pengenalan pbs 2015 p. am

10
960929-01-6086 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India dan lain- lain. Amalan kelahiran merupakan salah satu perkara yang dilakukan sejak turun temurun hingga ke hari ini . Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan suatu peraturan . Adat resam dan pantang larang kelahiran nagi kaum Melayu, Cina dan India terdapat persamaan dan perbezaan. Masyarakat Melayu mengamalkan adat berpantang selama 40 hari dan adat ini persis adat masyarakat Cina. Bagi masyarakat India, mereka berpantang hanya selama 30 hari sahaja. Ini menunjukkan perbezaan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi ketiga-tiga kaum tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua mengatakan adat resam atau adat istiadat yang diterima pakai oleh sesebuah bangsa merupakan cetusan peraturan dan pandangan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semula jadi di mana lama kelamaan telahmenjadi suatu kemestianyang diikuti secara turun temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum tersebut. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Namun , apa jua penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu , bertujuan adalah serupa iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju , dinamik dan progresif. Dalam kajian kursus ini , isu yang yang dikaji ialah adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India. Menurut kamus Dewan Edisi Yang Ketiga pantang larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia . Menurut Kamus Dewan Edisi Yang Keempat kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia untuk menjalani kehidupan harian. Berdasarkan definisi-

Upload: nurul-afifah

Post on 29-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PBS 2015

TRANSCRIPT

960929-01-6086

1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India dan lain-lain. Amalan kelahiran merupakan salah satu perkara yang dilakukan sejak turun temurun hingga ke hari ini . Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan suatu peraturan . Adat resam dan pantang larang kelahiran nagi kaum Melayu, Cina dan India terdapat persamaan dan perbezaan. Masyarakat Melayu mengamalkan adat berpantang selama 40 hari dan adat ini persis adat masyarakat Cina. Bagi masyarakat India, mereka berpantang hanya selama 30 hari sahaja. Ini menunjukkan perbezaan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi ketiga-tiga kaum tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua mengatakan adat resam atau adat istiadat yang diterima pakai oleh sesebuah bangsa merupakan cetusan peraturan dan pandangan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semula jadi di mana lama kelamaan telahmenjadi suatu kemestianyang diikuti secara turun temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum tersebut. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Namun , apa jua penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu , bertujuan adalah serupa iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju , dinamik dan progresif. Dalam kajian kursus ini , isu yang yang dikaji ialah adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India. Menurut kamus Dewan Edisi Yang Ketiga pantang larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia . Menurut Kamus Dewan Edisi Yang Keempat kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia untuk menjalani kehidupan harian. Berdasarkan definisi-definisi perkataan tersebut, adat resam dan pantang larang menyambut bayi diwarisi setiap kaum bagi mengekalkan ciri-ciri tradisi sesuatu kaum tersebut . Tajuk yang dikaji ialah perbandingan adat resam dan pantang larang kelahiran antara kaum melayu, cina dan india di Jalan Hang Kasturi , Taman Skudai Baru , Johor Bahru, Malaysia . Kelahiran bayi merupakan suatu perkara yang amat bermakna bagi sesebuah keluarga . Setiap kaum terdapat pelbagai yang perlu dilakukan semasa dan selepas melahirkan seorang bayi. Semua perlakuan dilakuakn ada maksud tersirat dan memberi manfaat kepda ibu dan bayi yang dilahirkan . Salah satu rasional kajian adat resam dan pantang larang kelahiran antara kaum melayu, cina dan india adalah semakin ramai masyarakat tidak mempraktikan adat resam dan pantang larang pada masa kini. Kesimpulannya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketelitian dari masyarakat melayu, cina dan india di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bharu . Tujuan soal selidik diberikan kepada penduduk tempatan adalah untuk mengetahui kebaikan amalan menyambut kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India .

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk :2.1 Mengenalpasti perbandingan amalan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru .2.2 Mengkaji kebaikan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bharu .

4.0 METODOLOGI Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Metodologi juga bermaksudilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

Reka Bentuk KajianKajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk membuat perbandingan amalan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India serta mengenalpasti kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru .

Kaedah Instrument Kajian

KuantitatifBorang soal selidik

Instrumen Kajian Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan sikap, persepsi, pandangan, dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan kaedah rujukan.

Cara Mendapat Responden Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari Jalan Hang Kasturi. Daripada jumlah keseluruhan adalah terdiri daripada dari 10 orang kaum melayu, 10 orang kaum cina dan 10 orang kaum yang menetap di kawasan Jalan Hang Kasturi, Skudai akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penduduk yang mendiami di Jalan Hang Kasturi, Tmn Skudai Baru dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan menggunakan prosedur persampelan ini, masyarakat kaum Melayu, Cina dan India yang mengamalkan amalan adat resam dan pantang larang kelahiran yg berumur di antara 21 sehingga 51 ke atas di Jalan Hang Kasturi, Tmn Skudai Baru dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set soal selidik akan diberikan kepada mereka secara terpilih untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, kaedah rujukan telah dilakukan keatas penduduk di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru.

Cara Mendapatkan Maklumat/Data daripada responde Borang soal selidik telah disediakan untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara tujuan kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian B adalah perbandingan amalan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India. Bahagian C adalah mengenal pasti kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= Tidak setuju, 2= Tidak Pasti dan 3 = Ya

Jadual 4.1 : Skala likert 3 aras digunakanTidak setuju1

Tidak pasti2

Setuju3

Selain itu, kaedah yang digunakan adalah kaedah rujukan. Sumber yang digunakan bagi melakukan rujukan ialah surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada perpustakaan SMK Mutiara Rini. Kaedah ini digunakan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.Jadual 4.2: Pengekelasan Skala LikertKategori Tidak SetujuSetuju

1 2Tidak Setuju Tidak Pasti3Setuju

Selain itu, aspek penganalisisan data dan pengiraan manual akan diguna pakai. Hal ini demikian kerana kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisiskan. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu carta pai dan jadual.

Rumusan Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, tatacara kajian akan diikut dengan ketat bagi menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti (LAMPIRAN A)

5.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian diambil daripada data yang telah dianalisis. Microsoft Excel 2010 merupakan perisian yang telah digunakan untuk menganalisis data yang telah diperolehi berdasarkan skala likert.. Hasil kajian ini diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah data yang diambil melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden terpilih yang tinggal di kawasan kajian iaitu di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor. Disamping itu, sumber sekunder juga digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian iaitu melalui pengkajian bahan ilmiah seperti buku rujukan dan maklumat daripada laman internet.

5.1 Demografi RespondenUntuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 30 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek kaum, umur dan latar belakang pendidikan.

5.1.1 Kaum

Rajah 1: Kaum responden Sumber: Responden kajian lapangan, 2015 Berdasarkan rajah 1 yang berikut, bilangan responden yang dipilih dari segi kaum. Seramai 10 responden dipilih mengikut kaum masing-masing. Responden terdiri daripada 10 orang kaum Melayu, 10 orang kaum Cina dan 10 orang kaum India. Hal ini dilakukan sedemikian adalah bertujuan untuk memastikan data atau dapatan kajian yang dilakukan hanya bukan memihak kepada sesuatu bangsa saja. Pemilihan responden yang seimbang dari segi kaum ini adalah wajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus.

5.1.2 Umur

Rajah 2: Umur responden Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015

Berdasarkan hasil kajian daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 9 orang ( 30 % ) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 20 hingga 29 tahun. Manakala responden yang berumur 30 hingga 39 adalah terdiri daripada 8 orang ( 26.67 % ). Diikuti dengan berumur 40 hingga 49 yang juga sama jumlah peratus bagi responden 30 hingga 39. Seterusnya responden berumur 50 keatas seramai 5 orang iaitu ( 50 % ). Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan dan cara yang berbeza.5.1.3 Latar Belakang Responden TARAF PENDIDIKANNILAIPERATUS

PMR13.33%

SPM1136.67%

STPM826.67%

Diploma413.33%

IJAZAH620%

Jadual 1: Latar belakang pendidikan responden Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015

Hampir keseluruhan responden yang disoal selidik yang mempunyai latar belakang pendidikan sehingga peringkat pengajian tinggi sama ada Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) seramai 8 orang yang mewakili 26.67 peratus daripada peratusan pendidikan keseluruhan responden. Sebahagian kecil responden yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu Penilaian Menengah Responden (PMR) seramai 1 orang sahaja dan hanya 3.33 peratus keseluruhannya. Justeru bilangan responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi sama Ijazah iatu seramai 6 orang dan jumlah peratusan hanya 20 peratus sahaja. Menurut analisis data, responden yang mempunyai latar belakang pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia ialah seramai 11 orang dan hampir separuh daripada jumlah responden yakni mewakili 36.67 peratus. Selain itu, latar belakang pendidikan responden yang mempunyai Diploma seramai 4 orang iaitu mewakili 13.33 peratus. Aspek pendidikan turut memainkan peranan penting dalam penyelidikan ini untuk mengkaji sejauh mana taraf pendidikan responden mempengaruhi tahap pengetahuan tentang adat resam dan pantang larang kelahiran dengan lebih jelas.