hak asasi kanak

19

Upload: anthony-bush

Post on 18-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hak asasi kanak-kanak

TRANSCRIPT

Hak asasi kanak-kanak [HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA]

Beberapa bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;

i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)Merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya DalamSeksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991,dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika;

1. Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks2. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut

3. Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak

4. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu

5. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian

6. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal

7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.

8. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

Akta ini merupakanperuntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun

iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)Dalam konteks melindungihak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat. Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin

iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

Akta ini menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu, iaitu

a] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b] Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

c] Akta Mahkamah Juvenil

Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak. Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluargadan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori;i] Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindunganii] Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihaniii] Kanak-kanak yang dilarikan atau dijualiv] Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayahv] Kanak-kanak yang tidak dapat dikawal, danvi] Kanak-kanak yang mengemis

Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33)http://naijie1989.blogspot.com/2012/08/hak-asasi-kanak-kanak-hak-kanak-kanak.html

Hak asasi kanak-kanak [USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK]

Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak. Antaranya;1. Meningkatkanpenyertaan ahli masyarakatdalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan dijalankan

2.Pasukan Pelindung Kanak-kanakdan Pusat Aktiviti Kanak-kanakditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah

3.Pasukan untukMengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai (SCAN)ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri

4.Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984bertujuan memastikan standart minimum penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak telah dikaji semula untuk menetapkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak

5. Selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak, usaha telah dibuat untuk menggalakkanpenglibatan kanak-kanakdalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Misalnya; Kanak-kanak dilibatkan dalam penilaianPelan Tindakan Negara [NPA] Pertamadan merangkaPelan Tindakan Negara Kedua Pelan Tindakan Negara Keduamengambil kira elemen-elemen yang terkandung dalan Konvensyen Hak Kanak-kanak, iaitu yang berhubung dengan keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak

http://naijie1989.blogspot.com/2012/08/hak-asasi-kanak-kanak-usaha-dalam_1.html

14of14