keselamatan makmal

27
KESELAMATAN MAKMAL 1. KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1.1 BAHAN KIMIA Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia. Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut. Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah). Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida. Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing. 1.1.2 Cecair Mudah Terbakar Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini

Upload: payau-johnny

Post on 27-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESELAMATAN MAKMAL

KESELAMATAN MAKMAL 

1.        KESELAMATAN MAKMAL SAINS          

1.1      BAHAN KIMIA 

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan mulut. 

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 

1.1.1    Pepejal Mudah Terbakar

           Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.  Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.   Penyimpanan ketiga-tiga  bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).

Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing.  

1.1.2  Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari .  Almari ini  harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah.  Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. 

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan. 

Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing. 

Jadual 2:  Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar 

Bahan takat kilat /C  (Sambaran)

Page 2: KESELAMATAN MAKMAL

Propana

Dietil eter

Dimetil eter

Karbon disulfida

Aseton

Sprit petroleum

metanol

Etanol

- 104

- 45

- 41

- 30

- 18

- 17

   10

    10

 1.1.3   Bahan Kimia Mengkakis 

Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.

Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.  Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. 

Sekiranya sebahagian badan terkena  bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan. 

Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan. 

1.1.4  Bahan Kimia Beracun 

Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun.

Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah.  Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.

Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati. 

(A)    Langkah Keselamatan 

Page 3: KESELAMATAN MAKMAL

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan.  Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian. 

(i)   ANILINA  mudah menyerap ke dalam kulit.

(ii)  BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena. 

(iii)   WAP BROMIN   adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit.

(iv)    KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun.  Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.

(v)    WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana)  adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

(vi)   KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

(vii)   HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang menokok.  Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.

(viii)  MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipanaaskan langsung.  Wapnya ADALAH SANGAT  merbahaya.

(ix)     SULFUR DIOKSIDA   adalah beracun. 

(B)   Peraturan Penyimpanan 

            Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

            (i)   Semua botol reagen bahan kimia mestilah  dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.

Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan. 

(ii)  Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik.  Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.

(iii)   Cecair meruap dan lain-lain  cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api. 

(iv)    Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan. 

Page 4: KESELAMATAN MAKMAL

(iv)    Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan).  Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul. 

1.1.5  Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia 

Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik. 

(i)    Bahan pepejal kering  :    Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang sesuai. 

(ii)   Larutan (Asid)          :       Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan. 

Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat  atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. 

Peringatan :  Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik.  Siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu. 

i)  larutan Alkali  :  Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang. 

Peringatan:  Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin.  ?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan.

i) Bahan berminyak

Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang.  Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering. 

ii)  Pelarut mudah Meruap :  Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat.  Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.  Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:

(a)   Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut

ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Dan

b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).

iii)  Merkuri:   

Page 5: KESELAMATAN MAKMAL

Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.  

* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang  

   tumpahan. 

1.1.6 Pelupusan 

            Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.

 

Sumber: http://makmal.9f.com/keselamatanmakmal.html

KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF

1.3 BAHAN RADIOAKTIF 

            1.3.1 Kelayakan Guru Sains 

            Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif. 

            1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif 

            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.           

            Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. 

            Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata. 

Page 6: KESELAMATAN MAKMAL

            Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai. 

            Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ). 

1.3.3 Penyimpanan 

            Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa. 

            Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun. 

            Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif,   pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta. 

            Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan. 

1.3.4   Kemalangan Dalam Makmal 

            Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas  mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci. 

            Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya. 

            Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya. 

1.3.5  Pelupusan 

            Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: 

            (i)   “Sumber Tertutup”

                        (a) Takrif:

Page 7: KESELAMATAN MAKMAL

                        ( b) Kaedah:

                               Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada   pembekal atau pengeluarnya. Jika sumber tertutup iaitu disyaki   merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan   hendaklah   diberitahu  dengan segera

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI

1.2  BAHAN BIOLOGI 

1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma: 

            a)  Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen. 

            b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji. 

            c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal. 

            d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas. 

            e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan makanan. 

            f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang. 

            g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.  

            h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan

 

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR 

Page 8: KESELAMATAN MAKMAL

A)         Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

B.          Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.

C.          Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. 

D.        Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

E.         Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F.          Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G.        Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.

H.         Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

I.          Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.

J.          Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K.        Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L.         Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti  dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

M.        Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

N.         Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

O.        Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

P.         Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q.        Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

R.         Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

Page 9: KESELAMATAN MAKMAL

 

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

 

A.        Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk  mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.

B.        Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian  kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas.  Jangan membazirkan bahan kimia.

C.         Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.

D.        Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.

E.         Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.  Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

 

AMARAN 

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN 

A.        Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali)  kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. 

B.         Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan. 

C.        Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi. 

D.        Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. 

E.         Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan. 

Page 10: KESELAMATAN MAKMAL

F)          Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian. 

G)            Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan.

H.            Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. 

I)       Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan. 

J.          Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

 

 

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH

Perkara-perkara am

A).         Petunjuk

Satu petunjuk  JAGALAH KESELAMATAN ANDA  berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap makmal;.

B)         Peti pertolongan cemas

peti pertolongan  cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.

C)          Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

            Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.

            Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa

Page 11: KESELAMATAN MAKMAL

kebakaran di sekolah.

D.         Pergerakan pelajar

            Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.

            Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam makmal sains.

E.         Peredaran udara

            Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang beracun.

F.         Lantai

            Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.

G.         Bekalan Elektrik

            Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan.

            Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .

            Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.

            Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti  baru.

            Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah.

H.         Kaca

            Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran   kaca.

I.         Kemalangan

            Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah

Page 12: KESELAMATAN MAKMAL

mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru.

1.2         KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut:

            i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api.

            ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya.

            ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis  busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api.

Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.

Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara.

1.3  LETUPAN

            a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan.

            b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini.

            Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun.

            Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran.

            Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan.

            c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan.

Page 13: KESELAMATAN MAKMAL

1.4          PERCUBAAN YANG MERBAHAYA

a.            Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas.  Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.

b.          Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur.

c.            Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai.

d).            Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan.  Kalium yang tersimpan  lama dan bertukar  menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam.

e).        Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.

f).        Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.

g)     Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.

h).         Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik.

I).       Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan

Page 14: KESELAMATAN MAKMAL

radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh.  Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.

j).    Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam)  untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita selofan.

Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu sebelum membuangnya.

1.5      BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan mulut.

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.

a)         Pepejal Yang Mudah Terbakar

            Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam  air dan jangan  dibiarkan menjadi  kering.

Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan  bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)

Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing.

Page 15: KESELAMATAN MAKMAL

Bahan Kimia

Kesan-Kesan Merbahaya

Penyimpanan dan Pembuangan

Catatan

Litium,

Natriun,

Kalium

Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum

Sulfur

Fosfurus Kuning

bertindak balas dan meletup dengan air

Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana

Mudah terbakar dan terbakar denga cergas

Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan

Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat

Membakar serta-merta apabila terdedah kepada udara

Disimpan dalam parafin (kerosin)

Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang

Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida

Mesti dijauhkan daripada agen peroksida

Mesti disimpan di dalam air

Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk

Mesti dipotong di dalam air

Page 16: KESELAMATAN MAKMAL

Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium

klorida

Bertindak balas dan meletup dengan air

Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun

Mesti digunakan dalam kuantiti kecil

Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap

b)         Cecair Mudah Terbakar

            Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila  api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.

Bahan kimiaTakat Kilat /0C

Propana -104

Page 17: KESELAMATAN MAKMAL

Dietil eter

Dimetil eter

Karbon disulfida

Aseton

Sprit Petroleum

Metanol

Etanol

-  45

-  41

-  30

-  18

-  17

    10

    12c)         Bahan Kimia Yang Mengkakis

            Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan  menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan.

Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.

D)        Bahan Kimia Beracun

            Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.

             Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal.

            Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.

            Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.

            Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang  boleh memudaratkan:

            i) ANILIN  mudah menyerap ke dalam mulut

            ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.

Page 18: KESELAMATAN MAKMAL

            iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit.

            iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah.

            V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

            Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

            Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.

            Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.

            ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.

Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.

ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.

iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah  di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana  cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.

vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan  cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul.

1.6.            BAHAN RADIOAKTIF

            a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.

            b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif

            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.

Page 19: KESELAMATAN MAKMAL

            Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan  sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.

            Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.

            Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan.

Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).

C) Penyimpanan

Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.

Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat  serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.

Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.

Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci.

D)        Kemalangan dalam Makmal

            Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh.

            Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai

Page 20: KESELAMATAN MAKMAL

Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.

E)     Pelupusan

            i)          Sumber tertutup

                        Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekalpembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor,  pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.

            ii)         Sumber terbuka

                        Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan  dicurahkan denga air yang banyak atau dengan  membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi  mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak  berlaku.

1.7  PELUPUSAN BAHAN SISA

a)   Gas

Gunakan almari wasap untuk membuangnya.

B)   Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink.

Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong  dan dibakar di luar makmal.  JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.

C)    Pepajel

Bagi pepejal  yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit).  AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.

Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya  secara sedikit demi sedikit.

D)   Kaca

Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan.

Page 21: KESELAMATAN MAKMAL

E)     Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga,

f)     Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.

1.8    PAMERAN SAINS SEKOLAH

a.            Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B.            Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu.

C.        Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah  diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.

D.        Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.

E.            Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan.

F.        Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal.

G.        Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan.

H.        Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi.

I)         Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas