hari anugerah perkhidmatan cemerlang 2013 hari inovasi...

24
BIL. 2 / 2014 • APRIL-JUN EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 12 Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Upload: others

Post on 23-Jan-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

BIL. 2 / 2014 • APRIL-JUNEDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 12

Hari AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2013

&Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Page 2: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

editorial

Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT yang telah memanjangkan nikmat dan hayatantoyyiban kepada kita semua. Memang benarlah peringatan Allah bahawa jika mahu dihitung akan nikmatnya maka tidak termampu buat kita menjumlahkannya.

Di kesempatan ini izinkan saya memperkatakan mengenai integriti untuk penghayatan kita semua selaku penjawat awam serta teguran-teguran pihak Audit mengenai pengurusan pentadbiran kita sebagai jalan penambahbaikan untuk menjadikan pengurusan yang mantap, teratur dan berkesan. Sebagai penjawat awam, kita diseru supaya mencapai peningkatan prestasi selain mempunyai daya integriti tinggi supaya dilihat lebih cemerlang. Integriti boleh menjamin keberkesanan Sistem Penyampaian perkhidmatan selari dengan usaha peningkatan (Integriti) dalam perkhidmatan awam. Dalam konteks KESEDAR, perkara ini telah diterjemahkan dalam bentuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2013 lalu. Kita berdepan dengan realiti untuk menyampaikan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada golongan sasar atau rakyat. Itulah sebabnya kerajaan semakin giat membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berinovasi kerana rakyat Malaysia semakin peka, berpendidikan tinggi dan sudah semestinya mengharapkan yang terbaik kepada perkhidmatan awam.

Langkah-langkah pencegahan kepada tindakan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa perlu dirangka disemua pejabat di peringkat Bahagian/Wilayah/Unit/Pejabat-pejabat Operasi supaya setiap tindakan adalah telus, betul, efektif dan komprehensif. Langkah permulaan adalah mengenal pasti dan mengatasi kelemahan yang ada dengan segera. Rakyat mahu kita penjawat awam membuktikan segala tindakan ditangani segera dan penuh bertanggungjawab. Saya amat-amat berharap KESEDAR kita tidak di label sebagai sebuah agensi Kerajaan yang tiada nilai integriti, tidak efektif hanya kerana tindak tanduk seorang dua dikalangan kita yang gagal melaksanakan tugas dengan baik dan beramanah. Kita berada didalam organisasi yang hebat dan cemerlang.

Sekian, wassalam, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan.

Pengurus Besar KESEDAR

Memperbaiki Diri

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Salam Sejahtera untuk para pembaca sekalian.

Mari kita renungkan sejenak tentang perkembangan dunia hari ini. Mengapa dikatakan dunia itu berkembang atau beredar. Dunia sedang beredar dan berpusing, maka ia menjadikan dunia ini berkembang. Maknanya dunia dan segala isi alam ini sedang bergerak, apabila ia bergerak bermaklna ia menuju kehadapan dan terus maju.. Bila kehadapan namanya semakin maju bukan mundur.

Justeru, kita yang merupakan isi kandungan alam atau dunia ini juga kena turut terus

maju kerana ia menuntut kita untuk ikut maju. Kalau kita tidak mampu untuk sama-sama bergerak, kita bukan sahaja statik malahan kita terkebelakang.

Walau bagaimanapun pantas kemajuan yang dicipta dunia dek kerana cepatnya masa berubah, biarlah kehidupan kita berubah pada kedudukan sentiasa dijalan Allah. Kita memiliki seberapa banyak sifat-sifat mahmudah, dan kalau mampu semua sifat yang terpuji itu!. Masih positif dalam semua perkara, tidak lemah dan mudah menyerah kalah. Ayuh kita perbaiki diri menjadi lebih baik daripada detik sebelum ini.

Sekian, selamat membaca.

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor HAJI AHMAD ABDULLAHNURHAYATI MAT RUSOK

Editor Bersekutu KAMAL BADRUL HISYAM MOHAMED

ABD. AZIZ AHMADMOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAHHUSNIFAISAL RAMLI

HAJI OTHMAN SETAPAHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AZAHAN MAHMOODAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

WAN JULIAWATIE WAN MOHD. ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

Diterbitkan oleh:Unit Komunikasi Korporat KESEDAR

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESESDAR/171405426242605

https://twitter.com/Kesedarkklw

Page 3: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang - Sesi YB. Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR

bersama warga kerja telah diadakan 2 siri bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional pada 21 Mei 2014 dan siri kedua selepas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR pada 3 Jun 2014 bersama warga kerja Kumpulan Sokongan 1, turut hadir warga kerja Unit JKR KESEDAR. YB Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran warga kerja KESEDAR pada kedua-dua siri yang telah diadakan. Perjumpaan seterusnya (Siri 3) akan adakan dengan Kumpulan Sokongan 2 dalam tempoh terdekat. Antara objektif program YB Datuk Pengerusi bersama warga kerja adalah untuk mengenali secara lebih dekat diantara satu sama lain untuk meningkatkan silaturrahim.

Dalam sesi tersebut, YB. Datuk Pengerusi mengakui bahawa beliau telah menganggotai Lembaga Pengarah KESEDAR selama 7 tahun dimana beliau akan cuba membawa beberapa pendekatan baru selaras dengan dasar-dasar baru pentadbiran kerajaan. Tambah beliau pengujudan KESEDAR masih relevan, beliau menyarankan supaya setiap warga kerja KESEDAR menjunjung tinggi semangat transformasi yang diperkenalkan kerajaan. Kesinambungan persefahaman antara satu sama lain dituntut untuk mempastikan segala projek fizikal dan sosial yang dijalankan oleh KESEDAR dapat berjalan mengikut perancangan dengan komitmen mereka. Ini adalah perlu memandangkan masih banyak

kawasan di hulu Kelantan yang jelas tertinggal dari arus pembangunan perdana. YB Datuk Pengerusi juga menjangkakan perancangan pembangunan akan menjadi lebih efisien dengan kombinasi keanggotaan Lembaga Pengarah KESEDAR baru yang turut dianggotai oleh wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Tambah beliau sesi sebegini ibarat percambahan fikiran (brain storming) untuk mengemukakan maklumblas (feedback) serta bertukar-tukar fikiran dalam membantu pengurusan KESEDAR. Keperluan bekerja sebagai satu pasukan (espirit de corp / teamwork) amat perlu didalam sesuatu organisasi kerana ianya boleh menjamin mutu perkhidmatan serta menjimat wang rakyat. YB Datuk Pengerusi mengingatkan semua yang hadir supaya memahami denyut jantung rakyat. Setiap warga kerja KESEDAR perlu memiliki kepekaan atau sensitiviti yang tinggi terhadap kehendak rakyat / kumpulan sasar / stakeholder dimana seberapa boleh setiap surat dan aduan yang diterima dijawab pada hari yang sama.

Dalam masa yang sama pihak pengurusan pula akan terus memberi perhatian kepada kebajikan warga kerja serta anggota keluarga selagi ianya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam. Sesi berlangsung dalam suasana ceria dan harmoni dimana warga kerja juga diberi peluang berinteraksi bersama YB Datuk Pengerusi.

Sesi YB Datuk PengerusiBersama Warga Kerja KESEDAR

Oleh: Haji Ahmad Abdullah

3

Page 4: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Mengenali YB Datuk Haji Abdul Aziz bin DerashidPengerusi KESEDAR

Diputrakan pada tanggal 05 Jun 1956 dan mendapat pendidikan awal di SK Kuala Balah sebelum menyambung pelajaran

undang-undang, LLB di Ealing College, London dengan pencapaian CLP (Hons). Pernah berkhidmat di sektor awam sebagai pegawai di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum menubuhkan firma guaman yang disegani, AZIZ DeRASHID ROSDIN & Co. di Kota Bharu. Mendirikan rumahtangga bersama Datin Sharifah binti Salleh telah dikurniakan empat orang cahaya mata dan menetap di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Berlatar belakangkan pendedahan yang luas seperti President Law Student of Malaysia in UK & Eire (1984 - 1985), Branch Head of UMNO Club in London (1985 - 1986), Committee Member of UMNO Club in UK & Eire (1985 - 1986), AJK Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang (1987 - 1988), Bendahari UMNO Jeli (2000 hingga sekarang), Pengarah Hal Ehwal Undang-undang Barisan Nasional Kelantan, Penasihat Undang-undang Persatuan Pengguna dan Penasihat Undang-undang Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (2000 hingga sekarang). Sebagai aktivis politik tegar Kelantan, YB Datuk telah diberi mandat bertanding dan memenangi Kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah semenjak 1995.

Dengan pengalaman korporat yang luas, YB Datuk juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia selama 2 penggal berturut-turut (1997 - 2001), Pengerusi Lembaga Persatuan Peladang Kelantan (2002 hingga sekarang), pernah dilantik sebagai Vice President, Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan dan Pengarah Rakyat Corporation Sdn. Bhd.

Atas keperihatinan sebagai pemimpin, YB Datuk juga menceburi kerja-kerja amal (charity works) bersama masyarakat, rekreasi dan sukan dimana beliau juga telah dilantik sebagai Presiden IM - MTMD (Majlis Tindakan Membanteras Dadah) Kelantan, , Pengerusi Gabungan Sepak Takraw Kelantan, Yang Dipertua PIBG Maktab Sultan Ismail (SIC), Pegawai Kehormat Pasukan Pertahanan Awam Kelantan dan pernah dilantik sebagai Presiden Kelab Golf Kelantan dan Anggota Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia.

Diatas sumbangan yang dicurahkan kepada masyarakat yang tiada penghujungnya (endless), YB Datuk Hj. Abdul Aziz bin Derashid telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran seperti Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) pada 1998, Jaksa Pendamai (Justice of Peace) pada 2003 dan Pingat Kebesaran Darjah Kinabalu pada 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Oleh: Haji Ahmad Abdullah

4

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 5: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

KursusTapakSemaianSawitOleh: Azahan Mahmood

Dalam melaksanakan program tanam semula sawit, pengurusan KESEDAR akan menguruskan sendiri

proses penyediaan anak-anak sawit sebelum ditanam di ladang-ladang. Oleh itu, tapak semaian sawit perlu disediakan bagi membolehkan ladang-ladang mendapat bekalan anak sawit yang mencukupi dan bersesuaian dengan persekitaran. Bagi mencapai hasrat, Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR telah mengadakan kursus berkenaan untuk pengurus-pengurus pejabat operasi dibawah Bahagian Pembangunan Pertanian (RKT).

Kursus selama empat hari ini telah diadakan di Institut Kemajuan Pekebun Kecil Getah (IKPK) Risda, Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan pada 21 hingga 24 April 2014. Kursus ini telah dihadiri seramai 10 orang yang terdiri dari Pengurus-pengurus Pejabat Operasi RKT dan dikendalikan oleh pegawai dari RISDA.

Selain mendapat pengetahuan secara teori, peserta-peserta juga telah dilatih secara amali di Tapak Semaian RSSB Gading Galoh, Pulai Chondong dan Tapak Semaian RSSB Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan.

Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Wan Afzainizam bin Wan Abdul Latiff, Pegawai Pertanian, Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR

5

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 6: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Bagi menjayakan program transformasi kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang berilmu

dalam bidang akademik . KESEDAR dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Gua Musang telah menganjurkan pelbagai program yang bertujuan tersebut.Terkini Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Objektif program ini adalah untuk melatih dan membina semangat melakukan persediaan awal ingin berjaya dikalangan pelajar, memberi galakan dan motivasi kepada ibubapa dan pelajar kearah kepentingan ilmu dan pendidikan pada masa depan serta menyampai maklumat mengenai dasar dan peranan KESEDAR secara tidak langsung.

Bagi maksud ini satu majlis perasmian seumpamanya telah diadakan pada 2 April 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain,

Timbalan Pengurus Besar Pembangunan. Turut hadir ialah Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Encik Muhammad Zahari bin Othman, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daripada sebilangan sekolah kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR.

Sebanyak RM20,557.50 telah diperuntukan bagi program ini yang khusus disasarkan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM dan UPSR pada tahun ini. Seramai 295 pelajar yang mengambil SPM dan 339 pelajar yang mengambil UPSR yang akan menerima manfaat daripada bantuan ini.

PKPUntuk Sekolah-Sekolah Dalam RKT KESEDAR

Oleh: Haji Halim Awang

Sentuhan Kasih

6

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 7: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Pada 7 Mei 2014 bertempat di Perkarangan Dewan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh telah

diadakan Program Sentuhan Kasih Bersama Masyarakat. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pertanian dengan penglibatan Kelab Berbasikal KESEDAR dan Persatuan Wanita KESEDAR.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan ketibaan konvoi Kelab Berbasikal KESEDAR dan juga ahli-ahli Persatuan Wanita KESEDAR yang diarak oleh sekumpulan pemuda bermotosikal dari jalan masuk ke RKT Jeram Tekoh hingga ke lokasi program ini berlangsung.

Seterusnya ahli-ahli Kelab dan Persatuan sama-sama turut mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong bersama masyarakat RKT Jeram Tekoh bagi membersih kawasan yang meliputi persekitaran Dewan, Sekolah Rendah dan Rumah Kakitangan.

Program ini dihadiri oleh Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR Pengurusan dan turut serta melakukan kunjungan ke rumah-rumah peneroka yang uzur.

Pada sebelah petang, telah diadakan persembahan nasyid dan dikir barat kanak-kanak serta sukan rakyat bersama Persatuan Belia Jeram Tekoh. Ia mendapat sambutan baik dari pelbagai golongan masyarakat setempat dan mencapai objektif yang disasarkan.

Sentuhan KasihBersama Masyarakat

RKT Jeram Tekoh Oleh: Azahan Mahmood

7

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 8: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Saban tahun KESEDAR menganjurkan Program Latihan Kemahiran (PLK) dan Program Latihan Kemahiran Dan

Kerjaya (PLKK) kepada belia dan beliawanis di kawasan KESEDAR. Program ini bertujuan memberikan kemahiran kepada para belia untuk memperlengkapkan diri ke dalam dunia pekerjaan di samping melahirkan usahawan muda yang berjaya.

Bagi tahun 2014 ini, KESEDAR telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM2.3 juta termasuk peruntukan wang amanah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menghantar seramai 253 orang pelatih ke pelbagai pusat kemahiran di seluruh negara yang merangkumi 18 jenis kursus dan bidang kemahiran.

Sebelum dihantar ke institusi latihan yang telah dikenal pasti, para pelatih diwajibkan mengikuti kursus Induksi pada 20 dan 21 April dan 1 hingga 03 Jun 2014 di KESEDAR Inn. Tujuan kursus induksi ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri dan memastikan tahap persediaan peserta sebelum mengikuti kursus kemahiran yang diadakan antara tiga bulan hingga setahun.

LatihanKemahiran Belia

Majlis yang diadakan di Dewan Utama KESEDAR Wilayah Kuala Krai pada 24 Jun 2014 diserikan dengan kehadiran

Dato’ Salema binti Shafie, Pengerusi KRT dan Skuad 1 Malaysia Kuala Krai. Yang turut hadir Puan Zuraihah binti Muhammad selaku Pengerusi MAYC Kuala Krai dan Mohd Firdaus bin Muhammad selaku Pengerusi SRTC Kuala Krai, disamping kakitangan Pejabat KESEDAR Wilayah Kuala Krai.

Penyertaan belia dan beliawanis dari seluruh Wilayah Kuala Krai telah memeriahkan majlis kerana bersesuaian dengan tujuan majlis diadakan untuk menjalinkan hubungan mesra antara KESEDAR, NGO dan golongan Gen Y. Majlis ini juga dapat membuka ruang kepada pemimpin dan masyarakat untuk mengetahui sebarang masalah dan jalan penyelesaiannya. Ini memudahkan pihak kepimpinan memenuhi atau menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kumpulan sasar.

Oleh: Nik Norasiah Abdulah

KESEDARBersentuh Kasih Dengan NGO Oleh: Wisma Melati Haji Baharuddin

8

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 9: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Pertandingan Burung Candik Butir

Berkenalan dengan PUU Baharu

Che Fawrah ‘Aimi binti Moh Bakery telah melaporkan diri di KESEDAR pada 16 Jun 2014 sebagai Pegawai Undang-undang Gred L41. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah

Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-undang dan seterusnya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2013.

Beliau berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan mempunyai hobi membaca, melancong, memasak dan bersukan. Berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada KESEDAR. Dengan harapan mendapat kerjasama dan tunjuk ajar serta bimbingan daripada semua warga KESEDAR terutamanya daripada pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional.

Sidang Editorial mengucapkan Selamat Bertugas kepada Cik Fawrah ‘Aimi yang lebih mesra dengan panggilan ‘Aimi.

Gua Musang : 12 April 2014 (Sabtu), KESEDAR Wilayah Gua Musang dengan kerjasama Kelab Burung Candik Gua

Musang telah menganjurkan Pertandingan Burung Candik Butir bagi merebut Piala Pengurus Besar KESEDAR yang berlangsung di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang.

Sebanyak 450 ekor burung dipertandingkan termasuk penyertaan daripada luar kawasan Gua Musang sehingga kepada penduduk Thailand.

Pertandingan ini adalah landasan terbaik kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin tempatan dan pegawai-pegawai KESEDAR bersua muka bagi meningkatkan hubungan silaturahim diantara mereka.

Selain daripada hadiah wang tunai, cabutan bertuah juga turut disediakan bagi menarik minat orang ramai dalam menyertai pertandingan ini.

Diakhir pertandingan ini, Encik Mohd Fadhly bin Ab. Manaf Pengurus Wilayah Gua Musang yang mewakili Pengurus Besar KESEDAR telah menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Burung Candik Butir Piala Pengurus Besar KESEDAR ini. Encik Zamri bin Ibrahim dari Kg Jerek, Gua Musang, telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ini yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 berserta Piala Pusingan.

Tempat kedua di menangi oleh Encik Asri bin Yunik dari Thailand, dengan hadiah wang tunai sebanyak RM300. Sementara tempat ketiga pula di menangi oleh Encik Azman bin Kassim dari Lepan Jaya, dengan hadiah wang tunai sebanyak RM200. Selain hadiah wang tunai pemenang-pemenang juga membawa pulang piala iringan.

Sesungguhnya pertandingan burung candik yang unik ini adalah bagi memertabatkan seni budaya masyarakat daripada dilupakan.

Oleh: Mohd Rozayuti Che’ Soh

9

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 10: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Pada 13 Jun 2014 bertempat di Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor, Jeli telah diadakan Forum Ehwal

Islam Peringkat DUN Kuala Balah. Program keagamaan yang dianjurkan oleh KESEDAR Wilayah Jeli itu bermula pada jam 9.00 malam dan di hadiri oleh seramai 800 orang penduduk sekitar. Forum yang bertajuk Keluarga

Bahagia Negara Sejahtera itu dikendalikan oleh Moderator Ustaz Hassan bin Che Awang dengan Ahli Panel Tuan Hj Lukman bin Zulkifli, Pensyarah UiTM Machang dan Dr Suhaimi bin Husain, Pendakwah Bebas

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah merangkap Pengerusi KESEDAR, antara tetamu yang hadir ialah YS Leftenan Kolonel Samad bin Igom, Pegawai Memerentah Batalion Ke2, RS Batu Melintang, YBrs Ustaz Mohd Nasir bin Mohd Nor, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, yang turut hadir Encik Mohd Faudzi bin Ab Rahman, Pengurus Wilayah Jeli serta kakitangan Pejabat Operasi Pasir Dusun Jeli.

Forum Lubok Bongor

Dalam menguruskan aset-aset kerajaan, pengurusan aset hidup merupakan salah satu aspek pengurusan

aset yang perlu diambil perhatian. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2008, tatacara pengurusan aset hidup merujuk kepada tumbuhan, haiwan dan ikan yang diperolehi melalui sumber kerajaan.

Pengurusan KESEDAR telah menganjurkan kursus berkenaan dengan tujuan menambah kefahaman lebih mendalam mengenai aspek pengurusan aset hidup terutama aset tumbuhan.

Kursus itu telah diadakan di KESEDAR Inn, Gua Musang selama dua hari bermula 28 dan 29 April 2014 melibatkan peserta seramai 56 orang yang terdiri dari pegawai/kakitangan KESEDAR yang terlibat dalam bidang pertanian.

Kursus dua hari ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Norliza binti Isa dari Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Timur (INTIM).

Sementara majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR.

KursusTatacara Pengurusan Aset Hidup

Oleh: Azahan Mahmood

Oleh: Ahmad Tarmidzi Rashidi

10

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 11: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Hari KeluargaBahagian Pembangunan

MasyarakatOleh: Nik Norasiah Abdulah

Tanggal 5 hingga 7 Jun 2014, Bahagian Pembangunan Masyarakat telah mengadakan sambutan Hari

Keluarga bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Program tiga hari dua malam ini dihadiri kesemua warga kerja Bahagian Pembangunan Masyarakat bersama keluarga masing-masing. Ia diisi dengan pelbagai acara yang menarik, santai dan menghiburkan. Kehadiran Tuan Haji Ramli Bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan bersama keluarga menambahkan lagi kemeriahan hari keluarga ini.

Seperti kelaziman, sambutan hari keluarga diisi dengan acara sukaneka yang melibatkan semua ahli keluarga bahagian ini. Sebanyak 14 acara sukaneka seperti boling kelapa, isi air dalam botol, semakin dekat semakin sayang, berebut kerusi dan lain-lain telah dijalankan dengan jayanya. Sesi mencungkil bakat juga turut diselitkan dengan setiap keluarga secara wajib mengalunkan lagu secara karaoke.

Sesungguhnya program ini telah berjaya mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga dan secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan iltizam dalam merialisasikan visi dan misi bahagian. Semoga ia boleh dijadikan program tahunan Bahagian.

11

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 12: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2013

& Inovasi 2014 KESEDARMajlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Inovasi KESEDAR telah diadakan pada 22 Jun 2014 di

Pusat Sivik Gua Musang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR. Semua warga kerja KESEDAR telah hadir dalam majlis ini.

Seramai 44 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diraikan dalam majlis tersebut. Disamping itu juga telah diadakan penyampaian Anugerah Khas Pengurus Besar, Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Anugerah Inovasi

ANUGERAH INOVASI KESEDAR TAHUN 2014

Anugerah Pengurus Besar

1. Bahagian Kewangan Audit Bersih Tanpa Teguran Bagi Tahun Kewangan 2012

2. Bahagian Teknologi Maklumat Laman Web 5 Bintang Malaysia Government Portal Web Assessment (MGPWA) Bagi Tahun 2013

3. Kelab Keluarga KESEDAR (3K) Tempat Ketiga Keseluruhan Kejohanan Sukan MAKSPEN 2013

Anugerah Kecemerlangan Sukan

1. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain Chef de Mission Kejohanan MAKSPEN Dan Sukan Badan Berkanun

2. Pasukan Tenis KESEDAR Johan Tiga Kali Berturut-turut Di Kejohanan MAKSPEN

3. Pasukan Bolasepak (Veteran) KESEDAR Johan Bolasepak 9 Sebelah Sukan Badan Berkanun.

Anugerah Inovasi

1. Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim Kejayaan Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) Bagi Tahun 2013

2. Encik Marzewan bin Mohamad Kejayaan Pengurusan Akaun Lembaga Mengikut Ketetapan Bagi Tahun Kewangan 2013

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

12

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 13: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2013BIL. NAMA/ /JAWATAN/PENEMPATAN

1. Encik Rosli bin IsmailPekerja Awam Gred H11Bahagian Hartanah

2. Encik Abdul Razak bin Mohd. ZainPengawal Keselamatan Gred KP 11Pejabat Wilayah Jeli

3. Encik Ismail bin MatPemandu Kenderaan Gred H11Pejabat Operasi Renok Baru

4. Tuan Haji Farid bin IdrisPemandu Kenderaan Gred H11Pejabat Operasi jeram Tekoh

5. Encik Idris bin SaidPemandu Kenderaan Gred H11Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

6. Encik Zawawi bin Haji Mohd. SallehPemandu Kenderaan Gred H11Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

7. Encik Zulkefli bin MuhammadPemandu Kenderaan Gred H11Pejabat Wilayah Jeli

8. Puan Rusnani binti HassanPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Pejabat Operasi Pasir Dusun

9. Puan Rohayah binti AwangPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Pejabat Operasi Air Chanal

BIL. NAMA/ /JAWATAN/PENEMPATAN10. Puan Wan Azizah binti Abdullah

Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17Pejabat Pengurus Besar

11. Puan Nor Akma binti SamsuddinPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Bahagian Pemantauan & Penyelarasan

12. Puan Nik Norasiah binti AbdullahPembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17Bahagian Pembangunan Masyarakat

13. Cik Norazlinda binti Mohd. ZulkifliPembantu Setiausaha Pejabat Gred N17Bahagian Pembangunan Pertanian.

14. Puan Ilyani binti Iskandar ZurkarnainPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Bahagian Perancangan Dan Penilaian

15. Puan Nur Ikhmawati binti Mohd. IkhfarPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Pejabat Wilayah Gua Musang.

16. Puan Nor Hazwani binti IbrahimPembantu Tadbir (P/O) Gred N17Unit Audit Dalam

17. Puan Ruhani binti YusoffPegawai Khidmat Pelanggan Gred N17Unit Komunikasi Korporat

18. Encik Mohd. Zailani bin HanafiPenyelia Rancangan Tanah Gred G17Pejabat Operasi Paloh 2

19. Encik Mohd. Nazri bin Ab. WahabPenyelia Rancangan Tanah Gred G17Pejabat Operasi Chalil

13

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 14: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

BIL. NAMA/ /JAWATAN/PENEMPATAN20. Puan Rahizam binti Ibrahim

Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S22 (KUP)Pejabat Operasi Paloh 3

21. Puan Zawari binti MohamedPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

22. Tuan Haji Aziz bin Ab. RahmanPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Pejabat Wilayah Kuala Krai.

23 Puan Fatimah binti Che OmarPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Unit Undang-Undang

24. Puan Rohimah binti Mat ZainPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Unit JKR KESEDAR

25. Encik Mohd. Rusli bin Ab. SalamPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Pejabat Operasi Temalir

26. Encik Wahab bin SemanPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)Bahagian Kewangan

27. Encik Roni bin YusoffPenyelia Rancagan Tanah Gred G22 (KUP)Bahagian Pembangunan Pertanian

28. Encik Dollah bin Hj TaibPenyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)Pejabat Operasi Paloh 1.

29. Encik Razani bin YusoffPenyelia Rancangan Tanah Gred G22(KUP)Pejabat Operasi Lebir

30. Tuan Haji Muhammad bin SaidPenyelia Rancangan Tanah Gred G22(KUP)Pejabat Operasi Chenulang

31. Encik Abdullah Suhaimi bin HarunPenyelia Rancangan Tanah Gred G22(KUP)Pejabat Operasi Sg. Sam

32. Encik Mat Daud bin IbrahimPenyelia Rancangan Tanah Gred G22(KUP)Pejabat Operasi Limau Kasturi

BIL. NAMA/ /JAWATAN/PENEMPATAN33. Encik Mohd. Sukri bin Mat Yunus

Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)Bahagian Ekonomi & Pelaburan

34. Encik Dusuki bin Jaffar,Penyelia Rancangan Tanah Gred G22 (KUP)Pejabat Wilayah Gua Musang.

35. Tuan Haji Mohd. Dalee bin Abdul RahimPembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

36. Encik Badrul Hisham bin AhmadPembantu Pembangunan Masyarakat Gred S22Pejabat Operasi Ch. Puteri

37. Encik Ahmad Khuzaini bin Ab. KadirPenolong Akauntan Gred W27Bahagian Kewangan

38. Puan Noriza binti Che SohPenolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29Bahagian Teknologi Maklumat

39. Encik Ahmed Zhaini @ Ahmed Zaini bin Mohd. ZainPenolong Pegawai Tadbir Gred N32Pejabat Wilayah Kuala Krai.

40. Encik Mohd. Fakri bin HamzahPembantu Jurukur Gred J36 (KUP)Bahagian Hartanah

41. Encik Abdul ‘Azim bin Ab. Razak,Pegawai Tadbir Gred N41,Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

42. Encik Wan Mohd. Afzainizam bin Wan Abdul LatifPegawai Pertanian Gred G41,Bahagian Pembangunan Pertanian.

43. Encik Hasri Rifdi bin Mamat @ HamzahPegawai Sistem Maklumat Gred F41 (Memangku Gred F44)Bahagian Teknologi maklumat.

44. Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim,Pegawai Tadbir Gred N52,Bahagian Pembangunan Pertanian.

14

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 15: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Pada 16 Jun 2014 bertempat di Gunong Stong State Park Jelawang, Dabong telah diadakan Majlis

Perasmian Program Rakan Alam Sekitar Sebagai Nadi Penggerak Komuniti Lestari Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ramzi bin Ab Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Che Zulkifli bin Ab. Rahman, Pengurus Wilayah KESEDAR Kuala Krai.

Objektif program ini memberi kesedaran alam sekitar disetiap lapisan masyarakat serta menanam rasa tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama. Disamping menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau

pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan.

Beberapa Jabatan Kerajaan yang mengambil bahagian dalam program ini dengan mengadakan pameran berkaitan penyakit demam denggi. Penduduk setempat telah mendapat banyak faedah ilmiah dan pendedahan tentang penyakit-penyakit kronik, pencegahan dadah dan kes-kes jenayah. Suasana majlis juga menjadi semakin ceria dengan adanya pertandingan mewarna yang disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawang. Persembahan khas dari Kumpulan Sewang Masyarakat Orang Asli telah menghiburkan para pengunjung. Program ini berlangsung dengan jayanya dan semua peserta mendapat manfaat dari program ini.

Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS)Oleh: Wisma Melati Haji Baharuddin

15

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 16: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

13 April 2014 (Ahad) - Perhimpunan Bulanan KESEDAR Bil2/2014 telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sains Jeli. Seramai 500 orang penjawat KESEDAR telah menghadiri majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan serta Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Pemakanan dan Pengurusan Kesihatan dari Felda Wellness Corporation, Encik Redza bin Ab. Rahman dan disusuli taklimat yang disampaikan oleh Encik Kamarul Arifin, Wakil Insurans Great Eastern Takaful Ucapan dan amanat dari Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR adalah berkisar mengenai isu semasa. Dalam masa yang sama, kakitangan diminta tidak terlalu cepat membuat spekulasi berkenaan sesuatu isu yang sedang hangat

diperkatakan. Beliau juga turut meraikan dua kejayaan yang diperolehi bagi suku tahun pertama 2014 iaitu Anugerah Sijil Penghargaan kerana mencapai 100% Prestasi Pembayaran Bil dalam tempoh 14 hari dan Penarafan 5 Bintang untuk tahun ke empat berturut-turut bagi Laman Web KESEDAR.

Dalam majlis ini juga, Pengurus Besar KESEDAR turut menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, pelantikan Sijil AKRAB, Anugerah Fasilitator 5S dan menyampaikan hadiah kepada Bahagian yang mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan 5S Bahagian. Ahli-ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang baharu dilantik bagi tahun 2014 hingga 2016 yang diketuai oleh Encik Che Zulkifli bin Ab. Rahman, Pengurus Wilayah KESEDAR Kuala Krai juga diperkenalkan.

Perhimpunan Bulanan Kali Ke 2Oleh: Ahmad Tarmidzi Rashidi

16

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 17: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Kampung Biak, Kuala Krai - KESEDAR dengan pemantauan projek oleh Unit Jabatan Kerja

Raya (JKR) KESEDAR, telah memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah jambatan konkrit sepanjang 320 meter panjang dan 919 meter lebar merentasi Sungai Galas, iaitu sungai utama di selatan Kelantan. Dengan kos sebanyak RM19,653,000.00, pihak tersebut telah memulakan kerja pembinaan pada 6 Mei 2014 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 21 September 2014 sekiranya perancangan kerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kemajuan kerja telah mencapai 45.8 % kedepan dari kemajuan yang disasar iaitu 40.4% dalam tempoh yang sama, mendahului 5.4% bersamaan 38 hari (ketika artikel ini disediakan).

Jambatan yang menghubungkan Kampung Biak ke Kampung Kandek dijangka akan dapat memudahkan urusan serta melancarkan pergerakan penduduk-penduduk di lima buah kampung utama seperti Kampung Biak A, Kampung Biak B, Kampung Kandek, Kampung Biak Lama serta Kampung Jenal yang merangkumi sebanyak 449 buah rumah dengan jumlah 2,034 orang penduduk termasuk kakitangan kerajaan

yang berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan Biak, Klinik Desa dan sebuah TASKA. Jika sebelum ini pelajar sekolah menengah terpaksa menggunakan jalan sungai untuk ke Sekolah Menengah Dabong yang terletak diarah bertentangan. Namun, dengan terbinanya jambatan ini, pelajar sekolah, penduduk dan kakitangan awam tersebut bolehlah menarik nafas lega kerana mereka tidak perlu bimbang dan keselamatan mereka akan lebih terjamin selain memberi kemudahan kepada penduduk yang ingin mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Pembinaan jambatan ini merupakan pelengkap dan penghubung pergerakan utama yang dijangka akan mampu memberi kelebihan dalam kegiatan ekonomi, terutamanya yang berasaskan pertanian dan penternakan yang dapat melonjakan ekonomi penduduk dengan lebih tinggi. Penduduk dan pemborong hasil pertanian dapat berniaga dan memasarkan produk mereka dengan lebih cepat di samping dapat mengekalkan kesegaran hasil pertanian. Sehubungan itu, pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat melalui KESEDAR dijangka akan dapat memajukan kawasan persekitaran dan menaiktaraf kehidupan penduduk luar bandar.

Jasa Kepada Rakyat Untuk Penduduk Kandek, Kuala Krai

Oleh: Ir Adnan Abdul Ghani

17

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 18: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) kali ke 25 telah

diadakan pada 26 Jun 2014. Ia dirasmikan oleh Haji Mat Deris bin Jusoh, Ketua Sektor Dasar Dan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mewakili pengerusi eksekutif SKM.

Bagi melicinkan urusan Koperasi beliau telah menyarankan supaya ada pengasingan antara Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dengan Pengurusan Koperasi itu sendiri. Ini kerana ALK adalah pembuat dasar yang perlu dilaksanakan oleh Pengurusan Koperasi. Memandangkan ALK tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melaksanakan semua aktiviti Koperasi setiap masa. Oleh yang demikian Pihak Pengurusan Koperasi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan strategi dan dasar-dasar yang digariskan oleh ALK.

Beliau juga menegaskan bahawa integriti dikalangan ALK dan anggota adalah penting dalam pembangunan Koperasi, mengambil contoh Koperasi di negara-negara Scandinavia yang sangat berjaya dalam kegiatan Koperasi berteraskan integriti yang tinggi di kalangan ALK dan anggota. Unsur-unsur Self Assessment yang tinggi dikalangan ALK juga perlu ada bagi menilai secara kendiri sesama ALK.

Akhir sekali beliau menyatakan betapa pentingnya rantaian nilai antara KPKB dengan KESEDAR serta SKM bagi memastikan setiap aktiviti Koperasi mempunyai hubungan yang baik dengan Jabatan yang berkepentingan bagi memastikan setiap aktiviti memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi iaitu KPKB dan KESEDAR seperti yang disarankan pihak pengurusan KESEDAR yang diwakili oleh Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim yang mewakili Pengurus Besar KESEDAR.

KPKB juga mengekalkan pengagihan dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya bagi akaun berakhir 31 Disember 2013 walaupun dalam keadaan penguncupan ekonomi global.

Mesyuarat AgongKPKB Ke XXV

Oleh: Rosnah Mat Adam

18

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 19: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

MEKADAMesyuarat Ketua Unit Audit Dalam KKLW bersama

Ketua-ketua Unit Audit Dalam Agensi di bawah KKLW (MEKADA) Bil. 2/2014 telah diadakan di Harbour View Hotel, Kuching, Sarawak, pada 13 dan 14 Jun 2014. Encik Rusli bin Abdullah dan Tuan Haji Mohd. Affandi bin Ab. Ghani dari Unit Audit Dalam, telah mewakili KESEDAR. FELCRA Berhad telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini .

Mesyuarat pada 13 Jun 2014 yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Amir Zaki bin Ahmad, Ketua Unit Audit Dalam, KKLW. Antara perkara-perkara penting yang dibincangkan semasa mesyuarat ialah Program Pengauditan UAD KKLW dan UAD Agensi-agensi, Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan KKLW dan Agensi-agensi dan teknik-teknik menjawab teguran audit.

Program lawatan projek telah diadakan pada 14 Jun 2014 ke Projek Agropolitan, Batang Lupar, yang terletak kira-

kira 225 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Projek ini dimulakan pada tahun 2009 yang melibatkan kerja-kerja penempatan semula penduduk-penduduk dari Pulau Seduku ke penempatan baru yang terletak di daerah kecil Lingga, iaitu di seberang Sungai Seduku. KKLW telah menyalurkan peruntukan melalui FELCRA Berhad berjumlah RM15,980,000.00 untuk pembinaan 145 unit rumah peserta dan pembangunan infrastruktur.

Komponen utama Projek Agropolitan di sini ialah mengusahakan ladang sawit di kawasan tanah gambut yang dikenali sebagai Ladang Sejahtera dan melibatkan keluasan sebanyak 2,000 hektar. Aktiviti ekonomi peserta ialah bekerja di Ladang Sejahtera, program kebun dapur yang melibatkan tanaman sayur dan ternakan ayam kampung dan juga bekerja disektor pembinaan komponen Projek Agropolitan, bersawah padi dan nelayan. Setelah menjadi peserta projek, pendapatan perkapita peserta dapat ditingkatkan di mana pendapatan bulanan mereka telah melebihi dari RM900.00 sebulan.

Oleh: Haji Mohd Affandi Ab. Ghani

19

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 20: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Dalam melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab serta perihatin kepada keperluan persekitaran, Pejabat Operasi

Peralla telah melaksanakan dua program gotong royong pada 26 Jun 2014 yang melibatkan penduduk di dua buah kampung.

Bertempat di Kg Ulu Bertam, Gual Ipoh telah diadakan program gotong royong membersih kawasan tadahan air dan persekitaran tangki air yang menjadi sumber air kepada seluruh penduduk di Ulu Bertam. Seramai lebih 100 orang penduduk telah keluar menyertai program tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh Pengurus Wilayah Jeli serta kakitangan Pejabat Operasi Peralla.

Bertempat di Kg Chita Jaya pula berlangsung program gotong royong membaik pulih rumah serta membina tandas untuk Puan Esah bt Kadir, 65 tahun. Seramai 40 orang penduduk telah menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah DUN Kemahang, Tuan Haji Ahmad bin Ismail, Pengurus Wilayah Jeli serta kaitangan Pejabat Operasi Peralla. Di dalam majlis itu juga KESEDAR telah menyumbangkan sedikit makanan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Ismail.

Gotong RoyongKg. Ulu Bertam

Karnival HerbaDi Pusat Sivik

25 hingga 26 April 2014, bertempat di Pusat Sivik Gua Musang, telah berlangsung satu Karnival Inovasi keusahawanan dan Herba yang dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Program yang berlangsung dua hari ini berjaya memberi pendedahan dan motivasi kepada usahawan negeri ini.

Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohd Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam ucapan beliau, objektif pengajuran karnival ini adalah untuk mempamerkan produk-produk penyelidikan yang inovatif dan merangkumi produk-produk berasaskan herba. Turut mengiringi beliau dalam majlis ini ialah Dato’ Haji Mohd Rozali bin Isohak, Timbalan Pengerusi KESEDAR dan Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR.

Oleh: Ahmad Tarmidzi Rashidi

Oleh: Fariza Che Ibrahim

20

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 21: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah menganjurkan Pertandingan Memasak, Gubahan Buah Tembikai

dan Teh Tarik pada 17 Jun 2014 di Perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan KESEDAR dan juga Unit JKR KESEDAR.

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan di semua peringkat. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan daripada semua kakitangan KESEDAR.

Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Diharapkan agar pertandingan ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Pertandingan Memasak, Gubahan Buah dan Cabaran Teh Tarik

Sukan Bukit JeringPada 18 Jun 2014 telah berlangsung Karnival Sukan

DUN Kuala Balah yang diadakan di Padang Awam Kampung Bukit Jering, Kuala Balah. Program yang bermula pada jam 10.30 pagi itu di sertai oleh 500 orang yang dibahagi kepada 13 pasukan berdasarkan JKKP yang ada di dalam DUN Kuala Balah. Sebanyak 16 acara sukan rakyat yang dipertandingkan antaranya ialah tarikh tali, lari ikat kaki, bom air, kail botol dan rakit darat yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan remaja.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid ADUN Kuala Balah merangkap Pengerusi KESEDAR pada sebelah petang. Yang turut hadir Encik Mohd Faudzi bin Ab Rahman, Pengurus Wilayah Jeli dan kakitangan Pejabat Operasi Pasir Dusun. Dalam ucapannya YB Datuk menyeru agar seluruh masyarakat di dalam DUN Kuala Balah merapatkan ukhwah serta memberi kerjasama kepada Agensi Kerajaan dalam membangun masyarakat seluruhnya.

Oleh: Ahmad Tarmidzi Rashidi

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

21

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 22: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

10 April 2014, bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR, majlis solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan untuk memohon kesejahteraan mangsa-mangsa kebakaran Stesen Minyak Shell Koperasi Pegawai-pegawai KESEDAR, Gua Musang berikutan tragedi kebakaran pada 2 April 2014.

Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar dan warga kerja KESEDAR. Turut serta dalam majlis ini ialah kakitangan serta pelajar Kolej Poly-Tech Mara KESEDAR. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucap takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran seterusnya memohon agar semua penjawat tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian tersebut.

Seluruh warga kerja memohon diberikan kesejahteraan dan kesabaran yang tinggi pada mangsa dan keluarga dalam menghadapi musibah ini.

Solat HajatMangsa

KebakaranUntuk

Pada 23 Jun 2014 (Isnin), Pejabat KESEDAR Wilayah Gua Musang telah mengadakan Majlis Sumbangan Berbuka Puasa kepada masjid-masjid dan madrasah-madrasah di bawah Pengurusan Pejabat KESEDAR Wilayah Gua Musang di Dewan Rahmat Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.

Sebanyak 23 buah masjid dan 35 buah madrasah dibawah seliaan Pejabat KESEDAR Wilayah Gua Musang iaitu

kawasan Pejabat Operasi Sungai Terah sebanyak 16 buah masjid dan 27 buah madrasah manakala dibawah Pejabat Operasi Limau Kasturi sebanyak tujuh buah masjid dan lapan buah Madrasah dengan melibatkan sumbangan sebanyak RM21,600.00

Majlis ini disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Fadhly bin Abdul Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang.

Sumbangan Berbuka Puasa Wilayah Gua Musang

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

Oleh: Mohd Rozayuti Che’ Soh

22

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N

Page 23: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

UCAPAN

K

P.G.D.K. S.M.K, JPA K B

D A P S

DAhli-ahli Lembaga Pengarah KESEDAR

Pengurus Besar dan Warga Kerja KESEDAR,

Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat

YB D H A A B H D

P KESEDAR

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KESEDAR PERKILANGAN SDN BHD KESEDAR DAGANG SDN BHD KESEDAR INN SDN BHD KESEDAR TRAVEL & TOURS SDN BHD

23

BULETIN

KESEDAR • APRIL-JUN

Page 24: Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Hari Inovasi ...kesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/Buletin Kesedar...Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 & Hari Inovasi 2014 KESEDAR

KejohananBola Sepak

Dan Bola JaringWilayah Gua Musang

Oleh: Mohd Rozayuti Che’ Soh

Gua Musang : 10 Mei 2014 (Sabtu), KESEDAR Wilayah Gua Musang telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak

9 Sebelah dan Bola Jaring Peringkat KESEDAR Wilayah Gua Musang Tahun 2014 yang berlangsung di Padang Pusat Sivik Gua Musang. Disertai oleh 15 pasukan bola sepak dan enam pasukan bola jaring.

Ia melibatkan semua pasukan dibawah Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Gua Musang masing-masing. Antara JKKKP yang mengambil bahagian antaranya JKKKP Kundur, JKKKP Sungai Terah, JKKKP Bertam Lama, JKKKP Star, JKKKP Kuala Betis, JKKKP Bandar Baru, JKKKP Miak, JKKKP Kuala Sungai, JKKKP Tiong, JKKKP Batu Papan, JKKKP Ketil, JKKKP Jerek, JKKKP Bertam Baru, JKKKP Limau Kasturi dan pasukan jemputan PPMS KESEDAR Sejahtera.

Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, masyarakat dan pemimpin-pemimpin tempatan bersua muka dan meningkatkan hubungan silaturahim diantara mereka.

Selain daripada program tersebut pihak Urusetia Kejohanan juga menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membuat pameran pencegahan dadah kepada pengunjung dan kempen daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mohd Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan. Turut hadir Encik Mohd Fadhly bin Abd Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang, pegawai dan kakitangan KESEDAR selaku penganjur kejohanan tersebut. Kejohanan ini berlangsung begitu meriah sekali dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat membanggakan.

Sebelum perlawanan akhir bermula, pasukan KESEDAR dan pasukan YB DUN Galas mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim. Pasukan yang beraksi di pentas akhir ialah pasukan JKKKP Tiong dan Pasukan JKKKP Ketil. Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat KESEDAR Wilayah Gua Musang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000 berserta dengan piala pusingan.

Sementara itu bagi Kejohanan Bola Jaring pula Pasukan JKKKP Batu Papan dinobatkan sebagai Juara setelah menewaskan pasukan JKKKP Limau kasturi dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 berserta dengan piala pusingan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh YB Abd Aziz bin Yusoff, ADUN Galas.

24

BULE

TIN

KES

EDAR

• A

PRIL

-JU

N