pengenalan perlembagaan-malaysia

4

Click here to load reader

Upload: kulanz-salleh

Post on 25-Jun-2015

2.525 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengenalan tentang Perlembagaan di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan perlembagaan-malaysia

PERLEMBAGAAN MALAYSIA: PENGENALAN

Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip

sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau

bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh

Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam

perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa

perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang

tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-

undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah

atau akan dibuat.

Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat

dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang

dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan

saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut,

malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang

dibincangkan ini.

Konsep Perlembagaan

Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak

banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu,

antaranya[1]:

1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan

prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian

tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

Page 2: Pengenalan perlembagaan-malaysia

3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang

menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting

berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-

undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.

5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan

hubungan antara keduanya akan diubah.

6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat

mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi

kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara

dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-

undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi

peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan

perlembagaan adalah:

· Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip

sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

· Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis.

Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan

tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Page 3: Pengenalan perlembagaan-malaysia

· Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan

kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta

menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada

masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan

penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat

bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal

memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut

lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut

juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi

sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu

jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat

memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi

masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-

raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam

Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong

Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan

dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara

42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam

masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh

Page 4: Pengenalan perlembagaan-malaysia

sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian

lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem

pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan

kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

2. Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan

tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak

seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri,

atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di

kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

……….

Artikel lengkap boleh diperoleh di:

http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/