pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu dalam falsafah pendidikan kebangsaan (fpk) dalam membina...

12
Hasilkan satu kertas kerja pendek sekitar 1000-1500 perkataan yang menghuraikan pandangan Tamadun Islam terhadap konsep ilmu dan sejauh manakah pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia. Apakah itu tamadun?.Menurut definisi tamadun itu sendiri, ia berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Secara umum,tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Manakala menurut ahli falsafah barat seperti Arnold J. Toynbee dia beranggapan tamadun adalah suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang- undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak. Syed Muhammad Naqiub al-Attas menyatakan,tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antarabangsa.Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam.Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis.Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah.Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Pembahagian ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai cabang ilmu. Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 27-Jul-2015

1.459 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Hasilkan satu kertas kerja pendek sekitar 1000-1500 perkataan yang

menghuraikan pandangan Tamadun Islam terhadap konsep ilmu dan sejauh

manakah pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia.

Apakah itu tamadun?.Menurut definisi tamadun itu sendiri, ia berasal dari

perkataan Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah

laku. Secara umum,tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Ia

merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu

pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian,

perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Manakala menurut ahli falsafah

barat seperti Arnold J. Toynbee dia beranggapan tamadun adalah suatu pemikiran

dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,

kesusasteraan, agama dan akhlak. Syed Muhammad Naqiub al-Attas

menyatakan,tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang

telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

masyarakatnya.

Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk

antarabangsa.Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir

daripada Tamadun Islam.Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-

Quran dan al-Hadis.Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian

Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan

manusia keseluruhannya.Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak

dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai

Rasul Allah.Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana

tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda.

Pembahagian ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai cabang ilmu. Menuntut

ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w.

” مسلم كل على فريضة العلم ”طلبMaksudnya: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”

Saya mengambil pedekatan Ilmu yang dinyatakan oleh ilmuan Islam.Ibnu Khaldun

1

Page 2: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

dan Imam Al-Ghazali(1988).Mereka membahagikan ilmu mengikut cabang dan keperluan ilmu tersebut.

Pembahagian Ilmu Mengikut Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian,Fardu Ain

dan Fardu Kifayah.Dia telah menyatakan bahawa Fardu Ain merupakan cabang ilmu

berkenaan Allah S.W.T manakala Fardu Kifayah merupakan ilmu yang berlandaskan

keperluan.Apa yang saya ingin ulas berkenaan pembahagian ini,kedua-dua ilmu ini

saling melengkapi antara satu sama lain.

Contohnya,perbuatan membaca Al-Quran merupakan sunat hukumnya,

namun membacanya dengan hukum Tajwid dan cara sebutan huruf adalah

wajib.Maka, dapat saya tafsirkan bahawa kedua-dua ilmu ini tidak dapat

dipisahkan.Begitu juga dalam konteks yang lebih terbuka, bidang Kejuteraan

dikategorikan sebagai Ilmu Fardu Kifayah,namun apabila menyentuh aspek kerja

dan etika yang sewajarnya ia akan merujuk kepada bahagian Fardu Ain.

Saya berpendapat bahawa, kedua-dua bahagian ilmu ini tidak seharusnya

dipisahkan.Ini kerana, kesepaduan ilmu tidak akan wujud sekiranya kedua-duanya

dipisahkan Oleh itu pendekatan dan penerapan ilmu dalam kalangan murid

seharusnya merangkumi kedua-dua ilmu ini.Berpeganglah kepada kata-kata

Rasulallah S.A.W,”Bekerjalah kamu seumpama kamu akan hidup seribu tahun dan

2

Ilmu( العلم (

Fardu Ain

Ilmu berkenaan Allah

Tauhid

FeqahTasawuf

Fardu Kifayah

Ilmu berkenaanKeperluan

Perubatan

Kejuruteraa

n

Peindustria

n

Page 3: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

beribadatlah kamu seumpama kamu akan mati pada hari esok”.Rasulallah cuba

menyatakan bahawa untuk menjadi mukmin yang sejati tidak semestinya

menumpukan amalan akhirat sahaja namun mengambil kira juga keperluan dunia.

3

Page 4: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Pembahagian Ilmu Mengikut Ibnu Khaldun

4

Ilmu( العلم )

Al-Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah

• Ilmu yang didapati melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah

Ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah

• Ilmu yang diusahakan oleh akal manusia.

Ilmu Tafsir Ilmu Qiraah Ulum Hadith Usul Fiqh Ilmu Fiqh Ilmu Kalam Ilmu Bahasa

Ilmu Matematik Ilmu Handasah Ilmu Hay’ah Ilmu Mantiq Ilmu Tabie Ilmu Ilahiyyat Ilmu Sihir Ilmu Rahsia Huruf Ilmu Kimia

Page 5: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Ibnu Khaldun pula memperincikan konsep asal Ilmu daripada Imam Al-

Ghazali. Dia mengelaskan ilmu kepada dua. Ilmu yang pertama dinamakan al-Ulum

al-Naqliyyah al-Wadiyyah (the traditional sciences), iaitu ilmu yang didapati

melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dan yang kedua dinamakan

al-Ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah (the philosophical sciences), iaitu ilmu yang

diusahakan oleh akal manusia.

Ilmu yang dibicarakan adalah lebih terperinci dan jelas dimana Ibnu Khaldun

menyatakan ilmu itu berpandukan dua sumber iaitu yang pertama dari Allah dan

yang kedua dari pemikiran(akal) manusia.Sememangnya tidak dapat dinafikan

bahawa Ilmu yang lahir dari Allah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.Kedua-dua

merupakan sumber rujukan dalam merangka ilmu yang lahir daripadanya.Seperti

yang kita ketahui bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah.

Ilmu yang kedua pula berteraskan pemikiran yang lahir dari akal

manusia.Setiap ilmu itu lahir dari cetusan idea,pemerhatian,praktikal dan segala

bentuk proses yang membawa kepada kelahiran ilmu-ilmu tersebut.Hubungan antara

kedua-dua ilmu ini juga tidak dapat di pisahkan.Ini kerana ia juga saling melengkapi

antara satu –sama lain.Kita ambil contoh yang membuktikan bahawa Al-Quran

adalah sumber ilmu yang lengkap untuk menerokai segala ilmu yang ada.

Saya nyatakan ayat –ayat Al-Quran yang menyebut beberapa bidang sains,

Botani Surah al-Hirr ayat 5,Zoologi Surah al-Nur ayat 45,Surah al-Nahl ayat 68 dan

69. Ayat-ayat dalam surah ini ada merujuk kepada ilmu Sains yang begitu di

agungkan oleh barat apabila menyentuh kepada penemuan-penemuan yang mereka

nyatakan.Sedangkan Al-Quran telah memberikan bukti penemuan yang jauh lebih

dahulu menyatakannya.

Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan budaya ilmu dalam tamadun dunia.

Budaya ilmu dalam masyarakat Cina memberikan penekanan kepada amalan, dan

tidak pada ajaran falsafah.Manakala, pendapat masyarakat India kuno memberi

penekanan pada bidang falsafah. Mereka juga menekankan pendidikan bagi

golongan Brahmin.Bagi masarakat yang beteraskan budaya ilmu,iaitu Tamadun

Yunani, yang berteorikan ilmu dan akhlak yang berkaitan tetapi dari segi amalan

masih terdapat percanggahan

5

Page 6: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Matlamat Ilmu dalam Islam menyatakan bahawa akal membolehkan manusia

berusaha menuntut ilmu pengetahuan sama ada mencakupi kehidupan duniawi

mahupun berkaitan dengan ukhrawi.Malah,mampu membimbing manusia

mengetahui hakikat kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Berbicara pula berkenaan

budaya ilmu, ia bermaksud, “kewujudan suatu keadaan dimana setiap lapisan

masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan

kegiatan keilmuan di setiap kesempatan.Dalam budaya ini, ilmu dianggap suatu

keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap

peringkat.Di samping itu kelebihan orang berilmu bukan sahaja mampu

meningkatkan keimanan, firmanNya dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud,

“Allah SWT meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan

ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Definisi pendidikan dalam Islam menyatakan pendidikan adalah sesuatu yang

merangkumi cara hidup yang sempurna.Ia mempunyai keseimbangan di antara

pembinaan akal, roh dan jasad; di antara ilmu, iman dan amal, dan di antara

pemikiran dan kehidupan. Pendidikan menyerapkan ilmu pengetahuan ke dalam

bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktikal bagi membentuk

peribadi dan watak,serta mencungkil bakat yang terpendam.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) bermatlamat membina individu

negara Malaysia yang mampu bersaing dan memiliki aspek penting yang

merangkumi jasmani,emosi,rohani dan intelek.Jika kita lihat matlamat pendidikan

dalam Islam juga menyentuh aspek-aspek yang dinyatakan dalam FPK.Justeru FPK

itu sendiri merupakan hasil dari asimilasi yang dilakukan bagi memantapkan elemen

yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan Islam.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) ada menyentuh

perkara berkenaan Memperkasakan Pendidikan.Jika kita lihat Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM)

manggunakan pendekatan yang lebih mantap hasil daripada penambahbaikkan yang

dilakukan.

Pendekatan pendidikan yang bersepadu dapat dijalankan dengan lebih

menyeluruh.Aspek yang ditekankan merangkumi semua aspek yang digarapkan,

agar kesepaduan itu dapat dicapai.Saya mengeluarkan pendapat ini hasil daripada

pemerhatian saya,ketika saya belajar disekolah rendah pada tahun 1997-2002 dan

apabila saya mengikuti perkembangan pendidikan.Sistem pembelajaran telah

6

Page 7: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

digubal selaras dengan perkembangan semasa.Pengenalan matapelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan dan juga pengenalan beberapa rangka kerja bagi

memperkasakan pendidikan telah dijalankan.

Hasilnya,sistem pendidikan bertambah mantap dan lebih menyeluruh.Ia

menjurus kepada matlamat FPK dan sekaligus menerapkan semua nilai-nilai murni

yang di harapkan.Baru-baru ini,Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin

Yassin,mengesa agar guru-guru dapat menjadikan corak pembelajaran dan

pengajaran lebih menyeronokan.Beliau juga menyatakan, kegiatan ko-kurikulum juga

harus dijalankan secara berkesan dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Tidak dapat dinafikan hasil daripada penerokaan ilmu yang lebih menarik dan

menghiburkan mampu menarik minat pelajar dalam menimba ilmu.Ini bagi

menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar.Sehubungan dengan itu

kegiatan ko-kurikulum juga menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar dalam

usaha mencapai hasrat FPK itu sendiri.Sememangnya cara pendekatan dan

perangkaan program serta strategi dalam melaksanakan hasrat FPK adalah bentuk

matlamat yang menyentuh aspek matlamat pendidikan dalam Islam.

Jelaslah disini bahawa, pembinaan Tamadun Malaysia hasil daripada

pelaksanaan dasar FPK mampu dilaksanakan sekiranya ia berlandaskan hukum dan

syarak Islam itu sendiri.Sememangnya kita tidak dapat lagi sangkal lagi penyataan

yang menyatakan bahawa Tamadun Islam itu adalah sebuah tamadun yang

menyeluruh.Maka, tidak hairanlah sekiranya kita imbas kembali bagaimana

Tamadun Islam itu membangun secara mendadak hasil daripada salah satu

aspeknya iaitu ilmu.

Pembinaan Tamadun Malaysia juga akan dapat dijalankan dengan jayanya

sekiranya penerapan yang diambil hasil daripada asimilasi Tamadun Islam itu

dijalankan dengan sepenuhnya.Sekiranya modal insan yang lahir itu seperti yang

digarapkan,maka,kelahiran Tamadun Malaysia sebagai sebuah negara yang maju

dan seimbang dari segala aspek dapat dicapai.Ia tidak lagi menjadi sebuah angan-

angan dan mimpi.Allah ada berfirman bahawa”Nasib sesuatu kaum itu tidak akan

berubah melainkan mereka sendiri mengubahnya”.

Kesimpulannya, penghayatan Islam sebagai ritual atau amalan kerohanian

sahaja tidak membawa apa-apa erti kepada penghayatan beragama seseorang

muslim itu,sebaliknya mestilah diamalkan dalam aspek–aspek kehidupan lain secara

menyeluruh. Sekiranya dia bercita-cita melihat munculnya masyarakat yang bersifat

7

Page 8: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

madani, menyayangi dunia dan merindui akhirat, dia harus mempersiapkan diri

membina sebuah keluarga yang bersedia daripada segi fizikal, emosi dan mental

untuk mengharungi pelbagai dugaan dalam masyarakat, bersedia untuk

memperbaiki masyarakat dengan amar makruf yakni mencegah kemungkaran

secara serentak supaya tampil kemudiannya Negara yang sejahtera dan diredhai

Allah SWT serta memenuhi makna sebenar tamadun.

(1444 patah perkataan)

8

Page 9: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

REFLEKSI

Alhamdulillah...

Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan berkenaan Tamadun Islam dan

Tamadun Asia pada masa yang dijangka.Sememangnya untuk melaksanakan

tugasan ini saya harus menguasai segala hal yang sepatutnya.Bermula dengan

pemerolehan maklumat,perbincangan bersama rakan-rakan dan kolaborasi bersama

pensyarah.

Tugasan yang diberikan adalah berdasarkan Tamadun Islam dan Tamadun

Asia.Saya dikehendaki membincangkan tentang pandangan Tamadun Islam

terhadap konsep ilmu dan sejauh manakah pengaplikasian konsep kesepaduan ilmu

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Hasil daripada tugasan ini saya dapat mempelajari berkenaan Tamadun

Islam,memandang konsep ilmu itu sebagai sesuatu yang dijunjung

tinggi.Sehinggakan dalam Islam menuntut ilmu itu satu kewajipan kepada umat

Islam.Sejak zaman pemerintahan Rasulallah S.A.W menjelaskan bahawa

kepentingan umat Islam menuntut ilmu dalam pelbagai bidang sehingga ke Negara

China.

Saya berpendapat sesebuah negara yang maju bermula dengan kejayaan

rakyatnya dan bangsanya dalam menguasai ilmu pengetahuan.Bukti jelas

menunjukkan bahawa Tamadun Islam merupakan contoh besar yang menggariskan

bahawa penguasaan ilmu akhirat dan dunia membawa kepada kejayaan dan

kegemilangan umat Islam itu sendiri.Tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti

Imam Al-Ghazali,Ibnu Sina,Ibnu Batutta dan ramai lagi yang mempamerkan

kejayaan yang hebat dalam pelbagai bidang ilmu.Walaupun mereka menguasai

kepakaran dalam ilmu duniawi namun mereka juga menguasai ilmu akhirat dengan

sempurna.

Pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang belajar di dalam sistem

pendidikan Malaysia,saya melihat Malaysia telah mengorak langkah dalam usaha

membangunkan modal insan yang bukan sahaja mampu menguasai bidang intelek

namun merangkumi aspek rohani yang sewajarnya.Penerapan dan sistem yang

diwujudkan menjurus ke arah menjayakan hasrat FPK dalam usaha membangunkan

individu yang luhur dan bersepadu.

Kesimpulannya,sebagai bakal pendidik yang bakal menerajui bidang

pendidikan yang bakal ditempa,seharusnya kita menghayati nilai sejarah itu

9

Page 10: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

sendiri.Mantan Perdana Menteri yang ke-empat,Tun Dr.Mahathir

menyatakan,bangsa yang lupakan sejarah akan mengulangi sejarah tersebut.Dalam

usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan

harmoni,pembangunan negara bermula dari seseorang individu yang terdidik dengan

sempurna.Namun,nilai individu yang bernilai dapat dilihat dalam segala aspek,dari

segi kepimpinan,kerajinan,kesunguhan,keimanan dan ketaqwaan dalam

melangsungkan hidup sebagai hamba kepada Allah S.W.T.

10

Page 11: Pengaplikasian Konsep Kesepaduan Ilmu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membina Tamadun Malaysia

Rujukan

Buku

Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.

Rahman (ed)( 2000), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd.,

Islam is Deen of Discipline (Friday speech delivered by Imam Mohamed Baianonie at

the Islamic Center or Raleigh, NC on June 9, 2000)

Mohd. Liki Hamid (ed.), Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya,Terbitan Pertama

2002,PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN. BHD.

Wan Roslili Bt. Abd. Majid(2005)Tamadun gemilang mesti selari kehendak syariat

Pegawai Penyelidik,30/03/2005 | Berita Harian

Artikel

Najahudin Lateh “EPISTEMOLOGI MENURUT IBN KHALDUN DALAM KARYA

MUQADDIMAH”

Internet

http://pendislami.tripod.com/klasifikasi_ilmu.htm

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=753&cmd=resetall

http://yaustazi.blogspot.com/2009/07/pembahagian-ilmu-pendidikan-islam.html

11