pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan segi falsafahnya

3
Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan segi falsafahnya, semua insan di dunia mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang standing dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal ( Lokman, 2009 ). Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang bekeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “inclusive” yang memberikan maksud “merangkumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk Kanak-kanak Bekeperluan Khas di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat si sekolah-sekolah tertentu sahaja. Dalam pendidikan inklusif, terdapat enam model iaitu model A,model B, Model C, Model D, Model E dan Model F. Model A merupakan penempatan sepenuh masa murid pendidikan khas dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Murid pendidikan khas yang diinklusifkan ini akan berada di kelas biasa sepanjang pengajaran dan pembelajaran, walau bagaimanapun kehadiran murid ini akan direkodkan oleh guru

Upload: farzana-zana

Post on 15-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Adalah Hak Asasi Semua Manusia Dan Segi Falsafahnya

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan segi falsafahnya, semua insan di dunia

mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang

pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan

cita-cita yang standing dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang

sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus

pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif

yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian

pelajar yang normal ( Lokman, 2009 ).

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah

pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang bekeperluan khas. Perkataan

inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “inclusive” yang memberikan maksud

“merangkumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif

secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik

darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam

keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendekatan pendidikan

inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk Kanak-kanak Bekeperluan Khas di

Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih

terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat si sekolah-sekolah tertentu

sahaja.

Dalam pendidikan inklusif, terdapat enam model iaitu model A,model B, Model C, Model D,

Model E dan Model F. Model A merupakan penempatan sepenuh masa murid pendidikan

khas dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Murid pendidikan khas yang diinklusifkan ini akan berada di kelas biasa

sepanjang pengajaran dan pembelajaran, walau bagaimanapun kehadiran murid ini akan

direkodkan oleh guru pendidikan khas. Model B pula ialah penempatan sepenuh masa

dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

Model ini sama seperti Model A, tetapi yang membezakan antara kedua model ini ialah guru

pendidikan khas akan berada bersama-sama dengan murid di dalam kelas biasa untuk

belajar. Model C pula merupakan penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik

Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.Model D ialah Penempatan di sekolah khas (Base

School) dan kelas “Satellite” di sekolah biasa. (Octopus Model) model ini jarang dijalankan di

sekolah kerana kekangan dan kekurangan tenaga guru yang dapat berkhidmat mengikut

model ini. Model E ialah penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas manakala

Model F ialah Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

Page 2: Pendidikan Adalah Hak Asasi Semua Manusia Dan Segi Falsafahnya

Kebaikan Pendidikan Inklusif

1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan

2. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal

3. Pelajar normal mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu

4. Semua pelajar menikmati faedah-resos-resos khas

5. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru

6. Penglibatan ibubapa dalam komuniti sekolah

7. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat

8. Menyediakan lebih peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan memperoleh peluang pekerjaan

 

*Kelemahan Pendidikan Inklusif

1. Kurang tumpuan dan perhatian

2. Guru sukar memberi tumpuan

3. Penglabelan

4. Sikap guru biasa

5. Pengalaman pengajaran yang sempit

6. kanak-kanak khas tidak dapat menyediakan diri

7. Kurangnya komitmen-guru biasa/guru khas

8. Kurangnya Penyeliaan

9. Kurang kerjasama dari ibubapa

10. kurikulum