kunjungan pengurusan tertinggi kesedar ke pejabat yab mb

32
Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB Kelantan BIL. 3 / 2014 • JULAI-SEPTEMBER EDARAN PERCUMA KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandar www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 3

Upload: phungkhue

Post on 08-Dec-2016

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

KunjunganPengurusan Tertinggi KESEDAR

Ke Pejabat YAB MB Kelantan

BIL. 3 / 2014 • JULAI-SEPTEMBEREDARAN PERCUMA

KESEDAR Peneraju Transformasi Luar Bandarw w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 3

Page 2: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

editorial

Mengurus Kemarahan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuhSalam sejahtera kepada pembaca budiman

Tinta editor kali ini menyelitkan tajuk mengenai sikap atau perasaan yang dipunyai oleh semua orang iaitu marah. Setiap manusia walau sesempurna manapun dia pasti memiliki perasaan marah. Ia dianggap sebagai emosi normal terhadap sebarang ketidakselesaan situasi, menerima layanan buruk dan cabaran terhadap had kesabaran.

Perasaan marah ini juga dilihat satu bentuk tenaga untuk menunjukkan reaksi melawan atau mempertahankan diri terhadap emosi tercetus. Etika sosial dan undang-undang menetapkan batasan untuk membolehkan individu meluahkan perasaan marah mengikut cara yang betul.

Marah yang berpanjangan, terlalu kerap atau melampaui boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar, selain berdepan dengan gangguan psikologi. Bagi menenangkan diri, seseorang itu harus mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman dengan menarik dan melepaskan nafas secara perlahan, kedudukan tubuh untuk kelegaan otot, ubah pemikiran negatif atau tidak rasional kepada positif, berjenaka dan beralih dengan persekitaran atau sumber yang menyebabkan timbul perasaan marah.

Sekian, terima kasih.

Ketua Editor

Bakat Kepimpinan Berinovasi Bantu Organisasi CemerlangAssalamuaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa menurunkan rahmat dan mencucuri kebahagiaan buat kita. Nikmat Islam dan iman yang tiada tolok bandingnya serta tidak mampu diperdagangkan.

Para pembaca sekelian, Seingat saya dikebanyakan ruangan ini saya lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kualiti kecemerlangan, intergriti dan inovasi sebagai bahan perutusan Pengurus Besar. Hal ini sering saya ketengahkan kerana paksi kepada kejayaan untuk sebuah kecemerlangan adalah berkisar di atas tajuk-tajuk tersebut tidak kira ia melibatkan organisasi, sistem termasuk sistem nilai atau modal insan itu sendiri. Faktor-faktor tersebut sering berkait dan menjadi rantaian atau mekanisma bagi melahirkan organisasi berprestasi tinggi.

Sesebuah organisasi yang berjaya kalau kita perhatikan ianya bukan setakat aktif dalam mengalakkan semangat berpasukan (team building) tetapi sentiasa meneroka mekanisma, kaedah dan peluang-peluang baru bagi pembangunan kemahiran berpasukan. Keberkesanan kemahiran ini begitu rapat dan amat dipengaruhi oleh kepelbagaian bakat dalam organisasi untuk mendukung aspirasi mencapai kecemerlangan.

Di kala ini, semua itu menuntut beberapa perubahan kerana yang perlu dilakukan dalam organisasi bagi memahami kehendak persekitaran dengan aturan baru didalam dunia yang saling berangkaian. Antaranya ialah memahami aturan atau konsep sistem didalam persekitaran saling berkait antara entiti yang wujud atau disebut ekosistem itu sendiri. Tahap kompleksiti mengurus organisasi bertambah apabila ada entiti atau pekerja mempunyai kepelbagaian profil keupayaan, kebolehan, bakat dan kemahiran. Faktor kewibawaan ketua atau kepimpinan juga banyak memainkan peranan serta memberi kesan kepada kejayaan organisasi. Kepimpinan boleh diletakkan sebagai aspek yang amat penting dalam menentukan arah haluan dan kejayaan sesuatu kumpulan. Walaupun pelbagai gaya dan bentuk kepimpinan, setiap gaya itu perlu disesuaikan dengan pengikut di peringkat kumpulan tertentu mengikut iklim, suasana dan persekitaran bagi memacu kearah kecemerlangan yang disasarkan.

Perlu diingat, organisasi dan persekitaran hari ini sentiasa menghadapi perubahan secara berterusan. Sedemikian organisasi tersebut juga harus turut sama berubah mengikut persekitaran luaran, menggunakan sepenuhnya modal intelektual dan sumber-sumber yang ada ketahap yang optima.

Saya telah hampir sepuluh tahun memimpin KESEDAR dan amat mengimpikan sebuah pasukan berprestasi tinggi yang mempunyai fikiran lebih mendalam mengenai matlamat, pendekatan, akauntabiliti dan wargakerja yang berkemahiran tinggi. Marilah sama-sama kita berusaha kearah apa yang saya impikan itu.

Sekian, wassalam. Selamat maju jaya.

Pengurus Besar KESEDAR

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor HAJI AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu HASRI RIFDI MAMAT @ HAMZAH

HUSNIFAISAL RAMLIHAJI OTHMAN SETAPA

HAJI MOHD AFFANDI AB. GHANIAZAHAN MAHMOOD

ZAITON ZAKARIAAHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranWAN JULIAWATIE WAN MOHD. ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

Diterbitkan oleh:Unit Komunikasi Korporat KESEDAR

https://www.facebook.com/pages/Lembaga-Kemajuan-Kelantan-Selatan-KESESDAR/171405426242605

https://twitter.com/Kesedarkklw

Page 3: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Pengurusan tertinggi KESEDAR yang diketuai oleh Y.B. Datuk Haji Abdul Aziz Derashid telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Y.A.B. Dato’ Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan pada 26 Ogos 2014.

Dalam kunjungan yang bersejarah tersebut antara perkara yang dibincangkan ialah Isu Pembangunan Luar Bandar, Pemilikan Tanah KESEDAR dan Cadangan Penubuhan ‘MARA City ‘ di Gua Musang yang bakal memberi impak besar kepada peluang

melanjutkan pelajaran di menara gading oleh penduduk luar bandar.

Penerangan mengenai penubuhan ‘MARA City’ telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mustapha Yaakub, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR.

Adalah diharapkan dengan kunjungan tersebut dapat memberikan nafas baru kepada kedua pihak demi Pembangunan Kemajuan Kelantan Selatan.

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Y.A.B Dato Menteri Besar Kelantan

Oleh: Haji Ismail Abdullah

3

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 4: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Anugerah Audit Bersih

permohonan yang dikemukan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Bahagian Kewangan akan mematuhi segala saranan dan ketepatan yang diperlukan bagi mengekalkan Sijil Pematuhan SAGA (SAGA Compliance).

Pada 25 April 2014, bertempat di bilik Mesyuarat Cempaka Jabatan Audit Negara (JAN) telah berlangsungnya “Exit Conference” di antara Pihak KESEDAR dan Jabatan Audit Negara. “Exit Conference” ini diadakan bertujuan untuk membentangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan KESEDAR bagi tahun 2013 dimana KESEDAR telah berjaya mengekalkan Sijil Audit Bersih tiga kali berturut-turut.

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Audit Negara, Datuk Anwari bin Suri dan disampaikan kepada Tuan Haji Arshad bin Ismail Pengurus Besar KESEDAR, turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Kamal Badrul Hisyam bin Mohamed, Pengurus Kewangan, serta tenaga kerja Bahagian Kewangan yang lain.

Antara kejayaan lain yang dicapai oleh Bahagian Kewangan ialah apabila Jawatankuasa Pemandu (JKP) telah meluluskan Sistem Perakaunan KESEDAR untuk diberikan Sijil Pematuhan SAGA. Kelulusan Sijil Pematuhan SAGA ini adalah tertakluk kepada

Oleh: Mohd Norhaniff Yacob

4

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 5: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

NBOS Bomba - KESEDARUntuk Hari Terbuka Peringkat Negeri

yang terlibat ialah Kastam, Polis, SPRM, KPDNKK, JPAM, KPTM, Majlis Daerah AADK dan Jabatan Kesihatan.

Berbagai-bagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung seperti pameran kebombaan & interaktif, pertandingan tarik tali muhibbah, pertandingan menggubah, pertandingan mewarna, sukaneka kebombaan, cabutan bertuah, kuiz kebombaan dan karaoke Duet Agensi. Pengunjung yang hadir dianggarkan berjumlah tiga ribu orang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan dengan anjuran bersama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan satu kempen Keselamatan dan Kebakaran pada 15 September 2014 bertempat di Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR.

Program ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara jabatan dengan masyarakat disamping menerapkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran di kalangan masyarakat. Antara agensi

Oleh: Nik Norasiah Abdullah

5

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 6: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

MoU KESEDAR - RELA

Perjanjian persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan dengan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) telah berlangsung di Ibu Pejabat KESEDAR pada 17 Ogos 2014 bagi memantapkan sistem kawalan keselamatan premis dan aset agensi ini di empat jajahan di kawasan Kelantan Selatan.

Majlis ini dihadiri oleh Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) yang mewakili Pengurus Besar KESEDAR

Sementera itu , Penolong Pengarah Rela negeri, Nor Aizam Daud, mewakili RELA.

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan. dalam melaksanakan strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy). Oleh itu seramai 56 anggota Rela akan terlibat menjaga 23 premis KESEDAR di daerah ini, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. Perjanjian ini memberi peluang pekerjaan kepada anggota yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan salah satu cara untuk mereka menambahkan pendapatan, di samping meningkatkan kemahiran sedia ada.

Oleh: Hj. Mohd Dalee Ab. Rahim

6

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 7: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

KECANAAN KERAJAAN PADAKOMUNITI LUAR BANDAR;

World Bank Advisory Services for Economic Planning Unit, JPM, National Transport Strategy, Tentative Program - Rural Connectivity (Peninsular Malaysia)

Untuk mencapai objektif yang disasarkan, pasukan kajian merancang untuk melawat seberapa banyak lokasi termampu di luar bandar, bertemu dengan ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat setempat, pengusaha pengangkutan persendirian dan pihak berkuasa kerajaan pelbagai peringkat untuk pengumpulan maklumat soal selidik, permasalahan, keperluan dan pengumpulan data-data untuk penyelesaian.

Sesi Peringkat Gua Musang dikendalikan oleh Tuan Hj. Mohd. Suhaimi Othman, Pengurus Bahagian Perancangan di Ibu Pejabat KESEDAR dimana bagi peringkat Kuala Krai dan Jeli dikendalikan sendiri oleh YB Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid, Pengerusi KESEDAR. Pihak penganjur Mr. John Heinz yang pernah datang ke Malaysia 40 dahulu dan akhir-akhir ini banyak membuat kajian dinegara ketiga, terutamanya di Benua Afrika amat mengkagumi pencapaian Malaysia,. Beliau juga menyanjungi dan teruja dengan kerjasama yang diberikan walau pun dengan hanya notis yang singkat, khususnya penglibatan YB Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid dari awal hingga akhir sesi di Jeli. Disini menyerlahlah kesungguhan dan kesanggupan seorang ketua mengetuai pasukan kajian yang seharusnya menjadi contoh dan ikutan semua warga kerja KESEDAR. Syabas YB Datuk.

Gua Musang, 24 Ogos 2014 - KESEDAR telah dipilih sebagai lokasi kajian peringkat antarabangsa keatas National Transport Strategy - Rural Connectivity di semua kawasan Kelantan Selatan. Kajian yang di ketuai oleh Mr. John Heinz, pakar pengangkutan Bank Dunia (warga negara Britain), Encik Mohd. Noor Akmal Mat Isa, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Cik Nurul ‘Ain Ismail dari Bahagian Infrastruktur, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

Kajian dijalankan oleh EPU khusus untuk menyeragamkan pembinaan jalan penghubung terutamanya di kawasan luar bandar bagi kelestarian serta memenuhi matlamat negara. Jalan-jalan penghubung diperingkat negeri yang tidak seimbang, terutamanya diluar bandar negara ini, ternyata banyak menghalang peluang-peluang pertumbuhan ekonomi. Bagi negeri-negeri yang menghadapi jaringan halangan seumpama ini tentunya akan melibatkan tambahan kos pengangkutan, tempoh perjalanan yang panjang serta membataskan kemajuan sosial di luar bandar.

Dalam penilaian secara mendalam, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor pengangkutan luar bandar dari sudut dasar kebangsaan, pasukan kajian turut menyiasat dan mengkaji tahap perkhidmatan pengangkutan awam sediada di lokaliti-lokaliti terpilih bagi pembinaan jalan penghubung, eksesibiliti dan laluan diluar bandar (termasuk pengangkutan air).

Sumber Komunikasi Korporat

7

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 8: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

DAhli-ahli Lembaga Pengarah KESEDAR

Pengurus Besar dan Warga Kerja KESEDAR,

Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat

KESEDAR PERKILANGANSDN BHD

KESEDAR DAGANGSDN BHD

KESEDAR INNSDN BHD

KESEDAR TRAVEL & TOURS SDN BHD

SekalungTahniah

Page 9: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Lawatan PengerusiKESEDAR Ke Ayer ChanalOleh: Ahmad Tarmidzi Rasidi

Pada 6 Ogos 2014 Datuk Hj. Abdul Aziz Derashid, Pengerusi KESEDAR telah membuat lawatan ke Kg Pendok, Batu Melintang untuk sama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan oleh penduduk di situ. Majlis yang bermula jam 2.00 petang itu telah dihadiri seramai kira-kira 200 orang penduduk. Turut hadir ialah Pengurus Wilayah Jeli serta kakitangan, Ketua Polis Daerah Jeli dan juga pemimpin tempatan.

Selepas itu, Datuk Pengerusi terus ke Pejabat Operasi Ayer Chanal bagi membuat lawatan kerja ke sana. Kehadiran beliau bersama dengan Pengurus Wilayah Jeli telah disambut oleh Pengurus Operasi serta kakitangan Pejabat Operasi Ayer Chanal dan Sungai Satan. Dalam lawatan tersebut beliau telah diberi taklimat oleh kedua-dua Pengurus Operasi berhubung dengan peranan serta pembangunan di dalam kawasan masing-masing.

Mengakhiri lawatan, Datuk Pengerusi sempat beramah mesra dengan kakitangan serta menjamah hidangan yang telah disediakan.

9

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 10: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Bahagian Perancangan dan Penilaian telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia bagi Mesyuarat Pemurnian Perancangan Projek/ Program RMKe-11 KESEDAR bertempat di D’Baron Resort, Langkawi. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional, Wakil Unit Teknikal JKR KESEDAR, Ketua- ketua Pegawai Eksekutif, Penolong- penolong pegawai dan Pengurus- pengurus operasi turut sama terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut.

Objektif utama mesyuarat adalah untuk memurnikan senarai projek/ program RMKe-11 KESEDAR agar ianya selari dengan teras RMKe-11 dan halatuju KESEDAR itu sendiri disamping mengenalpasti keutamaan projek/ program RMKe-11 KESEDAR.

Antara pengisian mesyuarat adalah taklimat disampaikan oleh Puan Azlin Azizan daripada KKLW yang mana memberi fokus kepada Hala Tuju Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) manakala Puan Noraini daripada Akademi Aidit Sdn Bhd berkongsi pengetahuan tentang Keperluan Biayai Diri (Self-Financing) KESEDAR serta perbentangan hasil daripada perbincangan kumpulan.

Mesyuarat berakhir dengan ucapan penggulungan daripada Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

MesyuaratPemurnianRMKe-11Oleh: Salwati Salleh

10

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 11: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Pemantapan Bahasa Dalam Penerbitan

dibangunkan oleh DBP dimana pada pemerhatian beliau, terdapat penulis-penulis buletin & rencana hari ini mengambil mudah tanpa menekankan etika penulisan yang betul. Beliau berpendapat usaha memartabatkan Bahasa Malaysia tidak sepatutnya bergantung kepada modul kursus semata-mata, malah boleh juga diterjemahkan melalui persembahan kebudayaan seperti pementasan dan sudut-sudut pendeklamasi puisi, terutamanya dikawasan-kawasan luar bandar. Langkah begini tambah beliau dapat menarik perhatian dan kesedaran terutamanya belia dan beliawanis. Dalam usaha-usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, beliau juga menyeru para peserta agar turut mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, kerana kemahiran berbahasa Inggeris merupakan satu kelebihan didunia komunikasi masakini. YB Datuk Pengerusi mengingatkan bahawa pencapaian semasa sidang editorial Buletin KESEDAR bukanlah noktah, malah beliau menyarankan supaya sidang editorial penerbitan KESEDAR melangkah kehadapan dengan menyertai Suar Bahasa yang saban tahun dianjurkan oleh DBP. Penyertaan bukannya bermotifkan mendapat tempat yang dipertandingkan, malah lebih kepada kayu pengukur (benchmark) sejauh mana pengiktirafan (rating) pihak pemantau bahasa ke atas penerbitan KESEDAR.

Disepanjang kursus tiga hari, para peserta telah didedahkan kepada enam sesi penulisan oleh munsyi-munsyi dan mendapat faedah yang begitu banyak.

Kota Bharu, 09 hingga 11 September 2014 pengurusan KESEDAR dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustakan (DBP) Wilayah Timur dengan jaya menganjurkan Kursus Pemantapan Bahasa Dalam Penerbitan Buletin Jabatan untuk Sidang Editor KESEDAR. Ketua Editor Buletin, Encik Md. Asri Jusoh dalam ucapan alu-aluan mengulangi harapan sidang editorial untuk menambahbaik (value-added) kualiti penerbitan dari setiap sudut, khususnya pemantapan bahasa supaya dapat melapur dan memuatkan penulisan standard serta terkini yang pada akhirnya dapat memberi kepuasan pelanggan dan pembaca tegar. Pengarah DBP Cawangan Timur, Puan Hajjah Che Zainab Omar pula menegaskan bahawa DBP akan terus menyokong usah-usaha pihak-pihak tertentu untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Malangnya tidak banyak pihak yang mengetahui kemudahan-kemudahan relevan yang disediakan oleh pihak DBP, beliau mengalu-alukan usaha-usaha pengurusan KESEDAR menganjurkan kursus seumpama ini yang merupakan siri ke-2 setelah siri pertama pada 23 dan 24 Mac 2010. Y.B. Datuk Abdul Aziz Derashid, Pengerusi KESEDAR merangkap ADUN Kuala Balah dalam ucaptama perasmian mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penganjur kursus, khususnya Pengarah DBP dan urusetia beliau dalam memberi kerjasama erat menjayakan program yang diadakan. Munsyi-munsyi wibawa

yang dilantik oleh DBP banyak berkongsi ilmu penulisan dengan 19 peserta kursus yang mewakili semua bahagian, unit dan wilayah KESEDAR.

Y.B. Datuk Abdul Aziz Derashid bangga dengan usaha-usaha yang

Sumber Komunikasi Korporat

11

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 12: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Kota Bharu 13 Julai 2014 - Bertempat di Restoran Cerana, Hotel Perdana YB. Datuk Haji Abd. Aziz Derashid, Pengerusi KESEDAR telah menganjurkan majlis Iftar bersama Media dan wargakerja pengurusan profesional KESEDAR. Yang turut hadir Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Pengurus-pengurus Bahagian, Pengurus-pengurus Wilayah, Ketua-ketua Unit, Penolong Pengarah Unit JKR KESEDAR dan CEO-CEO Anak Syarikat. Majlis diadakan dalam suasana yang santai namun menepati matlamat penganjuran untuk mempererat silaturrahim telah dapat dicapai.

Dalam ucapan ringkas YB Datuk Pengerusi, merakamkan penghargaan kepada semua yang memenuhi jemputan, terutamanya warga Media walaupun pada waktu yang sama mereka perlu

memenuhi tanggungjawab dan undangan lain. Wargakerja Media yang hadir antaranya Radio & TV Malaysia (RTM), ASTRO Awani, Kumpulan Media Prima, BERNAMA TV, BERNAMA, Utusan Melayu, Berita Harian, NST, STAR, KOSMO, METRO & Sinar.

YB Datuk Pengerusi yakin dengan pelaksanaan Sistem Penyampaian (delivery system) yang berkualiti dan efisien, kumpulan sasar rakan menerima serta memberi maklumbalas yang positif terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Sehubungan itu, YB Datuk Pengerusi merakamkan penghargaan kepada warga Media yang sentiasa memberikan kerjasama erat dalam membuat liputan dimedia cetak mahupun elektronik. Fenomena ini terbukti telah banyak membantu rakyat dan kumpulan sasar serta para pelanggan untuk lebih memahami peranan dan tanggungjawab KESEDAR secara langsung, khususnya melalui perlaksanaan pembangunan luar bandar.

Majlis Iftar YB Datuk Pengerusi Bersama MEDIA & Pegawai Kanan KESEDAR

Sumber Komunikasi Korporat

12

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 13: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Mimbar Aidil FitriSumber Komunikasi Korporat

Gua Musang 29/07/2014 - Sekali lagi AJK Masjid Taman Wangi, (penempatan sebahagian besar warga kerja KESEDAR) bersama-sama penduduk penduduk taman-taman perumahan berhampiran menunaikan solat Aidil Fitri yang diimamkan oleh Ustaz Hazuari bin Che Hamid, Imam Muda Masjid Tengku Faiz Petra di Masjid Taman Wangi. Sebelum menunaikan solat, masing-masing telah pun menyempurnakan amalan fardu sebelumnya, iaitu mengeluarkan zakat fitrah yang mula diperintahkan pada tahun kedua Hijrah.

Antara lain hikmahnya menunaikan zakat fitrah adalah .

1. Menolong orang yang susah dan lemah dalam hal ekonomi, agar ia dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah dan terhadap makhluk-Nya.

2. Membersihkan diri daripada sifat kikir dan akhlak yang tercela, serta mendidik agar bersifat mulia dan pemurah dengan membiasakan diri memberikan kepada orang yang berhak menerimanya.

3. Sebagai ungkapan bersyukur dan berterima kasih atas nikmat kekayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat.

4. Mencegah timbulnya kejahatan-kejahatan yang mungkin timbul akibat kelemahan ekonomi yang dialami oleh mereka yang menerima zakat.

5. Untuk mendekatkan hubungan dan menghindari kekejangan sosial antara yang miskin dan yang kaya.

Umat Islam merayakan kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa dan kembali kepada fitrah dengan memperolehi darjat sebagai umat yang bertaqwa. Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kebesaran umat Islam untuk bertakbir Rabbaniah dengan mengagungkan Allah SWT. Gema takbir yang dikumandangkan membezakan dengan perayaan ugama-ugama lain melambangkan syiar Islam.

Semua takbir yang dilafazkan untuk mengetuk pintu hati, pendengaran, jiwa, perasaan agar tidak tunduk, takut dan gentar melainkan hanya kepada Allah Azzawajalla. Perjuangan selama sebulan Ramadan telah mengembalikan kita kepada fitrah bersih, bebas daripada dosa dan noda. Islam mendidik umatnya hidup dalam semangat Ukhwah Islamiah, semangat persaudaraan dan semangat persatuan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguh orang yang beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah dan bertaqwalah kepada Allah SWT semoga kamu beroleh rahmat”.

13

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 14: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

KKLW 2014Isnin 18 Ogos 2014 - Dewan Tun Abdul Razak, INFRA berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang dihoskan sendiri oleh YB Dato’ Seri Haji Shafie Haji Apdal, Menteri KKLW.

Antara jemputan yang hadir adalah Datuk Seri Ibrahim Muhamad, Ketua Setiausaha (KSU), Pengerusi dan Ahli Lembaga LKW, Ketua Jabatan & Agensi KKLW, mantan KSU dan warga kerja KKLW serta jabatan dan agensi dibawahnya. Tidak terkecuali KESEDAR yang turut menghantar 40 orang warga kerja diketuai Pengurus Besar sendiri.

Pelbagai jenis juadah, minuman dan buah-buahan disajikan KESEDAR turut menyediakan juadah tradisional berupa laksam, nasi kerabu kuning, tapai pulut dan buah-buahan (dokong dan rambutan). Majlis yang diadakan secara sederhana namun tetap meriah kerana menghormati mangsa MH 370 yang hilang dilautan hindi dan MH 17 yang terhempas di Ukraine.

Tiga dalam satu dimulakan dengan Mengibar Jalur Gemilang (JG) dengan iringan lagu-lagu patriotik oleh Koir Gabungan KKLW, Penyerahan JG oleh YB Dato Sri Menteri kepada YBhg Datuk Seri KSU sebagai simbolik Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Pemasangan JG ke beberapa buah negara secara rasmi Jabatan/agensi KKLW diperkarangan Dewan Tun Abdul Razak, INFRA.

Hari RayaSumber Komunikasi Korporat

14

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 15: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

MajlisHari Raya Aidilfitri

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 peringkat KESEDAR telah diadakan pada 10 Ogos 2014 bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat KESEDAR bermula jam 11.00 pagi. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR dan seterusnya telah memberi ucapan ringkas dalam majlis tersebut.

Dalam majis ini juga, KESEDAR telah berbesar hati menyerahkan sumbangan derma Palestin kepada wakil Media Prima Berhad.

Majlis yang diadakan dengan meriahnya itu telah berjaya menarik ribuan pengunjung terdiri dari warga kerja KESEDAR dan juga kumpulan sasar dalam kawasan Kelantan Selatan.

Tetamu yang hadir juga telah di hidangkan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh KESEDAR serta dihiburkan dengan persembahan oleh Kugiran dan dikir barat KESEDAR.

KESEDAROleh: Haji Mohd Dalee Ab. Rahim

15

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 16: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Hari Raya Disana-sini

16

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 17: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

SambutanHari Raya AidilfitriWilayah Gua Musang

Hadir sama ke Majlis ini ialah YB Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR, YB Dato’ Paduka Nozula bin Mat Diah, ADUN Paloh, YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KESEDAR, Ketua-ketua Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Pengurus-pengurus Institusi Kewangan, Pemimpin-peminpin masyarakat, Imam-imam Masjid dan Madrasah, serta orang-orang awam di samping Pegawai-pegawai Kanan, Ketua-ketua Eksekutif Anak Syarikat KESEDAR, dan warga kerja KESEDAR. Tetamu yang hadir pada hari tersebut disambut dengan mesra dan dilayan oleh warga kerja Wilayah Gua Musang di ketuai oleh Encik Mohd Fadhly bin Ab. Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang.

Majlis bermula dengan tahlil dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Md. Yunus bin Abu Bakar. Juadah satay dan dua ekor kambing golek dengan sos lada hitam menjadi tarikan utama para tetamu. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Gua Musang, 19 Ogos 2014 (Selasa), Warga Kerja KESEDAR Wilayah Gua Musang telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Wilayah Gua Musang bagi tahun 1435H secara sederhana tetapi meriah bertempat di Dewan Terbuka Taman Etnobotani, Gua Musang.

Oleh : Mohd Rozayuti bin Che Soh

17

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 18: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Disepanjang bulan Syawal, kemeriahan menyambut Raya masih terasa dengan adanya rumah terbuka di sana sini. Tidak ketinggalan Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 14 Ogos 2014 yang berlangsung di perkarangan pejabat. Majlis yang bermula seawal jam 11.00 pagi itu mendapat sambutan meriah dari segenap lapisan penduduk di sekitar Jeli dan juga Tanah Merah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa YB. Datuk Haji Abdul Aziz bin Derashid, Pengerusi KESEDAR dan isteri, Dato Razali bin Isohak, Timbalan Pengerusi, YB. Dato Adhan bin Kechik, ADUN Bukit Bunga dan isteri, Pegawai-Pegawai

Kanan KESEDAR, Ketua-Ketua Jabatan serta Pemimpin Masyarakat. Pelbagai juadah telah disediakan kepada para tetamu yang dianggarkan seramai dua ribu orang. Persembahan nyanyian turut disajikan bagi menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak OKU dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Jeli dan juga anak yatim.

Di majlis itu juga pemberian duit raya telah disampaikan oleh Datin Sharifah binti Salleh, isteri kepada Datuk Hj Abdul Aziz Derashid, kepada kira-kira 200 orang kanak-kanak. Majlis yang penuh meriah itu telah berakhir jam 3.30 petang.

Rumah Terbuka Aidilfitri Wilayah JeliOleh: Ahmad Tarmidzi Rasidi

18

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 19: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Sambutan Aidilfitri Bahagian Pembangunan Masyarakat

meluangkan masa bersama-sama. Di kesempatan ini, warga kerja KESEDAR sempat beramah mesra dengan YBrs Pengurus Besar sambil menjamu selera.

Pada ketika inilah, keakraban dan kemesraan warga kerja KESEDAR dapat dilihat dan dipupuk melalui gurau senda tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Bahagian ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Warga kerja Bahagian Pembangunan Masyarakat telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 05 Ogos 2014 bersamaan 09 Syawal 1435H di perkarangan Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR. Program ini merupakan agenda tahunan Bahagian untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja kESEDAR.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs Tuan Haji Mohd Arshad Bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR serta Pegawai-pegawai Kanan lain yang sudi datang

Pelbagai aktiviti secara berkumpulan dijalankan bagi mencapai objektif kursus. Para peserta diminta untuk membuat kajian pasaran di kedai-kedai persekitaran hotel mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada strategi pemasaran yang akan dijalankan kelak.

Selain itu, aktiviti indoor pula sesi memberi penerangan berkaitan motivasi keusahawanan, asas-asas pengurusan perniagaan dan peluang perniagaan, strategi produk dan harga, asas perakaunan dan strategi promosi dan pemasaran. Peserta juga didedahkan sepintas lalu mengenai KESEDAR. Semoga program ini dapat dimanfaatkan agar dapat mengubah kehidupan peserta menjadi lebih baik di masa akan datang.

Di Star Regency Hotel, Cameron Highland, berlangsung Kursus Keusahawanan bagi penerima Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Tahun 2014. Kursus selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 24 hingga 26 Ogos 2014 dihadiri oleh 50 orang peserta PPP dari Wilayah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

Objektif kursus ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan pengurusan projek atau perniagaan yang akan dilaksanakan supaya dapat diurus secara lebih sistematik dan efisien yang seterusya dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Kursus Keusahawanan Program Peningkatan Pendapatan (PPP)

Oleh: Nik Norasiah Abdullah

Oleh: Nik Norasiah Abdullah

19

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 20: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Majlis Berbuka Puasa RKT- RKT KESEDAR Bersama Keluarga Angkat

Setiap tahun sepanjang bulan Ramadan, KESEDAR dengan kerjasama jawatankuasa masjid-masjid dan surau-surau dalam RKT-RKT KESEDAR telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan tujuan untuk peneroka-peneroka dan penduduk-penduduk setempat. Selain dari peneroka dan penduduk setempat serta kakitangan Pejabat Operasi, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Permbangunan Pertanian KESEDAR.

Pada tahun 2014 ini program berbuka puasa telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai dan kakitangan ibupejabat KESEDAR yang telah dijadikan

`Keluarga Angkat’ kepada RKT-RKT KESEDAR. Tujuannya adalah untuk memberi peluang lebih ramai lagi penjawat ibu pejabat KESEDAR menghayati suasana majlis di RKT-RKT KESEDAR selain merapatkan lagi silaturahim antara penjawat Ibu pejabat KESEDAR dengan peneroka RKT dan penduduk setempat. Selain berbuka puasa, program-program ceramah/tazkirah turut diadakan dan selepas berbuka puasa, diteruskan pula dengan solat maghrib berjemaah.

Program seperti ini menjadi medan untuk memupuk semangat persaudaraan dan silaturahim dikalangan penjawat-penjawat KESEDAR dan kumpulan sasar.

Oleh: Raja Adlina Raja Mustapha

20

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 21: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

SumbanganProgram Kecemerlangan

Pendidikan (PKP)yang berkhidmat di kawasan Kelantan Selatan demi kelangsungan kemajuan pendidikan anak bangsa. Bagi beliau tahap kecemerlangan yang masih rendah di kawasan Kelantan Selatan banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan, sikap dan kemudahan pembelajaran seperti kelas tusyen. Beliau juga menyarankan supaya peranan dan gandingan pihak sekolah dan ibubapa dapat ditingkatkan kearah melahirkan pelajar cemerlang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YBrs. Encik Mohd Zahari bin Othman Pegawai, Pelajaran Daerah, YBrs. Encik Mohd Fadhly bin Ab. Manaf, Pengurus Wilayah Gua Musang, Guru-Guru dan AJK PIBG SK Lepan Jaya serta kakitangan KESEDAR dan PPD Gua Musang.

Gua Musang – Pada 18 Ogos 2014 bertempat di Dewan MAE, SK Lepan Jaya telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) untuk sekolah-sekolah Wilayah Gua Musang. Sebanyak 13 buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah telah menerima cek sumbangan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 34,470.00.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan) kepada Guru Besar dan Pengetua sekolah yang terlibat. Dalam ucapan perasmian beliau telah menzahirkan rasa syukur kerana KESEDAR dapat meneruskan sumbangan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya serta menghargai peranan dan kegigihan guru-guru

oleh: Hj Othman Setapa

21

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 22: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Tanggal 27 hingga 29 Ogos 2014 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel telah menyaksikan perjumpaan bersejarah antara 96 orang Ketua-Ketua Pemimpin Masyarakat, Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bersama mantan Pengerusi KESEDAR iaitu YB. Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman. Turut hadir di dalam perjumpaan tersebut ialah Encik Zulkifli bin Ab. Rahman, Pengurus KESEDAR Wilayah Kuala Krai yang juga merupakan penceramah jemputan. Bagi memantapkan lagi kesedaran sivik dalam diri pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir, urus setia KESEDAR telah menjemput YB. Senator Dato’ Dr. Asyaraf Wajdi bin Dusuki sebagai salah seorang penceramah.

Di dalam amanat yang disampaikan oleh Y.B Dato’ Ramzi Bin Ab. Rahman, beliau mengharapkan agar pemimpin-pemimpin masyarakat ini dapat lebih

memberi tumpuan dan peka terhadap masalah yang timbul serta menyelesaikan masalah dengan mengambil jalan dan tindakan yang bijak. Disamping menguar-uarkan supaya lebih bersemangat dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan. Pemimpin-pemimpin masyarakat juga perlu lebih proaktif dalam menyumbang khidmat dan idea-idea yang baru demi memajukan kampung dan masyarakat setempat. Persahabatan dan persaudaraan yang terjalin antara pemimpin-pemimpin masyarakat dengan rakyat dibawah seliaan masing-masing, menjadi satu isu penting dalam menjayakan segala tuntutan dan amanah yang dipikul.

Dengan adanya majlis seperti ini, ia memberi kesan yang mendalam terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab yang digalas mereka.

Seminar Kepimpinan Kuala KraiOleh: Nik Wisma Melati Hj. Baharuddin

Sumbangan Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber ManusiaKepada Kakitangan Yang Meninggal Dunia

BIL NAMA JAWATAN TARIKH MENINGGAL PENEMPATAN

1. Tuan Hj. Aziz b. Ab. Rahman Pembantu Tadbir (N22 KUP) 20.07.2014 PO Mengkebang

Persaraan Kakitangan KESEDAR Bulan Julai , Ogos Dan September 2014BIL NAMA JAWATAN TARIKH BERSARA BAHAGIAN/ UNIT/ PO BERSARA

1. En. Abd Aziz B. Ahmad Pegawai Tadbir 05.07.2014 Bahagian Pembangunan Ekonomi Pilihan

2. En. Mohamed Nor B. Jusoh Pemandu 10.07.2014 Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia Wajib

3. En. Dusuki B. JaffarPenyelia

Rancangan Tanah

03.08.2014 Wilayah Gua Musang Pilihan

4. En. Mohamad Suari B. Aripin

Penyelia Rancangan

Tanah01.09.2014 Wilayah Jeli Pilihan

5. En. Dollah B. Hj TaibPenyelia

Rancangan Tanah

01.09.2014 Pejabat Operasi Paloh 1 Wajib

6. En. Md Yunus B. Hj. Abu Bakar

Penyelia Rancangan

Tanah03.09.2014 Wilayah Gua Musang Pilihan

7. En. Mohd Himmi B. YusoffPembantu

Pembangunan Masyarakat

12.09.2014 Pejabat Operasi Sg. Satan Wajib

22

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 23: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Ambang Merdeka 2014SINONIMNYA....

Dengan tema “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”, sekali lagi kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-57 pada tahun 2014 dengan harapan melihat setiap rakyat Malaysia melahirkan semangat kecintaan terhadap bumi tercinta.

Sebagai menzahirkan rasa kecintaan ini, KESEDAR dengan kerjasama Radio Klasik RTM juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan ulangtahun kemerdekaan untuk ke sekian kalinya pada malam 31 Ogos 2014 bertempat di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang. Sambutan yang diadakan cukup meriah dengan kehadiran YB. Encik Abd. Aziz bin Yusof, ADUN Galas, YBrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan juga warga Gua Musang. Lebih lima ribu orang masyarakat setempat hadir bagi memeriahkan majlis sambutan serta menzahirkan kesyukuran diatas ulang tahun Kemerdekaan negara

Oleh: Nik Norasiah AbdullahSementara menanti detik 12 malam, pelbagai acara menarik telah dipersembahkan seperti persembahan DJ Radio Klasik RTM, tarian singa, persembahan puisi, live band dan perarakan jalur gemilang. Tepat detik 12 tengah malam, laungan merdeka telah bergema yang diketuai oleh YB. Encik Abd. Aziz bin Yusof, ADUN Galas dan sejurus itu juga, jalur gemilang dinaikkan diiringi lagu Negaraku.

Semoga semangat Merdeka yang kita genggam tidak luntur ditelan arus masa. Didiklah hati menghargai sebuah kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

23

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 24: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan untuk peserta lelaki dan membersih madrasah bagi peserta wanita.

Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran lebih 60 penduduk.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengurus Wilayah Gua Musang, pegawai-pegawai KESEDAR serta semua kakitangan Pejabat Wilayah Gua Musang dan PO Sg. Terah.

Pada 3 September 2014 Pejabat Wilayah Gua Musang telah mengadakan Program Muafakat Desa di Kg. Batu 6. Seramai 50 orang kakitangan KESEDAR telah menyertai Program Turun Padang bertujuan untuk bersama-sama menyelami kehidupan penduduk kg tradisional yang merupakan satu pendedahan terutama kepada penjawat baru bertugas di KESEDAR. Kampung ini yang terletak di tepi laluan jalan keretapi antara Gua Musang dan Limau Kasturi.

Program Muafakat DesaWilayah Gua Musang

oleh: Hj Othman Setapa

24

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 25: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Gotong Royong JKKKP Bagi Membanteras Wabak Denggi

Program pertama di peringkat Wilayah Gua Musang telah diadakan di Kg. Serian Batu 11 bertarikh 11 September 2014. Bagi yang belum sampai ke kg. ini, ianya merupakan penempatan sepanjang laluan keretapi dari Batu 10, 11 dan 12 dan untuk sampai ke sini memerlukan kita melalui jalanraya Sg. Asap ke Kg. Limau Kasturi. Program ini telah dihadiri seramai 40 orang kakitangan KESEDAR dan lebih kurang 80 orang penduduk telah diisi dengan aktiviti gotong royong membersih jalan masuk dan persekitaran masjid. Satu ceramah kesedaran wabak denggi juga telah disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang.

Sambutan dan kerjasama dari segenap lapisan penduduk kampung dan masyarakat setempat membuktikan program KKLW dan KESEDAR sentiasa dialu-alukan dan menjadi medan untuk mereka meluahkan permasalah serta keperluan setempat terutama dari segi kemudahan infra.

Turut hadir diprogram ini ialah Pengurus Wilayah Gua Musang, pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat KESEDAR, serta semua kakitangan Pejabat Wilayah Gua Musang dan PO Limau Kasturu serta kepimpinan kampung.

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk bersama memberi kesedaran kepada warga luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui KESEDAR akan mengadakan Program Khas Gotong Royong JKKKP Bagi Membanteras Wabak Denggi di seluruh Kelantan Selatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah. Pejabat Wilayah Gua Musang telah menerima agihan peruntukan untuk melaksanakan program ini di 14 tempat yang meliputi taman perumahan dan kg. tradisional.

oleh: Hj Othman Setapa

25

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 26: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Pada 30 Ogos 2014, telah diadakan satu program komuniti antara warga Universti Sains Malaysia dengan masyarakat Paloh 1 bertempat di RKT Paloh 1 Gua Musang. Program bermula kira-kira jam 8.30 pagi dengan ketibaan rombongan seramai 40 orang warga Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ), Universiti Sains Malaysia(USM) yang di ketuai oleh Dekan PJJ USM. Rombongan tersebut disambut oleh ahli-ahli JKKR RKT Paloh 1 yang di ketuai oleh Encik Mohd Napi bin Nasir, Ketua Peneroka Paloh 1 di Dataran KESEDAR Paloh 1.

Selepas majlis ramah mesra dan jamuan ringan, rombongan berkenaan di bawa melawat ke kawasan ternakan Lebah Kelulut di Bukit Kelulut. Disini rombongan itu diberi taklimat ringkas mengenai ternakan Lebah Kelulut oleh Ketua Peneroka RKT Paloh 1. Kemudian rombongan berkenaan bersama masyarakat setempat mengadakan gotong royong membersih kawasan ternakan kelulut dan pagar masjid.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Dekan PJJ USM. Ini diikuti dengan majlis penyampai peralatan pencetak kepada Koperasi Paloh 1 Berhad dan Pustaka Desa Paloh 2. Turut hadir En. Ahmad bin Abdullah, Ketua unit Komunikasi Korporat dan Pengurus serta kakitangan Pejabat Operasi Paloh 1

Program WargaPJJ USMDi KESEDAROleh: Mohd Jeffry Che Musa

26

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 27: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Madu Kelulut Jana Pendapatan

bee breed. Kita akan membuat penyelidikan lanjut kerana bee bread merupakan bahan penting dalam penghasilan produk kosmetik dan kecantikkan,” ujarnya.

Pengerusi Koperasi Desa Lestari 1, Mohd. Napi Mat Nasir, 51, pula berkata, madu kelulut berbeza dengan madu lebah lain kerana rasanya yang sedikit masam manis buah membuatkannya mudah dihadam.

“Kita menggunakan serangga jenis Trigona Itama yang banyak terdapat di Malaysia dan setiap kelulut mengenali kotak tempat tinggal mereka masing-masing serta secara berterusan akan menghasilkan madu.

“Propolis merupakan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada pelbagai campuran sumber pokok dan tumbuh-tumbuhan sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut,” katanya.

Sementara itu, ahli Koperasi Desa Lestari 1, Tuan Som Tuan Mat, 51, berkata, kesedaran masyarakat mengenai khasiat madu kelulut juga menyebabkan permintaan meningkat dan koperasi sukar menampung permintaan tersebut.

“Permintaan berterusan daripada penduduk menyebabkan madu kelulut yang kita sedut sentiasa habis dan tidak sempat untuk kita pasarkan ke pasaran luar.

“Madu kelulut juga amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, darah tinggi, strok, asma, kanser, gout, batuk dan penyakit batu karang,” ujarnya.

Di samping menghasilkan madu, lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

Di Kelantan, harga pasaran bagi madu kelulup adalah berbeza dan dijual sekitar RM90 hingga RM150 satu kilogram.

GUA MUSANG - Menyedari potensi dan kesedaran masyarakat mengenai khasiat madu kelulut, ahli Koperasi Desa Lestari 1 bergabung tenaga menghasilkan Projek Penternakan Madu Kelulut di Paloh 1, di sini.

Selain dapat menjana pendapatan sampingan dalam kalangan ahli koperasi, projek tersebut juga diharapkan dapat menjadi pusat pengeluaran madu utama dan pusat latihan penternakan madu lebah yang pertama di Gua Musang.

Sebagai permulaan, peruntukkan sebanyak RM65,000 diberikan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) kepada ahli koperasi untuk membeli 50 koloni (sarang) kelulut.

Menurut Ketua Penyelaras Projek Madu Kelulut Koperasi Desa Lestari 1, Abdul Halim Hussain, 59, madu kelulut yang berasal daripada sari bunga sangat berkhasiat dan mujarab untuk memulihkan pelbagai penyakit termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambah tenaga batin, merawat organ dalaman dan menjaga kecantikan.

“Penternakan kelulut juga mudah kerana hanya perlu meletakkan koloni kelulut di kawasan pokok.

“Proses penternakan madu kelulut juga sangat mudah kerana spesies lebah ini tidak menyengat serta menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah biasa,” katanya.

Tambah Abdul Halim lagi, proses menyedut hasil madu kelulut boleh dilakukan sekitar dua minggu sehingga ke dua bulan dan bergantung kepada keaktifan koloni kelulut tersebut.

“Kita mendapatkan batang pokok kelulut ini dari syarikat pembekal di Kuala Kangsar dan purata kita boleh dapatkan untuk setiap sedutan madu sekitar 200 gram hingga 400gram.

“Selain mendapatkan madu, kita juga memproses

Oleh: Sharuddin Ibrahim

27

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 28: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Audit Dalam boleh didefinasikan sebagai;

“Pemeriksaan dan penilaian secara objektif, sistematik dan profesional ke atas hal-hal kewangan, pentadbiran, pengurusan dan lain-lain operasi sebuah agensi sebagai satu perkhidmatan kepada pihak pengurusan oleh kakitangan Unit Audit Dalam yang bebas sepenuhnya dari operasi tersebut, untuk tujuan menilai dan menyediakan satu laporan ke atasnya, yang mengandungi penemuan-penemuan dan pengesyoran-pengesyoran yang membina”.

Selaras dengan definasi tersebut, objektif utama Unit Audit Dalam ialah untuk membantu seluruh peringkat pengurusan supaya dapat melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

Tujuan artikel ini dibuat ialah untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan KESEDAR terutamanya kakitangan-kakitangan yang baru dilantik mengenai perbezaan fungsi antara Audit Dalam dengan Audit Luar. KESEDAR juga berharap, dengan pendedahan yang diberikan, tidak timbul lagi kekeliruan di kalangan penjawat terhadap perkara berkenaan disamping mewujudkan budaya kerja cemerlang kepada semua penjawat.

Antara perbezaan-perbezaan Audit Dalam dengan Audit Luar ialah:-

AUDIT DALAM AUDIT LUAR

1. Ianya ditubuh berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

1. Ianya ditubuhkan di bawah Akta Audit 1957.

2. Membuat laporan kepada Pengurus Besar dan Jawatankuasa Audit.

2. Membuat laporankepada Parlimen.

3. Skop pengauditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, susulan dan khas.

3. Skop pengauditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan.

4. Memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan.

4. Memastikan ketetapan dan kesempurnaan laporan kewangan.

5. Kakitangan Audit Dalam merupakan kakitangan KESEDAR.

5. Kakitangan Audit Luar merupakan kakitangan Jabatan Audit Negara.

6. Auditan berterusan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.

6. Auditan pada hujung tahun dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.

Kenali Kami Audit Dalam

Oleh: Haji Mohd. Affandi Ab. Ghani

28

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 29: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Sambutan Hari Keluarga Bahagian Kewangan

Selain ke tempat bersejarah, kami juga berpeluang ke kilang pemprosesan hasil laut yang merupakan salah satu indusrti kecil dan sederhana, di situ kami melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan dipasarkan dengan begitu maju. Hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut dipasarkan.

Dalam kemeriahan sambutan hari keluarga diselitkan dengan sesi pengemaskinian Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM). Penyediaan MPK dan FM yang lengkap dan sistematik adalah penting dan signifikan kepada pegawai agar dapat dijadikan garis panduan dalam melaksanakan aktiviti tugasan iaitu selaras dengan perkembangan dan transformasi terkini KESEDAR.

Sesungguhnya program ini amat menyeronokkan dan secara tidak langsung telah berjaya mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga dan dapat memupuk semangat kerjasama antara kakitangan bahagian ini.

Pada 4 hingga 6 September 2014, Bahagian Kewangan telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga bertempat di Pangkor Bayview Resort, Pulau Pangkor, Perak. Program tiga hari dua malam ini dihadiri oleh 80 orang warga kerja Bahagian Kewangan termasuk ahli keluarga. Tema sambutan hari keluarga kali ini ialah “Excellent Finance Division”.

Sambutan hari keluarga diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik, santai, dan menghiburkan. Sebanyak 10 acara sukaneka telah dijalankan dengan jayanya dan diikuti dengan aktiviti menaiki bot mengelilingi Pulau Pangkor untuk melihat keindahan khazanah alam semulajadi.

Jika berkunjung ke Pulau Pangkor sudah pastinya melawat tempat bersejarah yang menjadi tarikan para pelancong iaitu Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop tetapi Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhnya.

Oleh: Zaiton Zakaria

29

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 30: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengurus Besar (3K)

Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengurus Besar KESEDAR 2014 yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah diadakan pada 21 dan 22 September 2014 bertempat di Pusat Sivik, Gua Musang. Kejohanan yang disertai oleh ahli Kelab 3K ini dirasmikan oleh Encik Md Asri bin Jusoh, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat.

Kejohanan ini dimenangi oleh pasangan beregu Tuan Hj. Wan Muhd Rahimi W. Salleh dan Encik Kazman Kamal yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500. Manakala tempat kedua RM300 dan ke tiga RM200.

Oleh: Hasri Rifdi Mamat @ Hamzah

30

BULE

TIN

KES

EDAR

• JU

LAI-S

EPTE

MBE

R

Page 31: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Piala Pengurus Besar KESEDAR

Majlis penutup kejohanan dan pertandingan akhir bolasepak tersebut telah diadakan pada 2 September 2014 di Padang Awam RKT Paloh 2. Pasukan RKT Paloh 2 muncul juara dan RKT Jeram Tekoh menjadi naib juara.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Turut hadir Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pertanian serta Pejabat-pejabat Operasi RKT.

Kejohanan bolasepak 11 sebelah telah berjaya dianjurkan bersama Gabungan Generasi Kedua RKT dan KESEDAR. Kejohanan ini berlangsung dari 17 Ogos hingga 2 September 2014. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari 9 buah kampung RKT dan satu dari Taman Agropolitan Rantau Manis.

Majlis perasmian telah diadakan pada 17 Ogos 2014 di Dewan Dataran GDW, RKT Jeram Tekoh dengan dihadiri oleh wakil-wakil pasukan yang bertanding. Pada hari itu juga telah diadakan pertandingan persahabatan antara Belia RKT Jeram Tekoh dengan Belia RKT Renok Baru.

Oleh: Azahan Bin Mahmood

Bolasepak 11 Sebelah

31

BULETIN

KESEDAR • JULAI-SEPTEM

BER

Page 32: Kunjungan Pengurusan Tertinggi KESEDAR Ke Pejabat YAB MB

Perjalanan IniKain pelaikatBaju lusohparang dan kikirSeuncang beras dan garam diikatKu kilikmenyusuri belantara

Sentiasa dalam ingatanWanita dan keturunanDitinggalkan sebuah pesananTanpa bekalanHanya kesetiaanAllah melindungi kalian.

‘Roll Cal’ dinihariKeringat dan kudrat sebatiGerak langkah selariBiar tuboh dicengkam mentariGelap pekat badan dan kaki

Nasi, bilis dan kopiPenyendal agar tidak berbunyiKuliah magribKelas ABCSejuk dingin tidak terperiPenghuni rimba tidak sunyiBesok pasti ulang lagi

Hutan belantara berakhir kiniPepohon bermakna kini menariSegalanya memberi ertiSenyuman terpancar kiniSemuanya penuh harmoniAku masih disiniMensyukuri nikmat yang diberiSemoga disana aku dirahmati

Nukilan : Hjh. Zarinah YazidBahagian Pemantauan Dan Penyelarasan