pengenalan - amaljaya.com · kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas...

23

Upload: duonganh

Post on 06-May-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian

merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran.

Sebagai seorang guru profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah

Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isii kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.

DEFINISI Didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran pada sesuatu hari

tertentu menggunakan format-format yang telah ditetapkan

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 1. Merancang pengajaran guru dan

pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.

2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.

4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan

5. Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid.

6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik

7. Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah.

8. Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.

9. Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.

10. Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru mata pelajaran .

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR TARIKH

MASA

KELAS

BILANGAN MURID

MATA PELAJARAN

TAJUK/TOPIK

OJEKTIF PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA

KEMAHIRAN BERFIKIR

PENERAPAN NILAI

SUMBER

KOMPONEN/

LANGKAH

ISI/ KEMAHIRAN/

KONSEP

AKTIVITI P & P

CATATAN (NILAI/

KBKK/BBM)

SET INDUKSI (…. MINIT)

PERKEMBANGAN LANGKAH ---- (…. MINIT) (mungkin beberapa langkah)

PENUTUP (…..MINIT)

PENERANGAN FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

satu pernyataan ringkas dan tepat yang ingin dicapai oleh guru selepas tamat sesi pengajaran. Objektif pengajaran perlulah spesifik, boleh diukur (measurable), boleh dicapai (attainable) sebenar dan relevan (realistic and relevant)

Objektif am

merujuk kepada pencapaian murid secara umum yang ingin dicapai

Objektif khas

merujuk kepada pencapaian isi pelajaran dan kemahiran khusus yang ingin dicapai oleh guru dalam satu tempoh pengajaran .

HASIL PEMBELAJARAN

Merupakan satu keterangan mengenai apa yang akan dicapai dan dilaksanakan oleh murid untuk membentuk asas sesuatu inferens terhadap sesi pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan nilai..

Elemen-elemen Hasil Pembelajaran i. Spesifik – Menyatakan dengan jelas apa yang

guru rancang agar dicapai oleh murid . Contoh : menyebut, menulis, menyenarai, mengklasifikan

ii. Boleh diukur – Menyatakan dengan jelas tahap hasil pembelajaran dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Contoh: dua dari lima soalan.

iii. Boleh dicapai – Menyatakan hasil yang ingin dicapai adalah munasabah mengikut tahap kebolehan murid menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan topik yang telah dimiliki atau telah dikuasai oleh murid sebelum sesi pengajaran bermula.

KEMAHIRAN BERFIKIR Merujuk kepada pembentukan idea,

penyusunan maklumat, kebolehan membentuk konsep atau memberi sebab. Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan serta menyelesaikan masalah.

Contoh: mencirikan, membanding, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menilai, menghubungkait dll.