keperluan kepada kebijaksanaan dan tahaluf

31
Keperluan Kebijaksanaan dan Permuafakatan Dalam Perjuangan Ust Hj. Abdul Ghani Samsudin

Upload: abdul-ghani

Post on 12-Apr-2017

273 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Keperluan Kebijaksanaan dan  Permuafakatan Dalam Perjuangan

Ust Hj. Abdul Ghani Samsudin

Page 2: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Motto: 

 Allah Berfirman منهم عاديتم ذين ال وبين بينكم يجعل أن ه الل عسى

حيم ر غفور ه والل قدير ه والل مودة ولم الدين في يقاتلوكم لم ذين ال عن ه الل ينهاكم ال

إن إليهم وتقسطوا وهم تبر أن دياركم من يخرجوكمالمقسطين يحب ه الل

Page 3: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Maksudnya "Semoga Allah membibitkan rasa kasih sayang di

kalangan kamu dengan  orang yang sebelumnya kamu musuhi, Allah memang Maha Berkuasa . Malah Allah Maha Pengampun lagi  Maha Penyayang.

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik terhadap orang yang tidak memerangi kamu tentang agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu untuk kalian berbuat baik  dan berlaku adil terhadap mereka. Sememangnya  Allah suka kepada orang bersikap adil  saksama."

               ( Maksud Surah Al-Mumtahanah Ayat 7-8 )

Page 4: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Pendahuluan Untuk mencapai sesuatu kejayaan dan

meraih kemenangan dalam perjuangan memang memerlukan berbagai persiapan di samping perlu memenuhi berbagai persyaratan . Sebab itu persiapan perlu disediakan dahulu; baik yang bersifat ilmu dan sifat sifat keruhanian seperti sabar, mahupun yang bersifat fizikal ; seperti organisasi, pasukan atau kumpulan, kelengkapan meterial dan sebagainya.

Page 5: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Pendahuluan Semakin besar dan tinggi tujuan yang

hendak dicapai, semakin banyak dan rencam persiapan yang perlu disediakan . Sebab itu Allah menegaskan dalam surah Fussilat ayat 35 :

عظيم حظ ذو إال يلقاها وما صبروا ذين ال إال يلقاها وما Tidak akan meraihnya ( kemenangan itu )

 kecuali orang yang sabar dan tidak akan menggapainya kecuali orang yang sangat beruntung.

Page 6: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Dalam Surah Al Qasas ayat 80 Allah berfirman:   وعمل آمن من ل خير ه الل ثواب ويلكم العلم أوتوا ذين ال وقال

الصابرون إال يلقاها وال صالحا Maka  berkata pula orang-orang yang diberi ilmu

(di kalangan mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar". 

Page 7: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Lebih jelas lagi Allah Berfirman dalam surah Al Anfal ayat 60:

ه الل عدو به ترهبون الخيل باط ر ومن قوة من استطعتم ما لهم وأعدواشيء من تنفقوا وما يعلمهم ه الل تعلمونهم ال دونهم من وآخرين وعدوكم

تظلمون ال وأنتم إليكم يوف ه الل سبيل في    "Sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang

menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Memang, apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." 

Page 8: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Keperluan Berjamaah, Muafakat dan Tahaluf

Keperluan berjamaah dan berorganisasi merupakan suatu yang axioma . Keperluan organisasi yang  baik dan cekap memang sudah lumrah. Hari ini, segala galanya bersifat institusi, kesatuan  atau pakatan . Manusia merangka berbagai pakatan senegara, serantau dan malah sedunia. Ini adalah suatu kemestian. Sebab itu ramai kalangan yang berpakat dan mengatasi  sifat keakuan masing masing untuk mencapai matlamat yang lebih besar; melalui pembentukan sesuatu pakatan yang boleh melonjakkan langkah mereka melakar kejayaan. Oleh kerana itu  mereka tidak asyik berkhayal dengan kehebatan diri  atau kehebatan parti mereka, tapi  mereka terus mengemaskan jentera kesepakatan demi memastikan kejayaan perjuangan mereka.

Page 9: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Dalam Surah Al Saff Ayat :4 Allah berfirman : هم كأن صفا سبيله في يقاتلون ذين ال يحب ه الل إن

مرصوص بنيان Allah suka orang yang berjuang di jalan-

Nya dalam satu saff (barisan atau pakatan); laksana barisan bangunan yang tersusun kukuh dan mantap .

 

Page 10: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Prasyarat Jama'ah dan Pakatan Yang Kuat

Apakah prasyarat sesuatu pakatan pergerakkan yang kuat . Pakar dalam bidang ini menerangkan:

  1. Perlulah ditanamkan keyakinan kepada

pemimpin dan pengikut tentang kemestian usaha atau amal secara berpasukan. Dengan lain-lain perkataan menobatkan nilai kesepakatan yang tertib , berpiagam dan terurus dengan baik dan bertamadun; demi meraih sesuatu matlamat dan kejayaan.

Page 11: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Prasyarat 2. Mengawal  dan membatasi semangat ego

dan keakuan  yang berlebihan; sehingga menghina rakan sepasukan dan mengkucar-kacirkan kesepakatan.

3. Mengukuh dan menyuburkan pengetahuan dan menambah kemahiran untk mengukuhkan kesepakatan pasukan.

4. Mengukuhkan kebijaksanaan dan kemahiran memimpin pakatan dan mengurus rakan sepasukan.

Page 12: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Prasyarat 5. Memberi perhatian terhadap

pengembangan ilmu serta kemahiran asas demi mengukuhkan pasukan.

6. Mengujudkan mekanisme keilmuan , prosedur yang praktikal  serta memanfaatkan kebijaksanaan untuk  menangani krisis yang dihadapi oleh pasukan dan pakatan .

Page 13: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Prasyarat 7. Mengadakan indikatur pengukuran

untuk menilai pencapaian pasukan dan  pakatan dalam usaha mereka.

8. Menyediakan tatacara dan  s.o.p menghadapi gejala penyakit atau krisis yang boleh memecahbelahkan pasukan dan pakatan.

Page 14: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Asas Dalil dan Hujah

Kesimpulan di atas disokong oleh dalil , hujah dan ayat ayat berikut:

a -Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104 الخ�ير الى يدعون امة منكم ولتكن Hendaklah ada segolongan dari umat ini yang

menyeru kepada kebaikan Ali Imran 103: تفرقوا وال جميعا الله بحبل واعتصموا Berpegang teguhlah kalian semua dengan tali

( agama) Allah dan jangan kalian berpecah belah.

Page 15: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Asas Dalil Dalam Surah Ali Imran 146 Allah

menegaskan: كثير ربيون معه قاتل نبي من وكأي "Berapa banyak para Nabi yang ikut

berjuang dengan mereka banyak para Ribbiyun. "

Ribiyun di sini ialah merujuk kepada mereka yang berjuang dalam pasukan atau pakatan

Page 16: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

B - b - Berjuang dalam pasukan atau pakatan lebih

berkemungkinan mendapat rahmat Allah  di samping lebih berkemungkinan mendapat kejayaan . Rasulullah menegaskan:

وابدانهم ديارهم تفرقت وان الجماعة اهل هم الله رحمة  اهل   "Mereka yang berkemungkinan mendapat rahmat

Allah adalah mereka yang berjamaah (bersepakat dalam pakatan) meskipun berjauhan kedudukan negara dan fizikal masing masing."

Page 17: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

C- c. Semakin besar himpunan pakatan

maka semakin jauh mereka dari kemungkinan tersasar dalam kesesatan. Rasulullah menegaskan 

ضاللة على تجتمع ان من امتي اجار قد الله .ان Bahawa Allah telah menghindarkan

umatku  dari bersekongkol dan duduk berhimpun dalam kesesatan.

Page 18: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Asas Dalil Baginda menjelaskan lagi: من وهو الواحد مع الشيطان فإن والفرقة واياكم بالجماعة عليكم

الجماعة فليلزم الجنة بحبوحة اراد ومن ابعد االثنين الخطاب ابن عمر رواه Kalian hendak berjamaah, awas jangan berpecah-

belah. Sesungguhnya syaitan bersama dengan orang yang bersendirian. Syaitan lebih jauh daripada orang yang berdua ( bersama orang lain). Siapa yang minat menikmati kesenangan di syurga maka dia perlu berjamaah ( berpakat dan bermuafakat)

Page 19: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

D - d - Bersepakat dan berpasukan akan lebih mungkin

meraih rahmat pertolongan Allah . Dalam Surah al Maidah ayat 20 Allah berfirman:

والتقوى البر على وتعاونوا Berkerjasamalah untuk berbuat kebaikan dan ketakwaan   Surah Al Anfal :46 ريحكم وتذهب فتفشلوا تنازعوا وال Jangan kalian berpecahbelah ( tidak mahu berpakat dan

bermuafakat) nanti kalian akan gagal dan hilang keharuman reputasi kalian.

Page 20: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Sambungan Asas Dalil Dalam hadith dinyatakan : الجماعة مع الله  يد "Pertolongan Allah datang dengan berjamaah"   Rasulullah memang  mengalakkan umatnya

berjamaah; bersepakat secarat teratur menjayakan perjuangan. Baginda tidak suka umatnya bersikap egoistik dan hidup bernafsu nafsi tanpa mengindahkan jamaah.

Page 21: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

E - e - Berjuang dengan pendekatan bersepakat dan

bertahaluf ini memang selaras dengan bimbingan prinsip , kaedah syara' dan Qawa'id Usul Fiqh. Ia selaras dengan kaedah : 

واجب فهو االبه الواجب يتم ال ما "Apa yang tidak sempurna wajib kecuali dengannya

maka perkara itu menjadi wajib ." Ini kerana banyak fungsi dan tugas tugas khusus

memerlukan kepakaran dan takhassus.  Sebab itu dengan adanya kerja berpasukan maka perkara berkenaan dapat ditangani dengan jitu dan berkesan.

Page 22: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

F - f. Kaedah logik menegaskan bahawa

bersendirian adalah lemah dan mempunyai keupayaan yang terhad. Sebab itu berpakat dan berpasukan akan menggandakan kekuatan dan keupayaan menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran. Parkara ini juga benar dalam kontek perjuangan politik. Sebab itu kita lihat BN mempunyai banyak parti pakatannya untuk menerajui politik negara Malaysia, oleh itu parti pembangkang pun amat perlu kepada kesepakatan.

Page 23: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

G - & H - g. Berusaha melalui kesepakatan dan amal jama'i adalah

sunnah alam . Ini ditegaskan oleh ayat ayat Allah tentang kerajaan lebah , kumpulan semut, burung burung di angkasa dan malah ikan ikan di lautan. Demikian juga kumpulan binatang di hutan dan malah gugusan bintang bintang di langit.

  h- Kerja berpasukan dan kesepakatan akan memungkinkan

 kejayaan yang lebih cemerlang dicapai dan puncak prestasi yang lebih gemilang dapat digapai . Malah spektrum kejayaan yang lebih luas dapat diperlolehi dengan kualiti yang lebih baik. Khasnya bila matlamat dan objektif yang hendak dicapai lebih rencam dan pelbagai.

Page 24: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

I- & J- i. Kesepaduan dan kekompakan masyakat akan

lebih terjelma dalam pelbagai program kerjasama. Rasa kasih sayang, mahabbah, kepedulian dan sifat terbuka akan lebih subur di kalangan rakyat yang bersepakat dan berkerja sebagai satu pasukan.

  j. Dengan demikian keupayaan dan mutu kerja

dan pencapaian individu akan meningkat; serentak dengan peningkatan jati diri dan syakhsiah mereka melalui:

Page 25: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Kesan positifnya ialah: -- adanya peluang yang lebih luas untuk meledakkan

daya upaya mereka menghasilkan karya dan usaha mencapai prestasi secara individu dalam pasukan.

-- pertukaran pengalaman dan penambahannya dalam masa yang relatif singkat.

-- kebijaksanaan memanfaatkan kebolehan seseorang individu yang terlibat.

-- peluang memuaskan kehendak individu dan orang ramai dari sudut emosi dan semangat; iaitu keperluan kepada penghargaan, kasih sayang , kedamaian dan keamanan.

Page 26: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Kesan positifnya ialah: -- peluang meningkatkan keupayaan berfikir,

meluaskan wawasan melalui pembelajaran, daya berfikir kritis, mempelbagaikan alternatif penyelesaian dan saling menyempurnakan kekurangan masing-masing demi meraih kejayaan.

-- boleh mengukuhkan semangat bergerak melalui pakatan, institusi  dan pasukan sebagai menjelmakan semangat persaudaraan kemanusiaan, ketamadunan pada masa kini.

Page 27: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Kesan positifnya ialah: -- dapat menggalakkan semangat saling

berlumba , berusaha dan berkurban serta berdedikasi dalam masyarakat.

-- Akhirnya mengukuhkan kesediaan untuk menerima pembaharuan, meningkatkan diri dan berkembang dalam setiap lapangan kehidupan.

Page 28: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Kebaikan Berpakat dan Bertahaluf

Inilah kebaikan berkerja secara bersepakat serta berjuang untuk menumpaskan kebatilan , menentang kezaliman, membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan berbagai penderitaan melalui pelbagai parti politik pembangkang yang sealiran dan mempunyai banyak persamaan; berbanding perbedaan. Ini jika kalangan yang terlibat terus beristiqamah dan ingin terus berjuang .

Page 29: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Penutup Jika mereka enggan bersepakat maka

mereka memang tidak akan ada harapan untuk memenangi pertarungan politik yang mereka harungi kini. Kecualilah mereka sudah bosan dan hanya mahu jadi penasihat, maka ketika itu mereka bolehlah berkecuali dan menikmati apa jua habuan yang mereka dapat capai. Oleh itu tinggalkanlah perjuangan kepada Pakatan Harapan untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

Page 30: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Wallah A’lam (Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang

tema ini rujuk kitab " Usus Wa Maharat Al 'Amal Al Jama'i " Oleh Ibrahim Al Dieb Cetakan Pertama Dar al Wafa'  Mansurah Mesir 2005)

 

Page 31: Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf

Gambar Kitab Rujukan