pengurus besar kesedar dianugerahi gelaran dato’ kesedar-okt-di… · pencapaian sasaran kerja...

36
Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ BIL. 4 / 2014 • OKTOBER-DISEMBER EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 3

Upload: tranthu

Post on 06-Feb-2018

295 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’

BIL. 4 / 2014 • OKTOBER-DISEMBEREDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 3

Page 2: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

editorial

Hati Dan Aura DiriAssalamualaikum warahmatullahiwabarokatuhDengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Setiap seorang daripada kita mempunyai hati dan auranya yang tersendiri. Apa itu hati dan apa pula aura?

Mengikut Kamus Melayu - Inggeris Dewan Cetakan 2012, hati bermaksud organ di dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan, yang mengeluarkan hempedu dan membersihkan darah. Daripada perkataan hati terbitnya pelbagai ungkapan kata lain berkaitan dengan hati seperti baik hati, sampi hati, keras hati, berhati-hati, sakit hati, sehati sejiwa, berhati mulia dan sebagainya. Semuanya berkait dengan hati

Aura pula bermaksud suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang. Oleh sebab aura itu adalah perasaan, maka aura bermula daripada hati dan aura diri boleh dibina dan dibentuk.

Hati yang negatif menghasilkan aura yang negatif manakala hati yang positif pula akan menghasilkan aura yang positif. Hati yang bersih dan suci daripada perasaan negatif menjadikan kita seorang yang berlapang dada, berbaik sangka, tidak bersaing (secara negatif) dan tidak suka menyakitkan hati orang lain tetapi suka membahagiakan orang!

Orang yang bersih dan tenang hatinya ialah orang yang beraura positif (disenangi orang). Pada wajahnya terpancar aura positif kerana senyuman itu sentiasa menjadi hiasan wajah.

Sekian, Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 Masihi.

Ketua Editor

Menanda Aras Kecemerlangan Tadbir UrusAssalamu’alaikum warahmatullahiwabaraktuh.Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kesempatan untuk saya bertamu di ruangan ini untuk kesekian kalinya. Semoga kita semua dikurniakan Allah SWT kekuatan dan ketabahan untuk terus berkhidmat berlandaskan nilai-nilai murni dan terpuji sebagaimana kehendak ajaran agama Islam, agamaNya yang maha suci.

Tahun 2014 kini berada di penghujungnya. Sebagaimana lazimnya, pada setiap penghujung tahun, sudah menjadi tugas dan keperluan bagi jabatan untuk menilai pencapaian pelaksanaan program, projek dan aktiviti pembangunan dan pengurusan sepanjang tahun. Penilaian tersebut bukan sahaja dibuat dari sudut fizikal dan kewangan, tetapi juga dari pencapaian yang lain. Kaitan dengan keupayaan berbelanja tahun 2014 bagi peruntukan pembangunan dan mengurus, saya sewajarnya merakamkan ucapan penghargaan dan syabas kepada semua penjawat di pelbagai peringkat kerana menunjukkan keyakinan mampu membelanjakan keseluruhan peruntukan RM41,876,000.00 bagi peruntukan pembangunan dan membelanjakan RM34,386,985.86 bagi peruntukan mengurus.

Salah satu penilaian di penghujung tahun yang tidak kurang pentingnya ialah penilaian pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi setiap penjawat. Penilaian pencapaian SKT ini menjadi asas dalam penyediaan penilaian prestasi penjawat yang darinya dapat menentukan siapakah di kalangan penjawat yang termasuk dalam kalangan 5% penjawat terbaik untuk meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga prestasi semua penjawat dinilai dengan berhemat, cermat dan adil oleh Pegawai-pegawai Penilai.

Di ketika setiap bahagian dan unit tekun bertungkus lumus menyediakan laporan prestasi dan penilaian pelaksanaan projek di bawah tanggungjawab masing-masing; dan dikala kita bersyukur dan bergembira meraikan kemampuan mempertahankan anugerah dan berupaya menempa kejayaan baru; saya mengajak semua penjawat bersama-sama mengimbau beberapa perkara berkaitan dengan pelaksanaan dan penambahbaikan dasar dan strategi pengurusan serta peningkatan kualiti tadbir urus jabatan yang pernah saya bangkitkan di ruangan ini sebelum ini.

Saya yakin setiap penjawat mampu menilai sejauh manakah amalan untuk mengelakkan pembaziran sumber yang boleh diterjemahkan dalam nilai penjimatan dan pencermatan. Seikhlas manakah hati kita mampu memandu motivasi dalaman diri sendiri bagi memaksimakan penghasilan kerja dan mutu perkhidmatan awam supaya nilai optimanya tersebar melata menawan hati dan perasaan rakyat jelata.

Sejujur manakah naluri kita menyerap dan menggarap Ikrar Integriti Korporat yang dimeterikan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyemarakkan lagi cahaya keIslaman penjawat ketika melangsaikan tanggungan tugas. Setekun mana minda kita dibaja dan dibajak untuk menggembur dan menghamburkan idea-idea berinovatif dan kreatif bagi mewujudkan jentera pengurusan era digital.

Lengkapnya peralatan dan logistik serta canggihnya sistem pengurusan belum tentu boleh mencemerlangkan organisasi. Faktor penentu ialah kesepaduan dan kesefahaman penjawat yang mahir meninggikan maruah organisasi dan malu merendahkan moral diri. Tidak mustahil KESEDAR menjadi agensi terbilang kerana sebilangan besar penjawatnya telah meraih anugerah perkhidmatan cemerlang. Bahkan , kesemua penjawat KESEDAR adalah sebaik-baik ummah.

Sekian, wassalam.

Pengurus Besar KESEDAR

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor HAJI AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH

HUSNIFAISAL RAMLIHAJI OTHMAN SETAPA

HAJI MOHD AFFANDI ABIN GHANIAZAHAN MAHMOOD

ZAITON ZAKARIAAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranWAN JULIAWATIE WAN MOHD. ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

Diterbitkan oleh:Unit Komunikasi Korporat KESEDAR

https://www.facebook.com/pages/Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR/171405426242605

Kesedarkklw

Page 3: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’

3

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Warga KESEDAR mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah dan Syabas diatas pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada tiga orang kepimpinan tertinggi KESEDAR kerana Pengurniaan Kehormat Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Keputeraan ke 45 Sultan Muhammad ke V pada 10 November 2014 baru-baru ini;

• Dato’ Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K)

• Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K)

• Tuan Haji Kamarul Arifin bin Ujang, ALP & AJK Audit Dalam KESEDAR, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K).

...Dari Muka Hadapan.

Tahniah

Page 4: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

4

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

15 Oktober 2014 bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang. Ceramah “Mengenang Aku Janji” telah diadakan pada jam 9 hingga 11 pagi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Adnan bin Mat Sulaiman (Ketua Unit Integriti) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Seramai 200 orang kakitangan telah menghadiri ceramah ini. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada kakitangan tentang peranan memahami, menghayati dan mematuhi “AKU JANJI” yang telah ditandatangani seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 17/2001.

Ceramah“Mengenang

Aku Janji”Oleh: Haji Wan Johan Wan Hassan

Gua Musang 23 November 2014 – Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah mengadakan Program Mengacau Bubur Asyura sempena menyambut bulan Muharam. Program yang dianjurkan secara tahunan ini melibatkan semua penjawat di Ibu Pejabat serta anak syarikat. Sebanyak 25 kawah bubur asyura telah dikacau di perkarangan medan letak kereta awam KESEDAR untuk diagih-agihkan kepada warga kerja KESEDAR.

Selain dapat menikmati keenakan bubur asyura, program seperti ini dilihat sebagai salah satu platform

untuk membolehkan setiap warga kerja memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan walaupun terdiri daripada berlainan bahagian atau unit.

Program yang sudah menjadi acara tahunan ini wajar diteruskan kerana semangat kerjasama yang ditonjolkan menampakkan ciri-ciri perpaduan dan keharmonian dikalangan warga kerja KESEDAR untuk mengekalkan ikatan ini menjadi lebih utuh seperti kata pepatah bulat air kerana pembentungnya, bulat manusia kerana muafakatnya.

Program Asyura

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

Page 5: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

5

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S yang telah dilancarkan di KESEDAR pada 3 Februari 2013 meliputi 13 zon di Ibu Pejabat KESEDAR. Zon-zon berkenaan terdiri dari Bahagian-bahagian, gabungan Unit-unit dan juga Pejabat Wilayah Gua Musang yang berpejabat di Bangunan Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang, Kelantan. Setelah mendapat penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dari pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC) bagi tahun pertama bermula 11 November 2013 dan tamat pada 10 November 2014, pihak pengurusan KESEDAR telah bersetuju agar amalan murni ini dipanjangkan ke Pejabat Wilayah Kuala Krai dan Pejabat Wilayah Jeli disamping untuk memperbaharui sijil bagi zon-zon yang telah mendapat pengiktirafan. Dengan yang demikian, Zon Amalan QE/5S bertambah kepada 15 zon pada tahun 2014.

Seluruh warga KESEDAR yang terlibat dengan Zon Amalan QE/5S telah menyambut baik hasrat pihak pengurusan KESEDAR dengan memberi kerjasama yang penuh di mana kerja-kerja “Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal” telah dijadikan amalan tetap kepada setiap warga KESEDAR. Kerja-kerja gotong royong membersihkan kawasan di dalam pejabat dan kawasan persekitaran pejabat juga sentiasa diadakan sepanjang tahun 2014. Jawatankuasa Audit Dalaman QE/5S KESEDAR telah mengadakan tiga siri pengauditan sepanjang tahun 2014 dan Pra Audit telah diadakan oleh MPC sebagai syarat bagi membolehkan Audit Persijilan diadakan oleh MPC.

Audit Persijilan oleh pihak MPC yang dikendalikan oleh Puan Muhaslizawati binti Mohd. Bakri pada 25 hingga 27 November 2014 meliputi 15 Zon Amalan QE/5S telah melayakkan KESEDAR untuk diperbaharui Sijil Amalan

QE/5S bagi tempoh setahun lagi bermula 27 November 2014 dan berakhir 26 November 2015. Kejayaan KESEDAR m e m p e r b a h a r u i Sijil Amalan QE/5S membuktikan bahawa semua warga KESEDAR sentiasa komited dengan setiap program

yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Suasana di tempat kerja juga didapati lebih ceria berbanding dengan sebelum Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S dilaksanakan di mana kebersihan telah menjadi keutamaan disamping susun atur yang lebih kemas dan menarik. Kajian impak yang telah diadakan juga menunjukkan bahawa melebihi dari 90% responden merasa selesa dengan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S.

Zon Ditambah...Sijil Diperbaharui...

Oleh: Haji. Mohd. Affandi ABIN Ghani

Page 6: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

6

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Dalam usaha untuk mengekalkan hubungan baik yang berterusan antara pengurusan KESEDAR dengan peneroka-peneroka, pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan oleh pihak KESEDAR. Salah satu dari program yang berkaitan ialah pembahagian anak angkat yang terdiri dari Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) yang dibawah seliaan Bahagian Pembangunan Pertanian, KESEDAR, kepada Bahagian-bahagian dan Unit-unit di Ibu Pejabat KESEDAR. Bahagian Pembangunan Masyarakat pula akan menyalurkan peruntukan bagi setiap program anak angkat yang dilaksanakan.

pihak pengurusan KESEDAR. Kesemua keluarga yang telah dilawati di RKT Paloh 3 dan RKT Chalil merasa sebak dan terharu di atas lawatan yang telah diadakan kerana ianya menunjukkan bahawa mereka sentiasa mendapat perhatian daripada pihak KESEDAR walaupun telah melebihi 30 tahun menjadi peneroka KESEDAR.

Sesungguhnya, program-program yang telah diadakan di RKT Paloh 3 dan Chalil dianggap sangat berjaya kerana pihak peneroka-peneroka sama ada dari RKT Paloh 3 ataupun RKT Chalil merasakan program berkenaan sangat singkat masanya.

Bagi merealisasikan tujuan berkenaan, gabungan antara Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan, Unit Integriti dan Unit Audit Dalam telah mengadakan program “Sehari Bersama Anak Angkat di RKT Paloh 3 dan Chalil” pada 10 Disember 2014. Antara program yang telah diadakan di RKT Paloh 3 pada sebelah pagi ialah gotong royong membersihkan gelanggang futsal, gotong-royong membersih dan menghias Bangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan lawatan ke 10 buah rumah keluarga yang terdiri dari orang uzur, kurang upaya dan miskin. Di sebelah petang, program di RKT Chalil dibuat pengisian dengan mengadakan “Kursus Keterampilan Bertutur dan Penampilan Imej” kepada beliawanis-beliawanis RKT Chalil dan juga lawatan ke 10 buah rumah yang terdiri dari keluarga miskin, ahli keluarga sakit dan kurang upaya bagi memastikan mereka sentiasa mendapat perhatian dari

Sepanjang Masa...Oleh: Haji Mohd. Affandi ABIN Ghani

Page 7: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

7

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Rural Business Challenge (RBC)Jana Ekonomi Luar Bandar

Rural Business Challenge (RBC) merupakan satu inisiatif di bawah Government Transformation Programme (GTP) 2.0.RBC merupakan penganjuran pertandingan penyediaan Rancangan Pertandingan (RP) di kalangan belia Malaysia.

Untuk Tahun 2014 KESEDAR telah diperuntukan sebanyak RM150,000.00 bagi tujuan bengkel penyediaan rancangan perniagaan kepada usahawan belia/beliawanis KESEDAR yang mana telah menyertai

Pertandingan RBC 2014. Melalui pertandingan tersebut, dua (2) orang usahawan belia bimbingan KESEDAR iaitu Krai Design Sdn Bhd dan Warisan Abah Sdn Bhd berjaya ke peringkat akhir di mana turut memenangi Anugerah Usahawan Jaya yang telah membawa pulang Geran Perniagaan berjumlah RM 750,000.00 setiap seorang. Majlis penganugerahan tersebut telah disampaikan oleh YB Menteri KKLW di RTC Gopeng, Perak pada 6 Disember 2014.

Oleh: Husnifaisal Ramli

Pihak penyiaran TV3 telah memberi penghormatan kepada Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) sebagai Jemputan Khas Program Pertandingan Akhir Da’i Milenium Musim Kedua pada 17 Oktober 2014 bertempat di Plaza Alam Sentral. Program ini telah disiarkan secara langsung jam 9.00 malam pada malam tersebut.

Rombongan yang diketuai oleh Puan Hajjah Samsiah Daud (Biro Pendidikan PWK) bersama 51 orang ahli persatuan dengan peruntukan sepenuhnya dibiayai oleh PWK. Persatuan telah menyediakan sebuah bas dan sebuah van sebagai pengangkutan Bagi mengeratkan rombongan memilih untuk bermalam di homestay di Shah Alam.

Para peserta amat teruja dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan kerana terpilih berada di majlis Ilmu sebegini. Rombongan turut diraikan dalam majlis makan malam dan diberikan cenderamata.

Lebih menarik lagi pada malam tersebut peserta dari negeri Kelantan menjadi Johan Pertandingan iaitu Adik Nik Mohd Farhan bin Nik Mohammad.

Pihak penyiaran TV3 merakam kan ucapan terima kasih kepada rombongan diatas kerjasama dan berharap agar hubungan baik ini akan terus terjalin.

Sebagai halua mata dan membuka minda program lawatan juga turut diselitkan dengan melawat beberapa tempat tumpuan seperti Putrajaya dan seterusnya ke Pusat Perdagangan Nilai, Negeri Sembilan.

Jemputan Khas Ke Pertandingan AkhirDa’i Milenium Musim Kedua

Oleh: Hajjah Zarinah Yazid

Page 8: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

8

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Hari KeluargaKESEDAR 2014

Oleh: Haji Mohd Dalee Abdul Rahim9 - 11 Oktober 2014, telah berlangsung Sambutan Hari Keluarga KESEDAR bertempat di Perdana Beach Resorat, Pantai Cahaya Bulan(PCB) yang mengumpulkan hampir keseluruhan warga KESEDAR beserta keluarga. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga KESEDAR dan keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk memeriahkan sambutan ini.

Majlis diserikan dengan ucapan dan amanat dari YABrs Dato’ Haji Mohd Arshad bin Ismail. Majlis turut di hadiri oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Pengurus Besar (Pembangunan) dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim,Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR yang diketuai oleh Pengerusi KESEDAR YBIN Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, YBhg. Datuk Haji Mustapha bin Yaakub dan YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. Bersempena dengan sambutan ini juga, majlis makan malam turut diadakan dengan diiringi oleh persembahan nyanyian pegawai kanan serta penyampaian hadiah kepada pemenang “treasure hunt” dan cabutan bertuah.

Usaha KESEDAR untuk mengadakan majlis seperti ini adalah wajar bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan dan keluarga tidak mengira jawatan dan pangkat. Semoga dengan adanya Sambutan Hari Keluarga seperti ini akan bertambah erat hubungan sesama warga KESEDAR.

Page 9: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

9

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 3/2014 telah diadakan di Pusat Sivik Gua Musang pada hari Ahad, 16 November 2014. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh keseluruhan penjawat KESEDAR.

Majlis diserikan dengan ucapan dan amanat dari Dato’ Haji Mohd Arshad bin Ismail. Beliau telah menyeru kepada setiap penjawat supaya mempunyai KPI dalam menjalankan tugas agar segala program yang dirancangkan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan . Seterusnya beliau telah menyarankan kepada kakitangan supaya berintergriti dalam menjalankan tugas.

Majlis turut di hadiri oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Pengurus Besar (Pembangunan) dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim,Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

Dalam majlis yang sama terdapat lima anugerah telah disampaikan oleh YABrs. Dato’ Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Anugerah yang dimaksudkan adalah (Anugerah Pekerja Cemerlang,Penganugerahan Sijil Audit Bersih, Penganugerahan Sijil SAGA Compliance, Penganugerahan Hari Inovasi KKLW 2014 dan Anugerah Petunjuk Prestasi Utama(KPI) HRMIS 2013.

Diakhir majlis tersebut taklimat cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah di adakan oleh pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

PerhimpunanBulanan

Oleh: Haji Mohd Dalee Abdul Rahim

Page 10: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

10

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Komited LaksanaProgram Tanam Semula

Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)KESEDAR

Pengurusan KESEDAR yang diterajui oleh Dato’ Haji Mohd. Arshad bin Ismail telah meneruskan agenda melaksanakan Program Tanam Semula Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Fasa 2. Bersandarkan pengalaman dan pencapaian program tanam semula sebelum ini yang telah dimulakan pada tahun pembangunan 2006 – 2007 (Fasa 1), pendekatan disusun dengan teliti bagi mencapai keberkesanannya. Usaha KESEDAR dilakukan secara professional, sehubungan itu, pelaksanaannya dibuat secara berstruktur dengan komitmen yang serius dan bersemangat.

Pelaksanaan Program Tanam Semula Fasa 2, diakui lebih mencabar dan bukan mudah. Cabaran utama dalam melaksanakan program ini adalah

pengharapan yang tinggi daripada komuniti peneroka serta sumber dan tempoh masa yang terhad.

Tanggal 18 September 2014 seluas 2,101.52 hektar ladang-ladang kelapa sawit tua telah ditebang dan diracik di RKT Paloh 1, Paloh 2, Paloh 3 dan Meranto. Kerja-kerja menanam anak sawit bermula pada 7 Disember 2014. Justeru sokongan bersesuaian diperlukan dan halangan yang ada perlu diatasi untuk mendapatkan hasil dan pelaksanaan yang terbaik. Ini bermakna perlu ada penglibatan secara total dari kumpulan sasar seramai 516 orang sebagai mekanisme untuk memastikan pengendalian berjalan dengan harmoni.

Pelaksanaan Program Tanam Semula Fasa 2 memerlukan pengurusan program yang berkesan. Kejelasan dalam pencapaian, sasaran, tahap kejayaan, had masa perlu dipantau dan dilaporkan. Penglibatan secara berterusan dengan pelbagai pemegang kepentingan perlu digerakkan untuk memberikan kefahaman dan meraih sokongan lebih baik, kata Dato’ Pengurus Besar semasa lawatan beliau ke tapak projek di RKT Paloh 1 pada 26hBIN November, 2014.

Oleh: Iskandar Zurkarnain Ibrahim

Page 11: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

11

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Bagi memantapkan lagi pengurusan ladang sawit di RKT-RKT KESEDAR, pengurusan KESEDAR dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengadakan kursus khasnya untuk pegawai dan kakitangan KESEDAR yang terlibat dengan program tanam semula sawit dan juga peneroka-peneroka RKT KESEDAR

Pada 17 November 2014 rombongan Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (JKPP GAP) telah mengadakan lawatan ke KESEDAR. Rombongan seramai 12 orang diketuai oleh Tuan

Haji Zazali bin Salehudin, SUB Bahagian Pelaburan dan Anak Syarikat, KKLW.

Pada sebelah pagi rombongan berkenaan telah melawat RKT Paloh 1. Mereka diiringi oleh Pengurus dan Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Pertanian. Di Pejabat Operasi Paloh 1. Rombongan

Kursus selama sehari ini telah diadakan di KESEDAR Inn, Gua Musang, Kelantan pada 21 Oktober 2014. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang yang terdiri dari Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian, Pengurus dan kakitangan Pejabat Operasi RKT serta Ketua-ketua Peneroka bersama peneroka-peneroka RKT Paloh 1, Paloh 2 dan Paloh 3..

Kursus yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari MPOB ini bermula kira-kira jam 8.00 pagi dengan peserta-peserta diberi penerangan/ taklimat mengenai kaedah-kaedah pengurusan ladang sawit dari mula penanaman anak sawit hinggalah penuaian hasil sawit. Kursus berakhir kira-kira jam 5.00 petang

telah diberi taklimat mengenai pembangunan ladang-ladang RKT KESEDAR oleh Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian dan juga Encik Mat Nasir bin Ahmad, Pengurus Pejabat Operasi Paloh 1. Kemudian rombongan berkenaan dibawa melawat ladang-ladang RKT Paloh 1 dan RKT Paloh 2.

Kursus SawitPekebun Kecil

Lawatan JKPP GAP Ke KESEDAR

Oleh: Azahan Mahmood

Oleh: Azahan Mahmood

Page 12: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

12

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Bermula pada 7 Disember 2014 seluas 2,101.52 hektar di RKT Paloh 1, Paloh 2, Paloh 3 dan Meranto secara serentak telah mulai ditanam dengan tanaman sawit. Program tanam semula fasa II ini akan memberi menafaat kepada seramai 516 orang peneroka RKT KESEDAR.

Berikutan dengan itu pada tarikh berkenaan satu majlis pelancaran telah diadakan di RKT Meranto.Majlis dimulakan dengan mengadakan sembahyang sunat hajat bagi memberkati program tanam semula ini yang diadakan di Masjid RKT Meranto. Diikuti pula dengan gimik pelancaran menanam anak sawit di ladang RKT Meranto yang di sempurnakan oleh Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim. Turut menyertai bersama majlis pelancaran ini terdiri dari Pengurus-pengurus Bahagian, Pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta Ketua Pegawai Eksekutif KDSBIN Dan kakitangan.

Pada keesokan harinya Dato’ Haji Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR telah sudi meluangkan masa berkunjung ke RKT Meranto untuk meninjau aktiviti penjawat baru KESEDAR menjalani program `attachment’ di ladang RKT Meranto. Disamping itu, bersempena dengan program tanam semula sawit Fasa II yang telah dilancarkan, Dato’ Pengurus Besar berkesempatan menanam anak sawit di ladang berkenaan.

PelancaranProgram Tanam Semula Fasa II

Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAROleh: Azahan Mahmood

Page 13: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

13

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Seminggu selepas melaporkan diri ke Ibu pejabat KESEDAR, para penjawat baharu dibawa ke RKT-RKT KESEDAR bagi menjalani program ̀ attachment’ yang diadakan bermula 8 hingga 12 Disember 2014. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan persekitaran bekerja sebenar di RKT-RKT KESEDAR kepada penjawat-penjawat baharu KESEDAR.

Selama lima hari empat malam seramai 72 orang penjawat baharu telah dibawa ke semua 9 RKT KESEDAR bermula di RKT Meranto dan berakhir di RKT Paloh 1. Antara aktiviti yang dilakukan oleh para penjawat baharu ialah aktiviti perladangan iaitu mengangkut, membaja dan menanam anak sawit, gotong-royong membersih persekitaran kampung, perlawanan bola sepak, aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah dan ceramah agama di masjid-masjid serta acara kebudayaan. Sepanjang program ini, para penjawat baharu KESEDAR ditempatkan dan bermalam di RKT-RKT KESEDAR bersama keluarga angkat yang terdiri dari peneroka RKT KESEDAR.

Program `attachment’ di RKT-RKT KESEDAR ini dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta kakitangan Pejabat Operasi RKT.

Penjawat Baharu KESEDARBerkampungDi RKT-RKTOleh: Azahan Mahmood

Page 14: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

14

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Dalam mengawalselia kawasan ladang sawit dan getah yang keluasan ribuan hektar, penggunaan teknologi terkini amat diperlukan. Salah satu peralatan teknologi yang digunakan ialah peralatan GPS (Global Positioning System). Peralatan GPS ini berupaya menentu lokasi, jarak dan kawasan ladang yang akan, sedang dan telah dibangunkan dengan lebih tepat. Menyedari betapa perlunya peralatan ini digunakan oleh kakitangan KESEDAR yang bertugas di ladang-ladang RKT, pengurusan Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah mengadakan satu taklimat mengenai cara-cara menggunakan peralatan GPS.

Selang beberapa hari dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, YB Dato’ Nozula bin Mat Diah merangkap ADUN Paloh mula menjalankan tugas dengan turun padang meninjau program pembangunan tanam semula sawit ladang peneroka di RKT KESEDAR.

Pada 16 Disember 2014, beliau bersama Dato’ Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR telah mengadakan tinjauan di persekitaran ladang RKT Paloh 3 bagi melihat sendiri perkembangan aktiviti

Taklimat berkenaan telah diadakan di Makmal Komputer, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang, Kelantan pada 5 November 2014. Seramai 30 orang yang terdiri dari Pengurus dan kakitangan Pejabat Operasi RKT telah menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Hartanah KESEDAR.

Kursus bermula kira-kira jam 10.30 pagi dengan peserta-peserta diberi taklimat cara penggunaan peralatan GPS dan diikuti latihan amali penggunaan peralatan berkenaan di perkarangan Ibupejabat KESEDAR. Taklimat berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari.

tanam semula di RKT berkenaan. Sambil itu beliau juga telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan pembangunan ladang oleh Encik Che Seman bin Che Wok, Pengurus Operasi Paloh 3.

Turut mengiringi beliau dan Dato’ Pengurus Besar KESEDAR ialah Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Ketua Pegawai Eksekutif KDSB bersama kakitangannya serta kakitangan Pejabat Operasi RKT.

Taklimat Penggunaan GPS Untuk Pengurusan Ladang

Timbalan Pengerusi KESEDAR Turun Ke Ladang

Oleh: Azahan Mahmood

Oleh: Azahan Mahmood

Page 15: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

15

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) merupakan institusi kepimpinan penting di peringkat akar umbi dan nadi pembangunan desa. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)menerusi KESEDAR selaku agensi yang menguruskan pembayaran elaun JKKKP telah mengadakan roadshow seminar Pemerkasaan JKKKP

berpengatahuan, berkemahiran dan berintegriti supaya JKKKP dapat berfungsi dengan sebenar-benarnya.

Program diteruskan dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Mokhtar bin Yaacob, Penceramah Bebas dari Pejabat Felda Gua Musang. Sinonimnya, seminar yang berlangsung di Pondok

sebagai Ejen Transformasi Luar Bandar pada 23 dan 30 Oktober bertempat di Pejabat Wilayah Kuala Krai dan KESEDAR Inn manakala pada 06 dan 13 November 2014 di Pondok Moden, Jeli dan Putra Valley, Tanah Merah.

Seminar ini dimulakan dengan taklimat pemerkasaan JKKKP yang telah disampaikan oleh Encik Md Asri bin Jusoh, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat. Matlamat utama program yang ingin dicapai adalah untuk melahirkan JKKKP yang lebih berinformasi,

Moden, Jeli telah dihadiri oleh pemimpin yang tidak asing lagi iaitu YB Dato’ Haji Abdul Aziz bin Derashid, ADUN Kuala Balah merangkap Pengerusi KESEDAR sebagai pembakar semangat kepada pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi dalam merealisasikan matlamat kerajaan. Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 900 orang Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa JKKKP kawasan KESEDAR sebagai tanda komitmen mereka menyokong penuh hasrat murni kerajaan untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Pemerkasaan JKKKP SebagaiEjen Transformasi Luar Bandar

Oleh: Nik Norasiah Abdullah

Page 16: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

16

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Pada tanggal 19 November 2014, bertempat di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur berlangsung Majlis Graduasi pelatih-pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi Sesi 2013 – 2014. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Shafie bin HajiApdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni.

Seramai 400 orang peserta graduasi di bawah agensi-agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang terpilih telah berjaya menamatkan latihan dan 20 orang daripadanya adalah pelatih tajaan KESEDAR. Mereka ini terdiri daripada pelatih-pelatih kursus Pengendalian Jentera Berat, Oil dan Gas, Penyediaan Makanan, Dandanan Rambut dan Prime Mover Operation. Pada tahun 2014, KESEDAR memperuntukan RM1.3 juta untuk kursus PLKK melibatkan 118 orang pelatih dengan 8 jenis kursus latihan kemahiran. Program ini sangat memberi

kesan dan impak yang positif kepada pelatih kerana mereka mampu mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya mendapat pekerjaan melalui kemahiran yang dipelajari.

Rata-rata pelatih yang ditemui memuji program murni ini kerana kesemua mereka telah pun memperolehi pendapatan dengan bekerja makan gaji malahan sesetengah daripadanya mendapat gaji melebihi RM3,000.00 sebulan setelah mendapat sijil kemahiran tersebut.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Dato’ Haji Mohd Arshad Bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Encik Md Asri bin Jusoh, Pengurus Bahgaian Pembangunan Masyarakat dan Encik Mohd Ramadhan bin Sulaiman, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat.

Majlis Graduasi ProgramLatihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)

Peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)Oleh: Nik Norasiah Abdullah

Page 17: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

17

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

1 FATEN BAZLIN BT RAMZI PEG. TADBIR N41BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

2 AHMAD HAKIMUDDIN BIN RAMLI PEG. TADBIR N41

BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

3 SITI FAIRUZ BT CHE DOLLAH PEG. TADBIR N41 BAHAGIAN HARTANAH

4 AZMAN BIN MOHAMAD PEG. TADBIR N41 BAHAGIAN KEWANGAN

5 WAN AHMAD FAIZ BIN WAN AB’LLAH ZAWAWI PEG. TADBIR N41 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

EKONOMI DAN PELABURAN

6 MOHAMAD SYAWAL BIN MOHAMED HASERY PEG. PERTANIAN G41 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

7 ROSMAWATI BINTI MOHAMAD

PEG. TEK. MAKLUMAT F41 BAHAGIAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

8 SHARIMI BIN ZAINUDDIN PEG. TEK. MAKLUMAT F29 BAHAGIAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

9 MOHD SYAZUAN BIN MAT SHAFIEE

PENOLONG JURUKUR JA29 BAHAGIAN HARTANAH

10 MUHAMAD FADIR IBRAHIM PEN. PEG. TADBIR N27 BAHAGIAN HARTANAH

11 MOHAMAD FIRDAUS MOHD SAIDI PEN. PEG. TADBIR N27 UNIT INTEGRITI

12 NORFAZREEN BINTI A RAHIM PEN. PEG. TADBIR N27 BAHAGIAN KEWANGAN

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik 2014 – 2015

Page 18: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

18

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

13 SURIATI BINTI NADZARI PEN. PEG. TADBIR N27BAHAGIAN PENTADBIRAN &PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

14 NIK MOHD ADAM BIN NIK ABIN HAMID

PEN. PEG. RANCANGAN

TANAHG27 PEJABAT OPERASI PALOH 3

15 WAN MUHAMMAD AZEEM BIN WAN SA’ARI

PEN. PEG. RANCANGAN

TANAHG27 PEJABAT OPERASI PALOH 2

16 SYAHRUL NIZAM BIN BAIJURI

PEN. PEG. RANCANGAN

TANAHG27 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

17 MUNIRAH BINTI MOHD RAHIM

PEN. PEG. RANCANGAN

TANAHG27 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

18 SITI ZALIANNA BINTI MOHD ZAHIDI

PEN. PEG. RANCANGAN

TANAHG27 PEJABAT OPERASI LEBIR

19 NURUL AIN BT CHE HASHIMPEN. PEG.

RANCANGAN TANAH

NT27 BAHAGIAN HARTANAH

20 NIK MOHD SAFWAN BIN SUPIE

PEN. PEG. PEMBIN MASYARAKAT S27 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

MASYARAKAT

21 MUHAMMAD IBNUL HIJRAM BIN IBNU HAJJAR

PEN. PEG. PEMBIN MASYARAKAT S27 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

22 NUR AYUNIE BINTI IBRAHIM PEN. PEG. PEMBIN MASYARAKAT S27 PEJABAT WILAYAH GUA MUSANG

23 MUHAMAD NUR AZRAN BIN MUHAMAD AZARI

PEN. PEG. PEMBIN MASYARAKAT S27 PEJABAT WILAYAH JELI

24 SITI NURWAHIDA BINTI ABDULLAH

PEN. PEG. PEMBIN MASYARAKAT S27 PEJABAT OPERASI LEBIR

25 NURUL ASHIRAH BINTI NORDIN

PEMBANTU PEMBANGUNAN

MASYARAKATS17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

MASYARAKAT

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik (sambungan)

Page 19: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

19

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

26 NURUL FATIHIN BT AHMAD NASIR

PEMBANTU PEMBANGUNAN

MASYARAKATS17 PEJABAT OPERASI RENOK BARU

27 MOHD RAHIMIE BIN ABDUL RAHIM

PEMBANTU PEMBANGUNAN

MASYARAKATS17 PEJABAT OPERASI CHALIL

28 HALIM BIN ZAINAL ABIDINPEMBANTU

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

S17 PEJABAT OPERASI PALOH 3

29 KHAIRUNNISA BINTI JUSOHPEMBANTU

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

S17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

30 NURUL AFIFAH BINTI MOHD FAUDZI

PEMBANTU PEMBANGUNAN

MASYARAKATS17 BAHAGIAN WILAYAH KUALA KRAI

31 NURLI NADIA BINTI MOHAMAD RAMLI

PEM. TADBIR SETIAUSAHA PEJ N17 PEJABAT TIMBALAN PENGURUS

BESAR (PENGURUSAN)

32 NURUL ATIQAH BINTI CHE MAT SOI

PEM. TADBIR SETIAUSAHA PEJ N17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

MASYARAKAT

33 NIK MOHAMAD HAIQAL HAZIQ BIN NIK SOH PEM. TADBIR (P/O) N17 PEJABAT WILAYAH JELI

34 NIK ROZAIHAN BINTI AZAHARI PEM. TADBIR (P/O) N17 BAHAGIAN PEMANTAUAN &

PENYELARASAN

35 LAINA SOFIA BINTI MUHAMAD PEM. TADBIR (P/O) N17 PEJABAT WILAYAH JELI

36 SYAZANA ATHIRAH BINTI MOHD RASDI PEM. TADBIR (P/O) N17 PEJABAT OPERASI LEBIR

37 MOHAMAD HAKIMI BIN CHE OMAR PEM. TADBIR (P/O) N17 BAHAGIAN KEWANGAN

38 SITI NABIHAH BINTI ZULKIFLEE PEM. TADBIR (P/O) N17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik (sambungan)

Page 20: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

20

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

39 NIK AZURA BT RAJA HASAN PEM. TADBIR (P/O) N17 BAHAGIAN KEWANGAN

40 SITI UMMI KALTHOM BINTI DERAHMAN PEM. TADBIR (P/O) N17 BAHAGIAN KEWANGAN

41 MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI LEBIR

42 ASRI BIN AYOB PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI PALOH 3

43 MOHAMAD SYAHRUL NIZAM BIN YUSUF

PENY. RANCANGAN TANAH G17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

EKONOMI DAN PELABURAN

44 CHE NADZIRUN AZZIM BIN CHE YUSOFF

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI SG. ASAP

45 AHMAD FAHZAN BIN ABD MALEK

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT WILAYAH JELI

46 AHMAD AZEHAN SHAH BIN ISMAIL

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT WILAYAH GUA MUSANG

47 MOHD AZIZUL HAKIMI BIN CHE ROSDIN

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT WILAYAH GUA MUSANG

48 MUHAMAD FAZLIN BIN ZULKEFLI

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT WILAYAH KUALA KRAI

49 MOHD NASIR BIN HASSAN PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI PERALA

50 ROZAIDI AZRIE BIN ARIFIN PENY. RANCANGAN TANAH G17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

51 MUHAMAD FUADI BIN YUSOFF

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI SG. ASAP

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik (sambungan)

Page 21: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

21

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

52 MOHD SHAHRUL NIZAM BIN RAZALI

PENY. RANCANGAN TANAH G17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

EKONOMI DAN PELABURAN

53 MOHD YUSOFF BIN MAT JUNOH

PENY. RANCANGAN TANAH G17 PEJABAT OPERASI CHALIL

54 WAN MUHD ARIF BIN WAN AHMAD JURUAUDIO VISUAL N17 UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

55 MOHD RAHIMATUL AZRUL BIN CHE RAHIM

PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

56 ZULFAZLI BIN YAHAYA PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT OPERASI LIMAU KASTURI

57 AMIR BIN MUHAMAD PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT OPERASI SG. TERAH

58 AZIM MUZAKKIR BIN ROSNUN

PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

59 WAN MOHD RIDHWAN BIN WAN MOHD ARIS

PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT WILAYAH JELI

60 MOHAMAD FAREEZ BIN CHE HARUN

PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT OPERASI SG. ASAP

61 MOHD IZHANNA FIRDAUS BIN ABDULLAH

PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT WILAYAH KUALA KRAI

62 AZMI BIN IBRAHIM PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT WILAYAH GUA MUSANG

63 MOHD ZUHAIRI BIN MOHD NOOR

PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

64 CHE MUHAMMAD RASUL RAZEMAN BIN CHE RAHIM

PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT WILAYAH JELI

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik (sambungan)

Page 22: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

22

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

BIL NAMA JAWATAN GRED PENEMPATAN

65 MOHAMAD ZAID BIN AB RAHMAN

PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

66 FATHAN ABQARI BIN FAISAL PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

67 MUHAMMAD ZULFIKRI BIN MUSA

PEMANDU KENDERAAN H11 PEJABAT WILAYAH JELI

68 HASRUL BIN MOHAMED HASSAN

PEMANDU KENDERAAN H11 BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PERTANIAN

69 FAZLI BIN MAT LAZIM PEMBANTU AWAM H11 BAHAGIAN HARTANAH

70 MOHAMAD SHUKRI BIN ABD AZIZ PEMBANTU AWAM H11 PEJABAT WILAYAH KUALA KRAI

71 MOHD AMIMIN BIN MAT HUSIN PEMBANTU AWAM H11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

72 WAN MOHD FAKIH BIN WAN DAUD PEMBANTU OPERASI N11 BAHAGIAN PENTADBIRAN &

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Penempatan Pegawai Dan Kakitangan Yang Baharu Di Lantik (sambungan)

17 November 2014, Kelab Keluarga KESEDAR yang mewakili KESEDAR telah menyertai satu kejohanan Cross Country Relay anjuran Ibu Pejabat Daerah Gua Musang. Kejohanan rentas desa yang diadakan bersempena Hari Polis telah menghimpunkan seramai 200 orang peserta.

KESEDAR telah menghantar satu pasukan Veteran seramai empat orang untuk menyertai kejohanan tersebut. Mereka terdiri dari Encik Rokli bin Ismail, Encik Mohamed bin Derahman, Encik Azmi bin Samat dan juga Encik Che Rosdin bin Sulaiman . Pasukan ini telah berjaya menjadi johan dalam kategori Veteran. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama KESEDAR.

Cross CountryRelay

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

Page 23: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

23

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Pada 28 November 2014 (Sabtu) bermula dari pukul 9.00 pagi – 11.00 malam telah berlangsung Pertandingan Dikir Barat Mega Badan-Badan Berkanun Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Universiti Malaysia Kelantan yang diadakan di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota, Pengkalan Chepa sempena Hari Konvokesyen UMK (PESKO 2014). Penyertaan pasukan bertanding terdiri daripada 10 pasukan iaitu KESEDAR, LHDN, UMK, USIM, RISDA, FELDA, KENAF, UPSI, UMP dan UNISZA.

Daripada 10 pasukan yang bertanding di peringkat saringan pada sebelah pagi dan petang, hanya 6 pasukan sahaja yang dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pada sebelah malam. Johan pertandingan dimenangi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai RM3,000.00, manakala Naib Johan dimenangi oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan wang tunai RM2,000.00. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan wang tunai RM1,000.00. Bagi kategori Tukang Karut dan Juara, Saudara Fadil Turbo telah dinobatkan sebagai Tukang Karut Terbaik, manakala Shabini Shak Mentor sebagai

Juara Terbaik dari LHDN. Selain mendapat Johan, LHDN juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik dan UMK memenangi anugerah Kostum Terbaik. Semua pasukan bertanding menerima hadiah saguhati berbentuk Piala/Trofi, Hamper, dan Sijil Penyertaan.

Pertandingan ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abd Aziz bin Hashim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Wakil-wakil dari setiap Jabatan yang bertanding juga dijemput hadir pada peringkat akhir bagi memeriahkan suasana pertandingan. KESEDAR diwakili oleh Encik Zulkifli bin ABIN Rahman Pengurus Wilayah Kuala Krai, Encik Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed Pengurus Kewangan dan Encik Hj Ahmad bin Abdullah Ketua Unit Komunikasi dan Korporat. Juri Hakim terdiri daripada bekas juri kebangsaan yang diketuai oleh Encik Kamzi, Cikgu Ghani, Encik Rubi dan Encik Suffian.

PertandinganDikir Barat Mega

PERINGKAT KEBANGSAAN 2014Oleh: Wan Mohd Zaed Wan Ab. Hamid

Page 24: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

24

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Sebagai salah satu agensi Kerajaan yang memainkan peranan dalam memastikan golongan miskin mempunyai tempat tinggal yang sempurna, KESEDAR Wilayah Jeli telah memperuntukkan sebanyak RM1.32 Juta untuk Parlimen Jeli bagi membina sebanyak 33 buah rumah SPKR kepada golongan tersebut pada tahun ini. Sejumlah 11 buah rumah telah dibina di DUN Kuala Balah melibatkan peruntukan sebanyak RM440,000.

Penyerahan kunci rumah kepada penerima bantuan telah dibuat pada 9 November 2014 bertempat di Kampung Lata Janggut, Jeli. Majlis yang diadakan di salah sebuah rumah SPKR milik Encik Mohd Nashim bin Hamat telah disempurnakan oleh YBIN Datuk Hj Ab Aziz Derashid, Pengerusi KESEDAR merangkap ADUN Kuala Balah. Selain penerima bantuan, turut sama hadir adalah Pengerusi JKKKP, penduduk sekitar dan juga kakitangan KESEDAR.

Dalam ucapannya, Datuk Pengerusi menyeru masyarakat setempat agar memberi sokongan padu kepada kerajaan agar segala kemudahan dan bantuan

dapat disalurkan untuk kemudahan rakyat terutama masyarakat Luar Bandar yang berada di pendalaman.

Diakhir majlis, Datuk Pengerusi menyerahkan kunci rumah kepada 11 orang penerima bagi DUN Kuala Balah. Selain itu beliau juga membuat tinjauan keatas rumah yang dibina dan berpuas hati atas mutu bangunan tersebut. Sebelum bersurai semua hadirin telah di sajikan makan tengahari oleh tuan rumah sebagai melahir kesyukuran.

Penyerahan KunciRumah SPKR di Jeli

Oleh: Ahmad Tarmidzi Rashidi

Page 25: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

25

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

10 November, 2014, Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Hotel Seri Pasific - Satu lagi inisiatif signifikan olehpengurusan tertinggi KESEDAR, apabila YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR memaklumkan bahawa pembentukan jawatankuasa pemikir KESEDAR adalah untuk berkongsi ide serta kejayaan dalam menyokong Lembaga dan Pengurusan KESEDAR dalam melaksanakan halatuju masa depan KESEDAR. Pengerusi Jawatankuasa pemikir KESEDAR dipertanggungjawabkan kepada Datuk Mustapha bin Yaakub, ALP KESEDAR. Harapan beliau di mesyuarat kali pertama tersebut ahli-ahli mesyuarat dapat saling memperkenalkan diri serta berkongsi ide dan profesionalisma masing-masing.

Jawatankuasa terdiri dari YBhg. Datuk Hj. Mustapha bin Yaakub (Anggota Lembaga Pengarah KESEDAR), YBhg

Dato’ Hajjah Rahmah Kassim (Mantan KSU KKLW & Penasihat MTEN), Tuan Haji Mohd. Ghazali bin Yahya (Mantan Pengurus Besar KESEDAR / Ahli Perniagaan), Prof Dato’ Dr. Alias bin Abdullah (Pensyarah Universiti Malaya / Konsultan / Usahawan), Datuk Hilmi bin Yusof (Usahawan), Tn. Haji Sani bin Abdullah (Usahawan), Puan Rohani bt Abu Hassan (Pengerusi Peladang NITA Kelantan), Encik Azran bin Deraman (Pengarah MITI Kelantan), Professor Madya Tuan Haji Abdul Aziz bin Hussein (Pensyarah Univeriti Sains Malaysia), Dato’ Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail (Pengurus Besar KESEDAR), Tuan Haji Ramli bin Mat Zain (Timbalan

Pengurus Besar Pembangunan KESEDAR) dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KESEDAR).

Sebelum mesyuarat dimulakan, ahli majlis terlebih dahulu di beri taklimat pembangunan KESEDAR oleh

“Think Tank” KESEDAR

Sumber Unit Komunikasi Korporat

Tuan Haji Mohd. Suhaimi bin Othman, Pengurus Perancangan dan Penilaian KESEDAR dan taklimat Amalan Pertanian Terbaik (GAP) oleh Dr. Fung Fwei Chong, Konsultan Pertanian (Union of Indonesian Estate Crops Farmers Association) dengan beberapa kaedah baru yang telah dilaksanakan di Indonesia dan Indochina yang mungkin boleh dikongsi untuk diaplikasikan di KESEDAR.

Pengerusi mesyuarat, Datuk Mustapha bin Yaakub menaruh harapan yang tinggi kepada semua ahli majlis untuk sama-sama berkongsi ide kearah anjakan paradigma KESEDAR khusus kepada kepelbagaian aktiviti (selaras dengan dasar kerajaan) KESEDAR kearah pembiayaan sendiri (self-finannce) sebelum 2020

Page 26: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

26

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Kota Bharu, 22 November 2014. Pengurusan KESEDAR sekali lagi menganjurkan satu peristiwa besar dan signifikanmeraikan 27 orangwarga kerjayang baru dan akan meninggalkan perkhidmatan di KESEDAR termasuk Anggota Lembaga Pengarah. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam diadakan dalam suasana ringkas tetapi meriah. Antara tetamu yang hadir adalah YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derasid, Pengerusi KESEDAR, YBIN Dato’ Haji Mohd. Faudzi bin Haji Mamat, ALP KESEDAR Merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi ALP KESEDAR Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi & Teknologi Hijau Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Rahim bin Abu Bakar, ALP KESEDAR Merangkap TKSU KKLW, YBrs. Tuan Haji Kamarul Ariffin binUjang, ALP KESEDAR, YM Engku Zakir Hussein bin Syed Abdullah, ALP KESEDAR, YBhg. Dato’ Rozali

bin Isohak, Mantan Timbalan Pengerusi KESEDAR, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar, YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Pengurus-pengurus Bahagian, Ketua-ketua Unit, Pengurus-pengurus Wilayah, Pengarah Unit JKR KESEDAR, wakil-wakil Anak Syarikat KESEDAR serta Pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional.

Tuan Haji Ismail bin Abdullah (Mantan Pengurus Bahagian Hartanah) mewakili pesara-pesara memulakan ucapan yang antara lain berkongsi pengalaman dengan pesara-pesara lain, mengucap syukur diatas nikmat kurniaan ALLAH S.W.T mencari rezeki di KESEDAR hampir 29 tahun. Mempunyai persepsi bahawa KESEDAR merupakan sebuah organisasi yang sentiasa mengambil cakna terhadap kebajikan warga kerja KESEDAR. Beliau seperti mana pesara-pesara lain sedikit terkilan, kerana masih terdapat agenda belum selesai, namun demikian, beliau dan rakan-rakan pesara merasakan ianya akan menjadi kesinambungan dibahu rakan-rakan yang masih dalam perkhidmatan serta mengharapkan organisasi KESEDAR terus relevan, khusus untuk pembangunan luar bandar.

YBhg. Dato’ Rozali bin Isohak (yang begitu sinonim dengan panggilan Abe Li), Mantan Timbalan Pengerusi KESEDAR pula meluahkan pengalaman beliau selama 17 tahun menganggotai Lembaga Pengarah KESEDAR, dilantik oleh YB Menteri KKLW sebaik sahaja selepas beliau melepaskan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Berkongsi rahsia pengalaman manis selama beliau menganggotai Lembaga Pengarah KESEDAR, berkeyakinan kepada warga kerja KESEDAR yang

bertanggung jawab serta menganggap organisasi KESEDAR antara yang terunggul di negara. Penerapan semangat setia kawan (espirit de corp) dan semangat bekerja berpasukan (teamwork) yang tinggi, termasuk dikalangan anggota-anggota lembaga dalam memberikan keutamaan kepada rakyat luar bandar. Seterusnya beliau menaruh harapan agar KESEDAR sentiasa relevan dan terus maju dimasa-masa hadapan.YBhg. Dato’ Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dalam ucapan aluan beliau m e n g u c a p k a n terima kasih kepada hadirin para tetamu yang dirai. Secara peribadi m e n g a n g g a p majlis kali ini istimewa dimana

Malam Jasa Mu di Kenang 2014

Sumber Komunikasi Korporat

Page 27: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

27

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

bilangan tetamu yang diraikan agak ramai serta kehadiran dif-dif utama yang ramai, terutamanya dari kalangan Anggota Lembaga Pengarah KESEDAR. Pada beliau, tetamu yang dirai merupakan mereka yang telah menyumbang bakti luhur yang begitu besar meniti kematangan usia KESEDAR sejak dari penubuhan. Begitu juga sumbangan yang tiada penghujungnya (endless) dari warga kerja yang dalam perkhidmatan, khususnya para Anggota Lembaga Persekutuan dan Negeri yang sentiasa menyokong pengurusan KESEDAR dalam memenuhi ekspektasi rakyat dan stakeholders.

YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derasid, Pengerusi KESEDAR dalam ucaptama beliau mengalu-alukan hadirin dan tetamu-tetamu istimewa serta meluahkan rasa teruja dengan sambutan yang penuh dengan keceriaan. Merakamkan penghargaan di atas sumbangan mereka yang diraikan, menganggap YBhg. Dato’ Rozali bin Isohak sebagai seorang “sifu” beliau dalam Lembaga Pengarah, Tuan Haji Ismail bin Abdullah sebagai Pembawa Panji (Flag Bearer) yang bersuara lantang dan tegas dalam memberikan fakta-fakta KESEDAR, begitu juga pesara-pesara lain yang samamemainkanperananyangsignifikanmembangunKESEDAR mengikut peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Dikesempatan ini juga Datuk Pengerusi bersama warga kerja KESEDAR mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima Darjah dan Pingat Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V yang ke 45 pada 11 November 2014 lalu. Mereka adalah terdiri dari Dato’ Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR , Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’, Tuan Haji Kamarul Arifin binUjang, ALP & AJK Audit Dalam KESEDAR, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K) & Tuan

Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K). Tambah beliau pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Kelantan ini kepada kepimpinan tertinggi diatassumbangansignifikanKESEDARdalamagendapembangunan Negeri Kelantan serta menguatkan lagi status organisasi masih relevan sebagai Agensi Pembangunan Wilayah (LKW).

Pengurniaan gelaran “Dato” merupakan satu cabaran untuk Pengurus Besar memimpin KESEDAR ke arah lebih mencabar, tambah beliau kepimpinan berhemah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang mencabar disiplin. KESEDAR akan kehilangan ramai warga kerja yang perpengalaman kerana mereka yang menyertai KESEDAR pada 1978 - awal 1980an akan mula menamatkan perkhidmatan masing-masing. Sehubungan dengan itu pengurusan KESEDAR telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan proses pengambilan baru. Pengurusan akan sentiasa mempastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai serta penempatan warga kerja mengikut kesesuaian kompetensi. Sebagaimana ucapan YBhg. Dato Pengurus Besar, YB Datuk Pengerusi juga merakamkan penghargaan kepada mereka yang dirai serta memohon maaf di atas sebarang kekhilafan pihak pengurusan ketika mereka dalam perkhidmatan. Kepimpinanan KESEDAR mengucapkan selamat maju jaya dalam apa saja bidang yang pesara-pesara ceburi dan mendoakan semoga terus menikmati kejayaan dan kepuasan kurniaan nikmat, Insya ALLAH.

Page 28: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

28

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Pada 06 Oktober 2014 Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan Program Muafakat Desa bertempat di Masjid Kg. Pulau Setelu. Antara kampung berhampiran yang turut serta dengan program ini ialah Kg Kalar dan Kg Perak. Seramai 40 orang kakitangan KESEDAR telah menyertai Program Turun Padang ini yang bertujuan untuk bersama-sama menyelami penghidupan, permasalahan serta keperluan masyarakat kg. tradisional. Bagi penjawat yang baharu sahaja bertugas di KESEDAR ianya merupakan satu pengalaman dan pendedahan baru dapat bertemu dengan kumpulan sasar di lapangan. Lokasi kampung ini yang terletak di tepi Sungai Nenggiri dengan jarak 40 KM dari bandar Gua Musang melalui jalan utama ke Jelawang - Jeli.

Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran lebih 80 penduduk Kg. Pulau Setelu, Kg. Kalar dan Kg. Perak. Diakhir program Encik Mohd Fadhly bin Abdul Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang menyampaikan sumbangan sejadah untuk masjid dan peralatan sukan kepada wakil belia Kg. Pulau Setelu.

Turut hadir menjayakan program ini bersama Pengurus Wilayah Gua Musang ialah pegawai-pegawai KESEDAR serta semua kakitangan Pejabat Wilayah Gua Musang dan PO Sg. Terah.

Peserta telah dibahagi kepada 3 kumpulan untuk aktiviti gotong royong membersih persekitaran Masjid Pulau Setelu, mencuci dan meracun kawasan tanah perkuburan Kg Perak, serta membersih Balairaya Kg. Kalar. Mengambil kesempatan dari program ini, satu ceramah mengenai ancaman wabak Denggi telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang.

Program Muafakat Desa Wilayah Gua Musang

Oleh: Haji Othman Setapa

Page 29: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

29

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Forum Islam WGMBertempat di Dewan MDGM Cawangan Bertam, Kg Bertam Baru, Gua Musang pada 15 November 2014 telah berlangsung Program Forum Islam anjuran bersama KESEDAR Wilayah Gua Musang dan Kelantan FM. Program yang julung-julung kali diadakan di kampung tersebut bermula pada jam 9.00 malam telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari penduduk setempat.

Forum ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Suhaidi bin Ismail manakala ahli panel terdiri Ustaz Mokhtar Yaacob dan Ustaz Zawawi bin Muhamad yang telah

mengupas tajuk ‘’Hijrah Rasul – Bila Nak Berubah”. Program yang popular di Kelantan FM pada setiap pagi Jumaat ini kebiasaannya akan bersiaran jam 10.00 pagi.

Turut hadir memeriah program forum tersebut ialah YB Encik Mat Yusoff bin Ab Ghani, ADUN Nenggiri, Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang, pegawai serta kakitangan Pejabat WGM dan Pejabat Operasi Limau Kasturi serta kepimpinan JKKKP Bertam Baru bersama-sama lebih dari 350 orang hadirin.

Kursus Wanita Sejahtera WGMKESEDAR Inn Gua Musang - Seramai 106 orang peserta yang terdiri dari suri rumah dan ibu tunggal dari Wilayah Gua Musang telah menghadiri Kursus Wanita Sejahtera pada 17 November 2014.

Kursus ini adalah di bawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan objektif kursus adalah untuk meningkat kefahaman dan kesedaran untuk menjadi

wanita solehah yang sentiasa mengamalkan cara hidup Islam. Disamping itu juga peserta akan diberi penjelasan mengenai hak-hak wanita dalam Islam.

Program kursus sehari ini telah diisi dengan tiga slot ceramah dengan tajuk “Wanita Kau Begitu Istimewa“ oleh Ustaz Tuan Anuar bin Tuan Mat, “Jaminan Hak-Hak Wanita Dari Perspektif Islam” oleh Ustazah Cik Siti Lailatul Izati binti Suhaimi dan “Wanita Sejahtera Dalam Naungan Syariat” oleh Ustaz Mokhtar bin YaacoBIN

Perasmian penutup program kursus telah disempurnakan oleh YB Encik Mat Yusoff bin Ab Ghani, ADUN Nenggiri.

Oleh: Haji Othman Setapa

Oleh: Haji Othman Setapa

Page 30: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

30

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

ProgramAsyura Muafakat Desa

Wilayah Gua MusangSempena dengan kedatangan bulan Muharam 1436 Hijrah Pejabat WGM telah mengadakan Program Asyura Muafakat Desa bersama JKKKP. Sebanyak tujuh program asyura telah dilaksanakan dan telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari masyarakat setempat setelah sekian lama program sebegini tidak dilaksanakan.

Program majlis asyura ini telah diadakan di RPT Sg Terah (JKKKP Sg. Terah), Kg. Kerinting (JKKKP Kundur), Kg. Melar (JKKKP Kuala Sungai), Kg Limau Kasturi (JKKKP Limau Kasturi), Kg. Star Baru (JKKKP Star), PPMS KESEDAR Sejahtera dan PPMS Tanah Puteh.

Program ini telah menyerlahkan penglibatan semua peringkat penduduk setempat yang bersama-sama menyiapkan kerja-kerja gotong royong bagi memasak bubur asyura. Dari kalangan ibubapa, belia, remaja dan kanak-kanak semuanya turut serta dan lebih

mengembirakan di PPMS KESEDAR Sejahtera mereka dari kalangan bangsa Cina turut serta menjayakan program ini. Dengan wujudnya suasana permuakatan yang sebegini akan dapat melahirkan kerjasama yang cukup erat didalam sesuatu komuniti setempat yang boleh menjadi pengikat kepada perpaduan.

Kursus Bina InsanCemerlang WGMKursus Bina Insan Cemerlang WGM telah diadakan pada 9 Disember 2014 di KESEDAR Inn Gua Musang. Seramai 73 orang peserta lelaki yang terdiri dari Ketua Keluarga (KIR) dari WGM telah menghadiri program kursus sehari ini.

Kursus ini adalah di bawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta mengenai ajaran Islam ke arah meningkatkan peranan peserta sebagai ketua keluarga, memahami isu-isu dan cabaran umat Islam bagi menghadapi era globalisasi serta menghayati sifat bersyukur dan berterima kasih dalam Islam.

Program kursus ini telah diisi dengan tiga slot ceramah dengan tajuk “Berjayalah Orang Yang Bersolat Sempurna” oleh Ustaz Rozak bin Kuchi Muhammad, “Islam dan Cabaran Semasa” oleh Ustaz Tuan Anuar bin Tuan Mat dan “Kehidupan Dalam Naungan Syariat” oleh Ustaz Mokhtar bin Yaacob.

Perasmian penutup program kursus telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang.

Oleh: Haji Othman Setapa

Oleh: Haji Othman Setapa

Page 31: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

31

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

bagi tahun pertama (2014). Peserta dibawa melawat projek madu kelulut, perkhidmatan canopy & peralatan katering, perkhidmatan sewa lori & case serta bengkel pembuatan mee. Semua projek ini diuruskan oleh sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh penduduk bagi mengendalikan peruntukan projek Desa Lestari.

Disamping itu dalam perjalanan pulang peserta telah singgah di KEDA Resort, Sik, Kedah melihat projek ekonomi seperti pengeluaran air minuman, Taman Air (kolam renang) dan ternakan madu kelulut.

Adalah diharapkan dengan pendedahan yang diperolehi melalui program lawatan ini para peserta akan mendapat motivasi yang berguna untuk membangunkan PPMS KESEDAR Sejahtera dan Tanah Puteh menjadi penempatan yang ceria, menarik dan menguntungkan.

Satu Program Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Masyarakat PPMS Wilayah Gua Musang telah diadakan pada 26 hingga 28 November 2014 ke Pulau Pinang dan Kedah. Peserta lawatan adalah seramai 50 orang yang terdiri dari JKKK PPMS KESEDAR Sejahtera, JKKK PPMS Tanah Puteh, bapa angkat dan penggerak di PPMS terlibat.

Tujuan program lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada kepimpinan JKKK dari aspek kepimpinan, institusi, keindahan & keceriaan kg serta program-program kemasyarakatan yang dijalankan di kg. tersebut.

Dua buah kampung yang terlibat dengan program lawatan ini ialah Kg. Sungai Chenaam, Nibung Tebal, Pulau Pinang (Kg. Desa Lestari Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2013) dan Kampung Kuala Kerik, Sik, Kedah (Kg. Desa Lestari Peringkat Negeri Kedah tahun 2014).

Pada hari pertama program peserta terus dibawa menginap di rumah keluarga angkat Homestay Kg. Sungai Chenaam untuk bersama berkongsi pengalaman bersama bapa angkat mengenai kehidupan dan kampung masing-masing. Esoknya peserta diberi taklimat pembangunan kampung yang mana kampung ini dibangunkan menyerupai konsep Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS). Peserta juga dibawa melawat projek-projek IKS, ternakan ikan & udang dan ternakan madu kelulut.

Di Kg. Kuala Kerik, Sik, Kedah peserta juga diberi taklimat pembangunan kampung yang asalnya hanyalah sebuah kg tradisional biasa dan berjaya sedikit demi sedikit melalui pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) berkat dari muafakat penduduk. Kg. ini telah dianugerah sebagai Kg Desa Lestari dan layak menerima peruntukan RM 1 juta projek pembangunan

Program Lawatan Sambil BelajarPemimpin Masyarakat PPMS WGM Ke

Negeri Pulau Pinang Dan Kedah

Oleh: Haji Othman Setapa

Oleh: Oleh: Haji Othman Setapa

Page 32: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

Majlis Selamat DatangWarga Baharu KESEDAR

32

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Program Kursus Motivasi BeliaPada 9 Disember 2014 telah berlangsung satu Kursus Motivasi Belia bertempat di Balairaya PPMS KESEDAR Sejahtera. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat meriah dengan kehadiran lebih 250 orang peserta terdiri dari para belia dan beliawanis dari kalangan anak-anak peserta PPMS KESEDAR Sejahtera.

Kursus ini bukan sahaja menarik minat para belia tetapi juga dari kalangan ibubapa berikutan kehadiran penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Mokhtar bin YaacoBIN

Bahagian Pentdbiran dan sumber manusia telah mengadakan Majlis Selamat Datang kepada 72 warga kerja baharu KESEDAR pada 1 Disember 2014 disempurnakan bersama oleh Tuan Haji Ramli Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar, Pembangunan & Tuan Haji Fazam Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar, Pengurusan. Warga kerja baharu yang terdiri dari enam belas kategori perkhidmatan dari Kumpulan Sokongan hingga Pengurusan & Professional telah menamatkan dengan jayanya tempoh familiarisasi masing-masing.

Ceramah motivasi tersebut telah mengupas tajuk “Belia Yang Bersaksiah Islam” yang memberi penekanan kepada pentingnya mempunyai jati diri bagi menghadapi cabaran dan perancangan musuh Islam yang mahu merosakkan imam umat Islam khasnya golongan belia remaja supaya semakin jauh dari ajaran Islam.

Ceramah yang berjalan secara santai dalam suasana interaksi dua hala telah berjaya menarik perhatian semua peserta. Dari reaksi peserta, program sebegini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan kesedaran kepada mereka mengenai cabaran yang bakal ditempuhi dalam kehidupan alam remaja.

Oleh: Haji Othman Setapa

Oleh: Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

Page 33: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

SAMBUTAN HARIINOVASIKKLW 201410 November, 2014, Dewan Serbaguna KKLW - KESEDAR telah menyertai Sambutan Hari Inovasi KKLW 2014 bertemakan “Melestarikan Inovasi Memartabatkan Transformasi” disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal,Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Majlis yang disambut dengan ringkas tetapi meriah dengan hadirin lebih kurang 800 orang.

YB Menteri dalam ucaptama beliau menekankan aspek-aspek Kepentingan budaya inovasi dalam agenda transformasi perkhidmatan awam, cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi (Malaysia masih jauh dalam penghasilan produk inovasi yang komersial kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah). Pegawai awam perlu memahirkan diri dengan menguasai lebih dari satu bahasa supaya mempunyai kefahaman yang jelas serta dapat menguasai sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah prasyarat kepada penyertaan inovasi global.

Tambah beliau lagi, dari segi teknologi dan inovasi, banyak gadget dan aplikasi baharu yang perlu kita kemaskini dan melihat apakah bentuk inovasi yang boleh dilakukan sebagai contoh program pemasaran nasional & global dan Agensi melalui media baru secara viral (twitter, fb, instagram, youtube dll.) Pegawai-pegawai awam perlu bersikap terbuka serta bersedia menerima pendedahan di peringkat global seperti menghadiri seminar-seminar inovasi peringkat antarabangsa. Membudaya sikap penghayatan yang tinggi dalam menterjemahkan inovasi bagi memastikan produk yang dihasilkan boleh diaplikasi dan dikomersialkan, malah kita hendaklah

menghasilkannya bukan setakat untuk kepuasan diri sendiri tetapi juga untuk kepentingan umum seterusnya secara global.

KESEDAR juga turut memeriahkan program dengan menyertai Ekspo Inovasi dengan mengenengahkan pengurusan LEAN Bayaran Perolehan diketuai oleh Puan Norlida Saidi bt Awang Teh, Pengurus Petadbiran & Pengurusan Sumber Manusia. Gerai KESEDAR telah mendapat sambutan menggalakkan dan YB Menteri, YBhg. Datuk Seri KSU, YBhg. Dato TKSU (Pembangunan) serta dif-dif utama telah sudi meluangkan masa beberapa ketika di booth KESEDAR.Encik Jalamluddin bin Kasbi selaku Pengerusi Program memaklumkan bahawa tujuh kategori Aunugerah Kualiti dipertandingan dikalangan jabatan dan agensi dibawah KKLW. KESEDAR telah meraih tempat ke tiga Ketegori Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan serta mendapat Sijil Pematuhan SAGA (Self Accounting for Government Agencies Complience) bagi kategori pengiktirafan Jabatan/Agensi luar (penilaian Jabatan Akauntan Negara). Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh YB Menteri, manakala Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KESEDAR menerima anugerah-anugerah tersebut mewakili Dato Pengurus Besar KESEDAR. Apapun ungkapan Pengerusi J/K Program/Penganjur, “OUR MISSION NOW IS NOT ABOUT CHANGE THE PAST, BUT WORKING AND IMPROVE FOR THE FUTURE” perlu dihayati bersama.

Sumber Unit Komunikasi Korporat

33

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Page 34: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

34

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Pada 13 hingga 14 Oktober 2014 bertempat di Dewan Merak, KESEDAR Inn Sdn, Bhd. Gua Musang Kelantan telah diadakan “Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah KESEDAR 2014”. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Abd Aziz bin Aban (Pengarah SPRM Negeri Kelantan) dan dihadiri oleh semua Pengurus Bahagian/

Wilayah/Ketua Unit dan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional KESEDAR.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memurnikan fungsi bahagian yang telah disediakan di bengkel yang pertama pada tahun 2013. Ia juga bertujuan untuk mencungkil idea-idea bernas daripada ahli-ahli kearah peningkatan integriti, menghapuskan risiko rasuah serta mempraktikkan ilmu pengurusan bebas risiko rasuah di dalam jabatan.

Sebanyak tujuh bahagian telah membentangkan fungsi masing-masing iaitu Pentadbiran, Kewangan, Ekonomi, Hartanah, Pertanian, Masyarakat & Wilayah. Bengkel ini di fasilitatorkan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya iaitu,Tuan Haji Ahmad Ariff bin Haji Mahidin dan Puan Sarimah bt Sulaiman.

Bengkel PengurusanRisiko RasuahKESEDAR 2014

Jadi Sukan Pelancongan Di Gua Musang

Motosikal lasak

Oleh: Sharuddin Ibrahim

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan menjadikan ekspedisi motosikal lasak atau motorcross sebagai sukan pelancongan bagi merancakkan lagi industri pelancongan di daerah Gua Musang.

Pengurus Besar KESEDAR, Dato’ Haji Mohd Arshad Ismail berkata, ekspedisi motosikal lasak akan disenaraikan dalam kalendar program KESEDAR sebagai acara tahunan kerana ia merupakan platform terbaik untuk mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di daerah ini.

Oleh: Haji Wan Johan Wan Hassan

Page 35: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

35

BULETIN

KESEDAR • OKTO

BER-DISEM

BER

Mempengaruh TabiatDalam Komunikasi Khalayak

Kursus motivasi 2 hari bagi menyerlahkan aura kepimpinan sebagai Ketua anjuran Perunding Swasta, Asas Insan Resources & Training telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2014 bertempat di Hotel Residence, UNITEN Bangi. Kursus “Booster Persona Pemimpin” Memperkasa Seni & Daya Pengaruh Sebagai Ketua tersebut berkongsi tip-tip praktikal bagaimana para pemimpin organisasi boleh meningkatkan keupayaan mempengaruhi orang lain dalam usaha menjadi ketua yang tulen, berkesan dan ditokohi. Kursus selama 2 hari ini memberi pendedahan dalam mengenalpasti potensi dan kekuatan diri (berdasarkan kajian warna - emas, hijau, biru dan jingga), mengetahui jenis dan gaya kepimpinan (autokratik, demokratik, laissez faire dan tauhidik), mengenalpasti jenis personaliti dan kaitan dengan gaya kepimpinan (bagaimana mahu membentuk rapport/reputasi yang baik : kenalpasti audiens, terima tanpa syarat dan bicara bahasa mereka), mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dalam dalam daya pengaruh (Rangsangan - Emosi - Fikiran = Tindakan Wajar ; Rangsangan - Emosi = Tindakan Kurang Wajar),bagaimana minda sedar(logik - analisis) dan minda bawah sedar (minda tingkahlaku yang berkaitan dengan emosi dan imej/bayangan/gambaran) memainkan peranan terhadap perubahan/transformasi diri.

13 TIPs Ketika Berucap1. BERUCAP BUKAN MENGAJAR

2. SAPA BUKAN NONONG

3. HORMATI PENCERAMAH LAIN/MC

4. BUAT MIC TEST “SATU, DUA, TIGA”

5. TIDAK PERLU RENDAH DIRI

6. LERETKAN SENYUMAN

7. JADI SETARAF, GUNA BAHASA MUDAH

8. SAMPAIKAN APA YANG MEREKA MAHU

DENGAR

9. TARIK PERHATIAN DENGAN HUMOR@

GIMIK@SOALAN

10. GUNA CONTOH SENDIRI BUKAN MENIRU

11. MANFAATKAN SAMPUKAN

12. SELITKAN DENGAN LELUCON

13. DAPATKAN TEPUKAN PENGHARGAAN

BUKAN KELEGAAN

Oleh: Yunaiha Ismail

Sembilan Seni Mempengaruh Tabiat Dalam Komunikasi Khalayak (Berucap)

Teknik Keterangan1. Anda hanya ada 10 saat Anda ada masa 10 saat di awal ucapan bagi menarik

kepercayaan orang terhadap ucapan anda

2. Ucap bukan baca/hafal Anda perlu melihat audiens dalam bentuk huruf Z

3. Sauh dengan nama Perlu ingat beberapa nama audiens untuk kita tujukan

4. Tanya untuk tarik perhatian Bertanya untuk attack persekitaran yang di luar kawalan (contoh : audiens bising)

5. Minta bukan arah Minta (minda bawah sedar) sementara arah (minda sedar). Perlu ada elemen merayu bukan memberi arahan

6. Dengar dengan mata Listening voice of heart

7. Biar Tangan Berbicara Pergerakan tangan mengikut perkara yang diperkatakan

8. Biarkanlah Rahsia Maklumat perlu dihadkan di dalam slide show.

9. Belajar Berhenti Bercakap Perlu ikut masa.

Page 36: Pengurus Besar KESEDAR Dianugerahi Gelaran Dato’ Kesedar-OKT-DI… · pencapaian Sasaran Kerja Tahunan ... Rancangan-rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ... Jemputan Khas Program Pertandingan

36

BULE

TIN

KES

EDAR

• O

KTO

BER-

DIS

EMBE

R

Kg. Sungai Mengkuang - Pelaksanaan program Sentuhan Kasih membolehkan KESEDAR mendekatkan diri dengan masyarakat dan membantu sebahagian golongan yang memerlukan, kata ADUN Dabong YBIN Dato’ Hj. Ramzi bin ABIN Rahman.

“Program ini sebagai sebahagian tanggungjawab sosial KESEDAR dan paling penting dapat berinteraksi dengan masyarakat dan membantu beberapa orang berkenaan yang memerlukan bantuan,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Kasih KESEDAR pada 4 November 2014 (Selasa) di Masjid Kg. Baru Sg. Mengkuang.

tempatan. Begitu juga ia sebagai salah satu medan untuk menyampaikan maklumat serta peluang-peluang yang ada di KESEDAR untuk golongan belia dan penduduk tempatan secara langsung.

Melalui program ini seramai 30 orang yang terdiri dari orang miskin, ibu tunggal, orang tua yang uzur dan

pemimpin masyarakat di kampung ini mendapat bantuan hamper dan wang tunai. Seorang penduduk di bawah skim SPKR menerima kunci rumah dan bantuan anak-anak ikan kolam daripada seorang pengusah program ekonomi KESEDAR.

Melalui program ini juga, warga KESEDAR dan pemimpin-pemimpin tempatan bersama penduduk kampung

pada sebelah paginya bergotong royong mengecat dan membersih kawasan masjid. Selepas Zohor di adakan pula majlis tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Masjid Kg. Baru Sg. Mengkuang. Sebelah petang diadakan Sukan Rakyat di Padang Awam. Sementara pada malamnya diserikan lagi dengan Malam Budaya Sentuhan Kasih dengan persembahan dikir barat oleh artis popular dikir barat yang dihadiri sama oleh YBIN Dato’ Ramzi bin ABIN Rahman, ADUN Dabong.

Beliau berkata lagi, KESEDAR melalui program itu setiap tahun dapat dibuat di beberapa tempat di Kuala Krai bagi meraikan masyarakat kampong dan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama sempena dalam persediaan persekolahan pada awal tahun nanti.

ADUN Dabong itu juga berkata pada masa sama, program itu dapat memupuk dan meningkatkan semangat sukarela di kalangan warga kerja KESEDAR, pemimpin-pemimpin masyarakat selain menyedia kesempatan bagi mereka berinteraksi dengan lebih rapat dengan masyarakat

Oleh: Ahmed Zhaini Hj. Mohd. Zain

Sentuhan KasihProgram Penting KESEDAR

Dekati Masyarakat