bukti kebijaksanaan allah

18
Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak d dahulu hingga ke hari ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam s dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud: Allah telahmenciptakanlangit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagiandaripadaproses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah tel bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang p dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat p yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu ya wujud) tunggal. Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum da unit. pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hu fizikal dan peningkatan jirim ( ordering matter )

Upload: fatin-zaidi

Post on 21-Jul-2015

339 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PROSES KEJADIAN ALAMProses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Al Anaam: 73)Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta

Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud) tunggal. Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit. pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)

Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishanitu. Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa hati' keduanya menjawab 'kami datang dengan suka Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang

pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya (Fushilat : 11-12)Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan

Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." (Al Qamar :49)Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa. FirmanNya bermaksud:

"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan Kami kembangkannya" (Azariat : 4)

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

PERINGKAT PERTAMA

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air maniMaksud firman Allah :

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " ( Al- Insan : 2 )

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUAALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama /hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun : 14)

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

PERINGKAT KETIGAMUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (al-Mukminun : 14)

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPATIZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuhialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14)

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMANASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggukelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAMNAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakanbilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

TANDA KEKUASAAN DAN KEBIJAKSANAAN ALLAHSesungguhnya pada kejadian langit dan bumidan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al Baqarah : 164)

Hanya pencipta yang berkuasa dan berilmu mampu mencipta langit dan bumi, menukarkan malam dan siang, menurunkan hujan. Allah juga merdeka, dia bebas melakukan apa yang dia kehendakki.

Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui. (Yasin : 81 )

Ciptaan Allah itu pula Kun Fayakun (terus menjadi).

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (Ya-Sin : 82)

Allah juga berfirman supaya golongan kafir menunjukkan apa yang telah dicipta oleh tuhan mereka:-

Katakanlah (wahai Muhammad): Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu-sekutu, yang kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?. (Fatir : 40)

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Allahlah yang menjadikan 7 lapisan langit dan bumi.

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; (at-talaq :12)

Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air. Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas air dan terciptalah tanah diatas buih air. Maha Suci Allah yang membekukan bumi di atas air.

PERTUKARAN MALAM DAN SIANG

Pertukaran malam dan siang adalah satu projek besar Allah SWT. Sistem turun dan naik matahari tidak pernah rosak sejak dari dahulu lagi.

Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayangbayang itu;[46] Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.[47] Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. (Furqan : 46 , 47 )

Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)? (Qasas : 71)

katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)? (Qasas : 72)

HUJAN

Allahlah yang menurunkan hujan dari air yang tersejat dari bumi. Allah jugalah yang menyuling air itu daripada masin menjadi tawar.

dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air) (Ar-Rad :12)

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur (Al-Waqiah :69)

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar : 21)

PUTARAN BUMIKita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.

Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selamalamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya. Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100C sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan. Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja. Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0C sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatangbinatang masih dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0C maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini. Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. (Al-Qasas: 72-73)Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini. Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.

HAIWANSelain tumbuh-tumbuhan , Allah juga mencipta haiwann. Berjuta-juta haiwan yang berlainan jenis ditemui. Semakin dikaji, semakin banyak jenis haiwan ditemui. Analisa telah mengelaskan haiwan kepada dua bahagian :

INVERTEBRATA ( TIDAK BERTULANG BELAKANG)Contoh : serangga, umpai-umpai, udang, nyamuk

VERTEBRATA (BERTULANG BELAKANG)Contoh : ikan, ular, buaya

Firman Allah s.w.t :

Allah menciptakan semua jenis haiwan daripada air. Ada binatang yang berjalan dengan perut, ada yang berjalan dengan dua kaki dan ada pula yang berjalan dengan empat kaki" (An Nur : 25 )

Penjelasan ayat : punca kepada kejadian haiwan ialah air. Adakah haiwan yang hidup di dalam air lebih banyak daripada jenis haiwan yang hidup di darat ? Kajian sains : haiwan yang sesetengahnya terlalu besar seperti akan paus yang paling besar ialah 95 kaki panjang, berat 150 tan (25 kali ganda berat seekor gajah raksasa benua Afrika ) Sementara haiwan yang terbesar di darat ialah seekor gajah yang hidup di benua Afrika. Mempunyai ketinggian 10 kaki, telinga selebar 4 kaki dan berat badannya mencapai sehingga 6 tan dan digelar gajah raksasa. Walaupun gajah besar, namun boleh diperhambakan oleh manusia. Didalam sejarah gajah digunakan untuk pelbagai kepentingan . Pada tahun 657 m Raja Habsyah telah menggunakan gajah untuk menyerang Kota Mekah dan seterusnya meruntuhkan Kaabah. Dan Allah telah merakamkan perintiwa tersebut di dalam surah al-Fiil ( yang bermaksud gajah)

"Adakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak tehadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipudaya mereka ( untuk menghancurkan kaabah) itu sia-sia?. dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).Selain gajah unta juga mempunyai ciri-ciri yang unik Allah telah menggesa manusia untuk mengkajinya. Maksud firman Allah :

" Mengapa mereka tidak mengkaji bagaimana (uniknya) kejadian unta ?" (Al-Ghasyiah : 17 )

Al-Quran telah membahagikan binatang kepada beberapa bahagian : An'am : binatang-binatang ternakan Bahimatul-an'am : binatang peliharaan yang boleh dimakan yang melata di bumi. Daabah :semua jenis binatang yag kecil / besar Subu' : binatang-binatang buas termasuk jenis burung seperti helang.

Binatang-binatang adalah kurnian Allah kepada manusia daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya, masing-masing menjalankan tugas bagi menstabilkan sistem ekologi atau keseimbangan alam.

PROSES PENDEBUNGAANPendebungaan ialah proses penyatuan sel jantan daripada biji debunga dengan sel telor (betina) dari ovul, bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan lain-lain.Pendebungaan melalui serangga hanya berlaku kepada bunga-

bunga yang berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta cukup kuat untuk menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga juga melekit. Firman Allah

" untuk proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin" ( Al Hijr : 22 )Firman Allah ini adalah untuk membuka ruang kepada kita supaya mengkaji sistem pendebungaan yang terdapat pada bunga-bunga pokok .

Melalui kajian didapati :

PERTAMA : Pendebungaan melalui angin berlaku pada bunga-bunga yang rangginya tidak terang serta tidak menarik perhatian serangga. Jenis debunganya pula amat ringan dan kering. Faktor-faktor ini memudahkan debunga-debunga tersebut berpindah ke stigma bunga walaupun tiupan angin berlaku dengan perlahan. KEDUA : Terdapat sesetengah bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga yang tertentu sahaja kerana tidak semua jenis serangga menyukai jenis bunga yang sama. KETIGA : Pendebungaan secara kacukan pula berlaku kepada bunga yang debunga kurang berpeluang sampai ke stigma disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih tinggi daripada stamen seperti jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.

PROSES KEJADIAN MANUSIA DAN TUMBUHTUMBUHAN ADALAH BUKTI NYATA TENTANG KEBENARAN HARI BERBANGKIT[22.5] Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka

(ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsurangsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

[22.6] Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

[22.7] dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya. Dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

Allah s.w.t. seringkali mengingatkan makhlukNya yang dinamakan manusia tentang akan terjadinya Hari Kiamat iaitu suatu hari kemusnahan secara mutlak di dalam ayat-ayatNya di dalam al-Quran. Malah dalam abad ke-20an ini para saintis telah menemui beberapa penemuan yang membenarkan tentang adanya hari Kiamat. Teori yang menyatakan bahawa alam semesta ini mempunyai satu permulaan dan sentiasa mengembang atau perluasan secara berterusan. Seorang ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre secara teori menghitung dan menemukan bahawa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang. Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble seorang astronomi Amerika menemukan bahawa bintangbintang serta galaksi saling menjauhi. Ini bermakna apabila bintang-bintang serta planet-planet saling menjauhi, tarikan graviti antara satu sama lain akan lemah.

Keadaan ini menyebabkan sistem cakerawala tidak seimbang dan akhirnya mungkin menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain. Rujuk surah :

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benarbenar meluaskannya." (adz Zariyat : 47 )

Alam semesta telah mengembang dengan kecepatan maha dahsyat.