pengasas tarekat al-rifa`iyyah - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... ·...

19
Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19 1 PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH : AL-SAYYID AHMAD AL-RIFA`I ( 512 H 578 H ) Mohd Zulhafizi Salim, 1 Wan Haslan Khairuddin Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia. Abstrak Artikel ini bertujuan membincangkan secara lengkap berkenaan biografi al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i dan ketokohan beliau di dalam mengasaskan sebuah tarekat, beliau merupakan salah seorang tokoh tarekat yang terkemuka yang hidup pada kurun ke 5 hijrah. Perkara perkara yang akan dibincangkan di dalam artikel ini adalah latar belakang, pengaruh dan ketokohan beliau di dalam bidang Tasawuf. Metodologi artikel ini adalah kajian kepustakaan dan diskriptif. Kesimpulannya artikel ini merungkai mengenai pengasas kepada tarekat al-Rifā`iyyah. Kata Kunci: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. FOUNDER OF TARIQ AL-RIFA`IYYAH : AL-SAYYID AHMAD AL-RIFA`I Abstract This article aims to fully discuss the biography of al-Sayyid Ahmad al- Rifa'i and his character in establishing a tarekat, he is one of the leading tarekat who lived in the 5th century Hijra. The things to be discussed in this article are his background, influence and character in Tasawuf. The methodology of this article is a literature review and descriptive. In conclusion this article reveals the founder of the al-Tariq al-Rifa`iyyah. Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. Pendahuluan Al-Sayyid Ahmad Al-Rifa`i merupakan salah seorang tokoh tarekat yang unggul, beliau di kenali kerana ketokohan dan keilmuan sehinggakan beliau di angkat sebagai syeikh agung di zamannya, 2 1 Penulis bernama Mohd Zulhafizi Bin Salim, beliau merupakan seorang graduan Sarjana Muda daripada Universiti Mu’tah Jordan dan sedang menyelesaikan penulisan tesis bagi peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 Al Wasiti, Abd Hamid, Tiryaq Al Muhibbin fi Tobaqati Khirqat Al Masyaikh Al ‘Arifin. (t.tp: Bait Jami’ Al Rifā‘i, 1305H), 7.

Upload: trinhliem

Post on 03-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

1

PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH :

AL-SAYYID AHMAD AL-RIFA`I ( 512 H – 578 H )

Mohd Zulhafizi Salim,1 Wan Haslan Khairuddin

Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor,

Malaysia.

Abstrak

Artikel ini bertujuan membincangkan secara lengkap berkenaan biografi

al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i dan ketokohan beliau di dalam mengasaskan

sebuah tarekat, beliau merupakan salah seorang tokoh tarekat yang

terkemuka yang hidup pada kurun ke 5 hijrah. Perkara perkara yang akan

dibincangkan di dalam artikel ini adalah latar belakang, pengaruh dan

ketokohan beliau di dalam bidang Tasawuf. Metodologi artikel ini adalah

kajian kepustakaan dan diskriptif. Kesimpulannya artikel ini merungkai

mengenai pengasas kepada tarekat al-Rifā`iyyah.

Kata Kunci: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat.

FOUNDER OF TARIQ AL-RIFA`IYYAH : AL-SAYYID AHMAD

AL-RIFA`I Abstract

This article aims to fully discuss the biography of al-Sayyid Ahmad al-

Rifa'i and his character in establishing a tarekat, he is one of the leading

tarekat who lived in the 5th century Hijra. The things to be discussed in

this article are his background, influence and character in Tasawuf. The

methodology of this article is a literature review and descriptive. In

conclusion this article reveals the founder of the al-Tariq al-Rifa`iyyah.

Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat.

Pendahuluan

Al-Sayyid Ahmad Al-Rifa`i merupakan salah seorang tokoh tarekat

yang unggul, beliau di kenali kerana ketokohan dan keilmuan

sehinggakan beliau di angkat sebagai syeikh agung di zamannya,2

1 Penulis bernama Mohd Zulhafizi Bin Salim, beliau merupakan seorang

graduan Sarjana Muda daripada Universiti Mu’tah Jordan dan sedang

menyelesaikan penulisan tesis bagi peringkat Sarjana di Universiti

Kebangsaan Malaysia. 2 Al Wasiti, Abd Hamid, Tiryaq Al Muhibbin fi Tobaqati Khirqat Al

Masyaikh Al ‘Arifin. (t.tp: Bait Jami’ Al Rifā‘i, 1305H), 7.

Page 2: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

2

beliau juga seorang yang begitu tegas di dalam menjaga kesucian

perjalanan tasawuf daripada penyelewengan sehinggakan beliau

dikenali sebagai Penjaga Tauhid.3 Objektik penulisan ini adalah

untuk memperkenalkan mengenai seorang tokoh tarekat yang

muncul pada kurun ke 5 serta menerangkan dasar-dasar tarekat al

Rifa`iyyah di dalam perjalanan menuju kepada Allah. Oleh yang

demikian artikel ini akan membicarakan mengenai biografi

pengasas tarekat dan dasar-dasar tarekat al-Rifa`iyyah secara

terperinci.

Latar Belakang al-Sayyid Ahmad al-Rifa‘i

Nasab Keturunan

Nama sebenar beliau adalah Abu `Abbas Ahmad bin Abu Hasan

`Ali bin al-Sayyid Yahya bin al-Sayyid Thabit bin al-Sayyid Abu

Fawāris al-Hazim `Ali bin al-Sayyid Ahmad al-Murtadha bin al-

Sayyid Ali al-Asbili bin al-Sayyid Rifā‘ah al-Hassan al-Makki bin

al-Sayyid Mahdi bin al-Sayyid Muhammad Abu Qasim bin al-

Sayyid al-Hasan bin al-Sayyid al-Husain al-Qati‘e bin al-Sayyid

Ahmad Salih bin al-Sayyid Musa al-Thani bin al-Sayyid Ibrahim al-

Murtadha al-Asghar bin al-Sayyid al-Imam Musa al-Kāzim bin al-

Imam Ja’far al-Saddiq bin al-Imam Muhammad Baqir bin al-Imam

Ali Zainal Abidin bin al-Syahid al-Imam Hussein bin al-Imam Ali

bin Abi Talib4.

Menurut al-Samira`i (2009) ibu kepada al-Sayyid Ahmad al-

Rifā‘i berketurunan Saidina Abu Ayub al-Ansari, ibunya bernama

Fatimah al-Najariah Binti al-Syeikh al-Sufi Abu Said Yahya bin al-

Syeikh Musa bin al-Syeikh Kamil bin al-Syeikh Yahya al-Kabir bin

al-Imam Muhammad bin Abu Bakar al-Wasiti bin Musa bin Mansor

bin Khalid bin Zaid bin Ayub bin Khalid bin Abu Ayub Zaid al -

Ansori .

Kelahiran al-Sayyid Ahmad al-Rifā‘i

Al-‘Adni (1976) meriwayatkan sebelum kelahiran al-Sayyid

Ahmad al-Rifa‘i, pakcik beliau telah bertemu dengan Fatimah al -

Najariah dan memberi khabar gembira bahawasanya beliau akan

3 Al Kandah, Abd Hamid, Saidina Ahmad Al Rifa‘i Batlu Al ‘Aqidah wa

Farisu Al Tauhid (Lubnan : Book Publisher, 2013), 17. 4 Al Samira‘i, Mahmud Fadhil, Al Majalis Al Rifā’iyah (Lubnan : Dar

Beirut, 2009), 31.

Page 3: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

3

melahirkan seorang anak yang mendapat kedudukan dan kemulian

di sisi ulama.5 Al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i di lahirkan pada 15 Rejab

tahun 512 Hijriah. Al-Sayyid Ahmad dibesarkan dibawah jagaan

pakciknya al-Syeikh Mansur al-Batoihi hal ini kerana bapanya telah

meninggal dunia pada tahun 519 Hijriah ketika umur al-Sayyid

Ahmad 7 tahun. Keluarga asal al-Sayyid Ahmad berasal daripada

Mekah kemudian datuknya al-Sayyid al-Rifa`ah berpindah ke

Maghrib kerana pada era tersebut berlaku penindasan kepada ahli

keluarga nabi.6 Kemudian al-Sayyid Ahmad Bin Yahya berpindah

ke Iraq dan menetap di Ummu Ma’bad. Al-Sayyid Ahmad di

nisbahkan dengan Rifa`i kerana menyandarkan namanya kepada

datuknya al-Sayyid al-Rifa`ah.

Terdapat sebuah riwayat yang menceritakan kelahiran mulia

ini, isteri kepada al-Syeikh Mansor al-Batoihi menceritakan kepada

suaminya bahawa beliau melihat di dalam keadaan jaga seakan-

akan terdapat sebuah pokok zaitun yang keluar daripada sebelah

kanannya dan isterinya berteduh di bawah pokok tersebut dan

pokoknya terus memayungiku, maka jawab al-Syeikh Mansur

sesungguhnya akan lahir seorang anak yang mulia namanya

Ahmad, beliau menyangkakan adakah beliau akan melahirkan anak

tetapi jawab suaminya bukan anakmu tetapi anak buahmu, beliau

akan membesar dan akan sentiasa berkhidmat, beliau umpama

pohon yang memayungi seluruh makhluk.7

Pendidikan Al Sayyid Ahmad Al Rifa`i

Al-Sayyid Ahmad al-Rifa‘i memulakan pendidikan pertama

melalui pakciknya al-Syeikh Mansur al-Batoihi, beliau mempelajari

ilmu tasawuf, ulum syariah dan tareqat daripadanya dan dalam masa

yang sama beliau telah dihantar oleh pakciknya untuk menuntut

ilmu al quran bersama dengan al-Syeikh Abd Sami’ al-Harbuni di

perkampungan Hasan. Setelah Berjaya mengkhatamkan hafalan al-

Quran beliau kemudian telah pergi ke perkampungan al-Wasit

untuk berguru dengan tokoh ulama ketika itu al-Syeikh Ali al -

5 Al ‘Adni, Abu Bakar, Al Qutb Al Kabir Al Rifā‘i (Mesir : Maktabah Al

Kaherah, 1976), 12. 6 Al Soyadi, Abu Huda, Qīladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir Al Rifā‘i wa

Atba‘ihi Al Kabir (Lubnan : Dar Kitab Al Imiah, 2014), 15. 7 Al Soyadi, Abu Huda, Qīladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir Al Rifā‘i wa

Atba‘ihi Al Kabir (Lubnan : Dar Kitab Al Imiah, 2014), 38.

Page 4: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

4

Wasiti. al-Syeikh Ali telah diamanahkan oleh pakcik al-Sayyid

Ahmad untuk mendidik bahkan mentarbiah al-Sayyid Ahmad,

perintah untuk menyerahkan al-Sayyid Ahmad kepada al-Syeikh

Ali al-Wasiti telah dikhabarkan 40 hari sebelum kelahiran beliau

oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W melalui mimpi al-Syeikh

Mansur.8

Guru-Guru Al Sayyid Ahmad Al Rifā‘i

al-Imam Ahmad al-Rifa`i seorang murid yang tekun di dalam

menuntut ilmu, beliau sentiasa berusaha mengkhatamkan

pengajiannya dan tidak pernah berhenti dengan seorang guru

sahaja, di antara guru beliau adalah9

1) Al-Imam al-Syeikh Mansur al-Batoihi al-Wasiti, beliau

adalah Mansur Bin Yahya Bin Musa Bin Kamil Bin Yahya

al-Kabir al-Wasiti. al-Syeikh Mansur bersambung nasab

dengan sahabat Rasulullah iaitu Saidina Ayub al-Ansori,

beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam Ghazali.

2) Al-Syeikh Abu Bakar al-Wasiti, beliau adalah Abu Bakar

bin Yahya bin Muhammad Bin Abu Bakar al-Wasiti.

Beliau merupakan saudara kandung dengan al-Syeikh

Mansur.

3) Al-Syeikh Muhammad Bin Ahmad atau dikenali dengan al-

Syeikh Ibnu Bati, al-Imam Ahmad telah bermusafir untuk

bertemu dengan beliau dan mengambil ijazah daripadanya.

al-Syeikh Muhammad pernah mendengar hadis daripada al-

Anbari dan Ibnu Daqaq.

4) Al Syeikh Abu Fadhl Ali al-Wasiti, beliau merupakan

seorang ulama dan rujukan ahli Wasit. Al-Syeikh Abu

Fadhl seorang Muhadith yang agung, beliau telah

meriwayatkan hadis dan mendengar daripada al-Imam Ibn

Al Muzafar, al-Imam Abu Bakar al-Waraq. Al-Imam

Ahmad telah belajar daripada beliau atau dikenali dengan

al-Syeikh Ali al-Qari’ ilmu ulum al-Quran.

5) Al-Imam Abu Muhammad Ahmad al-Amidi, beliau

dikenali dengan nama Ibnu al-Aghlafi. Al Imam Ahmad

8 Al Wasiti, Abd Muhsin, Tiryaq Al Muhibbin fi Tobaqati Khirqat Al

Masyaikh Al ‘Arifin (Bait Jami’ Al Rifā‘i : t.p, 1305H), 5. 9 Al Kandah, Abd Hamid, Saidina Ahmad Al Rifā‘I Batlu Al ‘Aqidah wa

Farisu Al Tauhid (Lubnan : Book Publisher, 2013), 24.

Page 5: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

5

telah membaca dihadapannya karangan-karangan al-Imam

Abu Dunya, al-Imam al-Baghawi dan Abu Ya’la al-Musili.

6) Al-Imam al-Muhadith al-Muammar Abu Talib al-Kattani,

beliau seorang ulama yang panjang umurnya, beliau

mempunyai sanad-sanad hadis daripada al-Baqilani. Beliau

telah mengijazahkan pengriwayatan hadis kepada al-Imam

Ahmad al-Rifa`i.

7) Al-Syeikh Abu Ghalib Abdullah Bin Mansur, biografinya

telah ditulis oleh al-Imam Jazari di dalam kitab Ghayah al

Nihayah. Al-Imam Ahmad telah belajar dengannya dan

diijazahkan ilmu-ilmunya.

8) Al-Imam al-Muhadith Bakhtiar bin Bindar, al-Imam

Ahmad telah menerima ijazah ilmu daripadanya.

Akhlak Dan Peribadi al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i

Akhlak Mahmudah adalah salah satu perkara yang sangat di

perlihara oleh al-Sayyid Ahmad sehinggakan al-Imam al-Subki

menyatakan sekiranya ingin membahaskan tentang akhlak al-

Sayyid Ahmad kita akan kesuntukkan masa.10

Al-Sayyid Ahmad sangat mencintai orang miskin dan sentiasa

menjamu makanan kepada orang-orang miskin bahkan orang-orang

miskin juga seronok untuk bertemu dengan beliau.11 Beliau juga

seorang suka tersenyum dan tidak pernah berbangga diri, apabila

beliau berbicara dengan seorang beliau akan mengelarkan orang

tersebut dengan gelaran tuan.12

Beliau al-Sayyid Ahmad seorang panjang diamnya

sehinggakan masyarakat menyangkakan beliau seorang yang bisu,

beliau tidak akan berbicara melainkan sesuatu yang mendatangkan

manfaat, selain daripada itu beliau sentiasa berusaha untuk

menggembirakan manusia yang lain.13

Al-Imam Ahmad al-Rifa`i seorang yang begitu tawadhu,

pernah suatu ketika murid beliau al-Syeikh Arif al-Kabir datang

10 Al Tabba’ Fawwaz, Fuyudhat Al Muhammadiah ‘Ala Tariqat Al

Rifā‘iyah (Lubnan : Book Publisher, 2014), 225. 11 Al Saqqar, Jamal, Majma’ ‘Alamain fi Manaqib Abi ‘Alamain, ( Lubnan

: Dar Al Masyari’ li Al Tibaah wa Al Tauzi’, 1994), 42. 12 Al Sāmira‘i, Mahmud Fadhil, Al Majalis Al Rifā’iyah (Lubnan : Dar

Beirut, 2009), 35. 13 Al Soyadi, Abu Huda, Qīladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir Al Rifā‘i

wa Atba‘ihi Al Kabir (Lubnan : Dar Kitab Al Imiah, 2014), 8.

Page 6: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

6

bertemu beliau dan ingin memgambil baiah daripada beliau maka

beliau berbicara dengan al-Syeikh Arif dengan rasa rendah diri ‘

wahai maulana, sesungguhnya engkau lebih berhak untuk

memberikan aku baiah berbanding aku memberi engkau.14

Beliau sentiasa berusaha untuk membantu orang lain, pernah

satu ketika beliau keluar daripada rumahnya untuk berada di tepi

jalan semata-mata untuk menunggu seorang lelaki buta yang akan

berjalan dan beliau akan memimpin lelaki tersebut ke tempat yang

ingin ditujuinya, selain itu beliau sanggup berjalan berhari-hari

semata-mata untuk menziarahi orang sakit.15

Ketulusan dan Kesucian Jiwa Al Sayyid Ahmad Al Rifā‘i

Al-Imam Ahmad al-Rifa`i mempunyai akhlak yang terpuji dan

peribadinya setiasa di sukai oleh masyarakat, peribadi unggul ini

pada hakikatnya lahir daripada hati yang penuh tulus dan suci

sebagaimana sabda Baginda Nabi Muhammad “sesungguhnya di

hati manusia terdapat seketul daging, sekiranya baik daging tersebut

maka baiklah seluruh anggotanya dan sekiranya buruk daging

tersebut maka buruklah seluruh anggotanya, ketahuilah daging

tersebut adalah hati.16

Sesungguhnya hati al-Imam Ahmad sentiasa mencintai Allah

bahkan kecintaan kepada Allah mengatasi kepada kecintaan selain

daripadaNya. Hati beliau juga sentiasa berlemah lembut serta jauh

daripada sifat bangga diri, beliau sentiasa menyukai membantu

manusia yang di dalam kesusahan terutamanya orang-orang tua

tanpa mengira kepada agama mereka. Selain itu, hati beliau kosong

daripada segala perasaan hasad dengki dan mengumpat, beliau juga

mempunyai sekeping hati yang sentiasa mencintai kanak-kanak

sehinggakan kadang-kadang beliau memperuntukkan masa untuk

bergurau dengan anak-anak kecil.17

14 Al ‘Adni, Abu Bakar, Al Qutb Al Kabir Al Rifā‘i (Mesir : Maktabah Al

Kaherah, 1976), 16. 15 Al Sāmira‘i, Yunus, Al Sayyid Ahmad Al Rifā‘i hayatuhu – atharuhu (

Baghdad : Matba‘ah Irsyad, 1970), 15. 16 Al Nawawi, Muhyidin, Al Arbaun Al Nawawi (Lubnan : Dar Al Minhaj

wa Al Tauzi’, 2009), 57. 17 Al Kandah, Abd Hamid, Saidina Ahmad Al Rifā‘I Batlu Al ‘Aqidah wa

Farisu Al Tauhid (Lubnan : Book Publisher, 2013), 28.

Page 7: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

7

Akidah al-Sayyid Ahmad al-Rifā‘i

Beliau al-Sayyid Ahmad sentiasa memelihara akidah yang benar,

menurut al-Kandah (2013) di dalam menyimpulkan akidah al-

Sayyid Ahmad al-Rifa`i menyatakan bahawasanya beliau beriman

dengan Allah Taala yang Maha Esa yang tidak mempunyai anak

dan tidak pula diperanakkan. Beliau menyifatkan Allah dengan

segala sifat kesempurnaan dan menafikan segala sifat kekurangan

bahkan mustahil bagi Allah Taala.

Al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i juga beriman dengan Baginda

Nabi Muhammad SallAllahu ‘Alaihi Wasallam, Baginda nabi

adalah sebaik-baik rasul serta rahmat petunjuknya melimpahi

kepada sekelian alam dan baginda nabi merupakan penutup kepada

sekalian nabi yang telah diturunkan kepadanya al-Quran yang mulia

serta turut meyakini bahawa seluruh rasul dan risalah sebelum Nabi

Muhammad adalah benar.

Akidah ini juga disempurnakan dengan keimanan kepada para

malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya serta qadha dan qadar

daripada Allah sama ada baik mahupun buruk. Menyakini

bahawasanya kematian itu adalah benar, kebangkitan adalah benar,

hisab adalah benar, dibangkitkan ketika di dalam kubur adalah

benar. Al-Imam Ahmad juga menegaskan wajib mempercayai

peristiwa Isra dan Mikraj yang berlaku kepada baginda Nabi

Muhammad adalah perjalanan roh dan jasad, meyakini bahawa

Allah telah memfardhukan solat lima waktu dengan ganjaran

seumpama lima puluh waktu, beriman dengan lima rukun Islam.

Beliau menyatakan tauhid yang bersih dan ikhlas itu mestilah

dizahirkan dengan keyakinan hati, perkataan dan perbuatan,

wajiblah didirkan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa

dan haji, ketahuilah bahawa sesungguhnya para wali semakin

meningkat martabatnya maka semakin tidak gugurlah kewajipan

kefardhuannya. Beliau juga menjauhkan diri dan membebaskan diri

daripada sebarang perkataan wehdatul wujud yang boleh

menyebabkan seseorang tergelincir kepada kekufuran.

Karamah Dan Kemulian al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i

Karamah atau kemulian ini adalah salah satu daripada anugerah

Allah kepada kekasihnya, al-Sayyid Ahmad terdapat beberapa

karamah yang menjadi sebutan para ulama, diantara karamah beliau

ketika beliau menyampaikan syarahan agama yang dihadiri oleh

ribuan manusia termasuk mereka yang kurang upaya pendengaran

Page 8: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

8

maka suaranya beliau akan didengari dengan jelas oleh seluruh

hadirin yang hadir.18

Beliau juga mempunyai rahsia di dalam bicaranya, setiap yang

mendengar bicaranya akan menyebabkan orang tersentuh hati,

pernah satu ketika seorang lelaki yahudi yang dikenali dengan

agamanya telah berpindah ke sebelah rumah al-Imam Ahmad al -

Rifa`i maka beliau mendatangi jiran barunya dan berkata kepadanya

wahai fulan, engkau telah menghabiskan usia engkau dengan

bermaksiat kepada Allah iaitu enggan mengucapkan syahadah,

sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SallAllahu ‘alaihi

Wasallam pernah berwasiat mengenai hak jiran tetangga antaranya

adalah apa yang diinginkan kepada diri sendiri maka hendaklah

diinginkan kepada jirannya. Wasiat ini memberi faham bawasanya

al-Imam Ahmad menginginkan Islam dan syurga maka begitu juga

jirannya perlukan Islam dan syurga maka beliau mengajarnya

mengucapkan syahadah, akhirnya yahudi tersebut mengucap dua

kalimah syahadah.19

Selain daripada itu juga, pernah seorang anak kecil datang mengadu

kepada beliau kerana mengalami masalah keguguran rambut maka

beliau menyapu kepala anak tersebut maka dengan izin Allah

rambut kanak-kanak tersebut mula lebat sehinggakan beliau

menjadi antara kanak-kanak yang cantik20.

Karamah terbesar beliau adalah apabila beliau menunaikan haji dan

kemudian menziarahi maqam baginda Nabi Muhammad, beliau

memberi salam kepada baginda nabi dan memohon agar baginda

nabi mengeluarkan tangannya untuk beliau mengucup tangan

tersebut dan akhirnya perkara ini diperkenankan oleh Allah, beliau

mengucup tangan Rasulullah dan ini di saksikan oleh ribuan

manusia antaranya adalah al-Syeikh Abd Qadir al-Jailani.21

18 Ibn Mulqin, Tobaqat Al Auliya’ (Kaherah : Maktabah Al Khanji, 1994),

96. 19 Al Soyadi, Abu Huda, Qīladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir Al Rifā‘i

wa Atba‘ihi Al Kabir, (Lubnan : Dar Kitab Al Imiah, 2014), 105. 20 Al Tabba’ Fawwaz, Fuyudhat Al Muhammadiah ‘Ala Tariqat Al

Rifā‘iyah (Lubnan : Book Publisher, 2014), 247. 21 Al Fārusi, Ahmad Izuddin, Irsyad Al Muslimin li Tariqati Al Syeikh

Muttaqin ( t.tp : t.p, t.t ), 89.

Page 9: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

9

Nasihat Al Sayyid Ahmad Al Rifa`i

Al-Sayyid Ahmad Al-Rifa`i terkenal dengan seorang yang wara’

dan setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya adalah hikmah,

hal ini disebutkan oleh seorang tokoh iaitu Ahmad Farid al-Mazidi,

beliau menyatakan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Al

Sayyid Ahmad seluruhnya adalah Hikmah.22 Begitu juga yang

diriwayatkan oleh al-Syeikh Abu Fadhl al-Wasiti al-Syafie ketika

beliau membaca catatan al-Syeikh Abd Sami’ al-Hashimi terhadap

kitab Hikam al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i bahawa sesungguhnya

karya Hikam al-Imam al-Rifa`i sangat berguna dan bermanfaat bagi

diri yang mendapat taufik daripada Allah.23 Beberapa perkataan

beliau yang menghidupkan hati adalah seperti berikut:

1) Sekiranya hati telah menjadi bersih maka hati tersebut akan

menjadi punca mendapat ilham, rahsia, cahaya dan tempat

berkumpulnya malaikat dan sekiranya rosaknya hati maka

hati akan menjadi gelap dan tempat berhimpunnya syaitan.

Hati yang bersih akan sentiasa memberi peringatan kepada

diri engkau akan tetapi hati yang kotor akan menyebabkan

engkau jatuh kepada maksiat dan menghilangkan cahaya

kebahagian.

2) Zuhud adalah asas kepada membawa diri untuk duduk di

martabat yang diredhai oleh Allah dan zuhud juga adalah

perkara pertama yang perlu diperhatikan bagi orang-orang

yang ingin berjalan kepada Allah dan merupakan asas

kepada orang yang memutuskan dunianya selain daripada

Allah dan Reda dengan segala ketentuan Allah, sekiranya

tidak ada zuhud maka tidak ada baginya perjalanan menuju

kepada Allah.

3) Al-Syafaqah atau mempunyai simpati dan kasihan sesama

makhluk adalah jalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

4) Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang tidak

mendatangkan manfaat maka tidaklah manfaat sebarang

perkataan daripadanya.

5) Setiap daripada saudara dan sahabat kalian tidak akan

mendatangkan manfaat baik di dunia ataupun di akhirat.

22 Al Soyadi, Abu Huda, Qalaid Al Zabarjad ‘ala Hikam Maulana Al

Ghaus Al Rifā‘I Ahmad (Lubnan : Dar Kutub Ilmiah, 2007), 4. 23 Ibid, 35.

Page 10: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

10

6) Sekiranya engkau mempelajari tentang sesuatu kebaikkan

maka ajarkanlah ia kepada yang lain agar setiap pengajaran

akan membuahkan kebaikkan kepada engkau.

7) Di antara syarat menjadi ahli sufi adalah tidak melihat

kepada aib kekurangan manusia yang lain.

Mengingati kepada Allah tidak akan berlaku kepada seorang hamba

kecuali hamba tersebut bersih dan suci daripada sebarang kelalaian.

Kewafatan al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i

Pada tahun 578 Hijrah pada usia 66 tahun beliau telah diwafatkan

oleh Allah, beliau al-Sayyid Ahmad menghembuskan nafasnya

pada hari Khamis bersamaan 22 Jamadi Al Awal dengan

penyaksiaan syahadah kepada Allah dan RasulNya, beliau

dikatakan menghadapi sakit yang bersangatan di bahagian perut

yang akhirnya membawa kepada kewafatan beliau. Solat jenazah

beliau telah dihadiri oleh ratusan ribu manusia dan beliau

disemadikan di Ummu Ubaidah Iraq.24

Setelah kewafatan beliau, terdapat beberapa kisah mengenai

mimpi para muridnya terhadap beliau sebagaimana yang

diriwayatkan oleh al-Adni (1976) di antara mimpi tersebut adalah

muridnya melihat beliau di dalam mimpi sedang berada di dalam

halaqah al-Quran maka beliau memerintahkan para muridnya

tersebut untuk membaca al-Quran dan ada yang bertanya kepadanya

wahai Imam bagaimana hal keadaan kami yang tidak tahu membaca

al-Quran maka jawab beliau bacalah surah al-Ikhlas sebanyak tiga

kali kerana pahalanya menyamai pahala mengkhatamkan al-Quran.

Selain daripada al-Adni menaqalkan pernah sat ketika seorang

datang menziarahi kuburnya di Ummu Ubaidah, beliau datang

untuk mengadukan hal-hal kesibukkan dunia maka beliau mendapat

isyarat daripada al-Imam Ahmad dengan katanya pernahkan engkau

melihat nasihat-nasihatku berkaitan dunia ketika hidupku? maka

mengapakah engkau datang mengadu perihal dunia denganku.25

24 Al Sāmira‘i, Mahmud Fadhil, Al Majalis Al Rifā’iyah (Lubnan : Dar

Beirut, 2009), 36. 25 Al ‘Adni, Abu Bakar, Al Qutb Al Kabir Al Rifā‘i, (Mesir : Maktabah Al

Kaherah, 1976), 94.

Page 11: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

11

KETOKOHAN AL SAYYID AHMAD Al RIFA`I

Penulisan al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i

Al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i bukan sekadar mengajar dan

membentuk murid, beliau juga seorang tokoh yang rajin berkarya

dan terdapat juga karya-karya yang ditulis oleh murid-murid kanan

beliau kemudian dinisbahkan kepada beliau di antaranya:

1) Syarah al-Tanbih : Beliau mensyarahkan kitab al-

Tanbih karangan al-Imam al-Syirazi, kitab ini

berkaitan dengan feqah mazhab al-Syafie. Beliau

mensyarahkan karya ini sehingga mencecah enam jilid

kesemuanya.26

2) Hallat Ahli Hakikat ma`a Allah, sebuah kitab hadis

yang menghimpunkan hadis-hadis yang berkaitan

dengan tasawuf, menurut Dr Sa‘ad (2012) ketika

mentakhrij hadis di dalam kitab menyifatkan

bahawasanya kitab ini membawa pembaca menuju

kepada kebenaran serta sampai kepada Allah dan

RasulNya.27

3) Burhan al-Muaiyad, karya ini adalah karya yang

ditulis oleh murid beliau yang mengumpulkan seluruh

isi pembelajaran bersama dengan al-Sayyid Ahmad.

Kitab ini di jadikan rujukan utama oleh para murid dan

pengikutnya sehingga ke hari ini, karya ini telah

dipersembahkan dan dibaca di hadapan al-Sayyid

Ahmad al-Rifa‘i ketika hayat beliau lagi.28

4) Risalah Akidah oleh al-Sayyid Ahmad al-Rifa‘i,

risalah ini adalah ditulis oleh muridnya al-Sayyid Abd

Hamid yang merupakan seorang pembesar. Beliau

bertanya kepada gurunya mengenai akidah maka al-

26 Al Sāmira‘i, Mahmud Fadhil, Al Majalis Al Rifā’iyah, (Lubnan : Dar

Beirut, 2009), 39. 27 Al RIfā‘i, Ahmad, Hallatun Ahli Hakikat Ma‘a Allah, Tahkik : Dr Sa‘ad

Abdul Aziz ( Bait Jami’ Al Rifā‘I : t.p, 2012), 3. 28 Al Wasiti, Abd Sami’, Al Burhan Al Muayyad li Sohib Mad Al Yad

(Lubnan : Dar Al Kutub Al Ilmiah, 2010), 97.

Page 12: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

12

Sayyid Ahmad memerintahkan beliau mengambil

kertas dan pen untuk menyalin akidah yang disebutkan

oleh al-Sayyid Ahmad al-Rifa‘i.29

5) Al Hikam al-Rifa‘ieyah, sebuah kitab yang

menghimpunkan perkataan-perkataan hikmah al-

Sayyid Ahmad, al-Samira‘i ( 2009 ) menyatakan kitab

ini antara kitab yang penting di dalam mendidik adab

seorang murid dengan guru dan telah diterjemahkan ke

dalam Bahasa urdu dan turki.30

Murid-Murid al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i

Al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i juga berjaya mengkader para muridnya

dan kebanyakkan mereka menjadi ulama yang terkenal, al-Syeikh

Abu Hasan al-Wasiti menyatakan murid beliau mencecah seramai

280 ribu orang31 antara murid-murid beliau :

1) Al-Syeikh Abdullah Abu al-Hasan al-Baghdadi

2) Al-Syeikh Fadhl al-Bato‘ihi

3) Al-Syeikh Yusuf al-Husaini al-Samarqandi

4) Al-Syeikh Abu Hamid Ali bin Nuaim al-Baghdadi

5) Al-Syeikh Umar al-Harauwi al-Ansori

6) Al-Syeikh Abu Syuja’ al-Syafi’i

7) Al-Syeikh Umar al-Fārusi

8) Al-Syeikh Jamaluddin al-Khatib al-Haddadi

Pujian Ulama kepada al-Sayyid Ahmad al-Rifā‘i

Sumbangan dan ketokohan al-Sayyid Ahmad al-Rifa‘i telah dipuji

oleh para ulama antara yang memuji beliau adalah al-Syeikh Abd

Sami’ al-Wasiti, beliau adalah tanda kebesaran Allah dan umpama

29 Al Wasiti, Ali, Khulasatun Al Iksir fi Nasabi Saidina Al Ghaus Al Rifā‘i,

( Mesir : Matba‘ah Al Khairiah, 1306H ), 61. 30 Al Sāmira‘i, Mahmud Fadhil, Al Majalis Al Rifā’iyah, (Lubnan : Dar

Beirut, 2009), 40. 31 Al Wasiti, Ali, Khulasatun Al Iksir fi Nasabi Saidina Al Ghaus Al Rifā‘i,

( Mesir : Matba‘ah Al Khairiah, 1306H ), 40.

Page 13: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

13

mukjizat daripada mukjizat Rasulullah yang masih ada di bumi,

beliau berjalan di atas al-Quran dan al-Sunnah Nabi Muhammad.32

Selain daripada itu al-Rafi’i (1301 H ) juga meriwayatkan pujian

daripada al-Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan mengumpamakan

al-Sayyid Ahmad sebagai hujah dan bukti keagungan Allah yang

dizahirkan melalui kekasihnya pada zaman ini.

Bahkan beliau dipuji sebagai ulama syariat dan hakikat,

kehidupan yang dizahirkan oleh al-Sayyid Ahmad adalah

kehidupan Rasulullah S.A.W.33

Keilmuan beliau juga dipuji oleh ulama sehinggakan al-Imam

Abu Syuja’ mengatakan beliau adalah seorang yang terlalu alim,

ilmunya umpama gunung, beliau seorang yang faqih lagi alim,

seorang yang menguasai ilmu tafsir dan hadis, seorang yang kuat

ingatan, beliau merupakan senjata Allah di dalam berhujah dan

beliau mewarisi akhlak nendanya Rasulullah.34

al-Sayyid Ahmad juga seorang yang layak dijadikan ikutan

dan idola, beliau seorang yang zuhud dan rendah diri bahkan

sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimiliki, beliau juga

seorang yang tidak memandang kepada kemewahan dunia kerana

hati beliau yang bersih.35

Berkata al-Imam Ya’kub yang merupakan khadam kepada al-

Imam Ahmad al-Rifa‘i, sesungguhnya beliau seorang yang sentiasa

merendah diri dan sentiasa menghiasi dirinya dengan adab-adab

yang terpuji serta sentiasa meniru akhlak baginda Nabi

Muhammad.36 Bahkan beliau juga sentiasa mendampingi anak-anak yatim,

menurut al-Syeikh Muqadam sehinggakan beliau di gelar sebagai

bapa kepada anak yatim dan sentiasa menyantuni para miskin,

32 Al Rāfi‘I, Abd Karim, Sāwadu Al ‘Ainain fi Manaqib Al Ghaus Abi

‘Alamain ( t.tp: t.p, 1301 H ), 9. 33 Al Wasiti, Abd Sami’, Al Burhan Al Muayyad li Sohib Mad Al Yad

(Lubnan : Dar Al Kutub Al Ilmiah, 2010), 40. 34 Al Tabba’, Fawwaz, Jauharatul Sa‘I fi Sirah Al Sayyid Ahmad Al Rifā‘i

(Lubnan : Book Publisher, 2014), 30. 35 Yusuf Hashim, Sirah wa Al Tarjamah Al Sayyid Ahmad Al Rifā'i Muasas

Tareqat Al Rifā'iyah, (Kuwait : 2001), 53. 36 Al Kandah, Abd Hamid, Saidina Ahmad Al Rifā‘I Batlu Al ‘Aqidah wa

Farisu Al-Tauhid, (Lubnan : Book Publisher, 2013), 45.

Page 14: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

14

beliau sendiri pernah menyatakan berkasih sayang dengan manusia

adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah.37

PENGARUH Al-SAYYID AHMAD AL-RIFA`I

Keilmuan Al-Sayyid Ahmad Al-Rifa`i

Al-Sayyid Ahmad seorang tokoh ulama yang sangat dikagumi

bukan semata-mata di dalam ilmu tasawuf sahaja bahkan beliau

dikenali di dalam setiap bidang ilmu. Menurut al-Syeikh Abu

Zakaria al-Asqalani ketika beliau menziarahi al-Sayyid Ahmad di

Iraq, beliau mendapati lebih daripada seratus ribu orang yang

berada di rumah beliau yang terdiri daripada para pemimpin, ulama

dan orang awam yang datang untuk berbincang mengenai

permasalahan ilmu manakala selepas zohor al-Sayyid Ahmad akan

memberikan syarahan agama, pada hari Khamis majlis beliau akan

dihadiri oleh para ulama Iraq bahkan kebiasaannya al-Sayyid

Ahmad akan mengadakan sesi soal jawab sehinggakan terkadang

soalan yang ditanya kepada beliau mencecah sehingga 200 soalan

yang terdiri daripada permasalahan usuludin,tafsir,hadis, feqah

serta soalan umum dan kesemuanya dijawab oleh al-Sayyid

Ahmad.38

al-Zahabi (2001) juga mengatakan bahawasanya al-Sayyid

Ahmad al-Rifa`i seorang yang faqih di dalam mazhab Syafi‘e

bahkan beliau juga menguasai mazhab-mazhab yang lain39.

Kefaqihan beliau di dalam bidang feqah sehinggakan beliau

dijadikan rujukan ketika berlaku perselisihan hukum dikalangan

ulama feqah, hafalan beliau yang begitu kuat sehinggakan para

ulama mengatakan apabila beliau membaca hadis seakan-akan

hadis tersebut telah diletakkan di dadanya kerana tidak ada huruf

yang tertinggal bahkan apabila beliau memulakan bicara maka akan

keluarlah lautan ilmu daripadanya.40

37 Ibid. 38 Al Rāfi‘i, Abd Karim, Sāwadu Al ‘Ainain fi Manaqib Al Ghaus Abi

‘Alamain, ( t.tp:t.p, 1301 H ), 7. 39 Al Zahabi, Muhammad, Siyaru Al ‘Alam Al Nubala’, Juz 21 (Mesir :

Muāsasah Al Risalat, 2001 ), 79. 40 Al Wasiti, Abd Sami’, Al Burhan Al Muayyad li Sohib Mad Al Yad,

(Lubnan : Dar Al Kutub Al Ilmiah, 2010), 52.

Page 15: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

15

Tasawuf menurut Al-Sayyid Ahmad Al-Rifa`i

Menurut al-Imam Ahmad al-Rifa`i tasawuf adalah menyeru

manusia untuk berpegang dengan Al Quran dan mengikut

perjalanan Rasulullah dan beliau al-Sayyid Ahmad adalah antara

tokoh ulama yang lantang di dalam menolak dakwaan-dakwan

sebahagian daripada perkara yang bercanggahan dengan akidah

yang sahih. Beliau menyatakan barangsiapa yang tidak menghiasi

perkataan, perbuatan dan halnya dengan al-Quran dan al-Sunnah

pada setiap waktu nescaya kami tidak mengiktiraf mereka, beliau

juga menekan konsep kesufian dengan mengatakan ahli sufi adalah

orang yang jauh daripada sebarang keraguan di dalam akidah dan

meyakini bahawasanya Allah Taala itu adalah esa pada zat, sifat dan

perbuatannya serta tiada sekutu baginya,

Tareqat Al Rifa`iyah

Al-Imam Ahmad juga berjaya mewujudkan pengaruhnya melalui

pengamalan tareqat, pengamalan tareqat ini telah berkembang

maju. Tareqat Al Rifa`iyah di ambil sempena dengan nama

pengasasnya al-Imam Ahmad al-Rifa`i.

Al-Imam Abu Huda al-Soyadi adalah seorang pengembang

bagi perjalanan tareqat ini beliau telah membuka pusat-pusat ilmu,

masjid-masjid dan zawiyah yang berasaskan dengan pengamalan

tareqat al rifa`iyah, beliau telah membuka lebih daripada 20 buah

pusat perkembangan tareqat ini ketika zaman Kerajaan Islam Turki

Uthmaniah di bawah pemerintahan Sultan Abd Hamid pada tahun

1877. Di antara kawasan yang dihidupkan dengan amalan tareqat

ini adalah di Syria, Istanbul dan Iraq.41

Tareqat al-Rifa`iyah merupakan satu pengamalan

pembentukkan jiwa dan menekakan beberapa elemen yang penting

sebagaimana yang di nyatakan oleh al-Imam Abu Huda al-Soyadi

di kitabnya Tareqat al-Rifa`iyah42 menegaskan bahawasanya

perjalanan tareqat ini menekankan tauhid dengan mengesakan

Allah Taala serta mensucikannya daripada sifat-sifat makhluk.

Selain daripada itu adalah mengangungkan al-Quran dengan

mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya

41 Al Soyadi, Abu Huda, Kitab Al Tariqat Al Rifā‘iyah, Tahkik Yusuf

Hashim ( Kuwait : t.t ), 7. 42 Al Soyadi, Abu Huda, Kitab Al Tariqat Al Rifā‘iyah, ( Mesir : Matba‘ah

Al Sa‘adah : t.t ), 6.

Page 16: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

16

serta tidak mentakwilkan ayat-ayatnya mengikut kefahaman

sendiri.

Tareqat ini juga mewajibkan keimanan yang kukuh terhadap

apa yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad dengan keyakinan

melalui hati, ikrar dan amalan serta menjadikan ihsan sebagai asas

keimanan. Beliau juga menegaskan bahawa tareqat ini

mementingkan zikir yang berterusan yang tidak terkira bilangannya

serta sebanyak turun naik nafas.

Tareqat al-Rifa`iyah ini juga mengutamakan mahabbah atau

kasih sayang, kasih sayang yang sepenuhnya perlu diberikan

kepada baginda Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarganya dan

para sahabatnya, kasih sayang kepada nabi Muhammad perlu

dizahirkan dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda nabi.

Amalan ini perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh

dengan adab.

Selain daripada itu perjalanan tareqat ini adalah menolak

dakwaan wehdatul wujud dan hulul iaitu kesatuan antara Allah dan

makhluknya, perkataan-perkataan yang melanggar syariat juga

perlu dijauhkan daripada tareqat ini.

Prinsip-Prinsip Tareqat Al Rifā‘iyah

Prinsip-prinsip tareqat ini adalah dengan meletakkan al-Quran dan

al-Sunnah sebagai sandaran asas kepada perjalanannya, setiap

daripada perbuatan, perkataan dan amalan yang bercanggah dengan

al-Quran dan al-Sunnah atau Syariat Agama Islam maka ianya akan

tertolak. Sesungguhnya al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i pernah

menyatakan sesungguhnya tareqat aku ini dibina dengan beberapa

perkara yang penting dan wajib menjadi pegangan muridnya, di

antara prinsipnya adalah:43

1) Wajib ke atas ahli tareqat mengenali Allah dengan sifat-

sifatNya yang sempurna

2) Iqrar dengan Rububiah Allah iaitu meyakini Allah Taala

adalah tuhan yang disembah, diminta pertolongan dan

Dialah tuhan yang mencipta serta mentadbir alam.

43 Al Kandah, Abd Hamid, Saidina Ahmad Al Rifā‘I Batlu Al ‘Aqidah wa

Farisu Al-Tauhid, (Lubnan : Book Publisher, 2013), 34

Page 17: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

17

3) Ikhlas ketika berubudiyah kepada Allah, setiap ahli tareqat

perlu memelihara hati supaya ikllas ketika beramal dan

beribadah kepada Allah.

4) Menzahirkan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

5) Beriman dengan setiap daripada janji Allah, para ahli

hendaklah meyakini Allah adalah tuhan yang mencukupkan

rezeki seseorang hamba.

6) Reda dengan segala ketentuan Allah Taala kepada

hambaNya.

7) Mencintai sesuatu kerana Allah dan Membenci sesuatu

kerana Allah.

8) Mengenali hakikat dan peringkat nafsu serta berusaha

untuk melawan setiap nafsu yang jahat dan meningkatkan

nafsu kepada menghampiri Allah.

9) Memerangi Syaitan dengan tidak mengikuti segala pujuk

rayunya

10) Khauf atau merasa takut kepada Allah, setiap ahli merasa

takut daripada ditolak oleh Allah dan dijauhkan daripada

rahmat Allah.

Sanad Tareqat Al-Rifa`iyah

Perjalanan tareqat yang sahih perlu diperhatikan melalui jalur sanad

seseorang, al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i bersambung sanad dengan

guru-gurunya mulia dan terdapat dua jalur sanad beliau yang

masyhur.44

Jalur sanad pertama, beliau al-Sayyid Ahmad mengambil

daripada gurunya al-Syeikh Ali Abu Fadhl al-Qari’ al-Wasiti

daripada al-Syeikh Abu Fadhl Bin Kafih daripada al-Syeikh

Ghulam bin Tirkan daripada al-Syeikh Ibn Ali al-Ruzbadi daripada

al-Syeikh Ali daripada al-Syeikh Abu Bakar al-Syibli daripada al-

Syeikh al-Imam Abu Qasim Junaid al-Baghdadi daripada bapa

saudaranya al-Syeikh al-Sari al-Saqati daripada al-Syeikh Makruf

al-Karkhi daripada al-Syeikh Daud daripada al-Syeikh Habib al-

Ajmi daripada al-Syeikh Abu Said Saidina Hassan al-Basri daripada

al-Imam Ali Bin Abu Talib daripada baginda Nabi Muhammad

SAW.

44 Al Soyadi, Abu Huda, Qīladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir Al Rifā‘i

wa Atba‘ihi Al Kabir (Lubnan : Dar Kitab Al-Imiah, 2014), 277.

Page 18: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

18

Jalur sanad kedua, beliau al Sayyid Ahmad mengambil

daripada bapa saudaranya al-Syeikh Mansur al-Bato‘ihi, daripada

bapa saudaranya al-Syeikh Abu Mansur al-Toyyib daripada anak

saudaranya al-Syeikh Abu Said Yahya al-Bukhari al-Ansori

daripada al-Syeikh Abu al-Qirmizi daripada al-Syeikh Abu Qasim al-Sandusi al-Kabir daripada al-Syeikh Abu Muhammad al -

Baghdadi daripada bapa saudaranya al-Syeikh Sari al-Saqati

daripada al-Syeikh Makruf al-Karkhi daripada al-Imam Ali Ridha

daripada bapanya al-Imam Musa al-Kazim daripada bapanya al

Imam Jaafar al-Sadiq daripada bapanya al-Imam Muhammad al-

Baqir daripada bapanya Ali Zainal Abidin daripada bapanya al

Imam Husin daripada bapanya al-Imam Ali bin Abu Talib daripada

Rasulullah SAW.

Kesimpulan

Perkembangan ilmu tasawuf dan tareqat pada era ini semakin

mendapat tempat dikalangan masyarakat, al-Sayyid Ahmad al

Rifa`i adalah salah seorang pengasas ilmu tasawuf dan tareqat,

ketokohan beliau jelas dilihat melalui penulisan dan perkembangan

tareqat beliau yang wujud pada hari ini. Penulis juga melihat

bahawasanya kajian mengenai biografi tokoh ini perlu diperluaskan

hal ini kerana ketokohan beliau masih tidak diketahui khususnya

oleh masyarakat nusantara ini sedangkan beliau adalah salah

seorang tokoh yang menjadi rujukan oleh para ilmuan semenjak

zaman berzaman.

Rujukan

Al-‘Adni, Abu Bakar. Al Qutb Al Kabir Al Rifa`i. Mesir :

Maktabah Al Kaherah, 1976.

Ibn Mulqin. Tobaqat Al Auliya’. Kaherah : Maktabah Al

Khanji, 1994.

Al-Farusi, Ahmad Izuddin. Irsyad Al Muslimin li Tariqati Al

Syeikh Muttaqin. T.tp : t.p, t.t .

Al-Kandah, Abd Hamid. Saidina Ahmad Al Rifa`i Batlu Al

‘Aqidah wa Farisu Al Tauhid. Lubnan : Book

Publisher, 2013.

Page 19: PENGASAS TAREKAT AL-RIFA`IYYAH - qalbujournal.comqalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/... · Keywords: al-Rifa`i, Tasawuf, Tarekat. ... beliau sempat hidup sezaman dengan al-Imam

Mohd Zulhafizi, “Pengasas Tarekat al-Rifā‘iyyah...”, Jurnal Qalbu 4.1 (Dis 2017): 1-19

19

Al-Rafi‘i, Abd Karim. Sāwadu Al ‘Ainain fi Manaqib Al

Ghaus Abi ‘Alamain. T.tp: t.p, 1301 H.

Al-Rifa`i, Ahmad. Hallatun Ahli Hakikat Ma‘a Allah, Tahkik

: Dr Sa‘ad Abdul Aziz. Bait Jami’ Al Rifa`i : t.p, 2012.

Al-Samira`i, Mahmud Fadhil. al-Majalis al-Rifa’iyah.

Lubnan : Dar Beirut, 2009.

Al-Saqqar, Jamal. Majma’ ‘Alamain fi Manaqib Abi

‘Alamain. Lubnan : Dar Al Masyari’ li Al Tibaah wa

Al Tauzi’, 1994.

Al-Soyadi, Abu Huda. Kitab Al Tariqat Al Rifa`iyah. Mesir :

Matba‘ah Al Sa‘adah : t.t .

_________________. Kitab Al Tariqat Al Rifa`iyah. Tahkik

Yusuf Hashim. Kuwait : t.t.

_________________. Qiladatu Al Jawāhir fi Zikri Al Kabir

Al Rifa`i wa Atba‘ihi Al Kabir. Lubnan : Dar Kitab Al

Imiah, 2014.

Al-Tabba’ Fawwaz. Fuyudhat Al Muhammadiah ‘Ala Tariqat

Al Rifa`iyah. Lubnan : Book Publisher, 2014.

Al-Wasiti, Abd Hamid. Tiryaq Al Muhibbin fi Tobaqati

Khirqat Al Masyaikh Al ‘Arifin. Bait Jami’ Al Rifa`i,

1305H.

Al-Wasiti, Ali. Khulasatun Al Iksir fi Nasabi Saidina Al

Ghaus Al Rifā‘i. Mesir: Matba‘ah Al Khairiah, 1306H.

Al-Zahabi, Muhammad. Siyaru Al ‘Alam Al Nubala’. Juz 21

Mesir: Muāsasah Al Risalat, 2001.