penilaian kendiri jie.docx

4
PENILAIAN KENDIRI Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga saya dan rakan-rakan sekelas menyiapkan segala aktiviti dan laporan berkaitan Program Bina Insan Guru Fasa 5 & 6 ini. Pada tanggal 22 November 2014 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah pun melaksanakan Program BIG yang dibahagikan kepada 2 aktiviti iaitu Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang. Program Lawatan Penanda Aras ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Perempuan China manakala Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang pula diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Kelawai.. Banyak yang telah saya pelajari dan perolehi sepanjang proses merancang, melaksana dan membuat laporan untuk program BIG ini. Pada permulaannya saya berasa sedikit risau kerana waktu yang diperuntukkan untuk kami melaksanakan program tersebut (Jun – Mac 2015) adalah waktu yang dianggap sangat padat dengan tugas-tugas rasmi di sekolah dan kursus yang dianjurkan oleh JPN, PPD mahupun PKG. Walaubagaimanapun, saya dan rakan-rakan telah menguatkan semangat untuk meneruskan dengan perancangan demi pelaksanakan program tersebut. Saya amat bertuntung kerana dapat berkerjasama dengan beberapa rakan Program Pensiswazahan Guru yang sangat bersemangat dalam melaksanakan program yang dirancangkan. Sekaligus, turut memberi kesan terhadap diri saya. Saya mendapati bagi melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepada diri

Upload: pathur-rahman

Post on 09-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENILAIAN KENDIRIBersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga saya dan rakan-rakan sekelas menyiapkan segala aktiviti dan laporan berkaitan Program Bina Insan Guru Fasa 5 & 6 ini. Pada tanggal 22 November 2014 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah pun melaksanakan Program BIG yang dibahagikan kepada 2 aktiviti iaitu Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang. Program Lawatan Penanda Aras ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Perempuan China manakala Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang pula diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Kelawai.. Banyak yang telah saya pelajari dan perolehi sepanjang proses merancang, melaksana dan membuat laporan untuk program BIG ini. Pada permulaannya saya berasa sedikit risau kerana waktu yang diperuntukkan untuk kami melaksanakan program tersebut (Jun Mac 2015) adalah waktu yang dianggap sangat padat dengan tugas-tugas rasmi di sekolah dan kursus yang dianjurkan oleh JPN, PPD mahupun PKG. Walaubagaimanapun, saya dan rakan-rakan telah menguatkan semangat untuk meneruskan dengan perancangan demi pelaksanakan program tersebut. Saya amat bertuntung kerana dapat berkerjasama dengan beberapa rakan Program Pensiswazahan Guru yang sangat bersemangat dalam melaksanakan program yang dirancangkan. Sekaligus, turut memberi kesan terhadap diri saya. Saya mendapati bagi melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepada diri kita, haruslah mempunyai pemikiran yang positif. Pemikiran yang positif mampu merangsang semangat seseorang individu dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Pemikiran yang positif juga telah membuatkan saya melihat tugasan yang diterima ini sebagai suatu yang tidak membebankan. Semuanya kelihatan mudah apabila saya berfikiran positif. Saya dapat bersama-sama mengembling idea dan tenaga dalam merancang aktiviti Lawatan Penanda Aras dan Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang.Dalam proses melaksana program Bina Insan Guru ini juga telah banyak mengajar saya agar lebih bertolak ansur dan bekerjasama dalam menjayakan program tersebut. Dengan pembahagian tugasan yang diberikan, saya telah menjalankan tugas tersebut dengan rela hati. Ini kerana terdapat beberapa orang rakan yang terpaksa menghadiri kursus sebelum program Perkongsian Amalan Terbaik diadakan. Oleh itu, tugas guru-guru tersebut perlu diambilalih bagi memastikan program tersebut berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Saya banyak bekerjasama dengan rakan-rakan saya dalam proses penyediaan kertas kerja dan sangat bertuah kerana dapat berganding bahu dengan para guru yang sangat berdedikasi.Saya juga mendapati program Bina Insan Guru ini, banyak melatih saya dalam membina keyakinan diri. Asalnya saya seorang yang sangat tidak yakin pada diri sendiri apabila perlu berhadapan dengan orang ramai. Perasaan gementar seringkali membuatkan saya mengelak apabila diminta berhadapan dengan orang ramai. Saya telah dapat membuang perasaan malu walaupun masih lagi ada gementar apabila berada di khalayak ramai. Keyakinan terhadap diri sendiri telah dapat dipupuk sedikit demi sedikit. Latihan sebegini sangat saya perlukan untuk membentuk keperibadian guru yang mantap.Selain itu, saya juga mendapati bahawa program sebegini sangat diperlukan oleh setiap orang guru dalam memberikan pengalaman menguruskan sesuatu program. Masih banyak lagi kekurangan yang boleh diperbaiki dalam mentadbir dan menguruskan sesuatu program di sekolah. Saya telah banyak mempelajari cara-cara merancang dan melaksanakan program di sekolah seperti membuat kertas kerja untuk program yang dirancangkan serta pelaksanaan yang teratur dan kemas dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Peluang melawat ke SK Jawi juga banyak memberi idea serta pengetahuan berguna kepada saya dan rakan-rakan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang baik. Sesungguhnya untuk menghasilkan sebuah sekolah yang cemerlang, memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua pihak iaitu pentadbir, guru-guru, pekerja am, ibubapa dan murid sendiri.Saya juga amat berterima kasih kepada pihak IPG kerana memberi peluang untuk saya menjalani Program BIG fasa 5 & 6 ini kerana program ini banyak memberi peluang untuk saya menjana idea-idea yang kreatif dan sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Idea-idea yang kreatif ini juga telah dijanakan dalam menghasilkan video untuk laporan BIG ini. Dengan adanya idea-idea yang kreatif ini juga, segala permasalahan yang timbul sepanjang masa program ini diadakan dapat diatasi dengan mudah. Penyatuan idea dari setiap guru mampu menghasilkan suatu program yang menarik dan memberi faedah serta kelebihan untuk setiap guru yang hadir. Ini dapat dilihat daripada Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang, dimana saya dan rakan-rakan mendapat pelbagai input yang berguna daripada En Khairul Anuar (Guru Cemerlang) untuk kami gunakan sepanjang bergelar seorang guru. Saya sangat berharap agar segala pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang program Bina Insan Guru ini dapat menjadikan saya seorang guru yang lebih mahir, proaktif, dan berkeyakinan diri yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.