pendidikan sepanjang hayat: kurikulum standard … · sepanjang ayat yang memberi penekanan...
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN (KSPK) DIINTEGRASIKAN MENERUSI PENDEKATAN PROJEK
Norazizah binti Abdul Rahman, Noor Ashikin binti Mohd Yusop dan Sopia binti Md Yassin
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mel: [email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana enam tunjang dalam KSPK dapat
diintegrasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran menerusi Pendekatan
Projek. Menerusi “Kaca Mata ECO PA” enam tunjang utama KSPK iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta sains dan
teknologi dapat digabung jalinkan. Pengabung jalinan isi kandungan dengan standard
pembelajaran adalah mengikut topik atau cetusan idea dari kanak-kanak. Kajian kualitatif ini
menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah tadika di negeri Perak. Data kajian
diperolehi menerusi pemerhatian menggunakanr akaman video, analisis dokumen dan
temubual bagi mengenal pasti cara guru mengaplikasikan “Fokus Integrasi Kurikulum Kaca
Mata ECO PA” semasa merancang pengabung jalinan kurikulum dengan aktiviti penerokaan
oleh kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peta jaringan merupakan teknik
yang paling sesuai digunakan semasa merancang pengabung jalinan kurikulum. Malah guru
mendapati lebih mudah untuk menghasilkan dan menyokong aktiviti yang autentik menerusi
“Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO PA” iaitu mengikat topik yang mengandungi
konsep dengan standard dan kemahiran yang telah dikemukakan oleh KSPK. Dapatan turut
menunjukkan hasil pembelajaran kanak-kanak menerusi pendekatan projek bagi tema alam
sekitar adalah melangkaui standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah
ditetapkan dalam KSPK. Justeru, keupayaan guru untuk mengintegrasikan standard yang
terkandung dalam KSPK mampu melahirkan model insan yang bersedia menghadapi cabaran
dunia global. Malah, pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pembelajaran
sepanjang ayat yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran secara berterusan
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta berupaya membawa kepada
perubahan sikap dan tingkahlaku yang lebih baik.
Kata Kunci: Pendidikan sepanjang hayat, Pendekatan projek, KSPK, Alam sekitar, Kaca
Mata ECO PA
Pendidikan Sepanjang Hayat : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Pengenalan
Kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam sesebuah organisasi sekolah adalah terletak pada
keberkesanan pengajaran dan mutu penyampaian yang sempurna oleh seorang guru.
Kemantapan penguasaan ilmu pedagogi serta pelbagai strategi dan pendekatan abad ke-21
merupakan nadi kecemerlangan untuk seorang guru dalam memastikan proses pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan dalam diri
kanak-kanak. Oleh yang demikian, bagi memenuhi tuntutan ini menurut Suseela & Noaziyan
(2006) pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan suatu wadah yang perlu diberi
penekanan dalam kalangan guru-guru agar mereka sentiasa memperbaharui ilmu pengetahuan
dan kemahiran. Malahan dengan mengamalkan PSH, seseorang guru akan mampu
melahirkan masyarakat yang berilmu serta dapat memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara.
Pembelajaran Sepanjang Hayat Untuk Pembangunan Sumber Manusia
Dunia pendidikan tidak asing dengan perbincangan dan membahaskan mengenai persediaan
kanak-kanak untuk menghadapi abad ke 21 (Gardner, 1999; Rotherham & Willingham,
2009). Gardner (2008) melihat bahawa isu ini harus dipandang secara global, ini adalah
kerana kanak-kanak bakal menerajui dunia yang bergerak tanpa sempadan dan sentiasa
berubah-ubah. Justeru, Gardner (2008) bersetuju bahawa kanak-kanak di peringkat pra
sekolah akan meningkat dewasa dan mereka akan berhadapan dengan cabaran dan peluang
yang tidak dapat dijangka.
Selain dari melihat kemahiran literasi dan numerasi sebagai aspek yang penting
namun terdapat beberapa penambahan dalam alaf ini. Di mana kanak-kanak sewajarnya
dibentuk sebagai seorang individu yang bijak dalam menyelesaikan masalah, mempunyai
daya pemikiran yang fleksibel dan bersedia untuk menghadapi perubahan pesat teknologi,
pasaran gobal serta cabaran alam sekitar dalam isu penambahan populasi manusia (Gardner,
1999; Rotherham & Willingham, 2009).
Selain itu, bagi merealisasikan wawasan dalam pembentukan modal insan yang
berdaya saing maka guru (pekerja) merupakan sumber yang paling bernilai dalam sesebuah
organisasi pendidikan (sekolah). Tanpa guru, sesebuah sekolah tidak dapat berfungsi dengan
berkesan, ini adalah kerana guru merupakan insan yang membentuk kanak-kanak menerusi
pengalaman dan kemahiran. Malah, aktiviti yang melibatkan pembelajaran yang
menyeronokkan akan memudahkan sesuatu objektif pembelajaran dapat difahami dan
dihayati oleh kanak-kanak serta memberi pengalaman yang berterusan sehingga melangkah
ke alam dewasa.
Oleh itu, Gardner (2008) berpendapat bahawa meskipun pencapaian akademik
merupakan kunci untuk kejayaan seseorang individu namun demikian dalam dunia yang
pesat membangun memiliki pengetahuan tidak menjamin seseorang untuk terus berjaya
dalam abad ke-21. Justeru, apa yang perlu adalah sedikit penambahan yang harus berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penambahan ini adalah melibatkan pembentukan
otak dan perkembangan kapasiti minda dalam memastikan berterusan untuk melahirkan
seorang insan yang mampu berdikari dan berkeyakinan tinggi dengan memiliki kemahiran
menyelesaikan masalah.
Gardner (2008) turut melihat bahawa kemahiran yang tinggi ini mampu membentuk
seorang individu dewasa yang mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi dalam
memahami isu dan masalah persekitaran, memilik fikiran kreatif dan segala usaha yang
dibuat adalah secara kolaboratif dan berterusan.
Justeru, untuk memastikan keberhasilan dan kemenjadian diri kanak-kanak terbentuk
secara holistik, guru harus sentiasa bersedia untuk berubah dari segi kepercayaan dan
kefahaman mengenai bagaimana proses pembelajaran kanak-kanak berlaku (Helm, 2015).
Kajian turut dilakukan oleh Zull (2002) menurut beliau sekiranya guru dapat
menyediakan sesuatu pengalaman atau tugasan yang dapat memenuhi keempat-empat
bahagian korteks otak maka pembelajaran yang berlaku adalah lebih mendalam. Ini adalah
kerana menurutnya se6makin luas kawasan otak yang diguna maka semakin banyak
penghasilan neuron dan pembentukan jaringan saraf. Malah, proses pembelajaran akan
menjadi lebih bermakna.
Dengan erti kata lain, sekiranya guru dapat menyediakan keadaan pembelajaraan yang
menggunakan deria sebagai pengalaman dan peluang untuk meneroka maklumat dengan
sendiri, serta mencipta idea baru dan kemudian menggunakan idea tersebut maka guru
sebenarnya telah membantu kanak-kanak menggunakan keseluruhan bahagian korteks otak
dengan tepat (Zull, 2011).
Malahan, menurut Zull (2011) otak merupakan pusat untuk mengintegrasikan
maklumat yang memberi fokus kepada memberi pengalaman yang bermakna kepada kanak-
kanak. Oleh itu kanak-kanak meneroka sesuatu maklumat yang baharu, akan memikirkan
mengenai maklumat yang diperolehi serta cuba untuk mengenal pasti dan
menghubungkaitkan antara satu sama lain. Implikasinya kepada kanak-kanak adalah
menyediakan mereka ke arah minda berfikiran tinggi.
Selain itu,Pendekatan projek adalah merupakan pendekatan untuk kurikulum. Oleh
itu, keperluan kurikulum adalah penting bagi tujuan proses pemilihan topik. Meskipun,
pengendalian sesuatu projek adalah mengikut struktur yang ditetapkan menerusi Pendekatan
Projek adalah urutan sehala, namun demikian bukan dengan satu strategi sahaja yang boleh
digunakan namun fokus utama perlaksanaannya adalah dengan menggunakan pelbagai
kaedah dalam memenuhi matlamat kurikulum. Justeru, guru perlu mengenal pasti sama ada
sesuatu topik dapat memenuhi keperluan dari segi konteks kurikulum atau akan menyumbang
kepada matlamat sesuatu standard (Katz & Chard, 2000).
Fogarty (2002) menghuraikan bahawa sesuatu standard dalam kurikulum adalah amat
penting kerana Fogarty menterjemahkan kurikulum sebagai
“It’s not standard or curriculum, but rather, standard and curriculum. Standards help
to prioritize content teaching in a overloaded, fragmented, and sometimes outdated
curriculum. Standard provide the foundation for what student need to know and able
to do. Well-designed standards help set the curricular priorities necessary for an
integrated, coherent and authentic curriculum” (p. xviii).
Fogarty (2002) membahaskan bahawa fokus untuk sesuatu asas standard
pembelajaran adalah perbincangan mengenai penguasaan kanak-kanak dan keupayaan dalam
melakukan sesuatu. Maka konsep yang diperlukan untuk mengintegrasikan kurikulum adalah
dengan melibat praktis untuk berubah atau berlaku transformasi dalam sesuatu pembelajaran.
Penguasaan ilmu adalah berdasarkan kepada pengalaman dalam kehidupan sebenar dan
kanak-kanak menjadikan ilmu tersebut sebagai kekuatan dan diaplikasikan di masa hadapan.
Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian adalah rancangan, strategi atau cadangan bagi menjalankan kajian yang
melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metodologi kajian
(Creswell, 2009). Dalam penyelidikan ini kajian kes dipilih sebagai reka bentuk kajian bagi
meneroka proses Mengintegrasikan KSPK menerusi Pendekatan Projek untuk kanak-kanak
pra sekolah di Malaysia. Bentuk kajian kes ini sesuai digunakan apabila penyelidik ingin
menjawab persoalan penyelidikan berbentuk “apa”, “kenapa” dan “bagaimana” (Noriah,
2010). Ini selari dengan persoalan dalam kajian ini iaitu bagaimanakah enam tunjang dalam
KSPK dapat diintegrasikan menerusi Pendekatan Projek dapat diterokai.
Malah, data diperolehi menerusi pemerhatian menggunakan rakaman video dan nota
lapangan berbentuk ‘learning story’. Pemerhatian dijalankan terhadap seorang guru bersama-
sama dua puluh orang kanak-kanak dari sebuah tadika yang terletak di Tanjung Malim,
Perak.
Analisis berbentuk naratif menerusi pemerhatian digunakan dalam pendekatan
kualitatif ini adalah untuk menggambarkan peranan guru menerusi menggunakan strategi
Ikatan tali leher bentuk rama-rama yang digunakan dalam kajian ini adalah diadaptasi dari
Helm (2015). Namun demikian, pengkaji telah mengemukakan konsep yang agak berlainan sedikit
bagi tujuan untuk penyesuaian mengikut bentuk dan acuan kurikulum yang telah digunapakai di
Malaysia.
Rajah 1 Ikatan ‘Tali Leher Bentuk Rama-Rama’ antara topik yang diminati
bersama kurikulum
Rajah 1. Kandungan dan standard diikat bersama menerusi penglibatan kanak-kanak
dalam topik yang paling diminati,” Adaptasi daripada “Becoming Young Thinkers Deep
Project Work in The Classroom,” oleh Judy Harris Helm, 2015, hlm 63. Cetakan 2015
oleh NAEYC.
.
Penglibatan
kanak-kanak
dalam topik
Topik yang
paling
diminati
Kemahiran
Akademik
& Standard
Ikat isi kandungan dengan
objektif/standard menerusi
penglibatan kanak-kanak
Malah, menurut Helm (2015) ke semua strategi yang dikemukakan adalah untuk
penambahbaikan kurikulum kerana kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran pada
ketika kanak-kanak ingin mengetahui mengenai informasi dan bersedia untuk melakukan
sesuatu yang berguna bagi menjawab segala bentuk persoalan dari perasaan ingin tahu yang
tinggi.
Dengan erti kata lain, menyimpul atau mengikat bersama-sama matlamat akademik
atau standard kurikulum dengan kandungan (minat) untuk kanak-kanak mengambil bahagian
dalam proses pembelajaran menerusi penguasaan secara akademik. Rajah 1
mengilustrasikan proses untuk mengikat bersama kandungan yang mempunyai minat dan
matlamat kurikulum. Oleh itu, penglibatan kanak-kanak dalam sesuatu topik membuatkan
matlamat dan standard menjadi relevan.
Helm, Beneke & Steinheimer (2007), mencadangkan bahawa guru boleh memulakan
proses perancangan dengan mengimaginasikan simpulan yang dibuat dengan ikatan tali leher
bentuk rama-rama untuk mengikat topik yang mengandungi konsep kepada kemahiran
akademik dan standard (rujuk Rajah 1), guru akan mendapati lebih mudah untuk
menghasilkan dan menyokong aktiviti yang authentik.
Kaca Mata ECO PA
Bagi kajian ini pengkaji telah mengaplikasikan Fokus Integrasi Kurikulum Kaca Mata ECO
PA terhadap partisipan iaitu terdiri daripada dua orang guru Pra Sekolah. Malah, kajian ini
memberi fokus terhadap tema Alam Sekitar dalam kalangan kanak-kanak berusia 4+ dan 5+.
Topik /idea
yang
paling
digemari
Standard
Kandungan &
Standard
Pembelajaran
KSPK Peranan guru
menerusi
strategi
Perancah &
penglibatan
ibubapa
Penglibatan kanak-
kanak secara aktif
menerusi dunia
penyiasatan
Penghayatan dan
membina budaya
mencintai alam
sekitar menerusi
projek.
Dapatan Kajian
Tema tumbuh-tumbuhan merupakan tajuk yang sinonim dengan tema pembelajaran
Prasekolah. Penggunaan tema tumbuhan ini adalah sangat sesuai dan mampu merangsang
minat kanak-kanak untuk melakukan penerokaan dan penyiasatan yang berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Elemen penyiasatan merupakan aktiviti yang
berkeupayaan menarik minat dan merangsang daya pemikiran kanak-kanak untuk
meneruskan sesi pembelajaran yang autentik.
Tema tumbuhan ini merupakan topik yang luas dari sudut skop pembelajarannya.
Justeru, berperanan sebagai responsif manakala kanak-kanak pula bertindak sebagai perantis
muda dalam memulakan penerokaan menerusi aktiviti projek. Malah Web jangkaan guru
adalah penting untuk membantu guru merancang aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak. Selain itu, idea dan pengalaman sedia ada kanak-kanak juga diambil kira di
sepanjang pelaksanaan pendekatan projek. Seperti yang umum ketahui, bahawa tumbuhan
berada dalam persekitaran kanak-kanak, justeru jangkaan awal guru menerusi Web jangkaan
adalah lebih terbuka dan proses pengabungjalinan tidak hanya terikat dengan KSPK sahaja
malah di akhir fasa ketiga Web jangkaan guru menjadi lebih kompleks malah melangkaui
standard yang telah ditetapkan dalam silibus/sukatan.
NO
WEB JANGKAAN GURU
TUMBUH-
TUMBUHAN
Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen
Rasmi
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Struktur tumbuh-tumbuhan
KSPK - Sains
dan
Teknologi
(ST 3.3)
Meneroka
bahagian-
bahagian
tumbuhan iaitu
daun, bunga,
buah serta
pertumbuhan
anak benih.
(ST 3.3.5)
Memerhati dan
mengumpulkan
daun daripada
persekitaran
sekolah dan
kediaman
mengikut ciri
berikut:
a. warna
b. saiz
c. tekstur
d. bentuk
e. urat daun
Pengelasan biji benih
KSPK - Sains
dan
Teknologi
(ST 3.3)
Meneroka
bahagian-
bahagian
tumbuhan iaitu
daun, bunga,
buah serta
pertumbuhan
anak benih.
(ST 3.3.8)
Memerhati dan
mengumpulkan
buah-buahan
yang biasa
dijumpai
mengikut ciri
warna dan berbiji
Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen
Rasmi
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Proses percambahan biji benih
KSPK –
Sains dan
Teknologi
(ST 3.3)
Meneroka
bahagian-
bahagian
tumbuhan iaitu
daun, bunga,
buah serta
pertumbuhan
anak benih.
(ST 3.3.9)
Memerhati dan
merekodkan
proses
percambahan biji
benih dan
peryumbuhan
anak benih dari
segi ketinggian
dan pertambahan
daun dengan
bimbingan
Shape
T: “What the shape of banana tree
leaves?
C1: Fan
C3: Triangle
KSPK –
Komunikasi
Bahasa
Inggeris
(BI 3.2) Read
simple words
with
understanding
(BI 3.2.4) Hear
and say the initial
sound of a word,
e.g. cup.
Struktur tumbuhan berdasarkan
jenis:
Akar, daun dan batang
DSP Sains
Tahun 3
B1D4
Ciri tumbuhan
B1D4E1
Mengenal pasti
jenis urat daun
tumbuhan
B1D4E4
Mengenal pasti
tumbuhan
berkayu dan tidak
berkayu
B1D4E5
Mengenal pasti
tumbuhan akar
tunjng dan akar
serabut
Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen
Rasmi
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Pembiakan tumbuh-tumbuhan
melalui:Biji benih, anak pokok,
sulur, keratan batang dan daun
Batang Bawah Tanah
DSP Sains
Tahun 3
B1D4
Ciri tumbuhan
BID4E7
Mengenal pasti
cara tumbuhan
membiak iaitu
melalui biji
benih, spora,
daun, keratin
batang, anak
pokok dan batang
bawah tanah
Proses serapan air oleh xilem
DSKP Sains
Tahun 4
5.1 Tumbuhan
bergerak balas
terhadap
rangsangan
5.1.1 Murid boleh
membuat
kesimpulan
bahagian
tumbuhan yang
bergerak balas
terhadap
rangsangan (akar
bergerak balas
terhadap air)
Cetusan Idea Kanak-kanak Dokumen Standard Standard
Rasmi Kandungan Pembelajaran
Fotosintesis
DSKP Sains
Tahun 4
5.2 Fotosintesis 5.2.1
Menyatakan
tumbuhan
membuat
makanan sendiri
dengan
menjalankan
proses
fotosintesis
melalui
pemerhatian
menerusi media.
5.2.2
Menyatakan
proses
fotosintesis
memerlukan
karbon dioksida,
air, cahaya
matahari dan
klorofil melalui
pemerhatian
menerusi
pelbagai media.
Kesimpulan
Pendidikan sepanjang hayat mampu dibentuk dalam diri setiap kanak-kanak menerusi aktiviti
yang berbentuk pengalaman menerusi projek. Malah, proses pembentukan individu yang
produktif dan kreatif hanya dapat dijayakan menerusi usaha guru yang kompeten semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan sumber manusia dalam
usaha menuju negara maju haruslah bermula dari akar umbi dalam sesuatu sistem pendidikan,
justeru kanak-kanak pra sekolah yang telah menerima pengetahuan baharu di sepanjang
proses pembelajaran mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sehingga
dewasa.
Dapatan kajian menunjukan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran oleh guru akan memberi impak yang besar sekiranya guru sentiasa
mentransformasikan pedagogi ke arah melahirkan modal insan yang berfikiran saintifik dan
berdaya saing. Justeru, usaha guru dalam proses pengabungjalinan secara bersepadu
menerusi penggunaan Kaca Mata Eco PA dalam melaksanakan sesuatu projek dapat
meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu kanak-kanak semasa menjalankan sesuatu
penyiasatan. Fokus dan matlamat pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya terhadap
soalan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak malah hasil pembelajaran dalam memperolehi
pengetahuan baharu secara ‘hands-on’ mampu menjana daya pemikiran tinggi dalam
kalangan kanak-kanak.
Rujukan
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods
Approaches (3rd
ed.). Los Angeles: Sage Publications.
Fogarty, R. (2002). How To Integrate The Curricula (2nd
edition). Pearson Education: USA
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New
York, NY: Basic Book.
Gardner, H. (2008). Five minds for the future. Boston, MA: Harvard Business Press.
Helm, J. H. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. New
York, NY: Teachers College Press.
Helm, J. H., Beneke, S., & Steinheimer, K. (2007). Windows on learning: Documenting
young children’s work (2nd
ed.). New York, NY: Teachers College Press.
Katz, L., & Chard, S. C. (2000). Engaging children's minds: The project approach. (2nd
ed.).
US: Ablex Publishing Corporation.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill. Sdn. Bhd.
Pendidikan, 31(1). Universiti Malaya
Rotherham, A. J. & Willingham, D. (2009). 21st century skills: The challenges ahead.
Educational Leadership, 67 (1), 16-21.
Suseela & Noaziyan (2006) . Sistem Penilaian Prestasi Guru: Realiti dan Cabaran. Masalah
Zull, J. E. (2002). The art of changing the brain: Enriching teaching by exploring the
biology of learning. Sterling,VA: Stylus.
Zull, J. E. (2011). From brain to mind: Using neuroscience to guide change in education.
Sterling,VA: Stylus.