pendidkan inggeris di india

Upload: balqis-comel

Post on 04-Jun-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    1/15

    Satu aspek penting dalam pemerintahan British di India adalah sistem pendidikan Inggeris yang

    telah membawa kepada gerakan sosial dan politik di India. Masyarakat India yang berpendidikan

    Inggeris akan menerapkan nilai dan tanggapan tentang diri dan tanah kelahiran mereka menjadi

    kondusif untuk pendudukan British di India. Perkembangan pendidikan di India diperkenalkan

    oleh pihak kolonial British dan kepentingan sistem pendidikan Inggeris ini adalah untuk

    membolehkan masyarakat India dapat menguasai bahasa penjajah disamping mendapat peluang

    pekerjaan. Dari segi pertuturan atau bahasa yang digunakan masyarakat pada zaman ini

    kebanyakkannya sudah mula bertutur dalam bahasa Inggeris. Perkembangan pendidikan yang

    dibawa oleh British telah membawa perkembangan yang begitu pesat. Ianya dituturkan oleh

    golongan cendekiawan atau terpelajar.

    Disamping itu juga, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perpaduan masyarakat India

    yang telah lama berpecah akibat perbezaan wilayah, agama dan juga kasta. Hasil pendidikan

    Barat juga yang telah menyebabkan kebangkitan satu golongan elit yang berpendidikan iaitu

    golongan ini adalah terdiri daripada pemimpin gerakan politik di India. Hanya 3 peratus sahaja

    terdapat golongan elit Brahmin selainnya golongan elit yang baru. Golongan Mahasastra dan

    Parsi menjadi pendokong utama dalam sistem pendidikan yang baru diperkenalkan British ini.

    Golongan-golongan elit yang menyokong British akan diberi peluang pekerjaan dalam

    pentadbiran Inggeris. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh imperialis Barat di Asia

    Selatan (India) adalah bercorak pendidikan sekular iaitu pendidikan sekular ini tidak

    mengandungi ilmu keagamaan dan hanya tertumpu duniawi semata-mata.

    Golongan yang mendapat pendidikan dari Barat, mereka banyak terpengaruh dengan pelbagai

    ideologi yang diterima semasa menuntut di luar negara. Antara ideologi yang paling popular

    adalah demokrasi, sosialisme dan liberalism yang mana ianya diperjuangkan oleh tokoh seperti

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    2/15

    John Locke, Voltaire, serta Rousseau. Walau bagaimanapun, mereka telah diatasi oleh

    "Anglicists", orang-orang yang menyokong pengenalan institusi pembelajaran Barat berdasarkan

    kurikulum British dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Inggeris dapat

    memberi satu perkembangan ilmu. Jika sebelum ini, ramai masyarakat India yang buta huruf

    namun dengan pengenalan pendidikan Inggeris ini dapat membantu taraf buta huruf di India.

    Selain itu, selepas ada pendidikan yang diberikan oleh pihak British, masyarakat India pada

    waktu itu dapat mempraktikkannya. Sebagai contoh, dalam ekonomi pertanian tradisional, lebih

    ramai petani celik mungkin lebih cepat untuk menerima pakai input yang unggul, melibatkan diri

    dalam perkongsian maklumat yang lebih besar, dan sekali gus meningkatkan pengeluaran

    pertanian. Dengan kehadiran Barat sedikit sebanyak telah memperluaskan pengetahuan

    pendidikan di India. Untuk pengetahuan umum, pihak British telah memperkenalkan sistem

    perubatan kurikulum, botani dan juga sekolah perubatan. Contohnya di Calcutta dan Potsdam.

    Kepentingan Pendidikan Ingeris Dalam Gerakan Politik

    3.1 Kemunculan Tokoh-tokoh Politik

    3.2 Mahatma Gandhi

    Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang telah mengetuai perjuangan untuk menuntut

    kemerdekaan India daripada British selepas British menguasai India selama beberapa tahun.

    Nama sebenar beliau ialah Mohandas Karamchand Gandhi tetapi masyarakat seluruh dunia

    memanggilnya Mahatma yang bermaksud jiwa yang besar. Pengikut-pengikutnya di India

    memanggilnya Bapu yang bermaksud bapa atau bapa negara. Dunia mengenalinya sebagai

    Gandhi iaitu seorang lelaki yang luar biasa yang secara senyap-senyap telah membawa seluruh

    negara India kearah kemerdekaan. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Probandar, sebuah

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    3/15

    pekan kecil di pantai Barat India. Keluarga Gandhi merupakan antara yang sangat berpengaruh

    di Probandar dan beragama Hindu. Ayahnya bernama Karamchand atau lebih dikenali sebagai

    Kaba adalah Perdana Menteri Bandar tersebut. Semasa berumur 40 tahun, ayahnya telah

    berkahwin dengan seorang wanita muda berumur 13 tahun iaitu Putlibai. Putlibai telah

    melahirkan anak keempatnya iaitu Gandhi semasa berumur 22 tahun.

    Mahatma Gandhi merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai fizikal yang pelik

    iaitu beliau mempunyai leher yang panjang dan kurus, telinga yang sedikit terkeluar tetapi

    memiliki senyuman dan kerdipan mata yang cantik. Keluarganya adalah dari golongan pedagang

    dan nama Gandhi bermaksud peruncit. Semasa berumur 13 tahun beliau telah dikahwinkan

    dengan Kasturbai Nakanji. Selepas kematian bapanya, keluarganya hidup dalam kemiskinan dan

    hal ini menyebabkan beliau membuat keputusan untuk mencari kerja yang boleh menampung

    ahli keluarganya. Beliau telah memilih bidang undang-undang dan menyatakan bahawa beliau

    akan menjadi seorang peguam sekiranya beliau menyambung pelajarannya di England selama 3

    tahun. Pada 4 September 1888, beliau telah belayar ke England dan pada masa ini beliau masih

    belum fasih berbahasa Inggeris. Namun, beliau bertekad mahu menjadi seperti orang Inggeris

    dan beliau telah membeli beberapa sut yang formal dan tali leher untuk menggantikan pakaian

    tradisional India. Oleh itu, beliau telah membuat sut dan topi yang baru untuk menyesuaikan diri

    dengan orang Inggeris. Beliau juga telah mengambil kelas kemahiran membaca, menari, bermain

    biola dan kelas Perancis.

    Pemikiran Gandhi semakin berkembang melalui buku-buku Inggeris yang dibacanya. Selepas 2

    tahun 8 bulan berada di England, beliau kembali ke India. Semasa beliau kembali ke India pada

    tahun 1891, beliau tidak boleh mengendalikan kes-kes mahkamah walaupun memiliki kelayakan

    undang-undang kerana beliau masih berasa malu. Selepas itu, beliau mula bekerja sebagai

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    4/15

    penggubal petisyen undang-undang tetapi telah menyebabkan kemarahan ejen politik British

    kerana beliau cuba campur tangan dan mereka telah melucutkan jawatan beliau. Pada 1893,

    tawaran kerja selama satu tahun yang diterimanya daripada sebuah firma muslim di Afrika

    Selatan amat dinantikan oleh beliau untuk melarikan diri dari rasa malunya di Rajkot. Mahatma

    Gandhi mula dikenali melalui kempennya di Afrika Selatan sebelum perang dunia pertama

    apabila beliau telah mengetuai masyarakat India dalam penentangan tanpa kekerasan terhadap

    undang-undang diskriminasi terhadap orang India disana. Peristiwa ini turut berlaku kepada

    dirinya apabila dihalau keluar daripada keretapi kerana berkulit hitam. Hal ini telah

    menyebabkan beliau memutuskan untuk menjadi aktivis politik untuk menentang diskriminasi

    ini. Pada 1901, beliau kembali ke India dan banyak menghabiskan masa dengan ahli politik

    terkenal India iaitu G. K. Gokhale.

    Pada 1903, beliau telah menubuhkan akhbar untuk rakyat India iaitu Union Nation. Pada 1906,

    berlaku petempuran antara kaum Zulus dan British di Natal, Gandhi telah menubuhkan pasukan

    bantuan India untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera. Selepas peristiwa inilah beliau telah

    mewujudkan Satyagraha yang bermaksud penentangan secara pasif iaitu tanpa kekerasan. Selain

    itu, beliau juga telah memimpin parti Kongres Kebangsaan (INC) dari tahun 1920 hingga tahun

    1939. Parti itu menjadi satu-satunya parti politik yang berpengaruh di India. Pada 1930,

    Mahatma Gandhi telah bertindak mengadakan gerakan penentangan awam dan melakukan

    peristiwa yang dikenali dalam sejarah sebagai perarakan garam. Beliau telah dibunuh pada bulan

    Januari 1948 oleh seorang ekstremis Hindu, Nathuram Godse kerana dikatakan telah

    menyebabkan membawa perpecahan dan kelemahan terhadap orang Hindu di India serta

    sokongan terbuka yang diberi oleh Ghandi terhadap orang Islam.

    3.1.1 Jawaharlal Nehru

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    5/15

    Semasa Mahatma Gandhi dipenjarakan, Kongres Kebangsaan dipimpin oleh Pandit Jawaharlal

    Nehru. Pada waktu itu, bermulanya keretakan antara orang Islam dengan Hindu. Pandit

    Jawaharlal Nehru sama seperti Gandhi kerana beliau akan dikenang sepanjang masa oleh rakyat

    India baik yang beragama Hindu mahupun bukan Hindu. Beliau merupakan pejuang

    kemerdekaan yang memilih jalan sekularisme agar India tidak menjadi negara agama. India

    akan hancur jika meninggalkan sekularisme, katanya pada suatu hari. Jawaharlal Nehru

    merupakan anak kepada Motilal Nehru dan dilahirkan pada 14 November 1889 di Allahabad.

    Beliau menerima pendidikan di Harrow dan Cambridge di London dan telah menetap di London

    selama 7 tahun sebelum kembali ke India pada 1912. Nehru tertarik kepada gerakan-gerakan

    politik menjelang kemerdekaan India. Usianya yang masih muda pada ketika itu mudah

    menerima gerakan Satyagraha yang dilancarkan oleh Mahatma Gandhi.

    Semasa beliau masih kecil, bapanya sudah dapat melihat kebolehannya untuk menjadi seorang

    yang berjaya. Di rumahnya terdapat dua orang penasihat British dan dari tahun 1901-1904,

    beliau mempunyai guru persendirian berbangsa Perancis-Ireland iaitu Ferdinand. T. Brooks

    untuk mengajar tentang sastera Inggeris dan Sains. Pada 1927, Motilal Nehru telah memujuk

    Gandhi untuk menjadikan anaknya sebagai presiden Kongres Kebangsaan tetapi telah ditolak

    oleh Gandhi. 2 tahun kemudian iaitu pada 1929, Motilal cuba memujuk Gandhi dan kali ini

    beliau telah berjaya menaikkan Jawaharlal menjadi presiden Kongres Kebangsaan. Pada Ogos

    1947, Jawaharlal Nehru telah menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Sebagai pejuang

    kemerdekaan, Nehru juga mengalami keluar masuk penjara. Bagi bangsa India, Nehru bukan

    sahaja pejuang kemerdekaan, tetapi pejuang demokrasi dan persamaan hak. Hal ini tidak

    hairanlah kerana beliau adalah murid Gandhi.

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    6/15

    Keyakinannya bahawa, sekularisme merupakan alternatif terbaik untuk menyatukan India. Selain

    itu, semasa menjadi Peradana Menteri beliau juga telah menjadi pelopor kepada Asian Relations

    yang telah dihadiri oleh 26 negara termasuk Indonesia. Pada Januari 1949, beliau telah

    mengadakan Persidangan Asia II di New Delhi. Sebahagian besar persidangan ini telah diambil

    alih oleh PBB dan dijadikan dasar penyelesaian masalah antara Indonesia dan Belanda. Nehru

    amat mengagumi Gandhi sehingga beliau menamakan anak perempuannya dengan nama Indira

    Gandhi yang juga telah menjadi pemimpin India juga cucunya bernama Rajiv Gandhi. Beliau

    meninggal pada tahun 1964.

    3.2 Kemunculan Parti-parti Politik

    Pendidikan Barat dan penekanan penggunaan bahasa Inggeris di India telah membawa

    signifikasi yang cukup besar dan bermakna dalam perkembangan nasionalisme India. Ianya

    membawa perubahan yang cukup besar kepada masyarakat India sejak tahun 1835 lagi apabila

    keputusan telah dibuat untuk menggantikan pendidikan bahasa vernakular dengan pelajaran

    Inggeris. Dalam hal ini, golongan yang menerima pendidikan Barat secara tidak langsung

    terdedah kepada pemikiran liberal orang Inggeris dan memahami makna kebebasan yang dibuat

    oleh John Stewart Mill dan Edmund Burke. Hal ini menyebabkan kalangan orang India yang

    berpendidikan Inggeris ingin memainkan peranan yang penting dan aktif dalam pentadbiran

    negara. Pendidikan Inggeris yang diajar kepada orang-orang Hindu memberi dua kesan yang

    penting yang membawa kepada nasionalisme di India. Gerakan Brahmo Samaj telah mengubah

    pemikiran pemimpin mereka untuk menggerakkan idea baru demokrasi, dan kebebasan

    manakala gerakan Arya Samaj dan kebangkitan rakyat Hindu ortodoks membawa kepada

    ketenteraan Hindu dan kali pertama ia membawa kepada perpaduan Hindu India dan

    nasionalisme.

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    7/15

    Malah, penubuhan parti-parti politik dalam gerakan nasionalisme adalah disebabkan sektor

    pentadbiran Inggeris yang dihadkan kepada golongan india yang berpendidikan tinggi. Calon

    yang layak hanya diberikan jawatan yang rendah dan masih dilayan sebagai orang India yang

    biasa dan tidak sama dengan pegawai tinggi British yang lain. Hal ini juga telah menyebabkan

    golongan berpendidikan Inggeris ini melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti politik dan

    membawa kepada kemunculan parti-parti politik di India. Kesedaran politik dalam kalangan

    masyarakat tempatan turut didorong oleh dasar-dasar yang diambil oleh Gabenor Jeneral India

    seperti Lord Lytton dan Lord Ripon. Mereka telah mengambil dasar-dasar yang lebih luas untuk

    melibatkan masyarakat tempatan dalam lapangan politik melalui kerajaan tempatan. Dalam masa

    yang sama, golongan pertengahan yang muncul kesan dari pendemokrasian pendidikan telah

    mencari satu wadah yang dapat digunakan untuk menyuarakan pandangan mereka.

    Keadaan ini telah membawa kepada wujudnya pertubuhan-pertubuhan politik dan antara yang

    terpenting adalah India National Congress (INC). Sebenarnya sebelum penubuhan INC lagi,

    telah wujud persatuan-persatuan politik tempatan di Bombay dan Bengal. Semua ini menjadi

    nadi kepada penubuhan Kongres Kebangsaan India (INC). Misalnya Pertubuhan India British di

    Bombay telah ditubuhkan pada tahun 1851 oleh Rajendra Pal Mitra dan Ram Gopal Ghosh dan

    buat kali pertamanya pada tahun 1853, pertubuhan ini telah mendapat tempat sebelum keputusan

    Parlimen British mengenai penglibatan orang-orang India dalam kerajaan. Manakala, penubuhan

    Pertubuhan Bombay oleh pengasasnya yang aktif, siswazah Elphinstone dan Dadabhai Naoroji

    yang dihidupkan semula pada tahun 1867 telah menarik minat para siswazah muda dan peguam

    seperti Bhandarkar, Ranade, Mehta da Tyabji. Mereka juga menyertai Pertubuhan India Timur,

    cawangan Bombay yang ditubuhkan oleh Dadabhai pada tahun 1869. Pada tahun 1870, terdapat

    pertubuhan politik di Poona iaitu Sabha Sarvajanik yang telah berjaya menjadi anggota komuniti

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    8/15

    Mahratta. Pada tahun 1865 pula di London telah ditubuhkan Persatuan India London (PIL)

    yang ditunjangi oleh pelajar India yang menuntut di London seperti Badarudin Tyabji,

    Manmohan Ghose, Pheozeshah Mehta dan Dadabhai Naoroji yang kemudiannya menjadi tulang

    belakang INC. Cawangan PIL ini turut ditubuhkan di bandar-bandar utama di India. Selain itu

    terdapat beberapa pertubuhan politik yang lain seperti Persatuan India di Bengal, Persatuan

    Bumiputera Madras, dan Persatuan Rakyat Madras. Pada tahun 1883, satu persidangan

    peringkat kebangsaan yang mengumpulkan semua persatuan yang ada di India telah diadakan di

    Calcutta dan pada tahun 1885 di Bombay telah ditubuhkan INC iaitu India National Congress.

    3.2.1 Kongres Kebangsaan India (INC)

    Penubuhan Kongres India ini juga adalah disebabkan sikap diskriminasi British terhadap

    penduduk India, misalnya rakyat India yang berpendidikan Barat tidak diberikan jawatan dalam

    perkhidmatan kerajaan. Calon yang dikira layak hanya diberikan jawatan rendah dan tidak

    dinaikkan pangkat. Oleh itu, golongan terpelajar India mendapati British telah menganiayai

    anak-anak orang India dan perasaan tidak puas hati inilah yang menyebabkan Surendra Nath

    Banerjee menubuhkan Persatuan India pada tahun 1876. Objektifnya adalah untuk menyatukan

    seluruh penduduk India dan membincangkan masalah-masalah perkhidmatan awam. Pada tahun

    1885, persatuan ini ditukar nama kepada Parti Kongres India. Kesemua persatuan dan

    pertubuhan ketika itu bergabung menjadi Kongres Kebangsaan India. Ketika itu Presiden

    pertama Kongres Kebangsaan India ini ialah seorang tokoh beragama Hindu-Kristian iaitu W.C.

    Banerjea, kedua ialah orang Parsi iaitu Dadabhai Naoroji, ketiga ialah seorang muslim bernama

    Tyabji, dan kempat dan kelima adalah orang Inggeris masing-masing bernama George Yule dan

    Wedderburn. Pada tahun 1885, semua golongan elit yang berpendidikan dari seluruh India

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    9/15

    bertemu di Bombay untuk berbincang mengenai tekanan yang dihadapi dalam perkhidmatan

    kerajaan. Mereka inilah yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli Kongres Kebangsaan India.

    Penganjur utama Kongres ini termasuklah Allan Octavian Hume, seorang pesara pegawai British

    yang menyokong permintaan orang India yang berpendidikan, seorang peguam Bombay iaitu

    Pherozeshah Mehta, dan juga Surendranath Banerjee. Kongres ini semakin lantang mengkritik

    dasar-dasar kerajaan dan menuntut pelbagai pembaharuan seperti perluasan asas kerajaan agar

    rakyat tempatan mendapat bahagian yang hak dan sah dalam pentadbiran dan penambahan

    pengambilan orang tempatan untuk mengisi jawatan tinggi berasaskan kelayakan.

    Walaubagaimanapun kerajaan British di India melihat INC sebagai microscopic minority yang

    tidak perlu diberi perhatian berat dan berikutan ini INC mula hilang kepercayaan terhadap

    pentadbiran British di India.Kongres Kebangsaan (INC) dipimpin oleh Mahatma Gandhi dari

    tahun 1920 hingga tahun 1939. Parti ini telah menjadi satu-satunya parti politik yang terpengaruh

    di India. Mahatma Gandhi telah berjaya menukar INC dari sebuah parti bersifat elit kepada

    sebuah gerakan massa yang penting yang mewakili pelbagai kelompok masyarakat dari kelas

    bawahan hingga kelas atasan.

    Gandhi yang lebih menekankan penentangan secara lembut dan sederhana telah menyarankan

    agar tindakan pemulauan terhadap barangan Eropah dan buatan British dilakukan. Sebagai

    gantinya, beliau menyarankan agar masyarakat tempatan kembali kepada kehidupan sederhana,

    menggunakan barangan buatan India, memasuki sekolah-sekolah India dan sebagainya. Gesaan

    dan tindakan yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi dan INC tidak disenangi British hingga

    menyebabkan ribuan orang ditangkap. Sehingga tahun 1930-an, suasana tidak menentu berlaku

    dalam arena politik India. Pertelingkahan antara Hindu dengan Islam semakin buruk sejak tahun

    1922 apabila berlaku rusuhan Moplah di Malabar. Pertelingkahan itu secara disedari atau tidak

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    10/15

    telah membawa persaingan antara dua parti terbesar masa itu, iaitu Kongres Kebangsaan India

    dan Liga Muslim. Dalam masa yang sama, INC berhadapan dengan masalah dalaman. Hal ini

    berlaku dalam bentuk persaingan antara golongan sayap kanan yang bersifat liberal dengan

    golongan sayap kiri yang dianggap lebih radikal dan memegang faham sosialisme dan

    komunisme. Kongres juga didapati kurang tegas dalam mengambil keputusan dan tindakan dan

    hal ini mengakibatkan Kaum Muslim keluar dari Kongres pada tahun 1906 dan membentuk Liga

    Muslim.

    3.2.2Persatuan Liga Muslim 1906

    Penubuhan Liga Islam di India pada 1906 adalah atas dasar keinsafan orang Islam akan

    kepentingan mereka dan digalakkan lagi dengan penekanan Hinduisme dalam Kongres India

    serta pertikaian kaum Hindu-Islam. Sebelum itu, orang Islam tidak menggunakan peluang-

    peluang pendidikan Barat yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak ramai yang

    berpendidikan Barat untuk mengisi kekosongan dalam jawatan-jawatan kerajaan dan profesion

    moden. Faktor ini juga telah menjadi punca Kongres Kebangsaan India tidak diterima oleh

    sebahagian orang Islam. Sebelum itu, orang Islam tidak mempunyai parti untuk bersatu. Hanya

    Kongres India sahaja tempat mereka mengadu nasib. Namun, jumlah mereka untuk menyertai

    Kongres India tidaklah ramai iaitu kira-kira 17 orang sahaja daripada 756 ahli kongres India pada

    tahun 1905. Oleh itu, Nawab Salimullah Khan menubuhkan Liga Islam di Dacca. Pemimpin Liga

    Muslim yang terkenal ketika itu adalah Muhammad Ali Jinah dan Liquat Ali Khan.

    3.3 Kemunculan Golongan Elit Berpendidikan

    Kepentingan sistem pendidikan Inggeris bukan sahaja melibatkan bidang sosial tetapi juga telah

    memberi kesan kepada bidang politik iaitu lahirnya golongan elit. Faktor pendidikan merupakan

    faktor utama dalam perkembangan politik di India dan merupakan titik permulaan lahirnya

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    11/15

    rakyat India yang berpendidikan Barat. Kebanyakan rakyat India yang berpendidikan Barat

    adalah terdiri daripada golongan elit yang berasal daripada kasta tinggi seperti Brahmin dan

    mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, golongan pemerintah dan pembesar

    merupakan golongan elit tradisional India. Namun begitu, kemunculan golongan elit baru

    berlaku apabila mereka menerima pendidikan Inggeris. Kebanyakan golongan elit ini

    mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial masyarakat India. Golongan elit ini

    menjadi pemimpin kepada gerakan politik di India dan mereka telah bertembung dengan idea

    kebebasan individu, hak asasi manusia, liberalisme, demokrasi, persaudaraan, sosialisme dan

    komunisme.

    3.3.1 Raj Ram Mohan Roy

    Raj Ram Mohan Roy dilahirkan di bandar Hungli di Barat Bengal. Beliau dikenali sebagai Bapa

    Pemodenan India atau Bapa Pemulihan India merupakan pengasas kepada pertubuhan Brahmo

    Samaj. Raja Ram Mohan Roy berasal daripada kasta Brahmin yang juga merupakan golongan

    atasan di India.Beliau menerima pendidikan Parsi dan Sanskrit sebelum beliau menerima

    pendidikan Inggeris. Ideologi atau pemikiran yang dibawa oleh Raja Ram Mohan Roy telah

    membawa perubahan besar kepada masyarakat India pada sekitar abad ke-19. Hal ini adalah

    kerana, beliau banyak terlibat dalam gerakan sosial dan keagamaan. Raja Ram Mohan Roy telah

    melihat sistem agama sebagai salah satu elemen untuk mengubah masyarakat India. Oleh itu,

    beliau telah mencetuskan kontroversi di India kerana beliau telah menentang adat tradisional

    India iaitu adat sutte. Hal ini secara langsung telah mendapat tentangan kuat daripada pengikut

    agama Hindu ortodoks. Raja Ram Mohan Roy menentang adat sutte kerana adat tersebut tidak

    perikemanusiaan dan menindas kaum wanita.

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    12/15

    Buktinya pada tahun 1818, beliau telah mengesyorkan dan menyokong penghapusan sistem ini

    dan isu ini telah menjadi isu hangat dalam pendebatan antara golongan intelektual di Calcutta.

    Beliau juga banyak membela hak dan nasib wanita. Antaranya pendidikan yang perlu diberi

    sama rata kepada kaum wanita dan isu perkahwinan semula bagi balu atau janda. Selain itu, isu

    perkahwinan semula wanita telah mendapat perhatian dan telah menjadi topik perbincangan

    utama di sekitar Bombay, Bengal dan Madras menerusi liputan akhbar. Oleh itu, jelas kita dapat

    lihat bahawa corak pemikiran beliau telah terpengaruh hasil pendidikan Inggeris yang

    diterimanya. Beliau berpandangan bahawa segala amalan adat tradisi masyarakat India yang

    melanggar hak asasi manusia perlu dihapuskan dan pengaruh luar yang tidak bertentangan

    dengan kesucian agama Hindu perlu diterima oleh masyarakat India. Beliau lebih berfikiran

    terbuka kesan daripada hasil pendidikan Barat. Menurutnya, sistem pendidikan merupakan titik

    permulaan nasionalisme dan beliau menyeru agar masyarakat India lebih berfikiran terbuka dan

    tidak terikat dengan adat.

    3.3.3 Har Dayal

    Selain itu, antara golongan intelektual yang juga terdiri daripada golongan elit ialah Har Dayal.

    Beliau adalah tokoh penting dalam menyebarkan semangat nasionalisme di India. Beliau

    dilahirkan pada tahun 1884. Beliau berasal daripada keluarga yang kaya. Oleh itu, beliau telah

    melanjutkan pelajaran ke luar negara. Har Dayal telah mendapat pendidikan di kolej kerajaan

    iaitu kolej Lahore (Universiti Punjab) dan mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan

    pelajaran ke Sts John College di Oxford. Justeru, hasil pendidikan Barat beliau telah terdedah

    dengan ideologi atau pemikiran mengikut Barat yang lebih terbuka dan terdedah dengan idea

    demokrasi dan reformasi. Beliau telah menjadi penyokong kuat pergerakan revolusi di India.

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    13/15

    Pada tahun 1907, beliau telah melepaskan biasiswanya dan kembali pulang ke India untuk

    memperjuangkan dan meransang kebangkitan masyarakat India agar menentang British.

    Walau bagaimanapun, kerajaan ketika itu, British telah menggagalkan aktivitinya. Oleh itu,

    beliau telah pergi ke Eropah seperti Perancis dan Jerman untuk melihat dan cuba untuk

    menyebarkan propaganda anti British dan beliau menyanjungi Barat daripada aspek sains dan

    politiknya. Hal ini adalah kerana, Har Dayal menganggap kedua-dua aspek tersebut adalah kunci

    untuk berjaya dalam revolusi menentang British. Pada tahun 1913, beliau telah menubuhkan

    Parti Gadar untuk menentang British. Parti Gadar tersebut telah menyebarkan pengaruhnya

    kepada golongan imigran dan golongan nasionalisme. Beliau juga telah menyebarkan pengaruh

    semangat nasionalisme menerusi akhbar iaitu Bande Mataram (Lapangan Tanah Air). Selain

    daripada Har Dayal, Taraknath Das dan Pandura Khankoje juga merupakan golongan

    intetelektual yang lahir daripada hasil pendidikan Barat yang membawa semangat nasionalisme

    di India.

    3.3.4 Taraknath Das

    Selain itu, Taraknath Das juga merupakan salah seorang golongan intelektual yang

    membangkitkan semangat nasionalisme di India. Beliau dilahirkan 15 Jun 1884 di Majhipara

    iaitu berdekatan dengan Calcutta. Beliau telah mula meminati gerakan nasionalisme sejak

    daripada kecil lagi. Oleh itu, beliau sejak kecil telah menjadi perisik revolusi di Calcutta dan

    mula mengetahui rahsia propaganda untuk menentang kerajaan British. Walau bagaimanapun,

    beliau telah meninggalkan kolej selepas dua tahun mengelolakan pertubuhan yang dijalankan

    secara rahsia di Bengal. Pada tahun 1905, beliau telah meninggalkan India dan melanjutkan

    pelajaran ke Jepun di Universiti Tokyo. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke luar negara

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    14/15

    seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan China. Beliau telah melanjutkan pelajaran di

    Universiti California di Amerika Syarikat.

    Hasil pendidikan Barat, beliau telah mula terpengaruh dengan idea-idea yang dibawa oleh Barat.

    Beliau telah menyebarkan semangat nasionalisme di Universiti California di Berkeley. Beliau

    juga telah menubuhkan persatuan masyarakat India dan buruh di sana. Beliau mula menyebarkan

    idea nasionalisme beliau menerusi akhbar seperti Free Hindustani. Taraknath Das juga telah

    menubuhkan persatuan bersatu India di Seattle dan Vancouver sebagai tempat untuk masyarakat

    India yang tinggal di luar negara untuk mengadakan perbincangan dan lain-lain. Masyarakat

    India yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan pelajar dan imigran. Beliau juga turut aktif

    menulis artikel untuk menyedarkan masyarakat India untuk bangun menentang British.

    Contohnya ialah beliau telah menulis artikel di majalah Hindustani Student dan Gadar. Beliau

    juga telah terpengaruh dengan propaganda Asia untuk Asia apabila menghadiri persidangan

    Pan Asiatic League. Justeru, secara langsung telah mendorong beliau menuntut India agar bebas

    daripada jajahan British.

    4.0 Kesimpulan

    Sistem pendidikan Inggeris yang dibawa oleh pihak British telah memberi perubahan besar

    kepada institusi sosial dan politik di India. Masyarakat India juga telah mengalami transformasi

    yang besar apabila terdapat segelintir masyarakat India yang menerima pendidikan Inggeris dan

    secara langsung golongan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membebaskan

    India daripada jajahan British. Aspek kebudayaan seperti adat resam masyarakat tradisional India

    juga dihapuskan oleh golongan elit atau golongan pemimpin parti gerakan politik selaras untuk

    menyatukan golongan India yang sebelum ini sangat terikat dengan kedudukan kasta masing-

    masing. Bahasa dan kesusasteraan juga telah mengalami perubahan ketara kesan daripada sistem

  • 8/13/2019 Pendidkan Inggeris Di India

    15/15

    pendidikan Inggeris. Selain itu, kesan daripada pengenalan sistem pendidikan Inggeris tidak

    hilang walaupun India telah merdeka. Hal ini demikian kerana, kesan daripada perubahan sistem

    pendidikan tersebut kekal hingga sekarang. Contohnya dapat dilihat dari segi bahasa pertuturan

    mereka, kebanyakan penduduk India yang tinggal di bandar-bandar besar fasih berbahasa

    Inggeris.