pengantar komunikasi

11
Pengenalan Di dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin berkembang pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan teknologi dalam merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini selanjutnnya memberi kesan dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat madani hari ini. Kepada sesiapa yang tertinggal daripada menikmati dan terbabit dengan limpahan kemajuan teknologi, boleh diibaratkan sebagai golongan katak di bawah tempurung . Semua orang berlumba lumba dalam mengejar kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi. Media komunikasi secara amnya boleh dikalsifikasikan sebagai alat, bahan atau produk yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi (Musa Abu Hassan, 1996). Dewasa ini sejajar dengan perkembangan teknologi penerbitan, media yang mendominasi arus perkembangan komunikasi negara boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu media cetak dan media elektronik. Salah satu barometer atau indikator pengukur akan kemajuan sesebuah masyarakat yang menunjukkan sistem komunikasinya sudah canggih adalah melalui peranan media massa. Dengan kenyataan itu telah membuktikan bahawa perkembangnan dunia media massa pada hari ini adalah sangat rapat dan secara langsung dengan perkembangan teknologi masa kini. Menurut Branston (2003), media dalam ilmu komunikasi diterjemahkan daripada istilah Latin yang bermaksud “medium”. Ia bermaksud komunikasi sebagai perantara atau saluran tengah 1

Upload: gl-chong

Post on 14-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Komunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Komunikasi

Pengenalan

Di dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin berkembang

pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan teknologi dalam

merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini selanjutnnya memberi kesan

dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat madani hari ini. Kepada sesiapa

yang tertinggal daripada menikmati dan terbabit dengan limpahan kemajuan teknologi, boleh

diibaratkan sebagai golongan ‘katak di bawah tempurung’. Semua orang berlumba – lumba

dalam mengejar kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi.

Media komunikasi secara amnya boleh dikalsifikasikan sebagai alat, bahan atau

produk yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang dikeluarkan oleh

pihak-pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi (Musa Abu Hassan, 1996). Dewasa ini sejajar

dengan perkembangan teknologi penerbitan, media yang mendominasi arus perkembangan

komunikasi negara boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu media cetak dan media

elektronik. Salah satu barometer atau indikator pengukur akan kemajuan sesebuah

masyarakat yang menunjukkan sistem komunikasinya sudah canggih adalah melalui peranan

media massa.

Dengan kenyataan itu telah membuktikan bahawa perkembangnan dunia media massa

pada hari ini adalah sangat rapat dan secara langsung dengan perkembangan teknologi masa

kini. Menurut Branston (2003), media dalam ilmu komunikasi diterjemahkan daripada istilah

Latin yang bermaksud “medium”. Ia bermaksud komunikasi sebagai perantara atau saluran

tengah yang berperanan untuk meyampaikan atau menyalurkan mesej dan maklumat kepada

penerimanya.

1

Page 2: Pengantar Komunikasi

Teknologi komunikasi pula disifatkan sebagai pencapaian atau modenisasi yang

dialami dalam ketamadunan berkomunikasi itu sendiri. Ia sudah jauh berkembang dari abad

ke abad. Dari zaman paleolitik hinggalah ke abad millinium ini, teknologi untuk

berkomunikasi itu telah mengalami terlalu banyak perubahan dan penambahbaikkan. Sistem

jaringan untuk berkomunikasi itu sendiri telah dicapai dalam belbagai sudut dan bentuk. Ia

bukan lagi hanya perhubungan lisan interpersonal yang melibatkan dua orang individu secara

serentak. Ia telah berkembang dengan belbagai kaedah dan cara. Menurut Rogers (1991),

teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang

dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan

individu-individu lain.

Kini, kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang memerlukan

interaksi dua hala secara bersemuka. Hari ini penggunaan Twitter, Facebook, WhatsApp,

WeChat, Messenger, Line, talian bimbit, ruang chatting, emel dan perkongsian maklumat

menerusi pelbagai sumber media massa telah menjadi satu fenomena dan kewajipan.

Daripada orang dewasa hingga kepada anak-anak di sekitar umur 6-7 tahun, kebanyakkannya

kini wajip mempunyai sebuah talian bimbit bagi tujuan komunikasi. Ini yang dinamakan

sebagai teknologi komunikasi itu telah menular dan menjadi keutamaan dalam masyarakat

hari ini. Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja bertujuan untuk berkomunikasi secara

verbal namun ia juga berperanan sebagai alat berinteraksi antara satu sama lain dalam dunia

internet dengan wujudnya sosial media dan juga sistem applikasi seperti WhatsApp.

Oleh demikian, dengan perkembangan teknologi komunikasi ini telah memberi

sumbangan dan impak yang positif dalam pembangunan keluarga hari ini serta pembangunan

negara masa depan. Perkembangan teknologi membantu komunikasi antara satu sama lain

dengan lebih mudah dan pantas dimana maklumat dalam bentuk tulisan mahupun dalam

bentuk gambar atau video dapat disampaikan dengan pantas.

2

Page 3: Pengantar Komunikasi

Sumbangan Media Massa Kepada Pembangunan Negara

Sumbangan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat

dinafikan. Media boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat

nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat

menentang penjajah. Bermula dari masa tersebut, media massa memainkan peranannya yang

terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai

pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Contoh yang paling jelas ialah penubuhan

akhbar Utusan Melayu dan kini digelar sebagai Utusan Malaysia. Utusan Malaysia

ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk

menjadi penghubung, pentafsir dan pemerhati di antara golongan nasionalis dengan rakyat.

Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu, akhbar ini juga menyalurkan sedikit cerita

ringan seperti prebiu filem sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat.

Setelah mencapai kemerdekaan, masyarakat mula berubah dan penekanan kerajaan di

bawah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah untuk membangunkan

negara ini. Di sini sumbangan media massa seperti Utusan Melayu sekali lagi diperlukan.

Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat

mendapat maklumat yang jelas. Pelbagai medium media digerakkan sepenuhnya umpamanya

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menubuhkan Bahagian Pembangunan dan Pertanian pada

sekitar tahun 1948, khusus untuk mewujudkan kesedaran kepada rakyat tentang

pembangunan. Ketika negara sedang rancak membangun, secara tiba-tiba ia terberhenti

seketika apabila tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 – Peristiwa perusuhan kaum atau dikenali

sebagai Tragedi 513. Tragedi ini telah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang

tegang dan huru hara. Keadaan ini memerlukan kerajaan untuk bertindak dengan kadar segara

untuk menangani masalah ini.

3

Page 4: Pengantar Komunikasi

Sumbangan media sekali lagi diperlukan untuk memberikan tafsiran kepada rakyat

selepas Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak Hussin memperkenalkan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi mengelakkan berlakunya

ketegangan seperti tragedi berdarah itu. Sejak daripada itu peranan media menjadi semakin

penting dalam pembangunan negara bagi menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat

supaya bekerjasama dengan kerajaan. Oleh yang demikian, hubungan di antara media dan

kerajaan di negara ini amat rapat maka tidak hairan jika kita melihat akhbar terkenal di

negara ini seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star disebaliknya dikuasai oleh

parti pemerintah. 

Biarpun dimiliki oleh parti seperti UMNO dan MCA, media masih bebas untuk

menjalankan fungsinya sebagai pemerhati dalam setiap agenda pembangunan yang

dilakukan. Misalnya, pada tahun 2004, Utusan Malaysia melaporkan kerakusan 35 pemaju

yang menggondolkan kawasan Bukit Cerakah di Shah Alam sehingga mengejutkan semua

pihak termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pendedahan itu

menarik perhatian semua pihak terutama kerajaan. Dalam kelekaan kita mengejar

pembangunan aspek alam sekitar dilupakan sehinggakan kawasan tadahan air turut menjadi

mangsa.

Justeru itu, dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan,

media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian

masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media

massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan

masyarakat Malaysia. Selain itu, media massa merupakan penyaluran maklumat yang utama

di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan

wujudnya 'Teknologi Maklumat'.

4

Page 5: Pengantar Komunikasi

Penggunaan internet atau laman sesawang yang popular dan meluas kerana

kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum

lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-

cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya.

Dengan adanya kemudahan ini, media massa mampu meningkatkan taraf sosial seseorang

individu melalui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan morden dan terkini.

Justeru itu, media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih

tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.

Sumbangan Teknologi Komunikasi Kepada Pembangunan Keluarga

Dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020 dan matlamat Gagasan 1Malaysia,

maka istilah – istilah ‘satu rumah satu komputer’, sebuah talian internet untuk setiap

keluarga, program pemberian netbook percuma kepada pelajar tingkatan enam dan lima di

setiap sekolah merupakan tindakan usaha yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam

usaha melahirkan masyarakat yangmahir dalam penggunaan IT. Ini membuktikan bahawa

kemajuan talian komunikasi hari ini perlu selari dan sejajar dengan pemikiran dan

kebolehserapan masyarakat hari ini untuk menerima kemajuan aplikasi-aplikasi tersebut.

Usaha-usaha ini dijalankan agar kita tidak tertinggal dalam capaian menikmati perubahan

teknologi komunikasi terutama sekali yang melibatkan internet yang mana semakin hari

semakin pantas kemajuan dan teknologi yang dialami. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh

media dan teknologi komunikasi mempunyai kesan dan impak positif yang sangat jelas

terhadap pembangunan keluarga hari ini. Dengan kecanggihan teknologi ini, makan media

massa dapat menyalurkan maklumat dan informasi dengan lebih pantas dan mudah, tanpa

mengira di mana berada.

5

Page 6: Pengantar Komunikasi

Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Pembanguman Keluarga

Salah satu sumbangan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga ialah

memudahkan komunikasi antara keluarga. Aspek komunikasi terpenting ialah perhubungan

interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu, kekerapan berkomunikasi antara keluarga

akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada. Sebagaimana contoh yang kerap dipaparkan

melalui iklan-iklan menjelang perayaan Aidi Fitri. Iklan memaparkan walau jauh mana pun

jarak seseorang anak, dengan kemudahan jaringan telekomunikasi hari ini, jarak tidak lagi

menjadi satu kekangan atau halangan dalam interaksi. Anak masih boleh berhubung dengan

kedua ibu bapa atau adik beradik yang lain melalui telefon atau pun sidang video melalui

perisian web.

Kemudahan ini bukan saja menghilangkan rasa rindu, namun ia juga dapat

mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian kekeluargaan. Dengan nilai kos

perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk dikendalikan, teknologi komunikasi

telah menjadi aspek penting dalam pembangunan keluarga hari ini terutama dari segi

perhubungan. Paparan iklan itu merupakan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

Sebagai contoh, kemudahan ini turut membenarkan ibu bapa sentiasa berhubung dengan

anaknya yang berada di luar negara tanpa membayar kos telefon antarabangsa yang mahal.

Walaupun berada jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung

jawap diantara keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam

suasana yang mudah. Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan

kemajuan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat hari ini.

Penggunaan media sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya sudah menjadi satu

kemestian pada hari ini. Jaringan laman web sosial tersebut memudahkan interaksi antara

masyarakat tidak kira sesama keluarga, kawan-kawan mahupun antarabangsa. Para pemimpin

juga kini telah menggunakan pendekatan berkomunikasi melalui media sosial ini.

6

Page 7: Pengantar Komunikasi

Sumbangan Komunikasi Dalam Pendidikan

Satu lagi kesan positif yang sangat ketara dalam usaha memberi impak jelas dalam

pembangunan negara ialah kemajuan teknologi komunikasi hari ini telah membolehkan ramai

orang menikmati serta berupaya untuk belajar sepanjang hayat. Umum mengetahui bahawa

tidak semua orang layak atau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada usia muda.

Program Pendidikan Jarak Jauh seperti yang dilaksanakan oleh universiti merupakan salah

satu peluang yang tersedia luas untuk masyarakat hari ini melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi. Peluang ini dipermudahkan lagi hasil kemajuan dalam media dan teknologi

komunikasi. Tidak perlu lagi pelajar belajar secara sepenuh masa. Mereka masih dapat ruang

untuk bekerja dan pada masa yang sama mereka turut belajar.

Dengan itu, masyarakat tidak perlu berpisah jauh daripada keluarga iaitu isteri/suami

dan anak-anak dalam usaha mencapai cita-cita mereka. Ini akan mengelakkan keluarga

terpisah untuk jangka masa tertentu dalam proses menghabiskan pelajaran mereka. Ini secara

tidak langsung akan dapat membantu ketua keluarga yang mengejar cita-cita tetapi pada masa

yang sama dapat memantau perkembangan ahli keluarga yang lain dan dapat mengekang

masalah-masalah sosial yang akan timbul ekoran sekiranya kurang kawalan dan pengawasan.

Ini merupakan salah satu hasil positif daripada perkembangan yang berkesan dan baik dalam

sektor teknologi komunikasi. Liputan media serta jaringan telekomunikasi yang baik pada

hari ini juga akan berinteraksi sebagai pemberi atau penyebar maklumat. Ini akan dapat

dijadikan panduan dan pedoman dalam pembangunan negara, pendidikan serta keluarga.

Maklumat-maklumat seperti penyakit, kesan jenayah, masalah sosial, isu semasa dan

sebagainya, boleh menjadi satu pembimbing atau peringatan kepada generasi muda ini.

Selain itu, perhubungan antara rakyat dan kerajaan juga lebih rapat dimana media massa

membolehkan pendapat dan pandangan rakyat terhadap isu-isu semasa dapat disampaikan

kepada pihak kerajaan.

7

Page 8: Pengantar Komunikasi

Kesimpulan

Secara keseluruhannya bahawa kesan perubahan teknologi komunikasi hari ini telah

memberi impak yang ketara terhadap perkembangan media massa. Ia turut memainkan

peranan yang kuat sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Jelasnya di sini, kesan yang

baik akan memainkan peranan yang besar dalam aspek pembangunan negara dan keluarga

terutama dalam usaha negara menanggani gejala jenayah dan sosial hari ini. Namun

demikian, kemajuan teknologi dan perkembangan komunikasi serta media hari ini turut

membawa kesan baik dan buruk. Namun, sumbangan komunikasi dalam pembangunan

negara dapat dikesan dengan jelas bahawa pada zaman kini, penggunaan komunikasi dan

teknologi merupakan satu langkah yang wajib.

Secara amnya, komunikasi dan media massa di negara ini telah memainkan peranan

yang penting untuk membangunkan negara dimana Malaysia dapat dibangunkan dengan

sempurna tanpa terlalu banyak rintangan kerana komunikasi media bersama-sama kerajaan

membawa satu agenda yang sama. Sejarah telah membuktikan bagaimana komunikasi media

massa di negara ini membantu menghapuskan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM)

sehinggalah mereka meletakkan senjata dan keluar dari hutan. Seperti yang dijelaskan oleh

bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zainudin Maidin dalam memoirnya ‘Hero

Tak Didendang’, media telah mengetahui sejak awal lagi proses perdamaian di antara PKM

dan kerajaan bagaimanapun ia tidak didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan meminta media

supaya membantu dalam menyiapkan mental rakyat terutama bekas polis dan askar untuk

menerima peletakkan senjata itu. 

Walau bagainamanapun, kerajaan perlu mengekang penggunaan media sosial dimana

internet kebebasan telah diberikan namun ia perlu ada haknya. Kerajaan harus mengawal

kebebasan media bagi memastikan aspek pembangunan diteruskan dan menyiapkan rakyat

untuk terus menerima lebih banyak kemajuan.

8