laporan inovasi (mesin penghancur sabut...

21
1 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG. LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT KELAPA & PENGASINGAN COCOPEAT) PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI 1. Pengenalan Mesin Penghancur Sabut Kelapa & Pengasingan Cocopeat. Pokok kelapa dikatakan sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya ada kegunaan tertentu. Batang misalnya boleh dibuat titi, daun untuk ketupat dan lidi penyapu, isi kelapa dan umbut untuk bahan dalam makanan dan terkini santan kelapa boleh menghasilkan minyak kelapa dara. Biasanya sabut kelapa yang diproses digunakan dalam sektor pertanian terutama kerana ciri-cirinya yang menyerap air selain fiber digunakan dalam industri perabot. Terdapat dua produk utama yang didapati daripada sabut kelapa adalah cocopeat (habuk sabut) dan jerami (fiber panjang). Biasanya cocopeat digunakan sebagai media tanaman terutama pada sistem fertigasi manakala fiber merupakan bahan yang biasa terdapat di dalam tilam, di bawah lapisan karpet, hamparan dan papan penebat. Kaedah pengeluaran cocopeat dan fiber secara mekanikal menggunakan dua mesin berasingan iaitu mesin penghancur sabut dan juga mesin pengasingan cocopeat telah mendapat aduan dan komen dari pengusaha. Melalui beberapa cadangan yang disyorkan oleh pengusaha, Unit Teknologi Bahagian Kejuruteraan Pertanian Lundang telah membuat beberapa kajian dan pemerhatian untuk merekabentuk mesin yang boleh mengatasi masalah ini. Tempoh pelaksanaan inovasi ini adalalah selama 6 bulan. Penilaian dan pengujian mesin ini telah dilaksana sepenuhnya di Pusat Kejuruteraan Pertanian Lundang dan telah pun melepasi peringkat percubaan.

Upload: hathuan

Post on 06-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

1 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

LAPORAN INOVASI

(MESIN PENGHANCUR SABUT KELAPA & PENGASINGAN COCOPEAT)

PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG

JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

1. Pengenalan Mesin Penghancur Sabut Kelapa & Pengasingan Cocopeat.

Pokok kelapa dikatakan sebagai pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya ada

kegunaan tertentu. Batang misalnya boleh dibuat titi, daun untuk ketupat dan lidi

penyapu, isi kelapa dan umbut untuk bahan dalam makanan dan terkini santan kelapa

boleh menghasilkan minyak kelapa dara.

Biasanya sabut kelapa yang diproses digunakan dalam sektor pertanian terutama

kerana ciri-cirinya yang menyerap air selain fiber digunakan dalam industri perabot.

Terdapat dua produk utama yang didapati daripada sabut kelapa adalah cocopeat

(habuk sabut) dan jerami (fiber panjang).

Biasanya cocopeat digunakan sebagai media tanaman terutama pada sistem fertigasi

manakala fiber merupakan bahan yang biasa terdapat di dalam tilam, di bawah

lapisan karpet, hamparan dan papan penebat. Kaedah pengeluaran cocopeat dan fiber

secara mekanikal menggunakan dua mesin berasingan iaitu mesin penghancur sabut

dan juga mesin pengasingan cocopeat telah mendapat aduan dan komen dari

pengusaha.

Melalui beberapa cadangan yang disyorkan oleh pengusaha, Unit Teknologi

Bahagian Kejuruteraan Pertanian Lundang telah membuat beberapa kajian dan

pemerhatian untuk merekabentuk mesin yang boleh mengatasi masalah ini. Tempoh

pelaksanaan inovasi ini adalalah selama 6 bulan. Penilaian dan pengujian mesin ini

telah dilaksana sepenuhnya di Pusat Kejuruteraan Pertanian Lundang dan telah pun

melepasi peringkat percubaan.

Page 2: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

2 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

2. Tujuan Projek Inovasi Mesin Penghancur Sabut Kelapa & Pengasingan

Cocopeat.

Memperkenalkan teknologi baru dalam menghasilkan cocopeat melalui ciptaan mesin

inovasi ini dengan mempercepatkan tempoh operasi, menjimatkan kos operasi,

mudah dikendalikan dan mampu dimiliki oleh usahawan indusri kecil dan sederhana.

3. Peringkat Perlaksanaan

3.1. Kedudukan Sebelum Inovasi

Kebanyakan pengusaha sering menghadapi masalah ketika melakukan operasi

menghancurkan sabut kelapa dan mengasingkan cocopeat dan fiber. Antara situasi

yang sering dihadapi oleh pengusaha sebelum ini adalah:-

a) Aktiviti kerja melibatkan dua operasi berasingan iaitu menggunakan :

i. Mesin menghancurkan sabut kelapa.

ii. Mesin mengasingkan cocopeat dan fiber.

b) Tempoh aktiviti kerja yang lama iaitu setelah sabut dihancurkan maka ia di

pindahkan ke mesin pengasingan cocopeat dan fiber.

c) Memerlukan 2-3 orang tenaga buruh untuk melakukan operasi mesin penghancur

sabut kelapa dan pengasingan cocopeat.

d) Kos operasi tinggi kerana melibatkan dua mesin untuk beroperasi menggunakan

kuasa elektrik yang besar.

e) Mesin tidak dapat beroperasi di kawasan yang tiada punca bekalan elektrik seperti

di kawasan pedalaman.

Page 3: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

3 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

3.2. Mesin Penghancur Sabut Kelapa (Sebelum Inovasi) :

Mesin yang bersaiz besar ini menggunakan motor elektrik berkuasa 200 h.p. Fungsi

utama mesin ini adalah untuk menguraikan sabut kelapa menjadi hancur lalu

menghasilkan cocopeat dan fiber. Sabut kelapa yang dimasukkan ke dalam mesin

akan berputar pada kelajuan 1500 rpm dengan bilah-bilah pemukul akan meleraikan

sabut kelapa.

Dua tenaga buruh diperlukan semasa operasi iaitu kerja memasukkan sabut ke dalam

hopper dan juga kerja mengumpul dan memindahkan hasil habuk sabut ke mesin

pengasing cocopeat.

Mesin Penghancur Sabut

Page 4: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

4 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

3.3 Mesin Pengasing Cocopeat (Sebelum Inovasi) :

Sabut hancur yang keluar daripada mesin pertama akan dimasukkan ke mesin

pengasing ini untuk memisahkan cocopeat daripada fiber. Mesin ini menggunakan

motor elektrik berkuasa 1.3 h.p. bagi memutarkan dram pada kelajuan 5 sehingga 10

rpm. Dram ini berbentuk truncated cone berdindingkan dawai jarang bersaiz 5 mm x

5 mm bertindak sebagai penapis. Cocopeat akan jatuh melalui lubang – lubang

dinding manakala fiber akan keluar melalui hujung mesin.

Page 5: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

5 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

3.4. Kedudukan Selepas Inovasi

a) Memudahkan operasi menghasilkan cocopeat dengan mengabungkan dua operasi

menjadi satu operasi sahaja.

b) Tempoh masa bagi aktiviti kerja dapat dijimatkan.

c) Operasi mesin hanya melibatkan tenaga buruh yang minima.

d) Kos operasi bagi mesin ini adalah sangat menjimatkan

e) Mudah digunakan di semua lokasi operasi kerana mudahalih (mobility).

f) Dapat dikendalikan di lokasi yang tiada sumber bekalan elektrik kerana operasi

mesin menggunakan bahan api diesel.

g) Mampu dimiliki oleh usahawan industri kecil dan sederhana

4. Kelebihan Inovasi

4.1. Menjimatkan Masa

Dari segi masa, inovasi ini telah berjaya mengurangkan tempoh masa operasi yang

lama berbanding sebelum ini dengan pengurangan masa sebanyak 75%.

Sebelum Inovasi

Melakukan dua operasi kerja dengan menggunakan dua mesin secara berasingan

memerlukan masa dalam lingkungan 2 minit untuk operasi menghancur sabut kelapa

dan 2 minit lagi operasi mengasingkan cocopeat untuk mendapatkan 1.5 kg cocopeat.

Jumlah masa yang diperuntukan ialah 4 minit.

Page 6: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

6 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

Selepas Inovasi

Inovasi baru hanya memerlukan masa seminit sahaja untuk menghasilkan 1.5 kg

cocopeat.

Pengiraan :

Kadar Kapasiti Kerja = 130 kg/jam iaitu 130 kg sabut kelapa di

hancur dalam masa sejam.

70% daripada berat sebiji sabut kelapa = Jumlah berat cocopeat.

30% daripada berat sebiji sabut kelapa = Jumlah berat fiber.

Maka , 70% x 130 kg = 91 kg cocopeat

91 kg /jam (cocopeat) = 1.5 kg/minit (Pengurangan masa sebanyak 75%).

4.2. Menjimatkan Kos Operasi (Implikasi Kewangan)

Sebelum Inovasi

Pengiraan kos operasi bagi mesin penghancur sabut :

Kuasa Mesin = 200 h.p ; Kelajuan Mesin = 1500 rpm

Kadar Tarif Domestik = 21.8 sen/kWh ; 1 h.p = 0.746 kW.

Kos operasi = (200 x 0.746) kW x 1 jam x RM 0.218

= RM 32.53 per jam.

Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat :

Kuasa Mesin = 1.3 h.p ; Kelajuan Mesin = 10 rpm

Kadar Tarif Domestik = 21.8 sen/ kWh ; 1 h.p = 0.746 kW.

Kos operasi = (1.3 x 0.746) kW x 1 jam x RM 0.218

= RM 0.21 per jam.

Jumlah Kos Operasi Keseluruhan :

RM 32.53 + RM 0.21 = RM 32.74

Page 7: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

7 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

Selepas Inovasi

Pengiraan kos operasi bagi mesin inovasi :

Kadar Penggunaan minyak g/jam :

= SFC (Specific Fuel Consumption) enjin diesel x kuasa kuda enjin diesel

= 170 g / h.p-jam x 10.5 h.p

= 1785 g / jam x 1/1000 kg/g

= 1.785 kg/jam

Kadar Penggunaan minyak liter/jam :

= Kadar pengunaan minyak (kg/jam) / Ketumpatan Minyak Diesel ( kg/l)

= 1.785 / 0.845

= 2.11 liter/jam.

Kos operasi mesin :

= 2.11 x RM1.80 (Harga Terkini Minyak Diesel)

= RM3.79 per jam.

Penjimatan kos operasi :

RM 32.74 – RM 3.79 x 100 = 88 %

RM 32.74

Daripada perbandingan di atas, didapati penjimatan kos operasi dengan menggunakan

mesin inovasi ini adalah sebanyak 88%.

Page 8: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

8 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

4.3. Mengurangkan Kos Tenaga Buruh.

Sebelum Inovasi

Kos tenaga buruh : RM 15.00 sehari

Bilangan pekerja : 3 orang.

Jumlah kos buruh : RM 45.00

Selepas Inovasi

Kos tenaga buruh : RM 15.00 sehari

Bilangan pekerja : 1 orang

Jumlah kos buruh : RM 15.00

Daripada perbandingan di atas, didapati pengurangan kos tenaga buruh dengan

menggunakan mesin inovasi ini adalah sebanyak 67%.

4.4. Mudah Dikendalikan dan Mesra Pelanggan.

Dengan terciptanya rekaan inovasi mesin ini, maka para pengusaha tidak perlu

bersusah payah berulang alik melakukan operasi dari mesin penghancur sabut ke

mesin pengasing cocopeat. Sistem mekanisasi dalaman mesin ini juga amat ringkas

dan mudah difahami bagi tujuan penyelenggaran. Selain itu, inovasi mesin ini adalah

mesin mudahalih (portable) kerana boleh beroperasi di mana jua tanpa bekalan

elektrik.

Page 9: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

9 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

5. Inovasi Yang Telah Dilaksanakan.

5.3. Spesifikasi Teknikal

Saiz Dimensi : 600 mm x 1400mm x 1200mm

Berat : 150 kg

Kapasiti : 130 – 150 kg / jam

Jenis enjin : Enjin Diesel 4 Lejang

Kuasa Kuda : 10.5 hp

Kelajuan Mesin : 2640 rpm

Bilangan Roda : 4 roda

5.4. Rekabentuk Mesin

Mesin ini terdiri daripada beberapa komponen dan keperluan spesifikasi

teknikal seperti berikut :

Kerangka badan

Komponen Penghancur Sabut

Plat Pengasing

Enjin

Tuil Stabil Tali Sawat

Tuil Outlet Fiber

Penarik

Page 10: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

10 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

5.4.1 Kerangka Badan

Saiz keseluruhan mesin ini adalah ( W:600 x L:1400 x H:1200) mm dengan berat

150 kg. Keseluruhan rangka badan diperbuat daripada plat mild steel dengan

ketebalan 9.5 mm dan besi angle 50.8 mm x 50.8mm x 6100mm .Dilengkapi 4

unit roda dengan saiz 250 mm diameter untuk memudahkan pergerakan mesin.

Kerangka utama ini terdiri daripada berikut:

I. BAHAGIAN HOPPER

II. BAHAGIAN OUTLET COCOPEAT

III. BAHAGIAN OUTLET FIBER

IV. TAPAK ENJIN

I

II

III

IV

Page 11: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

11 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

I. Bahagian Hopper - Sabut kelapa akan dimasukkan ke bahagian

ini dan telah dilengkapi dengan getah

penghadang bagi menghalang habuk sabut

yang diproses terkeluar dari hopper.

II. Bahagian Outlet Cocopeat - Habuk sabut kelapa yang terdiri daripada

cocopeat akan keluar melalui bahagian ini.

Page 12: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

12 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

III. Bahagian Outlet fiber - Jerami atau fiber panjang akan keluar melalui

bahagian ini selepas diasingkan daripada

cocopeat mengunakan plat pengasing.

IV. Tapak enjin - Tapak (base) enjin di fabrikasi bagi

menampung berat enjin seberat 105 kg.

Tapak enjin yang direka juga memudahkan

enjin diselenggara.

Page 13: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

13 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

5.4.2. Komponen penghancur sabut

Mata penghancur sabut mempunyai 4 set mata penghancur terdiri daripada 14

batang besi berbentuk rod bersaiz 25 mm diameter dan 90mm panjang yang

diperbuat daripada mild steel. Kuasa putaran komponen mata penghancur ini

ditransmisi oleh enjin diesel melalui tali sawat yang disambung kepada pulley.

Kelajuan pada pulley bagi memutarkan komponen penghancur sabut ialah 2640

rpm. Nisbah sistem transmisi ialah 1 : 1.2.

5.4.3. Plat Pengasing

Plat pengasing cocopeat dan fiber ini juga diperbuat daripada mild steel. Saiz

diameter lubang untuk mengasingkan cocopeat daripada fiber adalah 15 mm.

Page 14: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

14 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

5.4.4. Enjin

Spesifikasi enjin adalah seperti berikut :

Model : RK 125 N (Kubota Diesel Engine)

Jenis : Horizontal Water-Cooled, 4-Cycle Diesel Engine

Output Maksimum : 12.5 / 2400 ( Hp/rpm)

Kadar output berterusan : 10.5 / 2200 ( Hp/rpm)

Kapasiti tangki minyak : 10.5 L.

5.4.5 Tuil Stabil Tali Sawat

Fungsi tuil ini adalah untuk mengawal ketegangan dan kestabilan tali sawat pada

pulley enjin dan pulley mesin ketika transmisi kelajuan putaran berlaku. Saiz diameter

pulley mesin dan enjin masing-masing adalah 125 mm dan 150 mm. Tuil ini juga

digunakan jika berlaku masalah muatan sabut tersekat pada komponen penghancur sabut

dengan mengendurkan tali sawat pada pulley mesin.

Tuil Stabil Tali Sawat

Pulley Enjin Pulley Mesin

Page 15: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

15 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

5.4.6 Tuil Outlet Fiber

Fungsi tuil ini adalah untuk membuka atau menutup bahagian Outlet Fiber dengan

mudah.

5.4.7 Penarik.

Tujuan penarik ini adalah memudahkan pengguna untuk membawa mesin ini ke

lokasi tertentu. Ia boleh digerakkan dengan mudah kerana 2 unit roda hadapan boleh

bergerak secara bebas (non linear).

\

Tuil Outlet Fiber

Outlet Fiber Outlet Fiber

Penarik

2 unit roda

yang dapat

bergerak bebas

Page 16: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

16 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

6. Operasi Mesin

Sabut kelapa yang telah

dikupas perlu di basah kan

dengan kelembapan 25 – 30 %

bagi memudahkan sabut di

hancurkan.

Enjin akan di hidupkan

terlebih dahulu.

Tarik tuil Outlet fiber ke

atas bagi menutup

bahagian Outlet fiber.

Kelapa yang telah

dikupas di masuk kan ke

bahagian Hopper.

1

2

3

Sabut kelapa yang telah hancur

dan diasing daripada fiber akan

keluar melalui bahagian Outlet

Cocopeat .

Page 17: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

17 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

Manakala fiber pula akan keluar

melalui Outlet fiber yang telah

dibuka setelah menolak tuil

Outlet fiber ke bawah.

Mati kan enjin bagi

mesin ini setelah tiada

lagi sabut dan fiber.

Habuk kelapa atau

cocopeat yang keluar

akan dijadi kan media

tanaman fertigasi.

Fiber yang terhasil pula akan

dijadikan untuk papan penebat,

bantal dan kusyen.

4

5

6

Page 18: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

18 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

7. Kos Mesin

Kos keseluruhan bagi pembinaan mesin penghancur sabut kelapa dan

pengasingan cocopeat ini adalah berjumlah RM 8,792 di mana kos bahan dan peralatan

ialah sebanyak RM 7,447 dan upah kos fabrikasi adalah sebanyak RM 1,345.

8. Kepuasan Hati Pelanggan

Respon daripada usahawan industri kecil dan sederhana adalah amat mengalakkan

apabila sebahagian besar daripada mereka amat berpuas hati dengan penciptaan mesin

penghancur sabut kelapa dan pengasingan cocopeat ini. Secara keseluruhan nya, inovasi

mesin ini telah mampu mengatasi segala masalah yang telah di alami oleh mereka.

Terdapat 3 buah mesin telah difabrikasi dan di edarkan kepada usahawan di Kelantan

setakat ini.

9. Penutup

Mesin inovasi terbaru yang dicipta ini mampu meningkatkan keupayaan

pengeluaran cocopeat dan fiber yang lebih baik kepada pengusaha industri kecil dan

sederhana (IKS). Pengasingan cocopeat dengan mudah dan cepat dengan menggunakan

mesin ini bakal menentukan halatuju kepesatan pembekalan cocopeat dan fiber bagi

memenuhi permintan pasaran yang tinggi.

Walaupun usahawan IKS terpaksa bersaing dengan kilang atau syarikat yang

dapat menghasil keluaran yang optimum berdasarkan mesin yang lebih besar dan banyak.

Namun penjimatan dari segi kos, masa dan tenaga memang tidak dapat dinafikan.

Pihak kejuruteraan juga percaya mesin ini boleh dijadikan sebagai mesin

komersial dalam penghasilan cocopeat dan fiber. Dengan rekabentuk mesin yang begitu

ringkas, mudah alih (portable) dan mesra pengguna maka nescaya mesin ini akan menjadi

pilihan utama usahawan industri kecil dan sederhana kerana mampu dimiliki dan dapat

meningkatkan sosioekonomi masyarakat tempatan

Page 19: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

19 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

LAMPIRAN 1

Page 20: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

20 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

LAMPIRAN 2

Pandangan Sisi

Pandangan Depan PandanganBelakang

Page 21: LAPORAN INOVASI (MESIN PENGHANCUR SABUT …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/794-mesin-penghancur-sabut-kela… · Pengiraan kos operasi bagi mesin pengasingan cocopeat : Kuasa Mesin

21 PUSAT KEJURUTERAAN PERTANIAN LUNDANG.

Disediakan Oleh :

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Mohd.Farish Daniel Bin Abdullah.

Bahagian Teknologi Unit Kejuruteraan Pertanian,

Pusat Kejuruteraan Pertanian Lundang.

Tel. : 09 – 7474691

Emel : [email protected] / [email protected]