pengurusan makmal sains sk perumahan tampoi 2 abad ke 21

16
PENGURUSAN MAKMAL SAINS SK PERUMAHAN TAMPOI 2 ABAD KE 21 1.0 Pendahuluan Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik. Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam proses P & P

Upload: ryanboolalayahoocom

Post on 02-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

oji

TRANSCRIPT

PENGURUSAN MAKMAL SAINS SK PERUMAHAN TAMPOI 2 ABAD KE 211.0 PendahuluanSains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik. Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran. Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan

Menyedari kepentingan aspek kemahiran amali dalampengajaran dan pembelajaran sains, Kementerian Pendidikan Malaysia mula memperkenalkan kurikulum sains Nuffield pada tahun 1972. Kurikulum inimemberikan penekanan terhadap kepentingan kemahiran amali dalam pengajaran danpembelajaran sains. Antara kepentingan kemahiran amali, yang sinonim dengan aktiviti praktikal di makmal sains ialah, ianya dapat menambahkan minat pelajar terhadap sains, dapat menguatkan pemahaman pelajar terhadap konsep sains, serta dapatmeningkatkan kemahiran saintifik pelajar (Fatin Aliah,Mohd Salleh, Mohammad Bilal & Salmiza,2012).Pengintegrasian kemahiran amali berkembang dandisesuaikan seiring dengan kurikulum sains di Malaysia. Namun begitu, ,pemahaman konsep sains dan kemahiran saintifik yang diharapkan dapat dikuasai oleh para pelajar ternyata menghasilkan keputusan yang mengecewakan seperti yang dilaporkan oleh TIMSS. Mengapakah ianya terjadi? Apa yang tidakkena dengan sistem makmal sains diMalaysia? Apakah penambahbaikan yang boleh diterapkan untuk mengatasi masalah ini?Pendidik bertugas di SK Perumahan tampoi 2 Johor bahru. Sekolah saya mempunyai enrolmen murid seramai 716 orang yang terdiri pelbagai kaum iaitu India, Cina dan Melayu. Saya diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan Ketua panitia Sains di samping tugas khas yang main. Sebagai ketua panitia saya perlu melaksanakan pelbagai tugas yang diamanahkan untuk matapelajaran sains. Pengetahuan dan kemahiran amat penting dalam mengurus dan menyelenggarakan makmal sains dengan baik. Makmal sains merupakan sebuah tempat di mana proses pengajaran sains dapat dijalankan. Ia mempunyai kemudahan untu melakukan ekspriment. Di samping itu juga makmal perlulah ada kemudahan asas seperti elektrik, air dan peralatan yang perlu ada di makmal sains.

2.0 Saiz makmal yang sesuaiKebanyakan makmal sains di Sekolah Rendah di Malaysia mempunyai ruang yang terhad. Saiz makmal yang tidaksepadan dengan jumlah pelajar yang ramai memberi limitasi kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ruslina,2001; Ros Ayu, 2007, dipetik daripada Fatin Aliah et.al., 2012). Selain itu, ianya juga meningkatkan risiko kemalangan dalam makmal. Di Amerika Syarikat, the NationalScience Teacher Association (NSTA) telah menetapkan minimum ruang seluas 50 kaki persegi untuk setiap pelajar di dalammakmal. Selain itu, NSTA juga mengesyorkan bilangan 24 orang pelajar sebagai jumlah maksimum pelajar dalamsuatu masa di dalam sebuah makmal.Semua sekolah di negara tersebut mestilah mematuhi standard ini kerana sekiranya berlaku sebarang kemalangan, perkara pertama yang akan diteliti oleh mahkamah ialah saiz makmal dan bilangan pelajar didalam kelas tersebut semasa kemalangan itu berlaku. Jika disabit kesalahan,sekolah itu boleh didenda (Susan, Margaret &Heidi, 2005). Namun, bagimenambahbaik makmal sains di Malaysia dari aspek saiz, ianya akan menelanbelanja yang tinggi kerana proses renovasi harus dilaksanakan bagi tujuan ini.Olehitu, pendekatan yang terbaik bagi mengatasi kekurangan ini ialah dengan mengehadkan bilangan pelajar yang boleh menggunakan kemudahan dimakmal pada suatu masa tertentu. Halini boleh dilaksanakan dengan membahagikan sebuah kelas kepada dua kumpulan. Sekiranya kumpulan yangpertama melakukan amali di makmal pada suatu sesipembelajaran, kumpulan yang kedua akan melakukan perbincangan di kelas, dan begitulah sebaliknya. Hal ini dapat membantu guru untuk memberikan lebih penumpuan kepada para pelajar, serta sekaligusmeningkatkan kemahiran saintifik pelajar kerana mereka mempunyai lebih ruangdan peluang untuk meneroka sendirisesebuah konsep sains berdasarkan eksperimen yang mereka laksanakan.

3.0 Susun atur makmal yang fleksibelSelain itu, menurut satudapatan kajian oleh seorang pengkaji di Israel,transformasimakmal kimia (oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, dan di tempat-tempatlain) daripada meja makmal yang tetapbeserta susunan botol-botol reagen yang kaku, kepada reka bentuk yang lebih terbuka dan fleksibel, dapat meningkatkan komunikasi dan kolaborasi di antara guru dan pelajar(Arzi,1998, dipetik daripadaSusan, Margaret & Heidi,2005). Kebanyakan makmal di sekolah-sekolah rendah di Malaysia mempunyai cara susun atur tradisiyang sama, iaitu terdapat4 hingga 6 orang pelajarakan berkongsi satu meja panjang yang mempunyai satusinki di tengah-tengah (Lihat Rajah 1).Susun atur ini kurang sesuai kerana ianya melambatkan akses guru kepada muridsekiranya berlaku sebarang kemalangan. Selain itu, ruang diantara satu meja ke meja yang lainadalah agak sempit dan boleh meningkatkan risiko kemalangan.. Susun aturini mengandungi sinki yang ditetapkankedudukannya, manakala meja panjang yang disusun di sekeliling sinki iniboleh diubah kedudukannya untuk memaksimumkan ruang dan bilangan pelajar yang menjalankan aktiviti praktikal tanpa membelakangkan guru di hadapan. Guru juga lebih mudah untuk memantau aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar.

4.0 Peralatan ujikaji yang mencukupiPendekatan pengajaran dalam makmal sains memerlukan parapelajar untuk terlibat aktif dengan melaksanakan ujikaji yang diarahkan. Olehyang demikian,makmal sains seharusnyamempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara maksima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikalyang sesuai . Kemahiran amalipara pelajar dinilai dengan pelaksanaan PentaksiranKerja Amali (PEKA).Antara faktor kurangnya keberkesanan PEKA ialah peralatan yang tidak mencukupi dansekolah tidak mempunyai kewangan untuk membeli radasdan peralatan. Namun demikian, pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan semula elemen ujian amali dalampeperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah. Bagi mencapai hasrat ini, pihak kementerian akan menjalankan semakan secara menyeluruh terhadap infrastruktur sedia ada untukmengenal pasti dan menangani kekurangan peralatandan kemudahan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sejajar dengan hasrat kerajaan, setiap pelajar harus diberikan satu set radas yang lengkapbeserta inventori dan satu loker berkunci untuk menyimpan peralatan mereka. Pada setiap hujung bulan, bilangan dan keadaan radas akan disemak dan diperiksa. Setiap pelajar yang menghilangkanatau merosakkan radas yang diberi akan didenda. Hal inidapat memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan pelajar disamping meminimumkan bilangan radas yang rosak. Namun, impak yang terbaik ialahpelajar dapat merasai sendiri pengalaman melaksanakan ujikaji berdasarkan kemahiran masing-masing.5.0 Sistem pengurusan makmalSystem pengurusan makmal merupakan satu system yang kompleks dimana ia merangkumi aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal. Pengurusan makmal di sekolah pendidik menggunakan kaedah buku log untuk mencatat penggunaan makmal dan bahan-bahan dalam makmal. Segelintir guru menulis buku penggunaan makmal dan baha-bahan pengeluaran item dalam makmal. Kaedah ini kurang efisyen kerana tidak mempunyai kesahan datanya. Seiring dengan teknologi terkini kita perlu mengintegrasikan pengurusan makmal computer secara sistematik dengan menggunakan computer. Guru-guru boleh kliksahaja penggunaan makmal sains dan bahan yang digunakan memalui computer. Ini memudahkan kerja mencatat dan merekod.

6.0 Pengurusan BelanjawanBantuan PCG Mata Pelajaran Teras ( Sains ) SK Perumahan Tampoi 2501- 1000 murid = RM 5700+RM 10 seorang murid melebihi 500 orang.Sumbangan PIBG = RM 50,000JUMLAH SEBENAR = RM 57,160.00Cadangan belanjawan Pelan Transformasi Makmal Sains Abad 21BilItemAnggaran

1Renovasi kecil ( Pemasangan sink,wayar elektrik dan internet )RM 9,000

2Perabut mudah alih ( meja dan kerusi )RM 6,000

3Bahan dan radasRM 4,000

4Sistem pengurusan makmal berkomputerRM 5,000

5Kemudahan ICT ( Laptop, LCD dan pembesar suara)RM 20,000

6Jubah makmal. Langsir dan cermin mata keselamatanRM 10,000

7BBM ( buku, carta dan kad imbasan )RM 3,160

PENULISAN REFLEKTIFDiperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supayapembelajaran menjadi lebih bermakna. Garis Panduan Pembelajaran Luar BilikDarjah (PLBD), (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilikdarjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajukatau konsep yang akan dipelajari , atausebagai satu proses mempelajari.Domainpembelajaranterdiri daripadatiga iaitupengetahuan,sikapdan kemahiran.Selainitu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalamkelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar,bermakna danmenyeronokkan.Kemudian, ia jugamembolehkan muridberfikir danmenguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minatdan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul,memproses, dan menganalisis data serta maklumat.Akhir sekali, dapat menerapkannilai-nilai murniPembelajaran di luar bilik darjah adalah satu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan perlaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Dalam mata pelajaran sains pembelajaran di luar bilik darjah boleh dijalankan. Antara tempat yang saya pilih ialah ke Zoo. Lawatan ke zoo cara untuk mendekatkan murid dengan tajuk haiwan dalam sukatan pelajaran sains KSSR. Antara objektif saya mengadakan lawatan ke zoo ialah untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk seperti mengenali haiwan iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar , memperkukuhkan lagi tajuk yang diajar dan murid mengenal sendiri apa yang terdapat dalam zoo. Selain itu juga dapat menukuhkan kefahaman murid tentang tajuk haiwan. Ia member pengalaman yang menarik dalam situasi yang sebenar dan murid dapat memegang dan merasa haiwan tersebut. Selain itu membolehkan murid untuk berfikir tentang haiwan samaada untuk peliharaan atau haiwan liar. Dengan adanya lawatan ke zoo dapat meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru disamping mengembangkan kemahiran bersosial sesame murid yang terlibat dengan lawatan itu. Ini dapat mengembangkan kemahiran mengumpul data , memproses dan menganalisis data dan maklumat.Lawatan dibuat untuk tahun 3 orkid dalam sukatan sains KSSR tentang haiwan. Lawatan dibuat ke Zoo Johor Murid dikehendaki mengkelaskan haiwan peliharaan dan haiwan liar. Dalam haiwan peliharaan terbahagi kepada dua iaitu haiwan ternakan dan haiwan kesayangan. Dalam haiwan liar murid mengkelaskan haiwan hidup di hutan, haiwan hidup di kolam dan haiwan yang hidup dalam laut.setelah memberi tajuk tugasan guru perlu memberi kumpulan untuk kelas yang menyertai lawatan itu untuk memudahkan tugas guru yang mengiring. Sebelum menyertai lawatan ke zoo murid hendaklah diberi taklimat keselamatan, peraturan dan displin murid perlu dijaga sepanjang lawatan itu. Sebelum memulakan pembelajaran semasa di zoo keselamatan murid perlu dikawal dan dijaga oleh guru pengiring. Pastikan peralatan untuk murid dibawa seperti buku nota dan pensil untuk mencatat. Semasa berada di zoo guru pengiring perlu menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid terjaga.Semasa aktiviti lawatan ke zoo murid digalakkan membuat pertanyaan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu juga murid dapat memegang badan haiwan dan melihat sendiri habitat haiwan di zoo. Misalnya murid boleh memegang haiwan yang jinak seperti arnab, kura-kura, kuda, pelbagai burung dan banyak lagi. Murid akan lihat habitat haiwan di zoo. Murid boleh merasa dengan tangan sendiri tekstur badan haiwan di dalam zoo. pasti murid gembira dan teruja kerana selama ini mereka belajar hanya di dalam kelas tampa melihat sendiri keadaan yang sebenar. Sambil melihat haiwan yang ada dalam zoo murid perlu mencatat maklumat tentang tugasan yang diberikan. Selain itu juga semasa lawatan murid mendapat maklumat daripada penjaga zoo yang mengawal haiwan di dalam zoo. Melalui kumpulan yang diberikan murid dapat melakukan aktiviti secara kumpulan dan secara tidak langsung melengkapkan tugasan yang guru beri. Semasa murid mengikuti lawatan di dalam zoo guru perlulah sentiasa mengingatkan supaya murid mematuhi keselamatan di dalam zoo. Selepas lawatan dibuat guru perlulah memberi maklumat tambahan kepada murid. Guru perlu membimbing murid untuk membuat rumusan bedasarkan lawatan yang disertai. Selain itu setiap kumpulan hendaklah membentangkan laporan dan pengkelasan haiwan yang guru beri sebelum lawatan ke zoo di dalam kelas sains. Dengan adanya pembentangan dapatlah murid bertanya dalam sesi soaljawab berkaitan dengan tajuk haiwan . Banyak persoalan yang ditanya dan dirungkai oleh jawapan guru yang tepat. Ini dapat meningkatkan tahap kemahiran berfikir murid. Murid akan bertanyakan soalan yang mereka baru nampak dan tahu tentang haiwan yang mereka lihat semasa lawatan ke zoo. Kekuatan Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah1. Kukuh kefahaman murid terhadap konsep yang diajar dalam kelas2. Murid bina kefahaman berdasarkan persekitaran dan pengalaman3. Tingkatkan minat murid belajar 4. Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan5. Menerapkan nilai murniKelemahan Kaedah Pembelajaran LuarBilik Darjah1. Memerlukanperancanganrapi(faktorcuaca,tempat)2. Sumber pengajaranyang terhad disebabkan oleh pengajaran berlaku diluar bilik darjah3. Melibatkankos