pengajian islam

12
1 Pengajian Islam MPW1143/2143 Assigment Tittle : Konsep Makanan Halal dan Haram Menurut Islam & Kesannya kepada Fizikal dan Rohani Manusia Group Members : Nur Fatin Bari’ah KJC0950298 Nuril Ekma Bte Hj Abd Muda KJC0950313 Noor Syawani Bte Alias KJC0880020 Section : 2 Sem : January 2010 Lecture : Ustaz Mohd Afiffudin

Upload: nuril-ekma

Post on 05-Dec-2014

682 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Islam

1

Pengajian Islam

MPW1143/2143

Assigment Tittle : Konsep Makanan Halal dan Haram Menurut Islam

& Kesannya kepada Fizikal dan Rohani Manusia

Group Members : Nur Fatin Bari’ah KJC0950298

Nuril Ekma Bte Hj Abd Muda KJC0950313

Noor Syawani Bte Alias KJC0880020

Section : 2

Sem : January 2010

Lecture : Ustaz Mohd Afiffudin

Page 2: Pengajian Islam

2

Table Of Content

No Content Page

1 Pendahuluan 3-4

2 Isi-Isi 5-10

3 Penutup / Kesimpulan 11

4 Bibbliografi 12

Page 3: Pengajian Islam

3

PENDAHULUAN

Tahun demi tahun, dunia semakin canggih dan moden. Semua orang berlumba-lumba

untuk menjadi yang paling berkuasa di pentas dunia. Mengisi keperluan dan kehendak.

Paradigma dunia bijak memainkan peranan masing-masing dan ada yang sanggup bertindak

drastik dan agresif demi mencapai keagungan tersendiri tanpa memikirkan kesan atau impaknya

pada manusia sejagatnya. Itulah yang berlaku pada masa ini. Dunia telah mulai ‘mengiktiraf’

penggunaan bahan syubhah atau haram di dalam makanan, pakaian, wangi-wangian, bahan

kosmetik, ubat-ubatan serta banyak lagi keperluan seharian.

Dalam hal ini, yang menjadi mangsa adalah Umat Islam seantereo dunia. Sikap tidak

meghormati sensetiviti umat Islam ini telah lama menular namun adakah kita sedar dan peduli

sepenuhnya akan isu yang dianggap remeh tapi sebenarnya ini adalah salah satu punca penyebab

kita diheret ke neraka.

Di sini, tidak perlu kita pandang terlalu ke hadapan. Cuba kita renungkan, apa yang kita

lakukan setiap hari dan adalah rutin kita seharian? Makan. Makan adalah salah satu perkara yang

mampu menyebabkan kita diheret ke neraka. Mengapa? Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata

"ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN!"

Makanan adalah pembekal nutrisi kepada badan dan ia akan menjadi darah daging kita

untuk seumur hidup. Jadi, makanan yang mengandungi bahan-bahan syubhah atau haram adalah

seperti virus yang menetap senyap di dalam tubuh Umat Islam. Oleh itu, jagalah apa yang kita

makan, perhatikanlah apa bahan-bahannya, siapa membuatnya dan dari mana sumbernya kita

mendapatkannya.

Islam melarang keras umatnya megambil dan mengamalkan memakan makanan yang

telah diharamkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Di dalam Surah Al –Maidah ayat 3 ALLAH

berfirman:-

ٱلمنخنقة ولهم ٱلخنزير ومآ أهل لغير ٱهلل به و حرمٺ عليکم ٱلميٺة وٱلدم

و ٱلموقوذة وٱلمٺردية وٱلنطيحة ومآ أكل ٱلسبع ٳال ما ذكيٺم وما ذبح على

Page 4: Pengajian Islam

4

من ٱ س ٱلذين کفروءٱلنصب وأن ٺسٺقسموٱ بٱألزلۚم ذلكم فسۗق ٱليوم يى

وأتمممت عليکم م ليوم أکملت لکم دينڪٱخشوۚن ٱدينکم فال تخشوهم و

متجا نف ٳلثۙم ضطرفى مخمصة غيرٱٳلسٰلم دينۚا فمن ٱنعمتى ورضيت لکم

غفور ّرحيٌم.هللا فٳّن ٱ

Page 5: Pengajian Islam

5

ISI-ISI

Dipetik dari laman Blog Orang yang Terasing-Sang PENGEMBARA.htm pada

10 Mac 2010, jam 3.15 petang, blog ini melampirkan dalil-dalil serta peristiwa yang pernah

berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, artinya: “Hai orang-orang yang beriman,

makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah

kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah.” (QS Al-Baqarah: 172).

Dalam ayat lain, artinya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang

terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah

musuh yang nyata bagimu.” (QS Al-Baqarah: 168).

Perintah untuk memakan makanan dari sumber yang halal telah jelas dinyatakan seperti

dalil di atas. Makanan yang haram bukan sahaja haram kerana bahannya tetapi bagaimana kita

mendapatkan makanan itu juga adalah penting. Diandaikan bahawa kita memakan makanan yang

halal seperti sebiji kurma tetapi kita mendapatkan kurma itu dengan cara mencurinya. Itu juga

adalah dikira makanan yang haram dimakan kerana sumber kita mendapatkannya adalah dengan

mencuri.

Di dalam laman web ini, jelas dinyatakan bahawa memakan makanan yang haram akan

mempengaruhi insan dari segi rohani dan fizikal. Laman blog ini hanya membincangkan kesan

makanan yang haram dari segi rohani iaitu jika memakan makanan yang haram terhadap

manusia ialah doa tidak termakbul, tidak diterima amalannya, membawa pengaruh negatif

terhadap hati, akal dan menghalang hubungannya dengan Allah S.W.T kerana segala amalan

yang dilakukannya hanyalah sia-sia belaka. Disebutkan juga jika seseorang itu menyedekahkan

rezeki yang haram maka bukan pahala yang didapatinya sebaliknya dosa.

Didalan sebuah laman //BLOG MIXTERR.COM pula, yang dilayari pada 10 Mac 2010,

jam 3.50 patang, blog ini lebih membincangkan topik ini dengan memberikan kesan terhadap

fizikal. Blog ini mengetengahkan persoalan yang kadangkala kita tahu tetapi kita terlepas

pandang. Antaranya ialah persoalan mengenai penggunaan logo halal pada masa kini yang

berbeza-beza antara satu sama lain dan boleh didapati dengan mudah di kedai kedai sticker biasa.

Page 6: Pengajian Islam

6

Selain itu, alat memasak dan tukang masak bukan Islam juga harus diragui selain penyembelihan

haiwan yang tidak dilakukan dengan sempurna.

Dinyatakan di sini oleh penulis blog bahawa makanan yang haram memberi kesan negatif

kepada fizikal manusia terutamanya Umat Islam. Salah satunya ia akam mempengaruhi sikap

kita. Kita akan mudah menjadi gelisah, resah, tidak tenang dan selalu merasa risau. Makanan

turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri. Jika kita memakan makanan haram,

perilaku kita akan menjadi buruk dan kita akan lebih mudah terjerumus kepada ajakan dan

hasutan syaitan. Oleh itu, memakan makanan haram akan membentuk sahsiah diri yang tidak

baik. Tambahan lagi memakan makanan haram akan menjerumus kita menjadi ahli neraka

seperti yang disebutkan dalam firman Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Setiap daging yang

tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Disebutkan juga bahawa memakan makanan yang haram akan menyebabkan amalan seseorang

tidak diterima selama 40 hari.

Tahukah kita bahawa bahan yang mempunyai unsur babi itu lebih banyak dalam

makanan dan ubat-ubatan. Tentu kita tidak menyangka perkara ini semakin serius saban hari.

Seperti yang dikisahkan dalam blog http://www.khairilbismi.com/?p=63. Perhatikanlah kod-kod

makanan yang telah diberikan dibawah kerana ia mengandungi unsur lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270,

E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434,

E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482,

E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Mungkin kita pernah melihat kod-kod ini pada coklat Cadbury, keropok ROTA, kosmetik

dari luar nedara tetapi kita tidak pernah ambil tahu akan kod kod ini. Disini dibincangkan dari

manakah timbulnya idea untuk memulakan penggunaan lemak babi ini di dalam kehidupan

manusia dan di sini jugalah terbongkarnya rahsia dan tipu muslihat orang kafir untuk

menjahanamkan Umat Islam.

Dalam sebuah akhbar tempatan pula, UTUSAN ONLINE, ruangan Abu Nuha, artikel

Pandangan Islam terhadap babi yang dilayari pada 21 Mac 2010 pada jam 11.45malam

Page 7: Pengajian Islam

7

membicarakan perkaitan babi dengan hidup. Antaranya adalah najis babi, adakah kulit babi boleh

disamak, cara mensucikan diri jika terkena jilatan babi, hukum jual beli babi, menternak dan

disebalik mimpi tentang babi. Dijelaskan juga bahawa ada terjadi kisah tidak lama dahulu pelajar

veterinan beragama Islam memegang babi dan menganggap perbuatan itu berdosa. Artikel ini

menyebut bahawa memegang babi tidak haram begitu juga menyebutnya dengan terang.

Sebagaimana Nabi Muhammad tidak pernah menyebut babi sebagai ba alif bay a tetapi orang

melayu pada masa ini merasa berdosa bila menyebut perkataan babi tetapi tidak rasa berdosa jika

mengumpat.

Dari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Babi dilayari pada 12 Mac 2010, 10malam

* babi panggang merah (manis) khas Tionghoa

* Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa

* Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)

* Kitoba (hirisan bahagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus.

* Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate

* Ngo hiang / Go Hiong: babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tauhu tipis.

Page 8: Pengajian Islam

8

* Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis

* Bakut: Hidangan khas Tionghoa paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu iga babi

* Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli

* Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.

* Babi guling: Olahan daging babi khas Bali

* Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.

Rencana dan gambar diatas adalah antara hidangan dari daging babi yang agak popular

bagi pemakannya. Rencana dari blog ini menyatakan dengan jelas sistem biokimia babi

mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid urik, sedangkan 98% sisanya tersimpan

dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor. Ini jelas mengapa Islam

mengharamkan mengapa Umatnya memakan babi. Islam agama yang sangat bersih dan menjaga

kebajikan penganutnya. Oleh yang demikian Allah telah memerintahkan janganlah kita

memakan yang haram selain yang halal kecuali ketika darurat.

Selain itu, babi juga adalah dalam golongan haiwan perosak. Ini kerana ia merosakkan

tanaman dan sayur-sayuran. Dari sudut sains pula, babi dilihat menpunyai gen yang agak sama

dengan manusia menyebabkan penularan penyakit. Contonya ialah semasa penularan virus

Nipah. Kemampuan khinzir yang istemewa adalah menerima pelbagai jenis virus dan

mengubahkannya kepada bentuk baru yang lebih berbahaya dan ini amat membimbangkan

pakar. Malah pakar turut mengeluarkan pendapat bahawa babi adalah seperti takungan virus

yang merbahaya. Jadi jika mereka tahu ia adalah berbahaya, mengapa tidak mereka

mengeluarkan petisyen mengenai perkara ini dan memyerahkannya kepada kerajaan? Sekali lagi,

ini adalah politik orang-orang yang berkepentingan dan tamak haloba yang mementingkan

kekayaan.

Pengharaman memakan babi turut disebut di dalam Kitab Bibble buku Leviticus: ”Jangan

makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak

memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, jangan sentuh bangkainya.”

[Leviticus11:7-8] Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Deuteronomy:

”Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu

tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.”

Page 9: Pengajian Islam

9

[Deutoronomy14:8]. Larangan yang sama juga diulang di dalam Bible, di dalam buku Isaiah

Chapter65,rangkap2-5.7.

Ini adalah maklumat yang kami perolehi ialah sumbangan seorang rakan, Muhd Ridzuan.

Beliau memberikan kami slide yang bertajuk UNSUR BAHAN HARAM DALAM MAKANAN

KITA. Slide ini kami rasa sudah merangkumi segala isu-isu berkaitan babi, pengharamamnya

dan sebagainya. Ia membangkitkan mengenai isu-isu yang telah berlaku di dalam masyarakat

Malaysia pada hari ini yang mana sensitiviti Umat Islam tidak lagi diambil kira. Mari kita lihat

sebahagian isu-isu tersebut.

Page 10: Pengajian Islam

10

Jelaskah kita dengan apa yang telah diberitahu ini? Banyak yang mengambil mudah

perkara ini kerana sudah terbiasa dengan makanan dan minuman ringan yang mengandungi

unsur haram ini. Mungkin mengambil masa yang agak lama bagi kita untuk belajar mencari yang

halal ditengah-tengah yang haram. Slides ini juga menbuka banyak persoalan lain antara nya

penggunaan logo halal, menjual makanan haram bersama yang halal, kekeliruan makanan,

penggunaan kulit babi dalam barangan kulit berjenama seperti kasut, beg tangan, jaket kulit,

dompet dan sebagainya.

Page 11: Pengajian Islam

11

KESIMPULAN

Jika kita imbas dan renung kembali sepanjang masa kita hidup di dunia ini, adakah kita

makan dari sumber yang halal? Bersihkan makanan dan minuman yang masuk ke perut kita itu?

Adakah sah sembelihan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Apabila kami diberi tugasan berkumpulan dan tajuknya adalah konsep makanan halal

haram dalam Islam, kami membuat kajian dengan teliti dan mendapati banyak antara makanan

yang kita makan selama ini adalah dari sumber yang haram dari segi zat atau sembernya. Diri

tertanya-tanya, mungkin inilah sebabnya mengapa aku selalu melawan cakap ibu ayah, guru

disekolah dan Ustazah. Mungkin inilah menyebabkan mengapa diri ku sentiasa terasa malas ke

kelas, malas melakukan ibadah dan doa ku juga kurang diterima.

Menbuat kajian mengenai topik ini membuat kami bermuhasabah diri dan cuba untuk

mencari penyelesaian bagi masalah ini. Salah satu cara Umat Islam patut lakukan adalah bersatu

mengharamkan sekeras-kerasnya kemasukan makanan haram dari negara pengeluar,

mengharamkan arak di negara-negara Islam dan membangunkan ekonomi Islam ke serata dunia

kerana bagi kami, dunia masa kini dikuasai oleh kuasa asing iaitu Amerika Syarikat terutamanya.

Amerika mengamalkan ekonomi kapitalis dimana keuntungan adalah segala-galanya dan

kebajikan masyarakat kurang dititik beratkan.

Di sinilah Umat Islam harus bermula dengan membangunkan semula Ekonomi Islam

seperti pada Zaman Rasulullah dahulu. Pastinya kita boleh mengekang menjualan makanan

haram ke negara-negara Islam lantas mamboikot ekonomi orang bukan Islam. Kejatuhan

ekonomi orang kafir akan menjadikan Islam kuasa kuat dunia.

Tetapi kenyataannya, orang-orang Islam sudah tidak bersatu pada dasarnya. Mereka takut

untuk bersuara. Mereka takut akan kuasa-kuasa besar. Mereka hanya bersatu apabila adanya

Mesyuarat OIC dan selepas mesyuarat itu, hanya tinggal khabar sahaja.

Selain itu, umat Islam sendiri harus menyokong produk keluaran syarikat Islam seperti

jenama rangkaian kosmetik Safi, Syurah, Halagel dan banyak lagi. Pemikiran Umat Islam harus

lebih luas dalam melihat dunia dan demi kepentingan sejagat. Jika kita tidak menyokong prodik

orang Islam, adakah kita ingin mengunakan produk yang mengandungi bahan-bahan haram atau

syabhah. Fikirlah wahai Umat nabi Muhammad bahawasanya siapa kita adalah apa yang kita

makan.

Page 12: Pengajian Islam

12

BIBBLIOGRAFI

1. Blog Orang yang Terasing-Sang PENGEMBARA.htm pada 10 Mac 2010, jam 3.15

petang

2. //BLOG MIXTERR.COM pula, yang dilayari pada 10 Mac 2010, jam 3.50 patang

3. Berita Harian, 03/04/2007, Pemakanan Sihat Mampu Lahir Generasi Cemerlang,

Norkumala bt. Awang Pegawai Penyelidik

4. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1229&lg=1&opt=com

_article&sec=

5. http://donzaini-hpa.webs.com/apps/blog/categories/show/28693-makanan-halal

6. http://www.khairilbismi.com/?p=63

7. file:///C:/Users/User/Desktop/PANDANGAN%20ISLAM%20TERHADAP%20BABI%2

0%C2%AB%20ABU%20NUHA%20CORNER.htm