kira RM2 bi- lion terletak di Bukit Raja Indus-trial Estate dan dijangka siap pada awal 2019 dengan penge-luaran awal sebanyak 50,000 unit setahun.

Golongan usahawan tem-patan dan luar diberi ruang berkongsi idea dan kepakaran

menerusi Ekspo Antarabangsa Selangor yang diadakan kali ke-dua tahun ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Dengan kejayaan pada tahun lalu melalui 400 gerai dan lebih 4,000 pengunjung, penganjuran tahun ini bertema halal, sains hayat dan e-perdagangan akan menyediakan 630 gerai pameran.

Beberapa acara lain turut di-adakan dalam ekspo berkenaan seperti 'hackathon' iaitu amalan e-dagang terbaik mengguna-kan pemain e-dagang utama de-ngan pihak awam dapat menge-nalpasti pembekal utama dalam rantaian e-dagang.

Bas percuma banyak membantu

Perkembangan menarik juga berlaku di Selangor berkaitan soal pengangkutan khususnya pengangkutan awam dengan Kerajaan Negeri menitikberatkan

keperluan rakyat melalui penye-diaan perkhidmatan bas percu-ma dikenali Bas Smart Selangor.

Bermula pada Julai 2015, perkhidmatan dengan nama asal Bas Selangorku itu mengalami kemajuan dengan perkhidmatan lebih meluas menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di selu-ruh Selangor.

Perkhidmatan bermula di ka-wasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang itu kini diperluaskan di Ampang Jaya dan Kajang, sejak Januari lalu.

Bagi tujuan itu, Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri mem-peruntukkan RM10 juta tahun ini untuk perkhidmatan bas per-cuma itu terus

berkembang dengan tumpuan kepada kawasan luar bandar.

"Perkhidmatan ini membabit-kan enam PBT menjelang akhir tahun ini dengan Majlis Perban-daran Selayang (MPS) yang per-tama, pada Mei lalu.

"Manakala lima yang lain ia-lah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Se-langor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

"Sehingga akhir April lalu, se-jumlah 1.35 juta penumpang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor," katanya.

KHAS PRA BELANJAWAN SELANGOR ���� ��

Page 16: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

16Khas

SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Curah keringat nusa bangsa

DYTM Raja Muda Selangor pilih sertai RAMDOLEH ERMIZI MUHAMAD

Walaupun berdarah raja, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Shara-fuddin Idris Shah tidak men-

jadikan kedudukan baginda sebagai alasan untuk tidak berbakti kepada nusa dan bang-sa.

Baginda sanggup merendah diri me- nyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion ke-17 di Kem Terendak, Melaka, pada Julai lalu.

Lebih membanggakan, penglibatan putera tunggal daripada tiga beradik itu dalam RAMD bukan didorong atas paksaan atau tekanan daripada sesiapa.

Walaupun ayahandanya sebelum ini di-tauliahkan sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), namun pendirian Raja Muda lebih memilih meny-ertai RAMD.

"Ramai yang bertanya, mengapa memilih untuk menyertai RAMD dan tidak untuk ber-sama pasukan laut atau udara.

"Namun, kerana mahukan cabaran dan ketahanan mental serta fizikal dalam lati-han ketenteraan darat, menarik minat beta untuk menyertai RAMD," titah ba- ginda kepada SelangorKini.

Penglibatan baginda dalam ketenteraan jelas mengikut jejak langkah nendanya, Al-marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan menyertai latihan Askar Melayu di Port Dickson, selama enam bulan.

Jalani latihan pegawai kadet

Sebelum ini, Tengku Amir Shah pernah menjalani latihan penyesuaian sebagai pegawai kadet di Kolej Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Johor.

Malah, baginda juga pernah mendapat pendidikan ketenteraan selama 18 bulan di Royal Military Academy di Sandhurst, United Kingdom.

Berkongsi pengalamannya mengi-kuti latihan ketenteraan, baginda mempunyai kenangan yang tentu-nya masih segar dalam ingatan. Baginda bertitah, elemen disiplin yang diterap-kan sepanjang lati-han ketenteraan darat menggam-barkan ketahanan diri individu untuk m e n g h a r u n g i cabaran sebenar sebagai pegawai tentera.

"Tentunya pe-ngalaman m e n y e r t a i latihan di PU-LADA Johor merupakan lati-han yang paling

sukar dan mencabar. Ditambah faktor cuaca yang cukup panas waktu itu benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal untuk menjadi pegawai tentera yang cekal," titah baginda.

Tidak dilupakan, baginda turut berkong-si pengalaman apabila diberikan peluang membuat terjunan payung terjun melebihi ketinggian 5000 kaki.

"Ia sesuatu yang baru apabila sepanjang latihan, beta berpeluang membuat terjunan payung terjun untuk pertama kalinya dalam hidup. Kalau ada peluang, memang ada ke-inginan untuk membuat terjunan itu sekali lagi.

"Apa yang penting bagi beta, kita sentia-sa perlu ke hadapan dan tidak hanya duduk

diam di belakang. Bekerjalah seba-gai sebuah kumpulan," titah

baginda selepas ditemui pada Istiadat Penyerahan Watikah Tauliah Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara, di Kem Terendak Melaka, baru-baru ini.

Rakan kongsi pengalaman

Empat Pega-wai Muda Ten-

tera Darat turut ditauliahkan sebagai Lef-

tenan Muda ia-lah Mohd Nafiq Afifi Jumaan, Leftenan Muda M u h a m m a d Akmal Azmi, Leftenan Muda Mohd Haziq Mohd dan Lef-

tenan Muda Mohammad Hariz Hashim.Tengku Amir Shah bersama Mohd Nafiq

Afifi, Muhammad Akmal dan Mohamad Ha-ziq adalah Pegawai Muda Tentera Darat Tau-liah Luar Negara dari Royal Military Academy (RMA) Sandhurst, United Kingdom (UK).

Mohammad Hariz pula dari Officer Cadet School, SAFTI Military Institute, Singapura.

Bagi Leftenan Muda Nafiq Afifi Jumaan, sebagai salah seorang rakan seperjuangan Tengku Amir Shah semasa menjalani latihan ketenteraan di Kem Terendak, sifat rendah diri baginda ternyata wajar dipuji.

“Tengku Amir Shah sentiasa mahu ber- usaha sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Ini yang saya kagum dengan baginda yang tidak mengenal erti kalah.

“Pada awalnya ketika baginda melapor ke pasukan, kami diarahkan untuk berlari se-jauh 2.4 kilometer dengan pakaian lengkap medan serta membawa senjata. Alhamdulil-lah, Tengku Amir Shah dapat menghabiskan larian tersebut bersama skuad yang lain wa-laupun kepayahan dan keperihan itu terser-lah di wajah baginda,” katanya.

Pastinya, semangat dan iltizam tinggi baginda wajar menjadi contoh terbaik kepa-da golongan muda untuk terus mencurah-kan keringat dan bakti demi negara tercinta.

Kecintaan dan semangat patriotisme Tengku Amir Shah menjadikan baginda sebagai Raja Muda berjiwa rakyat dengan nekad yang utuh untuk menerajui kepimpi-nan diraja.

Page 17: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Page 18: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

18PBT

SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Jalinan ker-jasama bandar raya Petaling Jaya dan Bandung, Indonesia melalui program Sister City bertambah kukuh dengan pembukaan kiosk Little Bandung di Paradigm Mall, Kelana Jaya, pada 5 Okotber lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, kiosk Little Bandung itu akan memperkenalkan pelbagai produk dan cenderamata de-ngan ciri keistimewaan bandar ketiga terbesar di Indonesia itu.

“Produk Petaling Jaya juga akan dibawa ke Kota Bandung untuk diperkenalkan kepada warganya.

“Diharapkan lebih ramai pe-ngunjung khususnya penduduk Petaling Jaya dapat mengetahui jalinan kerjasama antara dua ban-

dar raya dengan pemilihan pusat membeli-belah ini,” katanya.

Majlis perasmian itu turut dihad-iri Walikota Bandung, Mochamad Ridwan Kamil; Duta Besar Repub-lik Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno; Menteri Ko-perasi dan Perusahaan Kecil Indonesia, Anak Agung Gede Ngurah Puspayoga dan Asisten Deputi Pengemban-gan Pasar Kementrian Pariwisata Republik Indonesia, Nia Niscaya.

Little Bandung adalah sebaha-gian hasil kerjasama PJ-Bandung menerusi memorandum perse-fahaman (MoU) yang dimeterai, pada 27 November 2015.

MoU yang ditandatangani Mohd Azizi dan Mochamad Rid-wan itu antaranya menggariskan kerjasama dalam pembangunan ekonomi, perdagangan serta pendidikan yang memberi fae-

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menitikberatkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dalam pelbagai urusan termasuk bersama orang ra-mai dan pihak berkaitan dalam kawasan pentadbirannya.

Yang DiPertuanya, Abdul Hamid Hussain berkata, keu-tamaan dalam penggunaan bahasa kebangsaan standard menjadi amalan pihaknya dan berusaha menimbulkan keseda-ran awam terhadap perkara itu.

“Sempena bulan bahasa ke-bangsaan ini, kita cuba mengutamakan penggunaan bahasa yang betul. Kita akan membuat teguran jika didapati ada pihak memasang iklan atau menggunakan ba-

hasa tidak betul juga selari dengan bahasa kebangsaan.

“Kalau perlu dikuatkuasakan, maka kita akan buat penguatkuasaan,” katanya selepas Majlis Per-himpunan Bulanan serta Pelancaran Hari Integriti dan Bulan Bahasa MPAJ di sini, pada 5 Oktober lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa tem-patan itu menjalin kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memenuhi matlamat berkenaan.

“Dalam perkara ini, DBP boleh memberi nasihat sewajarnya kepada kita dan orang ramai supaya dapat menggunakan baha-sa dengan cara yang betul,” katanya.

SHAH ALAM - Menjadi fokus gerak kerja Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam memberi penekanan berkai-tan alam sekitar dan amalan pemban-gunan terancang yang menitikberat-kan kehijauan persekitaran.

Yang DiPertuanya, Datuk Mo-hamad Yasid Bidin berkata, salah satu aktiviti dalam hal berkaitan alam sekitar adalah menanam po-kok yang memberi manfaat kepada persekitaran setempat.

Katanya, aktiviti berkenaan di-mulakan dalam kalangan kakita-ngan MPK selain menzahirkan rasa

prihatin berkaitan kepentingan penjagaan alam sekitar khususnya di kawasan Klang.

“Penglibatan semua pihak juga diperlukan terutama generasi muda dan mereka perlu didedahkan de-ngan kepentingan pokok kepada alam sekitar serta kehidupan.

“Kerjasama penduduk juga men-jadi asas kepada kejayaan program seperti ini,” katanya pada Program Tanam Pokok Di Persiaran Seraya, Persiaran Pegaga dan Lebuh Turi, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Yasid menyaran-

kan penduduk di taman perumahan mengambil inisiatif menanam pokok dan mengindahkan landskap ka-wasan kediaman mereka.

“MPK juga mengalu-alukan persatuan penduduk yang ingin menanam pokok di sekitar kawasan perumahan dan kita akan menye-diakan pokok secara percuma bagi tujuan itu,” katanya.

Penganjuran program terbabit bertujuan mempertingkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar di seluruh Klang dengan peng-libatan semua lapisan masyarakat.

Bahasa kebangsaan standard amalan pentadbiran MPAJ

Persekitaran hijau dalam pembangunan terancang

SUBANG JAYA - Pengangkutan mesra alam sentiasa menjadi antara agenda ter-penting Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kata Yang DiPertuanya, Dato Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, stesen pengecas EV dan penggunaan elektrik yang dilancarkan sebelum ini adalah bagi menggalakkan penggunaan kenderaan jenis hibrid juga elektrik.

Katanya, perkhidmatan bas percuma turut disediakan di Subang Jaya menerusi inisiatif Bas Smart Selangor.

“Subang Jaya juga menjadi lokasi pelaksanaan bas elektrik mesra alam per-tama untuk perkhidmatan Bas Rapid Tran-sit (BRT) laluan Sunway.

“Ia adalah konsep baru di Malaysia, na-mun sudah berjaya di beberapa bandar

luar negara seperti di Bogota, Colombia; Ja-karta, Indonesia dan Curitiba, Brazil,” kata-nya di Seminar Pengangkutan Hijau di Uni-versiti Taylor, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Seminar anjuran Universiti Taylor dan World Wide Fun for Nature (WWF) itu turut dihadiri Naib Canselornya, Profesor Dr Mi-chael Driscoll dan Pengarah Pemuliharaan WWF, Dr R Sundari.

Nor Hisham berkata, MPSJ sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha pemuli-haraan biodiversiti Malaysia.

“Setiap orang perlu peka tentang pe-rubahan iklim dan memainkan peranan menangani kesannya. Diharap kerjasama antara kerajaan dan swasta juga mampu menyumbang kepada pembangunan Subang Jaya sebagai bandar mampan,” katanya.

Pengangkutan mesra alam agenda penting MPSJ

Pertukaran produk tampil keistimewaan

Sister City PJ-Bandung kukuh kerjasama

dah kepada masyarakat di dua bandar raya berkenaan.

Mohd Azizi turut merakamkan penghargaan dan terima kasih ke-pada delegasi Kota Bandung yang menyertai PJ Fair sejak 2014 sela-

ras dengan penglibatkan bidang pelancongan dan kebudayaan yang dipersetujui dalam MoU.

Katanya, kedatangan delegasi dari Bandung itu turut memberi peluang kepada Majlis Banda-

raya Petaling Jaya menambah pengetahuan, berkongsi amalan terbaik serta mempelajari lebih mendalam dalam pelbagai bi-dang yang dinyatakan dalam MoU terbabit.

Page 19: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

19SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

PBT

SHAH ALAM - Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) menegas-kan struktur yang diturunkan di kawasan Surau Ar-Raudah, Setia Alam, di sini, bukan me-nara surau sebaliknya struktur telekomunikasi yang didirikan tanpa kebenaran.

Menurut bahagian Korpo-rat dan Perhubungan Awam MBSA, pihaknya sudah meru-juk pembinaan struktur tele-komunikasi tanpa kebenaran itu kepada Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS) yang me-maklumkan bahawa pembi-naan berkenaan juga tidak mendapat kebenaran daripada jabatan berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat penyelarasan menge-nai tindakan untuk menurunkan struktur telekomunikasi tanpa kebenaran itu diadakan melibat-kan wakil JAIS, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Jawatankuasa Surau Ar-Raudhah, Persatuan Penduduk Setia Indah 11 dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 21.

Katanya, MBSA sudah memin-ta pemilik struktur telekomunika-si tersebut menurunkan struktur berkenaan, namun pemiliknya gagal berbuat demikian.

KUALA LUMPUR - Warga kerja Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diminta melaksanakan tu-gas dan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam memberi-kan perkhidmatan terbaik kepa-da masyarakat.

Yang DiPertuanya, Abdul Ha-mid Hussain berkata, pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan itu perlu menjadikan-nya sebagai budaya dalam kerja selain dipraktikkan sepanjang masa selaras dengan bulan inte-griti diadakan, pada Oktober se-tiap tahun.

“Isu integriti bukan hanya berfokus kepada rasuah sahaja, malahan ia adalah satu konsep yang lebih besar.

“Amalan budaya kerja juga menuntut integriti iaitu dalam ketepatan waktu, menyampai-kan maklumat, memberi per- khidmatan terbaik serta hubu-ngan dengan ketua jabatan dan rakan sekerja,” katanya dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

serta Pelancaran Hari Integriti dan Bulan Bahasa MPAJ, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Katanya, MPAJ dan warga ker-janya juga berperanan memberi perkhidmatan kepada rakyat, ha-rus bersedia bertugas lebih masa dan bekerja di luar skop tugas masing-masing bersesuaian de-ngan harapan Kerajaan Negeri.

“Bagi memupuk dan mem-budayakan bahasa kebangsaan, MPAJ menyertai beberapa per-tandingan semolina Bulan Ba-hasa Kebangsaan di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sejak 2014 dan tahun lalu.

“Yang paling membanggakan, MPAJ mendapat pengiktira-fan tertinggi lima bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Ba-hasa Kebangsaan PBT (SPBPBK) di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Ini menunjukkan komitmen MPAJ dalam usaha memartabat-kan Bahasa Melayu sebagai ba-hasa kebangsaan,” katanya.

SHAH ALAM - Hampir 200 tandatangan berjaya dikum-pulkan daripada pengundi se-luruh DUN Subang Jaya yang membantah persempadanan semula yang dicadangkan Su-ruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam satu posting di Facebook yang tu-rut berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

“Setulus hati, saya ingin mengucapkan terima kasih ke-pada semua yang mengambil masa untuk datang (ke pejabat DUN) dan menandatangani borang bantahan,” katanya.

Terdahulu, SPR mencadang-kan lima kawasan Parlimen dan enam DUN di Selangor terbabit dalam proses persem-padanan semula.

Kawasan Parlimen akan membabitkan Bangi (Serdang),

Roboh struktur telekomunikasi haram

Bukan menara azan

efisien kepada orang ramai,” ka-tanya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan MBSA bertindak merobohkan sebuah menara azan di surau berkenaan atas alasan tidak mendapat kebena-ran daripada pihak berkuasa.

Kerja merobohkan menara setinggi kira-kira 30 meter itu dibuat menggunakan kren kira-kira jam 9 pagi, pada 4 Oktober lalu.

Sementara itu, Ahli Maj-lis MBSA, Muhammad Shakir Ameer berkata, laporan media Utusan Online berkenaan dak-waan struktur itu menara azan adalah berbaur fitnah dan mem-perlekehkan kakitangan awam yang bertungkus-lumus mem-

berikan perkhidmatan terbaik.“Saya terkejut Utusan On-

line tergamak memaparkan tajuk demikian dengan niat mempolitik dan memburukkan perkhidmatan awam yang ha-nya menjalankan tugas diama-nahkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” ka-tanya dalam kenyataan media.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya laporan itu dan menuntut Utusan Online me-narik balik laporan serta me-minta maaf kepada MBSA juga kakitangan awam serta-merta.

“Kami daripada MBSA tidak teragak-agak mengambil tinda-kan undang-undang jika Utu-san Online gagal melakukan seperti dituntut,” katanya.

Laksana tanggungjawab berintegriti

MBSA berkata, operasi yang diadakan adalah rentetan daripada kegagalan pemilik struktur telekomunikasi berke-naan menurunkan struktur itu mengikut tempoh masa ditetapkan.

“Justeru, MBSA berharap dapat memberi gambaran dan maklumat tepat serta betul ke-pada masyarakat berhubung isu penurunan struktur teleko-munikasi yang dibina tanpa ke-benaran melalui penjelasan ini.

“Ini kerana MBSA adalah pi-hak berkuasa tempatan yang sentiasa mengamalkan dan berpegang kepada konsep integriti serta telus selain se-lalu berusaha untuk memberi-kan perkhidmatan cekap juga

Pengundi Subang Jaya bantah persempadanan semula

Operasi yang diadakan adalah rentetan dari-pada kegagalan pemilik struktur telekomunikasi berkenaan menurunkan struktur itu mengikut tempoh masa ditetapkan. Justeru, MBSA berharap dapat memberi gambaran dan maklumat tepat serta betul kepada masyarakat berhubung isu penurunan struktur telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran melalui penjelasan ini

Yang paling membanggakan, MPAJ mendapat pengiktirafan tertinggi lima bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan PBT (SPBPBK) di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Ini menunjuk-kan komitmen MPAJ dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanABDUL HAMIDHUSSAINYang DiPertua MPAJ

Subang (Kelana Jaya), Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), Da-mansara (Petaling Jaya Utara) dan Sungai Buloh (Subang).

Manakala kerusi DUN membabitkan N16 Sungai Tua yang nama asalnya (Batu Caves), N21 Pandan Indah (Chempaka), N26 Sungai Ramal (Bangi), N36 Bandar Utama (Da-mansara Utama), N45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang) dan N52 Banting (Teluk Datuk).

Hannah Yeoh

Page 20: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

20Pendidikan

SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

KENYATAAN TENDER

(6430-P)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No Tender: WHB/PU/OT/PRO/14/16

PROPOSED CONSTRUCTION OF ON GROUND RESERVOIR , SUCTION TANK, PUMP HOUSE AND THE ANCILLARY WORKS FOR DEVELOPMENT ON 28.97 HA (71.4 ACRES) LAND AT PT 2141 HS(D) 2618 BANDAR PUNCAK ALAM, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

Berdaftar dengan CIDB Memegang

Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred : G4 – G5

Kategori :CE20 & CE21

Harga

Bayaran Dokumen

Tender RM400.00

kepadaPERUNDING INNOTECH (Tidak akan

Dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

10 Oktober 2016Sehingga

17 Oktober 2016

Di pejabat:PERUNDING INNOTECH

No.5a, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor.

T: 03-5511 0641F: 03-5511 0642

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg – 1.00ptg2.30ptg - 4.30ptg

Tarikh Tutup Tender:Sebelum atau pada jam

12.00tgh, 24 Oktober 2016

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

ARAS 4, NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29, SEKSYEN 7

40000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel : 03-55102525 No. Fax 03-55104448

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ber-sama Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Qomaruddin, Jawa Timur, Indonesia, menandata-ngani Memorandum Persefahaman (MoU) di dalam memperka-sakan jaringan ker-jasama akademik dan pembangunan maha-siswa di peringkat anta-rabangsa.

Majlis bersejarah itu dia-dakan di kolej terbabit, baru-baru ini dengan diketuai Rektornya, Prof Dato’ Ab Halim Tamuri, manakala Drs H Moh Maghfur mewakili STKIP Qomarud-din.

Ab Halim dalam kenyataannya ber-

kata, KUIS melahirkan rasa bangga atas kesudian STKIP Qomaruddin menjalin hubungan dan kerjasama demi kebaikan bersama.

Hasil perbincangan KUIS dan ST-KIP Qomaruddin bersetuju un-

tuk terus melebarkan dan mempelbagaikan jari-

ngan kerjasama di dalam pertukaran pen-syarah dan program mobiliti pembangunan mahasiswa.

“Ia juga termasuk penganjuran seminar

dan konvensyen, penerbit-an jurnal serta penyelidikan

yang memberi impak positif ke-pada kedua-dua pihak,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Rektor Penguru-san korporat KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid; Timbalan Rektor Pembangunan Maha-siswa dan Alumni KUIS, Dr Mokmin Basri.

KUIS-STKIP Qomaruddin jalin MoU

Perkasa kerjasama akademik

PUCHONG - Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP) terpaksa mencutikan se-bahagian daripada 320 pelajar berikutan kekurangan kelas akibat terbakar dalam satu kejadian, pada 3 Oktober lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, sekurang-kurangnya lima kelas, ru-ang makan dan surau hangus terbakar membabitkan kerugian hampir RM400,000.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pada 5 Oktober lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang meninjau keadaan sekolah yang turut diha-

diri Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

“Sama-sama kita berdoa agar Allah per-mudahkan urusan kami untuk membantu membangunkan sekolah ini,” tulis Noor Hanim di Facebooknya.

Sumbangan boleh disalur menerusi akaun Bank Islam 12065010044360 atas nama Sekolah Menengah Islam Puchong atau menerusi akaun Mybank di nombor akaun 562777211141 atas nama SMIP Al Qamar Resources.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh ber-hubung dengan Pengerusi Lembaga SMIP, Mohd Yusuff Ibrahim ditalian 0133433445 atau Mudir SMIP, Yusoff Daud (0172842254).

Exco turun padang lawat kebakaran di SMIP

Page 21: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

21SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Agama

Medan salur maklumat

Aplikasi AMAR JAIS cegah jenayah syariahOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan aplikasi AMAR JAIS bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat juga aduan kepada institusi terbabit.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berkata, aplikasi itu diwujudkan bagi mengeratkan perhubungan maya mesra pengguna secara interaktif dan informatif.

“Diseru pegawai JAIS mahupun imam, nazir juga pegawai masjid memuat turun aplikasi ini supaya mudah menghantar maklumat terus kepada penguatkuasa dan tindakan segera dapat dijalankan.

“Aplikasi ini turut memberi mak-lumat undang-undang syariah serta mengambil alih peranan ‘blasting’ se-cara berbayar kepada ‘push notifica-tion’ percuma yang tidak memerlukan kos oleh jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Bulanan JAIS di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Sya-riah Selangor (JAKESS), di sini, pada 4 Oktober lalu.

Walaubagaimanpun, Haris berkata, aplikasi itu bukan untuk semua jenis aduan seperti masalah rumah tangga tetapi lebih kepada kemasyarakatan.

“Aplikasi ini lebih fokus kepada adu-an Amar Maakruf Nahi Mungkar dan mencegah kemungkaran seperti ber-laku pencegahan daripada segi pan-dangan Islam, ajaran sesat dan khalwat.

“Perkara seperti ini jarang kita terima laporan kerana ia bergerak tersembunyi.

“Jadi, dengan kerjasama orang awam yang mendapat maklumat,

mereka boleh menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi maklumat, sekali gus kita mencegah daripada terus berleluasa,” katanya.

Laman web rasmi JAIS dan e-syur-toh Bahagian Pengurusan Penguat-kuasaan JAIS adalah pautan yang tu-rut disertakan dalam aplikasi terbabit.

Dalam majlis sama, JAIS turut me-lancarkan Ikonografi bergerak baha-gian penguatkuasaan bagi mempro-mosi dan memaparkan sejauh mana mereka menjelajah dalam melak-sanakan tugas.

WAKTU SOLAT SELANGOR14 - 21 Oktober 2016

13 - 20 Muharam 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

14 Jumaat 5.32 5:42 6.57 1:02 4:18 7:02 8:1215 Sabtu 5.32 5:42 6.57 1:02 4:18 7:02 8:1116 Ahad 5.32 5:42 6.57 102 4:18 7:01 8:1117 Isnin 5.32 5:42 6.57 1:01 4:18 7:01 8:1118 Selasa 5.31 5:41 6.56 1:01 4:18 7:01 8:1119 Rabu 5.31 5:41 6.56 1:01 4:18 7:01 8:1020 Khamis 5.31 5:41 6.56 1:01 4:18 7:00 8:1021 Jumaat 5.31 5:41 6.56 1:01 4:18 7:00 8:10

14 Jumaat 5.34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1415 Sabtu 5.34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1316 Ahad 5.34 5:44 7:00 1:04 4:20 7:03 8:1317 Isnin 5.34 5:44 7:00 1:03 4:20 7:03 8:1318 Selasa 5.33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:03 8:1319 Rabu 5.33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:03 8:1220 Khamis 5.33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:02 8:1221 Jumaat 5.33 5:43 7:00 1:03 4:20 7:02 8:12

Page 22: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

22Wanita

SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selangor menerima sumbangan RM50,000 daripada Kerajaan Negeri bagi menghargai inisiatif membela nasib anak orang kelainan upaya (OKU).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sum-bangan itu diberikan kepada 50 PDK di seluruh negeri atas usa-ha badan terbabit yang bekerja keras membantu anak OKU men-jalani kehidupan.

“PDK bekerja keras memas-

SHAH ALAM - Seramai 100 wani-ta dari DUN Sementa menerima manfaat pemeriksaan kesihatan melalui Program Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) di Pusat Pe-rubatan KPJ, Klang, pada 1 dan 9 Oktober lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Se-menta, Dr Daroyah Alwi ber-kata, program kesihatan secara percuma itu adalah anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga yang berlangsung di KPJ Bandar Baru Klang dan KPJ Bukit Raja.

“Inisiatif diperkenalkan Kera-jaan Negeri itu membolehkan golongan wanita di Selangor me-nikmati program mammogram percuma secara lebih dekat.

“Ia juga sebagai langkah pencegahan awal daripada pe-nyakit kanser payudara,” katanya dalam kenyataan.

MammoSel menawarkan skim pemeriksaan mammogram se-cara percuma kepada semua wanita di Selangor yang berumur 35 tahun ke atas dan memenuhi kelayakan ditetapkan.

Inisiatif itu diperkenalkan bagi melindungi kaum wanita yang menjadi aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara selain memastikan kesihatan mereka terjaga juga dalam keadaan optimum.

Skim itu mula dilaksanakan kepada orang ramai, pada 6 No-vember 2010.

tikan anak OKU terus diberi pendedahan dan tidak sesekali dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Sumbangan itu juga sedikit sebanyak membantu PDK dalam menyediakan keperluan un-tuk mereka,” katanya dalam ke-nyatan, pada 9 Oktober lalu.

Katanya, PDK juga berperanan memberi kesedaran kepada ibu bapa yang memiliki anak OKU su-paya tidak malu mengetengah-kan mereka dengan masyarakat sekeliling.

Terdahulu, Dr Daroyah merai-kan anggota Pusat Wanita Ber-daya (PWB) dari 16 DUN yang

selesai mengikuti Program Ber-struktur PWB selama dua hari di Hotel Carlton Shah Alam, di sini.

Katanya, program kali ini memfokuskan empat aspek uta-ma iaitu keselamatan keluarga, hak wanita dan undang-undang, penglibatan dan peluang eko-nomi juga kesihatan pemakanan.

“Wanita di Selangor bukan sa-haja dibekalkan dengan kemahi-ran, malahan ilmu pengetahuan demi melahirkan golongan wani-ta berdaya.

“Segala ilmu yang disampai-kan akan dibawa pulang untuk dikongsi kepada wanita lain di DUN masing-masing,” katanya.

Komited bela nasib anak OKU

PDK terima sumbangan RM��,���

��� wanita dapat pemeriksaan kesihatan percuma

Page 23: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

23SelangorKini 14 - 21 Oktober 2016

Sukan

SHAH ALAM - Padang Bola Sepak Arena milik Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima pengiktirafan anta-rabangsa, Fifa Quality Pro.

Pegawai Komunikasi Kor-porat Jabatan Korporat dan Penurusan Strategik MPSJ, Mu-hammad Azli Miswan berkata, padang terbabit mendapat pengiktirafan dua bintang de-ngan pensijilan FIFA selama se-tahun bermula 15 Julai lalu dan berakhir 14 Julai 2017.

“Pengiktirafan ini dilihat sebagai inisiatif MPSJ me-nyediakan kemudahan sukan berkualiti bertaraf antarabang-sa yang boleh dimanfaatkan masyarakat, golongan belia serta remaja di bawah pentad-biran MPSJ,” katanya.

Pada 30 Disember 2015, MPSJ melaksanakan kerja pemasangan rumput tiruan (artificial turf ) sebelum dibuka sepenuhnya pada 1 Jun lalu.

Arena MPSJ turut dilengkapi kemudahan padang bola sepak bersaiz FIFA, trek balapan diik-tiraf IAAF, bilik teknikal, pentas dan bilik persalinan.

Ia membabitkan perbelan-jaan kos RM1.7 juta dengan RM1 juta daripadanya diper-oleh daripada Unit Peranca-ngan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

“Sesi pengujian mendapat-kan pensijilan FIFA dilaksa-nakan di Pusat Penyelidikan Acousto-Scan Pty Ltd dan MPSJ berjaya menepati beberapa kri-teria ditetapkan,” katanya.

OLEH LIZAWATI MADFA

SEPANG - Hampir seribu pelumba basikal berlepas untuk kejohanan basikal bukit, Semenyih MTB Chal-lenge 2016 di Sungai Lalang Hot Spring, pada 9 Oktober lalu.

Perlumbaan tahun kedua ini bukan sahaja menarik pe-nyertaan dari Selangor dan negeri lain, malahan turut disertai peserta luar negara.

Antaranya, penyertaan daripada pasukan 33 Cycling Sungai Petani, Bahau Cycling Club, JB Bicycle Hash, JB MTB Gang, KK Sabah dan Singa-pore Ind.

Kategori dipertandingkan termasuk Men Junior (bawah

18 tahun), Men Open (19-34 tahun), Men Master (35-44 tahun), Men Senior Master (45 tahun ke atas), Women Open (bawah 34 tahun) dan Women Senior (35 tahun ke atas).

Dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semenyih, cabaran kali ini melibatkan jarak sejauh 40.7 kilometer sekitar kawasan Hulu Langat.

Pelbagai hadiah menarik menanti peserta Semenyih MTB Challenge 2016 terma-suk hadiah istimewa untuk cabutan bertuah.

Pada 2015, Semenyih MTB Challenge berlangsung di Semenyih Eco-Venture Re-sort & Recreation dengan ja-rak sejauh 35 kilometer.

Tarik peserta antarabangsa

Arena MPSJ terima pengiktirafan FIFA

Gam

bar i

hsan

FB

MTB

Cha

lleng

e. Ju

ruga

mba

r Joy

Sai

din

Semenyih MTB Challenge

Page 24: ANGKAT MARTABAT RAKYAT

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

�� pasukan rebut Piala Raja Muda SelangorSHAH ALAM - Pentas Kejohan-an Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor kembali menggegar untuk edisi ke-29 dan bakal me-libatkan seramai 576 pemain da-ripada 32 pasukan.

Pengerusi Kejohanan, Dato Emran Kadir berkata, 20 sekolah rendah mewakili Pejabat Pelaja-ran Daerah (PPD) Petaling Per-dana dan 12 sekolah pula me-wakili PPD Petaling Utama.

“Pemain berpotensi akan diserap ke sekolah sukan untuk mendapatkan latihan dan bim-bingan sewajarnya.

“Hanya Selangor menganjur-kan kejohanan seperti ini bagi mendapatkan pemain terbaik bagi mewakili negeri suatu hari nanti,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan Perangsang Sela-ngor Berhad (Perangsang Sela-ngor) sekali lagi muncul sebagai penaja utama kejohanan buat

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING - Sukan Orang Pekak Malaysia ke-19 (SOPMA XIX) yang berlangsung pada 30 September melabuhkan tirainya dalam suasana gilang-gemilang di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan, pada 6 Sep-tember lalu.

Wilayah Persekutuan dinobatkan juara keseluruhan SOPMA XIX selepas berjaya mengutip 12 emas, lapan perak dan lima gangsa.

Sabah yang bersaing se-ngit berada di tangga kedua

SOPMA XIX

Selangor gondol �� pingat

Altet Wilayah Persekutuan, Mohd Sharul Azmer Azman dipilih selaku Olahragawan SOPMA XIX, manakala Olahragawati SOPMA XIX dianugerahkan kepada atlet Sarawak, Sia Chew Ing.

Dalam edisi ke-19 kali ini, Sa-rawak dipilih selaku tuan rumah dengan dua negeri, Perlis dan

kali ke-4 berturut-turut.Majlis perasmian dan pe-

nyampian cek tajaan bernilai RM100,000 disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah, Perangsang Selangor, Mustaffa Kamil Ayub.

Perlawanan akan berlang-sung secara liga dan kesemua pasukan terbahagi kepada lapan kumpulan yang terlebih dahulu melalui proses undian.

Sebanyak dua pasukan ter-

baik daripada setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati (16 terbaik) sebelum ke suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir yang dijadual berlangsung, pada 22 Oktober ini.

Johan Piala Raja Muda Se-langor bakal menerima hadiah wang tunai RM4,000, trofi dan si-jil, manakala naib johan RM3,000, ketiga RM2,000 dan tempat ke-empat RM1,000 beserta pingat dan sijil.

Sementara itu, pada perlawa-nan pembuka tirai Piala Sum-bangsih, juara bertahan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 ber-pesta gol apabila membelasah pa-sukan tuan rumah, SK Seksyen 18 dengan 5-0.

Kapten pasukan, Muhammad Fareez Iqhmal Nazarudin muncul wira dengan menyumbat dua gol pada minit ke-15 dan ke-49 perla-wanan.

Sementara tiga lagi jaringan disumbang Mizan Irfan Mohd Faizal minit ke-14, Mohamad Alif Hakimi Mohd Shabuddin (m39) dan Muhammad Adib Mohamad Fairuz pada (m46) perlawanan.

Negeri Sembilan tidak mengambil bahagian.

Dengan tema ‘Memelihara Le-gasi Kita’, Selangor menghantar 59 kontinjen terdiri daripada 38 atlet dan 21 pegawai.

SOPMA adalah sukan kedua ter-tua di Malaysia selepas Sukan Ma-laysia (SUKMA) mempertanding-kan empat acara iaitu bola sepak,

tempin boling, olah-raga dan badminton.

dengan 11 emas, 11 perak dan sembilan gangsa, sementara tuan rumah, Sarawak di kedudukan ketiga dengan enam emas, tujuh perak dan tujuh gangsa.

Selangor yang turut mempamerkan aksi cemerlang berjaya mengutip empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk men-duduki tempat keempat secara keseluru-han.

Majlis penutup disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Ko-

muniti Negeri Sa-rawak, Datuk Fati-mah Abdullah.

Semenyih MTB Challenge tarik pesertaantarabangsa