pengurusan pembinaan bilik_darjah

46
Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Pengenalan Pengurusan kelas yang mesra Budaya penting supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid.

Upload: kheru-khek

Post on 17-Jan-2015

866 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Pengenalan Pengurusan kelas yang mesra Budaya penting supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid.

Page 2: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pengurusan Persekitaran Fizikal

• Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja.

• Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

• Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.

Page 3: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

• Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.

Page 4: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

• Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.

Page 5: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

• Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Page 6: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah.

• Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama.

Page 7: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel.

• Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar.

• Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses P&P.

Page 8: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

• Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

• Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.

• Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll.• Peneguhan Positif penting untuk menambah

kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Page 9: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti.

• Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah.

• Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

Page 10: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu.

• Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid.

• Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P.

• Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Page 11: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (Self-Esteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak.

• Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.

Page 12: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Perhubungan Antara Kelompok Etnik

• Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.

• Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama.

• Perlembagaan Persekutuan perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia.

Page 13: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• ‘Etnik’ adalah perkataan Yunani, iaitu ‘ethnos’ yang bermakna orang.

• Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan menerusi perbezaan ciri Budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

• Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan Etnik di semua pusat pengajian tinggi.

Page 14: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Kontrak Sosial ialah persetujuan yang dicapai antara pemimpin kumpulan Etnik Malaysia ketika Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan ketika merangka dan merumuskan Perlembagaan Persekutuan tahun 1957.

• Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi ini sebahagian daripada Kontrak Sosial.

Page 15: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Modul Hubungan Etnik menyatakan 6 perkara utama:

i. Perkara 8: Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu.

ii. Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan Islam.

Page 16: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• iii.Perkara 38: Kuasa Raja-Raja Melayu menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.

• iv. Perkara 150 (6a): Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewargenegaraan meskipun dalam darurat.

Page 17: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• v. Perkara 152: Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

• vi.Perkara 153: Kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan etnik lain.

• Semua murid perlu memahami kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan.

Page 18: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain.

• Sifat Akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan,

adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni.

Page 19: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala bentuk.

• Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan ‘top-down’ atau ‘bottom-up’ membabitkan kerajaan, orang ramai, sektor swasta, dll.

• Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian Budaya masyarakat di Malaysia.

Page 20: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Orientasi Sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah.

• Setiap program serta aktiviti yang dilakukan haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak.

• Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Page 21: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

• Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan supaya objektf pelajaran tercapai.

• Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.

• Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan atau maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.

Page 22: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Prinsip utama pembelajaran adalah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan.

• Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, model, teknik dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan kaunseling dalam proses P&P.

Page 23: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada pembelajaran berpusatkan murid.

• Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktif, Interaktif dan Konstruktif.

• Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih berkesan berasaskan penggunaan ‘Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif’.

• Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari pelbagai kebolehan, latar belakang Budaya, campuran jantina dan pelbagai Etnik bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.

Page 24: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Pelaksanaan aktiviti dapat dikawal mengikut masa yang ditetapkan.

• Guru juga boleh memberi murid ruang untuk merehatkan minda (‘Brain Breaks’) untuk mengelakkan murid berasa bosan.

• Pengurusan pembelajaran yang terancang akan menjadikan murid lebih berani, yakin dan berwibawa.

Page 25: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Jabatan Pendidikan Islam dan Moral adalah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan dan menyelaraskan instrumen yang dikehendaki oleh Pengurusan Sekolah dan Jemaah Nazir.

• Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil pembelajaran, perkembangan P&P, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.

Page 26: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Pembinaan Modal Insan yang berkualiti menjadi agenda negara sewajarnya dipupuk dalam proses P&P.

• Apabila seluruh potensi insan dimajukan secara integrasi dan bersepadu, ia bakal melahirkan insan berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Page 27: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pedagogi Releven Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

• Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.

• Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.

• Menurut pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai Proses Sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat.

• Modal Budaya merujuk kepada seseorang individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan Bahasa dan Budaya dari keluarga dan masyarakat.

Page 28: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekoahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang Kebudayaan ibu bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa.

• Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan.

• Latihan penggunaan bahasa mampu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan murid bukan Melayu.

Page 29: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• i. Kaedah Direktif- Murid belajar melalui penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan latihan.

• ii. Kaedah Mediatif- Guru menggunakan bahan media dalam pembelajaran.

• iii. Kaedah Generatif- Guru boleh menjana idea murid.

• iv. Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan bahan P&P kepada situasi dunia sebenar.

Page 30: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• v. Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang kepada murid-murid memikirkan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri tentang tugasan yang diberi.

• vi. Kaedah Kajian Luar/ Konteks Luar- Aktiviti P&Pnyang dilakukan oleh guru di luar bilik darjah.

• vii. Kajian Masa Depan- Murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan.

Page 31: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• viii. Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid dari pelbagai Budaya supaya mereka dapat belajar secara berkumpulan dalam keadaad harmonis.

• ix. Kaedah Kolaboratif- Kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Murid berusaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Page 32: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Pedagogi Kelas Bercantum

• Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.

• Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil, Kelas Bercantum masih wujud untuk menyediakan peluang pendidikan ke seluruh negara.

• Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid tidak melebihi 145 orang.

• Bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang.

Page 33: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum.

• Guru menjalankan P&P secara berkumpulan.• Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam

kumpulan yang dibina.• Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.• Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan dalam

kumpulan kecil digalakkan.• Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat

aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid.

Page 34: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

Sosiolinguistik

• Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.

• Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik.

• Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

Page 35: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.

• Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll.

• Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.

Page 36: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.

• Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum (Soekanto, 1982).

• Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa.

Page 37: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan.

• Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial (Loveday, 1982).

Page 38: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968).

. Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian. . Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor

sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan, perancangan bahasa, dll.

Page 39: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya.

• Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.

• Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai ‘Etngrafi’ pertuturan (The Ethnography of Speaking).

Page 40: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:-

• i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat lama.

Page 41: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas Atasan masyarakat Inggeris.

• iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974), menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

Page 42: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian Sosiolinguistik. Lembaga seperti ‘Academie Francaise’ secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis.

• Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai satu eksploitasi bahasa.

Page 43: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand.

• Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.• Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke

dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika.• Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa

Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.

Page 44: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik.

• Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di pelbagai negara.

• Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan asing.

Page 45: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• Konferens pertama Sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964.

• Salah satu hasil daripada konferens dirumuskan oleh Dittmar (1976).

i. Identiti Sosial Penutur ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa

perbicaraan berlaku.

Page 46: Pengurusan pembinaan bilik_darjah

• iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.• v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.• vi. Tingkatan ragam linguistik.• vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan

sosiolinguistik. . Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris digunakan dengan meluasnya. . Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-dua

bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi dan tidak rasmi.