pengenalan sinopsis permulaan 1.1 memulakan sistem pengguna_i... · sinopsis manual pengguna ......

39
1 PENGENALAN Sinopsis Manual pengguna bahagian I lebih menfokuskan kepada pengguna awam iaitu pelaut, ejen pelaut dan juga doktor. Ia mengandungi arahan dan panduan yang berguna bagi membantu pengguna sistem menggunakan Sistem Dokumen Pelaut dengan lebih baik. Manual ini juga memberikan panduan cara menjalankan aplikasi dengan mudah dan berkesan. Sekiranya terdapat sebarang masalah pengguna boleh menghubungi pejabat korporat untuk keterangan lanjut semasa waktu berkerja untuk pertanyaan dan bantuan. Permulaan 1.1 Memulakan Sistem Taip < http://marine45.marine.gov.my/public > dalam panel alamat Internet Explorer untuk melayari laman web Sistem Dokumen Pelaut (sdpx) Jabatan Laut Malaysia (JLM). Paparan seperti berikut akan dipaparkan Pengguna boleh memilih samada untuk membuat pendaftaran atau urusan perjanjian anak kapal secara atas talian. Terlebih dahulu pengguna perlu memilih pejabat pelabuhan di mana pendaftaran atau perjanjian anak kapal akan diproses.

Upload: dinhdiep

Post on 12-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1

PENGENALAN

Sinopsis

Manual pengguna bahagian I lebih menfokuskan kepada pengguna awam iaitu pelaut, ejen pelaut dan juga doktor. Ia mengandungi arahan dan panduan yang berguna bagi membantu pengguna sistem menggunakan Sistem Dokumen Pelaut dengan lebih baik. Manual ini juga memberikan panduan cara menjalankan aplikasi dengan mudah dan berkesan. Sekiranya terdapat sebarang masalah pengguna boleh menghubungi pejabat korporat untuk keterangan lanjut semasa waktu berkerja untuk pertanyaan dan bantuan.

Permulaan

1.1 Memulakan Sistem Taip < http://marine45.marine.gov.my/public > dalam panel alamat Internet Explorer untuk melayari laman web Sistem Dokumen Pelaut (sdpx) Jabatan Laut Malaysia (JLM). Paparan seperti berikut akan dipaparkan

Pengguna boleh memilih samada untuk membuat pendaftaran atau urusan perjanjian anak kapal secara atas talian. Terlebih dahulu pengguna perlu memilih pejabat pelabuhan di mana pendaftaran atau perjanjian anak kapal akan diproses.

2

Senarai pejabat pelabuhan adalah seperti berikut:

Untuk paparan untuk pejabat pelabuhan yang lain, pengguna boleh skrol ke bawah untuk membuat pilihan pejabat pelabuhan. Setelah itu, klik butang “Pendaftaran” atau butang “Perjanjian”.

Jika pengguna menekan butang “Pendaftaran”, paparan berikut akan dipaparkan.

3

Sebarang urusan yang berkaitan dengan pendaftaran akan dapat dilakukan dari laman ini. Manakala jika pengguna menekan butang “Perjanjian” pula, paparan berikut akan dipaparkan.

Semua urusan perjanjian anak kapal samada membuka artikel baru, mengemaskini, maklumat anak kapal yang akan belayar dan sebagainya akan dilakukan oleh wakil pelaut atau wakil syarikat perkapalan dalam bahagian perjanjian ini. Panduan Pengguna yang lebih lanjut boleh didapati dalam bahagian IV (Ejen).

1.2 Keluar Sistem

Klik butang yang berada di penjuru atas sebelah kanan tetingkap untuk keluar dari sistem sdpx ini. Selain itu, pengguna juga boleh terus melayari laman yang lain secara terus tanpa perlu mendaftar keluar. Ini kerana laman untuk pengguna awam ini adalah jenis laman yang terbuka.

4

GAMBARAN KESELURUHAN Secara keseluruhannya, untuk laman bahagian I ini iaitu untuk kegunaan awam (pelaut, wakil pelaut dan doktor) terdapat dua elemen utama iaitu:

Menu Mengandungi senarai pendaftaran yang boleh dilakukan seperti

pendaftaran pelaut, peperiksaan kekompetenan, perakuan sijil-sijil, sijil keanggotaan dan juga pertanyaan untuk maklumat peribadi pelaut, semakan permohonan serta pengamal perubatan yang berdaftar dengan jabatan laut.

Paparan Utama Memaparkan laman berdasarkan kepada pilihan menu dengan lebih lanjut Menu

Terdapat sembilan jenis pendaftaran yang boleh dilakukan untuk urusan dokumen pelaut. Selain itu, terdapat juga fungsi pertanyaan untuk mengetahui maklumat peribadi pelaut, semakan permohonan atas talian, senarai doktor yang berdaftar dan juga semakan jadual peperiksaan. Berikut adalah paparan menu yang boleh didapati dalam bahagian awam ini.

Terdapat juga fungsi untuk menukarkan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Ini bagi memudahkan sistem ini digunakan oleh semua pengguna mengikut keselesaan dan memudahkan urusan mereka.

5

Paparan Utama

Semua paparan lengkap untuk sebarang pendaftaran atau pertanyaan akan dipaparkan dalam ruang yang dinamakan paparan utama. Berikut adalah contoh maklumat yang dipaparkan dalam bahagian paparan utama.

6

PENDAFTARAN ATAS TALIAN Permohonan

Terdapat sembilan jenis permohonan dan satu pertanyaan yang boleh dilakukan di atas talian (secara online). Permohonan dan pertanyaan tersebut adalah untuk pendaftaran seperti berikut:

o Pendaftaran pelaut o Peperiksaan kekompetenan o Perakuan kekompetenan o Perakuan kelasi pengawasan o Perakuan pengiktirafan o Endorsan latihan khas o Sijil keanggotaan selamat o Perjanjian anak kapal o Pengamal perubatan o Pertanyaan

Bagi setiap permohonan di atas akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

1.1 Pendaftaran Pelaut Langkah-langkah Pendaftaran pelaut: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Daftar Pelaut” untuk paparan Pendaftaran

pelaut.

7

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Bagi pendaftaran pelaut baru, klik butang “Selanjutnya”. Manakala untuk pembaharuan, kerosakan atau kehilangan, masukkan no pelaut terlebih dahulu dan kemudian tekan butang “Selanjutnya”

4. Paparan berikut akan dipaparkan.

5. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya dalam laman yang dipaparkan seperti berikut.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap. 6. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

8

7. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

8. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.2 Peperiksaan Kekompetenan (Ujian Lisan)

Pemohon yang ingin memohon untuk peperiksaan kecekapan pelaut perlu mendaftar sebagai pelaut terlebih dahulu. Manakala peperiksaan kekompetenan boleh diduduki oleh semua pelaut bergantung kepada gred yang dipohon. Peperiksaan terbahagi kepada dua kategori iaitu dek dan enjin. Pelaut dikehendaki menghantar dokumen sokongan di kaunter JLM untuk pengesahan. Peringatan bagi peperiksaan, slip peperiksaan dan keputusan peperiksaan akan dihantar ke alamat pelaut.

Langkah-langkah Pendaftaran Peperiksaan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Peperiksaan Kekompetenan” untuk

paparan Pendaftaran peperiksaan Kekompetenan

9

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Pengguna boleh memilih untuk membuat permohonan menduduki peperiksaan yang akan diadakan, jika masih mempunyai kekosongan. Klik pada pautan “Mohon”. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu nombor pelaut. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”.

10

5. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

6. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

7. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

8. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor” rujukan yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.3 Perakuan Kompetenan Pemohon yang ingin memohon untuk mendaftarkan sijil kecekapan (COC) perlu mendaftar sebagai pelaut terlebih dahulu untuk membolehkan Pendaftaran sijil perakuan kompetenan secara atas talian dilakukan. Pelaut dikehendaki menghantar dokumen sokongan di kaunter JLM untuk pengesahan. Pemohon akan dimaklumkan apabila dokumen sedia untuk diambil.

Langkah-langkah Pendaftaran Perakuan Kompetenan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Perakuan Kekompetenan” untuk paparan

Pendaftaran Perakuan Kekompetenan

11

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Masukkan nombor pelaut yang ingin didaftarkan. Setelah itu, pilih jenis permohonan perakuan kekompetenan yang ingin dilakukan samada permohonan baru atau pun pembaharuan/kehilangan/kerosakan perakuan kekompetenan. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

12

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

6. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

7. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.4 Perakuan Kelasi Pengawasan

Pendaftaran Perakuan Kelasi Pengawasan boleh dibuat di semua pejabat pelabuhan Jabatan Laut di seluruh negara.

Langkah-langkah Pendaftaran Perakuan Kelasi Pengawasan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Perakuan Kelasi Pengawasan” untuk

paparan Pendaftaran Perakuan Kelasi Pengawasan.

13

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Pilih jenis pendaftaran kelasi pengawasan yang ingin dilakukan samada pendaftaran baru atau kehilangan/kerosakan.

4. Seterusnya masukkan nombor pelaut yang ingin didaftarkan. Setelah itu, klik butang “Selanjutnya”. 5. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

6. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

7. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

14

8. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.5 Perakuan Pengiktirafan

Pemohon yang ingin memohon untuk mendaftarkan perakuan pengiktirafan (COR) perlu mendaftar sebagai pelaut terlebih dahulu untuk membolehkan Pendaftaran sijil perakuan pengiktirafan secara atas talian dilakukan. Perakuan pengiktirafan layak bagi pelaut warga asing berkemahiran untuk berkerja dengan kapal pengangkut Malaysia. Selain itu, warga tempatan yang mempunyai sijil kelayakan dari luar negara juga perlu membuat pendaftaran untuk perakuan pengiktirafan. Pelaut warga asing perlu menyerahkan semua dokumen sokongan yang sah yang mana telah disahkan oleh negara asal mereka di kaunter JLM. Surat akuan sementara akan dikeluarkan kepada pelaut di kaunter JLM. Surat akuan tersebut akan sah untuk tempoh tiga bulan sahaja. Pemohon akan dimaklumkan apabila dokumen sedia untuk diambil.

15

Langkah-langkah Pendaftaran Perakuan Pengiktirafan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Perakuan Pengiktirafan” untuk paparan

Pendaftaran Perakuan Pengiktirafan.

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Masukkan nombor pelaut yang ingin didaftarkan. Setelah itu, pilih jenis permohonan perakuan pengiktirafan yang ingin dilakukan samada permohonan baru atau pun pembaharuan/kehilangan/kerosakan perakuan pengiktirafan.

4. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”. 5. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

16

6. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

7. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

8. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.6 Endorsan Latihan Khas

Pendaftaran Endorsan Latihan Khas boleh dibuat untuk memperakui sijil-sijil kekompetenan atau sijil perakuan kelasi pengawasan yang masih belum diperakukan. Endorsan Latihan Khas hanya mempunyai permohonan baru sahaja.

17

Langkah-langkah Pendaftaran Endorsan Latihan Khas: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Endorsan Latihan Khas” untuk paparan

Pendaftaran Endorsan Latihan Khas

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu nombor pelaut. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”.

Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

18

19

4. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya. Terdapat lima bahagian yang akan dipaparkan iaitu:

a. Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi pelaut akan dipaparkan secara automatik oleh sistem berdasarkan kepada nombor pelaut yang telah dimasukkan.

b. Jenis Permohonan dan Pejabat Pelabuhan

Endorsan Latihan Khas hanya mempunyai jenis permohonan untuk permohonan baru sahaja. Ini kerana setiap Endorsan Latihan Khas tidak boleh diperbaharui. Maklumat pejabat pelabuhan ini merujuk kepada pejabat di mana dokumen endorsan latihan khas yang dipohon akan diambil. c. Maklumat Permohonan Endorsan

Jenis Endorsan

Maklumat Sijil

20

Maklumat Permohonan Endorsan pula merupakan data-data yang diperlukan untuk membuat permohonan endorsan latihan khas yang baru. Ia berdasarkan sijil kekompetenan yang telah dimiliki oleh pelaut. Pelaut dikehendaki mengisi maklumat ini selengkapnya. d. Jumlah Bayaran

Maklumat bayaran akan dikira oleh sistem secara automatik berdasarkan kepada jenis pelaut.

e. Pengakuan

Pengakuan diperlukan bagi memastikan bahawa semua maklumat dan keterangan yang telah dimasukkan adalah benar.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

6. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

7. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

21

1.7 Sijil Keanggotaan Selamat

Terdapat tiga jenis permohonan yang boleh dibuat untuk pendaftaran Sijil Keanggotaan Selamat iaitu permohonan baru, pembaharuan dan juga penggantian. Permohonan baru Permohonan untuk kapal yang masih belum mempunyai Sijil

Keanggotaan Selamat. Permohonan pembaharuan Permohonan untuk memperbaharui sijil yang telah diperolehi. Permohonan penggantian Permohonan untuk menggantikan sijil yang hilang atau rosak dan

juga mengemaskini sebarang maklumat dalam sijil keanggotaan selamat yang dimiliki.

Langkah-langkah Pendaftaran Sijil Keanggotaan Selamat: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Sijil Keanggotaan Selamat” untuk paparan

Pendaftaran Sijil Keanggotaan Selamat.

22

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu nombor rasmi kapal. Selain itu, pilih had kawasan pelayaran bagi sijil keanggotaan selamat yang dipohon dan juga jenis permohonan. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

23

24

Jika kapal sudah mempunyai sijil keanggotaan selamat bagi had pelayaran tersebut, sistem akan menyesyorkan pengguna memilih jenis permohonan pembaharuan atau penggantian atau memilih had pelayaran yang lain.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya. Terdapat lapan bahagian yang dipaparkan iaitu:

a. Maklumat Kapal

Maklumat kapal akan dimasukkan secara automatik oleh sistem berdasarkan kepada nombor rasmi kapal yang telah dimasukkan.

b. Maklumat Permohonan

Maklumat permohonan adalah berdasarkan kepada jenis permohonan yang ingin dibuat oleh pemohon. Paparan di atas adalah untuk permohonan baru. Manakala berikut pula adalah permohonan penggantian dan pembaharuan.

Bagi pendaftaran pembaharuan atau penggantian, maklumat yang sedia ada bagi sijil keanggotaan selamat dan nombor rujukan yang terdahulu akan dipaparkan. c. Maklumat Ejen

25

Maklumat Ejen iaitu nama dan alamat ejen perlu diisi dengan lengkap. Ini kerana surat pemberitahuan untuk pengambilan sijil atau dokumen keanggotaan selamat yang telah siap diproses akan dihantar kepada nama dan alamat ejen yang dimasukkan. d. Pejabat Pelabuhan

Maklumat pejabat pelabuhan ini merujuk kepada pejabat di mana sijil keanggotaan selamat yang dipohon akan diambil. e. Maklumat Kapal

Maklumat kapal akan dimasukkan secara automatik oleh sistem berdasarkan kepada nombor rasmi kapal yang telah dimasukkan. Nota: Sila pastikan pengguna telah membuat pendaftaran untuk kapal tersebut. f. Maklumat Dek dan Maklumat Enjin

Maklumat Dek dan Maklumat Enjin pula merupakan data-data yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil keanggotaan selamat yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.

26

g. Jumlah Bayaran

Maklumat bayaran akan dikira oleh sistem sistem secara automatik berdasarkan kepada had pelayaran kapal. h. Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah dokumen-dokumen yang perlu diimbas dan dimuat naik untuk disimpan di dalam sistem. Jenis fail yang boleh dimuat naik adalah jpg dan saiz yang tidak melebihi 200KB.

i. Pengakuan

Pengakuan diperlukan bagi memastikan bahawa semua maklumat dan keterangan yang telah dimasukkan adalah benar.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”. Manakala untuk membatalkan pendaftaran tersebut, klik pada butang “Batal”

6. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

27

7. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

1.8 Perjanjian Anak Kapal Langkah-langkah Pendaftaran Perjanjian Anak Kapal: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Perjanjian Anak Kapal” untuk paparan

Pendaftaran Perjanjian Anak Kapal.

28

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu nombor rasmi kapal. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”. 4. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya.

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”.

6. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

7. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

29

1.9 Pengamal Perubatan

Bagi mendapatkan status pengamal perubatan berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia, doktor atau wakil perlu membuat pendaftaran untuk mendaftarkan pengamal perubatan berkenaan. Terdapat dua jenis pengamal perubatan yang boleh didaftarkan iaitu:

Pengamal Perubatan Tempatan Doktor dan klinik yang terdapat di seluruh Malaysia. Pengamal Perubatan Asing Doktor dan klinik yang berada diluar dari Malaysia.

Langkah-langkah Pendaftaran Pengamal Perubatan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Pengamal Perubatan” untuk paparan

Pendaftaran Pengamal Perubatan

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

30

3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu nombor pengamal perubatan yang penah dimiliki jika ingin membuat pembaharuan, kehilangan atau kerosakan sijil pengamal perubatan. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”. Manakala bagi pendaftaran baru pula, pengguna hanya perlu menekan butang “Selanjutnya”. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

4. Masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya. Terdapat enam bahagian yang perlu diisi iaitu:

Nota: Sila pastikan semua ruangan yang bertanda (*) disi dengan lengkap.

5. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar Permohonan”. Manakala untuk membatalkan pendaftaran tersebut, klik pada butang “Kembali”.

6. Paparan berikut akan dipaparkan untuk makluman pengguna bahawa pendaftaran yang dilakukan telah berjaya.

7. Pengguna dikehendaki menyimpan nombor rujukan yang diperolehi seperti di atas. Nombor rujukan tersebut akan digunakan untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan. Sila rujuk “Panduan mencetak nombor rujukan” yang boleh didapati pada muka surat 38 panduan pengguna ini.

31

Pertanyaan

Terdapat empat jenis pertanyaan yang boleh dilakukan dalam sistem dokumen pelaut (bahagian awam). Antaranya adalah: Maklumat Peribadi dan Sijil Mengandungi maklumat lengkap peribadi dan sijil-sijil

yang dimiliki oleh seseorang pelaut Semakan Permohonan Carian untuk semakan status permohonan dan juga

senarai sijil yang sedia untuk diambil dari pejabat pelabuhan.

Senarai Pengamal Perubatan Mengandungi carian pengamal perubatan dan juga paparan untuk senarai pengamal perubatan yang berdaftar dengan jabatan laut.

Jadual Peperiksaan Mengandungi jadual untuk peperiksaan yang telah disusun sepanjang tahun.

Langkah-langkah Membuat Pertanyaan: 1. Gerakkan tetikus ke bahagian tetingkap “Menu” dan klik “Pertanyaan” untuk paparan Pertanyaan

Maklumat Pelaut.

2. Paparan pada “Paparan Utama” adalah seperti berikut.

32

3. Pilih jenis pertanyaan yang ingin dilakukan. Seterusnya, klik butang “Selanjutnya”.

Maklumat Peribadi dan Sijil 4. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

5. Pilih jenis carian samada maklumat peribadi atau maklumat sijil.

33

6. Masukkan maklumat carian yang berkaitan dengan pilihan carian. Seterusnya, klik butang “Cari”.

7. Sistem akan memaparkan maklumat lengkap bagi pelaut tersebut.

Pilih dengan menanda kotak tanda bagi jenis rekod untuk paparan senarai maklumat rekod tersebut

Perakuan Kekompetenan Senarai rekod perakuan kekompetenan yang dimiliki oleh pelaut. Perakuan Pengiktirafan Senarai rekod perakuan pengiktirafan yang dimiliki oleh pelaut. Perakuan Kelas Pengawasan Senarai rekod sijil perakuan kelasi pengawasan yang dimiliki oleh

pelaut. Endorsan Latihan Khas Senarai rekod sijil endorsan latihan khas yang dimiliki oleh pelaut. Buku Perkhidmatan Senarai rekod buku perkhidmatan yang dimiliki oleh pelaut. Kad Pelaut / Dokumen Senarai rekod kad / dokumen yang dimiliki oleh pelaut. Perkhidmatan Laut Senarai rekod perkhidmatan laut yang dimiliki oleh pelaut Kesihatan Senarai rekod disiplin yang dimiliki oleh pelaut. Kursus Modular Senarai rekod kursus yang dihadiri oleh pelaut. Peperiksaan Senarai rekod peperiksaan yang diambil oleh pelaut. Disiplin Pelaut Senarai rekod disiplin yang dilakukan oleh pelaut.

34

8. Berikut adalah contoh senarai perakuan kekompetenan yang dimiliki oleh pelaut apabila kotak tanda Perakuan Kekompetenan ditanda.

9. Untuk paparan yang lebih lanjut, klik pada pautan dari senarai rekod yang dipaparkan

10. Contoh paparan adalah seperti berikut

11. Manakala jika maklumat Sijil yang dipilih, sistem akan terus memaparkan paparan lengkap bagi sijil tersebut sahaja. Contoh paparan adalah seperti berikut:

35

Semakan Permohonan 12. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

13. Pengguna boleh membuat semakan untuk semua jenis permohonan yang dilakukan yang melibatkan samada pelaut, kapal dan juga pengamal perubatan.

36

14. Setelah selesai membuat pilihan untuk jenis permohonan, jenis carian dan juga elemen carian, klik butang “Semak”. Paparan keputusan carian akan dipaparkan seperti berikut.

Senarai Pengamal Perubatan 15. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

16. Untuk membuat carian, masukkan No PP, Nama Doktor atau Nama Klinik dalam ruang yang disediakan. Seterusnya, klik butang “Cari”. Paparan berikut akan dipaparkan.

37

17. Manakala untuk melihat senarai pengamal perubatan yang berdaftar dengan Jabatan Laut malaysia, klik butang “papar” untuk paparan keseluruhan.

Selain itu, untuk paparan yang lebih spesifik, masukkan maklumat mengikut jenis pengamal perubatan, negara dan juga status. Klik butang “papar” dan senarai pengamal perubatan tersebut akan dipaparkan.

18. Butang “Cetak” pula digunakan untuk memuat turun senarai pengamal perubatan dalam bentuk fail PDF. Ia disimpan dan dibuka dalam storan mudah alih untuk semakan pada masa yang lain. Ia juga memudahkan pengguna untuk mencetak senarai tersebut.

Jadual Peperiksaan 19. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

20. Untuk jadual yang lebih khusus seperti bahagian enjin dan dek, klik pilihan bahagian dan tetapkan

pilihan. 21. Untuk membuat permohonan, klik pada pautan “Mohon”. Permohonan tidak boleh dilakukan juga

pautan adalah “Tutup”.

38

PANDUAN MENCETAK NOMBOR RUJUKAN

Nombor rujukan akan dihasilkan oleh sistem setelah sesuatu permohonan yang ingin dilakukan dihantar dan rekod tersebut berjaya dikemaskini oleh sistem. Pengguna perlu menyimpan nombor rujukan yang diperolehi untuk urusan selanjutnya bagi permohonan ini di kaunter pejabat pelabuhan.

Langkah-langkah Mencetak Nombor Rujukan: 1. Paparan seperti berikut akan dipaparkan apabila sesuatu permohonan berjaya dikemaskini oleh

sistem.

2. Klik pada butang “Cetak”. Paparan seperti contoh berikut akan dipaparkan.

39

3. Pada masa yang sama kotak dialog untuk cetakan juga akan dipaparkan.

4. Untuk mencetak, klik pada butang “Ok”. Sistem akan mencetak slip yang mempunyai nombor rujukan, nama modul, kod hasil dan juga caj bayaran.