komunikasi khalayak

25
KOMUNIKASI KHALAYAK 1. PIDATO/SYARAHAN Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. DEFINISI PIDATO/SYARAHAN Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato atau syarahan merupakan aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar. TUJUAN PIDATO/SYARAHAN Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut : 1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut 2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semas yang menarik hati 3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara; dan 4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang penting

Upload: maizira

Post on 13-Jun-2015

8.205 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMUNIKASI KHALAYAK

KOMUNIKASI KHALAYAK

1. PIDATO/SYARAHAN

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

DEFINISI PIDATO/SYARAHAN

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato atau syarahan merupakan aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

TUJUAN PIDATO/SYARAHAN

Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut :

1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut

2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semas yang menarik hati

3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara; dan

4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang penting

BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/UCAPAN

Dalam pembinaan atau perancangan teks sesuatu pidato/syarahan, terdapat bahagian-bahagaian yang perlu diambil perhatian itu,

1. Pembuka kata

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato/syarahan yang berkenaan.

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar

Page 2: KOMUNIKASI KHALAYAK

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato/syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato/ syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.

3. Isi atau amanat

Isi pidato/syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

4. Penutup isi/amanat

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam pidato/syarahan tadi.

5. Penutup pidato/syarahan

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato/syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan pidato/syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik dan menutup pidato/syarahan.

KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO/SYARAHANKemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan.

Peringkat PersediaanPeringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanan sesuatu pidato/syarahan. Di peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan seperti yang berikut:

1. Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para pendengar

2. Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti yang berikut:(a) Apakah jenis dan tujuan majlis?(b) Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?(c) Berapa ramaikah audien?(saiz audien)(d) Apakah minat mereka?(e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka?(f) Bagaimanakah sikap audien terhadap pidato nanti?(g) Jantina audien.(h) Umur audien.

Page 3: KOMUNIKASI KHALAYAK

3. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien.4. Menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu:

(a) fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan pidato(b) fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato(c) fakta yang boleh dimasukkan jiak perlu dan masa mengizikan

5. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato yang berkenaan.

6. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan mengenalpasti ada kemudahan yang lain.

Peringkat Permulaan UcapanPeringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti berikut:

1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis;2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jem[utan

khas, pihat penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol;3. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui:

(a) pernyataan fakta yang merangsangkan(b) kenyataan yang provokatif(c) soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan

audien. Contohnya, “Tahukah anda bahawa…”.(d) Petikan atau data yang memeranjatkan audien.

4. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti pidato/syarahan.

Dalam pertandingan pidato/syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi definisi tajuk pidato/syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan.

PENYAMPAIAN YANG MENARIKIsi dan susunan pidato/syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian pidato/syarahan yang berkesan termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa dan gaya.

Kelancaran1. Memulakan pidato/syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan

pengetahuan yang sedia ada2. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato.3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.4. ‘Pause”- berhenti seketika pada akhir pemyampaian sesuatu fakta atau di mana

perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah.5. kawalan masa, iaitu memulakan pidato/syarahan pada waktu yang ditetapkan dan

menamatkannya tepat pada waktunya.6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti ‘eh’,’em’, atau ‘ya’

Page 4: KOMUNIKASI KHALAYAK

7. Menyampaikan pidato/syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

Nada dan IntonasiSemasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya, 1. nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian2. nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.3. nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk4. nada propaganda apabila hendak mempengaruhi5. nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

Kecekapan BerbahasaPidato/syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti berikut :1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien.3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik minat

audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

Gaya Penyampaian1. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.2. Jangan kaku dan beraksi berlebihan3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila

gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi4. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah

yang terlalu serius.6. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea-ideanya. Oleh itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien.

Kemahiran Menutup Ucapan1. Sebelum mengakhiri pidato/syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan

keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk yang disampaikan untuk meyakinkan para pendengar;

2. Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan;3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti

kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri pidato/syarahan.

Page 5: KOMUNIKASI KHALAYAK

4. Mengakhiri pidato/syarahan dengan meninggalkan suatu pesoalan rangsangan kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama;

5. Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh memanfaatkan para pendengar;

6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan

7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa berpidato.

CONTOH PIDATO

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Arif panel hakim, guru-guru dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dapat kita bertemu pada pagi yang berbahagia ini. Dalam majlis ini,saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “ Sungai Sumber Rezeki dalam Kehidupan Kita”

Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya menjelaskan tajuk pidato yang akan saya sampaikan. Menurut Kamus Dewan, sungai didefinisikan sebagai tali air. Sumber pula bermaksud punca dan kehidupan bermaksud perihal hidup. Berdasarkan tafsiran tersebut, tajuk pidato ini dapat disimpulkan bahawa sungai memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita

Hadirin yang dihormati, Sungai ialah sumber air kepada semua kehidupan.Air sungai digunakan untuk minum,mandi,dan membersihkan pakaian. Oleh itu, sungai sangat penting dalam kehidupan kita. Pada zaman dahulu, banyak tamadun awal wujud di tepi sungai.Sungaai menjadi laluan utama pada waktu itu. Sungai juga menjadi punca air untuk mengairi tanaman yang banyak memerlukan air seperti padi.

Hadirin yang saya hormati, Selain sumber air, sungai juga membekalkan sumber rezeki. Sungai yang bersih menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air seperti ikan, udang, dan hidupan air yang lain. Sumber rezeki seperti ini menjadi mata pencarian kepada nelayan.Sungai juga dapat diempang atau dijadikan saliran ke kolam ternakan ikan air tawar. Kegiatan seperti ini akan menambahkan keluaran ikan dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan. Keluaran ikan air tawar akan meningkat dan ini akan meningkatkan bekalan ikan dan produknya.

Hadirin sekalian, Sungai juga berpotensi untuk dimajukan menjadi kawasan rehat dan rekreasi.Bayangkan betapa indahnya kawasan di sekitar sungai itu, jika dibina lorong pejalan kaki di sepanjang kedua-dua belah liku sungai dan dihiasi dengan pokok bunga. Deretan pokok kayu pula sebagai teduhan kepada pengunjungnya. Kawasan sungai boleh dijadikan tempat beriadah yang nyaman. Kawasan sungai yang telah dimajukan dan perindah dapat juga dijadikan tarikan pelancong. Apatah lagi jika disediakan bot untuk menyusuri sungai atau untuk memancing.

Page 6: KOMUNIKASI KHALAYAK

Usaha memajukan kawasan sungai ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan seperti pengusaha bot, peniaga geri, dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan pelancongan. Contohnya, sebuah kawasan sungai telah dibangunkan di Pasir Salak, Perak. Kawasan tinggalan sejarah yang satu masa dulu merupakan sebuah kawasan sunyi dan tersisih daripada keriuhan manusia telah dimajukan dan dikunjungi oleh ribuan pelancong dari dalam dan luar negara. Pasir Salak sebuah pekan di tepi sungai kini dilengkapkan dengan rumah Kutai yang mempamerkan warisan orang Melayu Perak dan terowong sejarah yang menempatkan pelbagai iluterasi sejarah untuk ditonton oleh pengunjungnya.

Hadirin yang saya muliakan, Memang tidak dapat dinafikan lagi betapa sungai itu penting dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, sumber rezeki dalam kehidupan kita. Sungai yang bersih dan tidak tercemar menjadi nadi kesejahteraan manusia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar. Kita seharusnya membuang sikap buruk seperti amalan membuang sampah ke dalam sungai supaya sungai kita sentiasa terjaga kebersihannya.

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa dan kata-kata yang menyinggung perasaan para hadirin sekalian sepanjang syarahan saya tadi.

Sekian, terima kasih.

2. PERBAHASANPerbahasan adalah aktiviti perdebatan di antara dua pihak yang bertentangan

pendapat tentang sesuatu isu. Ia merupakan pengucapan yang berbentuk kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada sekuang-kurangnya tiga orang pembahas yang bekerjasama untuk menjelaskan pendirian dengan menyampaikan hujah dan bukti sama ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk yang dikemukakan. Pada masa yang sama, pembahas-pembahas memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan para penonton serta pihak penghakiman dengan menolak dan membidas hujah-hujah pihak lawan.

Setiap pembahas, baik pencadang mahupun pembangkang diberi masa yang ditetapkan untuk mengemukakan hujah-hujah. Kecekapan berbahas bukan saja dinilai dari segi pembentangan hujah-hujah yang bernas dan bidasan-bidasan yang tajam tetapi penyampaian yang menarik dari segi nada.intonasi,gaya dan penggunaan bahasa juga dititikberatkan.

TATACARA BERBAHAS

Setiap sesi perbahasan dikendalikan oleh pengerusi perbahasan. Pengerusi perbahasan haruslah berkeyakinan, tegas serta berkeupayaan untuk mengawal majlis supaya perbahasan dapat dijalankan dengan licin. Pengerusi perbahasan akan dibantu

Page 7: KOMUNIKASI KHALAYAK

oleh seorang penjaga masa. Setiap pembahas akan diberi peluang untuk mengemukakan pendapat atau hujah dalam masa yang ditetapkan mengikut giliran.

Pencadang pertama akan memulakan sesi perbahasan dengan mendefinisikan tajuk perbahasan, menyatakan pendirian dan menyampaikan hujah penyokong. Masa yang diperuntukkan adalah tujuh minit. Ini diikuti oleh pembangkang pertama. Yang juga diberi masa tujuh minit untuk tujuan yang sama. Selepas itu, pencadang kedua akan diberi masa enam minit untuk berhujah dan membidas isi hujah pembangkang pertama. Kemudian pembangkang kedua pula akan menyampaikan hujah dan membidas pencadang pertama.

Pencadang dan pembangkang ketiga juga diberi masa enam minit untuk menjalankan tugas yang sama. Akan tetapi, pencadang ketiga akan membidas hujah pencadang kedua manakala pembangkang ketiga akan mengemukakan bidasan terhadap isi hujah pencadang kedua. Selepas itu, penggulungan hujah akan dilakukan oleh ketua pasukan masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah tujuh minit. Pembangkang pertama akan memulakan penggulungan dengan membidas hujah pencadang ketiga. Dalam penggulungan hujah seluruh pasukan, kesimpulan juga harus diberi penegasan.

Akhirnya, pencadang pertama, selaku ketua pasukan akan membidas hujah pembangkang ketiga sebelum menggulung hujah-hujah seluruh pasukannya. Masa yang diperuntukan juga selama tujuh minit. Kesimpulan dan pendirian pencadang juga boleh ditegaskan semasa penggulungan hujah.Jadual berikut merumuskan tatacara berbahas :

Pencadang 1 Masa 7 minit Definisi, Pendirian dan Hujah Pembangkang 1 Masa 7 minit Definisi, Pendirian dan Hujah Pencadang 2 Masa 6 minit Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 1 Pembangkang 2 Masa 6 minit Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 1Pencadang 3 Masa 6 minit Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 2Pembangkang 3 Masa 6 minit Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 2Penggulungan Masa 7 minit (Pembangkang 1) Bidas Hujah Pencadang 3 Rumah Isi – Pembangkang 1,2 ,3Penggulungan Masa 7 minit (Pencadang 1) Bidas Hujah Pembangkang 3 Rumah Isi – Pencadang 1,2 ,3

SYARAT-SYARAT PERBAHASAN1. Tiap-tiap pasukan biasanya terdiri daripada tiga orang peserta utama- seorang

ketua dan dua orang pembantunya- dan seorang peserta simpanan.2. Peserta pertama diberikan masa selama tujuh minit.

Page 8: KOMUNIKASI KHALAYAK

3. Peserta kedua dan ketiga diberikan masa enam minit.4. Penggulung diberikan masa selama tujuh minit.5. Penggulung adalah peserta pertama dalam setiap pasukan6. Satu minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. Apabila

masa sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang akan disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.

7. Pembahas tidak dibenarkan membaca terus daripada nota atau markah ditolak sekiranya peserta melakukannya.

8. Pembahas tidak dibenarkan mengkritik peribadi lawan, orang-orang tertentu, agama, dan kebudayaan, sesuatu kaum tertentu dan mengemukakan isu sensitif. Markah akan ditolak jika pembahas melanggar peraturan ini.

9. Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan di atas. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak memberhentikan perbahasan pembahas itu.

10. Jika berlaku gangguan ke atas pembahas-pembahas semasa berbahas seperti pitam,pengerusi boleh menangguhkan perbahasan selama lima minit. Selepas tempoh tersebut dan pembahas berkenaan masih tidak dapat meneruskan perbahasan, peserta simpanan akan dibenarkan menggantikan tempat pembahas berkenaan. Markah peserta simpanan akan diambil kira.

KEMAHIRAN MENYUSUN IDEADalam perbahasan, idea yang diperolehi perlu disusun dengan teratur supaya buah fikiran pembahas lebih mudah difahami, menarik dan meyakinkan audien. Seperti dengan bentuk-bentuk wacana yang lain, perbahasan juga mempunyai bahagian pendahuluan, isi dan penutup. Secara umum, pengucapan seluruh pasukan perbahasan akan memperlihatkan satu penyusunan idea yang berpola “menyatakan kes dan membuktikannya”

Pola penyusunan isi “menyatakan kes dan membuktikannya” merupakan satu kaedah perkembangan idea secara terus iaitu pembahas memberitahu audien apa yang akan disampaikan, menyampaikan isi dan hujahnya, dan akhirnya memberitahu audien apa yang telah disampaikannya. Pembahas boleh bermula dengan pendahuluan, menyatakan tesis utama dan isi-isi penting, memgembangkan isi-isi dan membuat rumusan di bahagian akhir.

Pola penyusunan “menyatakan kes dan membuktikannya” terdiri daripada bahagia-bahagian seperti berikut:1. Pendahuluan2. Pernyataan seluruh tema dan isi-isi penting3. Huraian dan penjelasan setiap isi atau hujah4. Kesimpulan dan rumusan isi

Dalam bahagian penutup, pembahas perlu merumuskan hujah rakan-rakan sepasukannya dan membuat penegasan terakhir terhadap tajuk perbahasan. Bahagian penutup merupakan penamat hujah-hujah.

Page 9: KOMUNIKASI KHALAYAK

Contoh pola penyusunan idea “menyatakan kes dan membuktikannya” dalam perbahasan.

TAJUK PERBAHASAN : SISTEM PERSEKOLAHAN SATU SESI PATUT DILAKSANAKAN

PASUKAN : PENCADANG (Menyokong tajuk perbahasan)

Pencadang 11. Pendahuluan

(a) Menyatakan tajuk dan memberikan definisi tajuk perbahasan;(b) Menegaskan pendirian sebagai pencadang dan menyokong bahawa sistem

persekolahan satu sesi wajar dilaksanakan;(c) Menyatakan tema dan isi-isi penting yang akan dikemukakan oleh

pembahas dan rakan-rakan sepasukan.2. Isi

Memberikan hujah-hujah yang menyokong tajuk serta bukti-bukti dan data sokongan bahawa sistem persekolahan satu sesi:

(a) Membolehkan pelajar mempunyai “contact hours” yang lebih panjang dengan guru dan rakan sekolah mereka

(b) Membolehkan satu bentuk jadual waktu yang fleksible digunakan di peringkat sekolah;

(c) Membolehkan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Pencadang 2Menyambung hujah pencadang 1 dan menegaskan pendirian untuk menyokong

tajuk perbahasan. Hujah-hujah yang dicadangkan ialah sistem persekolahan satu sesi boleh :

(a) mengukuhkan suasana sekolah penyayang(b) membolehkan pelajar membuat latihan amali dan tugasan di sekolah(c) memperuntukkan lebih banyak masa untuk aktiviti kreatif yang boleh disertai oleh

pelajar

Pencadang 3Menyambung hujah pencadang 2 dan membuat penegasan pendirian bahawa

sistem persekolahan satu sesi :(a) menguntungkan penggunaan masa,misalnya pelajar tidak perlu berulang-alik ke

sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum(b) menentukan keselamatan pelajar lebih terkawal(c) memudahkan penyiaran rancangan radio dan televisyen pendidikan

3. Penutup Penggulung : (Pencadang 1)

(a) merumuskan isi/hujah pencadang 1,2 dan 3

Page 10: KOMUNIKASI KHALAYAK

(b) membuat penegasan terakhir tentang tajuk perbahasan, iaitu sistem persekolahan satu sesi wajar dilaksanakan

Hujah yang berkesan haruslah menarik minat dan meyakinkan audien, mengandungi idea yang bernas dan logik,alasan yang dan bukti yang kukuh dan contoh yang meyakinkan. Bukti merupakan unsur utama yang memperkukuhkan sesuatu hujahan. Dua jenis bukti yang lazim dikemukakan ialah bukti yang jitu dan bukti yang sempit. Bukti bagi menyokong sesuatu hujah boleh berdasarkan fakta, pengalaman dan pendapat yang autoritatif. Unsur logik dan ketetapan dalam hujahan memainkan peranan penting untuk meyakinkan audien.

Pembahas haruslah menyampaikan hujah secara rasional, tegas dan yakin. Untuk membidas hujah pihak lawan dengan berkesan, pembahas hendaklah mencari idea yang tepat secara spontan, menyusun isi bidasan secara teratur dan menyampaikannya dengan menggunakan bahasa yang tepat, jelas dan mudah difahami.

Bidasan yang baik hendaklah jitu, bernas, logik dan disokong dengan bukti yang jitu dan contoh yang munasabah. Idea - idea yang dirumuskan dalam perbahasan hendaklah memenuhi ciri-ciri seperti yang berikut :

(a) ringkas dan berkebolehan memantapkan hujah-hujah yang telah disampaikan

(b) mempuyai unsur-unsur kesepaduan koheren dan dan berpautan.

Pembahas yang baik dapat menunjukkan kemahirannya dalam aspek-aspek keilmuan, kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian.

CONTOH DAN TEKS PERBAHASAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang, serta hadirin sekalian, Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan. Tajuk perbahasan pada pagi ini ialah “ Sains Angkasa Patut Dipelajari di Peringkat Sekolah ”.

Sebelum mengemukakan hujah,saya sebagai pencadang pertama ingin menjelaskan maksud “Sains Angkasa”. “Sains Angkasa” ialah ilmu yang berkaitan dengan angkasa seperti planet, matahari, galaksi, dan peralatan yang ada di angkasa. Sains Angkasa meliputi Astronomi, iaitu ilmu pengetahuan tentang kedudukan, pergerakan, dan perkiraan yang berkaitan dengan bintang. Mengapakah kita perlu mempelajari ilmu ini di peringkat sekolah? Persoalan inilah yang akan saya huraikan sebentar lagi.

Hadirin sekalian,

Zaman ini merupakan zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat dengan cepat dan tepat akan meraih keuntungan. Contohnya, seseorang yang mengetahui kemungkinan peningkatan saham sesebua syarikat akan membeli saham tersebut bagi memperoleh keuntungan.

Page 11: KOMUNIKASI KHALAYAK

Saya menyokong tajuk ini dengan beberapa hujah yang akan saya huraikan. Hujah saya yang pertama ialah ilmu teknologi maklumat yang berkaitan dengan satelit. Kita tidak boleh menjadi pembeli, sebaliknya kita mestilah berusaha mencipta peralatan satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam bidang ini perlu ditetapkan kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi.apabila minat pelajar terhadap Sains Angkasa telah dipupuk, maka sudah pastimereka tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar yang disegani.

Para hadirin sekalian,

Hujah saya yang kedua, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Dalam meniti dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi negeri lain. Ciptaan-ciptaan ini pula banyak dipengaruhi oleh pengetahuan seseorang dalam bidang sains angkasa. Pelajar-pelajar yang diberi pengetahuan tentang sains angkasa akan cenderung mencipta peralatan sains angkasa pada peringkat awal lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang akhirnya mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai ilmu ini.

Hujah saya yang terakhir berpaksikan kata kunci, kepakarang dalam bidang Sains Angkasa menjulang imej negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi maju perlulah memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang. Negara kita tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru, ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan dalam diri pelajar bagi melahirkan lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja bertambah maju, malah dihormati oleh negara lain.

Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan, jelaslah bahawa Sains Angkasa perlu diajarkan di peringkat sekolah lagi. Sebagai pencadang, saya tetap berpegang teguh pada tajuk ini. Akhir kata, saya serta rakan pencadang yang lain tetap berpendapat bahawa Sains Angkasa perlu dipelajari sejak bangku sekolah.

Sekian, terima kasih.

3. CERAMAH

Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis yang formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oelh ucapan penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk megemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Persediaan Ceramah

Page 12: KOMUNIKASI KHALAYAK

Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut:

(a) Siapakah audiennya?(b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?(c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?(d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?

Setelah mengenalpasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara penting seperti berikut:

(a) mengetahui tajuk ceramah dengan teliti(b) membuat persediaan rapi(c) menyemak setiap ilustrasi(d) meninjau atau melawat tempat ceramah(jika boleh)(e) memakai pakaian yang sesuai

Dalam membuat persediaan rapi, penceramah haruslah mengambil masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan perasaan gementar yang mungkin boleh di rasai oleh audien. Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan,membuat rujukan seperti buku, rencana dan kertas kerja terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Mencari maklumat terkini amat penting pada tahap ini kerana kemungkinan audien akan bertanya kepada penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut.

Apabila sudah megumpul maklumat, penceramah hendaklah menulis teks ceramah dan mencatat seberapa banyak topik dan subtopik sebagai panduan dalam proses penulisan teks ceramah. Penceramah hendaklah melafazkan teks ceramah di depan cermin sebagai latihan. Latihan ini amat penting bagi membolehkan pencersmah melihat air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan seterusnya membetulkannya secara sedar.

Kemahiran Melahirkan PendapatSemasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kehairan untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut :

1. cara melahirkan pendapat2. cara mempengaruhi audien3. nada dan intonasi

Cara Melahirkan PendapatDalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut:

(a) menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah

(b) menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan

Page 13: KOMUNIKASI KHALAYAK

(c) menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat(d) mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami(e) menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret.(f) Menunjukkan keyakinan diri.

Cara Mempengaruhi AudienDalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti yang berikut :

(a) mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan profesion audien

(b) menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dikalangan audien(c) menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik(d) menyelitkan unsur humor(e) memastikan suara anda didengar oleh semua audien(f) menjagka had/batas tumpuan audien

Nada dan IntonasiSemasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian adalah seperti berikut :

(a) meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian(b) menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak merayu(c) jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan(d) pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula

buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah anda.

(e) Menggunakan bahasa baku(f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

KEMAHIRAN MENUTUP CERAMAHDalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran berikut:

(a) membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. Dalam hal ini, pengerusi perlu mewujudkan susana yang kondusif dan menggalakkan penonton untuk melibatkan diri

(b) merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini, penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan satu kepuasan di kalangan audien

(c) menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat

(d) memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah.

Page 14: KOMUNIKASI KHALAYAK

CONTOH TEKS CERAMAH

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Mahad Jubin, guru-guru dan para pelajar sekalian. Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah kerana mengundang saya menyampaikan ceramah pada petang yang permai ini. Sebagai pegawai perubatan, saya amat berbesar hati menerima undangan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Mengawal Lipas,Lalat Dan Tikus”

Para pelajar yang dihormati sekalian,

Sebagai permulaan, saya ingin menjelaskan perihal lipas. Terdapat beberapa jenis lipan di Malaysia, antaranya wood roach,brown banded dan lain-lain lagi. Jangka hayat lipas antara 15 hingga 84 minggu. Seekor lipas betina boleh mengeluarkan 30 kelongsong telur yang mengandungi 14 hingga 30 biji telur bagi setiap kelongsong. Lipas mempunyai tabiat buruk, iaitu mengeluarkan makanan yang separuh hadam semula. Di samping itu, lipas juga meninggalkan najis sewaktu makan. Bulu kakinya pula menyebarkan virus, telur cacing, kulat dan kotoran. Lipas membawa penyakit seperti keracunan makanan, cirit-birit, disenteri dan alahan kulit.

Tempat pembiakan lipas adalah di saluran kumbahan, di tempat pembuangan sampah, di premis makanan yang kotor, di tangki najis dan di tempat yang lembab yang terselindung dari cahaya matahari. Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kita mengawal lipas. Antaranya, kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal, mengelakkan sisa makana berterabur, menutup lubang yang dilalui lipas dan mencuci peralatan dapur selepas digunakan.

Selain lipas, lalat juga berbahaya kepada kita. Lalat boleh hidup selama dua bulan. Lalat sejenis serangga yang berasal daripada Order diptera dan beraneka jenis serta mengandungi hampir 90 000 spesies yang diketahui. Lalat terbahagi kepada empat jenis, iaitu lalat rumah, lalat kandang, lalat daging dan langau. Lalat rumah didapati di rumah yang kotor. Lalat membiak di tempat-tempat yang kotor seperti di tempat pembuangan sampah-sarap dan sisa makanan. Lalat membawa penyakit seperti cirit-birit, pembawa tifoid atau keracunan makanan.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita perlu mengawal lalat dengan beberapa cara, iaitu menjaga kebersihan sama ada di dalam rumah atau di sekitar kediaman. Kita juga perlu membuang sisa makanan ke dalam plastik sebelum membuang ke dalam tong sampah, menutup tong sampah dan melakukan semburan untuk membunuh lalat dewasa. Kita juga boleh mengawal lalat dengan menggunakan perangkap lalat, lilin dan pembunuh elektrik.

Tikus membiak di tempat yang terdapat makanan dan di kawasan yang terlindung. Selain itu, tikus tinggal di kawasan longkang, di kilang pemprosesan makanan, di premis makanan dan di kawasan sampah sarap. Tikus menyebarkan penyakit melalui

Page 15: KOMUNIKASI KHALAYAK

pengguguran bulu, najis dan air kencing. Antara penyakit yang disebarkan oleh tikus adalah hawar, tifus, leptospirosis, jangkitan virus dan jangkitan bakteria.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita boleh mengesan tikus melalui beberapa cara seperti mengesan najis, air kencing, bau dan tempat persembunyiannya. Kita juga boleh mengesan kehadiran tikus apabila mendapati kesan kunyahan pada daun pintu, daun tingkap, bungkusan makanan dan kesan korekan. Tikus dapat kita kawal dengan cara menutup tong sampah-sarap, menyimpan makanan di tempat tertutup dan menghapuskan tempat persembunyiannya. Kita juga boleh memasang perangkap tikus dan memasang jaring dawai di tempat-tempat tertentu.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mengawal lipas, lalat dan tikus bagi menjamin kesihatan kita dan keluarga. Sekian, terima kasih.

KOMUNIKASI BERTULIS

1. UCAPAN

Ucapan ataupun ceramah yang sudah disiapkan sesungguhnya sudah sembilan puluh peratus diucapkan – Dale Carnege-. Justeru itu dapat difahami penulisan teks ucapan sangat penting sebelum menyampaikannya.

Ciri –ciri ucapan adalah 1. mempunyai pendahuluan iaitu kata-kata aluan .2. isi kandungan ucapan yang dikembangkan dengan baik3. sisipan kata iaitu ketika di tengah-tengah ucapan seperti tuan-tuan, hadirin

sekalian dan sebagainya4. mempunyai penutup iaitu kata-kata bagi mengakhiri sesuatu ucapan

Ucapan yang diberi perhatian oleh masyarakat dan media adalah ucapan yang mempunyai idea, buah fikiran, pandangan, hujah dan syor yang bernas. Ucapan yang hebat daripada segi bahasa dan retorik tetapi kosong daripada segi idea tidak memberi sebarang makna kerana yang utama adalah isi dan bukan pengolahan. Fakta, isis dan maklumat yang terkini, benar, tepat, betul dan menyeluruh lebih bermakna kepada khalayak daripada pengucapan yang hebat daripada segi kata-kata.

Dalam penulisan teks ucapan, terdapat beberapa gaya yang perlu di ketahui iaitu gaya rendah, gaya pertengahan dan gaya tinggi.

Gaya rendah adalah gaya mudah dan atau pun gaya biasa dan sangat sesuai bagi ucapan yang memerlukan pembuktian ataupun arahan. Gaya rendah sesuai bagi mereka yang kurang pendidikan, kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah.

Gaya sederhana bersifat lebih santai dan berada di antara gaya rendah dan tinggi

Page 16: KOMUNIKASI KHALAYAK

Gaya tinggi bersifat gaya terbina dan sesuai bagi mengungkapkan isu dan persoalan keilmuan seperti politik, kewangan, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Dalam penyampaian ucapan, permulaan ucapan menjadi sangat yang kritikal sama ada kita berjaya menarik minat perhatian khalayak ataupun tidak. Tujuan utama pendahuluan ucapan adalah

1. Menarik minat khalayak2. Menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan khalayak3. Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikuto ucapan itu4. Menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan itu5. Menwujudkan tanggapan awal pada pengucap6. Mewujudkan kredibiliti pengucap7. Mempersembahkan tajuk

Bagaimanapun, dalam konteks ucapan di negara kita, lazimnya ucapan dimulakan dengan menyampaikan salam dan ucapan selamat. Bagi penganut islam, salam diikuti dengan dengan puji-pujian kepada Allah. Ada yang memulakannya dengan ucapan penghormatan disusuli dengan ucapan salam.

Pada bahagian penutup, penyanpai ucapan perlu mengucapkan ‘selamat jalan’, membuat kesimpulan ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan. Dengan itu, penutup boleh dianggap sebagai peluang menjarakkan pengucap dengan khalayak. Pengucap perlu memberikan tanda yang ucapan akan tamat dengan menggunakan rangkai kata dan perkataan secara hormat dan tidak terlalu banyak ataupun bertindan seperti ‘sebelum mengundurkan diri’, ‘sebagai kesimpulan’, ‘sebagai rumusan’, ’akhir sekali’, ‘sebelum saya akhiri ucapan ini’ dan sebagainya.

REKA LETAK TEKS

Teks ucapan biasanya dicetak dengan menggunakan tulisan yang mudah dibaca denga saiz besar, selalunya 16 ataupun 18 poin supaya mudah di baca dan sedap dilihat. Teks juga ditaip dalam jarak langkau dua baris supaya mudah di baca. Teks perlu dicetak ataupun dipersembahkan dalam bentuk bingkai gambar dengan margin yang mencukupi di atas, di bawah dan di tepi kertas supaya mudah di baca.

Penggunaan bullet sangat praktikal kerana ia memudahkan pembacaan untuk menyenaraikan fakta dan isi. Teks yang mempunyai bullet sangat menarik perhatian, mudah di baca dan mempermudahkan kesimpulan.

Selain bullet, nombor 1,2,3,4 ataupun huruf a,b,c,d dan sebagainya juga boleh digunakan apabila menyenaraikansesuatu perkara ataupun langkah. Menomborkan muka surat juga sangat penting dan huruf tebal (bold) adalah bagi menegaskan isi.

Page 17: KOMUNIKASI KHALAYAK