contengan india

43
Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan- aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 1975). Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4). Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Manakala setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985). Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan

Upload: nizam-zam

Post on 02-Jan-2016

133 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tradisi perkahwinan

TRANSCRIPT

Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun

temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan

peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah

menjadi kebiasaan.

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui

upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai

pasangan seksual dan serumah.

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi

adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan

tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 1975).

Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan

daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai

suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4). Menurut Kamus Dewan, adat

bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di

dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Manakala setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu

masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi

bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).

Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan,

pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah

masyarakat (Eshleman & Cashion,1985). Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan,

adat resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad

Saman,1997)

Pemodenan tidak menghalang masyarakat Hindu di negara ini mengekalkan adat tradisi

perkahwinan mereka tetapi dipermudahkan sesuai dengan peredaran zaman.

“Semoga perkahwinan ini mendapat kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Setiap pasangan

dapat menghormati mertua masing-masing. Kedatangan menantu dalam sebuah keluarga

mampu mendapat banyak tuah dan mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai.” Begitulah

antara kata-kata yang diungkapkan oleh seorang sami dalam bahasa Sanskrit sebaik kedua-

dua mempelai selamat disatukan sebagai suami isteri.

Selain adat dan ritual dalam perkahwinan masyarakat India, majlis menyatukan dua hati itu

tidak berakhir di situ. Selepas bacaan mantera sami itu, kedua-dua mempelai akan bertukar

mengikat thali, diikuti kalungan bunga sebelum mengelilingi api sebanyak tujuh kali yang

melambangkan tujuh kelahiran. Kemudian mereka akan saling menyarungkan cincin di jari kaki

sebelum mendapat restu daripada ibu bapa dan saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Di sebalik pemodenan hari ini, masyarakat Hindu masih mengekalkan adat budaya dan tradisi

perkahwinan mereka. Walaupun ada yang melihat adat adalah sesuatu yang agak remeh,

namun itulah keistimewaan dan keindahan perkahwinan mempelai yang beragama Hindu.

Ketelitian adat perkahwinan itu bermula daripada proses lamaran, pertunangan, memilih tarikh

perkahwinan mengikut bintang, majlis mandi kunyit dan mendapat restu keluarga lima atau tiga

hari sebelum perkahwinan sehinggalah upacara perkahwinan yang sarat dengan istiadat.

THAALI merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin

perempuan.

“Upacara perkahwinan masyarakat India di negara ini secara keseluruhannya masih dikekalkan

dengan adat-adat tradisi bagaimanapun dalam hal-hal tertentu ia dipermudahkan mengikut

peredaran zaman.

“Perkara asas dalam perkahwinan masih ada tetapi di India ia lebih meluas kerana kelengkapan

perkahwinan di sini tidak sehebat di India,” kata Pensyarah Jabatan Pengajian India Universiti

Malaya (UM), Prof. Dr. M. Rajantheran

Kata beliau, tidak kira sama ada keluarga itu daripada golongan Cettiar (ceti) mahupun Tamil,

upacara yang dijalankan tetap sama. Mungkin perbezaan hanya dari segi majlis yang diadakan

samaada secara besar-besaran atau sederhana.

Katanya, kelainan yang dapat disaksikan apabila kaum India mula mengikut budaya memberi

hadiah yang lazimnya menjadi sebahagian daripada amalan perkahwinan kaum Melayu.

Kepada pengacara sebuah program bual bicara Vaanavil, di Astro, Sushmeetha Morugan juga

mempunyai memori perkahwinan yang cukup indah. Perkahwinannya dengan jejaka dari India,

Arunkumar Sethuraman, 31, bukan sahaja mengikut adat sepenuhnya bahkan majlis tersebut

dilangsungkan di India.

HANTARAN yang terdiri daripada kalungan bunga, sari, buah-buahan dan barang kemas untuk

pengantin perempuan.

“Majlis perkahwinan di India lebih teliti dan banyak adat ritualnya. Majlis perkahwinan

kebanyakannya masih diadakan di kuil dengan jamuan dihidangkan di atas daun pisang.

“Sebaliknya majlis perkahwinan di Malaysia sedikit moden seperti diadakan di hotel kerana

segala-galanya tersedia,” katanya sambil memberitahu belum ada ahli keluarganya yang

melangsungkan majlis perkahwinan di India.

Mengenali suaminya menerusi laman interaktif sosial Friendster sejak tiga tahun lalu, majlis

yang diadakan pada Disember 2008 itu beritahu Sushmeetha, seramai 30 orang ahli

keluarganya terbang ke Madurai, India untuk majlis itu sementara ibu bapa Arun sememangnya

menetap di India.

Persiapan majlis

Menceritakan keindahan tradisi perkahwinan masyarakat India, Sushmeetha, 29, berkata,

setelah kedua-dua keluarga bersetuju dengan pasangan masing-masing, mereka mula sibuk

dengan sesi pemilihan tarikh mengikut kepercayaan kaum India.

Upacara menilik bintang begitu diutamakan memandangkan gerbang perkahwinan tidak boleh

dipandang remeh.

“Kaum wanita dianggap suci dan perlu diberi penghormatan sebaik mungkin. Antara pantang

larang yang perlu dipatuhi termasuklah pengantin lelaki dan wanita tidak boleh bersemuka

antara tiga atau lima hari sebelum majlis perkahwinan,” ceritanya.

Menceritakan detik-detik persiapan, Sushmeetha terpaksa berhubung dengan keluarga pihak

lelaki menerusi Internet tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti perselisihan

pendapat.

Meskipun ibu mertuanya berasal dari India dan ingin mengamalkan perkahwinan mengikut adat

budaya lama, beliau dan keluarganya tidak membantah.

“Keluarga saya memang mementingkan adat resam, jadi segala persiapan berjalan lancar

daripada kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Selepas meneliti tarikh sesuai untuk memetrai perkahwinan, antara persiapan utama yang perlu

dititikberatkan ialah kad jemputan, penyediaan thaali dan mukuurtta kaal.

Kad jemputan dianggap cukup istimewa kerana yang sudah siap dicetak akan disapu dengan

serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Terang Sushmeetha, setiap majlis yang ingin diadakan haruslah dijemput menggunakan kad

berlainan. Jadi tidak mustahil jika dia dan suaminya mempunyai empat kad jemputan bagi

empat majlis berlainan.

“Saudara-mara ternanti-nanti kad jemputan perkahwinan. Kalau tidak ada kad mungkin mereka

tidak akan datang.

“Di dalam kad jemputan itu akan tertera dua bahasa iaitu bahasa Tamil dan bahasa Inggeris,”

jelasnya yang melangsungkan perkahwinan di Madurai Sri Meenakshi Sundareswarar Amman

Temple, Madurai, India.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu amat bertuah apabila keluarga lelaki mengadakan

majlis khas dengan menjemput tukang emas untuk membuat thaali. Thaali merupakan lambang

suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan.

Biasanya thaali yang diperbuat daripada emas akan disambungkan hujungnya dengan

segumpal ikatan benang putih yang disapu kunyit.

“Thaali tidak semestinya diperbuat daripada emas ia bergantung kepada kemampuan keluarga

lelaki,” terang Sushmeetha.

Disebabkan mengagungkan kehadiran orang baru, kediaman pengantin lelaki akan

menjalankan adat mukuurtta kaal. Adat tersebut memerlukan sebatang pokok yang masih muda

dan lurus akan ditebang dan ditanam di hadapan rumah.

Tujuannya ialah untuk memberitahu orang kampung bahawa keluarga tersebut akan

mengadakan majlis perkahwinan dan menerima menantu. Lazimnya bahan-bahan seperti sirih

pinang, kum kum dan kunyit turut digunakan.

Ikatan suci

“Ahli keluarga pengantin akan memohon kepada Tuhan supaya perkahwinan dapat

dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang kayu tersebut akan dibersihkan terlebih

dahulu dan kulitnya dibuang.

“Selepas itu batang tersebut akan dicat dengan warna merah dan putih secara berselang-seli

serta dipacakkan sedalam setengah meter, manakala bahan-bahan tadi akan ditanam ke dalam

lubang tersebut sebagai lambang kekayaan,” ungkapnya lagi.

Bagaimanakah acara perkahwinan bermula? Upacara perkahwinan dimulakan oleh sami

dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Sami akan menabur sembilan

jenis bijirin sebaik acara menyarung cincin selesai. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali

yang dibuat khas dengan mengikatnya kepada pengantin perempuan hingga ke paras dada.

Sesi bertukar dulang diteruskan dengan memilih dua dulang yang mempunyai keistimewaan.

Setiap keluarga akan memilih dulang yang berisi kain sari dan barangan kemas.

Kain sari akan dipilih secara teliti dan harga memainkan peranan penting. Mereka sanggup

menghabiskan wang yang banyak untuk sehelai sari.

Selepas upacara itu, kedua-dua mempelai memberi penghormatan kepada ibu bapa atau

mertua dengan bertukar-tukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci di dahi

pengantin antara satu sama lain.

Upacara diteruskan dengan memberi penghormatan. Kedua-dua pengantin perlu menyembah

kaki orang paling tua dalam keluarga iaitu ibu bapa, nenek atau datuk.

Masa merupakan antara faktor penting yang perlu diambil kira sebelum upacara perkahwinan

dilangsungkan.

“Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi kerana waktu yang telah dipilih itu mempunyai pelbagai

kebaikan,” jelas Arun bahawa pengantin dan tetamu dijamu dengan menu sayur-sayuran.

Antara hidangan yang disediakan ialah acar, dal, bendi, papadom, kesari dan laddu.

“Di India sajian untuk majlis perkahwinan adalah 100 peratus sayur-sayuran. Itu merupakan

keunikan majlis di India,” katanya.

Perkahwinan Masyarakat India

KEISTIMEWAAN PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis

iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India

biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik

iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda

iaituBrahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub

etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial

merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras

dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi

bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.

Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian

bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartaldijalankan terlebih dahulu,

dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira

untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua

belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang

ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan,

buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin

lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini

bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang

ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang

dinamakan taambuulan marrutal.

Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan

parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari

perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari

yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat

India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan

beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang

sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut,

upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan

akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang

sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta

restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana

kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan

memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa

ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin

perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi

kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu

dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam

perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya

terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan

yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk

menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk

dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai

lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan

upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad

undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi

undangan perkahwinan.

Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk

kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan

keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia

hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung

cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang

disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan

hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan

menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan

dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka

disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke

rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan

menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

cerita kedai kopi.blogspot

Perkahwinan (Thirumanam /Kalyanam)

Sehari sebelum hari perkahwnan 'Muhurtha kaal' (Pokok mangga /kayu yang disapu kunyit dan

diletak kum kum serta diikat dengan daun mangga,tharpai pul dengan menggunakan kain

berwarna kuning atau merah, akan ditanamkan menandakan suatu upacara yang baik akan

diadakan di rumah tersebut.

Bagi kaum India, perkahwinan juga merupakan peristiwa yang penting.Ianya boleh berlangsung

tanpa mengadakan jamuan mewah dan sebagainya tetapi,perkahwinan tidak akan sempurna

tanpa benang kunyit (Thaali) dimana ianya sebagai simbol penyatuan pengantin lelaki dan

pengantin perempuan.

Thaali akan diikat dileher pengantin perempuan sebagai tanda pengantin tersebut telah menjadi

isteri yang sah kepadanya dan mereka boleh melahirkan zuriat secara halal. Selepas upacara

kemuncak tersebut,mereka akan meminta restu dari kedua-dua ibubapa mereka dan juga

Tuhan yang menjadi saksi bagi perkahwinan mereka.

Ini merupakan hari yang amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama Hindu dimana

mereka akan mengenakan warna yang menandakan keceriaan dan terang (Mangalakaramaana

niram) dimana,pengantin lelaki akan mengenakan dhoti dan jippa yang diperbuat daripada

sutera dan berwarna puthi keemasan (Paddhu veashti).Disamping itu, pengantin perempuan

kebiasaanya memakai sari sutera (Paddhu saaree) yang berwarna Merah, Santhanam (Warna

Cendana) danKuning. Warna lain seperti Hijau dianggap akan membawa kepada kepahitan

hidup,Biru(Kehidupan akan membawa kesedihan),Putih(Dilarang dipakai oleh seorang gadis

yang belum berkahwin,bersuami,pada hari perkahwinan) Putih dianggap sebagai warna yang

suci dan hanya orang yang telah habiskan kehidupan duniawi harus memakainya,jadi tidak

dibenarkan bagi pasangan yang baru hendak memulakan perjalanan kehidupan mereka.

Wanita berkahwin dianggap sebagai 'Sumangali'.

Selepas acara kemuncak tersebut,majlis akan dimeriahkan lagi dengan mengadakan upacara

pemakaian 'Minju' (Cincin kaki) sambil melihat bintang arunthati,iyer akan bertanya kepada

pengantin lelaki : Adakah awak nampak bintang arunthathi? dan pengantin lelaki harus

menjawab ya,saya nampak.Menandakan dia sanggup memberi penghormatan yang setimpal

dengan pasangannya dengan meminta Bintang Arunthathi sebagai saksi (Bintang arunthathi

mempunyai suatu kisah dimana ianya ialah insan biasa dan isteri yang taat kepada suami dan

telah menjadi idola kepada semua pengantin yang beragam Hindu dan wajib melihatnya supaya

dapat hidup seperti bintang tersebut.

Segala istiadat yang dilakukan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kedua pengantin

dan keluarga mereka. Upacara perkahwinan dikatakan mendominasikan kehidupan sosial

masyarakat Hindu dan memainkanperanan penting dalam agamanya. Ini adalah kerana

masyarakat Hindu menganggap perkahwinan sebagai upacara keagamaan yang

menghubungkan sistem keagamaan dengan struktur dan ekonomi masyarakat.

Upacara perkahwinan dianggap sebagai satu upacara yang agak meriah dan menelan belanja

yang banyak serta merupakan tempat penemuan mereka dari kasta yang sama dan juga

mereka yang kasta berlainan. Upacara perkahwinan iniadalah satu upacara yang sangat

penting dalam masyarakat hindu, di mana menurut beliau , ibu bapanya sanggup berhutang

untuk menjalankan perkahwinan agar meriah.

Perkahwinan dikatakan meninggikan status seseorang lelaki. Mereka haruslah menghasilkan

zuriat kerana jika tidak seorang lelaki itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Jika

seseorang wanita gagal melahirkan zuriat maka lelaki bolehlah berkahwin lagi. Status wanita

pula dikatakan selalunya rendah daripada lelaki, maka wanita haruslah dilindungi oleh lelaki dan

tanggungjawab wanita adalah untuk melahirkan anak dan memuaskan nafsu lelaki ( Srinivas,

1970 : 47 ).

Bagi seseorang wanita perkahwinan pada kali kedua adalah dilarang sama sekali. Pada zaman

dahulu wanita – wanita yang kematian suaminya akan dibakar bersama suaminya. Keadaan ini

sedemikian biasanya wujud di kalangan mereka yang dari kelas atasan atau raja.

Walaupun perkahwinan semula wanita yang kehilangan suami ini dilarang dalam amalan

masyarakat Hindu dari kelas atasan namun kini didapati kebanyakan ahli kasta ini

membenarkannya. Perkahwinan kedua bagi seseorang wanita biasanya diadakan secara

sederhana sahaja manakala seseorang lelaki boleh memilih sama ada perkahwinan itu perlu

sederhana atau sebaliknya.

Mencari Jodoh

Biasanya apabila sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki atau perempuan yang

sudah dewasa untuk mendirikan rumah tangga, maka ibu bapa akan mula mencari

jodoh. Bagi seseorang lelaki, apabila menjangkau usia 25 tahun, dia dianggap sudah

boleh mendirikan rumah tangga.

Manakala bagi seseorang perempuan pula umur 21 tahun ke atas sudah layak

berkahwin. Dari kajian penulis sendiri di dapati purata umur ( 3 Kajian telah dilakukan )

pengantin perempuan berumur lebih daripada 23 tahun manakala pengantin lelaki pula

lebih daripada 28 tahun.

Dalam mencari jodoh ini ibu bapa yang mempunyai anak yang boleh dikahwinkan

biasanya mendapat pertolongan orang tengah atau “broker perkahwinan” untuk

mendapatkan jodoh yang sesuai bagi anak mereka. Ada juga di antara mereka yang

mendapatkan pertolongan saudara mara dalam usaha mencari jodoh ini. Mereka juga

akan memberitahu syarat – syarat atau kriteria – kriteria yang harus ada pada bakal

menantu mereka. Misalnya dari segi pelajaranm, paras rupa yang cantik, latar belakang

atau keadaan kewangan yangstabil dan sebagainya.

Biasanya pihak lelaki yang lebih cenderung mencari jodoh bagi anak mereka

berbanding dengan pihak perempuan. Pemilihan jodoh ini adalah biasanya diatas

kesukaan ibu bapa dan adakalanya adalah pilihan anak mereka. Selain daripada itu,

mereka juga cuba mencari pasangan dari kasta yang sama. Menurut seorang informan,

jika berkahwin dengan kasta yang berlainan ianya boleh menjejaskan amalan keluarga.

Masyarakat Hindu menggalakkkan perkahwinan di kalangan saudara mara untuk

menjaminkan kedua pasangan adalah dari kasta yang sama. Perkara ini biasanya

boleh dilihat dalam proses mencari jodoh bagi mereka dari kasta yang tinggi seperti

Brahmin.

Dalam prosedur pemilihan yang melibatkan “broker” pula apabila “broker” dapat

mencari jodoh yang dianggap sesuai, maka proses merisik akan dilakukan. Ibu bapa

pihak lelaki ini akan cuba merisik tentang jodoh yang dipilih. Misalnya rupa paras,

pendidikan dan umur. Latar belakang keluarga dan juga kedudukan kewangan keluarga

gadis ini. Mereka berbuat demikian untuk memastikan gadis ini adalah sepadan dengan

anak lelaki mereka dalam setiap aspek. Jika tidak, biasanya jodoh ini ditolak atau

dikenakan bayaran mas kahwin yang sewajarnya.

Melihat Gadis sebelum pihak lelaki datang untuk melihat gadis, keluarga gadis akan

diberitahu terlebih dahulu oleh “broker” di mana proses ini akan diteruskan apabila

pihak gadis setuju dengan pilihan broker ini. Rombongan pihak lelaki akan ke rumah

gadis pada satu hari yang dianggap sesuai oleh kedua – dua pihak. Biasanya ahli – ahli

kluarga yang terdekat sahaja yang akan mengikuti rombongan pihak lelaki ini dan

lazimnya mereka tidak akan membawa sebarang buah tangan bersama mereka kerana

ianya cuma sebagai lawatan biasa sahaja.

Apabila sampai di rumah, keluarga pihak lelaki akan dijemput masuk oleh kedua ibu

bapa atau keluarga gadis terseut. Gadis yang dipilih akan dihidangkan minuman di

mana dengan berbuat demikian pihak lelaki secara tidak langsung akan berpeluang

melihat gadis itu. Jika mereka suka dengan gadis itu, maka hasrat mereka akan

dinyatakan. Kalau tidak berkenan mereka biasanya akan menghantar orang ketiga atau

broker untuk menyatakan ketidakinginan mereka dengan cara yang sebaik mungkin

agar tidak menyinggung perasaan pihak perempuan. Setelah pihak lelaki bersetuju

dengan pilihan, maka proses penilikan akan dilakukan.

Menilik (Jodi Porutham)

Proses menilik ini akan dilakukan secepat mungkin mengikut kehendak kedua pihak selepas

pihak lelaki bersetuju dengan jodoh yang dipilih. Biasanya ibu bapa yang akan pergi

menilik.Tilikan ini dilakukan oleh sami di kuil ( iyer ) atau tukang tilik ( johsier ). Dalam penilikan

ini, surat penilikan kedua – dua bakal pengantin akan dilihat. Surat tilikan ini adalah surat yang

mengandungi segala maklumat tentang seseorang itu, biasanya ditulis oleh sami di kuil

berdasarkan waktu kelahiran seseorang itu. Ianya akan memberikan unjuran tentang kehidupan

seseorang itu, malah nama seseorang juga dipilih bersasarkan tilikan ini. Surat ini akan dibawa

kepda tukang tilik setiap kali berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan seseorang seperti

waktu kematangan, perkahwinan dan sebagainya. Jika serasi maka jodoh ini dianggap

sepadan. Setelah proses menilik ini dijalankan dan di dapati pasangan ini adalah secocok maka

kedua piahk ini akan menentukan tarikh perkahwinan. Suatu upacara khas akan diadakan bagi

tujuan ini.

Penentuan Hari Pertunangan dan Perkahwinan (Nichaya Thaartha Muhurtham / Kalyana

Muhurtham)

Upacara ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan bersandarkan suatu tarikh yang

ditentukan oleh (sami atau pandithar) mengikut tilikan beliau mengikut panjaangam(Lima

elemen). Ianya diadakan secara kecil – kecilan sahaja di mana para tetamu terdiri daripada ahli

keluarga yang terdekat, sami serta kawan – kawan rapat sahaja. Keluarga si gadis akan

memasak bagi upacara ini memandangkan tidak ramai yang dijemput bagi upacara ini.

Pihak lelaki akan membawa bersama mereka hantaran bagi pengantin perempuan dalam talam

– talam yang berisi dengan barangan seperti kum –kum, cendana, kelapa, sirih pinang dan

buah – buahan misalnya oren, epal, pisang dan buah anggur. Setibanya rombongan pihak lelaki

ini, mereka akan disambut oleh ahli keluarga pihak perempuan dan dijemput di atas tikar – tikar

yang sedia ada di ruang tamu bagi para tetamu. Semua yang hadir bagi upacara ini akan duduk

di atas lantai. Pihak lelaki akan meletakkan talam – talam yang dibawa ini ditengah – tengah

ruang tamu ini dan biasanya mereka yang datang akan duduk disekelilingnya. Kemudian sami

akan menjemput wakil dari kedua – dua pihak ( biasanya bapa kedua bakal pengantin ) dan

wakil pihak lelaki akan menyerahkan talam – talam yang dibawa oleh pihak lelaki kepada wakil

pihak perempuan. Penyerahan talam – talam oleh pihak lelaki dan penerimaannya oleh pihak

perempuan menunjukkan bahawa jodoh telah diterima oleh kedua – dua pihak.

Setelah itu, kedua – dua pihak akan berbincang tentang penentuan tarikh perkahwinan. Ini

dilakukan berdasarkan kepad atarikh yang dianggap baik dan biasanya diperolehi daripada

penilikan yang dilakukan pada surat tilikan kedua bakal pengantin. Bagi tujuan ini mereka akan

mendapatkan bantuan sami yang memberikan tarikh – tarikh yang sesuai mengikut tilikan

beliau. Selain daripada itu, kedua pihak juga akan membincangkan tentang pembayaran mas

kahwin (Varathakshanai) oleh pihak perempuan. Biasanya jumlah permintaan 'varathakshani'

adalah jumlah yang mampu dibayar oleh pihak perempuan namun terdapat juga di antara

mereka yang meminta jumlah yang tinggi menyebabkan sesuatu perkahwinan ini ditangguhkan

ataupun menyebabkan pihak perempuan terpaksa meminjam wang bagi melangsungkan

perkahwinan mereka.

Pembayaran ini adalah kerana si gadis ini adalah dari kasta yang lebih rendah daripada

pembayaran mas kahwin, kedua – dua pihak juga akan membincangkan jumlah emas serta

hantaran ( dalam bentuk barangan keperluan dan set bilik tidur ) yang sanggup diberi oleh bakal

pengantin perempuan. Apabila semua syarat ini dipersetujui, maka mereka menentukan tarikh

pertunangan dan perkahwinan. Upacara menentukan tarikh perkahwinan ini diakhiri dengan

satu jamuan bagi para tetamu di mana masakan ini akan di sediakan oleh pihak perempuan.

Pertunangan (Nichaya Thaartham)

Upacara pertunangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan dalam upacara ini juga

hanya saudara masa dan kawan – kawan rapat sahaja dijemput. Pihak perempuan sekali lagi

bertanggungjawab menyediakan makanan bagi para jemputan dan biasanya bagi upacara ini

juga pihak perempuan akan memasak di rumah mereka sendiri.

Upacara pertunangan biasanya diadakan beberapa bulan sebelum perkahwinan. Dalam ketiga

– tiga upacara yang dikaji, upacara pertunangan ini telah diadakan dua bulan sebelum

perkahwinan, bagi upacara ini pihak lelaki akan membawa talam – talam berisi sari

pertunangan, sirih, pinang, kelapa, cendana, kum – kum, barangan kemas, bunga melur, alat

solek, pisang, gula batu dan kalung bunga untuk diberikan kepada pengantin perempuan.

Jumlah barangan kemas ( jumlah ini bergantung kepada apa yang dijanjikan oleh pihak lelaki

kepada pihak perempuan dalam upacara menentukan tarikh perkahwinan seta kemampuan

pihak lelaki ini ).

Barangan ini dibawa dalam talam yang biasanya dalam angka ganjil seperti tujuh,

sembilan atau sebelas. Angka ganjil dianggap bertuah dalam masyarakat Hindu dan

menandakan amalan yang baik.

Perkahwinan Masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pesangan

suami isteri agar kekal ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat India

yang dijalankan berlandaskan aspek suku kaum iaitu:

iaitu:

(a) vaitikat thirumanam

(b) tamil thirumanam

(c) diya thirumanam

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerahkan

sebiji kelapa yang dilubangkan di atas dan susu dituangkan ke dalamnya, memberi sireh,

mencium tapak kaki kedua-dua ibubapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) dan sari (ibu

mertua) serta wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak 3 kali dan

berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam gelas. Upacara ini menandakan

pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

 

Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda

memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya

perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada

hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.

Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung.

Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh

pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali

hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.

Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda

restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali.

Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api

sebanyak tiga kali.

Pengenalan 

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang

telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti

masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih

mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat

India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat

dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri

daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam

masyarakat India secara umum.

Merisik 

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,

kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial

merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras

dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi

secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-

handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan

membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-

ejen perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi

bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.

Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat

bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan

tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-

bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda

kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka

hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang

tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air

minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan

dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang

bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.

Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga

bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Adat penyesuaian bakal

pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam

ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk

menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam,

Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam,

Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil

lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan

membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan,

cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan

berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin

telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-

dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan

untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan

diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar

sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan

mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan

dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan

dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa

adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala

udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi

sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis

pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh

kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran

dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan

mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki

dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik

tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan

buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak

yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai

menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.

Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan

diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan

menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki

dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut,

bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain

ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan

bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan

tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji

(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh

masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara

tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu

dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad

jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna

perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu

dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk

dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,

kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai

paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi

kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan

diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada

leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan

kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath

thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di

kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari

sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang,

kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali

mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan

diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin

adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam

upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan

pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali

masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini

diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat

tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta

kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara

20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan

di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya

disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan

dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang

kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan

kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat

dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak

sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut

sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta

lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan

lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam

sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan

mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan

suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam

masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang

mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah

seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam

jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam

sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari

perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum

hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia

hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung

cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu

dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga

aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar

dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah

sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya,

memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti

(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-

tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di

dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami

isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk

mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan

perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada

pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah

perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya

sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke

rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai

pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin

perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua

pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah

dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara

perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan

ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.

Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu.

Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali

daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai

oleh saudara mara serta sahabat handai.

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat

tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya

dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti,

Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin

Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,

sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status

sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa

paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi

bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon

isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat

penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan

terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu

diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan

dimanak Hindu.

Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-

dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan

yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan,

buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin

lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini

bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang

ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan

taambuulan marrutal.

Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa

adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala

udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi

sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis

pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah

ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka

dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan

terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang

mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan

menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah

itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat

lagi.

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh

seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh

mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-

maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak

pengantin.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu

dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam

perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya

terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan

yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat

mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk

menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk

dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai

lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan

upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad

undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi

undangan perkahwinan.

Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk

kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan

keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh

Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan

menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan

mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan

hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua

mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-

buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan

dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka

disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke

rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan

menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

pengenalan

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu

kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara

kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka

dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan

oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat

melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat

lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut

hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sejarah

Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang

berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.

Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara

berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka

dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau

perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah

penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat.

Perkahwinan masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara

pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam

masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang

mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang

dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang

dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium

tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta

sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga

sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji

gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri

36914203-Adat-Perkahwinan-Kaum-India

SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAHWINAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

1.1: Perkahwinan Masyarakat India Pada Tahun 1990an.

Perkahwinan atau Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci antara suami isteri agar

kekal hingga ke akhir hayat. Orang bijaksana Vedic menyatakan bahawa asas untuk

kebahagiaan dan penyempurnaan perkahwinan ialah kerjasama dan kasih sayang di antara

kedua-dua bakal suami isteri. Mengikut sejarah juga, terdapat lapan jenis perkahwinan yang

diamalkan oleh masyarakat India dan di antaranya ialah Brahma kalyanam, Daiva kalyanam,

Prajayapta kalyanam, Ghandarva kalyanam, Asura kalyanam, Rakshasha kalyanam dan

Paishacha kalyanam.

Sejarah perkahwinan kaum India di Shah Alam, Malaysia menyatakan bahawa persatuan-

persatuan terdahulu untuk sosial dan politik telah menjamin dan mengikat maksud untuk

pengabadian untuk spesies dan sebuah institusi dijalankan untuk menunaikan hak

milik.Perkahwinan merupakan institusi untuk menunaikan keperluan itu.Dalam budaya

masyarakat kaum India, perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga diamalkan

sejak tahun 1990 an.Perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa dianggap lebih menjamin

kebahagiaan dan dipandang tinggi oleh masyarakat kaum India,kerana pasangan untuk anak

akan dipilih dengan menilai kelebihan dan kelemahan diri,dan juga dengan melihat keserasian

kedua-dua bakal pengantin melalui tilikan nasib,horoskop dan sebagainya yang mampu menilai

dengan tepat.Terdapat seorang medium yang bertanggunjawab untuk mencari perikatan yang

sesuai dan memberitahu tentang kesesuaian jodoh pada keluarga kedua-dua

pasangan.Medium tersebut turut berperanan sebagai perunding,yang akan mencadangkan

tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan perkahwinan,setelah melihat kesesuaian

mengikut carta kelahiran kedua-dua pengantin.Di samping itu,sesetengah pengantin akan

mencadangkan tempat yang sesuai untuk keluarga pengantin,untuk melangsungkan

perkahwinan,Perkahwinan pada masa dahulu kebanyakannya dilangsungkan di rumah

pengantin lelaki,ataupun di kuil yang terletak berhampiran dengan rumah kedua-dua

pengantin.Pelamin ataupun Manavarai akan digunakan sekiranya perkahwinan berlangsung di

kuil.Pelamin biasanya mempunyai corak-corak seperti burung merak,pelita,dewa cinta dan

sebagainya.Pelamin tersebut agak besar dan rupa bentuknya lebih kurang sama.

Pengantin perempuan akan disolekkan oleh ahli keluarga dan sanak saudara di rumah.Inai

akan dihiasi di tangan dan juga di kaki.pengantin.Seterusnya,mereka akan bertocang hingga ke

paras pinggang atau memakai rambut palsu,dengan bunga melur.Pengantin lelaki juga akan

bersiap sedia di rumahnya.Para hadirin yang datang ke majlis perkahwinan tidak ramai,dan

hanya terdiri daripada ahli keluarga,sanak saudara dan kawan-kawan yang terdekat.Mereka

akan diberi kad jemputan dan pihak pengantin akan datang sendiri ke rumah orang untuk

menjemput mereka ke perkahwinan.Makanan untuk jamuan selepas perkahwinan pula akan

dimasak dengan bantuan ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran yang datang menolong.

1.2:Poligami Dan Mas Kahwin

Poligami tidak begitu digalakkan bagi masyarakat kaum India di Malaysia.Terdapat rujukan

tentang poligami dalam epik Hindu yang bernama Mahabharatha.Menurut rujukan

tersebut,pasangan yang telah berkahwin harus hidup dengan bahagia hingga ke akhir

hayat.Namun begitu,poligami dihadkan,dan dibenarkan kepada yang mampu.Lama-

kelamaan,perkahwinan mula menitikberatkan maruah dan kebahagiaan pasangan.Hal ini

kerana,sesetengah pasangan yang berkahwin tanpa persefahaman telah menghadapi masalah

rumah tangga yang keterlaluan dan akhirnya bercerai.Lama-kelamaan,lelaki dan perempuan

dibenarkan memilih pasangan hidupnya sendiri,kerana faktor perubahan sosial.Selepas

itu,telah menjadi tanggungjawab ibu bapa,untuk memilih dan mengahwinkan anak mereka

dengan pasangan tersebut,sekiranya mereka secocok.

Mas kahwin,ataupun hantaran yang dipanggil Dawry diminta oleh hampir setiap keluarga pihak

pengantin lelaki,daripada pihak keluarga pengantin perempuan.Tujuan mas perkahwinan

tersebut dihantar adalah kerana bakal pengantin perempuan yang akan hidup bersama

keluarga pengantin lelaki sehingga ke akhir hayat,tidak harus membebankan mereka dari segi

kewangan dan sebagainya.Dawry yang diminta secara berlebihan oleh sesetengah pihak

keluarga pengantin lelaki kadangkala membebankan keluarga pihak pengantin perempuan.

Pada masa sekarang,perkahwinan masyarakat India di Shah Alam,Malaysia kebanyakkanya

dilangsungkan di dewan serbaguna atau dewan komuniti.Ada juga segolongan masyarakat

India yang masih gemar melangsungkan perkahwinan secara tradisional di kuil yang dekat

dengan rumah kedua-dua pengantin.Pada masa kini,peranan medium telah diambil alih oleh

pejabat-pejabat pendaftaran perkahwinan.Pelamin-pelamin yang digunakan sekarang amat

menarik dan mempunyai pelbagai jenis tema,warna dan corak.Pihak keluarga pengantin kini

boleh memilih pakej perhiasan dewan dan pelamin untuk perkahwinan,dengan tawaran harga

yang berbeza.Makanan pula akan ditempah secara katering,untuk memudahkan urusan

perkahwinan.Pengantin perempuan lebih gemar bersolek di pusat solekan dan

kecantikkan.Namun,tocang,pemakaian rambut palsu dan bunga melur masih diamalkan

sehingga kini.Pengantin lelaki juga ada yang gemar melaram dan mendapatkan perkhidmatan

di pusat kecantikkan.Pengantin perempuan akan memakai sari manakala pengantin lelaki akan

memakai veshti dan baju yang dipanggil jippa.Para hadirin yang datang ke perkahwinan terdiri

daripada ahli keluarga,saudara mara,kawan-kawan dan juga kenalan yang berada di jauh.

.

Orang India semakin memberi perhatian kepada kad jemputan apabila berlangsungnya

perkahwinan.Ramai yang berpendapat bahawa kad jemputan bukan hanya sekadar

mengingatkan tentang perkahwinan tersebut,malah merupakan perkara yang akan dikenang

sehingga ke akhir hayat.Oleh itu,masyarakat India sekarang menempah kad jemputan yang

terdiri daripada pelbagai jenis corak dan bentuk.Malah,ada juga yang menempah mengikut idea

sendiri,agar kad tersebut kelihatan unik dan menepati kehendak mereka.Corak dan keunikkan

kad jemputan yang ditempah itu dapat menggambarkan kemeriahan perkahwinan tersebut.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin(pen paarthal),adat ikat

janji(niccayam),dan pemberian hadiah(parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh

masyarakat India.Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara

tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Rumusan:

Bermula hanya sebagai istiadat yang diwarisi dari zaman-berzaman,majlis perkahwinan seolah-

olah mengalami anjakan sehingga berkembang menjadi satu perniagaan dan industri yang

menguntungkan.Perkahwinan sekarang dapat dilangsungkan dengan mudah dengan adanya

penganjuran pameran dan ekspo perkahwinan yang mempamerkan pelbagai tawaran dan

keperluan sehenti pengantin.Suasana yang cukup selesa ini membolehkan pasangan bakal

pengantin dan ibu bapa mereka membuat pilihan dan keputusan dalam keadaan yang

tenang.Terbaru ini,sebuah Ekspo Perkahwinan India(IWF) telah diadakan oleh Agenda Suria

Communications di Pusat Pameran Midvalley, Kuala Lumpur dari 13 hingga 15 April

2012.Ekspo-ekspo seperti ini membolehkan perkahwinan masyarakat India berkembang.

Majlis perkahwinan bukannya sesuatu perkara yang mudah kerana setiap pasangan perlu

mempunyia perancangan yang rapi bagi memastikan sempurna sepanjang berlangsung dengan

kemeriahan dan diingati sepanjang hayat.Begitu juga dengan perkahwinan India yang semakin

berkembang sehingga hari ini tanpa meninggalkan adat istiadat.

Adat Perkahwinan India

Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam

perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa

adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum

India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat

kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain.

Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia

adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat

parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil

oleh pihak lelaki.

Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah

pengantin perempuan. Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik

tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan

membawa parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut,

bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan

mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan

diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan

yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak

berlaku sebarang kesilapan. Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara

keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah

dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.

Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang

dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah

lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya

daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali

dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap

ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah

pengantin lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok

tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30

sentimeter. Mukuurtta Kaal akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus.

Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah

tersebut.

Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri.

Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut suku kaum

masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya

Thairumanam.

Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan

mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan

memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara

keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai

menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri.

Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama tiga

hari.

Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan lilakukan. Sedikit

jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.

Rujukan : http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

MERISIK

- Faktor: umur, latar belakang,etnik, kasta,pendidikan,jenis pekerjaan diambil kira.

- Maklumat diperoleh: sahabat handai,saudara mara.

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN.

- Dikenali sebagai pen parttal

- Pengantin lelaki kunjung ke rumah bakal pengantin perempuan- utk lihat paras

rupanya.

- Buah tangan dibawa (kelapa,sirih,pinang,kumkum dll.)

- Tanda :eratkan hubungan kekeluargaan.

- Pengantin perempuan dikehendaki menghidang air minuman kepada pihak lelaki

dan tetamu.

- Kaji kecocokan pengantin diadakan (PORUTTAM PARTTAL)

IKAT JANJI( NICCAYAM).

- Wakil lelaki datang ke rumah perempuan dgn bawa buah-buahan,sirih,pinang,kelapa &

kumkum.

- Bakal pengantin akan melafazkan ikat janji perkahwinan.

- Tanda ikatan: taambulam maruttal( adat menukar sirih).

- Perbincangan perbelanjaan juga dititikberatkan.

- Pengantin akan bertukar kalungan bunga dalam upacara itu.

PARISAM(pertunangan)

- Ada 2 jenis parisam:

1) parisam biasa( pemberian hadiah lebih drpd awal perkahwinan)

2) udan parisam (pemberian hadiah yg diberikan pd sebelah pagi sblm

perkahwinan).

- Hantaran perlu disediakan oleh wanita yang bersuami(cumanggali).

- Upacara ini dibawa ke rumah pengantin perempuan.

Mereka menyediakan puurana kumbam yang diletakkan sebelah kuttu

Peringkat pertama

• Merisik (Tirumana taraga)

• Melihat bakal isteri (Pen Paarttal)

• Tilikan dimanak Hindu

• Ikat janji (Niccayam)

• Pemberian hadiah (Parisam)

Sebelum Majlis Perkahwinan

• Kad jemputan

• Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam)

• Mendirikan mukuurtta kaal

Perkahwinan

• Menanam pokok (Kanggenam)

• Ikatan Suci (Thirumanan)

Selepas majlis perkahwinan

• Saling berkunjung

• Meroboh khemah

• Jamuan perkahwinan

ASPEK PERKAHWINAN-pantang larang

i. Selepas bertunang, bakal pengantin lelaki tidak boleh pergi atau keluar jauh dari

rumah dibimbangi berlaku kemalangan.

ii. Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan bakal pengantin tidak dibenarkan

keluar daripada rumah.

iii. Sebelum berkahwin, pasangan akan menilik nasib melalui tarikh lahir dan masa

kelahiran untuk memastikan jodoh berpanjangan.

iv. Mestilah mengikut umur, lelaki hendaklah lebih tua daripada perempuan.

v. Tidak boleh berpoligami.

i. Merisik (Tirumana taraga)

ii. Melihat bakal isteri (Pen Paarttal)

iii. Tilikan dimanak Hindu

iv. Ikat janji (Niccayam)

v. Pemberian hadiah (Parisam)