pengurusan pembinaan

Upload: ustaziyatul-alam

Post on 02-Jun-2018

372 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    1/82

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan

    Industri pembinaan merupakan suatu industri yang amat penting dalam

    menggerakkan pembangunan sesebuah negara dan seterusnya akan meningkatkan atau

    menjana perkembangan ekonomi negara tersebut. Malaysia merupakan salah sebuah

    negara membangun yang semakin meningkat ke arah menjadi sebuah negara maju.

    Selaras dengan peningkatan dan kemajuan yang dicapai untuk ke arah negara maju,

    industri pembinaan memainkan peranan penting dalam proses pembangunan terutamanya

    dalam sektor perumahan, infrastruktur dan sebagainya.

    Sebagai negara membangun, Malaysia telah melangkah ke arah yang lebih

    berprestij terutama dari segi pembangunan fizikal. Terdirinya Menara Kuala Lumpur,

    Menara Berkembar Petronas, Jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, SMART Tunnel, Sistem

    Monorail dan Transit Aliran Ringan, dan Empangan Bakun yang masih di dalam

    pembinaan, terbukti Malaysia adalah di antara pembina-pembina yang berkebolehan

    mencipta sesuatu struktur yang setaraf dengan pembina-pembina ternama di dunia.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    2/82

    2

    Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai jenis bentuk struktur binaan yang dapat

    dilihat di mata dunia, dengan adanya struktur-struktur bangunan yang sedemikian kita

    tidak seharusnya melupakan aspek-aspek lain yang turut berperanan penting dalam

    menjayakan pembinaan bangunan yang serba indah dan megah tersebut. Aspek-aspek

    yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan yang berkesan, penggunaan bahan binaan

    yang berkualiti seperti yang telah ditetapkan, memastikan pembinaan berjalan seperti

    yang telah dirancangkan dan sebagainya. Untuk memastikan aspek-aspek ini tercapai,

    maka pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting. Pihak-pihak yang

    dimaksudkan adalah Klien, Arkitek, Jurutera Perunding, Kontraktor dan pihak-pihak

    lain. Semua pihak tersebut harus bekerjasama untuk menjayakan projek yang dijalankan.

    Masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sektor pembinaan di Malaysia

    adalah pengurusan sesebuah syarikat pembinaan yang lemah dan mementingkan

    keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kualiti pembinaan di mana akhirnya

    akan menyebabkan niat pemilik rumah atau bangunan tersebut tidak tercapai seperti yang

    dirancangkan.

    Kualiti merupakan aspek atau faktor yang amat penting dalam semua bidang

    termasuk pengurusan, pengeluaran, pembinaan dan sebagainya. Bagi menentukan

    pencapaian kualiti yang ditetapkan berjaya maka suatu pengurusan dan pemantauan

    terhadap kualiti dalam sesuatu sektor perlu dilakukan dengan teliti dan terkawal. Ini

    termasuklah kualiti, kos, jadual kerja, keperluan misi dan kesesuaiannya.

    1.2 Penyataan Masalah

    Kualiti merupakan aspek yang penting dalam industri pembinaan umpamanya

    kualiti pengurusan, kualiti hasil binaan, bahan dan sebagainya. Walaupun demikian,

    perkara ini sering diabaikan oleh sesetengah syarikat yang masih kurang prihatin

    terhadap kualiti.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    3/82

    3

    Sesebuah syarikat atau organisasi yang mempunyai sistem pengurusan kualiti

    yang baik akan dapat menaikkan imejnya dipasaran. Untuk mendapatkan pengiktirafan

    imej yang baik perubahan perlu dilakukan dari pelbagai aspek terutamanya dalam

    pengurusan kualiti.

    Pengurusan kualiti yang efisien bukan suatu perkara yang mudah, pelbagai

    langkah dan perubahan perlu dilakukan untuk memenuhi kategori yang telah ditetapkan

    oleh badan pernilaian khas. Pengurusan kualiti yang baik dalam sesebuah syarikat atau

    organisasi adalah sukar dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan

    hasil serta ia perlu di kekalkan secara berterusan untuk memastikan pengiktirafan tersebut

    dikekalkan. Malangnya, terdapat organisasi yang telah memperolehi pengiktirafan

    tersebut lupa terhadap matlamat awalnya.

    Pada kebiasaannya, kebanyakkan organisasi menggunakan ISO sebagai alat

    pengurusan kualiti. Apakah pula TQM dan bagaimanakah prosedur perlaksanaannya?

    Apakah kesannya terhadap prestasi organisasi pembinaan? Apa yang hendak di

    perkatakan di sini ialah sesuatu yang baru ditonjolkan kepada dunia pembinaan iaitu

    Pelan Kualiti Projek (PKP)

    Pada waktu ini PKP ini belum diketahui secara mendalam ataupun umum oleh

    pihak atau individu yang terlibat dengan sektor pembinaan. Daripada hasil soal selidik

    yang dilakukan terhadap beberapa individu yang bekerja disektor swasta dan kerjaan

    sebahagian daripada mereka tidak pernah tahu dan sebahagiannya adalah kali pertama

    mendengar PKP. Apa yang mereka faham tentang kualiti adalah yang berkaitan dengan

    ISO ataupun Total Quality Management (TQM). Ini adalah sebahagian daripada masalah

    yang akan di perbincangkan didalam projek ini selain pemahaman tentang PKP itu

    sendiri.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    4/82

    4

    1.3 Pelan Kualiti Projek (PKP)

    Perancangan kualiti projek ialah suatu manual yang disediakan untuk menambah

    kepada dokumaen sistem kualiti yang sediada. Perancangan kualiti projek adalah amat

    penting dalam industri pembinaan kerana setiap projek mempunyai kelainan antara satu

    sama lain, samada dari segi rekabentuk, kehendak pelanggan dan cara pembinaan.

    Perancangan kualiti ini haruslah disediakan berdasarkan kepada dokumen kontrak,

    lukisan pembinaan, spesifikasi, manual kualiti, prosedur kerja dan arahan kerja.

    Dokumen pelan kualiti projek (PKP) mestilah mengandungi:(Khairil Azizi

    Mohamad,2002)

    1. Nama dan Alamat pemilik, wakil pemilik dan perunding.

    2. Skop kerja yang dilakukan

    3. Lukisan Pelan susunatur tapak

    4. Carta perancangan utama tapak.

    5. Organisasi projek

    6. Bidang kerja penyeliapenyelia tapak

    7. Senarai sub-kontraktor dan pembekal beserta nombor telefon

    8. Objektif kualiti

    9. Perancangan pemeriksaan dan ujian untuk aktiviti yang berkaitan

    10. Arahan kerja yang berkaitan

    11. Borang permintaan pemeriksaan

    12. Maklumt kontrak

    13. Senarai peralatan yang digunakan ditapak

    14. Tatacara kerja yang diluluskan

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    5/82

    5

    1.4 Penyediaan Dan Perlaksanaan Pelan Kualiti Projek

    A.Tanggungjawab Pengurusan

    Tanggungjawab pengurusan bagi sesuatu kerja atau projek ialah menentukan dan

    memastikan objektif suatu projek itu tercapai. Disamping itu ianya juga pada waktu yang

    sama membangun dan memastikkan perlaksanaan projek tersebut mengikut kualiti yang

    telah ditetapkan.

    B. Perancangan Kualiti

    1. Penyediaan Pelan Kualiti Projek(PKP)

    2. Skop Kerja

    3. Keperluan ISO 9001:2000

    4. Polisi

    5. Prosedur aktiviti yang perlu dikawal

    6. Arahan Kerja

    7. Rekod

    C. Pengurusan sumber

    1. Personel pembinaan

    2. Subkontraktor dan pembekal

    3. Mesin dan jentera

    4. Bahan binaan

    5. Keperluan Latihan

    6. Keperluan infrastruktur dan kemudahan

    D. Pengawalan Proses Pembinaan

    1. Pemeriksaan dan pengujian spesifikasi

    2. Penilaian tapak dan kos masa

    3. Mesyuarat tapak

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    6/82

    6

    E.Penambahbaikan

    1. Pengauditan sistem, prosedur, arahan kerja dan rekod

    2. Analisis data dan penyediaan lapuran

    Pelan kualiti projek (PKP) ini disediakan oleh Pengurus Projek dengan dibantu oleh

    Pengurus Kualiti dan ianya hendaklah mengikut dengan sistem Pengurusan Kualiti ISO.

    1.5 Matlamat dan Objektif

    Kajian bermatlamat untuk mengkaji penggunaan PKP dalam meningkatkan kualiti

    sesuatu projek. Bagi mencapai matlamat ini beberapa objektif dikenalpasti:

    Mengenalpasti elemenelemen penting dalam penggunaan PKP bagi

    sesuatu projek pembinaan.

    Mengenalpasti masalahmasalah berkaitan perlaksanaan PKP

    Mengenalpasti kebaikan pengunaan PKP dalam projek pembinaan.

    1.6 Skop Kajian

    Kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini adalah berasaskan kepada tiga perkara

    berikut:

    i. Skop kajian adalah berkaitan dengan perancangan kualiti projek secara

    menyeluruh yang diamalkan oleh sesebuah organisasi yang

    menyumbangkan ke arah kejayaan organisasi tersebut.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    7/82

    7

    ii. Kajian soal selidik dibuat pada dua organisasi terpilih sahaja.

    iii. Kajian soal selidik menumpu kepada sektor kerajaan dan swasta.

    Untuk kajian ini, kebekesanan pelan kualiti projek secara menyeluruh dalam

    sesebuah syarikat serta kejayaan penggunaannya akan diteliti dan dikaji.

    1.7 Kepentingan Kajian

    Hasil kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini dipercayai akan memberi menfaat

    kepada pihak yang terlibat didalam industri pembinaan negara, terutamanya dalam aspek

    pengurusan kualiti. Pengamalan sistem perancangan kualiti projek yang berterusan akan

    meningkatkan prestasi sesebuah syarikat atau organisasi dalam semua aspek. Oleh yang

    demikian, pemahaman terdapat sistem Pelan Kualiti Projek (PKP) secara menyeluruh

    adalah penting kearah mencapai matlamat organisasi tersebut.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    8/82

    BAB II

    PENGENALAN KUALITI

    2.1 Pengenalan

    Kualiti adalah elemen yang penting dalam kehidupan kita untuk memastikan

    memenuhi permintaan para pengguna dalam semua aspek termasuklah dari segi barangan

    yang dihasilkan, pengurusan, perkhidmatan dan sebagainya.

    Bab ini akan memberikan pengenalan awal terhadap definasi kualiti, terminologi

    kualiti dan sebagainya. Melalui definasi yang dinyatakan, diharap dapat memberikan

    permahaman lebih mendalam terhadap perkataan kualiti yang sebenar.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    9/82

    9

    2.2 Definasi Kualiti

    Sebelum kita mendalami atau memahami apakah yang dimaksudkan dengan

    Pelan Kualiti Projek (PKP) secara menyeluruh, adalah lebih baik jika kita memahami

    apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kualiti.

    Walaupun secara umumnya masih belum terdapat definasi kualiti yang dapat

    diterima secara universal. Akan tetapi, berdasarkan persamaan elemen-elemen dalam

    definasi kualiti, kita dapati:

    Quality is a dynamic state associated with products, services, people, processes

    and environment that meets or exceed expectations.(The Draft International

    Standarad ISO / Dis/ 8402)

    Terminologi-terminologi bagi kualiti selain daripada Pelan Kualiti Projek adalah

    termasuk sebagaimana dibawah : (Lim Kean Kean, 2004)

    2.2.1 Polisi Kualiti (Quality Policy)

    Secara keseluruhannya, tujuan dan matlamat kualiti yang diamalkan oleh sesebuah

    organisasi adalah berdasarkan kepada kehendak atau penetapan pihak pengurusan atasan

    sesebuah organisasi tersebut terhadap bentuk kualiti yang dikehendaki diamalkan oleh

    organisasi tersebut.

    Beberapa objektif yang dapat disimpulkan didalam Polisi Kualiti ialah :

    i. Memenuhi kehendak pelanggan ataupun pembeli dan berusaha untuk mencapai

    harapan mereka.

    ii. Mempertingkatkan dan memperbaiki kualiti tentang perkhidmatan,projek dan

    kecekapan memproses sesuatu perkara.

    iii. Memberi cabaran dan didikan bagi kakitangan sesuatu organisasi atau syarikat

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    10/82

    10

    tentang pertumbuhan kemajuan organisasi atau syarikat.

    iv. Dapat menguruskan projek dengan berkesan dalam aspek kualiti, masa dan kos

    2.2.2 Pengurusan Kualiti (Quality Management)

    Menetap dan melaksanakan polisi berdasarkan kepada semua aspek dalam fungsi

    pengurusan. Ini memerlukan sokongan dan penglibatan golongan pihak pengurusan

    atasan sesebuah organisasi.

    Pembentukan organisasi iaitu satu carta organisasi yang menunjukkan aliran

    komunikasi, fungsi dan tanggungjawab setiap bahagian hendaklah dinyatkan dengan

    jelas. Ini adalah untuk memastikan segala kerjakerja diuruskan, dilaksanakan dan

    disemak supaya ianya mematuhi keperluan sisitem kualiti mengikut piawaian yang telah

    ditetapakan. Manual kuasa melulus dan had kuasa juga perlu digubal supaya ianya

    menerangkan hadhad kuasa yang ada pada seseorang individu. Diantara contoh individu

    yang mempunyai kuasa ialah seperti General Manager, Pengurus Projek, Jurutera,

    Jurukur Bahan dan lainlain lagi.

    2.2.3 Sistem Kualiti (Quality System)

    Untuk perlaksanaan pengurusan kualiti, adalah penting untuk mewujudkan suatu

    struktur organisasi, tanggungjawab semua pihak, prosedur-prosedur, proses dan juga

    bantuan. Tujuannya adalah untuk memastikan pencapaian, pelaksanaan dan peningkatan

    kualiti secara ekonomikal. Sistem kualiti merupakan suatu sistem untuk meningkatkan

    tahap kualiti dalam sesebuah organisasi. Ianya adalah rangkaian prosesproses yang

    membolehkan input seperti maklumat, bahanbahan dan lainlain melalui proses bagi

    menghasilkan produk atau perkhidmatan. Disamping itu, organisasi perlu mewujudkan

    srtuktur bagi menguruskan prosesproses ini, prosedurprosedur serta sumber yang

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    11/82

    11

    diperlukan untuk melaksanakan programprogram kualiti. Rangkaian prosesproses,

    struktur, prosedur dan sumber ini apabila disepadukan akan membentuk sisitem kualiti

    dalam organisasi.

    Selain tujuan diatas, sistem kualiti adalah untuk memastikan produk dan

    perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi adalah memenuhi kehendak pelanggan dan

    konsisiten kualitinya. Sistem kualiti memastikan matlamat ini dicapai melalui

    perlaksanaan elemenelemen seperti MS ISO 9000 yang membentuk sistem kualiti.

    Elemen ini menghendaki organisasi mengenalpasti kehendak pelanggan mereka serta

    merancang dan mengawal proses yang menghasilkan produk atau perkhidmatan yang

    dapat memenuhi kehendak berkenaan. Elemen ini juga memerlukan organisasi

    menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi personel yang bertanggungjawab

    melaksanakan prosesproses tersebut. Disamping itu, setiap aktiviti atau tindakan dalam

    sistem kualiti akan didokumenkan sebagai dasar atau prosedur. Semua tindakan yang

    dilakukan adalah mematuhi dasar dan prosedur yang telah didokumenkan ini.

    Bagi mewujudkan sistem kualiti, organisasi hendaklah menetapkan dan

    menyediakan prosesproses yang perlu didalam sistem kualiti bagi menghasilkan produk

    atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Organisasi juga perlu

    menyediakan struktur dan sumber yang sesuai bagi menguruskan prosesproses tersebut

    dengan cekap. Bagi menetapakan dan menyediakan prosesproses tersebut, langkah

    langkah berikut perlu diikuti:

    i. Mengenalpasti proses utama dalam organisasi

    ii. Menyediakan proses/carta aliran kerja.

    iii. Memilih model MS ISO 9000 yang paling sesuai dengan proses utama

    iv. Penggunaan elemen dalam proses utama

    v. Menyediakan Prosedur.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    12/82

    12

    2.2.4 Kawalan RekodRekod Kualiti (Control Of Quality Record)

    Rekod kualiti merujuk kepada data atau maklumat yang direkodkan akibat

    daripada aktiviti atau proses yang dilaksanakan didalam sistem kualiti. Sebagai contoh,

    apabila latihan diadakan untuk menambahbaikan kecekapan pekerja, rekod mengenai

    latihan ini adalah dianggap rekod kualiti. Kawalan bermaksud perlu adanya prosedur

    prosedur yang didokumenkan untuk mengurus dan menyenggara rekod supaya mudah

    dirujuk semula dan untuk mengelakkan kemungkinan kehilangan rekod.

    Tujuan elemen ini adalah untuk menyimpan rekodrekod kualiti sebagai

    bukti sistem kualiti telah berfungsi. Pengurusan rekod sebagai bukti sistem kualiti telah

    berfungsi. Pengurusan rekod kualiti dapat menunjukkan keperluan yang spesifik telah

    memenuhi serta untuk mengesahkan keberkesanan sistem kualiti.

    MS ISO 9000 mengadakan keperluan yang ketat mengenai pengurusan rekod. Ini

    adalah kerana MS ISO 9000 ialah sistem kualiti yang berasaskan bukti dan pengesahan.

    Rekod yang disenggarakan dengan baik adalah buktibukti yang objektif bahawa sistem

    kualiti yang didokumenkan telah diamalkan.

    Rekod kualiti hendaklah terang dan jelas, disimpan di tempat yang sesuai supaya

    mudah dirujuk semula dan dapat mengelakkanya daripada rosak dan hilang. Tempuh

    masa simpanan hendaklah ditentukan dan direkodkan.

    Organisasi hendaklah menentukan jenis rekodrekod kualiti yang perlu

    diselenggarakan selaras dengan fungsi yang dijalankan. Aspek lain yang perlu diberi

    pertimbangan ialah jangkamasa simpanan bagi sesuatu rekod yang disimpan, tempat

    simpanan dan kaedah untuk melupuskannya. Organisasi perlu juga mengenalpasti dan

    mendokumenkan pihak yang bertanggungjawab keatas pengurusan rekod kualiti.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    13/82

    13

    Garis panduan MS ISO 9004 (Clause 5.3.4) menjelaskan bahawa rekod rekod

    kualiti mengenai rekabentuk, pemeriksaan, pengujian, tinjauan, audit, semakan atau lain

    lain lapuran berkenaan adalah penting dalam sistem pengurusan kualiti. Contoh rekod

    kualiti yang diberikan ialah :

    Lapuran Pemeriksaan

    Data Pengujian

    Lapuran kelayakan

    Lapuran Pengesahan

    Lapuran Audit

    Lapuran Kos Kualiti

    Mengikut garis panduan MS ISO 9004-2 (Clause 5.4.3 Rekod kualiti hendaklah

    memberi maklumat mengenai:

    Pencapaian objektif kualiti

    Tahap kepuasan/ketidakpuasan mengenai perkhidamatan

    Pencapaiann system kualiti untuk semakan dan penambahbaikan

    perkhidmatan

    Penganalisaan bagi mengenalpasti arah aliran kualiti

    Tindakan pembetulan dan keberkesanannya

    Prestasi pembekal

    Kepakaran dan latihan personel

    Perbandingan Persaingan.

    2.2.5 Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

    Untuk mewujudkan keyakinan terhadap produk atau perkhidmatan supaya akan

    mencapai penetapan atau keperluan dalam aspek kualiti, maka semua perancangan dan

    tindakan yang bersistematik diperlukan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    14/82

    14

    Secara keseluruhannya, konsep yang dibincangkan di atas akan mengarahkan

    sesebuah organisasi ke arah pencapaian Sistem Pengurusan Kualiti. Sub-topik yang

    berikut akan membincangkan sistem pengurusan kualiti.

    2.3 Komitmen Terhadap Kualiti Berbanding Dengan Pengurusan Secara

    Tradisional

    Sistem pengurusan kualiti formal semakin diiktiraf dan dipraktikkan dalam semua

    bidang. Perlaksanaan sistem pengurusan kualiti memang mengelirukan dan perlu

    dihadapi oleh ketua eksekutif dan pengarah terutamanya terhadap teori-teori

    perlaksanaannya. Mereka harus saling berbincang sesama untuk memahami dan

    merancangkan tindakan yang harus diambil untuk melaksanakannya dan memberikan

    komitmen kepada perlaksanaan sistem kualiti. Kebijaksanaan adalah mustahak untuk

    menghasilkan polisi yang berdasarkan kualiti seperti berikut:

    i. Komitmen terhadap peningkatan yang mantap dalam jangkamasa panjang.

    ii. Mengamalkan falsafah Zero Defects untuk mengubah budaya kerja

    berdasarkan kepada prinsip Betul Kali Pertama (Right First Time).

    iii. Melatih semua pekerja untuk memahami perkaitan atau konsep antara

    pelanggan-pembekal.

    iv. Pemikiran terhadap sesuatu perkara tidak boleh hanya berdasarkan sesuatu

    fakta, tetapi harus berdasarkan keseluruhan fakta yang berkaitan.

    v. Memastikan bahawa perkembangan sistem adalah terurus.

    vi. Mengamalkan kaedah baru dalam menyelia dan melatih pekerja serta

    menghapuskan perasaan takut dalam mencuba sesuatu.

    vii. Menghapuskan halangan dan jurang antara pekerja dengan pihak pengurusan

    melalui kekerapan berkomunikasi dan kerjasama.

    viii. Menghapuskan pemahaman atau pengamalan yang berkonsep mencapai

    sesuatu kerjayaan tanpa perancangan dan kaedah.

    ix. Secara konsisten mengajar dan melatih pekerja untuk mewujudkan pakar.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    15/82

    15

    x. Mewujudkan suatu kaedah yang bersistematik bagi menguruskan

    perlaksanaan TQM.

    Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak organisasi yang masih

    mengamalkan kaedah tradisional dimana ia menyebabkan mereka ini tidak dapat bersaing

    dan mencari peluang lain. Kebiasaannya mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    i. Prinsip seseorang yang mempercayai kaedah traditional akan dapat

    menjaminkan kualiti.

    ii. Tidak menggalakkan perubahan dalam pengurusannya.

    iii. Pengurusannya hanya aktif untuk jangkamasa pendek berdasarkan kepada

    permintaan pelanggan dan mempunyai pendapatan jangkamasa pendek.

    iv. Lebih mementingkan pembelian sesuatu berdasarkan kepada harga yang

    rendah berbanding dengan nilai wang tersebut.

    v. Lebih mementingkan kos sesuatu benda tetapi membazirkan tenaga pekerja.

    vi. Kedudukan strategi yang tidak jelas.

    vii. Komunikasi yang lemah diantara sesama sendiri dan juga dengan pelanggan.

    2.4 Kepentingan Pengurusan Kualiti

    Secara kebiasaannya kualiti dianggapkan sebagai suatu ukuran untuk memenuhi

    keperluan pengguna atau memenuhi sesuatu tujuan. Setelah mendefinasikan maksudkualiti, kebiasaannya orang ramai akan menganggap bahawa kawalan kualiti telah

    merangkumi semua untuk memastikan sesuatu produk atau perkhidmatan dalam

    memenuhi permintaan pengguna. Sebahagian orang ramai bergantung kepada jaminan

    kualiti, dimana ia memberikan keyakinan terhadap perancangan secara teliti dan

    dilaksanakan bagi menunjukkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

    Walau bagaimanapun, kawalan kualiti dan jaminan kualiti sahaja tidak akan dapat

    membantu dalam menguruskan sesuatu perniagaan dengan berjaya jika ia tidak

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    16/82

    16

    mengambilkira aspek sejagat, komersil dan ketidaksistematik dalam menjalankan sesuatu

    perniagaan. Oleh yang demikian, pengurusan kualiti telah diperkenalkan dengan

    matlamat untuk mewujudkan suatu sistem pengurusan yang lebih berkualiti. Sistem

    pengurusan kualiti adalah penting untuk masa kini kerana ia merupakan sesuatu kaedah

    baru yang mengambilkira orang ramai, prosedur, sistem dan lain-lain aspek dalam

    perniagaan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan menghasilkan keuntungan secara

    konsisten.

    2.5 Pengurusan Kualiti Perkhidmatan

    Terdapat perbezaan yang nyata antara sesebuah organisasi yang benar-benar

    percaya bahawa perlunya untuk menguruskan kualiti dan adalah sentiasa untuk bersedia

    untuk memenuhi standard tertentu. Aplikasi kejayaan sesuatu falsafah bagi Pengurusan

    Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam sesebuah organisasi ialah menitikberatkan pengurusan

    yang berkualiti daripada hanya mementingkan pencapaian standard. Dalam penetapan

    kualiti semua organisasi harus memahami konsep perkaitan antara pelanggan dan

    produk atau perkhidmatan.

    Pelanggan termasuklah orang luar mahupun pekerja organisasi sendiri. Disamping

    untuk mencapai permintaan para pelanggan luar, organisasi perlu memastikan permintaan

    pelanggan dalamannya (pekerja) dipenuhi dalam semua peringkat proses kerja. Walaupun

    demikian, kualiti yang diberikan kepada pelanggan tidak harus hanya tertumpu dalamsesuatu aspek kerja sahaja.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    17/82

    17

    2.5.1 Perkaitan antara pelanggan - majikan - kontraktor utama - sub kontraktor -

    pembekal

    Dalam semua bidang perniagaan, samada kontraktor atau praktik professional,

    terdapat rantaian hubungkait antara pelanggan-pembekal dimana secara amnya akan

    membekalkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan luar. Rajah 2.1 berikut

    menunjukkan perkaitan secara grafik.

    Pembekal

    Sub Kontraktor

    Kontraktor Utama

    Majikan

    Pelanggan

    Rajah 2.1:Rantaian Kualiti

    Bagi urusan seseorang atau pasukan makluman daripada pekerja sepejabat perlu

    diketahui untuk memastikan mereka dapat menyiapkan proses kerjanya. Kegagalan

    dalam sebarang rangkaian dalam rantaian tersebut akan menyebabkan pembaziran segi

    wang dan masa. Kebiasaannya hasil barangan dan perkhidmatan yang diberikan adalah

    berisiko tinggi.

    Oleh yang demikian, untuk memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan

    atau produk seperti yang dijangkakan, maka perniagaan perlu menguruskan setiap

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    18/82

    18

    rangkaian dalam Rantaian Kualiti dan bukan sekadar untuk memasarkan perkhidmatan

    atau produk. Setiap pembekal samada dalam perniagaan, bahagian atau peringkat

    persendirian mesti dikenalpasti keperluan pelanggannya dan memastikan perkhidmatan

    yang diberikan dapat memenuhi keperluan pelanggannya.

    Diperingkat bahagian, semua jurutera dan juru ukur bahan mesti setuju dengan

    keperluan kedua-dua pihak dan bukan hanya menceritakan hal-hal teknikal dan kontrak

    tetapi harus membincangkan tempoh jangkamasa dan perwatakkan. Pada peringkat

    individu, majikan harus menetapkan semua tugas setiap individu.

    2.6 Tanggapan Pengguna Terhadap Kualiti

    Permintaan pengguna yang semakin meningkat dan sukar untuk dipenuhi

    keperluannya. Tanggapan seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau

    perkhidmatan adalah berdasarkan kualitinya. Oleh yang demikian, adalah penting untuk

    majikan mengambil tindakan untuk menguruskan tanggapan pengguna dengan

    meningkatkan kualiti dan standard.

    Terdapat dua pendekatan bagi kualiti. Pertama, kualiti teknikal bagi produk dan

    kedua ialah kualiti fungsi bagi perkhidmatan. Rajah 2.2 berikut menunjukkan perkaitan

    secara grafik

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    19/82

    19

    PERKHIDMATAN YANG

    DI INGINKANPerkhidmatan Tradisional

    didefinasikan melalui

    penerangan atau kontrak.

    KUALITI SECARA TEKNIKAL- Penyelesaian secara teknikal- Kebolehan teknikal pekerja- Pengetahuan- Sistem perniagaan- Pra-aktif

    KUALITI SECARA FUNGSI- Kontrak majikan

    - Penilaian- Masa yang terhad- Perwatakkan

    TANGGAPAN PELANGGAN

    Rajah 2.2 : Tanggapan Terhadap Kualiti Perkhidmatan

    2.7 ISO 9000 Dan Kualiti

    2.7.1 Definasi ISO 9000 Dan ISO 9000

    ISO adalah satu nickname bukan acronym untuk International Organisation for

    Standardisation. ISO ialah satu badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari

    seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard dinegara masing- masing.

    Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan pewujudan standard

    antarabangsa. Pewujudan standard ISO 9000 adalah untuk memastikan produk dam

    perkhidmatan yang dihasilkan oleh NegaraNegara ahli diiktiraf di peringkat

    antarabangsa (Global acceptance)

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    20/82

    20

    ISO 9000, adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan

    elemenelemen asas yang perlu ada didalam system kualiti bagi memastikan

    perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak

    pelanggan. Pelaksanaan standard bagi sistem ini akan memastikan produk atau

    perkhidmatan yang dihasilkan dapat menepati spesifikasi yang telah ditetapkan untuk

    produk atau perkhidmatan tersebut pada setiap kali ianya dihasilkan.

    2.7.2 Hubungan ISO 9000 Dan Kualiti

    Dalam ISO 9000, kualiti adalah ditafsirkan sebagai keseluruhan ciriciri dan sifat-

    sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersirat dan

    yang dinyatakan. Ciriciri dan sifatsifat ini ditentukan mengikut kehendak pelanggan.

    Pelangganlah yang akan menilai sama ada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi ciri

    ciri yang telah mereka tetapkan. Oleh itu kualiti bermakna memenuhi kehendak

    pelanggan. Dalam perkhidmatan awam, antara ciriciri perkhidmatan berkualiti yang

    dapat memenuhi kehendak pelanggan termasuk menepati masa, ketepatan fakta, layanan

    mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan informatif dan mudah diperolehi.

    Kualiti boleh dicapai melalui dua pendekatan, iaitu kawalan kualiti (Quality

    Control) dan kepastian kualiti (Quality assurance). Kawalan kualiti adalah teknik yang

    digunakan bagi mengenalpasti produk yang tidak memenuhi spesifikasi. Konsep ini

    menekankan pemeriksaan keatas produk setelah ianya dihasilakn. Ini melibatkan

    pembaziran yang tinggi kerana banyak sumber telah disalurkan untuk menghasilkanproduk yang sebahagiannya tidak akan memenuhi spesifikasi.

    Pembaziran dapat dielakkan dengan menggunakan pendekatan yang kedua iaitu

    kepastian kualiti (Quality Assurance). Dalam kepastian kualiti, kawalan kualiti tidak

    ditumpukan kepada produk akhir tetapi kepada proses yang menghasilkan produk

    tersebut. Dengan memberi tumpuan kepada kawalan kualiti keatas proses,penghasilan

    produk yang tidak memenuhi spesifikasi dapat dielakkan sebelum ianya berlaku. Dengan

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    21/82

    21

    kata lain, prinsip penting bagi kepastian kualiti adalah mencegah daripada berlaku

    masalah dan bukannya mengatasi masalah selepas ianya berlaku. Kepastian kualiti ini

    adalah matlamat utama yang hendak dicapai didalam ISO 9000.

    2.7.3 Hubungan ISO 9000 dan TQM

    ISO 9000 menyediakan asas yang kukuh bagi melaksanakan Pengurusan Kualiti

    Menyeluruh (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada

    falsafah kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan

    semua aspek dalam organisasi dan memberi penekanan kepada kerja berpasukan.Antara

    aspekaspek utama organisasi yang menjadi tumpuan TQM ialah aspek sokongan

    pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan proses. ISO 9000 juga

    memberi penekanan kepada aspekaspek ini terutamanya aspek pengurusan proses.

    Sistem kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan melalui perlaksanaan

    ISO 9000 akan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang

    diberi tumpuan oleh TQM. Oleh yang demikian,pelaksanaan ISO 9000 boleh

    memantapkan usahausaha kearah perlaksanaan TQM.

    2.7.4 Prinsip Prinsip ISO 9000

    Perlaksanaan ISO 9000 adalah berasaskan kepada beberapa prinsip penting

    seperti yang dinyatakan dibawah:

    Prinsip pertama : ISO 9000 adalah standard bagi sistem kualiti. Ianya

    bukan standard untuk produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Standard bagi

    produk menetapkan ciri- ciri bagi produk berkenaan. Contohnya, SMR ialah

    standard bagi sejenis getah yang dihasilkan oleh Malaysia. Standard ini

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    22/82

    22

    menetapkan ciriciri bagi getah tersebut, seperti warna, elastisitinya dan

    kandungan bahan kimianya. Sebaliknya standard ISO 9000 adalah standard bagi

    system kualiti yang mengahasilkan getah tersebut.

    Prinsip Kedua : ISO 9000 berasaskan kepada dokumentasi. Prinsip ini

    menekankan kepada dokumen apa yang dibuat, buat apa yang didokumenkan dan

    seterusnya buktikan kesemuanya.

    Prinsip Ketiga : ISO 9000 menekankan pencegahan iaitu mencegah

    daripada berlakunya masalah dan bukannya mengatasi masalah selepas ianya

    berlaku.

    Prinsip Keempat : ISO 9000 adalah suatu standard universal. Ini adalah

    kerana ianya menggariskan keperluankeperluan asas secara umum tetapi tidak

    memperincikan tindakantindakan yang perlu diambil bagi memenuhi keperluan

    tersebut. Dalam erti kata lain, ISO 9000 hanya menghuraikan apa yang perlu

    diadakan dan tidak bagaimana hendak membuatnya. Sebagai contoh, standard ini

    menetapkan tindakan pembetulan perlu dijalankan tetapi tidak menghuraikan

    bagaimana cara dan bentuk tindakan pembetulan yang perlu di ambil.

    Memandangkan ISO 9000 adalah standard yang universal, ia sesuai dilaksanakan

    oleh pelbagai jenis organisasi samada yang terlibat dalam pengeluaran produk

    atau pemberian perkhidmatan termasuk perkhidmatan awam.

    2.7.5 Skop ISO 9000

    Secara amnya, ISO 9000 membabitkan dua bentuk standard yang asas iaitu:

    i. Standard Jamian Kualiti merangkumi ISO 9001,ISO 9002 dan ISO 9003

    yang direkabentuk khas untuk kegunaan dalam tujuan kontraktual dan

    penilaian.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    23/82

    23

    ii. Standard Pengurusan Kualitimerangkumi ISO 9004, dimana ia adalah

    panduan secara non-kontraktual untuk memberi pertunjuk bagi sesebuah

    organisasi untuk membina dan melaksanakan sistem kualiti mereka sendiri.

    Skop bagi setiap standard dan perhubungannya ditunjukkan seperti berikut:

    a. ISO 8402 - Kualiti Perbendaharaan Kata

    b. ISO 9000 : 1994 - Standard Pengurusan Kualiti dan Jaminan kualiti

    (Panduan untuk pilihan dan kegunaan)

    c. ISO 9004 : 1994 - Kualiti Pengurusan dan Elemen Kualiti (Panduan)

    d. ISO 9001 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti dalam

    rekabentuk, pembangunan, pembuatan, pemasangan dan perkhidmatan)

    e. ISO 9002 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti bagi

    pembuatan dan pemasangan)

    f. ISO 9003 : 1994 - Sistem Kualiti (model untuk jaminan kualiti dalam

    pemeriksaan dan percubaan akhir)

    Di antara skop yang dinyatakan diatas, penentuan skop oleh sesebuah organisasi

    berdasarkan kepada bentuk organisasi itu sendiri. Apakah perhubungan antara ISO 9000

    dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Sub-topik berikut akan

    membincangkannya.

    2.7.6 Faedah Melaksanakan Standard ISO 9000

    Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya

    sesuatu masalah. Dengan demikian dapat mengelak pihak pengurusan daripada

    terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti operasi harian organisasi. Ini adalah

    kerana staf dibekalkan dengan panduan dan cara bekerja yang lengkap.

    Membolehkan organisasi mengenalpasti tugastugas yang patut dijalankanserta memperincikan langkahlangkah yang perlu diambil. Ini dicapai melalui

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    24/82

    24

    perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas dilaksanankan dan menyediakan

    prosedur, standard serta garis panduan untuk membantu staf mengetahui tugas

    sebenar yang perlu dilakukan.

    Memberi kaeadah bagi mendokumenkan seacara tersusun amalanamalan

    pengurusan dan caracara bekerja. Dokumen ini boleh dijadikan sebagai asas

    untuk program latihan kepada staf dan asas bagi ppenambahbaikan prestasi.

    Dokumendokumen yang disediakan mengandungi amalan amalan dan cara

    bekerja yang kemaskini.

    Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalahmasalah

    serta mengelakkannya daripada berulang. Ini dilakukan dengan mewujudkan

    langkahlangkah bagi mengesan tindakantindakan yang tidak mematuhi amalan

    dan spesifikasi, mengenalpasti puncanya dan merancang serta melaksanakan

    tindakan pembetulan.

    Membolehkan staf menjalankan tugastugas mereka dengan betul pada kali

    pertama dan pada setiap kali. Ini boleh dicapai dengan mengadakan arahan kerja,

    kawalan yang berkesan, sumber yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan

    persekitaran yang memberansangkan.

    Membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak yang

    membuat penilaian keatas organisasi tersebut mengenai kualiti perkhidmatan yang

    diberikan dan sisitem bagi menghasilakan perkhidamatan ini terkawal. Ini

    dilakukan dengan cara mengenalpasti, mewujud dan menyenggara rekodrekod

    aktiviti yang mempunyai kesan keatas kualiti.

    Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan baik melalui

    maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan

    kawalan dokumen.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    25/82

    25

    2.8 Rumusan

    Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diterangkan didalam bab ini tentang

    definasi kualiti dan termologi-termologi dalam kualiti. Diharapkan akan dapat

    menguatkan pemahaman tentang kualiti. Disamping itu, bab ini juga mendefinasikan ISO

    9000, skop ISO 9000 dan juga faedah melaksanakan ISO 9000 dalam sesebuah

    organisasi.

    Oleh yang demikian, hasil daripada keterangan diatas dapatlah dibezakan diantara

    ISO 9000 dan PKP. Maka dapatlah disimpulkan bahawa ISO 9000 itu adalah IBU

    kepada PKP. ISO 9000 adalah suatu sistem yang dapat digunakan disemua sektor seperti

    perkilangan, perladangan, pelabuhan dan lain lain. Manakala PKP adalah hanya untuk

    sector pembinaan sahaja. Selain itu ianya juga hanya khusus untuk satu projek. Sebagai

    contoh PKP untuk projek Lebuhraya tidak boleh digunakan untuk projek membina

    bangunan ataupun jambatan. Penjelasan yang diberi diharap dapat memjelaskan apa yang

    dimaksudkan dengan Pelan Kualiti Projek dan apa yang dimaksudkan dengan ISO 9000.

    ( Rajah 2.3 : Menerangkan maksud di atas)

    Bab yang seterusnya akan menbincangkan tentang model dan kaedah

    Perancangan Kualiti Projek secara lebih mendalam didalam suatu projek yang telah

    dikenalpasti.

    ISO 9001 : 2000

    P . K . P

    Rajah 2.3 : ISO 9001:2000

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    26/82

    BAB III

    METODOLOGI

    3.1 Metodologi Kajian

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pengumpulan data melalui kaedah

    soal selidik dengan pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan kualiti projek

    disesebuah organisasi. Rajah 3.1 berikut merupakan carta aliran bagi metodologi kajian

    ini.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    27/82

    27

    Kajian Literatur

    Kajian Kes

    Temuramah

    Kajian Dokumen

    Analisa Data

    Kesimpulan & Cadanagann

    Rajah 3.1 :Carta Alir Metodologi Kajian

    3.2 Kajian Literatur

    Kajian literatur merangkumi penelitian bahan-bahan bertulis seperti buku-buku

    teks, kertas kerja, laporan, jurnal yang berkaitan dan tesis-tesis yang lepas. Dalam kajian

    literature, tumpuan pencarian difokuskan kepada pengenalan dan latarbelakang sistem

    Pelan Kualiti Projek (PKP). Peringkat ini juga melibatkan pengumpulan maklumat

    tentang piawaian-piawaian yang terdapat didalam sistem Pelan Kualiti Projek (PKP).

    Tumpuan juga diberikan terhadap cara-cara perlaksanaan dan masalah yang dihadapi

    ketika melaksanakannya.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    28/82

    28

    3.3 Kajian Kes

    Dalam kajian ini maklumat yang inigin diumpulkan adalah tentang pemahaman

    terhadap sistem Pelan Kualiti Projek (PKP), perlaksanaan yang dilakukan, masalah-

    masalah yang dihadapi dan pandangan-pandangan yang berkaitan. Dalam kajian ini,

    boring soal selidik akan diedarkan kepada pihak yang sepatutnya menggunakan sistem

    Pelan Kualiti Projek(PKP). Borang soal selidik ini lebih menekankan terhadap

    perlaksanaan PKP dan pendapat-pendapat mereka tentangnya. Secara amnya, soal selidik

    ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian pertama menyelidik terhadap

    kefahaman Pelan Kualiti Projek(PKP), bahagian kedua ialah tentang perlaksanaan PKP

    dan bahagian ketiga ialah tentang masalah-masalah dan kelebihan yang terdapat dalam

    perlaksanaan PKP.

    3.4 Analisa Data dan Keputusan

    Dalam peringkat analisa, data-data yang dikumpulkan melalui kaji selidik akan

    dianalisis, disunting dan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk tujuan analisis, dua

    kaedah yang digunakan adalah analisis kekerapan dan indek relatif. Daripada hasil

    analisis yang dibuat, barulah penilaian dibuat terhadap keberkesanan perlaksanaan sistem

    Pelan Kualiti Projek didalan industri pembinaan Malaysia. Kajian ini akan mendalami

    pandangan mereka yang terlibat dalam perlaksanaan sistem PKP ini.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    29/82

    29

    3.5 Kesimpulan dan Cadangan

    Daripada hasil analisa diatas, kajian ini akan memberi rumusan mengenai hasil

    pencarian yang dijalankan. Selaras dengan objektif kajian, kesimpulan mengenai

    keberkesanan perlaksanaan sistem PKP dalam industri pembinaan Malaysia, masalah-

    masalah yang dihadapi dan pandangan-pandangan akan diulas di penghujung kajian ini.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    30/82

    BAB IV

    HURAIAN PERUNTUKAN DALAM SISTEM

    PELAN KUALITI PROJEK (PKP)

    4.1 Pengenalan

    Pelan Kualiti Projek, pada masa kini hanya digunapakai oleh dua organisasi

    sahaja. Pertama ialah Pelan Kualiti Projek (PKP) yang digunakan oleh JKR Malaysia.

    Manakala PKP yang ke dua ialah, yang digunakan oleh pihak kontraktor atau pemaju

    sebagaimana yang perlu di sediakan di dalam sesuatu projek. PKP ini kebiasaannya di

    minta oleh pihak Penguasa sesuatu projek. Dalam bahagian ini akan diterangkan secara

    terperinci tanggungjawab setiap inidividu yang terlibat dalam struktur pengurusan dan

    bagaimana operasi pengurusan dilakukan bagi meningkatkan kualiti kerja.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    31/82

    31

    4.2 Pelan Kualiti Projek JKR Malaysia

    Pelan kualiti projek JKR Malaysia, ianya merangkumi lima belas perkara. Setiap

    perkara yang dinyatakan, menerangkan segala keperluan dan kehendak pelanggan yang

    perlu dipatuhi. Semua perkara yang dimaksudkan dinyatakan secara terperinci

    sebagaiamana penerangan dibawah.

    4.2.1 Pengenalan

    Didalam bab pengenalan akan terdapat nama bagi suatu projek yang mana ianya

    akan menerangkan tentang kerja-kerja yang akan dijalankan. Seterusnya skop kerja yang

    akan dilaksanakan. Perkara yang ketiga ialah tentang konsep projek yang akan

    dijalankan. Ianya seperti contoh konsep design and built, turnkey dan lain-lain lagi

    sebagaimana yang dipraktikkan di negara kita. Perkara yang terakhir ialah tujuan sesuatu

    projek itu dijalankan. Kebanyakan projek yang dijalankan dinegara ini adalah untuk

    kesenangan dan kemajuan rakyat. Rajah 4.1 dibawah adalah contoh borang pengenalan

    suatu projek.

    4.2.2. Objektif Kualiti

    Perkara yang terdapat didalam tajuk ini terbahagi kepada tiga perkara. Perkara

    yang pertama ialah tentang penyiapan projek didalam tempoh yang ditetapkan. Dalam hal

    ini dinyatakan tentang tarikh mula projek (Tarikh sah brif projek) dan juga tarikh siap

    projek (Tarikh serahan projek kepada pelanggan).

    Perkara yang kedua ialah tentang siling kos projek yang dipersetujui. Dalam hal

    ini kos siling selalunya diakui dan dipersetujui sebelum bermulanya suatu projek. Ianya

    perlu supaya tidak akan berlaku lebihan kos didalam suatu projek. Manakala perkara

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    32/82

    32

    yang ketiga ialah tahap penerimaan kualiti projek tersebut. Kualiti ini berpandukan

    kepada berapa bilangan NCR yang ditutup dan juga berapa bilangan aduan kecacatan

    yang diterima. Rujuk Rajah 4.2

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    33/82

    33

    1.1 Nama Projek

    Nama Projek : Rujukan SKALA :

    Ruj Fail :

    1.2 Skop/Konsep/Tujuan

    Rajah 4.1 :Pengenalan

    2.1 Objektif projek ini adalah

    2.1.1 Penyiapan dalam tempoh yang ditetapkan

    i. Tarikh mula projek :

    (Tarikh Sah Brief Projek)

    ii Tarikh siap projek :

    (Tarikh serahan projek kepada pelanggan)

    2.1.2 Si ling Kos Projek yang dipersetu ju i : RM

    2.1.3 Tahap penerimaan kualiti

    i. Bilangan NCR yang tutup :

    ii. Bilangan aduan kecacatan :

    Rajah 4.2 :Pengenalan & Objektif Kualiti

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    34/82

    34

    4.2.3 Maklumat Asas Projek

    Untuk sesuatu projek butiran-butiran pelanggan hendaklah diketahui secara

    terperinci. Oleh itu perkara-perkara yang diketahui ialah sebagaimana pejabat pelanggan

    berserta alamat yang lengkap. Perkara yang kedua ialah tentang nama wakil pelanggan

    yang akan berurusan dengan pihak kontraktor, perunding dan sebagainya. Selain nama

    pangkat yang disandang juga perlu dinyatakan. Seterusnya ialah ialah talian telefon dan

    juga faks untuk perhubungan antara pelanggan dan pihak yang dinyatakan diatas. Sila

    lihat Rajah 4.3

    Perkara yang seterusnya adalah tentang butiran kewangan dan juga sunber

    kewangan bagi projek yang akan dijalankan. Perlu diketahui bahawa suatu projek itu

    adakah ianya termasuk didalam Rancangan Malaysia atau pun tidak. Sekiranya

    termasuk ianya didalam Rancangan Malaysia yang keberapa? Ini perlu diketahui kerana

    inya melibatkan banyak agensi di dalam kerajaan. Seterusnya kos projek tersebut juga

    perlu diketahui dan juga diterangkan maksud pembangunan yang akan dijalankan. Berapa

    lamakah peruntukan masa yang diberi bagi menyiapkan projek tersebut disamping itu dan

    segala butiran tentang projek tersebut juga perlu diambilkira.

    4.2.4 Pelan Lokasi Projek

    Pelan lokasi projek ialah penerangan tentang Negeri, Daerah, Mukim dan

    sebagainya. Ianya adalah sebagai pengenalan kepada projek yang akan dijalankan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    35/82

    35

    3.1 Butir - butir pelanggan

    Pejabat Pelanggan:

    Nama Wakil Pelanggan: Jawatan Pelanggan:

    Alamat: No Telefon: No Fax:

    3.2 Butir Kewangan/Sumber Pembiayaan

    Rancangan Malaysia Ke: Maksud Pembangunan: Butiran:

    Kos Projek: Peruntukan Masa:

    4 Pelan Lokasi Projek

    Seperti Dilampirkan

    5 Kaedah Dan Proses - Proses Perlaksanaan Projek

    5.1 Tentukan kaedah pelaksanaan

    Konvensional Konvensional Reka & Bina

    (Dalaman) (Perunding)Tender Terbuka Tender Terbuka Tender Terbuka

    Tender Terhad Tender Terhad Tender Terhad

    Rundingan Terus Rundingan Terus Rundingan Terus

    Rajah 4.3:Maklumat Asas Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    36/82

    36

    4.2.5 Kaedah dan Proses-Proses Perlaksanaan Projek.

    Sebelum bermula perlaksanaan suatu projek, terlebih dahulu hendaklah

    ditentukan kaeadah perlaksanaanya dahulu. Di dalam kaedah dan proses perlaksanaan

    projek terdapat tiga kaeadah yang selalu digunapakai. Kaedah dan proses-proses

    perlaksanaan projek adalah kaedah Konvesional (Dalaman), Konvensional (Perunding),

    dan yang terakhir Kaedah Reka & Bina seperti Rajah 4.4

    CARTA ALIR PROSES KERJA

    (Pelaksanaan Projek Secara Konvesional)

    Kawalan Kualiti

    Input

    Surat Kuasa,

    Brief Projek Aktiviti 1 Aktiviti 2

    Peruntukan Perancangan Rekabentuk

    Peraturan

    Standard

    Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti 5

    Perolehan Pembinaan Penyerahan

    OUTPUT

    Projek YangPengurusan Sumber Disiapkan

    (Pelaksanaan Projek Secara Reka & Bina)

    Kawalan Kualiti

    Input

    Surat Kuasa,

    Brief Projek Aktiviti 1 Aktiviti 2

    Peruntukan Perancangan Rekabentuk

    Peraturan

    Standard

    Aktiviti 3 Aktiviti 4 Aktiviti 5

    Perolehan Pembinaan Penyerahan

    OUTPUT

    Projek Yang

    Pengurusan Sumber Disiapkan

    Rajah 4.4:Carta Alir Proses Kerja

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    37/82

    37

    4.2.6 Cadangan Bilangan Pekerja Yang Di Perlukan Bagi Setiap Tugas

    Untuk perkara ini ianya adalah untuk memastikan berapa banyak dan siapakah

    yang layak dan perlu untuk mengndalikan sesuatu projek. Ini adalah disebabkan setiap

    projek yang akan dijalankan berbeza dengan projek yang telah dilalui. Oleh itu

    kesesuaian memilih Jurutera, Arkitek, Jurukur Bahan, Pembatu Teknik dan yang lain-lain

    adalah penting dan pemilihannya hendaklah mengikut kehendak projek yang akan

    dijalankan. Sekiranya pemilihan ini salah atau kurang sempurna ianya akan

    mendatangkan masalah dikemudian hari. Rajah 4.5 contoh borang analisis sumber

    Cadangan bilangan staf JKR yang memiliki kelayakan kompetensi yang sesuai dalam bidang tugas

    rekabentuk, perolehan & penyeliaan [Rujuk Prosedur JKR.PK(P).09] bagi mengendalikan projek.

    Jawatan Bilangan Yang Diperlukan Bilangan ngan sediada Bil Tambahan Yg Diperlukan

    A B C A B C A B C

    Jurutera

    Arkitek

    Jurukur BahanPembantu Teknik

    Juruteknik

    Pelukis Pelan

    Jumlah

    Nota : A = Peringkat Rekabentuk (Dari D-Plan)

    B = Peringkat Perolehan (Dari D-Plan)

    Rajah 4.5:Analisis Sumber

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    38/82

    38

    4.2.7 Pasukan Projek

    Pasukan projek bagi suatu pembinaan adalah terbahagi kepada dua bahagian.

    Bahagian yang pertama ialah bahagian Pegawai Penyelaras. Bahagian ini terdiri daripada

    Pengarah yang berkeaan, ketua pasukan projek, pengarah projek dan pegawai penguasa.

    Manakala untuk bahagian yang kedua pula ialah bahagian pejabat pelaksana yang

    bertanggungjawab. Bahagian ini terbahagi kepada 3 seksyen, ianya sebagaimana

    dinyatakan di dalam Rajah 4.6 dibawah.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    39/82

    39

    7.1 Pegawai Penyelaras

    Bil Tanggungjawab Nama Jawatan Pejabat

    1 Pengarah Berkenaan

    2 HOPT

    3 PP/PD

    7.2 Pejabat Pelaksana/ Bertanggungjawab

    Bil Aktiviti T/Jawab Jawatan Pejabat

    1 Rekabentuk HODT

    a. Senibina HODT

    b. Asas HODT

    c. Kerja luar bangunan HODT

    d. Kerja Tanah HODT

    e. Bekalan air HODT

    f. Pembetungan HODT

    g. Jalan HODT

    h. Jambatan HODT

    i. Maritm HODT

    j. Mekanikal HODT

    k. Eletrikal HODT

    l. Ukurbahan HODT

    2 Perolehan HODT

    3 Seliatapak

    a. Senibina WPP/WPD

    b. Asas WPP/WPD

    c. Kerja luar bangunan WPP/WPD

    d. Kerja Tanah WPP/WPD

    e. Bekalan air WPP/WPD

    f. Pembetungan WPP/WPD

    g. Jalan WPP/WPD

    h. Jambatan WPP/WPD

    i. Maritm WPP/WPD

    j. Mekanikal WPP/WPD

    k. Eletrikal WPP/WPD

    l. Ukurbahan WPP/WPD

    Rajah 4.6:Pasukan Projek

    4.2.8 Carta Organisasi Pasukan Projek

    Sebagaimana kita sedia maklum,bahawa carta organisasi adalah suatu elemen

    yang sangat penting dalam sesuatu projek, jabatan atau organisasi. Ianya diperlukan

    adalah untuk menerangkan tentang siapakah yang bertanggung jawab bagi setiap

    bahagian yang telah diputuskan. Didalam carta organisasi suatu projek kebiasaannya

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    40/82

    40

    ianya diketuai oleh seorang Pengurus Projek. Manakala untuk melancarkan perjalanan

    projek tersebut ianya dibantu oleh Jurutera, Jurukur Bahan, Penyelia dan lain-lain lagi.

    Rajah 4.7 adalah contoh carta organisasi.

    Pengarah

    (Nama,

    Jawatan

    &Pejabat

    HOPT Penyeliaan

    (Nama, Tapak

    Jawatan Bina

    &Pejabat

    HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT HODT

    Kerja Kerja Bekalan Jurukur Jambatan Jalan

    Senibina Asas Struktur Luar Tanah air Bahan Senibina Senibina

    (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama, (Nama,

    Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan Jawatan

    Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat) Pejabat)

    Rajah 4.7:Carta Organisasi Projek

    4.2.9 Jadual Perancangan Projek

    Bagi menjayakan suatu projek dengan jaya, maka sudah tentu ianya memerlukan

    perancangan projek. Oleh itu jadual perancangan projek adalah amat mustahak bagi

    mencapai maksud diatas. Jadual perancangan kerja terbahagi kepada lima bahagian

    sebagaimana diterangkan secara terperinci didalam Rajah 4.8 dan Rajah 4.9 dibawah.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    41/82

    41

    Bil Aktiviti Jawatan Pegawai Nama Tarikh Jangka

    Bertanggungjawab Pejabat Laksana

    PERANCANGAN

    1 Penerimaan & Pendaftaran Projek HOPT

    2 Sah Brief Projek HOPT

    REKABENTUK

    3 Memo terima set pertama lukisan tender HOPT

    4 Penyerahan lukisan lengkap tender HOPT

    PEROLEHAN

    5 Tarikh Iklan HOPT

    6 Surat kepada lembaga tender HOPT

    7 Makluman keputusan lembaga tender HOPT

    8 Surat setuju terima HOPT

    PEMBINAAN

    9 Perakuan siap kerja PP/PD/WPP/WPD

    SERAHAN

    10 Perakuan siap baiki kecacatan PP/PD/WPP/WPD

    Rajah 4.8 :Maklumat Peancangan Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    42/82

    42

    Bil Aktiviti Tarikh Tarikh 2 0 0 5 2 0 0 6

    Mula Siap 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 6

    1 Perancangan

    1a Terima &

    Daftar Projek

    1b Sah brief Projek

    2 Rekabentuk

    2a Lukisan set

    pertama projek

    2b Set lukisan

    lengkap projek

    3 Perolehan

    3a Iklan

    3b Keputusan

    Lembaga Tender

    3c Surat setuju

    terima

    4 Pembinaan

    4a Perakuan siap

    kerja

    5 Serahan

    5a Siap baiki

    kecacatan

    Rajah 4.9 :Carta Bar Perancangan Projek

    4.2.10 Input / Standarad / Kod-Kod Amalan / Pelan Kawalan Kualiti

    Bagi projek-projek yang dikendalikan oleh JKR semua perkara yang dijalankan

    adalah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditentukan. Segala prosedur ini dinyatakan

    dibawah. Rajah 4.10 prosedur didalam bentuk jadual.

    A. Pengurusan Am Projek

    - Prosedur JKR.PK(P).02

    - Prosedur JKR.PK(P).03

    - Prosedur JKR.PK(P).04

    - Prosedur JKR.PK(P).05

    - Prosedur JKR.PK(P).06

    - Prosedur JKR.PK(P).07

    - Prosedur JKR.PK(P).08- Prosedur JKR.PK(P).09

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    43/82

    43

    - Prosedur JKR.PK(P).10

    - Prosedur JKR.PK(P).11

    B. Peringkat Rekabentuk

    - Prosedur JKR.PK(O).01

    - Prosedur JKR.PK(O).02

    - JKR standards & specifications (Jalan, Bangunan, Mekanikal, Eletrikal)

    C. Peringkat Perolehan

    - Prosedur JKR.PK(P).10

    - Prosedur JKR.PK(O).03

    D. Peringkat Pembinaan & Serahan

    - Prosedur JKR.PK(O).04

    - Prosedur JKR.PK(O).04A

    - Prosedur JKR.PK(O).05

    - JKR standards & specifications (Jalan, Bangunan, Mekanikal, Eletrikal)

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    44/82

    44

    Bil Perkara Piawaian/ Tanda Catatan

    Kod Amalan

    Pengurusan am projek

    1 Prosedur JKR.PK(P).02

    2 Prosedur JKR.PK(P).03

    3 Prosedur JKR.PK(P).04

    4 Prosedur JKR.PK(P).05

    5 Prosedur JKR.PK(P).06

    6 Prosedur JKR.PK(P).087 Prosedur JKR.PK(P).09

    8 Prosedur JKR.PK(P).10

    9 Prosedur JKR.PK(P).11

    Peringkat Rekabentuk

    10 Prosedur JKR.PK(O).01

    11 Prosedur JKR.PK(O).02

    12 JKR standards & specifications

    13 - Roads

    14 - Buildings

    15 - Mechanicals

    16 - Electrical17 - Architectural

    Peringkat Perolehan

    18 Prosedur JKR.PK(P).10

    19 Prosedur JKR.PK(P).03

    Peringkat Pembinaan & Penyerahan

    20 Prosedur JKR.PK(O).04

    21 Prosedur JKR.PK(O).04A

    22 Prosedur JKR.PK(O).05

    23 - Roads24 - Buildings

    25 - Mechanicals

    26 - Electrical

    27 - Architectural

    Rajah 4.10 :Input/Standard/Kod-Kod Amalan/Pelan Kualiti Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    45/82

    45

    4.2.11 Pengeluaran/Output

    Didalam bab ini, perkara utama yang dilihat ialah skop kerja. Skop kerja yang

    dimaksudkan ialah senibina, asas, struktur, kerja luar bangunan, peparitan, kerja-kerja

    tanah, jalan, jambatan, pelabuhan, landasan kapalterbang, bekalan air, kerja eletrik dan

    yang terakhir kerja mekanikal. Rujuk Rajah 4.11

    Kesemua perkara diatas yang dinyatakan ianya hendaklah mengikut pernyataan

    kehendak kerajaan, pengiraan yang betul, mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan

    yang terakhir kesemuanya hendaklah diterjemahkan didalam lukisan kerja.

    Tandakan ( x ) di ruang di bawah ini bagi deliverables yang dihasilkan

    Skop Kerja Senibina Asas Kerja luar Perparitan Kerja-kerjaJalan Jambatan Pelabuhan

    Asas bangunan tanah

    Output

    Pernyataan

    kehendak

    kerajaan

    Calculation

    Spesifikasi

    Lukisan

    Rajah 4.11 :Output

    4.2.12 Semakan Jadual Perancangan

    Semakan jadual perancangan bagi suatu projek yang dijalankan, ianya terbahgi

    kepada 2 bahagian sebagaimana dibawah.

    A. Penyediaan/Pindaan D.Plan

    - Rujuk Prosedur JKR.PK(O).02

    B. Penyediaan/Pindaan C.Plan

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    46/82

    46

    - Rujuk Prosedur JKR.PK(O).04

    Bagi penyediaan dan pindaan D plan ianya membawa maksud Pelan Kualiti

    Rekabentuk (Design). Manakala bagi C-Plan ialah membawa maksud Pelan Kualiti

    Pembinaan (Construction Plan).

    4.2.13 Pelan Verifikasi,Validasi & Pemantauan Projek

    Untuk perkara 13 ini ianya adalah untuk mendapat tarikh bagi semakan suatu

    kerja yang akan dijalankan. Kesemua ini melibatkan tarikh cadangan, tarikh sebenar dan

    juga tandatangan pegawai yang bertanggungjawab. Segala butiran yang terkandung

    didalam perkara ini ialah sebagaimana didalam Rajah 4.12 dibawah.

    Bil Butiran Semakan Tarikh Tarikh t.t ringkas

    Cadangan Sebenar pegawai

    1 Q-Plan

    2 Verifikasi Rekabentuk

    3 Validasi Rekabentuk

    4 Serah lukisan akhir rekabentuk

    5 Iklan tender

    6 Tarikh surat setuju terima

    7 Milik tapak

    8 Mesyuarat tapak

    9 C-Plan10 Tarikh sijil siap praktikal(CPC)

    11 Penyerahan projek kepada pelanggan

    12 Bayaran akaun muktamad

    13 Sijil siap baiki kecacatan

    Rajah 4.12 :Pelan Verifikasi, Validasi & Pemantauan Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    47/82

    47

    4.2.14 Rekod Yang Disenggara

    Apabila suatu projek telah siap dibina, maka segala rekod-rekod tentang projek

    tersebut mestilah disimpan dengan sebaik mungkin. Ini adalah untuk rujukan pada masa

    hadapan sekiranya timbul masaalah atau sebagai bahan rujukan. Rekod-rekod yang perlu

    diselenggara ialah sebagaimana dibawah. Kesemua rekod ini mempunyai pegawai yang

    bertanggungjawab dan beliau mestilah mengetahui lokasi rekod yang dimaksudkan

    sebagaimana di dalam Rajah 4.13

    Nyatakan di bawah ini rekod-rekod yang perlu diselenggara bagi projek yang

    berkenaan.

    Bil Jenis Rekod Pegawai Lokasi Rekod

    Bertanggungjawab

    1 Plan Kualiti

    2 Plan Kualiti Rekabentuk

    3 Plan Kualiti Pembinaan

    4 Dokumen Kontrak5 Lukisan Tender

    6 Lukisan As-built

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    13

    14

    15

    16

    Rajah 4.13 :Rekod Yang Disenggara

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    48/82

    48

    4.2.15 Rekod Penyediaan/Pindaan/Kemaskini Q-Plan

    Bagi rekod yang dinyatakan di atas, kesemuanya mestilah mempunyai No

    pindaan, tarikh dibuat pindaan dan kesemuanya mestilah ditandatangan oleh Ketua

    Pasukan Projek.

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Disediakan : ________ Tarikh : ________ Tandatangan HOPT _________________________

    Rajah 4.14 :Rekod Penyediaan/Pindaan/Kemaskini Q-Plan

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    49/82

    49

    4.3 Pelan Kualiti Projek Kontraktor/Pemaju

    Di dalam sektor swasta Pelan Kualiti Projek merupakan sesuatu yang agak baru.

    Sebahagian daripada mereka, menggunakan Pelan Kualiti Projek ini apabila terlibat

    dengan projek pembangunan yang pihak klien adalah kerajaan. Manakala projek yang

    melibatkan pihak swsta ianya tidak menggunakan Pelan Kualiti Projek. Contoh untuk

    projek yang menggunakan Pelan Kualiti Projek yang dipantau oleh pihak kerajaan ialah

    Proposed Design, Construction and Completion of 300 Units Apartment at Sub Precint

    14-7, Precint 14 of Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Untuk Pelan Kualiti Projek bagi projek yang dinyatakan diatas, terdapat 28

    seksyen keseluruhannya. Setiap seksyen akan diterangkan dengan lebih terperinci untuk

    tujuan pemahaman bersama.

    4.3.1 Seksyen 1 : Indek

    Di dalam seksyen ini ianya menerangkan nombor setiap seksyen beserta

    dengan tajuk bagi setiap seksyen. Di bawah ini dinyatakan setiap indek dan keterangan

    setiap seksyen yang terlibat.

    No Seksyen Tajuk Seksyen

    1.0 Indek(Index)

    2.0 Pelan Lokasi Tapak(Site Location Plan)

    3.0 Objektif Kualiti dan Polisi Pengurusan

    (Quality Objectives and Management Policy)

    4.0 Senarai Pelan

    5.0 Keterangan Projek dan Skop Kerja

    6.0 Summary Kontrak

    7.0 Definasi

    7.01 - Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    50/82

    50

    7.02 - Klien

    7.03 - Arkitek

    7.04 - Jurutera Awam & Struktur

    7.05 - Jurutera Mekanikal & Eletrikal

    7.06 - Arkitek Landskap

    7.07 - Kontraktor Utama

    8.0 Program Kerja

    9.0 Carta Organisasi Projek

    10.0 Skop & Keutamaan

    11.0 Manual Kawalan Pelan Kualiti Projek

    11.01 - Pengisuan Kuasa

    11.02 - Manual Pemindaan

    11.03 - Kawalan Pengedaran

    12.0 Rekod Manual Pindaan Projek Kualiti Pelan

    13.0 Organisasi Projek & Hubungan

    13.01 - Umum

    13.02 - Tanggungjawab & Kuasa

    13.03 - Sumber

    13.04 - Wakil Pengurusan

    13.05 - Hubungan Terhadap Kontarktor Lain

    13.06 - Kajian Semula Pengurusan

    14.00 Projek Kualiti Sistem

    14.01 - Umum

    14.02 - Dokumen sistem kualiti

    14.03 - Rujukan

    15.00 Kawalan Dokumen Tapakbina

    15.01 - Umum

    15.02 - Prosedur Kawalan Dokumen

    16.00 Produk Pengenalan & Carian

    16.01 - Rekod Dokumen

    16.02 - Pengenalan

    16.03 Produk Pengenalan

    17.00 Proses Kawalan Pembinaan Ditapak

    17.01 - Umum

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    51/82

    51

    17.02 - Proses Kawalan Ditapak

    18.00 Kawalan Kualiti Ditapak

    18.01 - Umum

    18.02 - Pemeriksaan & Ujian Tapak

    18.03 - Status Pemeriksaan & Ujian

    18.04 - Pemeriksaan & Ujian Kalibrasi

    18.05 - Rekod Pemeriksaan, Ujian & Pentauliahan.

    19.00 Kawalan Produk Yang Tidak Diterima

    20.00 Penyimpanan Bahan Binaan

    21.00 Rekod Kualiti

    22.00 Pengauditan Kualiti Dalaman

    4.3.2 Seksyen 2 : Pelan Lokasi Tapak

    Pelan lokasi tapak ialah penerangan tapak yang sebenarnya. Sebagai contoh pelan

    lokasi tapak suatu projek ialah: Negeri Selangor, Mukim Sepang, Daerah Kajang,

    Kawasan Putrajaya dan yang terakhir Precint 14. Daripada pelan lokasi tapak juga dapat

    menerangkan jalan dan keadaaan setempat samada ianya di pusat bandar, pinggir bandar

    atau kawasan pendalaman.

    4.3.3 Seksyen 3 : Objektif Kualiti dan Polisi Pengurusan

    Organisasi projek yang dibuat oleh Nam Fatt Enginering ini adalah untuk

    memastikan bahawa semua kerja-kerja yang berkaitan dengan perbekalan dan juga

    pengawasan terhadap pembinaan bangunan ini berjalan lancar.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    52/82

    52

    4.3.4 Seksyen 4 : Senarai Pelan

    Di dalam bab bab ini mennyenaraikan semua pelan-pelan yang akan digunapakai

    di dalam projek pembinaan tersebut.

    4.3.5 Seksyen 5 : Keterangan Kerja dan Skop Kerja

    Projek ini adalah kerja-kerja membina dan menyiapkan 5 blok bangunan

    kediaman beserta sebuah dewan dan kerja-kerja luaran. Pihak yang empunya projek ialah

    Putrajaya Holdings.

    Skop kerja yang akan dilakukan ialah bermula dengan kerja-kerja ukur

    dan setting out ditapak yang mana ianya mengikut kehendak spesifikasi di dalam pelan

    yang dekeluarkan oleh pihak Perunding.

    Manakala skop kerja yang seterusnya ialah membina, menyiapkan, menguji dan

    mentauliahkan bagi senarai kerja-kerja di bawah:

    a. Kerja-kerja bangunan utama sepaerti substrutur, superstruktur, architectural,

    mekanikal & eletrikal, paip dan sanitari

    b. Kerja-kerja infrastruktur yang terkandung didalam kawasan kerja. Ini

    termasuk lampu jalan, lampu landskap, kerja-kerja perparitan, jajaran utama

    paip air dan sistem hydrant. Kesemua ini dilakukan oleh kontraktor utama.

    c. Kesemua kerja yang terdapat di dalam Bills of Quantities, pelan dan

    spesifikasi kerja.

    d. Kerja-kerja M&E dan lift.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    53/82

    53

    Seterusnya adalah yang berkaitan dengan keperluan dan kerja-kerja sementara.

    Tidak ketinggalan kerja-kerja pemuliharaan dan perlindungan bagi kawasan yang

    disekeliling projek. Manakala untuk kerja-kerja utiliti ( TNB, Telekom, Syabas, dll)

    hubungan dengan pihak yang berkenaan tentang kordinat, jadual pembinaan,

    pemeriksaan dan pentauliahan juga salah satu daripada skop kerja.

    4.3.6 Seksyen 6: Ringkasan Kontrak

    Dalam seksyen ini, ianya menerangkan tentang tajuk projek, nombor kontrak,

    harga kontrak sebenar, terma bayaran, tempoh pembinaan, tarikh milik tapak, tarikh siap

    dan denda kelewatan kerja.

    4.3.7 Seksyen 7: Definasi

    Untuk seksyen 7 ini ianya hampir sama dengan tajuk 6. Didalam seksyen ini

    terkandung tentang tajuk projek, nama klien, arkitek, jurutera awam & struktur, jurutera

    mekanikal & eletrikal, arkitek ladscap dan juga kontraktor utama. Kesemua nama yang

    disebut di atas ianya berserta dengan alamat, nombor telefon dan faks yang akan

    digunapakai selama tempoh kerja-kerja pembinaan.

    4.3.8 Seksyen 8: Program Kerja

    Program kerja ialah salah satu perkara yang utama dan yang terawal yang perlu

    di sediakan oleh pihak kontraktor utama. Pihak klien akan mendapat idea yang awal

    tentang pembinaan sesuatu projek dan sekiranya ada perkara yang perlu diubah atau

    sebagainya, maka ianya dapat dibuat dengan segera sebelum kerja-kerja pembinaan

    dijalankan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    54/82

    54

    4.3.9 Seksyen 9: Carta Organisasi Projek

    Di dalam carta organisasi projek, kita dapat melihat kekuatan dan keupayaan

    tenaga kerja yang akan di gunakan di dalam sesuatu projek. Sekiranya terdapat

    kekurangan kerja atau keperluan tenaga kerja, maka daripada carta organisasi projek ini

    kita akan dapat membuat keputusan tersebut. Klien juga akan menilai kesemua tenaga

    kerja yang ada di dalam carta organisasi bagi memastikan, kesemua tenaga kerja tersebut

    adalah benar-benar layak untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.

    4.3.10 Seksyen 10: Skop dan Prinsipal

    Skop dan prinsipal adalah menerangkan tentang Pelan Kualiti Kerja yang

    digunapakai untuk projek ini adalah memenuhi kehendak Nam Fatt Berhad Quality

    Assurance manual NM/QM/001 Rev 0 dan ianya memenuhi kehendak arahan dan

    prosedur spesifikasi pakej kontrak.

    4.3.11 Seksyen 11: Manual Kawalan Pelan Kualiti Projek

    Terdapat 3 perkara utama di dalam seksyen ini. Ianya di terangkan sebagaimana

    dibawah:

    a. Pengisuan Kuasa (Issuing Authority)

    Maksud pengisuan kuasa ialah dimana, Pelan Kualiti Projek yang digunakan di

    dalam projek ini adalah milik Nam Fatt Berhad. Ianya tidak boleh di hasilkan atau di

    keluarkan tanpa ada kebenaran daripada pihak Nam Fatt Berhad. Sekiranya ada

    kebenaran ianya hendaklah kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengurus Quality

    Assurance. Pihak Nam Fatt berkuasa untuk meminda manual dan prosedur dokumentasi

    ini dari masa ke semasa selagi mengikut kehendak polisi yang di tetapkan demi untuk

    peningkatan sistem yang sediada.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    55/82

    55

    b. Manual Pindaan

    Sebagaimana yang di terangkan di atas tentang kuasa meminda manual Pelan

    Kualiti Projek, maka inidividu yang bertanggung jawab ialah Pengurus Quality

    Assurance dan Pengurus Quality. Kedua- dua mereka ini hendaklah memastikan bahawa

    setiap pindaan yang dibuat dan tindakkan tentang rekod dan sebagainya adalah menepati

    segala kehendak yang telahditetapkan.

    c.Kawalan Edaran

    Pengurus Quality Assurance hendak bersetuju mengedarkan manual kualiti

    projek dengan pihak Pengurus Projek.

    4.3.12 Seksyen 12: Manual Rekod Pindaan Pelan Kualiti Projek

    Sekiranya ada perubahan di dalam Pelan Kualiti Projek, maka ianya hendaklah

    ditunjukkan bahagian dan isu yang ditukar. Seterusnya dinyatakan nombor dokumen

    pada setiap helaian atau mukasurat yang terlibat. Apabila berlaku pindaan, maka

    keseluruhan seksyen tersebut hendaklah di ganti semula dan pindaan pada isu semasa

    hendaklah di tanda pada sebelah kanan margin.

    Isu Tarikh Perkara Yang Dipinda Nombor Seksyen

    Rajah 4.15 :Contoh Borang Pindaan Plan Kualiti Projek

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    56/82

    56

    4.3.13 Seksyen 13: Organisasi Projek

    Struktur pengurusan projek bersama dengan tanggungjawab yang ditetapkan di

    dalam organisasi projek adalah untuk memastikan bahawa sistem kualiti di laksanakan

    sebagaimana yang dinyatakan didalam carta organisasi kerja. Oleh yang demikian di

    bawah ini di terangkan tanggungjawab dan juga kuasa yang ada pada individu yang telah

    di lantik dalam menjalankan kerja-kerja untuk pembinaan bangunan yang di maksudkan.

    A. Pengurus Kualiti

    Pengurus Kualiti adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan

    semua pekerja memahami dan bertanggungjawab terhadap semua kerja yang

    dilaksanakan adalah mengikut kehendak didalam dokumen prosedur. Antara perkara di

    dalam dokumen prosedur ialah :

    a. Memperkenalkan langkah melindungi perkara yang tidak pasti

    berhubung dengan urusan syarikat dan juga sitem kualiti.

    b. Kenal pasti dan rekod sebarang aktiviti dan masalah sistem kualiti

    c. Memperkenalkan, cadangan atau menyediakan langkah-langkah mengatasi

    masalah

    d. Mengawal rancangan masa hadapan apabila ada output yang tidak

    disahkan atau dikenalpasti sehingga keadaan tidak memuaskan di

    perbetulkan.

    B. Pengurus Projek

    Pengurus Projek adalah individu yang bertanggungjawab terhadap segala Qualiti

    Assurance dan di samping itu mengekalkan kehendak yang di tetapkan sebagaimana di

    bawah:

    a. Semak dan sahkan kesemua kerja-kerja persediaan.

    b. Mengesahkan dan memastikan segala kerja adalah mengikut kehendak

    pelanggan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    57/82

    57

    c. Awasi dan pinda struktur dengan pihak atasan syarikat.

    d. Rancang dan kordinat kerja dengan pihak atasan syarikat.

    e. Memeriksa dan memutuskan bahawa suatu kerja itu selamat.

    f. Adakan mesyuarat setiap minggu bersama kumpulan projek.

    g. Bertanggungjawab terhadap semua pembelian untuk projek ini.

    C. Jurutera Kawalan Kualiti Projek

    Jurutera kawalan kualiti projek adalah bertanggungjawab sebagaimana

    yang dinyatakan dibawah:

    a. Membantu inspektor kawalan kualiti melakukan aktiviti pemeriksaan

    secara rambang terhadap struktur dan tapak projek

    b. Memantau terhadap semua lapuran yang tidak disahkan dan tindakan

    pembetulan yang dipohon

    c. Menyelaraskan aktivit yang tidak merosakkan

    d. Memantau dan mengawal dokumen yang berhubung dengan kawalan

    kualiti dan pemeriksaan seperti laporan ujian dan sijil pemeriksaan pengilan

    D. Jurutera Projek

    Jurutera Projek bertanggungjawab terhadap beberapa perkara yang telah di

    tetapkan sebagaimana di terangkan di bawah:

    a. Rancang dan kawal segala aktiviti harian dengan penyelia dan juga sub

    kontraktor projek.

    b. Memastikan kesemua kerja adalah mengikut spesifikasi dan jadual yang

    telah ditetapkan.

    c. Menyelesaikan masalah yang berhubung dengan teknikal dan juga

    sumber manusia dengan penyelia projek dan sub kontraktor.

    d. Lapor dan membantu Pengurus Projek mengatasi maslah di tapak bina.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    58/82

    58

    4.3.14 Seksyen 14: Sistem Kualiti Projek

    Pengurusan Projek membina, mendokumentasi dan mengekalkan sistem kualiti

    adalah untuk memastikan bahawa perjalanan sesuatu projek itu berjalan lancar dan

    sempurna. Oleh itu dokumentasi sistem kualiti di pecahkan kepada beberapa bahagian

    sebagaimana dibawah:

    A. Struktur Dokumentasi

    Struktur dokumentasi projek untuk sistem kualiti terbahagi kepada 3

    bahagian:

    1. Peringkat 1 - Plan Manual Pengurusan Kualiti Projek

    2. Peringkat 2 - Prosedur Pemeriksaan Kawalan Kualiti dan Cara Kerja

    3. Peringkat 3 Arahan Kerja

    Peringkat 1 - Plan Manual Pengurusan Kualiti Projek

    Manual ini menerangkan polisi kualiti, komitmen pengurusan terhadap

    kualiti disamping itu meliputi skop projek, organisasi projek, tanggungjawab

    pengurusan, sistem kualiti, dokumen & kawalan data, pengenalan & pengesanan

    bahan, proses kawalan di tapak, kawalan kualiti di tapak, kawalan bahan yang

    tidak di sahkan di tapak, langkah pembetulan, menyelenggara dan menyimpan,

    rekod kualiti dan yang terakhir audit kualiti.

    Peringkat 2 Prosedur Pemeriksaan Kawalan Kualiti Dan Cara Kerja

    Prosedur yang menerangkan bagaimana kerja dijalankan.Mereka

    menyediakan arah kepada individu yang terlibat untukmemastikan bahawa semua

    kerja menepati kehendak dan efektif.Menggunakan prosedur dapat memastikan

    bahawa semua kerja yang di jalankan adalah seragam serta dan ianya berterusan

    sekiranya ada perukaran pekerja atau pekerja berhenti.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    59/82

    59

    Peringkat 3 Arahan Kerja

    Arahan kerja yang spesifik di keluarkan untuk kerja-kerja yang spesifik.

    Arahan kerja boleh di dalam bentuk borang atau senarai kerja. Ianya boleh di

    keluarkan dan di kawal oleh Pengurus yang menyediakannya.

    4.3.15 Seksyen 15: Kawalan Dokumen Di Tapak

    Didalam seksyen ini ianya meliputi tanggungjawab pengedaran dokumen di

    pejabat. Selain itu ianya juga mengelola segala aktiviti penghantaran dan pengambilan

    dokumen yang melibatkan pihak klien. Dua perkara didalam kawalan dokumen ditapak .

    A. Prosedur Kawalan Dokumen

    i. Penerimaan dokumen ataupun surat

    ii. Penerimaan surat berkaitan perubahan pelan

    iii. Penerimaan lukisan kerja baru atau yang ada peruahan

    B. Dokumentasi Kawalan Kualiti

    i. Notis permohonan pemeriksaan

    ii. Lapuran pemeriksaan/ujian

    iii. Lapuran yang tidak disahkan

    iv. Lapuran audit kawalan kualiti

    v. Penghantaran keluar surat dan dokumen

    vi. Tag pengenalan sampel

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    60/82

    60

    4.3.16 Seksyen 16: Pengenalpastian Dan Penandaan Produk

    Didalam seksyen ini terdapat beberapa 3 elemen yang mana setiap elemen

    diterangkan sebagaimana dibawah

    A. Rekod Dokumen

    Kesemua peralatan dan bahan yang dibekalkan ketapak bina bagi sesuatu projek

    hendaklah direkodkan mengikut kehendak prosedur projek. Senarai nombor yang

    khusus dikenalpasti bagi kesemua peralatan yang besar dan mustahak. Nombor tag

    adalah proses untuk mengawal kesemua peralatan.

    B. Pengenalpastian

    Setiap perkara mengenai peralatan dan kuatiti barang yang hendaklah di

    kenalpasti dengan dengan nombor siri masing-masing. Kesemua yang berhubung kait

    dengan dokumen kawalan kualiti hendaklah direkodkan siri nombornya bagi

    memastikan pengenalannya.

    C. Pengenalpastian Produk

    Jurutera kualiti projek bertanggungjawab bagi memastikan bahawa semua produk

    yang dikeluarkan menepati kehendak peringkat pemeriksaan. Jika boleh semua

    produk hendaklah ditanda (Tag) bahawa barangan tersebut telah lulus daripada

    pemeriksaan kualiti.

    4.3.17 Seksyen 17: Proses Kawalan Pembinaan

    Seksyen ini membincangkan prosedur kerja ditapak bina. Ianya hendaklah di

    sokong oleh pihak ibu pejabat daripada permulaan projek sehingga akhir projek. Ini

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    61/82

    61

    adalah untuk memastikan aktiviti pembinaan ditapak dibawah pengawasan yang

    dikehendaki.

    Proses kawalan ditapak adalah dibawah tanggungjawab Pengurus Projek. Beliau

    mesti memastikan bahawa semua aktiviti pembinaan adalah mengikut dan mematuhi

    kehendak sebagaimana dibawah:

    a. Struktur dan pembinaan mengikut pelan/lukisan yang dilulus dan yang terbaru

    sekiranya ada perubahan.

    b. Struktur dan pembinaan mengikut prosedur dan soesifikasi yang terbaru.

    c. Plan Pengurusan kualiti projek, pemeriksaan yang relevan, plan ujian dan

    prosedur penyokong.

    Seterusnya Pengurus Projek juga merangka kerja harian ditapak bina dan

    memastikan bahawa semua kerja yang dijalankan merangkumi perkara dibawah.

    a. Menyelesai dan menyiapkan arahan kerja untuk kerja yang wajar disiapakan dan

    aktiviti yang terlibat ditapak adalah penting.

    b. Mutu dan kriteria pekerjaan

    c. Proses kawalan yang lebih terutama kerja-kerja seperti kimpalan, melibatkan

    bahan api dan mengecat.Ini termasuk kelayakan individu yang melakukan kerja,

    prosedur kerja dan peralatan yang digunakan.

    d. Dokumen bagi kerja-kerja pembetulan yang mengikut turutan dan pengenalan

    a. bahan binaan.

    4.2.18 Seksyen 18: Kawalan Kualiti Di Tapak

    Didalam seksyen ini ianya menerangkan cara bagaimana bahan dan kerja

    dilakukan pemeriksaan dan ujian. Ianya meliputi keseluruhan sesuatu projek yang

    berkenaan. Selanjutnya ialah pengesahan ujian dan pemeriksaan daripada pihak ke tiga

    bagi memastikan semuanya adalah mengikut kehendak kontrak.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    62/82

    62

    A. Pemeriksaan dan ujian ditapak.

    Pengurus projek hendaklah melantik seorang pekerja bagi melakukan pemeriksaan

    ditapak yang mana ianya meliputi penerimaan pemeriksaan, tahap proses

    pemeriksaan dan pemeriksaan akhir.

    Pekerja yang dimaksudkan mestilah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman

    untuk melakukan semua perkara sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurus

    kualiti. Kesemua pengalaman dan kelayakan pekerja tersebut hendaklah dinyatakan

    didalam biodata pekerja tersebut.

    Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan mestilah mengikut plan kualiti, spesifikasi,

    pemeriksaan tapak, plan ujian dan senarai semak bagi memastikan bahan dan barang

    yang dibekalkan oleh pembekal adalah mengikut kehendak spesifikasi yang

    ditetapkan. Sampel semua bahan yang telah diperiksa dan dibuat ujian hendaklah

    dilampirkan bersama diakhir projrek.

    B. Pemeriksaan dan status ujian

    Jurutera Projek bagi kawalan kualiti (QC) adalah individu yang bertanggungjawab

    memantau sema pemeriksaan dan ujian, semua dilakukan mengikut kehendak setiap

    fasa kerja yang dilakukan. Sistem untuk mencari status pemriksaan atau ujian yang

    telah dilakukan hendaklah merujuk kepada rekod pemeriksaan yang telah

    didokumentasikan.

    Jurutera (QC) hendaklah dari masa kesemasa membina dan mengutarakan senarai

    semak atau plan ujian dan pemeriksaan untuk menunjukkan kehendak atau keperluan

    pemeriksaan. Setiap pemeriksaan perlu disahkan oleh individu yang melakuakn

    pemeriksaan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    63/82

    63

    C. Peralatan pemeriksaan dan ujian kalibrasi

    Semua perlatan mengukur, perlatan dan perkakasan untuk ujian hendaklah mengikut

    spesifikasi yang ditetapkan dan ianya hendaklah disimpan didalam keadaan yang baik

    dan diselenggara. Peralatan ini boleh digunakan pada bili-bila masa.

    Jurutera (QC) hendaklah memastikan semua peralatan untuk ujian dan pemeriksaan

    mengikut kehendak piawaian dan mutu seperti SIRIM supaya semua ujian dan

    pemeriksaan dapat diterimapakai.

    D. Rekod pemeriksaan, ujian dan pentauliahan.

    Untuk semua peringkat pemeriksaan, ujian dan proses pentauliahan, rekod-rekod

    perkara tersebut perlu di simpan dengan sempurna. Ini adalah untuk dijadikan sebagai

    bukti semua perlatan dan bahan telah melepasi pemeriksaan dan ujian mengikut

    kriteria yang telah ditetapkan.

    Semua sijil yang relevan, laporan ujian dan lain-lain adalah hasil daripada

    pemeriksaan dan ujian, ianya mestilah dipertimbangkan sebagai rekod jaminan kualiti

    dan difailkan secara baik.

    4.3.19 Seksyen 19: Kawalan Produk Yang Tidak Diterima

    Bahagian ini menerangkan tentang peraturan yang perlu dibuat untuk mengawal,

    mengenalpasti, membuang dan melaporkan tentang barangan atau perkhidmatan yang

    tidak mematuhi dan menepati ciri-ciri kualiti yang diperlukan.

    Oleh kerana perkara ini melibatkan semua pekerja, maka langkah-langkah perlu

    diambil oleh setiap individu adalah sebagaimana dibawah:

    a. Mengenalpasti dan melaporkan mana-mana bahan atau bahagian kerja

    yang tidak menepati kualiti mengikut kontrak

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    64/82

    64

    b. Mengasingkan bahan atau bahagian yang tidak diterima untuk memastikan

    kerja-kerja yang berkaitan tidak diteruskan dan kerja yang tidak berkaitan

    dapat diteruskan.

    c. Semua laporan yang diterima haruslah direkodkan didalam fail oleh

    Pengurus Projek.

    Kesalahan atau kecacatan kerja yang dilaporkan mestilah direkodkan dan

    langkah-langkah pembetulan yang diambil juga haruslah direkodkan denga teliti. Pekerja

    yang menjumpai kesalahan kerja ini mestilah melaporkan kepada Pengurus Projek,

    supaya langkah pembetulan dapat diambil dengan kadar segera. Pengurus Projek mestilah

    menganalisa kesalahan kerja ini dan mengambil langkah sekurang-kurangnya seperti

    dibawah:

    a. Kerja-kerja pembetulan menurut spesifikasi.

    b. Memberitahu pelanggan atau perunding tentang kerja-kerja pembetulan.

    c. Kegunaan bahan untuk kerja pembetulan mestilah disemak.

    d. Langkah-langakah menghalang berulangnya kesalahan.

    4.2.20 Seksyen 20: Penyimpanan Bahan Binaan

    Bahagian ini menerangkan tentang kualiti penyimpanan bahan binaan dari

    permulaan perlaksanaan projek hinggalah siap projek tersebut. Prosidur-prosidur bagi

    penyimpanan bahan binaan adalah sebagaimana dibawah:

    a. Mengenalpasti kawasan penyimpanan yang bersesuaian yang boleh

    memuatkan semua bahan pembinaan tanpa mengalami kerosakkan.

    b. Mengadakan pagar atau bangunan yang bersesuaian, pengawal

    keselamatan dan kawalan daripada kecurian.

    c. Merekod semua pergerakan keluar masuk barangan mengikut jenis

    barangan yang disimpan.

    d. Menetapkan bahagian-bahgian tertentu mengikut jenis barangan yang

    disimpan.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    65/82

    65

    e. Pengasingan barangan yang telah rosak untuk mengelakkan kesilapan

    pengambilan

    f. Pemeriksaan keatas stok yang ada mesti dilakukan sekurang-kurangnya

    dalam masa sebulan

    Semasa penerimaan atau penghantaran barang, ada diantara barangan yang akan

    rosak. Ianya haruslah diasingkan mengikut jenis. Pengambilan barangan harus merujuk

    dahulu kepada Pegawal Barangan untuk memastikan tidak menggunakan barangan yang

    telah rosak. Langkah berjaga-jaga harus juga di kawal selia oleh penyelia sewaktu

    barangan di pasang atau digunakan. Suatu perancangan yang teliti tantang penggunaan

    barangan haruslah dikeluarkan oleh Pengurus Projek dalam hal ini.

    4.2.21 Seksyen 21: Rekod Kualiti

    Bahagian ini menerangkan bagaimana rekod kualiti yang diadakan, dikenalpasti

    dan di simpan. Jenis rekod yang termasuk dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

    A. Rekod Sistem Kualiti

    1. Dokumen kawalan contoh seperti spesifikasi cara kerja

    2. Laporan tentang kecacatan

    3. Laporan tentang audit dalaman

    4. Latihan

    5. Laporan pihak pengurusan

    6. Ma klumat sub-kontraktor dan pembekal

    B. Rekod Kontrak

    1. Kontrak dengan pelnggan

    2. Perjanjian antara sub-kontraktor

    3. Laporan tender untuk sub-kontraktor

    4. Harga sub-kontraktor

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    66/82

    66

    C. Rekod Bahan Pembinaan

    1. Borang pembelian

    2. Sijil barangan

    3. Borang penghantaran

    4. Boang permintaan barangan

    5. Surat perpindahan barangan

    6. Senarai harga barangan

    7. Maklumat tentang pembekal

    D. Rekod Projek

    1. Lukisan projek

    2. Laporan pemeriksaan dan ujian

    3. Lukisan As Built

    4. Certificate of Practical Completion

    5. Laporan kemajuan

    6. Perubahan kerja

    7. Keputusan ujian kiub konkrit

    Kemasukan atau pengeluaran dokumen huruslah sentiasa di rekod dan di teliti.

    Semua rekod haruslah di simpan di satu tempat yang dikhaskan mengikut bahagain atau

    jabatan. Setiap ketua bahagian perlu bertanggungjawab dengan dokumen didalam

    simpanan mereka. Semua rekod hanya dapat diambil atau dilihat setelah mendapat

    kebenaran dari ketua bahagian atau jabatan. Semua rekod kualiti haruslah di simpan

    sekurang-kurangnya lima tahun setelah projek siap. Pemusnahan rekod ini mestilah

    mendapat kebenaran Pengarah Urusan syarikat.

    4.3.22 Seksyen 22: Pengauditan Kualiti Dalaman

    Dalam fasa ini diterangkan tentang pengauditan dalaman yang perlu dilakukan

    untuk memastikan samada aktiviti yang dijalankan menepati ciri kualiti yang

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    67/82

    67

    dikehendaki. Ianya juga akan menerangkan tentang tanggungjawab bahagian audit dan

    prosidur bahagian pengauditan.

    Tanggungjawab

    Pengurus Kawalan Kualiti adalah bertanggungjawab untuk memastikan perkara-

    perkara berikut :

    a. Perancangan keseluruhan, penyeliaan, pembahagian dan perlaksanaan audit

    kualiti

    b. Mengadakan jadual kerja untuk perlaksanaan kerja pengauditan

    c. Mengawasi semua laporan kualiti audit dan memastikan tindakan telah diambil

    terhadap kesalahan yang ditemui sewaktu pengauditan.

    Pegawai Pengauditan pula bertanggungjawab terhadap perkara seperti berikut:

    a. Merancang kerja-kerja pengauditan

    b. Memeriksa dan meniliti semua maklumat

    c. Membuat laporan tentang pengauditan yang didapati dan membuat cadangan

    yang bersesuaian.

    d. Meninjau tindakan yang diambil berkaitan kesalahan yang ditemui.

    Laporan Audit

    Laporan audit haruslah disediakan di penghujung kerja pengauditan dan diberikan

    kepada Pengurus Kawalan Kualiti untuk mendapatkan kelulusan. Pengurus Kawalan

    Kualiti kemudiannya akan mengedarkan laporan tersebut kepada pihak lain yang terlibat.

    Jika laporan ini menunjukkan kesalahan besar telah ditemui, maka Pengurus Kawalan

    Kualiti boleh membuat cadangan berdasarkan laporan ini untuk menamatkan kontrak

    sub-kontraktor atau pembekal yang terlibat.

  • 8/11/2019 pengurusan pembinaan

    68/82

    BAB V

    KEBERKESANAN, KEBAIKAN DAN MASALAH PERLAKSANAN

    PELAN KUALITI PROJEK (PKP)

    5.1 Pengenalan

    Setelah mendalami kehendak-kehandak yang terdapat didalam sistem pelan

    kualiti projek (PKP), kajian seterusnya adalah memfokuskan kepada keberkesanan dan

    masalah dalam perlaksanaannya. Keberkesanan perlaksanaannya dan masalah dikaji

    dengan membuat kajian daripada penganalisaan jawapan yang didapati daripada soal

    selidik terhadap individu yang terlibat dengan industri pembinaan. Mereka yang terlibat

    ialah daripada pihak Pemaju, Jurutera Perunding dan Kontraktor.

    5.2 Analisa Data Soalselidik

    Analisa data selidik ialah merupakan perkara utama didalam penulisan Pelan

    Kua