pengasingan kuasa

45
PENGASINGAN KUASA NORMURNI BINTI MOHAMAD JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK BANTING

Upload: normurni-mohamad

Post on 15-Apr-2017

851 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengasingan kuasa

PENGASINGAN KUASA

NORMURNI BINTI MOHAMADJABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK BANTING

Page 2: Pengasingan kuasa

Pengasingan Kuasa

• Menggubal Undang-undangPerundangan (Legislatif)

• Menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang serta dasar-dasar negara

Pentadbiran(Eksekutif)

• Mengadili serta menegakkan undang-undang

Kehakiman(Judiciary)

Page 3: Pengasingan kuasa

Pengasingan Kuasa

• Teori pengasingan kuasa dikemukakan oleh John Locke dan dikembangkan oleh Montesquieu pada abad ke-18.

• Ranjit Singh Malhi (2000) : idea pembahagian kuasa pemerintahan antara badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman seharusnya dilaksanakan oleh orang yang berlainan.

• Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara bertindak sebagai ketua bagi ketiga-tiga badan pemerintahan tersebut

• Secara teorinya, pengasingan kuasa melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas tanpa sebarang pertindihan.

Page 4: Pengasingan kuasa

• untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan.

Matlamat

•Setiap badan pemerintah tidak boleh mempengaruhi keputusan atau tindakan yang dibuat oleh badan-badan yang lain.

•badan pemerintah berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara

Konsep pengasingan kuasa

• untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu-satu badan ini sukar dilaksanakan secara menyeluruh kerana setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

• Contoh: Badan Pemerintah peringkat persekutuan dan negeri diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang atas nama Parlimen untuk dikuatkuasakan oleh menteri atau pihak berkuasa lain (penjawat eksekutif).

• Hal ini bermakna, kuasa Badan Perundangan untuk menggubal undang-undang telah diamanahkan dan diwakilkan kepada Badan Pemerintah sama ada diperingkat persekutuan ataupun peringkat negeri.

• Amalan ini dinamakan undang-undang perwakilan (delegated legislation). • Namun, pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan yang berlaku

mengikut syarat-syarat yang diizinkan tetap memberi kesan kepada tidak berlakunya monopoli kuasa di satu-satu pihak sahaja

Pengasingan kuasa di Malaysia

Page 5: Pengasingan kuasa

Badan Perundangan (Legistlatif)

PARLIMEN(Badan Perundangan Persekutuan )

Yang Di-Pertuan Agong

Dewan Negara

Dewan Rakyat

BADAN UNDANGAN NEGERI (Badan Perundangan Negeri)

Raja (Sultan/Yang di-Pertua

Negeri/Yang di-Pertuan Besar)

Dewan Undangan

Page 6: Pengasingan kuasa

• Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan : pembahagian kuasa perundangan kepada tiga bahagian.

Badan Perundangan (Legistlatif)

senarai persekutuan

senarai bersama

senarai negeri

Page 7: Pengasingan kuasa

SENARAI PERSEKUTUAN1. Hal ehwal luar negeri2. Pertahanan negara3. Keselamatan dalam negeri4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan5. Kewarganegaraan persekutuan6. Jentera kerajaan (tertakluk kepada senarai negeri)7. Kewangan8. Pertukangan, perdagangan dan perindustrian9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan10. Perhubungan dan pengangkutan11. Kerja-kerja dan kuasa persekutuan termasuk kerjaraya, bekalan air dan elektrik12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan termasuk bancian, tinjauan persekutuan, tinjauan sosial penyelidikan sains dan teknik dan suruhanjaya

siasatan13. Pendidikan14. Perubatan dan kesihatan15. Buruh dan keselamatan sosial16. Kebajikan orang asli17. Pekerjaan profesional18. Hari kelepasan selain hari kelepasan negeri, standard waktu19. Pertubuhan tidak diperbadankan20. Pengawalan makhluk perosak pertanian, perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan21. Akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan dan mesin cetak22. Penapisan23. Panggung, panggung wayang, filem sinematograf, tempat hiburan awam (tertakluk butiran 5(f) senarai negeri)25. Koperasi25A. Pelancongan26. Pencegahan kebakaran dan pemadam api termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba (tertakluk butiran 9A Senarai Bersama)27. Perkara yang berhubung dengan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Page 8: Pengasingan kuasa

SENARAI BERSAMA SENARAI NEGERI1 Kebajikan masyarakat 1 Hal ehwal agama islam

2 Biasiswa 2 Tanah

3 Perlindungan binatang dan burung liar, taman negara 3 Pertanian dan perhutanan

4 Penternakan 4 Kerajaan tempatan

5 Perancangan bandar dan desa 5 Perkhidmatan lain berciri tempatan seperti rumah tumpangan, tanah perkuburan, tempat kurungan binatang, pasar dan perlesenan panggung/panggung wayang/ tempat hiburan awam

6 Kutu rayau dan penjaja dari tempat ke tempat 6 Kerja-kerja negeri dan kerja air

7 Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit 7 Jentera pentadbiran kerajaan negeri

8 Saliran pengairan 8 Hari kelepasan negeri

9 Pemulihan tanah lombong dan hakisan tanah 9 Pewujudan kesalahan perkara berkaitan senarai negeri

9A Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam pembinaan dan penyenggaraan bangunan

10 Siasatan bagi maksud negeri

9B Kebudayaan dan sukan 11 Tanggung rugi berkenaan perkara dalam senarai negeri

9c Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan

12 Penyu dan menangkap ikan di sungai

9D Bekalan dan perkhidmatan air (tertakluk kepada Senarai Persekutuan)

12A Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah dan peninggalan zaman purba

9E Pemeliharaan warisan

Senarai tambahan bagi senarai bersama untuk Sabah dan Sarawak termaktub dalam Seksyen 10-18 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Senarai tambahan bagi senarai negeri bagi Sabah dan Sarawak termaktub dalam Seksyen 13-20 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Page 9: Pengasingan kuasa

Badan Perundangan Peringkat

Perseketuan • Parlimen• Dewan Negara• Dewan Rakyat

Page 10: Pengasingan kuasa

• Perkara 44 (4) : • kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

dan Dua Majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

• Semua undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan mesti melalui ketiga-tiga kompenen tersebut. Rang undang-undang dianggap sebagai undang-undang setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan daripada YDPA.

• Parlimen merupakan Badan Perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang berfungsi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

• Parlimen juga membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen

Page 11: Pengasingan kuasa

• Perkara 55 :• hanya YDPA sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.• YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen. • Parlimen akan kekal untuk tempoh lima tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya

umum kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal. • Parlimen akan terbubar dengan sendiri setelah genap lima tahun. • Pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat perlu diadakan dalam tempuh 60 hari dari

tarikh Parlimen dibubarkan bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. • YDPA akan memanggil Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang ditetapkan tidak melebihi 120 hari

dari tarikh pembubaran.• Perkara 66 (4):

• YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari.

• Jika YDPA tidak berbuat demikian, rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut.

• Parlimen mempunyai kuasa untuk menangguhkan penguatkuasaan sesuatu undang-undang atau menjadikan undang-undang berkuatkuasa kebelakangan (berkuatkuasa mulai tarikh lebih awal daripada tarikh yang diwartakan)

Parlimen

Page 12: Pengasingan kuasa

Menteri /Kementerian mengadakan rundingan dengan Jabatan Peguam

Negara, Perbendaharaan atau kementerian lain berhubung perangkaan dasar-dasar sesuatu rang undang-undang

yang akan digubal

Jabatan Peguam Negara menyusun draf rang

undang-undang berkenaan

Draf rang undang-undang dihantar pada Jemaah

Menteri untuk kelulusan. Notis pemberitahuan

dihantar pada Setiausaha Parlimen oleh menteri

berkenaan.

Rang undang-undang dicetak (cetakan blue

bill)

Bacaan PertamaDibentangkan di Dewan

Rakyat (bacaan tajuk panjang)

Bacaan Kedua• Membahaskan prinsip am rang undang-

undang• Perbahasan dan pengundian melalui

majoriti mudah atau ⅔ • Peringkat jawatankuasa: perbahasan

khusus berkaitan semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang yang dicadangkan serta membuat pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika perlu.

Bacaan Ketiga• undian kali kedua• tajuk panjang dibaca dan diluluskan

ahli Dewan Rakyat

Rang Undang-undang di bawa ke Dewan

Negara

Bacaan PertamaRang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dibentangkan kepada

senat

Bacaan Kedua• Rang Undang-undang dibahas secara

mendalam • Peringkat Jawatankuasa : penelitian secara

terperinci berkaitan semua fasal

Bacaan ketigaDiluluskan oleh Dewan

Negara

Dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong

untuk mendapat perkenan

Diwartakan dalam Warta Kerajaan dan dicetak untuk

edaranUndang-undang

dikuatkuasakan ("AKTA")Prosedur Pembentukan Undang-Undang Persekutuan

Page 13: Pengasingan kuasa

• Dewan Negara adalah dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.

• Dewan Negara akan membahaskan rang undang-undang dengan lebih teliti.

• Tujuan Dewan Negara diwujudkan adalah untuk memastikan kepentingan setiap kerajaan negeri terjamin kerana keahlian untuk setiap negeri dalam Dewan Negara adalah ditetapkan dua orang walaupun dari negeri yang bersaiz keluasan kecil dan mempunyai bilangan penduduk yang sedikit seperti Perlis.

Dewan Negara

Page 14: Pengasingan kuasa

• Bilangan ahli Dewan Negara termaktub dalam Fasal (1), Perkara 45

Dewan Negara

Perlantikan Ahli Bilangan Ahli

Nama dipilih akan dicadang dan disokong oleh ahli Dewan Undangan Negeri

2 orang wakil setiap negeri (mengikut Jadual Ketujuh)(26 ahli mewakili 13 negeri dalam Persekutuan)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (atas nasihat Perdana Menteri)

2 orang wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur1 orang wakil Wilayah Persekutuan Putrajaya1 orang wakil Wilayah Persekutuan Labuan40 orang ahli lain yang terdiri daripada :

(Kriteria ahli termaktub dalam Perkara 45 (2)) mereka yang memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang mencapai prestasi unggul dalam bidang sesuatu bidang pekerjaan,

perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan dan perkhidmatan sosial

mewakili kumpulan kaum minoriti mewakili kepentingan masyarakat orang asli.

Page 15: Pengasingan kuasa

• Seorang ahli Dewan Negara dikenali dengan panggilan “Senator” pada pangkal nama mereka.

• Jawatan ahli Dewan Negara dipegang selama tiga tahun (satu penggal) dan boleh disambung satu penggal dengan lantikan pada peringkat persekutuan atau peringkat negeri.

• Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

• Jika ahli Dewan Negara meletak jawatan, meninggal dunia atau bercuti, seorang ahli tertentu akan dipilih atau dilantik (dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan) bagi menggantikannya selama tempoh baki ahli yang digantikannya

Dewan Negara

Page 16: Pengasingan kuasa

• Syarat kelayakan menjadi calon Ahli Dewan Negara :

Dewan Negara

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang dari 30

tahun

Sempurna akal

Bukan seorang muflis

Page 17: Pengasingan kuasa

• Dewan Negara tidak boleh menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

• Walau bagaimanapun, Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan rang undang-undang tersebut daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

• Tempoh masa penangguhan rang undang-undang adalah sehingga satu tahun kecuali bagi rang undang-undang kewangan, iaitu satu bulan sahaja.

Dewan Negara

Page 18: Pengasingan kuasa

• Dewan Rakyat merupakan kompenen yang sangat penting dalam badan perundangan Malaysia.

• Fasal (1), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keanggotaan Dewan Rakyat adalah seramai 222 ahli.

• bilangan ahli Dewan Rakyat:

Dewan Rakyat

Perk

ara

46 F

asal

(2)

Pere

ngga

n (a

)Johor (26)Kedah (15)Kelantan (14)Melaka (6)Negeri Sembilan (8)Pahang (14)Pulau pinang (13)Perak (24)Perlis (3)Sabah (25)Sarawak (31)Selangor (22)Terengganu (8)

Perk

ara

46 F

asal

(2)

Pere

ngga

n (b

)Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11)Wilayah Persekutuan Labuan (1)Wilayah Persekutuan Putrajaya (1)

Page 19: Pengasingan kuasa

• Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan 5 tahun sekali.

• Parti yang mendapat undian kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.

• Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

Dewan Rakyat

Page 20: Pengasingan kuasa

Dewan Rakyat

• Warganegara Malaysia• Berumur 21 tahun ke atas• Bermastautin di Persekutuan• Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa

Syarat Kelayakan Ahli Dewan Rakyat (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan)

• Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal• Muflis yang belum dibebaskan• Memegang jawatan bergaji dan berfaedah• Tidak menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berturut-tuirut tanpa mendapat keizinan dari Dewan

Rakyat• Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan setelah mengambil bahagian

dalam pilihanraya• Disabitkan dengan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan dan dihukum penjara melebihi 1 tahun atau didenda

melebihi RM2000 dan tidak mendapat keampunan.• Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu.

Kehilangan Keahlian Dewan Rakyat (Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan)

Page 21: Pengasingan kuasa

Dewan Rakyat

• Dewan Rakyat diketuai oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua Timbalan Yang di-Pertua dan seorang setiausaha. Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih daripada kalangan ahli Dewan Rakyat sendiri (Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan) atau bukan ahli Dewan Rakyat dengan syarat beliau hendaklah mengangkat sumpah dan mengaku taat setia seperti seorang anggota Dewan Rakyat (Perkara 57 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan). Sekiranya bukan daripada ahli Dewan Rakyat, beliau dianggap sebagai ahli Dewan Tambahan.

Page 22: Pengasingan kuasa

Badan Perundangan

Peringkat Negeri • Raja (Sultan / Yang di-Pertua Negeri / Yang

di-Pertuan Besar)• Dewan Undangan

Page 23: Pengasingan kuasa

• Badan Perundangan Negeri adalah kuasa perundangan peringkat negeri.

• Badan Perundangan Negeri terdiri daripada Raja (Sultan / Yang di-Pertua Negeri / Yang di-Pertuan Besar) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

• Badan ini berfungsi untuk menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang untuk negeri sahaja (berkenaan perkara yang tersenarai dalam Senarai Bersama dan Senarai Negeri).

• Badan Perundangan Negeri wujud di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Badan Perundangan

Negeri

Page 24: Pengasingan kuasa

Draf Rang Undang-undang disediakan oleh Jabatan

Penasihat Undang-undang Negeri

Bacaan PertamaRang undang-undang

dikemukakan

Bacaan KeduaRang Undang-undang dibahaskan

dengan mendalam di dalam Dewan Undangan (DUN)

Peringkat JawatankuasaRang undang-undang diteliti secara

terperinciRang undang-undang akan dipinda jika

perlu

Bacaan KetigaDiluluskan oleh DUN

Rang Undang-undang dihantar kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan Sultan/

Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertua Negeri

Diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri

Undang-undang dikuatkuasa ("Enakmen")

Prosedur Pembentukan Undang-Undang Negeri

Page 25: Pengasingan kuasa

• Seksyen 5, Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan :kelayakan ahli DUN. • Seksyen 6 Jadual Kelapan,Perlembagaan Persekutuan : sebab-sebab hilang kelayakan menjadi ahli DUN

Badan Perundangan

Negeri

Kelayakan ahli• Warganegara• Umur 21 tahun atau lebih • Bermastautin di negeri

Kehilangan kelayakan

• Diisytiharkan tidak sempurna akal• Muflis yang belum dibebaskan• Memegang jawatan berpendapatan• Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan

setelah dinamakan untuk pemilihan majlis parlimen atau dewan undangan atau sebagai ejen pilihanraya

• Disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah persekutuan dan dihukum penjara melebihi 1 tahun atau didenda melebihi RM2000 dan tidak mendapat keampunan

• Disabitkan kesalahan berhubung pilihanraya• Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat

setia kepada negara asing itu.

Page 26: Pengasingan kuasa

• Sistem badan pentadbiran bermula dengan pengenalan sistem Ahli pada 1951. • Dalam sistem ahli, beberapa jabatan akan diletak dibawah kawalan seorang ahli

yang bertindak sebagai seorang menteri bagi jawatan tertentu. • Sistem Ahli berakhir apabila pilihan raya umum pertama diadakan pada Ogos 1955. • Sebuah kerajaan baharu dibentuk setelah Parti Perikatan memenangi 51 daripada

52 buah kerusi yang dipertandingkan. • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Ketua Menteri dan seterusnya

dilantik sebagai Perdana Menteri pertama pada 31 Ogos 1957.• Beliau telah mengetuai Kabinet dan mesyuarat pertama Jemaah Menteri diadakan

pada 10 September 1957 di Kuala Lumpur bersama pemimpin-pemimpin Parti Perikatan yang memenangi pilihan raya umum 1955.

Badan Pentadbiran (Eksekutif)

Sejarah Badan Pentadbiran

Page 27: Pengasingan kuasa

Badan Pentadbiran Peringkat

Persekutuan• Kabinet/Jemaah Menteri• Kementerian, Jabatan dan Badan-badan Kerajaan

Page 28: Pengasingan kuasa

• Merupakan Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) kerajaan Persekutuan • Kabinet terdiri daripada

• Yang di-Pertuan Agong (YDPA), • Perdana Menteri• Jemaah Menteri.

Kabinet/Jemaah Menteri

Perlembagaan Persekutuan

Kandungan

Perkara 43 (2)(a) Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri daripada parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat sebagai ketua Jemaah Menteri.

Perkara 43 (2)(b) Perdana Menteri akan menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri lain daripada mana-mana Majlis Parlimen

Perkara 43A (1) Seorang Timbalan menteri juga dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri bagi membantu tugas menteri

Perkara 43C Perdana Menteri melantik beberapa orang yang difikirkan patut oleh beliau sebagai setiausaha politik yang akan menjalankan tugas yang ditentukan oleh Jemaah Menteri.

Perkara 43 (4). YDPA boleh memecat Perdana Menteri daripada jawatannya apabila majoriti ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri atau meminta Parlimen dibubarkan oleh YDPA

Page 29: Pengasingan kuasa

Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan akan memaklumkan hal ehwal pentadbiran negara kepada YDPA.

Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

Jemaah Menteri juga berperanan untuk menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri untuk melaksanakan dasar tersebut.

Setiap menteri akan mengetuai kementerian bagi satu atau beberapa portfolio tertentu.

Menteri akan bertindak merangka sesuatu dasar atau perkara penting dengan nasihat pegawai tinggi kerajaan dalam mesyuarat kabinet.

Jemaah Menteri akan mempertimbangkan kertas yang dibentangkan.

Semua keputusan dalam mesyuarat kabinet merupakan keputusan secara kolektif, iaitu semua menteri bertanggungjawab kepada keputusan yang dibuat oleh kabinet. Menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kabinet harus meletak jawatan.

Page 30: Pengasingan kuasa

Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.

Bilangan kementerian bergantung pada keadaaan dan pandangan Perdana Menteri.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut.

Setiap Kementerian diketuai oleh seorang menteri dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga boleh mengetuai sebuah atau beberapa buah kementerian yang lain.

Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian tetapi ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.

Ketua Setiausaha (KSU) menjadi penasihat utama kepada menteri.

KSU bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan menteri dan program-program peringkat kementerian.

Page 31: Pengasingan kuasa

Jabatan

Jabatan merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri.

Jabatan-jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Page 32: Pengasingan kuasa

Perbadanan Awam• merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi

negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung. • Perbadanan awam bebas daripada peraturan pentadbiran kerajaan. • Contoh Perbadanan Awam ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).

Badan Berkanun• merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

atau Enakmen Negeri. • Ketua bagi Badan Berkanun dipanggil Pengerusi. • Badan Berkanun berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan perlaksanaan

program pembangunan negara. • Badan Berkanun mempunyai kuasa autonomi dan peruntukan kewangan

tersendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. • Contoh Badan berkanun ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Amanah

Rakyat (MARA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Page 33: Pengasingan kuasa

Badan Pentadbiran

Peringkat Negeri• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

• Raja, Menteri Besar • ahli Majlis

Page 34: Pengasingan kuasa

• Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) peringkat negeri• membuat dasar dan melaksanakan pemerintahan bagi sesebuah negeri.• terdiri daripada

• Raja, Menteri Besar• ahli Majlis (terdiri daripada 4 hingga10 orang ahli dari kalangan ahli Dewan Undangan).

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

• mengkehendaki Raja untuk melantik Menteri Besar daripada ahli Dewan Undangan (yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan) sebagai Ketua Jemaah Menteri.

Seksyen 2 (2)(a) Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan

• Menteri Besar akan menasihati Raja untuk melantik ahli lain daripada kalangan ahli Dewan

Seksyen 2 (2)(b) Jadual Kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan

Setiap ahli majlis akan memegang portfolio tertentu.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, barisan ahli majlis dipanggil kabinet negeri.

Page 35: Pengasingan kuasa

Badan Kehakiman

• Mahkamah Atasan• Mahkamah Rendah

Page 36: Pengasingan kuasa

mentafsir perlembagaan dan undang-undang

memastikan Perlembagaan Persekutuan dipatuhi

menegakkan keadilan mengikut peruntukan

undang-undang

mempunyai kuasa untuk membicara, menyelesaikan

permasalahan dan menghukum pesalah

melalui pihak mahkamah.

Peranan Badan Kehakiman

Page 37: Pengasingan kuasa

Struktur Badan Kehakiman

Page 38: Pengasingan kuasa

Mahkamah Atasan

• Mahkamah Persekutuan• Mahkamah Rayuan• Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi

Sabah dan Sarawak

Page 39: Pengasingan kuasa

Mahkamah Persekutuanmerupakan mahkamah tertinggi di Malaysia yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

Perkara 122(1) : ahli Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain.

Perkara 122B :. Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja akan melantik semua ahli Mahkamah Persekutuan

Perkara 122(1A) :Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan

Perkara 121(2): menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Persekutuan seperti berikut:

• Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.• Apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara 128 (Mengisytihar sesuatu undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri

sebagai tidak sah) dan Perkara 130 (bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan)• Lain-lain bidang kuasa yang diberi atau di bawah undang-undang persekutuan

Page 40: Pengasingan kuasa

Mahkamah Rayuan

Perkara 121(1B) : Bidang kuasa Mahkamah Rayuan :Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

atau seseorang hakimnyaLain-lain bidang kuasa yang diberi atau di bawah undang-

undang Persekutuan

Perkara 122B : Perlantikan anggota Mahkamah Rayuan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong

Perkara 122A(1) :ahli bagi Mahkamah Rayuan adalah terdiri daripada seorang pengerusi (Presiden Mahkamah Rayuan) dan hakim lain tidak melebihi 32 orang.

Page 41: Pengasingan kuasa

Mahkamah Tinggi• melaksanakan penyeliaan, • mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan (Mahkamah Rendah) • membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan samada kes sivil ataupun kes jenayah.

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad kepada semua kes jenayah kecuali perkara yang berkaitan dengan undang-undang Islam.

• Penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat dan perkahwinan serta perceraian bagi bukan Islam• Kemuflisan• Injunksi, perlaksanaan tertentu (specific performance) atau pembatalan kontrak• Kesahan individu

Umumnya, Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes tuntutan melebihi RM1000 dan kes-kes yang berkaitan dengan perkara berikut:

Perkara 122AA (1) menjelaskan bahawa setiap Mahkamah Tinggi terdiri daripada seorang Hakim Besar dan tidak kurang daripada empat orang hakim lain tetapi tidak melebihi 60 orang bagi mahkamah Tinggi Malaya dan 13 orang bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Perlantikan anggota Mahkamah Tinggi juga tertakluk di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Page 42: Pengasingan kuasa

Mahkamah Rendah

• Mahkamah Sesyen• Mahkamah Majistret

Page 43: Pengasingan kuasa

Mahkamah SesyenMahkamah Sesyen berkuasa untuk membicarakan kes sivil dan jenayah di Malaysia.

Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk membicarakan segala kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati seperti yang termaktub dalam Seksyen 63 Akta Mahkamah Rendah 1948.

Seksyen 65 (1) Akta Mahkamah Rendah 1948 menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen seperti berikut:

• Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kenderaan motor, tuan tanah dan penyewa serta distres

• Membicarakan kes sivil yang melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM250000.

Page 44: Pengasingan kuasa

Mahkamah MajistretBeza Mahkamah Majistret Kelas Pertama Mahkamah Majistret Kelas Kedua

Bidang Kuasa Jenayah Membicarakan semua kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda.

Mendengar dan memutuskan rayuan jenayah yang disabitkan oleh Mahkamah Penghulu

Membicarakan semua kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda.

Hukuman Boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 5 tahun penjara Denda RM10 000 12 kali sebatan Boleh menggabungkan hukuman dari hukuman yang disebut terdahulu

Boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6 bulan penjara Denda RM1000

Boleh menggabungkan hukuman dari hukuman yang disebut terdahulu

Bidang Kuasa Sivil Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM25000.

Mendengar dan memutuskan rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Penghulu

Membicarakan kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM3000.

Mahkamah Majistret terdiri daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Majistret Kelas Kedua..

Page 45: Pengasingan kuasa

Mahkamah Penghulu 

• Mahkamah Penghulu berkuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding asal kes sivil melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM50 dan kesalahan jenayah kecil yang boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25.

Mahkamah Syariah• Mahkamah Syariah adalah dibawah kuasa kerajaan Negeri. • Mahkamah Syariah berperanan untuk mengadili umat Islam berkaitan undang-undang Islam. • Bagi kesalahan di bawah hukum Syarak, Mahkamah Syariah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak

melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5000 atau 6 kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.