pengajian kenegaraan kerajaan melayu melaka

18
Kesultanan Melayu Melaka 10/10/211

Upload: amin-upsi

Post on 22-May-2015

262 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Kesultanan Melayu Melaka

10/10/211

Page 2: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

1400~1403- Parameswara mendirikan kerajaan Melaka◦ Putera kerajaan Srivijaya di Palembang, beragama Hindu◦ Diserang Kerajaan Majapahit. Melarikan diri ke

Singapura→Melaka. 1411- lawat ke China bersama Laksamana Cheng Ho 1414- Parameswara menganut Islam & kahwin dgn

puteri Pasai, Indonesia.(Raja Megat Iskandar Syah, kemudian digelar Sultan Iskandar Syah)

Zaman Sultan Muzaffar Syah (1456-1477): Islam agama rasmi

Menjadi pusat perdagangan antarabangsa Kerajaan Kesultanan Melaka berlangsung selama 1

abad. 24 Ogos 1511: Tewas kepada Portugis (Alfonso de

Albuquerque)

Kesultanan Melayu Melaka

Page 3: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Senarai Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka

No

Pemerintah Tahun Pemerintahan

1 Parameswara 1400-1414

2 Sultan Iskandar Syah 1414-1424

3 Sultan Muhammad Syah 1424-1444

4 Sultan Abu Syahid 1444-1445

5 Sultan Muzaffar Syah 1445-1456

6 Sultan Mansur Syah 1456-1477

7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488

8 Sultan Mahmud Syah 1488-1510 (1513-1528)

9 Sultan Ahmad Syah 1510-1513

Page 4: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

(B) Struktur Pentadbiran Kesultanan Melaka

Sultan

Pembesar Empat

Pembesar 8

Pembesar 16

Pembesar 32

Bendahara

Penghulu Bendahari

Temenggung

Laksamana

Penasihat kanan Sultan (PM)

Mengawal perbendaharaan

Ketua Undang-undangKetua Polis

Ketua pahlawan di Laut

Sistem Pembesar Empat Lipat

Page 5: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan & undang-undang.◦ Empayar: seluruh semenajung TM, sebhg. Sumatera

Timur dan kepulauan Riau Lingga Pusat Perdagangan Dunia. Pusat Penyebaran Islam. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan.

◦ Bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan

Zaman Kegemilangan Melaka

Page 6: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Empayar Kerajaan Melaka pada Zaman Kegemilangan

Page 7: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Dalam buku Suma Oriental, Tome Pires menganggarkan nilai perdagangan melalui Melaka pada tahun 1510 ialah sebanyak 2.4 juta cruzado.

Angka ini sungguh besar maknaya apabila dibandingkan dengan jumlah nilai barangan import untuk Kota Seville, salah satu kota pelabuhan yang terkaya di Eropah, pada penghujung kurun ke 16 yang ditaksirkan lebih kurang 4 juta Cruzada.

Pusat Perdagangan Dunia.

Page 8: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia” (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice)~ Duarte Barbosa, Penulis, Pengembara & Pedagang Portugis

Melaka “sebegitu penting serta menguntungkan hingga pada pandangan saya tiada bandingannya dalam dunia” Tome Pires, Suma Oreintal.

Selepas kurun ke-12, dua daerah telah menjadi terkenal, Samudera Pasai dan Aru (sebelah selatan Samudera Pasai )

Page 9: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

GeografiTengah-tengah jalan perdagangan

Timur dan Barat

Perlabuhan yang terlindung

Jalan masuknya cukup dalam

Terlindung dari angin monson – TL dan BD

Kedudukan strategik untuk pertahanan

Faktor- faktor perkembangan dan keagungan Melaka

Page 10: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Ekonomi

Pusat perdagangan entreport bertaraf antarabangsa

kemudahan-kemudahan yang perlu

Mempunyai sumber asli seperti rempah-ratus dll

Page 11: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Politik dan Pentadbiran

Sistem undang-undang adil, undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka

Islam dijadikan agama rasmi

keselamatan

Hubungan yang baik dengannegeri Cina. – selamat dari ancaman

Siam dan Majapahit

Page 12: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Nama baik negeri Melaka tentang keselamatan, pentadbiran yang tersusun baik serta pasaran berbagai bangsa yang lengkap dengan segala kemudahan yang paling istimewa, segala-galanya menjadi bukti betapa cermatnya Raja-raja Melaka mengadakan keadaan yang selamat serta menguntungkan bagi perdagangan.

Tetapi, kemudahan-kemudahan itu tentu tidak akan menarik para pedagang begitu saja.

Page 13: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Unsur yang amat penting bagi kejayaan Melaka sebagai entrepot ialah peranan kembar yang dipegangnya sebagai pusat pemungutan utama bagi bunga cengkih dari Meluku dan buah pala dari kepulauan Banda, serta juga sebagai pusat pembahagian semula yang penting bagi tekstil India dari Gujerat, Koromandel, Malabar dan Benggala.

Kain India sebahagian besarnya dibawa oleh para pedagang Melayu Melaka ke serata tempat di gugusan pulau dan ditukarkan dengan rempah-rempah, kayu harum, hasil laut dan barangan yang ganjil serta mendapat harga yang tinggi di Timur dan Barat.

Page 14: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Tanpa kain Gujerat ataupun rempah, Melaka akan hanya menjadi salah satu pelabuhan di antara yang begitu banyak terdapat di rantau ini yang khusus memperdagangkan sedikit sebanyak hasil setempat. (Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. )

Page 15: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Kemorosotan Kesultanan Melayu Melaka

Sebab-sebab dalaman

• Pentadbiran Sultan Mahmud yang kurang baik• Pecah belah antara kaum – antara Melayu dan Tamil-Muslim

• Rasuah• Fitnah antara pembesar• Kenaikan cukai• Kematian Bendahara Tun Perak – tiada penganti yang baik

• Pasukan tentera lemah –orang laut tidak membantu apabila diserang oleh Portugis sebab tidak puas hati dengan pentadbiran Melaka yang telah mengabaikan mereka

Page 16: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Kemorosotan Kesultanan Melayu Melaka

Sebab-sebab luaran

Penemuan perjalanan laut melalui Tanjung Harapan di Selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488, memudahkan lagi pelayaran orang barat ke timur . Ini memberi perangsang kepada pelayaran orang Portugis ke timur Memudah lagi penawanan Melaka.

Pedagang-pedagang mula mengalihkan pusat perdagangannya ke tempat lain.Contohnya ke Betawi

 

Page 17: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Kejayaan besar Melaka dan tempatnya yang terhormat dalam sejarah Melayu bukanlah hanya disebabkan oleh kemakmurannya dan kemasyhurannya sebgai pusat perdagangan.

Bersandar pada kegemilangan zaman lalunya, Melaka telah mengasaskan satu corak pemerintah dan cara hidup yang diikuti oleh kerajaah melayu yang datang kemudian serta menjadi asas kepada apa yang dikatakan “kebudayaan serta bentuk pemerintahan tradisional Melayu”

Kepentingan Melaka dalam sejarah

Page 18: PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka

Selepas penjajahan portugis dan Belanda, tiada sebuan pun kerajaan Melayu yang dapat mencipta semula kebesaran Melaka, kerajaan itu kekal sebagai sumber ilham serta kekuatan kepada semua negeri yang menganggap diri mereka zuriat Melaka.

Pada masa ini pun, unsur-unsur sifat kesultanan Melayu Melaka masih terdapat dalam hubungan politik Melayu moden dan juga dalam kehidupan masyarakat Melayu.