kesedar peneraju transformasi luar bandar bultn bil 2.pdf · 3 buletin kesedar perhimpunan oleh:...

20
BIL. 2 / 2013 • APRIL - JUN EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 20 JUARA BOLASEPAK

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

BIL. 2 / 2013 • APRIL - JUNEDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 20

JUARA BOLASEPAK

Page 2: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

2

BULE

TIN

KES

EDA

R

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMATHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPAHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

editorial

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESEDAR/171405426242605

http://twitter.com/Kesedarkklw

Kembali Semula Sentuhan Kemanusiaan

Assalamualaikum Warahmatullah HiwabarakatuhSalam Sejahtera... Pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi mengenai sentuhan kemanusiaan bagi mengurangkan krisis komunikasi dalam menangani pelbagai kes terutamannya dalam konteks perkhidmatan awam kerana setiap hari kita berurusan dengan masyarakat awam untuk menyampaikan perkhidmatan agensi kita.

Perlu diingat, walaupun pemodenan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan kualiti penyampaian tetapi kebergantungan sepenuhnya terhadap kemudahan tersebut akan menjadikan sesuatu perkhidmatan bersifat impersonal dan mekanistik. Sebagai contoh, ia jelas dalam penggunaan sistem balasan automatik dalam komunikasi sekarang iaitu perantara e-mail yang kadangkala tidak memperlihatkan sentiviti dan kemesraan kepada pelanggan bagi situasi yang memerlukan penjelasan lanjut. Pertanyaan pelanggan wajar dijawab dengan memberi penerangan yang lebih jelas serta meletakkan nilai insaniah dan empati yang secara tidak langsung dapat mengelakkan pelanggan daripada terkeliru dan tersalah tanggapan.

Warga kerja KESEDAR hendaklah melaksanakan anjakan paradigma yang radikal supaya perkhidmatan yang disediakan mampu memuaskan hati semua pihak tanpa membelakangkan prinsip asas tersebut. Sewajarnya terpahat di sanubari kita semua bahawa setiap sen wang rakyat yang kita belanjakan seharusnya memberi pulangan berganda kepada mereka. Setiap perancangan dan pelaksanaan program hendaklah diteliti dengan sebaik mungkin agar pelaksanaannya dapat memberi impak yang terbaik dan tidak berlaku pembaziran.

Dalam masa yang sama kita juga hendaklah meletakkan keikhlasan bekerja sebagai batu asas untuk terus menabur bakti kepada kecemerlangan bangsa, agama dan negara, tidak semata-mata mengharap ganjaran dan pengiktirafan sahaja.

Sekian selamat berkhidmat, wassalam.

Jadilah Arus Yang Mampu Mengubah Suasana

Assalamualaikum...

Para pembaca yang dihormati sekalian, marilah kita bersama merenung sejenak mengenai asbab mengenai pencapaian dan kedudukan umat Islam sebelum ini yang berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion atau jaguh global. Marquis of Dufferin and Ava di dalam bukunya Speeches berkata “Eropah terhutang budi kepada sains Islam, seni Islam dan sastera Islam kerana faktor-faktor inilah yang menyebabkan ia akhirnya keluar dari kegelapan Zaman Pertengahan”.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang? Apakah proses-proses yang perlu dilalui. Inilah persoalan yang perlu ditanya dan diberi jawapannya oleh kita. Salah satu sebab musababnya adalah kitab al-Quran. Mereka menjadi unggul dan cemerlang kesan daripada ransangan al-Quran. Maka bacalah (Iqra’) untuk menjadikan kita sebagai “arus yang mampu merubah!”

Sekian, Wassalam.Diterbitkan oleh:

Unit Perhubungan Awam KESEDAR

Page 3: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

3

BULETIN

KESEDA

R

PerhimpunanBulananoleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan di Pusat Sivik, Gua Musang pada hari Ahad, 26 Mei 2013. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh keseluruhan penjawat KESEDAR.

Majlis telah dimulakan dengan perkongsian ilmu bertajuk “Perkhidmatan Pusaka, Wasiat & Peramanahan” oleh Encik Ahmad Shamsul Bahri bin Abdul Aziz daripada Amanah Raya, Kota Bharu Kelantan. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ucapan dan amanat dari YABrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Dalam ucapannya, beliau menekankan agar warga kerja KESEDAR terus memberi sokongan padu kepada KESEDAR dan kerajaan. Beliau juga berharap program 5S bukan sahaja dapat dilaksanakan sepenuhnya di ibu pejabat sahaja malah perlu diperluaskan hingga ke wilayah dan pejabat-pejabat operasi menjelang tahun 2014. Beliau juga berharap pada tahun ini KESEDAR akan mendapat Sijil SAGA Compliance.

Dalam majlis yang sama sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan program 5S diadakan. Ia diungguli oleh Pejabat Wilayah Gua Musang. Syabas dan tahniah.

Majlis turut di hadiri oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Pengurus Besar (Pembangunan) dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta Pengurus-Pengurus Bahagian / Wilayah.

3

BULETIN

KESEDA

R

Page 4: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Kunjungan KerjaUniversiti Tun Hussein Onn ke KESEDARRombongan kunjungan kerja daripada Universiti Tun Hussein Onn ke pejabat KESEDAR telah berlangsung pada 7 April 2013. Rombongan diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kasim (Timbalan Naib Censelor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UTHM) bersama 15 ahli rombongan.

Mereka disambut oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR bersama Pegawai-Pegawai KESEDAR. Sesi kunjungan disusuli dengan perbincangan antara kedua-dua pihak bagi mencari ruang dan peluang dalam meningkatkan bidang pendidikan tinggi terutamanya di kawasan Kelantan Selatan selari dengan hasrat KESEDAR mewujudkan Kelantan Selatan sebagai gerbang ilmu di negeri Kelantan dengan kemungkinan untuk membuka kampus cawangan UTHM di Gua Musang .

Kunjungan ini berlangsung dengan jayanya dimana beberapa cadangan inisiatif kerjasama pendidikan antara KESEDAR-UTHM berjaya dirangka dan cadangan inisiatif tersebut membantu UTHM dalam merangka konsep Kampus Cawangan UTHM Gua Musang untuk kelulusan pelaksanaan.

oleh: NOHISYAM AFFENDI ABDULLAH

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 5: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Satu peristiwa bersejarah telah berlangsung pada hari Isnin 8 April 2013 di mana KESEDAR telah menerima kunjungan hormat rombongan Dato’ Setiausaha Kerajaaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh YB Dato’ Dr. Haji Zainuddin bin Haji Ibrahim. Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR bersama dengan beberapa Ketua Jajahan Kelantan telah melakukan kunjung hormat untuk mengeratkan hubungan dengan pengurusan KESEDAR. Antara kenamaan negeri yang turut serta ialah YB Dato’ Mohd Fauzi bin Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Pegawai-Pegawai Jajahan. Rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurus-Pengurus Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah dan Ketua-ketua Unit.

Majlis dimulakan jam 3.00 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Yunus bin Hj Abu Bakar dan ucapan aluan oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, seterusnya ucapan balas oleh YB Dato’ SUK.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pengurusan KESEDAR kepada YB Dato’ Dr Haji Zainuddin bin Hj Ibrahim, YB Dato’ Mohd Fauzi bin Che Mamat dan ahli -ahli rombongan.

Majlis Ramah MesraSUK dan PTN KELANTANke KESEDAR oleh: KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

5

BULETIN

KESEDA

R

Page 6: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Bengkel Penambahbaikan Peraturan-Peraturan Peneroka KESEDARBagi menambahbaik peraturan-peraturan sediada yang berkaitan dengan hal ehwal peneroka KESEDAR, satu bengkel telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan Pertanian.

Bengkel berkenaan telah diadakan di Sutera Inn, Kota Bharu selama 2 hari pada 5 hingga 6 Julai 2013 bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam melibatkan peserta seramai 35 orang yang terdiri dari pegawai/kakitangan Bahagian Pertanian dan Hartanah.

Bengkel ini dikendalikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Pengurus Pentadbiran, Pengurus Hartanah dan Pegawai Undang-Undang KESEDAR.

Majlis penutup disempurnakan oleh oleh Puan Norlidasaidi binti Awang Teh, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Sumber manusia.

oleh: AZAHAN BIN MAHMOOD

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 7: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

KESEDAR diKenyir FEST 2013Kenyir FEST 2013

KESEDAR telah mengambil bahagian dalam Festival Kenyir 2013 yang dianjurkan oleh KETENGAH pada 16 - 21 Mei 2013 yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2013.

Penglibatan KESEDAR bukan sekadar memenuhi jemputan, malah berpeluang untuk mempromosikan produk IKS, informasi aktiviti anak syarikat di samping aktiviti teras KESEDAR.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dalam suasana yang penuh

gilang gemilang. Festival yang berlangsung selama 5 hari ini turut diserikan dengan pelbagai acara seperti Karnival Upin dan Ipin, ‘helicopter ride’ dengan bayaran RM50.00, pertunjukan luncur acara, pameran agensi jabatan dan swasta serta banyak lagi.

oleh: AHMAD ABDULLAH

7

BULETIN

KESEDA

R

Page 8: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Kursus AKRABKementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW)

oleh: MD. YUNUS BIN ABU BAKAR

Bertempat di Hotel Federal Bukit Bintang, Kuala Lumpur, seramai 25 orang dari KETENGAH dan 15 orang peserta dari KESEDAR telah mengikuti kursus Pra AKRAB Tahap 2 yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, KKLW dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Kursus tahap dua telah diadakan pada 9–11 September 2013 ini merupakan kesinambungan kepada kursus tahap 1 yang telah diadakan pada 18–20 Jun 2013 di Hotel Regency, Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalan kursus, peserta memberi reaksi amat positif, tambahan pula dengan keserasian komponen peserta dari agensi di bawah kementerian yang sama di samping pengendalian fasilitator yang berpengalaman. Peserta sentiasa mengambil bahagian dan berinteraksi dengan fasilitator bagi menghidupkan lagi suasana pembelajaran pedagogi. Di akhir sesi tahap dua, semua perserta disyaratkan menduduki peperiksaan khas sebelum layak ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) masing-masing pada bulan November ini. Kursus ini amat berjaya dalam usaha-usaha murni pengurusan tertinggi kerajaan untuk melahirkan pembimbing yang kompeten dan bekualiti khususnya dalam perkhidmatan awam. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan dalam suasana ringkas tetapi meriah oleh Tuan Hj. Wan Ab. Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH Merangkap Pengerusi AKRAB.

8

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 9: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Bahagian Pembangunan Pertanian telah menyediakan peruntukan kepada masyarakat peneroka di dalam kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR bagi tujuan mengadakan majlis bebuka puasa dan mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadhan 1433 hijrah.

Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian sumbangan ini telah berlangsung di Dewan Merak, KESEDAR Inn, Gua Musang pada 9 Julai 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan turut dihadiri Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Tuan Haji Othman bin Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian.

sumbangan ramadanoleh: AZAHAN BIN MAHMOOD

Dalam RKT KESEDAR

9

BULETIN

KESEDA

R

Page 10: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

KKLW di bawah Majlis Kebajikan

dan Sukan Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah

(MAKSPEN) telah menganjurkan

Sukan MAKSPEN Kali ke12, tahun

2013. Kejohanan sukan dwi-tahunan

ini telah diadakan pada 5 hingga 9

Jun 2013 dan KEJORA telah diberi

kepercayaan untuk menjadi tuan

rumah pada kali ini. Pertandingan

telah berlangsung di sekitar Bandar

Penawar, Johor.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMAT

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 11: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

MAKSPEN2O13

Sebanyak 25 acara telah

dipertandingkan dengan melibatkan

hampir 3,000 peserta yang terdiri

dari pada pelbagai agensi di bawah

KKLW. Kontinjen KESEDAR telah

berjaya mendapat tempat ketiga

keseluruhan dengan membawa

pulang 3 pingat emas, 3 perak dan

tujuh gangsa. Pungutan pingat ini

merupakan pungutan yang terbaik

dan terbanyak dalam mana-mana

kejohanan MAKSPEN yang telah

disertai oleh kontinjen KESEDAR.

Tahniah kepada kontinjen KESEDAR

di atas kejayaaan ini.

11

BULETIN

KESEDA

R

Page 12: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Undian Lot GEN2RKT Lebir

Bagi memenuhi keperluan tempat tinggal untuk generasi kedua yang masih menetap di RKT-RKT, KESEDAR telah mengambil langkah menyediakan lot-lot kediaman di dalam rancangan tanah. Antara kawasan penempatan yang telah dikenalpasti ialah di RKT Lebir yang menyediakan 28 lot kediaman telah siap disediakan.

Berikutan dengan itu, satu majlis pengundian lot-lot kediaman untuk generasi kedua telah diadakan di Kampung Baru, RKT Lebir, Gua Musang pada 23 Mei 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh. Turut hadir ialah Tuan Haji Othman bin Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian serta pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian dan Pejabat-pejabat Operasi RKT.

Undian Lot GEN2RKT Lebiroleh: AZAHAN BIN MAHMOOD

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 13: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Pada 14 hingga 16 April 2013, pihak pengurusan KESEDAR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Lawatan yang di ketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Hj Ramli bin Mat Zain bersama dengan 25 orang pegawai-pegawai KESEDAR. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan 5S di KETENGAH sempena sambutan ulang tahun penubuhan KETENGAH yang ke-40 tahun.

Rombongan KESEDAR telah diberi taklimat oleh YABrs. Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Ahmad, Timbalan Pengurus besar KETENGAH mengenai program-program Inovasi KETENGAH antaranya ialah Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang efektif, Sistem Pengurusan Dokumen (SISPED), dan Sistem Pengurusan Projek KETENGAH (SPPK).

LAWATANSAMBIL

BELAJARKeKETENGAH

Sempena lawatan ini juga, perlawanan persahabatan bola sepak dan futsal telah diadakan di antara KESEDAR dan KETENGAH.

oleh: RUSWAHANIS RAMLI

13

BULETIN

KESEDA

R

Page 14: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Gua Musang – Sempena sesi Pemeriksaan Bajet KESEDAR 2014 di Kota Bharu pada 19/05/2013, pegawai-pegawai Kanan dari Perbendaharaan dan KKLW seramai lima orang telah turun ke Gua Musang untuk meninjau impak projek pembangunan yang telah dan bakal dilaksanakan. Rombongan diiringi oleh Pn. Norlida Saidi bt Awang Teh, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia KESEDAR. Antara perojek-projek yang dilawati ialah di sekitar Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Gugusan Paloh dan Wilayah Gua Musang.

lawatan wakil MoF & KKLWke KESEDAR

Di Wilayah Gua Musang rombongan disambut oleh Encik Md. Asri bin Jusoh, Pengurus Wilayah Gua Musang di PPMS KESEDAR Sejahtera Chin Teck pada 20 Mei 2013. Beliau telah menerangkan kemajuan pembinaan empat unit rumah kedai yang telah siap 100%. Rombongan juga diberi penerangan pembinaan rumah-rumah tambahan sebagaimana perancangan dan peruntukkan yang diluluskan.

Pelawat-pelawat juga dibawa melawat disekitar penempatan PPMS KESEDAR Sejahtera Chin Teck, Gua Musang. Mereka telah bermalam di KESEDAR Inn. Rombongan kemudiannya meneruskan sesi yang sama ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Tasik Kenyir pada keesokkan harinya.

oleh: MOHD SUBRI BIN YAACOUB

14

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 15: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Pada 2 Mei 2013 bertempat di Dewan Orang ramai Kampung Lubok Bongor, Jeli telah berlangsung satu Program Himpunan Warga Emas bagi seluruh Dun Kuala Balah. Antara tujuan program ini di adakan adalah sebagai menghargai jasa-jasa mereka dalam memajukan kampung serta mendekatkan golongan tersebut dengan pihak pengurusan KESEDAR dan juga pemimpin.

Lebih 300 orang warga emas telah hadir dalam majlis yang penuh kemesraan itu yang turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat antaranya ADUN Kuala Bala YB Dato Aziz bin Derashid, YBhg Dato Mustafa bin Yaakob Ahli Lembaga KESEDAR, Tuan Hj Ramli bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Pengurus Wilayah Jeli serta kakitangan.

Program Himpunan

Warga EmasSemasa berucap, YB Dato Aziz bin Derashid berharap program seumpama ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk dan juga jabatan kerajaan dalam memajukan kampung masing-masing. Dato’ Mustafa bin Yaakob yang turut berucap juga menzahirkan kesyukuran kerana perhimpunan ini menggambarkan keharmonian hidup antara penduduk dan sentiasa bersatu padu demi masa depan yang lebih cemerlang. Selain itu ianya merupakan satu saluran pihak Jabatan Kerajaan menyalurkan maklumat-maklumat terkini agar semua rakyat memahami dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Diakhir majlis, YB Dato’ Aziz bin Derashid dan YBhg Dato’ Mustafa bin Yaakob telah menyampaikan cenderahati kepada beberapa orang penduduk sebagai menghargai jasa golongan ini dalam memajukan kampung dan desa masing-masing.

oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI

15

BULETIN

KESEDA

R

Page 16: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

KursusSembelihan

Mengikut Prospektif Islam & Kesihatan

Empat (4) orang antara 54 peserta kursus dari PPMS KESEDAR Sejahtera, Pejabat Operasi Sg. Terah dan Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengikuti kursus untuk meningkatkan kesedaran kepada tatacara penyembelihan betul mengikut hukum syarak. Kursus dua (2) hari dari 18 – 19/06/2013 di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK). Peserta kursus terdiri dari pengusaha ladang ternakan ayam, penyembelih ayam komersial, jabatan-jabatan kerajaan dan peserta persendirian.

Objektif penganjur untuk mendedahkan kaedah penyembelihan halal dan hubungkait dengan kesihatan awam telah berjaya membawa persepsi baru keluar dari stigma tradisi selama ini. Gabungan penceramah-penceramah JHEAIK dan Jabatan Verterinar berjaya memecahkan kebuntuan atau kesangsian malah meningkatkan lagi keyakinan kepada penyembelih dalam urusan peyembelihan samada secara komersial atau persendirian.Persembahan Slides dan latihan amali disamping sesi dua hala banyak membantu serta merungkai permasalahan penyembelihan, kebersihan dan amalan baik (Good Veterinary Health Practice - GVHP) dalam penyembelihan betul mengikut hukum syarak serta bersih (hygiene) untuk dimakan. Bermula dari rukun penyembelihan, tatacara penyembelihan (kaifiyah), perkara-perkara sunat, harus dan haram diperincikan secara professional sepanjang kursus dua hari dijalankan.

Latihan amali mendedahkankan betapa perlunya era-mortem dan post mortem keatas binatang penyembelihan dilakukan untuk mendapatkan daging yang bermutu serta sihat untuk dimakan. Tunjukajar secara “hands on” oleh Penceramah Jabatan Verterinar menyakinkan para peserta dalam aktiviti penyembelihan. Pendedahan kepada kriteria rumah-rumah penyembelihan yang menepati piawai Good Manufacturing Health Mark (GVHM) bagi pensijilan eksport sebelum layak diberikan pengiktirafan Hazard Critical Control Point (HACCP) oleh Jabatan Veterinar Malaysia.

Diakhir kursus setiap peserta dimestikan melalaui proses temuduga untuk melayakkan mereka menerima Sijil Penyembelihan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kearah memenuhi inspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub makanan Halal Lagi Bersih (Halallun Toyyiba) di rantau ini.

oleh: WAN ARIS WAN ABDULLAH

16

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 17: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Pelaksanaan Amalan 5S di KESEDAR bermula apabila Pengurus Besar melawat bahagian-bahagian di Ibu Pejabat. Hasil daripada lawatan tersebut beliau mendapati bahawa persekitaran tempat kerja adalah sesak dan tidak diuruskan dengan baik. Sehubungan dengan itu, Pengurus Besar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Bil 3 Tahun 2012 telah memutuskan agar KESEDAR melaksanakan Amalan 5S.

Pada 25 November 2012 bermulalah langkah pertama pihak pengurusan iaitu dalam memberi pendedahan awal kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Kumpulan B terlebih dahulu kerana kumpulan ini akan menjadi tunggak utama dalam mengetuai jawatankuasa induk dan kerja. Taklimat pendedahan awal ini disampaikan oleh

Perlaksanaan

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur bertempat di KESEDAR INN SDN BHD (KISB).

Seiring dengan itu, pihak pengurusan terus mengorak langkah dalam memastikan semua penjawat KESEDAR dimaklumkan dengan pelaksanaan Amalan 5S.Pelaksanaan ini bukan sahaja untuk memastikan pengiktirafan diperolehi malah merupakan satu entiti utama dalam merubah sikap dan persekitaran tempat kerja agar lebih produktif. Perubahan ini akan melahirkan warga yang berdisiplin dan efektif dalam persekitaran yang ceria. Pada 3 Februari 2013 bertempat di SMK Jeli, pihak pengurusan telah mengadakan perhimpunan bulanan dimana Konsep Amalan 5S dilancarkan.

Di dalam majlis tersebut juga, semua penjawat diberi penerangan tentang pelaksanaan 5S dan pengistiharan perlantikan jawatankuasa induk dan kerja. Berikutan itu, gerak kerja secara besar-besaran melibatkan semua penjawat di Ibu Pejabat KESEDAR dilakukan secara berterusan sehingga pengauditan sebanar dibuat iaitu pada 10 November 2013.

oleh: AHMAD ABDULLAH

17

BULETIN

KESEDA

R

Page 18: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR merupakan agensi Kerajaan Persekutuan yang lahir daripada pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 5 Mac 1978.

Objektif penubuhan KESEDAR adalah untuk mengimbangi nisbah kepadatan penduduk, mengecilkan jurang pembangunan antara kawasan, menyediakan kemudahan infrastruktur, meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan membasmi kemiskinan serta membangunkan modal insan di Kelantan Selatan.

Pelbagai strategi dan program pembangunan telah dilaksanakan oleh KESEDAR untuk mencapai objektif tersebut. Antara program utama yang dilaksanakan ialah Program Pembangunan Ekonomi. Program ini telah dilaksanakan melalui lima (5) teras strategik.

Teras Strategik 1Menyediakan Latihan Keusahawanan dan Kemahiran

Latihan keusahawanan dan kemahiran adalah elemen utama untuk memperoleh pengupayaan ekonomi dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Dalam usaha membina kemahiran keusahawanan dikalangan kumpulan yang menceburi bidang ini KESEDAR telah melatih 1,806 usahawan, melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 1,500 orang dalam tempoh RMKe 9.

Dalam RMKe 10 (2011 & 2012) seramai 886 usahawan telah dilatih dan pada tahun ini (2013) seramai 345 orang pelatih telah menjalani latihan dalam pelbagai bidang seperti Kursus Urutan Wanita Selepas Bersalin, Kursus Andaman, Kursus Kecantikan dan Kursus Perakaunan bagi meningkatkan keupayaan keusahawanan di Kelantan Selatan.

TerasStrategik 2Menyediakan Premis Perniagaan Yang Menyokong Pembangunan Keusahawanan

Dalam tempoh RMKe 9 KESEDAR telah melaksanakan empat (4) projek premis perniagaan bagi menyokong pembangunan keusahawanan iaitu R & R Kuala Balah, R & R Jelawang, Gerai Usahawan Paloh 2 dan Bengkel/Kilang Manek Urai dengan jumlah perbelanjaan berjumlah RM2.1 juta yang memberi manafaat kepada 25 orang usahawan.

Dalam RMKe 10 (2013), KESEDAR telah membina empat (4) pintu premis kedai di KESEDAR Sejahtera dengan kos berjumlah RM336,960. Projek

KESEDAR Peneraju Pembangunan Ekonomi Luar Bandaroleh: ISKANDAR ZUKARNAIN IBRAHIM

18

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 19: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

ini memberi manafaat kepada 4 orang usahawan. Selain daripada itu, anak syarikat KESEDAR iaitu KDSB telah membina 538 unit rumah kediaman dan 73 unit rumah kedai.

Teras Strategik 3Menyediakan Skim Pembiayaan Ekonomi KESEDAR

KESEDAR menyediakan skim-skim sokongan dan galakan keusahawanan menerusi tiga (3) Skim Pembiayaan Ekonomi KESEDAR iaitu Skim Bantuan Industri Luar Bandar KESEDAR (SBILBK), Skim Bantuan Ekonomi Sampingan KESEDAR (SBESK) dan Tabong Ekonomi Kebajikan Penduduk (TEKP). Dalam tempoh RMKe 9 sebanyak RM4.2 juta telah dibelanjakan dan memberi manafaat kepada 199 usahawan.

Dalam RMKe 10 (2011 & 2012) sebanyak RM151,700 telah dibelanjakan yang memberi manafaat kepada 19 orang usahawan.

Teras Strategik 5Pembangunan Pelancongan

Kelantan Selatan dianugerahkan dengan kepelbagaian ekologi dan lanskap, maka pelancongan menjadi komponen utama pertumbuhan ekonomi di Kelantan Selatan. Usaha menggalakkan pelancongan di Kelantan Selatan telah dilaksanakan oleh KESEDAR dengan membangunkan produk-produk pelancongan pertanian, ekologi, pendidikan dan sukan.

Diantara produk pelancongan yang popular di Kelantan Selatan ialah Padang Golf 9 lubang di Gua Musang, Cabaran Berakit Sungai Nenggiri, Mendaki Tembok Batu Semulajadi, Taman Herba, Taman Santuari Tasik Pergau dan Taman Gunong Stong.

Dalam RMKe 9 KESEDAR telah membelanjakan RM1.2 juta untuk melaksanakan 16 projek-projek pelancongan seperti penyediaan kemudahan asas dan awam, penganjuran acara-acara sukan dan kebudayaan serta menyelenggara taman dan kebun-kebun herba.

Dalam tahun 2013, KESEDAR telah diperuntukkan bajet berjumlah RM494,000 untuk menyelenggara Kebun Herba, Dusun Buah-Buahan dan Pusat Pelancongan KESEDAR.

PENUTUP

Program Pembangunan Ekonomi adalah salah satu inisiatif KESEDAR untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk yang lebih terancang. Ia adalah selaras dengan Dasar Wawasan Negara untuk mencapai satu tahap Negara Maju sepenuhnya (fully developed nation) dengan nilai-nilai positif tersendiri. Ia juga adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional yang menekankan kepada strategi pembasmian kemiskinan, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, menggalakkan penglibatan sektor swasta dan menumpukan kepada pembangunan sumber manusia, sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang lebih saksama.

Teras Strategik 4Membiayai Aktiviti-Aktiviti Pemasaran dan Promosi Produk-Produk Usahawan Kelantan Selatan

KESEDAR bertindak membiayai aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi produk-produk usahawan dengan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) dan ekspo-ekspo jualan anjuran Jabatan-Jabatan Kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa diseluruh negara. Dalam tempoh RMKe 9 seramai 54 usahawan telah mendapat manafaat dengan kos perbelanjaan berjumlah RM215,000.

Dalam tempoh RMKe 10 aktiviti-aktiviti ini diteruskan terutama pada tahun 2011 melibatkan seramai 85 orang usahawan dengan kos pembiayaan berjumlah RM230,127.

19

BULETIN

KESEDA

R

Page 20: KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar Bultn Bil 2.pdf · 3 BULETIN KESEDAR Perhimpunan oleh: AHMAD TARMIDZI RASHIDI Bulanan Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil 4/2013 telah diadakan

JUARA BOLASEPAK

Sukan Badan-badan Berkanun (SUKANUN) kali ke VIII telah berlangsung pada 24 Jun hingga 2 Julai 2013 di UNIMAP, Perlis. Sebanyak 94 pasukan yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Badan Berkanun telah mengambil bahagian. Kejohanan kali ini telah mempertandingkan 24 acara sukan yang mana melibatkan seramai lebih 6,000 hingga 7,000 orang atlit dan pegawai.

Kejohanan dijalankan secara karnival selama sepuluh (10) hari bertempat di sekitar Kampus UNIMAP dan Negeri Perlis. KESEDAR telah menyertai dua acara iaitu Bola Sepak Senior dan Bola Sepak Veteran. KESEDAR berjaya memperolehi pingat emas bagi bola sepak veteran dan gangsa bagi bola sepak senior.

Pencapaian ini merupakan yang terbaik diperolehi oleh KESEDAR dari segi pungutan pingat, kita telah mendapat tempat yang ketiga belas dari keseluruhan 94 pasukan yang menyertai kejohanan ini.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH @ MAMAT

20

BULE

TIN

KES

EDA

R