seni oriental china.docx

14
Seni tembikar Seni Cina menurut ahli sejarah, kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah seni tembikar.Bidang kesenian Cina tembikar kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datangnya dari negeri China. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. Seni Bina Tembok Besar China Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Dalam masa

Upload: gyheng

Post on 03-Oct-2015

294 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

Seni tembikarSeni Cina menurut ahli sejarah, kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah seni tembikar.Bidang kesenian Cina tembikar kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datangnya dari negeri China. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil.

Seni Bina Tembok Besar China

Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia.Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Stadium Nasional Beijing : Stadium Sarang Burung

SENI ARCA

Gua Pahatan Batu Longmen

Rock-cut Buddhist Monastery, Yungang, Datong, Shanxi Province, China

Qin Shi Huang, Bing Ma Yong, China

SENI UKIRAN

Dalam seni ukir ,ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir.

Dari segi aspek seni lukis atau catan, dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Antaranya Su Dongpo pada zaman dinasti Song.Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.

Lukisan bulu unggas ini merupakan sejenis seni tradisi yang unik di China. Ia menggunakan bulu unggas sebagai bahan untuk mencipta gambaran seperti pemandangan, tokoh-tokoh terpilih, bunga, burung, ikan dan binatang, dan kelihatan sangat istimewa. Kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Contohnya, burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isteri. Orkid, simbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti.Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom. Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu xieyi (bebas tangan) dan gongbi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Seni lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han. Latar belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warna diambil daripada centa dan ajaran agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang tinggalan dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai tulisan klasik mereka.Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman dinasti Tang. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni lukis dinasti Tang. Kesan corak Lingnan shanshui dari dinasti Song banyak terdapat dalam lukisan landskap Jepun.

Pelukis China, Zhang Ding

Zhang Ding telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan lukisan tradisi China pada zaman moden. Pelukis terkenal, Yuan Yunfu berkata, "Pembaharuan lukisan China dimulakan oleh Encik Zhang Ding. Segala yang menarik dalam alam kelihatan dalam karyanya. Semua karyanya memperlihatkan hasratnya untuk berpadu dengan alam."

Menurut Buck Tee, lukisan berus memerlukan kemahiran tersendiri daripada setiap individu yang mahu mempelajarinya. Paling penting, setiap orang perlu melukis dari hati dan jangan sesekali berputus asa jika sukar mengikuti kelas pada peringkat awal pembelajaran."Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada evolusi lukisan tradisional China adalah penggunaan bahan material dan pengaruh mereka pada bentuk artistik dan teknik.

Zhongguo jie (seni simpul tali/Seni Ikatan Tali China)

Zhongguo jie atau seni simpul / anyaman dari tali (biasanya berwarna merah) sering kita lihat di rumah-rumah orang China. Anyaman ini sudah mulai dikenal sejak mereka menggunakan kulit bulu binatang di tubuh untuk menghindari sengatan hawa dingin ribuan tahun yang lalu. Selain itu pada zaman dulu digunakan pada zaman sebelum ada tulisan sebagai tanda pengenal dan catatan harian. Seni ikatan tali China dengan corak yang berlainan bentuknya membawa makna yang berbeza: kemakmuran ,kekayaan, kegembiraan dan kesejahteraan, kesihatan dan lain-lain. Seni ikatan tali China ini dianggap sebagai tanda restu di kalangan rakyat. Terdapat juga sejenis seni ikatan tali yang dianggap dapat digunakan untuk mengelakkan diri daripada gangguan syaitan dan bencana.

Seni Perhiasan Kertas ( JIAN ZHI )

Jian Zhi diperkenalkan pada dinasti Han, yang dilakukan oleh sekolompok masyarakat tionghoa untuk menghias rumahnya. Seni mengunting kertas sangat popular terutama untuk perayaan Tradisi China. Kesenian ini menyebar keseluruh dunia. Pada zaman dinasti Ching, seni mengunting kertas berkembang dengan mengunakan kertas berwarna, sehingga memiliki banyak variatif dan warna yang indah

Ada 2 cara membuat kesenian ini. yang pertama mengunakan gunting, dan satu lagi mengunakan carter, atau silet, atau pisau kecil

SENI TULISAN

KALIGRAFI Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Wang Xianzhi, "Fu on the Goddess of the Luo River," Jin Dynasty, (regular script)

Selain itu, terdapat enam jenis tulisan yang masih digunakan masa sekarang . Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini ialah kaishu, lishu, xingshu, caoshu . Setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup.

Xing shu menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur.

Zhuangshu

Caoshu adalah tulisan yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur.

OPERA BEIJING

Opera Beijing adalah seni pentas yang memadukan kemampuan seni drama, menyanyi, tari, dan tidak jarang pula diisi dengan aksi akrobat dan bela diri dengan para pelakonnya memakai pakaian bercorak warna-warni diiringi musik yang merupakan instrumen tradisional negeri Cina itu.

Warna merah mewakili keberanian .Warna ungu pula bermaksud kebijaksanaan Warna hitam mewakili tokoh yang tegas. Warna kuning mewakili tokoh yang brutal. Warna emas dan perak mewakili tokoh magis.

SENI PAKAIAN

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.