pengurusan grafik

Upload: chun-lee-tan

Post on 11-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 pengurusan grafik

    1/4

    Pengurusan Grafik (Tan Chun Lee)

    SCE 3112 Page 1

    Seronoknya Belajar Sains

    Strategi PdP Sains yang pelbagai

    Ciri-ciri guru Sains yang bai

    Persekitaran bilik sainsyang merangsangkan

    Bahan bantu pengajaran yang menarik

    Perancangan pengajaran yang baik

    Komunikasi yang berkesan

    Inkuiri pnemuan

    Konstruktivisme

    Pendekatan Sains, teknologi&Masyarakat

    Kontekstual

    Masteri Sudut Inkuiri Sains Taman Sains

    Stesen Pembelajaran PengayaanSudut Pameran Sains

    Sudut Sains

    Fasilitato

    PemangkinPakar rujuk

    Model

    Media melalui teknologi maklumat

    Carta model Poster

    Peralatan & bahan SainsPerancangan pengajaran

    Pelaksanaan pengajaran

    Pengurusan bilik darjah

    Menyanyangi murid

    Pengukuran & penambahbaikanPenglibatan aktif murid

    Komunikasi pelbagai halaSpesimen-spesimen

  • 5/21/2018 pengurusan grafik

    2/4

    Pengurusan Grafik (Tan Chun Lee)

    SCE 3112 Page 2

    Murid-murid dalam kelas yang sama berbeza antara satu sama lain. Mereka berbeza

    dalam operasi Piaget sekiranya diuji. Mereka berbeza dari segi perkembangan kognitif, emosi dan

    fizikal. Teori otak menunjukkan bahawa kanak-kanak berbeza dari segi kadar penggunaan

    hemisfera serebrum. Terdapat kanak-kanak yang mengutamakan interaksi serebrum kanan. Mereka

    lebih cenderung untuk memproses maklumat secara menyeluruh seperti dalam muzik, input visual,

    pergerakan badan, dan berfantasi. Mereka merupakan individu yang kreatif dan infinitif. Kanak-

    kanak yang lain mengutamakan interaksi serebrum kiri dan amat berbeza dari segi pemprosesan

    rangsangan dari persekitaran. Mereka belajar dengan lebih berkesan melalui proses-proses linear,

    verbal, matematikal dan analitikal.

    Apakah implikasi pengetahuan tentang otak kepada pengajaran sains? Yang penting

    sekali adalah bahawa anda dan murid-murid anda merupakan individu yang unik. Setiap orang

    mempunyai potensi yang unik. Tiada orang lain yang sama sepenuhnya seperti kita. Oleh itu, setiap

    pelajar berbeza dari segi cara pembelajaran. Jadi macam mana menyeronokkan belajar sains? Ada

    6 ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran sains berkesan. Pertama ialah strategi pembelajaran dan

    pengajaran yang pelbagai. Dalam subjek sains perlu mempunyai pelbagai strategi pembelajaran dan

    pengajaran barulah menarik murid mempelajari sains dengan seronok. Sebagai contoh, apabila guru

    menggunakan strategi konstruktivisme, murid bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta

    membuat refleksi. Keadaan ini membawa rasa seronok kepada murid-murid. Kesan yang sama jika

    guru menggunakan strategi kontekstual, masteri atau pendekatan sains, teknologi dan masyarakat.

    Ciri-ciri guru sains adalah penting untuk memberi pengalaman belajar yang seronok bagi

    murid. Guru sains adalah menjadi pakar rujuk supaya memberi maklumat sekadar cukup bagi

    menggerakkan kanak-kanak memberi tumpuan. Guru sains adalah model menunjukkan contoh dan

    teladan yang baik sebagai ikutan kanak-kanak untuk mempelajari ciri-ciri yang baik supaya berjaya

    dalam penerokaan ilmu sains. Guru adalah fasilitator bersedia meneroka ilmu sains bersama kanak-

    kanak. Guru sebagai pemangkin menentukan kegembiraan dalam penerokaan mencari

    pengetahuan supaya ditanamkan dalam diri murid-murid.

    Persekitaran bilik sains yang merangsangkan seperti sudut sains, sudut pameran sains,

    sudut inkuiri sains, stesen pembelajaran pengayaan dan taman sains dapat mengembangkan

    pemikiran murid dan memerhati fenomena sains atau menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan

    pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, komunikasi yang berkesan seperti komunikasi pelbagai

    hala dan penglibatan aktif murid dapat menyeronokkan murid untuk belajar, penglibatan murid

    secara partisipatif dan kolaboratif akan memberi impak terbaik.

  • 5/21/2018 pengurusan grafik

    3/4

    Pengurusan Grafik (Tan Chun Lee)

    SCE 3112 Page 3

    Perancangan pengajaran yang baik adalah penting bagi melancarkan proses

    pembelajaran sains. Perancangan pengajaran adalah penting untuk memilih objektif pengajaran

    supaya memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk murid dan membuat penilaian.

    Pelaksanaan pengajaran yang baik akan menarik murid dan memberi kesan yang baik kepada murid.

    Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yang betul dan terkini

    akan merangsang diri murid menggunakan kaedah pembelajaran yang betul. Selain itu, pengurusan

    bilik darjah yang baik juga menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yang sesuai,

    menarik dan selesa dalam bilik darjah, suasana yang baik ini akan menyeronokkan murid dan

    memudahkan guru melaksanakan pengajaran.

    Pengukuran dan penambahbaikan juga akan mempengaruhi pengalaman belajar yang

    seronok. Pelaksanaan pengukuran secara berkala berdasarkan keupayaan memilih bentuk soalan

    mengikut analisis item penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru supaya murid

    dapat mengetahui tahap pencapaian sendiri sehingga mencapai kepuasan dalam hati diri sendiri.

    Penambahbaikan pula akan mengubahsuaikan pengajaran dan pembelajaran yang kurang seronok

    ke lebih menarik dan menyeronokkan.

    Ciri-ciri yang terakhir adalah bahan bantu pengajaran yang menarik. Bahan-bahan seperti

    bahan media melalui teknologi maklumat, carta model, poster, peralatan dan bahan sains serta

    spesimen-spesimen haiwan dan tumbuhan dapat meningkatkan pengajaran guru menjadi lebih

    berkesan dan berjaya meruntun fikiran murid terhadap pelajaran mereka. Contohnya terdapat satu

    kajian ilmiah yang mengatakan bahawa murid belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan

    melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi jikalau mengambil pendekatan media melalui

    teknologi maklumat akan menggabungkan di antar kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, guru

    dapati minat pelajar semakin bertambah apabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    Selain itu, carta model, poster, peralatan dan bahan sains serta spesimen-spesimen haiwan

    dan tumbuhan yang disediakan oleh guru akan merangsangkan minat murid untuk belajar. Murid

    akan berasa seronok apabila dapat didedahkan kepada spesimen-spesimen tumbuhan dan haiwan

    yang tidak pernah dilihat, peralatan dan bahan sains juga akan memberikan murid peluang untuk

    menjalankan aktiviti "hand-on" dan "mind-on" ini akan memberi peluang kepada murid untuk

    menggunakan kemahiran manipulatif menjalankan eksperimen yang seronok dan mencungkil fikiran.

    Carta dan poster pula akan memberikan peluang kepada murid-murid merenung kembali apa yang

    telah dipelajari sebelum itu supaya dapat menghafal konsep atau hukum sains yang abstrak.

  • 5/21/2018 pengurusan grafik

    4/4

    Pengurusan Grafik (Tan Chun Lee)

    SCE 3112 Page 4