pengimbuhan kata adjektif.doc

4
PENGIMBUHAN KATA ADJEKTIF 1. Pengimbuhan kata adjektif ialah : a) awalan ter- dan se- b) apitan ke-……-an c) sisipan -el, -em, dan -er. Awalan ter 1. Awalan ter- boleh bergantung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif untuk membentuk kata adjektif terbitan. 2. Awalan ter- tidak mengubah huruf awal kata dasar kecuali kata dasar yang bermula dengan huruf /r/ , huruf awal /r/ akan gugur akibat proses peleburan bunyi. 3. Kata adjektif terbitan yang menerima awalan ter- membawa maksud paling / keadaan yang tinggi sekali. Contoh : ter + cantik = tercantik = Farah merupakan gadis tercantik di kampung itu. ter + baru = terbaru = Ini merupakan buku terbaru karangannya. Awalan se 1. Awalan se- boleh bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata adjektif yang membawa maksud sama. Contoh : se + besar = sebesar = Rumah orang kaya itu sebesar istana. se + padan = sepadan = Kedua-dua pengantin itu memang sepadan cantiknya. Apitan ke-……-an 1. Apitan ke-…..-an boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama untuk membentuk kata adjektif terbitan. 2. Dari segi makna, apitan ke-….-an akan menerangkan maksud keadaan / sifat sesuatu dengan menukarkan kata nama menjadi kata adjektif. Contoh : 1. Walaupun telah lama dia belajar di luar negara tetapi cara hidupnya masih ketimuran. 2. Farah memiliki wajah kemelayuan yang asli. Sisipan

Upload: seluang1

Post on 30-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGIMBUHAN KATA ADJEKTIF

PENGIMBUHAN KATA ADJEKTIF

1. Pengimbuhan kata adjektif ialah :

a) awalan ter- dan se-

b) apitan ke--an

c) sisipan -el, -em, dan -er.

Awalan ter

1. Awalan ter- boleh bergantung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif untuk membentuk kata adjektif terbitan.

2. Awalan ter- tidak mengubah huruf awal kata dasar kecuali kata dasar yang bermula dengan huruf /r/ , huruf awal /r/ akan gugur akibat proses peleburan bunyi.

3. Kata adjektif terbitan yang menerima awalan ter- membawa maksud paling / keadaan yang tinggi sekali.

Contoh :

ter + cantik = tercantik = Farah merupakan gadis tercantik di kampung itu.

ter + baru = terbaru = Ini merupakan buku terbaru karangannya.

Awalan se

1. Awalan se- boleh bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata adjektif yang membawa maksud sama.Contoh :

se + besar = sebesar = Rumah orang kaya itu sebesar istana.

se + padan = sepadan = Kedua-dua pengantin itu memang sepadan cantiknya.

Apitan ke--an

1. Apitan ke-..-an boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama untuk membentuk kata adjektif terbitan.

2. Dari segi makna, apitan ke-.-an akan menerangkan maksud keadaan / sifat sesuatu dengan menukarkan kata nama menjadi kata adjektif.

Contoh :

1. Walaupun telah lama dia belajar di luar negara tetapi cara hidupnya masih ketimuran.

2. Farah memiliki wajah kemelayuan yang asli.

Sisipan

1. Sisipan -el, -er dan -em boleh bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata adjektif terbitan walaupun jumlahnya agak terhad.

2. Dari segi makna, sisipan -el, -er, dan -er tidak membawa kata adjektif terbitan yang terbentuk itu.

SisipanContoh Ayat

-elGelembung pada tangan adik akibat terkena api.

-erHatinya menjadi gementar sewaktu menjawab soalan-soalan pegawai polis itu.

-emSamat bingkas bangun untuk menyiasat bunyi gerodak di luar rumahnya.

IMBUHAN PINJAMAN

1. Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing dan diserapkan ke dalam sistem tatabahasa Melayu.

2. Tiga bentuk imbuhan pinjaman bahasa asing yang diserap ke dalam bahasa Melayu iaitu :

a) imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti maha-, tata-, -nita dan lain-lain.b) imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab seperti -in, -at, dan -ah.

c) imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris seperti mono-, poli-, sub- dan lain-lain.

a) Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit

Jenis imbuhanMaksudContoh Ayat

Awalan

maha-bermaksud paling atau tahap terbesar atau tertinggi.Maharaja China seorang yang tegas.

Kadir belajar ilmu persilatan dengan Mahaguru Salim.

tata-bermaksud suatu peraturanSetiap negara mempunyai tatanegaranya yang tersendiri.

Sebagai orang Timur kita hendaklah sentiasa memiliki tatasusila.

juru-bermaksud orang yang mahir di dalam sesuatu bidang.Sudah dua tahun dai bekerja sebagai jurubahasa Perancis.

Sudah lama dia bercita-cita untuk menjadi juruterbang.

tuna-bermaksud tiada/tidak mempunyaiBapak Sarjono berlagak seperti seorang seniman, walhal tunakarya yang boleh dibanggakan.

pra-bermaksud sebelum/syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.Prakata sesebuah buku perlulah menarik supaya pembaca tertarik untuk membelinya.

Elakkan daripada mempunyai prasangka buruk terhadap seseorang.

swa-bermaksud sendiriPerusahaan itu dibangunkan atas swadayanya.Kebanyakan restoran sekarang mengadakan perkhidmatan swalayan.

eka-bermaksud satuKamus ekabahasa sangatlah baik kepada mereka yang ingin mendalami sesuatu bahasa.

Perkataan yang ekasuku kata jarang ditemui dalam bahasa Melayu.

dwi-bermaksud duaAhmad seorang dwibahasa.

Cacing mempunyai dwijantina.

tri-

panca-bermaksud tiga

bermaksud limaTripurnama dia tidak pulang ke rumah.

Majalah tribulan itu sukar didapati di pasaran.

Setiap manusia mempunyai pancaindera.

Indonesia mempunyai pancasusila.

Akhiran :

-wan

-mandigunakan untuk pelaku lelaki kecuali jelitawan dan rupawan (untuk perempuan)Shahnon Ahmad seorang seniman yang saya kagumi.

Datuk Azhar seorang hartawan.

-wati

-nitadigunakan untuk pelaku wanita/perempuan.

digunakan untuk pelaku wanita/perempuan.Seniwati Saadiah telah berlakon sebanyak 60 filem Melayu.

Peserta wanita tidak boleh menyertai pertandingan itu.

b) Imbuhan Pinjaman Bahasa Inggeris

Jenis ImbuhanMaksudContoh Ayat

Awalan :

mono-

poli-

pro-

anti-

sub-

supra-

auto-bermaksud satu

bermaksud banyak

bermaksud menyokong/memihak

bermaksud melawan/tidak bersetuju dengan sesuatu pihak.

bermaksud sebahagian daripada keseluruhan.

bermaksud melebihi

bermaksud secara bersendirianPengarang novel itu suka menggunakan unsur monolog seorang pelakon sahaja.

Ayah membawa adik untuk mendapatkan rawatan dari poliklinik itu.

Semua rakyat negara ini harus bersikap prokerajaan.Menolak kebudayaan kuning dari barat tidak bermakna kita anti barat.

Razman ialah subeditor di syarikat penerbitan itu.

Pelajar itu terpaksa dikeluarkan daripada senarai kerana suprakelas.

Automobil nasional telah mengeluarkan kereta model baru.

c) Imbuhan Pinjaman Bahasa Arab

Jenis ImbuhanMaksudContoh Ayat

Awalan:

-in

-at

-ahdigunakan untuk lelaki

digunakan untuk perempuan

digunakan untuk lelakiKaum muslimin dan muslimat hendaklah memelihara pekerti agar tidak terkeluar dari landasannya.

Puan Rahmah muncul sebagai johan bahagian qariah dalam Tilawah al-Quran pada tahun lepas.

3. Hanya dua jenis imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran.

4. Semua imbuhan pinjaman ini berfungsi sebagai pembentuk kata nama.

5. Awalan pinjaman maha yang membentuk kata adjektif yang bermaksud paling ditulis secara berasingan dengan kata dasar tertentu. Contohnya; Maha suci, Maha Esa.