pengertian kemahiran belajar

6
1.0 Pengertian Kemahiran Belajar Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses, dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran. Konsep kemahiran belajar merangkumi banyak kemahiran atau aspek di dalamnya, antaranya ialah kemahiran mendengar secara aktif, mencatat nota, membuat rujukan, menemuramah, menyoal, membaca pantas, membaca dengan kritis dan memproses maklumat.

Upload: azryn-dahalan

Post on 29-Jun-2015

344 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Kemahiran Belajar

1.0 Pengertian Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang

perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses, dan

merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur

hidup.

Menurut Abdul Razak Habib (2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya

pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar

bagi memperolehi maklumat dan hasil pembelajaran.

Konsep kemahiran belajar merangkumi banyak kemahiran atau aspek di

dalamnya, antaranya ialah kemahiran mendengar secara aktif, mencatat nota, membuat

rujukan, menemuramah, menyoal, membaca pantas, membaca dengan kritis dan

memproses maklumat.

Page 2: Pengertian Kemahiran Belajar

1.1 Kepentingan Kemahiran Belajar

Terdapat banyak kepentingan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelajar

terutamanya bakal guru dalam menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah dapat

memudahkan diri dalam mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.

Selain itu, kemahiran belajar dapat memupuk minat dan amalan suka belajar dan

sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. Tambahan pula,

kemahiran tersebut dapat membantu dalam mengaplikasikan kemahiran belajar dalam

pelbagai situasi.

Bukan itu sahaja, kemahiran tersebut dapat melatih individu mengumpul

maklumat dengan cekap selain dapat membantu individu memperoleh kemahiran

membuat membuat rujukan di perpustakaan sekolah atau sumber-sumber yang lain.

Dan yang terakhir, kemahiran belajar penting agar dapat melatih seseorang iaitu

untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan pengajaran di sekolah kelak serta melatih

individu agar dapat mengurus masa dengan baik.

Page 3: Pengertian Kemahiran Belajar

2.0 Kemahiran Memperoleh Maklumat

Memperoleh maklumat boleh dijalankan melalui pelbagai cara, antaranya ialah

mendengar secara aktif, merujuk pelbagai media dalam pusat sumber, melalui pelayaran

internet, membuat rujukan, membaca, mencatat nota, serta membuat eksperimen.

Secara amnya, kemahiran memperoleh maklumat yang dibincangkan ialah

kemahiran mendengar secara aktif, mencatat nota, membuat rujukan dan membaca.

2.1 Mendengar Secara Aktif

Mendengar merupakan salah satu aktiviti terpenting dalam hidup manusia. Hal ini

kerana, dengan mendengar kita mendapat berbagai-bagai maklumat, pengetahuan,

hiburan serta dapat berinteraksi. Kemahiran mendengar adalah penting dalam proses

pembelajaran para pelajar.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan para pelajar tidak dapat menumpukan

perhatian untuk mendengar apa yang disampaikan oleh guru semasa proses pembelajaran.

Antaranya ialah faktor fizikal di mana tumpuan seseorang pelajar itu akan terjejas

sekiranya individu tersebut mengalami masalah pendengaran yakni pekak, faktor

gangguan di mana pelajar menerima gangguan daripada luaran iaitu persekitaran yang

mungkin agak bising semasa proses pengajaran sedang berlangsung serta pelajar

menerima gangguan dalaman iaitu pelajar berasa letih semasa belajar dan menyebabkan

mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mendengar apa yang

disampaikan oleh guru.

Faktor kebosanan sering berlaku dalam kalangan pelajar apabila mereka terpaksa

memberi perhatian terhadap perkara yang mereka tidak minat. Misalnya, pelajar yang

mengalami sindrom disleksia iaitu masalah pembelajaran akan cepat berasa bosan ketika

guru sedang mengajar subjek matematik di hadapan dan mereka tidak menumpukan

dengan subjek tersebut. Bagi pelajar-pelajar ini, peranan guru-guru adalah amat penting

untuk menarik perhatian mereka untuk bersama-sama mengikuti perkembangan pelajaran

yang disampaikan.

Page 4: Pengertian Kemahiran Belajar

Tambahan pula, faktor lupa turut mendorong kepada gangguan semasa belajar.

Terdapat segelintir pelajar yang lupa tentang apa yang telah didengar walaupun telah

dapat menolak gangguan persekitaran dan mendengar secara kritis. Hal ini dapat diatasi

dengan mengamalkan teknik motivasi diri dan sentiasa tumpukan pada kata kunci.

Mendengar secara aktif bermaksud mendengar dan menyimpan secara interaktif

di antara maklumat yang diterima dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan

seseorang individu itu. Secara umumnya, mendengar secara aktif turut dikatakan

merupakan suatu keadaan di mana ketika manusia mendengar, otak akan giat memproses

maklumat yang diterima dengan cara menyoal, mengkategori, membuat banding beza.,

menghubungkait, meringkas, dan lain-lain lagi.

Jelaslah bahawa mendengar adalah satu aktiviti mental yang aktif dimana

perhatian adalah terkawal dan menjamin kefahaman serta kejelasan terhadap maklumat

yang diterima.

Terdapat banyak panduan untuk mencapai kemahiran mendengar yang berkesan,

antaranya ialah beri masa untuk mendengar dan jangan cepat menilai, bersikap optimis,

serta sentiasa duduk dengan gaya penuh minat untuk belajar semasa proses pembelajaran

berlangsung.

Selain itu, menggunakan sinestesia iaitu gabungan deria-deria lain secara aktif turut

merupakan panduan mendengar yang berkesan. Menggunakan keupayaan mental untuk

menyusun idea, merumus, meringkas, membanding beza, mentafsir serta mendengar

yang tersirat turut termasuk dalam panduan tersebut.

Secara keseluruhannya, kemahiran mendengar secara aktif dalam kemahiran

memperoleh maklumat ini adalah amat penting. Hal ini kerana, tanpa kemahiran

mendengar proses pembelajaran akan terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Panduan mendengar secara berkesan boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi

kemahiran tersebut.